Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

download Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

of 3

Transcript of Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

  • 8/14/2019 Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

    1/3

    Diari Konsep 942/2 Geografi Alam sekitar manusia

    Tema 1 Penduduk

    Konsep/Huraian

    1. Penduduk sebagai sumber

    Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomiruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal disesebuah kawasan.

    2. Pola taburan penduduk: (tema 1) stpm 2008

    Sebaran penduduk disesuatu kawasan di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antarakawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kawasanbandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat dikawasan pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat dikawasan pedalaman, gurun dan kawasan berpaya.

    3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: (tema 1) stpm 2007

    Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahanpenduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atauberkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).Kadar ini merujuk kepada satu-satu kawasan tertentu seperti negara, wilayah,dunia.Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) kadar kematian (KM) +kadar migrasi bersih (KMB)

    4. Konsep Lebihan Penduduk : (tema 1)

    Keadaan dimana jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlmsesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:

    lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habisdigunakan danlebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaanteknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dankeperluan penduduk tidak boleh ditampung.

    5. Penduduk kurangan

    Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumbers/jadi yg ada.

    6. Penduduk Optimun

    Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluarankhususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai pendudukoptimun.

    7. Piramid Penduduk

    Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuahnegara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusanatau jmlh jantina lelaki dan perempuan

    8. Piramid Progresif

  • 8/14/2019 Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

    2/3

    Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh pendudk muda ygramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungantinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah

    9. Piramid Regresif (peralihan)

    Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiranrendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahappembangunan ekonomi lebih maju.

    10. Piramid penduduk stabil

    Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgtrendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomidan sosial sgt maju.

    11. Piramid Penduduk terganggu

    Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg

    menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk.Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaanseperti dasar saiz keluarga kecil.

    12. Model peralihan Demografi

    Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan ygdialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang.

    13. Mobiliti ruang

    Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasansama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.

    14. Mobiliti sosial

    Merujuk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kawasanmundur ke kawasan maju.

    15. Migrasi

    Merujuk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempatyg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.

    16. Migrasi Dalaman : (tema 1)

    Perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang tidak merentasi sempadansesebuah negara.

    17. Migrasi Antarabangsa : (tema 1) stpm 2007

    Perpindahan atau pergerakan penduduk yang merentasi sempadan negara atauantarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladeshke Malaysia

    18. Imigrasi

  • 8/14/2019 Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

    3/3

    Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan

    19. Emigrasi

    Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kawasan

    20. Migrasi bersihMerujuk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi

    21. Daya tampung persekitaran fizikal

    Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utkmenampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kawasan.

    21. Daya tampung sumber alam

    Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempohtertentu.