FULL SIAP

download FULL SIAP

of 38

Transcript of FULL SIAP

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    1/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    1. PENGENALAN

    Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

    (P&P) dalam kelas masing-masing, mereka akan menggunakan segala pengetahuan yang

    telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau universiti. Maka

    dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa

    sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula,

    amalan duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti

    dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, kajian

    tindakan adalah salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan

    pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    2. LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

    Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh

    digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatan

    ini dalam menyelesaikan permasalahan dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini

    perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang

    pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan

    kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut

    Mcniff (1988):

    Action research implies adopting a deliberate openess to new experiences and

    processess, and, as such, demands that the action of educational research is itself

    educational research is itself education. By consciouslay engaging in their own education

    development, teachers gain both profesionally and personally; and it is thispersonal

    commitment that counts in the process of human enquiry

    Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk

    mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian kajian

    mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu

    1

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    2/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan

    terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar. Melalui penerangan ini dapatlah

    dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami

    suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki

    atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah

    penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi

    kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya. Maka, elemen

    pembelajaran melalui pengalaman adalah diaplikasikan dalam proses perubahan yang

    terlibat.

    Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai

    sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu

    seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di

    Teachers College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau

    menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan

    dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-

    rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru

    menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah.

    Masa-masa seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin

    meluas di kalangan pendidik di luar negara. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga

    telah digunakan dalam usaha untuk mengubah dan meningkatkan impak P&P di sekolah-

    sekolah. Di Malaysia pula, kaedah kajian tindakan ini telah dipelopori oleh Bahagian

    Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) di bawah Programme for

    Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. Program ini adalah

    biayaan Bank Dunia. Pihak BPPDP kemudiannya telah bekerjasama dengan universiti-

    universiti tempatan, maktab-maktab perguruan dan seterusnya sekolah-sekolah untuk

    melaksanakan dan memperkembangkan lagi penggunaan kajian tindakan.

    2

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    3/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    3. TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

    Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai

    beberapa kebaikan, antaranya:-

    a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya

    pengajaran dalam bilik darjah.

    b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi

    terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan

    pembelajaran murid.

    c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses

    penemuan kendiri.

    d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka

    kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-

    pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu

    pembelajaran murid.

    e. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai

    amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu

    perubahan budaya lama dan perubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan

    warga pendidik yang berkualiti.

    f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk

    semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada

    wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksaan kajian juga

    dapat diselesaikan bersama-sama.

    3

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    4/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    4. PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN

    Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik

    untuk memudahkan kerja guru yang juga bertindak sebagai penyelidik. Kajian ini

    dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks

    mata pelajaran dan kelas yang diajarnya.

    Kajian ini boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara

    berkumpulan. Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, dialah yang

    akan mengalami perubahan amalan pengajaran. Cara terbaik untuk memulakan kajian

    tindakan dalam bilik darjah adalah dengan mengenal pasti permasalahan kecil yang

    dihadapi seharian. Perlu dipastikan juga agar penyelesaian kepada permasalahan itu kelak

    mestilah di bawah kawalan guru sendiri (direct authority) dan boleh ditangani. Secara

    tidak langsung, pembelajaran melalui pengalaman telah diwujudkan iaitu belajar melalui

    apa yang kita lalui. Ini kerana hasil suatu kajian tindakan tidak akan memberikan faedah

    kepada guru jika pihak ketiga yang akan mengambil tindakan sebagai langkah kepada

    penyelesaian permasalahan tadi. Misalnya, dalam suatu kelas guru mendapati bahawakebanyakan murid tidak mendapat markah yang baik bagi mata pelajaran Matematik

    dalam ujian bulanan. Setelah dikaji, didapati bahawa murid lemah dalam aspek sifir.

    Dalam menyelesaikan masalah murid tidak menguasai kemahiran sifir ini, guru tentu saja

    boleh mencuba pelbagai kaedah dan ia adalah di bawah kawalannya untuk mencuba

    pelbagai kaedah sehinggalah masalah ini dapat diatasi. Bagaimanapun sekiranya

    penyelesaian kepada permasalahan ini adalah memerlukan guru lain mengadakan klinik

    Matematik maka kajian ini tidak sesuai.

    Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri. Objektif

    utama kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru dan pada masa

    yang sama menyelesaikan masalah seharian yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.

    4

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    5/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Kajian ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang praktikal

    tentang suatu permasalahan pengajaran yang dihadapi.

    Bagi format atau reka bentuk kajian tindakan pula tidak ada yang rigid tetapi boleh

    diubahsuai berdasarkan kepada situasi sebenar dalam persekitaran bilik darjah.

    Bagaimanapun, empat unsur utama kjaian tindakan mesti ada, iaitu perancangan,

    pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Rajah 1).

    Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar tetapi guru yang juga

    merupakan penyelidik. Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung

    daripada responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian tindakan

    amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya.

    Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang

    digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada

    teknik deskriptif naratif. Antara teknik analisis data yang digunakan adalah teknik

    trangulasi. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif ada

    juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar. Dalam hal ini,

    analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus, kekerapan dan nilai

    mutlak sahaja. Perkara yang perlu dijelaskan di sini bahawa pelaporan hasil suatu kajiantindakan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan

    sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga oleh guru-guru yang lain. Laporan yang tidak

    berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan perkongsian idea dan

    maklumat di kalangan warga sekolah.

    5. GURU SEBAGAI PENYELIDIKDalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

    Kajian tindakan sebagai salah satu teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk

    mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Selain daripada dapat menyelesaikan

    permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, penggunaan pendekatan

    5

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    6/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk mengubah amalan pengajaran

    kepada satu corak baru yang lebih berkesan.

    Amalan penyelidikan yang dilakukan oleh guru membolehkannya melaksanakan refleksi

    terhadap sebarang tindakannya sebagai menyelesaikan suatu situasi masalah dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga akan membolehkan guru menilai

    keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran murid daripada pelbagai perspektif. Maka

    dengan itu, pendekatan baru akan dapat ditemui bagi menyelesaikan permasalahan

    tersebut. Kebolehan memberikan reflektif, respon serta penilaian kualiti diri dan amalan

    inilah sebenarnya menjadi satu pemangkin ke arah pengajaran yang berkesan dan

    berkualiti. Ini adalah matlamat akhir kajian tindakan yang mana guru belajar melalui

    pengalaman bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi dalam proses P & P yang lebihberkesan.

    Guru-guru sebenarnya sangat kaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan

    dengan bilik darjah. Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diketahui oleh guru-guru

    ini kurang dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Sebenarnya segala maklumat ini boleh

    dijadikan sebagai panduan untuk menentukan langkah-langkah pengajaran yang berkesan

    di bilik darjah. Melalui kajian tindakan, maklumat-maklumat yang ada pada guru bukan

    digunakan untuk mengenal pasti punca suatu masalah dalam pembelajaran murid tetapi

    juga dapat digunakan sebagai input untuk menyelesaikan suatu masalah dalam

    pembelajaran murid. Seterusnya daripada analisis kajian tindakan yang telah dilakukan,

    maka satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti akan

    dapat diperolehi. Selain daripada membantu guru untuk memahami proses pembelajaran

    murid, ia juga dapat mengubah amalan pengajaran guru ke araf lebih efektif lagi.

