Bab 2 Model Kelakuan Organisasi

download Bab 2 Model Kelakuan Organisasi

of 80

description

MODUL

Transcript of Bab 2 Model Kelakuan Organisasi

  • MODEL KELAKUAN ORGANISASI

  • DEFINISI MODELSatu contoh yang dibuat atau direka supaya sesuatu pendapat dapat disampaikan kepada sasaran dengan mudah dan menarik bagi mengurangkan kesilapan dan ketidakfahaman.

    Sesiapapun boleh membentuk model yang dikehendaki bagi menerangkan sesuatu maklumat dan kandungan kepada pihak yang menjadi sasaran mereka.

  • Organizational Inputs from Environment Economic ConditionsRaw MaterialsGovernment RegulationTechnologyHuman ResourcesCapitalOrganizational OutcomesIndividual PerformanceGroupPerformance OrganizationalEffectivenessOrganizational ProcessesIndividuals and GroupOrganization DesignManagementTasks and Technology

  • MODEL KELAKUAN ORGANISASIBerbagai perspektif atau pendekatan analisis boleh digunakan sejajar dengan peringkat pembacanya.

    Model boleh digambarkan daripada yang paling mudah kepada yang paling kompleks.

    Ia mengandungi 3 peringkat iaitu peringkat individu, kumpulan dan sistem organisasi.

  • PERINGKAT INDIVIDUKomposisi asas dalam sesebuah organisasi ialah individu yang terdiri daripada buruh atau kakitangan.

    Ciri-ciri yang dikaji diperingkat individu ialah dari segi personaliti, nilai, sikap dan juga kebolehannya.

  • Individu akan mengguna sepenuhnya potensinya apabila mereka dapat dimotivasikan.

    Hal ini hanya dilakukan apabila gelagat mereka difahami dan dimotivasikan seiring dengan kehendak organisasi.

    Gelagat individu akan mempengaruh dan mencorak gelagat kumpulan individu dan seterusnya gelagat organisasi.

  • PERINGKAT KUMPULANKumpulan dalam sesebuah organisasi merupakan sebagai komposisi sosial.

    Kumpulan terbentuk secara khusus dan tidak khusus.

    Kumpulan yang dibentuk secara khusus dikenali sebagai kumpulan formal, manakala secara tidak khusus dikenali sebagai kumpulan tidak formal

  • Kumpulan formal juga dikenali sebagai kumpulan sosial dimana individu berpeluang bertindak balas antara satu sama lain.

    Bentuk hubungan antara kumpulan formal dapat dijelaskan melalui carta sesebuah organisasi.

    Ini juga menerangkan bagaimana individu berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan tugas bagi kepentingan organisasi.

  • PERINGKAT SISTEMSistem organisasi yang bertindak sebagai pengerak dan penyelaras aktiviti individu dan kumpulan terhadap organisasi.

    Pemimpin dan kepimpinan dalam organisasi memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi organisasi.

    Pengorganisasian yang baik memberi kesan kepada kecekapan, keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organsasi.

  • KOMPONEN MODELTerdiri daripada objektif, pembolehubah dan perkaitan.

    1.OBJEKTIFAsas pembentukan model kelakuan kerana ia menerangkan tentang tujuan atau matlamat individu memasuki sesebuah organisasi.

  • 2.PEMBOLEHUBAHIalah elemen atau unsur yang boleh memberi kesan terhadap objektif atau tujuan telah ditentukan oleh individu.

    a)PEMBOLEHUBAH TAK BERSANDARMerupakan satu andaian atau penyebab kepada pembolehubah bersandar.

    -Ciri-ciri seperti personaliti, nilai sikap, pembelajaran, dorongan gaya kepimpinan dan sebagainya tidak boleh atau sukar diubah.

  • Ini kerana, ciri-ciri tersebut adalah sebahagian dari diri seseorang.

    -Ciri yang ada pada seseorang menjadi penentu kepada output (pembolehubah bersandar) organisasi ia bekerja seperti kepuasan kerja, naik pangkat dan sebagainya.

  • b)PEMBOLEHUBAH PENYEDERHANAAN-Mengurangkan kesan atau melemahkan pembolehubah tak bersandar kepada pembolehubah bersandar.

    -Contohnya, struktur gaji dan suasana kerja (pembolehubah penyederhanaan) mungkin sebagai pendorong kepada pencapaian kepuasan kerja (pembolehubah bersandar).

    -Ciri sesuatu pembolehubah tidak semestinya kekal. Ciri-ciri boleh bertukar antara satu sama lain bergantung kepada objektif sesebuah organisasi.

  • c)PEMBOLEHUBAH BERSANDAR-Satu gerak balas yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar.

    -Terdiri daripada produktif, kecekapan menyelesaikan masalah, iltizam kepuasan kerja dan sebagainya yang menumpukan terhadap pengukuran hasil keberkesanan organisasi.

  • 3.PERKAITANDalam konteks model kelakuan organisasi, perhubungan dimaksudkan dengan kaitan di antara satu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain yang menunjukkan satu korelasi.

    Segala rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada kaitan yang tersirat (melaui data) dan bukan berdasarkan kepada sebab atau kesan.

  • PEMBOLEHUBAH PERILAKU DAN PRESTASI INDIVIDU

  • Model autokratikAsas model ini adalah kuasa. Pengurus mempunyai kuasa dan menggunakannya untuk memberi arahan kepada pekerja.

    Orientasi pengurusan model ini adalah autoriti.Ini bermakna pekerja akan menurut arahan pengurus tanpa sebarang bantahan.

    Model ini menggunakan ancaman sebagai pendekatannya.

  • Model ini menyebabkan pekerja terlalu bergantung kepada pengurus dan mencapai keputusan prestasi yang minumum.

    Ukuran moral pekerja dalam model ini biasanya dikaitkan dengan kepatuhan kepada peraturan dan perintah.

    Model ini sama dengan teori X.

  • Teori XAndaian:

    a)Manusia adalah malas dan selalu cuba mengelakkan daripada membuat sesuatu kerja.

    b)Manusia tidak mempunyai kreativiti, inisiatif dan kebijaksanaan untuk bertindak.

    c)Mereka selalunya cuba menggelakkan daripada sebarang tanggungjawab.

  • Kelemahan model autokratik

    Pekerja sentiasa berada dalam ketakutan. Pekerja sentiasa berasa tidak puas hati

    Menggalakkan pertukaran kerja (Job Turn Over) dan ponteng kerja.

  • Model penjagaanAsas model ini adalah sumber ekonomi.Organisasi mesti maju dan mencapai keuntungan untuk memberi faedahfaedah seperti pencen.

    Orientasi pengurusan model ini adalah hadiah kebendaan. Hadiah kebendaan membolehkan pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh.

    Model ini disokong oleh ahli psikologi, ekonomi dan pakar perhubungan industri.

  • Model ini dapat memberi kepuasan kepada pekerja,membolehkan pekerja mempunyai semangat untuk bekerja dan seterusnya produktiviti akan bertambah.

    Model ini juga dipercayai dapat membina keselamatan pekerja dan kestabilan dalam pekerjaaan.

  • Kelemahan model penjagaanPekerja tidak mencapai hasrat diri. Ini kerana model ini hanya menekankan sumber ekonomi dan tidak kepada prestasi pekerja.

    Pekerja hanya mementingkan organisasi dan tidak lagi kepentingan orang perseorangan.

  • Model sokonganDiutarakan oleh Mayo dan Roethlisberger di Western Electric Company dalam tahun 1930an dan 1940 an.

    Asas model ini adalah kepimpinan pengurus. Pengurus memainkan peranan penting dalam memotivasikan pekerja.

    Orientasi pengurusan ini adalah sokongan. Dalam model ini, kumpulan kerja kecil adalah lebih produktif kerana mereka mempercayai bahawa mereka bekerja dalam satu persekitaran sokongan.

  • Pihak pengurusan menganggap pekerja tidak pasif .Apa yang menjadi mereka pasif adalah kekurangan sokongan.

    Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan motivasi kepada pekerja.

    Paras motivasi pekerja adalah tinggi.

    Model ini sama dengan teori Y.

