Cinta Sejati Langit Dan Laut

download Cinta Sejati Langit Dan Laut

of 1

Transcript of Cinta Sejati Langit Dan Laut

  • 8/9/2019 Cinta Sejati Langit Dan Laut

    1/1

    .: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT:.

    Dahulukala, langit dan

    laut saling jatuh cinta.

    Mereka saling

    menyukai di antara satu

    sama lain. Oleh sebab

    sangat sukanya laut

    terhadap langit, warnalaut sama dengan

    warna langit. Oleh

    sebab

    sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warnalaut.

    Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-

    kata `Aku Cinta Padamu ke telinga langit. Setiap kali langit

    mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidakmenjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-

    merahan.

    Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus

    jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu

    sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanyamahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus

    asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan

    mengembangkandirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-

    tengah

    di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit

    dan laut terhadap satu sama lain.

    Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut

    mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggupandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu

    datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit

    danlaut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan

    awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lamaterjalin.

    Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-

    pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia

    tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi

    untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa

    terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggiterhadap

    langit, awan menangis sedih.

    Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat

    dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon

    yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang

    berpacaran.