Full Esesi Tatacara Plagiat

download Full Esesi Tatacara Plagiat

of 10

description

plagiat

Transcript of Full Esesi Tatacara Plagiat

1.0PENGENALANPeningkatan kualiti akademik telah dikenal pasti sebagai satu cara utama dalam usaha [footnoteRef:1]menjadikan sesebuah negara untuk maju kehadapan. Oleh itu, status pendidikan adalah antara faktor mengapa kebanyakan individu begitu menitikberatkan tentang kelangsungan pembelajaran mereka. Pembelajaran akan mempengaruhi status seseorang individu dalam bidang pekerjaan dan lain-lain. Tetapi dalam bidang pembelajaran terdapat antara dalam kalangan pelajar yang kebarangkalian yang terlibat dengan plagiat samaada secara langsung atau secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu,dalam konteks penulisan akademik,gejala plagiat harus diambil kira kerana gejala inilah yang membantutkan peningkatan kualiti akademik. [1: Ariedd Salleh Rosman, Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap Plagiarism, Jurnal Teknologi, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2008, hlm. 2.]

2.0DEFINISI PLAGIARISM Menurut kamus dewan Edisi ke-2, plagiat atau plagiarism bermaksud pengambilan hasil pengkaji lain tanpa kebenaran bertulis. Plagiat dalam bahasa mudahnya adalah mencedok karya atau tulisan orang lain yang akan disiarkan kembali sebagai karyanya sendiri. Plagiat ini merupakan penipuan akademik yang berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. Plagiat ini berasal daripada perkataan Latin iaitu plagiarius yang membawa maksud sebagai penculik atau perompak. Kegiatan ini berlaku dalam penulisan akademik seperti penulisan tesis, kertas kerja, tugasan dan hasil kajian dengan meniru keseluruhan atau sebahagian daripada hasil kerja orang lain tanpa merujuk sumber rujukan yang asal serta mengaku sebagai hasil kerja sendiri sedangkan pada hakikatnya golongan ini sebenarnya mempersembahkan perkataan atau idea hasil kajian pengkaji lain.[footnoteRef:2] [2: Wan Zah Wan Ali & Habsah Ismail, Plagiat, Teknologi, Johor: UTM Press, 2012, hlm. 5.]

3.0MENGAPA KELAKUAN PLAGIAT INI DIANGGAP KETERLALUAN DAN BURUK Plagiat sinonim dengan golongan pelajar universiti. Hal ini kerana mereka adalah golongan yang menghasilkan kerja berbentuk ilmiah yang merujuk kepada buku dan juga jurnal yang telah diterbitkan oleh penulis atau pengkaji sebelumnya. Bagi sesetengah Sarjana, mereka mengklasifikan bahawa plagiat ini adalah sebagai satu Dosa Besar kerana melanggar hak moral seseorang pengarang tersebut.[footnoteRef:3] Pensyarah Sejarah Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Encik Eko Prayitno Joko berkata bahawa plagiat dapat diertikan sebagai Kecurangan dalam konteks akademik. Antara kerja individu yang boleh di anggap sebagai plagiat adalah apabila idea seseorang diambil kata demi kata dari artikel atau buku yang telah pun diterbitkan. [3: Mohd Sidin Ahmad Ishak, Ketrampilan Menulis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 82.]

Selain itu, Idea seseorang diambil ketika perbincangan samaada persidangan forum atau ceramah tanpa meminta kebenaran kepada individu tersebut.Data,diagram,jadual dan foto atau apa saja bahan ilustrasi yang berasal dari orang lain tetapi diambil dan digunakan seolah-olah seperti kepunyaan sendiri. Selain itu,Meniru tugasan orang lain tanpa pengetahuan atau dengan pengetahuannya dan juga copy paste maklumat daripada laman web.[footnoteRef:4] Oleh itu,Kegiatan ini telah diambil serius oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya kerana melanggar Undang-Undang Malaysia sehinggakan Kerajaan mewujudkan Akta Hak Cipta 1987. Hak Cipta bagi seseorang individu dapat dilindungi di bawah Seksyen 25(2) dan Seksyen 43 yang mana telah memperuntukkan hukuman:[footnoteRef:5] [4: Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 20.] [5: Malaysia, Akta Hak Cipta 1987: Akta 332, 1999, hlm. 20.]

mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan,apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4.0CONTOH-CONTOH PLAGIAT YANG KONKRIT.James A.Mackay,seorang ahli sejarah Scotland,dipaksa menarik kembali semua buku biografi Alexander Graham Bell yang ditulisnya pada tahun 1998 kerana dia menyalin dari sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1973. Dia juga dituduh melakukan plagiat kepada biografi Mary Queen Of Scots,Andrew Chanegie dan Sir William Wallace. Pada tahun 1999 dia juga menarik kembali buku biografi John Paul Jones tulisannya dengan alasan yang sama.[footnoteRef:6] [6: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.]

Ahli Sejarah Stephen Ambrose dikritik kerana mengambil banyak ayat daripada karya penulis-penulis lain. Dia dituduh buat pertama kalinya pada tahun 2002 oleh dua penulis kerana menyalin sebahagian fakta mengenai juruterbang pesawat pengebom dalam perang dunia 11 dari buku karya Thomas Childers The Wings Of Morning ke dalam bukunya iaitu The Wild Blue.[footnoteRef:7] [7: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.]

Plagiat juga turut berlaku dalam penulisan cerpen berjudul Mimpi Syahwal oleh Salina Ibrahim dalam naskah Al-Islam pada tahun 2002 yang ditiru oleh Noraini Beran menggunakan judul yang sama tetapi diterbitkan oleh naskah Dewan Siswa pada tahun 2003.[footnoteRef:8] [8: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.]

5.0FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PLAGIAT5.1Tidak Ada Kesedaran Tentang Masalah PlagiatHampir keseluruhan universiti mengalami masalah plagiat dalam kalangan pelajar mereka. Antara faktor masalah plagiat adalah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang kesan plagiat tersebut kepada hasil kerja mereka. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar universiti kerana mereka tidak tahu akan implikasi negatif yang akan mempengaruhi hasil kerja mereka dan lebih teruk lagi apabila ada di antara mereka yang mengganggap plagiat ini sebagai suatu masalah yang tidak serius serta kurangnya pengetahuan tentang peraturan-peraturan dan pengawalan pihak pengajian tinggi tentang salah laku plagiat dalam kalangan penuntut universiti.[footnoteRef:9] [9: Karen Kow Yip Cheng, Kesan dan Faktor Plagiat, Berita Harian, 22 Mei 2009. ]

5.2Sikap PeribadiSikap peribadi merupakan perkara yang menyumbang kepada kesalahan plagiat kerana sesetengah pelajar amat gemar menyiapkan kerja pada saat-saat akhir kerana mereka lebih suka membuang masa dan malas untuk menyiapkan terus tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka juga tidak berminat untuk belajar atau tidak berminat dengan topik tugasan yang diberikan. Hal ini menyebabkan, mereka menggunakan jalan mudah untuk menyiapkan kerja mereka dengan cara plagiat.[footnoteRef:10] [10: Lee Cuba & John Cocking, How To Write About The Social Science, England: Longman Malaysia, 1993, hlm. 6.]

5.3Kemudahan InternetAntara hal yang mendorong kepada masalah plagiat adalah disebabkan oleh meluasnya penggunaan kemudahan Internet. Hal ini kerana amat mudah bagi mereka untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang ingin mereka siapkan. [footnoteRef:11]Mereka tidak perlu datang ke perpustakaan untuk mencari dan meminjam buku yang berkaitan dengan tugasan mereka. Oleh itu, jika mereka menemui maklumat di laman sesawang,dengan mudahnya mereka akan menyalin maklumat tersebut keseluruhan tanpa mengubah ayat-ayat maklumat tersebut (copy paste) kerana cara tersebut mudah dan juga cepat. Selain itu, dengan cara mencari dan memuat turun maklumat dari laman sesawang adalah mudah dan tidak perlu menyiapkan tugasan menggunakan usaha mental. [footnoteRef:12] [11: Lee Cuba & John Cocking, op.cit, hlm. 7.] [12: Lee Cuba & John Cocking, op.cit, hlm. 8.]

5.4Keyakinan DiriKeyakinan diri juga menjadi pendorong mengapa sesetengah pelajar menyiapkan kerja dengan cara plagiat. Hal ini kerana, sebahagian daripada mereka masih ada yang tidak berkeyakinan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik dan lemah dalam bidang penulisan dan juga pengolahan ayat. Selain itu,tidak memahami artikel yang berkaitan dengan tugasan dalam bahasa Inggeris dan sukar untuk mengolah ayat dalam bahasa Inggeris juga mendorong kepada masalah plagiat. [footnoteRef:13] [13: Doris D, Plagiarism in High School, English Journal: 75(2), England: Longman Malaysia, 1998, Hlm. 6.]