  • Teori YAndaian:

    a)Manusia suka bekerja kerana ia memberi kepuasan fizikal dan moral.Manusia mempunyai keupayaan ,inisiatif dan kawalan dalaman dalam menjalankan kerjanya.

    b)Manusia suka bertanggungjawab kerana ia memberi mereka peluang untuk menggunakan kemahiran.

  • Model sama tarafModel ini dihasilkan oleh penyelidikan sains kelakuan.

    Model ini digunakan oleh organisasi yang bercorak profesional intelek, fleksibel dan saintifik.

    Asas model ini adalah sumbangan bersama. Dalam model ini, pengurus bukan sebagai ketua ,sebaliknya adalah penyumbang.

  • Orientasi pengurusan model ini adalah integrasi kerja berkumpulan.

    Dalam model ini, pekerja menghasilkan kerja yang berkualiti kerana mereka bertanggungjawab berbuat demikian, dan bukan disebabkan oleh arahan penyelia.

    Pekerja lebih berdisplin agar kumpulan kerja yang dihasilkan mempunyai prestasi yang tinggi.

    Ukuran moral pekerja biasanya dikaitkan dengan kesetiaan kepada tugas dan kumpulan.

  • MODEL HUMANISTIKMODEL BIROKRATIKMODEL LUAR JANGKA

  • MODEL HUMANISTIKBersifat demokratikPengurusan RamaiOptimis Terhadap Manusia Menerima nilai individu sebagai sesuatu organisasi pemikiran dan perasaan. Organisasi mewujudkan keadaan dan suasana persekitaran yand dapat mendorong kepada sumbangan maksimum. Menekan kepada tanggungjawab dan penglibatan seleruh tenaga kerja

  • SambunganModel HumanistikKerja Secara Kumpulan Brain-StormingHubungan Terbuka Persaingan dianggap sihat Pengurusan secara terbuka Membentuk kaedah perhubungan yang berkesanantara individu dan kumpulan Dorongan Melalui Reka Bentuk Kerja Konsep peluasan, penyuburan dan kitaran.

  • Konsep peluasan merupakan amalan ketakpengkhususan kerja.Pengkayaan kerja pula pengdekatan aktiviti-aktiviti kerja dari bahagian tegak sesuatu unit organisasi disatukan.Kitaran kerja pula menukar pekerja dari satu kerja kepada kerja lain.

  • Implikasi Model HumanistikKepimpinan meletakkan keyakinan kepada subordinatKomunikasi lebih bebasDapat menghasilkan objektif yang lebih realistikMerupakan pengurusan yang mengharmonikan antara keperluan dan tuntutan organisasi dan keperluan dan tuntutan individu.

  • MODEL BIROKRATIKKecekapan merupakan matlamat utamaPembahagian dan pengkhususan kerja kerja dibahagikan kepada tugas yang khusus Penjawat kerja menjadi pakar

  • SambunganModel BirokratikSistem hieraki Berstruktur Piramid Organisasi merupakan struktur pyramid menegak Pihak atasan membuat arahan, pihak bawahan menerima arahanPrinsip Kerasmian Setiap pegawai menjalankan kerja secara formal

  • SambunganModel BirokratikPenyatupaduan Kegiatan Penyatupaduan dilakukan dengan prosedur dan kawalan formal Hubungan erat antara majikan dan pekerja tidak diambil berat

  • SambunganModel BirokratikPesimistik Terhadap Perilaku Manusia Menganggap manusia bekerja untuk kepentigan ekonomi sahaja. Hanya kawalan ketat dapat memaksa pekerja bekerja.