    Kajian tindakan sebenarnya memberikan ruang kepada guru untuk mengembangkan lagi

    potensi dan kemampuan sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan amalan pedagogi. Jika

    selama ini seseorang guru mengamalkan amalan pedagogi yang ditemui oleh orang lain

    maka sudah tiba masanya untuk seseorang guru menemui amalannya sendiri yang paling

    sesuai dengan bilik darjah masing-masing. Penggunaan amalan pedagogi yang ditemui

    oleh orang lain memangnya tidak dapat dielakkan kerana guru telah diterapkan dengan

    6

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    7/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    amalan-amalan ini semasa dalam latihan perguruan. Kajian tindakan memerlukan guru

    untuk mengkaji amalan pengajarannya sendiri dengan hubungannya dengan

    keberkesanan pengajarannya. Atas keperluan ini, guru perlu menangani sendiri masalah-

    masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

    6. GAYA PEMBELAJARAN

    Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu kaedah

    mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan

    aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar dengan berkesan.

    Ada tiga gaya pembelajaran pelajar:

    1. Gaya pembelajaran visual: pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan

    melihat :

    a) huruf atau perkataan

    b) benda, gambar atau gambarajah

    c) demonstrasi, tindakan dan lakonan.

    2. Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan

    mendengar atau bercakap seperti:

    a) Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau

    pelajar lain

    b) Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau

    menghuraikan

    3. Gaya Pembelajaran Kinestatik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar

    dengan membuat atau melakukan sesuatu, seperti:

    a) Menulis atau melukis sesuatub) Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau

    projek.

    Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus

    menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya tersebut.

    Berdasarkan penyelidikan ada beberapa model yang boleh digunakan sebagai panduan.

    7

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    8/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    7. EXPERIENTIAL LEARNING

    Pembelajaran eksperential kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan

    isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

    Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti

    hands-on dan minds-on. Teori Pembelajaran Eksperential menumpukan kepada

    kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat

    kerja atau kehidupan harian.

    Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran

    yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal

    atau psikologi untuk mendapatkan hasilpembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan

    kontekstual merupakan suatu kaedahpengajaran dan pembelajaran yang mencabar,

    berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan

    penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

    Pembelajaran secara Eksperential dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat

    memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Eksperential juga

    membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah

    dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan

    dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Eksperential dapat

    membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan

    negara di peringkat dunia.

    27

    21

    8

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    9/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    8. PEMBELAJARAN & PENGAJARAN MELALUI PENGALAMAN STUDENT-CENTERED

    1. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar:

    soal jawab

    latih tubi

    bercerita

    membuat latihan

    penerangan, penjelasan,

    huraian

    perbincangan

    inkuiri

    penemuan

    bacaan sumbang saran

    demonstrasi oleh pelajar

    kerja amali

    eksperimen

    projek

    kuiz

    penyelesaian masalah

    reka cipta

    pembelajaran koperatif atau

    kerja kumpulan

    main peranan

    lakonan

    simulasi

    membuat nota sendiri

    lawatan

    pengajaran berprogram

    pembelajaran berbantu

    komputer Pembelajaran Akses Kendiri

    (Self Access Learning)

    9. HUBUNG KAIT ANTARA PEMBELAJARAN BERASAKAN

    PENGALAMAN DAN KAJIAN

    Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah proses pembelajaran melalui pengalaman.

    Justeru itu, gaya pembelajaran ini yang melibatkan proses amali memerlukan kemhiran

    dan skil pelajar yang tinggi. Selain itu, proses pembelajaran ini yang pelbagai dan

    pendedahan awal pelajar terhadap asas teori penting dalam menentukan kualiti tanganpelajar yang bakal diterapkan ke dalam sesi amali.

    Kajian tindakan dalam pembelajaran berasaskan pengalaman penting dalam

    meningkatkan kualiti P&P yang dijalankan. Permasalahan yang timbul hasil daripada

    9

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    10/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    proses pembelajaran berasaskan pengalaman dapat dikaji melalui kajian tindakan.

    Sebagai contoh, penggunaan psikomotor memrlukan tenaga fizikal yang lebih dan aspek

    ini dikaji dari segi jantina. Adakah pelajar perempuan mengalami masalah sewaktu proses

    amali kerana perempuan mempunyai tenaga yang kurang dari pada lelaki. Justeru

    daripada permasalahan ini maka wujudlah satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji

    aspek ini agar pelajar perempuan dapat melalui proses ini dengan baik walaupun

    mempunyai tenaga fizikal yang kurang daripada lelaki.

    Kajian tindakan juga melibatkan pengumpulan data yang bersifat kuantitatif.

    Dengan adanya proses amali sebenarnya ia memudahkan lagi proses pengumpulan data.

    Sebagai contoh, pengkaji dapat melihat dan mengumpul data dengan berdasarkan

    pemerhatian. Pengkaji dapat melihat gelagat dan aktiviti yang dijalankan secara nyata

    (real time). Pengkaji dapat melakukan pelbagai kaedah dalam mendapatkan data mentah

    (raw data) iaitu dengan menjalankan soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian secara

    langsung.

    Perlu diingat bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman bukan sahaja

    berasaskan amali dan penggunaan fizikal tetapi juga melibatkan pengalaman pelajar

    melihat dan mengalami kehidupan seharian. Pelajar yang biasa melihat pekedai mengira

    dan memasukkan maklumat ke dalam buku lejer sebenarnya sudah melalui pembelajaran

    secara tidak langsung. Daripada pembelajaran pengalaman secara tidak langsung juga

    dapat dihasilkan kajian tindakan.

    Kajian tindakan itu sendiri dapat mengenal pasti kelemahan yang ada pada

    pembelajaran berasaskan pengalaman. Dengan pengenal pastian kelemahan ini dapat

    dijalankan kaedah mengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan dapat menganalisis

    sesuatu permasalahan yang dikaji dan dilihat kelemahan yang ada.

    10

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    11/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Kajian tindakan juga merupakan satu tool yang digunakan untuk meningkatkan

    dan menguji keboleh keberkesanan sesuatu pembelajaran berasaskan pengalaman.

    Sebagai contoh, sejauh manakah proses memasang batu-bata oleh sekumpulan pelajar

    kejuruteraan awam dalam meningkatkan kefahaman membina sesuatu bangunan. Data

    dikumpul dan dibandingkan dengan pelajar yang belajar secara konvensional. Sekiranya

    data menyebelahi pembelajaran berasaskan pengalaman, makan telah dapat dibuktikan

    bahawa kaedah pelajar memasang batu-bata dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

    Apa jua bentuk pembelajaran yang melibatkan pengalaman boleh dikaji dengan

    menggunakankajian tindakan. Kajian tindakan dilihat sebagai penentukur keberkesanan

    dan penjejakan masalah serta kelemahan yang ada. Kajian tindakan juga dilakukan untuk

    mencari kaedah pembelajaran berasaskna pengalaman yang baru. Sebagai contoh,

    sekiranya terdapat teknologi dan kaedah baru dalam proses pendebungaan pokok, maka

    kajian dilakukan untuk melihat sejauh manakah teknik baru ini dapat diterapkan ke dalam

    silibus pembelajaran pelajar.

    Guru juga perlu menjalankan kajian ke atas dirinya sendiri. Ini adalah salah satu

    cara untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan pembelajarannya di bilik darjah.

    Ini menunjukkan bahawa kajian tindakan juga boleh di praktikkan kepada tenaga

    pengajar dan bukannya kepada pelajar sahaja. Kajian tindakan dapat memberi isyarat

    kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau perlu dibaiki.