5.5TekananTekanan yang dimaksudkan mendorong kepada masalah plagiat adalah tekanan daripada orang sekeliling dan juga persekitaran mereka. Tekanan merujuk kepada tekanan yang dihadapi akibat daripada kelemahan pengurusan masa menyebabkan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan kerana masa yang ada cukup terhad kerana mereka mempunyai banyak tugasan yang pelu disiapkan pada waktu yang sama.[footnoteRef:14] Sesetengah pelajar juga tidak memahami kehendak soalan yang diminta di dalam tugasan mereka. Selain itu, boleh jadi juga tekanan yang dialami disebabkan oleh harapan yang tinggi datangnya daripada ibubapa. Apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk menyiapkan kerja dengan baik, hal ini akan mendorong mereka terjerumus ke arah masalah plagiat. [14: Ibid., hlm. 7.]

5.6Pelajar Kurang Mahir Mencari MaklumatBagi Kebanyakan pelajar mereka akan menghadapi kesulitan untuk menyiapkan tugasan mereka kerana mereka agar kurang mahir mencari maklumat di perpustakaan universiti disebabkan buku yang terlalu banyak.[footnoteRef:15] Oleh itu, mereka menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan maklumat dengan cara mencari maklumat tersebut di laman sesawang dan menyalin serta merta maklumat tersebut. Situasi ini menyebabkan berlakunya plagiat dalam kalangan pelajar. Pihakuniversiti atau kolej harus mendedahkan kemahiran mencari maklumat kepadapelajar supaya mereka mendapat fakta yang tepat dan betul. Dengan cara ini pihakuniversiti atau kolej akan dapat melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang lebih kreatif dan berkualiti. [15: Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 25. ]

6.0KESAN-KESAN PLAGIAT6.1Mencemarkan Imej Institusi PengajianMasalah plagiat ini akan menyebabkan Institusi pengajian mengalami masalah persepsi pihak luar terhadap sesebuah institusi tersebut. Hal ini kerana, bagaimana seseorang yang menuntut di sesebuah institusi boleh diiktiraf sedangkan hasil kerja ilmiah yang dihasilkan tersebut adalah plagiat dan hasil kerja orang lain.[footnoteRef:16] Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan Prestasi dan kebolehan sesebuah institusi tersebut diragui oleh pihak lain. [16: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 93.]

6.2Menghasilkan Karya Dan Sumber Rujukan Yang Tidak Berkualiti.Masalah plagiat ini akan menyebabkan karya yang dihasilkan tidak berkualiti dan maklumat yang digunakan tidak sahih serta tidak boleh dipercayai. Hal ini menyebabkan kebanyakan hasil karya juga tidak berkembang dari segi kualiti pengetahuan atau kajian yang dihasilkan dan menyebabkan tidak banyak pembaharuan ilmiah yang dapat dilakukan. Secara tidak langsung karya yang dihasilkan juga tidak mempunyai kualiti yang baik dan akan menyebabkan terciptanya kajian,pengetahuan ataupun makluamt yang salah berkaitan dengan ilmu pengetahuan.[footnoteRef:17] [17: Kamalia Abdullah, Ways to Tackle Plagiarism, New Straits Times, 22 November 2011.]

6.3Pengetahuan Tidak Berkembang Dengan BaikMasalah ini akan menjerumuskan kepada pengetahuan yang tidak mampu berkembang dengan baik. Malah pengetahuan itu juga tidak boleh diguna pakai dalam bidang pembelajaran atau rujukan.[footnoteRef:18] Hal ini kerana kajian dan ilmu yang dijadikan rujukan juga tidak mampu mengangkat nilai atau kandungan ilmu yang baik dan memberi sumbangan dan juga manfaat kepada orang lain. [18: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 94.]

6.4Menjejaskan Integriti AkademikPlagiat juga boleh berlaku apabila ada diantara ahli akademik yang menggunakan hasil penyelidikan orang lain dan mengatakan hasil penyelidikan tersebut adalah hasil kerjanya. Hal ini akan menyebabkan ahli akademik itu juga diragui kebolehan dan kewibawaannya dalam menghasilkan sesuatu tugasan atau penyelidikan.[footnoteRef:19] [19: Plagiat, http://www.ukessays.com/essays/education/plagiarisme-bukanlah-satu-isu-yang-baharu.php, Di akses pada 20 Mac 2015.]

