BT06Sep.4

download BT06Sep.4

of 1

description

akhbar brunei

Transcript of BT06Sep.4

  • B4 | THE BRUNEI TIMES | Saturday, 6 September, 2014

    EDU@BT

    Raghadah Agus

    BANDAR SERI BEGAWAN

    B

    ULI, ianya bukan satu hal yang

    biasa namun ianya merupakan

    satu fenomena sosial yang sangat

    membimbangkan terjadi di

    kalangan masyarakat kini. Tidak

    terkecuali di negara kita sendiri. Siapa kata

    kes buli di Brunei ini tidak begitu membim-

    bangkan?

    Masalah buli ini sering kita dengar, lihat

    dan baca melalui media semasa, surat

    akhbar, berita dan juga dari rakanmahupun

    saudara. Buli juga tidak mengenal siapa dan

    dimana, ianya terjadi di merata tempat mau

    itu di alam pekerjaan, persekolahan

    mahupun di rumah sendiri.

    Sesuatu hal yang membuatkan sese-

    orang itu merasa sakit hati, marah, merasa

    tersisih, terhina, terluka dan jauh hati ini

    lah tanda-tanda mereka yang di buli, jelas

    seorang kaunseling yang bertugas di salah

    sebuah sekolah kerajaan.

    Buli boleh berlaku dalam dua bentuk

    iaitu secara langsung (fizikal) yang dapat

    didefinikan sebagai masalah yang meliputi

    kegiatan seperti memeras ugut, memukul,

    mengasari yang lemah dan secara tidak

    langsung (mental) yang melibatkan kata-

    kata iaitu verbal termasuklah dihina, diejek

    mahupun dutertawakan dan lain-lain yang

    boleh mengakibatkan tekanan kepada

    mangsa buli tersebut.

    Siapa yang selalu menjadi mangsa buli

    ini? Siapa pula yang menjadi si pembuli?

    Lain orang mempunyai berlainan

    pendapat mengenai isu sebegini, ada yang

    berkata kebanyakkan mangsa buli ini

    mereka yang suka berdiam diri, tidak suka

    bergaul dan ada juga yang mengatakan ba-

    hawa disebabkan penampilan dan fizikal

    seseorang itu boleh menyebabkan masalah

    buli ini berlaku.

    Gejala buli pada masa kini semakin men-

    jadi-jadi, dalam seminggu mahupun se-

    bulan sering kita dengar masalah sebegini

    berlaku di sini. Oleh itu, peranan pelbagai

    pihak-pihak tertentu termasuk kita sendiri

    untuk sama-sama mengatasi masalah ini

    adalah sangat diharapkan dan digalakkan.

    Buli di sekolah, di tempat kerja, di jalan

    raya, buli dalam media sosial atau lebih

    dikenali sebagai cyber bully dan pelbagai

    jenis buli yang lain hendaklah segera

    dibendung dan diatasi sebelum ianyamarak

    merosak bangsa dan kesejahteraan

    masyarakat kini.

    Apa penyebab buli ini boleh terjadi?

    Jika tidak kerana angin masakan pokok

    boleh bergoyang, itulah ungkapan yang

    sering digunakan untuk menjelaskan se-

    suatu yang mana setiap permasalahan yang

    berlaku itu tentu mempunyai punca masa-

    lahnya begitu juga masalah buli.

    Jangan anggap buli ini satu perkara yang

    remeh, terkadang hanya disebabkan hal

    yang kecil boleh menjadi besar dan serius

    sehingga terjadinya perkelahian, ini yang

    harus kita elakkan. Pelbagai punca yang

    mendorong kepada masalah buli ini salah

    satunya adalah dendam, rasa tidak puas

    hati mahupun hanya sekedar mahu berser-

    onok, terang Jailani Hj Kula, ayah kepada

    lima orang anak ini kepada The Brunei

    Times.

    Di dalam zaman saya sendiri iaitu

    zaman persekolah saya dulu kira-kira dalam

    tahun 80an memang gejala buli ini ada dan

    saya sendiri pernah melihat dengan mata

    saya sendiri, walau bukan saya yang men-

    jadi mangsa buli namun saya tahu apa yang

    mereka rasakan ketika itu, malu, takut dan

    tertekan, tambah beliau lagi.

    Salah seorang guru dari sekolah kerajaan

    memberikan pendapat beliau mengenai

    punca permasalahan ini yang mana men-

    urut beliau ianya terkadang berpunca dari

    individu itu sendiri antaranya kekurangan

    penghayatan nilai-nilai murni dan agama

    yang ada pada seseorang itu yang mana

    mereka sanggup melibatkan dirinya dalam

    kes buli sebegini.

    Terkadang mereka sanggup berbuat de-

    mikian hanya untuk mendapatkan perha-

    tian orang lain dan menunjukkan

    kekuatannya kepada yang lain. Mereka se-

    makin ketandusan nilai kemanusiaan.