    10. KEPENTINGAN EXPERIENTIAL LEARNING DALAM KAJIAN

    TINDAKAN

    Kepentingan ini terbahagi kepada 3 golongan iaitu:

    i) murid

    ii) guru

    11

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    12/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    iii) industri

    i) kepentingan kepada murid

    Experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada murid. Ia penting

    kerana melalui experential learning inilah murid dapat mengaitkan mata pelajaran dengan

    pekerjaan atau kehidupan. Sebagai contoh, apa yang dibelajar di dalam mata pejaran

    Kemahiran Hidup Teknikal boleh diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya

    apabila seorang pelajar menghadapi masalah tangki air dirumahnya melimpah, pelajar

    tersebut boleh mengaplikasikan apa yang beliau telah belajar di dalam subjek Kemahiran

    Hidup Teknikal di dalam masalah tersebut iaitu menggantikan injap bebola yang rosak.

    Bagi peringkat pendidikan yang lebih tinggi pula, seperti diploma dan ijazah misalnya,

    seseorang pelajar itu boleh mengaplikasikan experiential learning ini ke alam

    pekerjaannya. Sebagai contoh, pelajar tersebut boleh mempraktikkan cara mengukur

    tanah semasa belajar dalam bidang berkenaan di alam pekerjaannya pula sekiranya beliau

    memilih pekerjaan dalam bidang yang sama.

    Selain itu juga, experiential learning begitu penting kepada murid kerana ianya

    membolehkan murid tersebut mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sehari-hari.

    Contoh yang paling mudah ialah operasi didalam mata pelajaran matematik yang

    dibelajar disekolah iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi akan dipraktikkan dalam

    kehidupan sehari-hari murid tersebut. Murid juga dapat memindahkan kemahiran yang

    dibelajar apabila beliau berada dalam alam pekerjaan. Bagi kepentingan jenis ini kita

    sering mengaitkannya dengan murid dari aliran kemahiran seperti pelajar lepasan

    sekolah-sekolah vokasional.

    Selain itu, pelajar juga boleh meneroka sesuatu itu untuk mendapatkan bukti

    apabila adanya pembelajaran secara hands on ini. Sebagai contoh, pelajar boleh

    membuktikan bahawa arus elektrik boleh terbentuk apabila medan magnet dipotong yang

    dibelajarnya secara teori. Ini hanya dapat dibuktikan apabila pelajar terbabit membuat

    eksperimen dan akhirnya pelajar tersebut akan mendapat bukti yang ternyata benar.

    12

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    13/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    ii) kepentingan kepada guru

    Bagi seorang guru, experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada mereka.

    Ini kerana seorang guru dapat mengaplikasikan segala pengalaman yang beliau miliki

    didalam sesi pengajarannya. Sebagai contoh, seorang guru yang akan membuat amali di

    dalam makmal perlu terlebih dahulu menguasai sesuatu benda yang akan diajar itu.

    Katakan seorang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup akan mengajar para pelajarnya

    cara untuk memasang lampu kalimantang kepada murid-muridnya. Maka cara terbaik dan

    berkesan untuk mengajar anak-anak muridnya ialah dengan cara guru tersebut mencuba

    terlebih dahulu memasang lampu yang berkenaan sehingga berjaya.

    Selain itu, kepentingan experiential learning kepada guru ialah mengaitkan

    prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Berbalik kepada contoh operasi

    matematik sebelum ini, seorang guru boleh mendedahkan kepentingan subjek berkenaan

    kepada murid-muridnya untuk diaplikasikan di alam pekerjaan kelak. Contoh pekerjaan

    yang memerlukan operasi matematik ini secara meluas ialah akauntan, jurutera dan

    usahawan.

    Guru juga boleh bertindak sebagai penghubung atau platform pelajar-pelajarnya

    dengan sektor industri. Seorang guru boleh menilai kesemua kemampuan dan kelemahan

    murid-muridnya. Jadi, guru tersebut boleh mencadangkan kepada murid-muridnya

    tentang alam pekerjaan yang sesuai mengikut kelebihan ataupun kemampuan pelajar-

    pelajarnya dalam bidang masing-masing.

    iii) kepentingan kepada sektor industri

    Experiential learning ini juga sebenarnya mempunyai kepentingannya kepada sektor

    industri. Sebenarnya sektor pendidikan dan sektor industri mempunyai hubungan yang

    win win situation antara satu sama lain. Sektor pendidikan akan membekalkan tenaga

    kerja kepada sektor industri, manakala sektor industri akan membekalkan dana kepada

    sektor pendidikan dan dana ini akan digunakan oleh sektor pendidikan untuk

    13

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    14/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    menjalankan kajian dan penyelidikan yang seterusnya akan digunakan semula oleh sektor

    industri untuk proses pengeluaran outputnya.

    Dengan adanya experiential learning inilah tenaga kerja yang dibekalkan oleh

    sektor pendidikan kepada sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang betul-betul

    mantap dan mampu berdaya maju. Ini kerana, tenaga kerja yang dibekalkan kepada

    sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang bukan sahaja tahu secara teorinya

    sahaja malahan juga secara praktikalnya.

    11. PROJECT-BASED LEARNING(PBL)

    PBL adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Ia merupakan satu

    model pembelajaran yang sangat berbeza dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah

    sekarang ini. Dalam situasi pembelajaran biasa dalam bilik darjah, ia lebih tertumpu

    kepada pengajaran guru, mengikut jadual yang rigid. Dalam PBL, pembelajaran lebih

    menekankan kepada pembelajaran berbentuk aktiviti yang panjang, merentasi kurikulum,

    tertumpu kepada pelajar dan paling penting adalah ia mengintegrasikan pembelajaran

    dengan dunia sebenar.

    Melalui PBL, guru dalam bilik darjah bertindak sebagai fasilitator, jurulatih dan jugamungkin sebagai co-learner. Hasil pembelajaran PBL adalah berbentuk produk atau

    artifek seperti pelan, borsur, laman web, buku, pameran, ceramah dan sebagainya. Satu

    keistimewaan PBL yang unik adalah sifatnya yang memerlukan pelajar membuat projek

    dan mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. Sifat PBL yang memerlukan pelajar

    berinteraksi dengan dunia sebenar juga merupakan satu keistimewaan teknik pengajaran

    dan pembelajaran ini.

    Sebenarnya dalam sistem pendidikan sekarang ini pun, telah ada unsur-unsur penggunaan

    konsep ini. Ia dapat dilihat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan Rekacipta. Cuma

    mungkin yang kurang ialah daripada segi pengintegrasian mata pelajaran. Contohnya

    Kajian Tempatan, menemubual pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung untuk

    mengetahui asal-usul suatu tempat. Mereka seterusnya menghasilkan laporan bertulis

    14

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    15/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    dalam bentuk pertfolio. Ini sebenarnya adalah teknik pembelajaran ala PBL. Namun

    untuk melaksanakan PBL secara sepenuhnya, banyak perkara yang perlu dilakukan yang

    sudah tentunya melibatkan dasar. Walaupun begitu, teknik ini boleh diselitkan secara

    berkala dalam pengajaran dan pembelajaran..

    Dalam pelaksanaan penggunaan teknik PBL di sekolah-sekolah di Sabah, terdapat guru

    sedang membuat projek rintis penggunaan teknik PBL di tujuh buah sekolah menengah di

    Kota Kinabalu.

    12. KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

    Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid

    dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu

    matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja

    untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam

    pembelajaran koperatif ialah:

    a) saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

    b) saling berinteraksi secara bersemuka,

    c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

    d) kemahiran koperatif, dan

    e) pemprosesan kumpulan.

    Saling pergantungan positif. Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib

    ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu

    sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu

    mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan

    sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap

    sudah berjaya.

    lnteraksi bersemuka. Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di

    antara satu sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu

    diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka

    15

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    16/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    dapatmembantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain

    untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

    Akauntabiliti individu. Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk

    belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat

    kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap orang ahli kumpulan

    akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan

    sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti

    berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara bersendirian.

