Dialog Peradaban

7
CADANGAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN PERADABAN Dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban memerlukan satu sikap ingin tahu dan belajar tentang apa yang ada di luar lingkungan individu. Dialog ini sudah pasti tidak hanya melibatkan diri sendiri sahaja, malah bersifat ‘ke luar’, melihat ke hadapan dengan bersama-sama menghadapi masa depan kemanusiaan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban ini. Cadangan pertama ialah dari segi ilmu pengetahuan. Sesebuah kaum/etnik/budaya perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang kaum/etnik/budaya lain. Ini kerana, dengan ilmu pengetahuan yang ada, ianya dapat membantu dalam usaha saling memahami mengenai nilai, norma, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu kaum/etnik/budaya serta peradaban lain. Dengan mengetahui sesuatu peradaban, maka ianya dapat menambah dan memperkayakan budaya sesuatu masyarakat sekaligus menghindarkan sikap prejudis dan ancaman sesama masyarakat. Antara tindakan yang boleh diambil ialah sekolah dan universiti patut mempelopori kegiatan dialog dalam kalangan pelajar dengan menjadikan pengajian ilmu peradaban sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu, media masssa dan elektronik, institusi-institusi pendidikan, nadan-badan agama dan semua pertubuhan sosial yang lain sewajarnya memainkan peranan

description

tamadun

Transcript of Dialog Peradaban

Page 1: Dialog Peradaban

CADANGAN PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN

PERADABAN

Dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban memerlukan satu sikap ingin tahu dan belajar

tentang apa yang ada di luar lingkungan individu. Dialog ini sudah pasti tidak hanya melibatkan

diri sendiri sahaja, malah bersifat ‘ke luar’, melihat ke hadapan dengan bersama-sama

menghadapi masa depan kemanusiaan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan dalam memperbaiki

dan mempertingkatkan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban ini.

Cadangan pertama ialah dari segi ilmu pengetahuan. Sesebuah kaum/etnik/budaya perlu

mempunyai ilmu pengetahuan tentang kaum/etnik/budaya lain. Ini kerana, dengan ilmu

pengetahuan yang ada, ianya dapat membantu dalam usaha saling memahami mengenai nilai,

norma, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu kaum/etnik/budaya serta peradaban lain. Dengan

mengetahui sesuatu peradaban, maka ianya dapat menambah dan memperkayakan budaya

sesuatu masyarakat sekaligus menghindarkan sikap prejudis dan ancaman sesama masyarakat.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah sekolah dan universiti patut mempelopori kegiatan

dialog dalam kalangan pelajar dengan menjadikan pengajian ilmu peradaban sebagai mata

pelajaran wajib. Selain itu, media masssa dan elektronik, institusi-institusi pendidikan, nadan-

badan agama dan semua pertubuhan sosial yang lain sewajarnya memainkan peranan

menghidupkan dialod peradaban dalam masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang ada.

Cadangan kedua ialah sikap toleransi. Setiap individu tidak kira berasal daripada

kaum/etnik/budaya apa sekalipun perlu mempunyai sikap toleransi, bertolak ansur serta

menghormati kaum/etnik/budaya lain. Individu perlu sentiasa bersedia menerima pendapat dan

pemikiran individu lain agar wujud satu kefahaman serta sanggup bertolak ansur dalam apa jua

perkara. Selain itu, perlu juga ada usaha untuk mengurangkan atau mengendurkan ketegangan

perbezaan antara kaum/etnik/budaya bagi mengelakkan salah faham antara kaum/etnik/budaya.

Sebaliknya, kaum/etnik/budaya lain seharusnya cuba memahami realiti yang dihadapi oleh

kaum/etnik/budaya lain serta tidak memberi satu persepsi berat sebelah. Ini bukan sahaja dapat

mewujudkan kerjasama dan saling menghormati antara kaum, malah dialog antara

kaum/etnik/budaya dan peradaban dapat terus diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Page 2: Dialog Peradaban

Seterusnya ialah penyertaan semua kaum/etnik/budaya. Dialog peradaban seharusnya

terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, kaum/etnik/budaya. Penyertaan

daripada semua pihak ini perlu ada usaha untuk melaksanakannya di peringkat global dalam

sistem nilai yang spesifik. Ini adalah untuk memastikan sesuatu usaha atau program yang

dilaksanakan tidak hanya ‘melepaskan batuk di tepi tangga’. Program yang melibatkan semua

kaum/etnik/budaya perlu diperbanyakkan lagi bagi menggalakkan setiap kaum/etnik/budaya

berkomunikasi dan saling memerlukan seterusnya mewujudkan semangat perpaduan.

Pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial turut memainkan peranan dengan menganjurkan

program-program yang melibatkan semua kaum dan mempunyai ruang untuk para pesertanya

berdialog serta bertukar pandangan bagi memahami antara satu sama lain.

Selain itu, kesediaan untuk berubah dalam diri individu dari setiap kaum/etnik/budaya

juga penting bagi memperbaiki dan mempertingkatkan dialog antara kaum/etnik/budaya dan juga

peradaban. Kejayaan dialog antara peradaban akan hanya mencapai matlamatnya jika sikap ingin

melihat perubahan dengan saringan dan akomodasi pandangan orang dengan bersungguh-

sungguh. Semua pihak pada semua peringkat masyarakat harus menyertai dialog peradaban

dalam segenap bidang seperti politik, pendidikan, budaya, sains, media dan sebagainya dalam

usaha mempertingkatkan lagi dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban ini.

Langkah lain yang boleh diambil ialah dengan memperbanyak dan memperkukuhkan lagi

aktiviti-aktiviti berkaitan dialog peradaban di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti-

aktiviti berkaitan yang telah dijalankan perlu diperkemas dan diperkukuhkan lagi pada masa

akan datang bagi menjadikan dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban ini berjaya

mencapai matlamat dan tujuan yang ingin dicapai. Dialog peradaban ini bukan sahaja boleh

dilaksanakan di peringkat kebangsaan, malah boleh juga dilaksanakan diperingkat antarabangsa

bagi mempergiatkan lagi usaha memperbaiki dan mempertingkat dialog antara

kaum/etnik/budaya ini. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah Dialog Kerjasama dalam

Kehidupan, Dialog Problem Solving antara Kaum dan Etnik, Dialog Teologi, Dialog Nilai

Sejagat dan banyak lagi.

Cadangan lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi

dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban adalah dengan melaksanakan semula Rancangan

Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP telah dilancarkan pada

Page 3: Dialog Peradaban

tahun 1986 oleh Perdana Menteri pada ketika itu semasa beliau memegang portfolio Menteri

Pelajaran. Program ini boleh dilaksanakan semula oleh pihak kerajaan kerana rancangan tersebut

dilihat sangat praktikal untuk dilaksanakan. Ianya memberi kesan positif dari segi

memperkukuhkan interaksi, persefahaman, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan murid dan

guru dari sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar.

Akhir sekali, langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperkenalkan kursus

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE) kepada semua pelajar di

IPTA merupakan satu langkah bijak bagi menghidupkan dialog peradaban dalam kalangan

pelajar berlainan bangsa dan budaya. Pihak kerajaan juga disarankan untuk menubuhkan

Akademi Pengajian Peradaban di pusat-pusat pengajian tinggi Negara ini untuk mengkaji dan

merumuskan nilai-nilai sejajar dan sepunya seluruh masayarakat Malaysia selain menjadi

penganjur dialog-dialog dan kajian peradaban.

KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN KE ARAH PERPADUAN DAN INTEGRASI

NASIONAL MASYARAKAT

Secara keseluruhannya, dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban perlu diteruskan

pelaksanaannya kerana ianya memberi impak positif bukan sahaja kepada individu yang terlibat,

malah juga kepada seluruh masyarakat. Seharusnya, perbezaan dan kepelbagaian peradaban

antara kaum/etnik/budaya dijadikan sebagai sesuatu yang unik dan satu peluang untuk saling

mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain dan akhirnya akan melahirkan pengkayaan

peradaban.

Dialog peradaban dilihat mampu mewujudkan kesedaran, kesatuan dan kejujuran

bersama dalam kalangan ahli masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,

mengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan. Walaupun

wujud hubungan yang baik antara kaum/etnik/budaya, namun kadangkala wujud juga rasa curiga

yang berpunca daripada perbezaan yang diamalkan oleh setiap kaum/etnik/budaya berkenaan.

Segala salah faham dan rasa curiga perlu ditangani dengan bijaksana bagi mengelakkan kejadian

yang tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan yang berlaku

disebabkan oleh kegagalan setiap ahli kaum/etnik/budaya untuk memahami antara satu sama lain

Page 4: Dialog Peradaban

berulang kembali. Oleh yang demikian, perbincangan atau dialog peradaban merupakan langkah

terpenting yang perlu dilakukan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.

Seterusnya ialah dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Menerusi dialog peradaban, setiap kaum/etnik/budaya dapat mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan masing-masing serta dapat memperbaiki diri melalui proses saling memberi. Langkah

ini penting untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran baru yang akan

datang. Dialog peradaban yang dilakukan dimana melibatkan semua lapisan masyarakat dan

dilakukan secara menyeluruh dilihat mampu mencapai kesan yang menyeluruh di samping

mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

Kepentingan dialog peradaban seterusnya ialah dapat membina satu barisan bersama

dalam menentang dominasi barat. Menerusi dialog peradaban ini, masyarakat dapat

mengenalpasti anasir-anasir negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan mencari

penyelesaian bersama. Dialog peradaban yang dilaksanakan dapat menjaga kelangsungan jati diri

hidup setiap anggota masyarakat. Selain itu, permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa

juga dapat ditangani menerusi dialog peradaban ini, bukan secara keganasan atau konfrontasi.

Selain itu, dialog peradaban ini juga mampu membantu mencari penyelesaian bagi

masalah-masalah global. Seluruh manusia berhadapan dengan pelbagai masalah besar seperti

pencemaran alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, penyalahgunaan

kuasa dan rasuah, dadah dan AIDS. Kesemua kemelut tersebut memerlukan jawapan dan

penyelesaian dari manusia sendiri. Dialog peradaban yang dilakukan secara berterusan dapat

melahirkan nilai moral dalam masyarakat berbilang kaum/etnik/budaya.

Akhir sekali ialah dapat memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan perselisihan.

Ikatan dan perasaan saling menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dalam

masyarakat yang pelbagai kaum/etnik/budaya apabila manusia menyedari nilai-nilai yang

mereka kongsi bersama sama ada dalam konteks pemerintahan, politik, ekonomi, pengurusan

sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan serta sains dan teknologi.

Kesimpulannya, dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban ini perlu diteruskan,

diperbaiki dan dipertingkatkan lagi kerana ianya banyak memberi kesan positif berbanding kesan

negatif.