Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.doc

5
Faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan pembelajaran. 1) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru. - guru tidak menggunakan bahan p&p yang kreatif dan bersesuaian dengan murid pemulihan yang memerlukan bahan-bahan yang menarik. Teknik pengajaran guru haruslah menggunakan teknik mengikut tahap pembelajaran bagi seorang kanak-kanak yang perlu dipulihkan. 2) Tidak hadir kesekolah. - murid tidak menghadirkan diri kesekolah juga adalah salah satu punca mengakibatkannya mengalami masalah pembelajaran. Peranan guru adalah mengambil berat atau mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap muridnya. Pelbagai sukatan atau topik pelajaran yang tertinggal akibat tidak hadir kesekolah. 3) Cuai dalam menjalankan aktiviti.

description

s

Transcript of Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.doc

Page 1: Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.doc

Faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan

pembelajaran.

1) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru.

- guru tidak menggunakan bahan p&p yang kreatif dan bersesuaian dengan

murid pemulihan yang memerlukan bahan-bahan yang menarik. Teknik

pengajaran guru haruslah menggunakan teknik mengikut tahap

pembelajaran bagi seorang kanak-kanak yang perlu dipulihkan.

2) Tidak hadir kesekolah.

- murid tidak menghadirkan diri kesekolah juga adalah salah satu punca

mengakibatkannya mengalami masalah pembelajaran. Peranan guru adalah

mengambil berat atau mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap

muridnya. Pelbagai sukatan atau topik pelajaran yang tertinggal akibat tidak

hadir kesekolah.

3) Cuai dalam menjalankan aktiviti.

- guru memainkan peranan penting dalam mengenalpasti potensi murid.

Segala aktiviti yang dilakukan oleh setiap murid haruslah dipantau. Segala

kesilapan murid perlu diperbetulkan. Kecuaian guru dalam menjalankan

tugas boleh mengakibatkan murid mengalami masalah pembelajaran

terutamanya murid yang lemah.

4) Leka dan lambat.

- guru yang leka dalam melaksanakan tugas atau mengambil mudah sesuatu

perkara juga mendatangkan akibat kepada murid-murid. Guru yang lambat

mengambil tindakan terutamanya dalam mengenalpasti murid-murid yang

perlu dipulihkan juga kesalahan yang datangnya dari guru itu sendiri.

Page 2: Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.doc

5) Peribadi.

- murid yang mengalami masalah peribadi juga akan mengalami masalah

pembelajaran. Sebagai seorang guru perlulah mengenalpasti murid yang

bermasalah ini. Guru harus mengambil sebarang tindakan yang

bersesuaian. Selain itu, guru perlulah mengembalikan semangat mereka

untuk belajar.

6) Kurang kecerdasan-lambat berfikir dan bertindak,lekas lupa, sukar

memahami dan lemah pengamatan.

- peranan guru bagi bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjana minda

murid adalah penting. Murid-murid seperti ini harus diberi latihan

pengukuhan bagi menguatkan lagi ingatan dan meningkatkan tahap

pengamatan mereka.

7) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.

- ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi mengatasi anak-anak

dari mengalami maslah pembelajaran. Makanan yang baik dan seimbang

harus diamalkan sejak dari kecil lagi. Kurangkan makanan yang

membahayakan atau makanan yang boleh memberikan kesan negative

kepada kesihatan.

8) Penerimaan baka yang cacat.

- faktor baka juga banyak mengakibatkan masalah pembelajaran. Ibu bapa

murid juga mengalami masalah yang sama. Sebagai guru, murid tidak boleh

dipersalahkan sebaliknya guru harus mengambil inisiatif bagi mengatasi

atau mengurangkan masalah ini.

Page 3: Faktor-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.doc

9) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.

- anak-anak harus diberi pendedahan awal kepada alam sekitar atau bergaul

dengan rakan sebaya mereka. Kurangnya pergaulan juga boleh

mengakibatkan masalah pembelajaran. Anak-anak kurang mendapat idea

atau kurang menggunakan akal mereka untuk berfikir akan sesuatu. Minda

mereka sama sekali tidak tercabar.

10)Salah diasuh dan diajar.

- ibu bapa tidak seharusnya terlampau memanjakan anak-anak mereka. Tidak

semua kemahuan mereka harus ditunaikan. Asuhan ibu bapa dirumah

adalah penting bagi anak-anak untuk berdikari atau menggunakan akal

fikiran mereka. Ibu bapa harus meluangkan sedikit masa untuk mengajar

anak-anak mereka. Tidak hanya disekolah sahaja. Pantauan dari ibu bapa

penting dalam mengetahui proses perkembangan anak-anak mereka.

11)Kesediaan untuk belajar lewat dan pengajaran diberi sebelum berlakunya

kesediaan.

- ibu bapa harus menyediakan anak-anak mereka untuk belajar. Pelbagai

inisiatif boleh diberikan kepada anak-anak agar mereka bersedia belajar.

Tetapi pengajaran juga tidak boleh diberi sebelum berlakunya kesediaan

dari diri anak-anak itu sendiri.