    Kemahiran koperatif. Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksisecara

    berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, kemahiran-

    kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud

    secara automatis apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong

    untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan

    kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan

    komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan

    melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan.

    Pemprosesan kumpulan. Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian

    kumpulan yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan

    meminta ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah

    mencapai matlamatnya dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah

    dikekalkan ke arah mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan,

    ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga

    tingkah laku yang tidak membantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka

    akan membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah

    laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada

    kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan juga

    pencapaian kumpulan.

    16

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    17/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Kelemahan utama pendekatan prinsip ini ialah lima unsur asas itu adalah agak abstrak

    untuk difahami sekiranya tidak disertai dengan contoh-contoh pelajaran yang lebih

    konkrit dan spesifik. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang benar-benar memahami

    unsur-unsur asas itu secara mendalam, beliau bukan sahaja boleh menghasilkan pelajaran

    pembelajaran koperatif, malahan juga berupaya untuk mencipta teknik baru dalam

    pembelajaran koperatif.

    Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.

    Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan

    memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan

    digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-

    tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students

    Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan

    Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

    Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.

    Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan

    pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap

    murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil

    sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli

    kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk

    menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan

    yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar

    bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan

    semula idea.

    Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif

    dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam

    suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pembelajaran

    koperatif ini dapat menggalakkan percampuran idea dikalangan pelajar kerana mereka

    akan saling menyumbang idea dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

    17

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    18/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Pembelajaran ini dapat dilaksanakan dalam tugasan seperti eksperimen makmal dan

    penghasilan projek. Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa pembelajaran

    koperatif dapat menggalakkan pemerolehan maklumat-maklumat terbaru dan juga suatu

    tahap kemahiran berfikir yang tinggi, keupayaan interpersonal, kemahiran komunikasi

    dan meningkatkan keyakinan diri.

    Pembelajaran Koperatif dan teknologi

    Perubahan teknologi yang pesat membolehkan pembelajaran kaedah koperatif

    dapat mengatasi batasan masa dan jarak. Pada masa kini, penggunaan teknologi seperti

    internet telah menggalakkan lagi halangan-halangan dalam pembelajaran secara

    kolaboratif. Kemudahan media berasaskan komputer telah menjadikan pembelajaran

    secara koperatif menjadi lebih mudah, pelajar boleh berinteraksi dengan kumpulan secara

    tanpa mengira jarak dan batasan masa.

    Kumpulan

    Pembelajaran kaedah koperatif ini menggunakan kumpulan, dalam aktiviti

    kumpulan tiga aspek harus dikenalpasti dan diberi perhatian oleh guru iaitu kumpulan

    sama dan pelbagai (heterogeneous dan homogeneous), faedah dari kerjasama kumpulan,

    dan pembinaan kumpulan yang lebih baik.

    Dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai pelajar terutamanya percampuran

    jantina iaitu setiap kumpulan mempunyai ahli lelaki dan perempuan interaksi diantara

    kumpulan adalah lebih baik. Tetapi apabila kumpulan yang terdiri daripada semua lelaki

    dan perempuan, interaksi diantara kumpulan yang terdiri daripada perempuan adalah

    lebih baik berbanding kumpulan yang semua lelaki.

    Faedah dalam kerja berkumpulan ialah dapat meningkatkan kecekapan individu

    dan meningkatkan motivasi. Kerja berkumpulan dapat menghasilkan hasil kumpulan

    yang berlainan iaitu bergantung kepada matlamat kumpulan. Pembahagian tugasan yang

    berasingan kepada setiap ahli kumpulan dapat mengelakkan pertindihan tugasan, setiap

    18

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    19/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    ahli diseimbangkan tugasnya. Tugasan kumpulan dapat mengurangkan tugasan yang

    terlalu kompleks ditanggung oleh individu.

    Perbandingan antara pembelajaran kaedah kolaboratif dengan koperatif

    menunjukkan kaedah koperatif dapat mengagihkan tugasan dengan lebih banyak. Selain

    itu terdapat juga perbezaan ketara diantara pembelajaran koperatif dengan kompetitif

    iaitu dalam koperatif kejayaan adalah hasil daripada kejayaan kumpulan, namun dalam

    pembelajaran kaedah persaingan kejayaan akan dicapai dan terdapat kumpulan lain yang

    gagal.

    12.1 Pembelajaran klinikal (The Learning Clinic)

    Pembelajaran dalam kaedah klinikal adalah suatu bentuk pembelajaran yang

    mengabungkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh pelajar dalam satu tempoh

    tertentu. Pelajar-pelajar akan dapat mengikuti dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran

    yang telah dirangka oleh pihak penganjur berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Selain

    daripada aktiviti pembelajaran berbentuk akademik, pelajar juga didedahkan kepada

    aktiviti bersukan dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa dalam aktiviti pembelajaran

    klinikal sangat dititkberatkan. Kaedah ini boleh melibatkan bersama ibubapa dan

    keluarga pelajar dan meningkatkan kerjasama serta interaksi dikalangan mereka. Selain

    itu, pelajar juga dapat didedahkan dengan kerja-kerja sosial dan kerjasama dengan

    pelbagai pihak. Sesuatu program yang dirangka itu telah merangkumi banyak aspek yang

    membolehkan pelajar meningkatkan daya ketahanan diri dan keyakinan dalam

    menghadapi cabaran sepanjang tempoh pelajar mengikuti pembelajaran klinikal.

    Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult

    education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang

    dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasa

    secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam

    pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran. Siapa itu Pelajar Dewasa? Pelajar dewasa

    adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampu membezakan

    perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka adalah lebih

    19

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    20/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang bernas dan

    memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan

    memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal yang dapat

    dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau dalam erti

    kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka juga

    bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza. Antara ciri utama

    yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering mempelajari sesuatu

    melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga sering mengaitkan pengajaran

    baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan cara ini mereka dapat

    meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut mempelajari bidang

    informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba mengaitkan dengan

    pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkan bakat serta inginkan

    penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan mereka juga

    kadangkala bergantung kepada orang lain. Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa

    Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaran

    orang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui

    keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teori-

    teori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada

    beberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama. Teori behaviouris Antara para

    sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov, Watson, Guthrie,

    Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkah laku ini,

    pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah perubahan

    kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian tingkah laku,

    kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah latihan dan

    pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnya lebih kepada

    perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran pembelajaran. Teori

    kognitif Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka,

    Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia

    mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan

    semula pengalaman mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan

    menggunakan perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan

    20

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    21/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun

    segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental

    dalaman. Teori humanisis Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori

    humanisis. Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan

    pembangunan kendiri serta perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat

    kemanusiaan yang mana pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka,

    bekerjasama dan melibatkan perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau

    perbincangan secara berpasukan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli. Teori

    pembelajaran sosial Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori

    pembelajaran sosial. Menurut Rotter, Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait

    rapat dengan persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain.

    Menurut teori pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan

    pemantauan terhadap orang lain dari segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi

    antara manusia, persekitaran dan tingkah laku. Di atas hanyalah beberapa teori sahaja

    yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih banyak lagi teori yang wujud seperti

    teori progresif dan liberal.

    Klinik pembelajaran merupakan wadah untuk guru melakukan perbincangan atau

    kegiatan refleksi, penemuan masalah melalui guru-guru lain yang bertujuan untuk

    meningkatkan ketrampilan dalam mengelola proses pengajaran dan pembelajaran.