7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PLAGIAT7.1 Diri Sendiri Bagi mengatasi masalah ini pelajar perlu merujuk serta berbincang terlebih dahulu dengan pensyarah atau rakan-rakan mengenai penulisan yang ingin dilaksanakan. Sebagai seorang pelajar juga mereka perlu bijak merancang penulisan dengan membuat rangka atau menyatakan Thesis Statement agar dapat membantu penulis untuk menjadi lebih jelas dengan topik penulisan akademiknya dan mengelakkan tugasan kerja disiapkan pada saat akhir.[footnoteRef:20] [20: Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 70.]

Selain itu,bagi mengatasi masalah plagiat ini apabila pelajar merujuk sesuatu sumber mereka perlu menyatakan sumber suatu maklumat tersebut atau pernyataaan bagi mengelakkan dari melakukan plagiat. Apabila maklumat tersebu dirujuk dengan seorang individu. Individu tersebut perlu dinyatakan sebagai sumber kepada maklumat tersebut. Di samping itu, pelajar perlu menyatakan maklumat yang diperoleh menggunakan ayat sendiri dan menganalisis serta menilai semula sumber yang diperolehi.[footnoteRef:21] Antara penggunaan sumber rujukan adalah seperti menggunakan nota kaki ataupun nota akhir, menyertakan Bibliografi ataupun rujukan dan memohon izin daripada penulis asal. [21: Muhammad Ali Atan, Pendekatan Menangani Plagiat. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y =2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=rencana&pg= re_08.htm. Di akses pada 20 Mac 2015.]

7.2Tanggungjawab PensyarahSebagai seorang pensyarah mereka harus memastikan pelajar mereka tidak mengamalkan gejala plagiat ini. Mereka adalah orang yang bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang tugasan pelajar tersebut agar pelajar tidak berasa sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini kerana,pelajar yang ingin menyiapkan tugasan mereka tetapi sukar mereka fahami akan menyebabkan tugasan tersebut tidak dapat disiapkan dengan baik. Pensyarah juga boleh menggunakan sistem atau aplikasi komputer pemeriksaan tugasan yang mampu mengesan tugasan pelajar yang disiapkan secara copy paste.[footnoteRef:22] [22: Keburukan Plagiat, http://www.dakwatuna.com/2014/11/28/60791/plagiat-adalah-tindakan-yang-buruk/#axzz3VNPUGtAK, Di akses pada 20 Mac 2015.]

7.3Pihak UniversitiPihak universiti juga mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri iaitu memberi pendedahan tentang definisi plagiat dan kaedah penulisan akademik yang standart secara meluas. Selain itu pihak universiti perlu mengenakan tindakan undang-undang tatatertib di bawah jagaan Jawatankuasa fakulti. Antara denda yang boleh diberikan ialah:

1. Denda yang tidak melebih Rm 200 ringgit

2. Dilarang terlibat dalam aktiviti universiti yang telah ditetapkan

3. Pemecatan dari universiti.

4. Amaran

5. Penggantungan menjadi pelajar dalam tempoh yang ditetapkan

8.0ANALISISMasalah plagiat ini lebih cenderung berlaku disebabkan olem masalah pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberikan kepada mereka.[footnoteRef:23] Hal ini kerana mereka merasakan tugasan yang diberikan sukar untuk disiapkan dan mereka tidak cuba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pelbagai kesan terhadap pelajar dan juga pihak pusat pengajian tersebut kerana mempengaruhi kualiti dan imej sebuah institusi tersebut. Kesan ini akan menyebabkan pusat pengajian tersebut diragui kualiti dan keberhasilan dalam mengeluarkan pengiktirafan kepada pelajar mereka. [23: Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 36.]

9.0KESIMPULANRumusan, dalam konteks akademik di taraf pengajian di universiti,kita sebagai pelajar memainkan peranan penting dalam menghindarkan gejala ini. Kejayaan ataupun keputusan peperiksaan yang baik tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika hasil kerja yang berasal dari plagiat. Tetapi gejala ini tidak terbatas pada tulisan sahaja tetapi turut ada dalam bidang seni dan juga budaya. Plagiat ini terjadi beraneka bentuk dan bukan bermakna kita tidak boleh memetik sesebuah maklumat tersebut tetapi jika kita mengakhirkan dengan sebuah pendokumentasian, kita tidak akan diketogerikan sebagai plagiat. Oleh itu, usaha perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar berinstitusi pengajian tinggi di Malaysia untuk memastikan integriti akademik dilaksanakan.

Page 9 TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH ( AJ20403 )