  • SambunganModel BirokratikPrinsip kekananan Sistem kenaikan pangkat-sistem traditional Mengelakkan Pilih kasih Mengamalkan hubungan formal Kakitangan yang lama dipentingkan walaupun kurang produktif Tenaga muda akan kurang motivasi

  • Implikasi Model BirokratikSesuai bagi organisasi besar dan negara sedang membangun.Mengarah kepada displin,ketepatan dan kemampuan bekerja di samping menjamin kestabilanTetapi kurang berkesan untuk bertindak selaras dengan perubahan persekitaranMenimbulkan konflik dan tidak bersepadu

  • Model Luar JangkaReka bentuk yang selaras dengan keperluanMengasaskan faktor situasi yang mempengaruhi keberkesanan.Pemboleh-ubah yang mempengaruhi struktur ialah:Gelagat para anggota PersekitaranTeknologi

  • Kaedah dalam membuat pengelasan modelModel subjektif & model objektifModel normatif& model deskriptifModel fizikal & model abstrakModel statik & model dinamik

  • Model subjektif & model objektif

    Model subjektif adalah model yang berasaskan pandangan, perasaan pihak yang melihat atau menilai.Kebanyakan model ini bergantung kepada intuisi atau perasaan. Model ini kurang mengamalkan kaedah yang formal.Cthnya ; pengurus mengambil pekerja berkerja tanpa menemuduga individu terbabit terlebih dahulu. Ia hanya berdasarkan pandangan pengurus tersebut.

  • Kumpulan berasaskan model subjektifPenutupan- Berkait rapat dengan psikologi. Kebiasaannya individu ini dapat melihat keseluruhan sistem.Pendekatan-Boleh melihat sistem yang berkait rapat dengan sistem yang digunakan.Keserupaan- Lebih banyak persamaan dalam sistem maka lebih kuat kecenderungan untuk melihat individu ini dalam kumpulan yang sama.Berterusan- Berkait dengan model penutupan tetapi individu model ini dapat melihat bentuk dan garis panduan sistem secara keseluruhan.

  • Model objektif adalah model yang menggunakan kaedah formal.Model ini berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Ia tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.Model ini juga bersesuaian untuk menolong atau menggantikan pengurus yang bersifat subjektif.Cthnya; pengurus mengambil pekerja dengan menilai prestasi dan pencapaian melalui temuduga dan sedikit ujian praktikal untuk menguji sejauh mana kemampuan dan kemahiran individu terbabit.

  • Model statik & model dinamikModel statik ialah model yang tidak berubah. Ia biasa digunakan bagi menjaga kestabilan status quo. Pengurus jenis ini adalah individu yang tidak berani untuk mengambil risiko.Cthnya ; pejual satey menjual sateynya di pasar malam Bangi sahaja.

  • Model dinamik merupakan model yang dibentuk sesuai dengan perubahan masa ataupun kelakuan personalnya.Model ini dapat menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.Cthnya; peniaga satey mengembangkan perniagaannya dengan mengkomersialkan sateynya di peringkat antarabangsa.

  • Model fizikal & model abstrakModel fizikal ialah model sebenar yang ketara atau nyata dan ia bukannya satu khayalan atau gambaran.Model ini biasanya dibuat oleh golongan profesional seperti arkitek ataupun juruteraKunci kira-kira juga adalah satu kenyatan sebenar yang sudah diringkaskan oleh akauntan.Cth model fizikal; bangunan, kapal terbang dan lain-lain.

  • Model abstrak merupakan model yang tidak berupa atau bersifat kebendaan. Ia tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera.Model ini amat berguna kepada pengurus kerana kebanyakan konsep kelakuan organisasi adalah kompleks dan tidak mudah digambarkan.Cthnya; menguruskan sesebuah syarikat dalam mencapai objektif.

  • Model normatif & model deskriptifModel normatif atau preskriptif ialah sesuatu yang sepatutnya terjadi. Ia menentukan tindakan yang boleh menghasilkan satu penyelesaian yang optimal.Ia berasaskan teori-teori yang terdapat daripada buku-buku sebagai petunjuk atau garis panduan.Cthnya; pengurus mengambil keputusan berdasarkan panduan yang diperolehi daripada buku pengurusan.

  • Model deskriptif ialah apa sebenarnya yang terjadi.Ia bertujuan untuk menyampaikan gambaran mental tentang sesuatu yang dialami.Model ini menumpukan kepada penerangan aktiviti yang diwakilinya. Cthnya; pelbagai kelakuan yang terjadi akibat daripada pelbagai keadaan.

  • Hubungkait antara model normatif dan model deskriptif dengan organisasi

    normatif menyatakan apa yang sepatutnya terjadi, sementara model deskriptif pula menyatakan apa ia yang sebenarnya berlaku.