    Klinik pembelajaran merupakan milik bersama oleh para guru, maka tempat sebegini

    adalah dapat digunakan dengan beba untuk berbincang, melakukan refleksi atau

    merenung tentang proses pembelajaran yang telah dijalankan. Misalnya, bagaimana cara

    mengajarkan suatu konsep, teori dan amali dengan menyenangkan dan memudahkan

    pelajar memahami, akan dibuat catatan bersama-sama dengan teman sejawat. Di sini,

    para penyelia dalam klinik pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam

    melakukan pelbagai kegiatan atau perbincangan yang membina di kalangan para guru.

    Penyelia tersebut akan melakukan segala aktiviti sama ada dalam berbentuk individu

    ataupun berkelompok. Perbincangan, melakukan refleksi, merumuskan permasalahan,

    merencanakan perbaikan pembelajaran dan menilai kegiatan pembelajaran di kelas oleh

    21

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    22/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    seseorang guru agar dapat memberikan input atau pendekatan yang lebih baik untuk

    meningkatkan kemahiran mengajar dalam kelas.

    Di sini, peranan klinik pembelajaran ini meyerupai jabatan nazir di sekolah yang

    memainkan peranan meningkatkan profesionlisme guru. Guru dapat menilai dan mereflek

    cara pengajaran yang digunakan dan secara tidak langsung guru mempelajari dan

    membaiki apa-apa yang kurang sesuai diamalkan. Maka pengalaman yang terkumpul

    memberi manfaat kepada guru. Guru yang membuat kajian tindakan dapat menjadikan

    klinik pembelajaran sebagai sumber memberi mekanisme pengajaran yang baik di

    samping refleksi kendiri dalam sesuatu perbincangan kajian tindakan.

    12.2 Pembelajaran Orang Dewasa

    Pendahuluan

    Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur

    bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak bolehmembuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu.

    Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya.

    Ramai juga yang masih keliru dalam membezakan antara makna pembelajaran dan

    pendidikan. Semua pendidikan adalah membabitkan proses pembelajaran tetapi tidak

    semua proses pembelajaran itu adalah berkaitan dengan pendidikan.

    Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur

    bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak boleh

    membuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu.Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya.

    Menurut Knowles (1981), orang dewasa juga mempunyai keinginan untuk bertindak kearah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada kalanya mereka bergantung

    pada orang lain. Mereka juga berusaha untuk cuba menguasai sesuatu pengetahuan atau

    kemahiran untuk disesuaikan dengan kehidupannya.

    Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult

    education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang

    dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasasecara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam

    pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran.

    22

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    23/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Siapa itu Pelajar Dewasa?

    Pelajar dewasa adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampumembezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka

    adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang

    bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yangdihasilkan memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal

    yang dapat dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau

    dalam erti kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat merekajuga bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza.

    Antara ciri utama yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering

    mempelajari sesuatu melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga seringmengaitkan pengajaran baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan

    cara ini mereka dapat meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut

    mempelajari bidang informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba

    mengaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkanbakat serta inginkan penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan

    mereka juga kadangkala bergantung kepada orang lain.

    Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa

    Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaranorang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui

    keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teori-

    teori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepadabeberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama.

    Teori behaviouris

    Antara para sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov,

    Watson, Guthrie, Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkahlaku ini, pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah

    perubahan kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian

    tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah

    latihan dan pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnyalebih kepada perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran

    pembelajaran.

    Teori kognitif

    Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka, Kohler,Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai

    keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman

    mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan menggunakan

    perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan pemikiran

    23

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    24/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun segala

    pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman.

    Teori humanisis

    Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori humanisis. Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan kendiri serta

    perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat kemanusiaan yang mana

    pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama dan melibatkan perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau perbincangan secara berpasukan

    bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli.

    Teori pembelajaran sosial

    Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori pembelajaran sosial.

    Menurut Rotter, Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan

    persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain. Menurut teoripembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan pemantauan

    terhadap orang lain daripada segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi antaramanusia, persekitaran dan tingkah laku.

    Di atas hanyalah beberapa teori sahaja yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih

    banyak lagi teori yang wujud seperti teori progresif dan liberal.

    Kenapa Orang Dewasa Belajar?

    Setiap individu mempunyai tujuan atau matlamat tertentu dalam melakukan sesuatu

    pekerjaan. Matlamat utamanya adalah untuk mendapat sesuatu ganjaran seperti mana

    yang dikehendaki oleh diri masing-masing. Walaupun begitu, ia terpulanglah kepada diriindividu masing-masing sama ada baik ataupun buruk niat hati mereka. Akan tetapi bagi

    orang dewasa, mereka meneruskan pelajarannya mungkin untuk kepentingan dirinya,

    keluarganya, masyarakat ataupun negaranya. Walaupun demikian, hakikatnya terdapat banyak sebab yang mendorong orang dewasa ingin belajar semula seperti yang

    dinyatakan di bawah.

    Sebagai tuntutan

    Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad adalah salah satu mutiara kata yang menuntut

    setiap insan yang hidup di dunia supaya mencari ilmu sebanyak mungkin. Iamenunjukkan ilmu pengetahuan itu sangat penting kepada setiap individu. Dalam erti

    kata lain, menuntut ilmu itu adalah satu proses berterusan yang dituntut oleh agama.

    Setiap orang perlu mencarinya sendiri kerana ilmu itu luas ibarat sebuah lautan.

    24

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    25/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Keperluan

    Orang dewasa belajar kerana hendak memenuhi keperluan hidup masing-masing. Denganadanya ilmu pengetahuan, ia dapat membantu seseorang itu mencapai matlamat

    sebagaimana yang mereka inginkan. Sebagai contoh, seseorang memerlukan ilmu bagi

    mendapatkan sesuatu pekerjaan.

    Menonjolkan bakat

    Pada umumnya, orang dewasa terdiri daripada individu yang sudah bekerja dan terlibat

    dengan aktiviti bermasyarakat. Ia memudahkan mereka menonjolkan bakat masing-

    masing dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat sekali gus mendapat

    pengiktirafan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung,mereka dapat menjadi contoh dalam keluarga mahupun komuniti.

    Menguasai ilmu

    Seseorang individu belajar untuk menguasai ilmu termasuklah orang dewasa. Ilmu yang

    dikuasai kemudiannya diamalkan dalam kehidupan seharian selaras denganperkembangan teknologi yang pesat agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

    Untuk kualiti hidup

    Seseorang akan berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan sekiranya mereka

    mempunyai ilmu pengetahuan atau pelajaran terutamanya apabila dikelilingi oleh orang

    ramai. Mereka juga tidak mudah berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan orangramai. Dengan sifat sebegini, hidup mereka sentiasa dalam kegembiraan tanpa sebarang

    masalah dan lebih berkualiti.

    Menyelesaikan masalah

    Seorang dewasa yang menuntut ilmu percaya bahawa penguasaan ilmu dapat membantumereka menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan seharian. Contohnya, masalah

    yang berkaitan dengan pekerjaan mereka seperti masalah untuk mengendalikan sesuatu

    mesin dapat diatasi dengan adanya ilmu pengetahuan tentang penggunaannya berserta

    dengan latihan praktikal yang telah dilaksanakan.

    Kesukarelaan diri sendiri

    Setiap individu termasuk orang dewasa mempunyai kesedaran akan kepentingan

    menuntut ilmu. Mereka belajar atas kehendak diri sendiri tanpa sebarang paksaan bagi

    memenuhi matlamat kehendak diri mereka masing-masing.

