Folio Sivik Konda Kondi

9
Pengenalan Konda-kondi adalah salah satu permainan tradisional. Permainan ini merupakan salah satu ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan konda-kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan. Tujuan Permainan 1

Transcript of Folio Sivik Konda Kondi

Page 1: Folio Sivik Konda Kondi

Pengenalan Konda-kondi adalah salah satu permainan

tradisional. Permainan ini merupakan salah satu ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira

setelah penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis permainan

memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk

mematikan pihak lawan. Permainan konda-kondi ini merupakan

salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan.

Tujuan Permainan Permainan ini menguji kepintaran pemain

memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan.

Kawasan dan waktu permainan

1

Page 2: Folio Sivik Konda Kondi

Dimainkan di kawasan terbuka dan lapang

Dimainkan pada waktu petang

Peralatan

Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’

dan yang panjang dipanggil ‘ibu’. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi

meletakkan kayu panjang.

Cara bermain

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek

itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah

cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain

daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula

oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli

2

Page 3: Folio Sivik Konda Kondi

hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun

terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati.

Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu

panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari

lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian

memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan

pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut

jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata

daripada langkah pertama tadi.

Permainan ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain

menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu

3

Page 4: Folio Sivik Konda Kondi

dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata,

iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti

sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Undang-undang permainan Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu

dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek

dikira ‘mati’. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya

menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua

pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.

Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang

menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan 4

Page 5: Folio Sivik Konda Kondi

terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang

seterusnya pula akan meneruskan permainan.

Faedah yang diperoleh Aspek perkembangan kognitif

Aspek perkembangan fizikal Aspek perkembangan sosioemosi

Aspek kerohanian dan moral

1.Aspek Perkembangan Kognitif

Dapat belajar menyusun strategi permainan dengan mengagak bila perlu menyerang

pasukan lawan.5

Page 6: Folio Sivik Konda Kondi

Aspek Perkembangan Fizikal Dapat meningkatkan kemahiran motor kasar

melalui aktiviti melambung berlari.2.Aspek Perkembangan Sosioemosi

Dapat meluahkan rasa gembira semasa bermain

3.Aspek Kerohanian Dan Moral Permainan ini memupuk semangat bekerja dalam pasukan. Mereka juga perlu mengikuti

aturan permainan serta menunggu giliran.

Lampiran

Gambar tentang permainan konda-kondi

Contoh permainan konda kondi

6

Page 7: Folio Sivik Konda Kondi

Cara bermain permainan konda kondi

Permainan konda kondi

7