Falsafah Pendidikan Barat Timur

4
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT 1. Tradisional Perenialisme Essensialisme 2. Moden Progressivisme Rekonstruktivisme Eksistentialisme ************* Tradisional A. Perenialisme Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa. Tumpuan : a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. mata pelajaran yang disyorkan - bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan, mendisiplinkan murid. c. kaedah mengajar : didaktik. d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing.

description

edu

Transcript of Falsafah Pendidikan Barat Timur

Page 1: Falsafah Pendidikan Barat Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT 

1. Tradisional

Perenialisme

Essensialisme

2. Moden

Progressivisme

Rekonstruktivisme

Eksistentialisme

*************

Tradisional

A. Perenialisme

Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah.

Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan

tidak mempunyai had masa.

Tumpuan :

a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat

ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia.  mata pelajaran yang disyorkan -

bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.

b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan,

mendisiplinkan murid. 

c. kaedah mengajar : didaktik.

d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing. 

B. Esensialisme

Page 2: Falsafah Pendidikan Barat Timur

Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui seseorang

individu agar menjadi ahi masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan pragmatik.

Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari,

dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.

Tumpuan : 

a. jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni,

muzik.

b. peranan guru : berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. rol model kepada anak murid.

c. Kaedah pengajaran : didaktik.

d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran guru.

*************

Moden

A. Progresivisme

Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa

kini.

Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya

mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Tumpuan : 

a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar

pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan.

b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran.

c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif . Kaedah mengajar yang disyorkan.

- pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif dan

berpandukan kaedah saintifik.  

- kerja makmal dan eksperimen.

- pengalaman langsung dengan persekitaran.

d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang

diberi oleh guru. 

B. Rekonstruktivisme

Konsep  : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.

Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit

sosial.

Tumpuan 

Page 3: Falsafah Pendidikan Barat Timur

a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial.

b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan.

c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid.

d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.

C. Eksistensialisme 

Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Matlamat Pendidikan : tidak digariskan.

Tumpuan

a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Matapelajaran estetika dan falsafah

difikirkan relevan.

b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid.

c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid.

d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.