Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

download Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

of 3

Transcript of Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

  • 7/23/2019 Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

    1/3

    oneplusoneminusone.wordpress.com

    https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-resam-kaum-melanau/

    August 9, 2012

    BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM MELANAU

    Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya

    masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi

    kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu

    cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai

    budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam

    aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam

    atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

    Pengenalan

    Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya

    masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi

    kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu

    cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai

    budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran.

    Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:

    KELAHIRAN

    >> Sewaktu Mengandung

    Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat

    Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang.

    Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan

    seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam

    seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh

    makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang

    dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak

    dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

    Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami

    uga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang

    bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si

    suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan

    diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat

    kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh

    memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa

    mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan

    menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

    >> Selepas Lahir

    Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat.

    Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang

    https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-resam-kaum-melanau/https://oneplusoneminusone.wordpress.com/2012/08/09/budaya-dan-adat-resam-kaum-melanau/https://oneplusoneminusone.wordpress.com/
  • 7/23/2019 Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

    2/3

    daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu

    dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki

    mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang

    ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari.

    makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar,

    ika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

    Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas

    balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di

    badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

    Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak.

    Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di

    kalangan masyarakat Melanau.

    >> PERKAHWINAN

    Pengenalan.

    Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat

    diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat

    dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain.

    Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan

    pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu

    dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat

    menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu,

    asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang

    dan majlis perkahwinan.

    >> Merisik

    Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial

    yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan

    status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah

    keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial

    keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau

    belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh

    dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

    >> Meminang

    Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan

    perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa

    orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran

    peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa

    dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga

    lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.

    Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama.

    Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan

    yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki

    tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak

    perempuan.

    >> Majlis Perkahwinan

  • 7/23/2019 Budaya Dan Adat Resam Kaum Melanau _ Oneplusoneminusone

    3/3

    Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis peramas

    iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung

    beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas

    kahwin iaitu penyekab dan berian dan hadiah lain seperti adat menuga, adat mebin

    dan pakan sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara

    pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari

    diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah

    pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jirandan sahabat handai.

    Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.

    Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan

    persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan

    yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan

    oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-

    sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka

    disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan

    menghadiahkan adat pahe kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangatpenting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia

    dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

    Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah

    pengantin perempuan untuk menjalani adat petudui iaitu penyerahan pelbagai barang,

    antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin

    lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin

    dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak

    boleh tidur pada waktu siang.

    Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi

    temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua

    pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara begendang, iaitu tari-

    menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum

    sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan.

    Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan

    mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga

    bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam

    pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria

    dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.