  • 1.)Pembahagian BuruhSetiap organisasi harus mengamalkan sistem pengkhususan kerja iaitu setiap pekerja harus menjalankan suatu tugas yang khusus untuk meningkatkan produktiviti.

    2.)AutoritiMerupakan hak atau kuasa untuk mengarah dan membuat keputusan yang harus diberikan kepada pengurusan bawahan seperti penyelia agar mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik.

    3.)DisiplinMenurut Fayol, disiplin merupakan apa yang dihasilkan oleh pemimpin itu. Jikalau disiplin yang lemah, bermakna pemimpin itu lemah dan bukan disebabkan oleh subordinatnya sahaja.4.)Arahan BersekutuSetiap pekerja mesti menerima arahan dari seorang ketua sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau konflik dalam penerimaan dan pemberian arahan.

  • 5.)Pengurusan BersekutuDalam organisasi harus berpegang kepada satu pengurus dan satu rancangan bagi semua operasi yang mempunyai objektif yang sama agar pekerja dapat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    6.)Mengetepikan kepentingan individu bagi kebaikan bersamaBermaksud, dalam apa-apa tugasan yang dilakukan setiap ahli organisasi mesti mementingkan pencapaian matlamat terlebih dahulu dengan mengetepikan kepentingan diri sendiri.

    7.)Imbuhan staf/ kakitanganSetiap pekerja harus dibayar dengan bayaran upah atau ganjaran yang adil dan sewajarnya seperti mana yang ditawarkan oleh organisasi yang lain dalam industri yang sama bagi mengelakkan ketidakadilan.

  • 8. PEMUSATAN

    Patut digalakkan pada tahap yang munasabah sebab ada baik dan buruknya. Tambahan pula pemusatan banyak bergantung kepada kualiti pengurusan dan staf organisasi berkenaan. Dalam pada itu tidak semua organisasi boleh mengamalkan pemusatan atau pencaran kuasa.

    9. HIERARKI ATAU RANTAIAN SKALAR

    Merupakan susunan pemeringkatan yang berlaku dalam organisasi. Penting untuk menjaga penyelarasan, arahan dan komunikasi bersekutu bagi saluran yang formal.

    Misalnya, dalam rajah 1 apabila berlaku sesuatu kepada x, kepada pengurus A akan dilapurkan. Pengurus A pula akan melapurkan berita kepada pengurus Y dan Z .

  • RAJAH 1PROSES KOMUNIKASI YANG LAMBATKoordinasi Komunikasi yang lambat

  • Fayol telah membentuk satu rajah yang disebut sebagai prinsip Gangplank bagi mengatasi kelewatan komunikasi.

    Fayol mencadangkan dalam Prinsip gangplank bahawa mereka yang sama taraf dalam organisasi perlu mendapat kebenaran daripada semua orang atasan agar konsep hierarki tidak tercemar.

  • RAJAH 2

    Gangplank Henri Fayol

  • 10. ATURANPrinsip ini bermaksud bahawa satu tempat untuk semua dan semuanya pada tempatnya.Ini menekankan bahawa kebendaan dan manusia mesti berada pada masa dan tempat yang betul sesuai.Misalnya, seorang pekerja mesti diletakkan pada pekerjaan yang sejajar dengan kebolehan dan minatnya.

  • 11. EKUITI

    Prinsip kesaksamaan dan kemesraan terhadap orang bawahan dalam organisasi.

    12. KESTABILAN STAF

    Ditujukan kepada komitmen jangka panjang kakitangan terhadap organisasi.Kakitangan yang berjaya akan lebih stabil daripada staf yang kurang berjaya.Prinsip kestabilan dapat mengawal tahap pusing ganti pekerja supaya prestasi organisasi akan lebih berkesan.

  • 13. BERDAYA USAHA

    Dalam prinsip ini Fayol berpendapat bahawa orang bawahan patut diberikan kebebasan untuk merangka dan menjalankan rancangan walaupun cara ini boleh menimbulkan sedikit kesukaran.

