forum 1

3
Sebagai seorang guru matematik, unsur-unsur sejarah matematik perlu diselitkan di dalam pengajaran seharian anda dan impaknya jika unsur sejarah ini tidak dititik beratkan oleh guru adalah seperti berikut: Sejarah merupakan fakta dan peristiwa yang menjadi rujukan kepada masyarakat. Sejarah dikaitkan dengan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau yang berkaitan dengan masa dan tempat. Pada masa kini, unsur-unsur sejarah matematik digalakkan diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Byers (1982), menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan memerlukan setiap pelajar mengikuti perkembangan langkah-langkah utama dalam perkembangan matapelajaran tersebut. Kemampuan pelajar untuk mempelajari matematik juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya guru dapat menyelitkan unsur sejarah tentang bagaimana sesuatu pengetahuan itu diperolehi. Penerapan unsur sejarah dalam metematik dapat menyumbang kepada pelbagai kepentingan. Pertamanya ialah unsur sejarah boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih bermakna dan mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang formula. Ini kerana sejarah matematik memberi makna yang berlainan kepada para pelajar mengikut minat dan dan kecenderungan mereka. Oleh itu, guru harus pandai memilih, menyampai dan menggunakan bahan sejarah supaya pelajar meminatinya.

description

forum 1

Transcript of forum 1

Sebagai seorang guru matematik, unsur-unsur sejarah matematik perlu diselitkan di dalam pengajaran seharian anda dan impaknya jika unsur sejarah ini tidak dititik beratkan oleh guru adalah seperti berikut:

Sejarah merupakan fakta dan peristiwa yang menjadi rujukan kepada masyarakat. Sejarah

dikaitkan dengan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau yang berkaitan

dengan masa dan tempat. Pada masa kini, unsur-unsur sejarah matematik digalakkan

diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Byers (1982),

menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan memerlukan setiap pelajar mengikuti

perkembangan langkah-langkah utama dalam perkembangan matapelajaran tersebut.

Kemampuan pelajar untuk mempelajari matematik juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya

guru dapat menyelitkan unsur sejarah tentang bagaimana sesuatu pengetahuan itu diperolehi.

Penerapan unsur sejarah dalam metematik dapat menyumbang kepada pelbagai kepentingan.

Pertamanya ialah unsur sejarah boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk

menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih bermakna dan mendapat kefahaman yang lebih

mendalam tentang formula. Ini kerana sejarah matematik memberi makna yang berlainan

kepada para pelajar mengikut minat dan dan kecenderungan mereka. Oleh itu, guru harus

pandai memilih, menyampai dan menggunakan bahan sejarah supaya pelajar meminatinya.

Selain itu, penerapan unsur-unsur sejarah dapat membantu guru ke arah meningkatkan

motivasi, dorongan dan minat dalam diri pelajar serta pembelajaran berkesan terhadap

matematik. Terdapat sesetengah pelajar masih menganggap bahawa subjek matematik

merupakan mata pelajaran yang membosankan mereka. Tanggapan negatif ini perlulah

dihapuskan pada sejak kecil lagi, jika tidak masalah ini akan menjadi satu musibah yang

kronik pada masa akan datang. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Oleh yang demekian, guru bolehlah menggunakan sejarah matematik sebagai set induksi bagi

memperkenalkan sesuatu topik dalam matematik.

Tambahan pula, penerapan unsur-unsur sejarah dalam matematik melahirkan semangat ingin

tahu dalam kalangan pelajar supaya mengenali sesuatu yang baru. Aspek sejarah ini dapat

memberi peluang kepada pelajar untuk merasakan keghairahan dalam menemui sesuatu yang

baru. Ia membantu pelajar untuk menjana minda pelajar supaya berfikir dengan lebih kritis

dan kreatif. Ini kerana penerapan unsur sejarah dapat menjadikan pembelajaran matematik

mempunyai hubungan dengan dunia sebenar. Sebagai contohnya, semasa memperkenalkan

rumus teorem Pythagoras kepada pelajar, guru bolehlah menyelitkan sejarah tokoh matematik

dan sejarah penemuan teorem Pythagoras daripada tamadun Babylon, Mesir, Cina, India dan

Yunani. Tujuanya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa matematik

bukanya sumbangan daripada sebuah tamadun namun ia bersifat antarabangsa dan tidak

terhad kepada bangsa atau tamadun tertentu. Dengan ini, pelajar lebih menghargai matematik

kerana ia adalah sumbangan nenek moyang dahulu. Ini memupuk perasaan kekitaan dan

membangkit kesedaran tentang kesinambungan tamadun manusia.

Jika unsur sejarah ini tidak dititik beratkan oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran maka pelajar mempelajari sesuatu formula tanpa menyedari konsep,

kepentingan dan sejarah penemuannya. Meraka menggunakan kaedah penghafalan untuk

mengingati sesuatu formula. Maka mereka hanya tahu bagaimana mengaplikasikan formula

dalam menjawab sesuatu soalan dan bukanlah dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu,

pelajar juga tidak mengenali tokoh-tokoh matematik dan kurang berpengetahuan tentang

sejarah, tamadun dan kaedah pembelajaran matematik. Mereka diibaratkan “katak dibawah

tempurung”. Tambahan pula, pelajar juga melihat matematik sebagai mata pelajaran yang

bosan dan beku dengan formula sahaja.

Oleh itu, pihak guru perlulah menyelitkan unsur-unsur sejarah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.