    Masih banyak lagi punca-punca kepada

    masalah buli ini seperti kurangnya belaian

    dan juga kasih sayang dan keprihatian ke-

    pada anak-anak yang menjadi antara pun-

    canya kes buli ini terjadi. Ibu bapa yang

    sibuk menguruskan hal duniawi telah

    mengabaikan tanggungjawab mereka yang

    diberikan Allah (SWT) mereka terhadap

    anak-anak mereka.

    Terpengaruh dengan tindakan rakan se-

    baya juga merupakan punca yang menjurus

    kepada gejala buli ini. Seperti yang terjadi di

    sekolah-sekolah seperti yang diketahui

    mereka iaitu para pelajar yang masih muda

    belia ini akan terpengaruh kepada rakan

    mereka yang merupakan pembuli. Ini yang

    harus di cegah supaya kelakuan sebegini

    tidak menjadi-jadi.

    Langkah-langkah yang perlu diambil

    untuk mengatasi masalah ini

    Menurut, Noridah Hj Zulkarnain, salah

    sorang mahasiswi Institut Teknologi Brunei

    (ITB) dalam jurusan Kejuruteraan Sivil, Se-

    suatu permasalahan itu memang ada jalan

    penyelesaiannya, mungkin ianya tidak

    mudah namun jika kita lakukannya secara

    perlahan dan juga kerap, lambat-laun ianya

    boleh membendung permasalahan

    tersebut. Bak kata pepatah, tiada penyakit

    yang tiada penyembuhnya.

    Wanita 22 tahun ini berpendapat bahawa

    didikan yang baik bermula dari rumah, iaitu

    peranan ibu bapa dalam memberikan pela-

    jaran mengenai keburukkan masalah buli

    ini haruslah ditanai sedari anak itu kecil

    lagi. Kasih sayang dan perhatian haruslah

    diberikan kepada anak-anak ini supaya

    mereka tidak merasa disisihkan.

    Antara langkah drastik yang boleh di-

    jalankan untuk membanteras kemelut ini

    iaitu melalui pihak-pihak kerajaan seperti

    kementerian pendidikan dan juga pihak

    sekolah harus menitikberatkan isu kes buli

    ini dalam pelajaran dengan melalui mata

    pelajaran tertentu seperti pelajaran ugama,

    sivik dan sebagainya.

    Melalui ini, para pelajar akan menyedari

    bahawa perbuatan buli ini merupakan satu

    kesalahan dan pelajar juga didedahkan

    dengan pelbagai matlumat tentang kesan

    buruk daripada perbuatan membuli ini.

    Jainatul Aishah Hj Md Sahat, seorang

    pekerja di salah sebuah syarikat swasta di

    Bandar Seri Begawan berkongsi salah satu

    langkah yang boleh membantu mengur-

    angkan masalah buli di Brunei ini, Melalui

    ceramah atau kempen cegah buli

    merupakan satu cara yang dapat kita usa-

    hakan dan kalau boleh ianya di adakan se-

    cara berterusan di setiap sekolah mahupun

    pejabat-pejabat bagi memberikan

    kesedaran agar kita dapat menjauhkan diri

    daripada gejala buli ini.

    Apa yang paling penting kita haruslah

    bersatu dan bangun bersama-sama untuk

    mencegah permasalahan sebegini dan me-

    mastikan impian negara kita yang ingin me-

    lahirkan satu bangsa yang bermartabat

    mulia berpegang kepada falsafah Melayu

    Islam Beraja dan berdaya maju akan ter-

    capai.

    Buli, isu ini tidak harus dipandang ringan

    oleh kita dan disebabkan itu, semua pihak

    haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa

    dalam usaha menangani masalah kes buli

    ini walau kita terpaksa mengharungi segala

    rintangan dan juga liku-liku yang berada di-

    hadapan kita yang dipenuhi dengan onak

    duri realiti kehidupan.

    Belajar untuk menjaga hati seseorang

    dan bantulah mereka yang mempunyai se-

    barang dilema dan permasalahan sebegini.

    Walau apa pun terjadi, dalam keadaan

    apa sekalipun, dengarlah nasihat dan

    patuhi lah orang tua kita, ibu bapa kita yang

    sedari kecil mengajar kita erti kehidupan

    sebenar ini dan sebelum kita lakukan se-

    suatu itu, kita fikirkan akan kesannya ter-

    hadap diri kita, keluarga kita, rakan dan

    juga kepada mereka yang kita buli.

    Semuanya ada dalam diri kita sendiri,

    hanya kita yang dapat mengubahnya.

    The Brunei Times

    Buli:

    Buli:

    fenomena sosial yang harus dibendung

    fenomena sosial yang harus dibendung

    (Atas) Dua orang pelakon melakonkan sketsa bertajuk buli untuk mengajar murid-murid

    sekolah rendah dari membuli satu sama lain di sekolah. (Bawah) Kanak-kanak Indonesia

    memegang sepanduk anti-buli di Jakarta. Gambar-gambar: Fail BT, EPA