    25

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    26/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Mengubah pencapaian dan memotivasikan diri

    Seseorang individu tidak akan mencapai kepuasan dengan tahap pendidikan yang rendah.Begitu juga dengan pelajar dewasa, mereka masih mempunyai banyak masa dan ruang

    untuk mencapai kemajuan atau kejayaan. Mereka juga ingin mendapatkan pendidikan di

    peringkat yang lebih tinggi supaya mereka dapat menjalankan pekerjaan dan kehidupanseharian dengan lebih yakin. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh dapat

    menimbulkan semangat untuk berubah ke arah tingkah laku yang baik dan positif.

    Memudahkan pekerjaan dan tanggungjawab

    Ilmu yang diperoleh akan membantu melicinkan tugas dan tanggungjawab seseorang

    dalam apa jua perkara yang dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.

    Suatu persaingan yang sihat

    Dalam menuntut ilmu, pelajar dewasa dapat membuktikan kebolehan diri masing-masingseterusnya dapat mewujudkan persaingan yang sihat. Contohnya, dalam bidang

    perniagaan, ahli perniagaan akan bersaing untuk mencapai kemajuan denganmenunjukkan kebolehan dan keupayaan masing-masing.

    Bagaimana Orang Dewasa Belajar?

    Setiap pembelajaran orang dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang dewasa.

    Sebagai pengajar, mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu

    bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan carabelajar yang terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikannya dengan penggunaan bahan

    pengajaran kepada setiap pelajar. Di bawah ini ditunjukkan sembilan proses pembelajaran

    orang dewasa.

    Motivasi

    Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran dan mereka lebih

    bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila diberikan ganjaran dan sokongan

    yang dapat memotivasikan mereka terutama daripada ahli keluarganya.

    Perhatian

    Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus terhadap penerangan ataudemonstrasi daripada tenaga pengajar supaya mereka cepat memahami pelajarannya.

    Jangkaan

    Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya mereka dapat

    memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan berasa lebih bersemangat dan bersedia

    menghadapi apa jua bentuk keadaan.

    26

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    27/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Perolehan ingatan kembali

    Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka memahamikonsep yang baru dipelajari dengan mudah dan cepat tanpa sebarang masalah.

    Pemilihan persepsi

    Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau rangsangan. Ia lebih merujuk

    kepada tindakan seseorang untuk membezakan perkara atau rangsangan sama ada iapenting dan relevan ataupun kurang penting.

    Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang

    Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk

    disimpan ke dalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut

    lebih mudah diingati dan dapat digunakan pada masa-masa akan datang.

    Gerak balas atau prestasi

    Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang dikodkan dan

    disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan membuktikannya dengan tindakan dan

    perubahan tingkah laku berserta peningkatan prestasinya.

    Maklum balas dan peneguhan

    Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang seharusnya dibuat danmotivasi yang mendorong individu meningkatkan atau memperbaiki prestasi mereka.

    Generalisasi atau pemindahan pembelajaran

    Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi kepada situasi yang

    lain. Kebolehan ini akan bertambah jika mempraktikkan kemahiran baru dalam pelbagaisituasi.

    Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman

    Salah satu kaedah pembelajaran orang dewasa yang utama adalah berdasarkan

    pengalaman. Kaedah pembelajaran ini merupakan satu proses secara berperingkat-

    peringkat. Sebenarnya proses ini bukan sahaja dilalui oleh orang dewasa, malah ia adalahsatu proses umum yang mana setiap individu perlu melaluinya untuk menjadikan

    pembelajaran mereka lebih efektif serta mendapat kepuasan hati supaya lebih cemerlang.

    Begitu juga dengan orang dewasa, mereka perlu melalui proses tersebut untuk mendapatkepuasan pembelajaran. Namun begitu orang dewasa juga kadangkala mempunyai

    kaedah yang tersendiri yang bergantung pada individu itu sendiri.

    27

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    28/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Mereka lebih gemar belajar dalam suasana yang tidak dikongkong oleh mana-mana

    peraturan yang membuatkan mereka sukar untuk belajar sesuatu topik. Justeru seorang

    pengajar perlu memahami diri dan tahap pemikiran orang dewasa.

    Tidak dapat dinafikan orang dewasa memang banyak belajar berdasarkan pengalaman. Di

    samping itu, pembelajaran yang hendak dipelajari perlu sesuai dengan minat dankesukaan mereka. Bagi mereka, pembelajaran melalui pengalaman membolehkan mereka

    bertukar idea atau pendapat yang mana membuatkan mereka akan dapat melihat sesuatu

    yang bermakna daripada apa yang dipelajari. Mereka juga sering menghubungkan pelajaran baru dengan pengalaman mereka yang sedia ada. Selain itu, proses

    pembelajaran ini dapat membantu mereka untuk mengeratkan hubungan dan secara tidak

    langsung menjadikan pembelajaran lebih aktif.

    Dalam satu situasi lain pula, mereka lebih gemar berdialog atau berada dalam satu

    kumpulan. Dengan cara ini, mereka dapat mengutarakan pendapat yang pelbagai dan

    dapat meluaskan pandangan serta pengetahuan. Mereka akan menunjukkan kebolehan

    dan kepimpinan mereka dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Keadaan inimembolehkan mereka bebas memberikan pendapat mereka. Dalam erti kata lain, mereka

    lebih suka berada dalam situasi yang tidak formal seperti tiada peperiksaan. Ini kerana,apa yang dipelajari lebih baik diamalkan daripada mengingat atau menghafal.

    Kemungkinan mereka merasakan ia satu beban bagi mereka. Nyatalah orang dewasa

    bukan seperti pelajar yang perlu diperintah supaya melakukan sesuatu perkara. Orang

    dewasa lebih gemar melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan keinginan merekasupaya apa yang dipelajari memberi kesan kepada mereka untuk masa kini dan hari

    muka.

    Kesimpulan Pembelajaran Orang Dewasa

    Dalam menuju era yang serba moden ini, penguasaan ilmu amatlah penting dalam

    kehidupan kita supaya kita tidak menjadi seorang yang boleh dilabelkan sebagai katak di

    bawah tempurung. Apabila dikaitkan dengan penguasaan ilmu pastinya terlintas difikiran suatu perkara yang berkaitan dengannya iaitu pembelajaran. Penguasaan ilmu

    bukan hanya tertumpu kepada remaja tetapi juga kepada pelajar dewasa.

    Namun begitu, pelajar dewasa ini belajar kerana beberapa sebab yang lebih menjurus kearah penglibatan peranan sosial dan kepentingan masyarakat, institusi dan juga untuk

    kepentingan diri sendiri. Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah mereka lebih

    gemar belajar dalam keadaan yang tidak formal dan lebih banyak menggunakanpengalaman mereka. Mereka lebih suka bertukar pendapat serta berdialog dalam satu

    kumpulan secara tidak langsung boleh membuatkan pemikiran yang lebih meluas.

    Proses pembelajaran pula melibatkan beberapa fasa. Menurut Gagne, proses

    pembelajaran terdiri daripada motivasi, perhatian, jangkaan, ingatan kembali, pemilihan

    persepsi, mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas atau prestasi,

    maklum balas dan peneguhan serta generalisasi atau pemindahan pembelajaran. Pelajar

    28

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    29/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    dewasa akan memperoleh banyak faedah daripada penyertaan yang aktif dalam proses

    pembelajaran.

    13. KEPENTINGAN PENGALAMAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

    Kajian tindakan telah membuka pengalaman dan proses yang luas di mana keperluan-

    keperluan dalam kajian pendidikan tersebut merupakan sebagai pendidikan itu sendiri.

