Bermain meriam buluh
-
Upload
ly-infinitryx -
Category
Education
-
view
116 -
download
2
description
Transcript of Bermain meriam buluh
BERMAIN MERIAM BULUH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Bulan puasa tinggal beberapa
hari sahaja lagi. Hari Raya Aidilfitri
sudah hampir menjelang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Aiman dan kawan-kawannya
bercadang hendak membuat
meriam buluh. Mereka hendak
bermain meriam buluh pada malam
hari raya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
“Tentulah sangat seronok, jika kita
dapat bermain meriam buluh,” kata
Aiman.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
“Ya, memang sangat seronok!
Bunyi meriam buluh sangat kuat,”
kata salah seorang kawannya.
Keesokan harinya, Aiman dan
kawan-kawannya pergi menebang buluh.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Pada sebelah malamnya, ayah
Aiman berpesan, “Aiman, jangan
bermain meriam buluh! Jika ada
orang bermain meriam buluh,
jangan pergi ke tempat itu.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Meriam buluh sangat berbahaya.
Meriam buluh mudah pecah. Jika
pecah, kita akan tercedera. Ada
orang putus tangan kerana bermain
meriam buluh,” pesan ayah lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
Aiman tidak mempedulikan
nasihat ayahnya. Pada malam hari,
Aiman dan kawan-kawannya
bermain meriam buluh.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Malang memang tidak berbau!
Meriam buluh itu pecah. Aiman
tercedera. Dia meraung-raung
kesakitan. Beberapa batang jarinya
sudah terputus.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
Aiman dibawa ke hospital. Dia
tidak dapat berhari raya bersama-sama
dengan kawan-kawannya. Dia
terlantar di hospital.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
“Inilah akibatnya jika tidak mahu
mendengar nasihat ibu bapa,” kata
ayah Aiman.
10
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Aiman berasa sangat menyesal.
Namun, sesal kemudian sudah tidak
berguna lagi. Beberapa batang
jarinya sudah kudung.
11
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Aiman menangis teresak-esak.
Itulah akibatnya kerana tidak
mempedulikan nasihat ibu bapa.
12