    Secara disedari penglibatan tersebut dapat meningkatkan kemajuan profesion guru dan ini

    juga merupakan satu komitmen yang membantu proses penemuan seorang pengkaji. Di

    sini dapat kita lihat, dengan mengamalkan Kajian tindakan para guru dapat meningkatkan

    martabat diri dalam profesion perguruan selain menambahkan sikap diri yang kreatif dan

    inovatif berbanding profesion lain. Terdapat banyak kelebihan atau faedah yang akan

    diperolehi melalui pengalaman kajian Tindakan dalam proses pendidikan. BPPDP

    (1995:8) misalnya telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh

    guru-guru dengan melaksanakan kajian tindakan iaitu:

    Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan

    pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dapat

    merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Dapat mempelbagaikan kaedah

    pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat

    memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. Meningkatkan penggunaan

    bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan guru

    sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan

    dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Membentuk

    budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

    dan merapatkan tali siraturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara

    kolaboratif.

    Memandangkan pada masa sekarang, begitu hangat diperkatakan soal usaha

    melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan mendapatkan pengiktirafan

    ISO 9002 di sekolah-sekolah, maka perlaksanaan kajian tindakan adalah merupakan

    sebahagian daripada langkah-langkah ke arah itu. Jika kita tinjau dalam perlaksanaan

    TQM itu sendiri ia menekankan kepada model penyelesaian masalah bagi usaha

    pembaikan yang berterusan di samping ia menekankan kepada proses. MAMPU (1990)

    29

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    30/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    menyebutkan bahawa penyelesaian masalah merupakan satu komponen yang penting

    dalam usaha peningkatan kualiti. Proses penyelesaian masalah itu melibatkan enam

    langkah:

    Pengenalpastian masalah

    Penganalisisan masalah

    Alternatif-alternatif penyelesaian bagi menyelesaikan masalah

    Pemilihan alternatif penyelesaian dan tindakan pembetulan

    Pelaksanaan tindakan-tindakan pembetulan.

    Pengukuran dan penilaian tindakan-tindakan pembetulan.

    Sesungguhnya, kajian tindakan bukan sahaja dirasai signifikannya kepada guru sebagai

    penyelidik, namun ia telah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar-pelajar

    dalam bilik darjah. Ini jelas berdasarkan kajian Jaafar Sidek et. Al (1997 : 40) yang

    mendapati sikap pelajar terhadap program kajian tindakan yang telah dijalankan adalah

    sangat positif. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi selepas mengikuti program ini.

    Dalam kajian tindakan yang dijalankan, penilaian dan refleksi yang dibuat ialah pelajar

    berminat mengikuti program kajian tindakan. Pelajar mendapat perhatian yang lebih

    daripada guru-guru. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana guru

    bekerjasama memikirkan kaedah yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan pengajaran

    yang menarik.

    14. TEORI- TEORI DALAM EXPERIENTIAL LEARNING

    Pembelajaran Berasaskan Pengalaman

    Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah satu topik yang sering diperkatakan

    kerana manusia akan melalui setiap pengalaman dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat

    perbezaan diantara pembelajaran berasaskan teori di dalam bilik darjah dengan

    pembelajaran yang berasaskan hands on yang membolehkan pelajar belajar melalui

    pengalaman dengan penggunaan deria yang lebih dan berasaskan pengalaman.

    30

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    31/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Terdapat 2 jenis pembelajaran melalui pengalaman yang dijelaskan oleh Stephen

    Brookfield(1983:16) di dalam bukunya iaitu :

    (i) pembelajaran di mana pelajar di asuh atau diajar oleh sesebuah institusi untuk

    mengalami pengalaman pembelajaran tersebut (pembelajaran secara formal)

    (ii) pembelajaran secara tak formal di mana pelajar mengalami pembelajaran

    melalui pengalamannya di persekitaran hidupnya sehari-hari.

    A) Kurt Lewin

    Kurt lewin adalah seorang ahli psikologi yang mengasaskan kajian tindakan dan beliau

    menyatakan kajian tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan untuk perlakuan social

    atau untuk menyifatkannya sebagai pengurusan social atau kejuruteraan social. Ianya

    adalah kajian perbandingan ke atas keadaan atau kesan terhadap pelbagai bentuk tindakan

    social. Dalam pendekatan atau model Kurt Lewin, ianya melibatkan satu rangkaian

    langkah dan setiap langkah tersebut merangkumi perancangan, tindakan dan pencarian

    fakta ke atas sesuatu tindakan. Kitaran model Lewin secara asasnya meliputi perkara

    seperti berikut:

    Dalam langkah pertama, idea itu diuji dengan berhati-hati dan biasanya ianya lebih

    kepada pencarian fakta mengenai situasi tertentu. Jikalau langkah pertama ini berjaya

    Mengenalpasti idea yang umum Peninjauan atau pencarian fakta

    MerancangMengambil tindakan pertama

    Menilai Pengubahsuaian perancangan

    Mengambil tindakan kedua

    31

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    32/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    ddijalankan, maka rancangan keseluruhan untuk mencapai objektif dan keputusan untuk

    langkah pertama akan dicapai. Pada kebiasaannya, perancangan ini akan mengubah idea

    yang asli.

    Seterusnya, lanhkah peninjauan, pelaksanaan yang bertujuan untuk menilai keputusan

    akan dijalankan. Pengubahsuaian perancangan mungkin akan berlaku. Di sini, kita boleh

    dapati bahawa langkah yang diambil untuk kajian adalah lebih kepada penyelesaian

    masalah dan pembentukan organisasi. Dan konsep ini, ianya adalah selari dengan konsep

    Dewey iaitu belajar melalui pengalaman.

    Dalam konteks pembelajaran terutamanya apabila clientele merupakan orang dewasa,

    kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa dalam sesuatu usaha latihan yang dijalankan,

    sedikit sebanyak satu `perubahan' pasti berlaku kepada individu yang dilatih .

    Umpamanya, mengikut pandangan Kurt Lewin, terdapat 4 jenis perubahan boleh berlaku

    semasa individu melalui proses pembelajaran iaitu:-

    (a) Perubahan dari segi kognitif peningkatan kefahaman kepada kekaburan terhadap

    ilmu yang ada dan penemuan ilmu yang baru;

    (b) Perubahan dari segi dorongan dan keinginan - kebolehan memilih atau membenci;

    (c) Perubahan dari segi pemikiran (ideology) dan kepercayaan;

    (d) Perubahan dari segi kebolehan mengawal pergerakan pancaindera dalam melakukan

    sesuatu atau kemahiran - (Achieving control of body musculature as one does in learning

    a skill Psychomotor development) .

    B) Teori David a. Kolb (bersama Roger Fries)

    David a. Kold iaitu seorang pensyarah yang memegang

    ijazah doktor falsafah Universiti Harvard. Beliau bertugas sebagai

    pensyarah di Faculty of Organizational Behavior di Weatheread

    School of Management. Beliau telah memperkenalkan satu model

    yang terkenal dalam bidang pembelajaran berasaskan pengalaman

    yang merangkumi 4 elemen iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian dan refleksi,

    32

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    33/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    mengenalpasti konsep abstrak, dan mengadaptasi/mencuba di situasi baru. Keempat-

    empat elemen ini adalah merupakan satu kitaran pembelajaran berasaskan pengalaman

    bagi seseorang pelajar itu sendiri. Rajah menunjukkan kitaran model tersebut :

    Kolb dan Fry(1975) mempertikaikan bahawa kitaran pembejaran sedia ada ketika

    era itu yang boleh bermula di mana-mana titik elemen tersebut sama ada di elemen satu,

    dua, tiga atau empat, dan ia boleh berulang-ulang. Mereka mencadangkan bahawa ia

    haruslah bermula dengan pelajar atau individu itu sendiri melalui aktiviti pembelajaran

    dan melihat kesan atau hasil dari aktiviti tersebut.

    Seterusnya langkah kedua ialah pelajar yang melalui pengalaman itu akan

    mengenal pasti, mengkaji dan melihat tindak balas hasil dari aktiviti itu. Pelajar akan

    mengkaji apakah hasil aktiviti itu berjaya mengubah tingkah laku, emosinya dari segi

    pembelajaran sama ada berkesan.

    Langkah ketiga pula ialah memahami prinsip-prinsip hasil daripada situasi

    pembelajaran itu sendiri. Setelah berlakunya langkah kedua iaitu mengkaji dan mengenal

    pasti hasil perubahan tingkah laku, langkah ketiga ialah membina dan mengenal pasti

    prinsip-prinsip yang wujud hasil dari aktiviti pembelajaran tersebut.

    33

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    34/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    Langkah terakhir pula ialah menerapkan atau menggunakan pengalaman itu pada

    situasi baru. Situasi baru hendaklah relevan dengan situasi sebelumnya dan diterima

    pakai. Sebagai contoh, adalah tidak relevan situasi pengalaman Makcik Milah

    menggoreng ikan hendak diaplikasikan kepada situasi memasang komputer.

    Kaedah Pembelajaran David a. Kolb

    David Kolb and Roger Fry (1975: 35-6) telah menyatakan bahawa terdapat empat

    kebolehan yang berbeza iaitu kebolehan pengalaman berkonkrit, kebolehan pemerhatian

    reflektif, kebolehan konsepsual dan kebolehan eksperimentasi aktif. Kebolehan-

    kebolehan ini adalah ditunjukkan seperti jadual di bawah:

    Gaya pembelajaran David Kolb and Roger Fry

    Gaya pembelajaran

    Karakter pembelajaran Keterangan

    Menumpu (Konverger) Konsepsualisasi abstrak

    + eksperimentasi aktif

    berupaya dalam

    menjana idea danmengaplikasi.

    berupaya membuat

    pertimbangan

    mengenaipermasalahan spesifik

    tidak beremosi

    minat dan teliti

    Mencapah (Diverger) Pengalaman konkrit +pemerhatian reflektif

    keupayaan imaginasiyang tinggi

    baik dalam menjana

    idea dan melihatsesuatu dalam

    34

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    35/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    perspektif yang berbeza

    minat

    kreatif(minat/pemikiran yangmeluas)

    Penyerapan

    (Assimilator)

    Konsepsualisasi abstrak+ pemerhatian reflektif

    keupayaan yang tinggidalam membina

    pemodelan dan teori

    berkeupayaan tinggi

    dalam membuatkeputusan berinduksi

    (inductive reasoning)

    penumpuan terhadap

    konsep abstrak

    Penyesuaian

    (Accommodator)

    Pengalaman konkrit +

    eksperimentasi aktif

    Kebolehan

    mengaplikasi (hands

    on)

    suka menyahut cabaran

    (berisiko)

    baik dalam

    membuat/bertindakkeputusan dengan

    segera

    berupaya

    menyelesaikan masalah

    dengan gerak hati(intuisi)

    35

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    36/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    C) Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Jarvis

    Jarvis (1987, 1995) telah berjaya menghasilkan satu diagram mengenai situasi

    yang berlaku di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman. Jarvis telah

    menghasilkan diagram dan menjalankan ujian ke atas sekumpulan manusia. Jarvis telah

    berjaya menghasilkan diagram yang menunjukkan beberapa laluan/keadaan yang berlaku

    sewaktu proses pembelajaran berasaskan pengalaman. Diagram di bawah menunjukkan

    diagram kemungkinan yang berlaku sewaktu proses pembelajaran berasaskan

    pengalaman :

    Terdapat pelbagai kemungkinan yang berlaku di dalam diagram ini seperti situasi

    pembelajaran berasaskan pengalaman tidak berlaku (1-4), keadaan tidak reflektif (1-3 ke

    6 ke sama ada 4 atau 9 ), keadaan reflektif pembelajaran berasaskan pembelajaran

    berlaku (1-3 ke 7 ke 5 ke 7 ke 8 ke 6 ke 9).

    36

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    37/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    15. SUMBANGAN/ KESAN PEMBELAJARAN EKSPERIENTIAL

    PELAJAR

    Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupanMelalui cara ini iaitu dengan merasai sendiri pengalaman sesuatu kerja atau tugasan akan

    memudahkan pelajar mengadaptasikan pelajaran atau ilmu yang diajar dengan keadaan

    suasana kerja yang akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pengetahuan secara teknikallebih mudah dipelajari degan cara ini.

    Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian

    Pengalaman tidak semestinya dari institusi formal tetapi boleh berlaku dalam kehidupanindividu itu seharian iaitu perhubungannya dengan ibu bapa, guru- guru, kawan- kawan

    dan sebagainya. Ini juga merupakan pengalaman yang dapat dipelajari oleh pelajarsamaada melalui pemerhatian atau merasainya sendiri.

    Boleh memindahkan kemahiran

    Melalui kaedah ini, kemahiran yang hendak diajar akan mudah dibelajar dan difahami

    sendiri oleh pelajar dan pelajar juga boleh membuat suatu yang baru mengikut kreativiti

    mereka sendiri. Contohnya kemahiran menggunakan mesin pemotong paip.

    Boleh meneroka dan mendapatkan buktiPelajar akan dapat meneroka sendiri perkara yang hendak dipelajari secara mendalam dan

    menyelesaikan segala tugasan dan masalah dengan mudah serta dapat membuat kerja

    yang menghasilkan keputusan di akhir pangajaran. Ini dapat membuktikan hasil kerjayang diberikan oleh guru dan membantu memberi keputusan yang baik kepada hasil

    kerja.

    Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit

    Melalui cara ini pelajar akan dapat mengusai pelajaran dengan mudah terutama dalam

    perkara yang susah difahami jika diterangkan secara teori sahaja. Dengan cara yangkonkrit ini akan dapat mengusai perkara yang abstrak dengan senang.

    Dapat belajar secara kerjasama

    Di samping itu pelajar juga dapat menjalankan aktiviti secara berkumpulan yang

    melahirkan hasil verja yang lebih bermutu dan tidak menimbulkan soal kebosanan dalammembuat verja.Pelajar boleh berkongsi pendapat dan pengalaman dalam meningkatkan

    37

  • 8/14/2019 FULL SIAP

    38/38

    Kajian Tindakan DBK 1053

    mutu kerja. Perbezaan pemikiran akan mewujudkan hasil kerja yang baik dan mempunyai

    kreativiti yang tinggi.

    GURU

    Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.

    -Ini kerana pelajar lebih mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat

    dijalankan dengan lancar

    Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.

    - Pelajar melakukan amali secara hand on dan ini berguna apabila mereka bekerja

    nanti.

    Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri

    - melalui kaedah ini pihak akademik dan industri akan saling bekerjasama dan membantu

    antara satu sama lain.

    INDUSTRI

    Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula

    secara berkesan mengikut keperluan

    Untuk memenuhi keperluan tenaga mahir yang terlatih pelajar perlu dilatih mengikut

    keperluan semasa dan ia amat berguna untuk neagra pada masa hadapan

    Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

    Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat

    memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga

    membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolahdapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan

    dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.

    Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk

    menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.