    14. ESPIRIT DE CORPSPrinsip ini menggalakkan semangat kesatuan untuk memupuk kerjasama dalam organisasi.Misalnya, komunikasi secara lisan daripada tulisan patut digunakan seberapa kerap yang boleh untuk melahirkan semangat kerjasama.Dalam masyarakat Malaysia, jika adanya majlis seperti perkahwinan, saudara mara mahupun jiran haruslah dijemput secara lisan. Ini kerana lisan menggambarkan kemesraan dan bukannya keformalan seperti menggunakan kad jemputan.

  • -Menekankan teori dan praktik-Menerangkan secara keseluruhan -Kerja dijalankan teratur mengikut panduan teori

  • -Tidak begitu tegas-Menyatakan penggunaan fungsi secara abstrak sahaja-Menumpukan soal fungsi pengawalan dan penyelarasan daripada perancangan dan pengorganisasian

  • model ini menumpukan kepada aktiviti yang dijalankan atau apa yang sebenarnya berlaku oleh seseorang pengurus dalam tugas hariannya dari segi personal, interaksi, pentadbiran dan teknikal.

  • i) Personalminum (pagi & tengahari), hantar anak ke sekolah, bayar bil, baca akhbar, pergi bank atau telefon isteri suruh bangun- penjual ikan sudah datang.ii) Interaksi8.30am masuk kerja, bertegur siapa dengan pekerja atau pengawai.iii) Pentadbiran8.40am baca surat dari fail/jawab, 9am mesyuarat, 9.50am aduan dari kakitangan, 11am isteri panggil dari rumah- beli lauk, gas dapur sudah habis 11.05am pergi lihat projek 12.05pm mesyuarat dan menyelesaikan masalahiv) Aktiviti Teknikal12.45pm ambil isteri atau anak 2pm siapkan kerja-kerja pagi belum siap 5pm pulang

  • Aktiviti PengurusanAktiviti Personal i) mengurus masa sendiri (mesti tentukan ikut tiap-tiap hari jika tidak semua akan menjadi kelam kabut) ii) membentuk kerjanya sendiri (untuk tugas pekerjaan sebenar) iii) mengendalikan hal sendiri (semua untuk sendiri)

  • 2) Aktiviti Interaksi i) Peranan antara PersonalIni berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka yakni bertentangan antara satu sama lain.Di dalam sesebuah organisasi contohnya, apabila subordinat menerima maklumat atau arahan daripada pengurus, ia akan cuba memahami maklumat itu dan kemudiannya memberikan maklumbalas terhadap maklumat yang diterimanya samada dalam bentuk jawapan bertulis atau lisan. Ini terus berlaku sehingga mencapai tujuan masing-masing. Contonya, kepimpinan , perhubungan, pengetua.

  • ii) Peranan MaklumatPeranan Maklumat amat berguna untuk memastikan subordinat memperoleh maklumat-maklumat yang sahih.Ini penting bagi mengelakkan sebarang salah faham antara dua pihak pada masa yang akan datang.Maklumat juga penting untuk menambah pengetahuan dan kemahiran tentang sesuatu. Contohnya, jurucakap, juruhebah, pengendalian

  • iii) Peranan KeputusanApabila menghadapi masalah, pengurus akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan cara yang terbaik.Ini akan menimbulkan peluang prestasi iaitu cuba mengubah situasi sebenar agar menjadi lebih baik daripada situasi yang dijangkakan.Pengurus yang cekap tidak sekadar menyelesaikan masalah tetapi sentiasa proaktif agar masalah dapat dielakkan daripada berlaku.Contoh, pengusaha, perunding

  • 3) Aktiviti PentadbiranPentadbiran merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan Memproses kerja surat menyuratMengendalikan dasar dan tatacaraMenyediakan dan mentadbir belanjawanMerancang program-program promosi dalam dan luar negara sepanjang tahun

  • 4) Aktiviti Teknikal Kerja yang menggunakan alat-alatMengatasi masalah teknikalMengendalikan fungsi teknikal

  • Mengikut Confucious, sesiapa sahaja yang boleh menguruskan diri dan keluarganya maka ia boleh menguruskan organisasi dan negara sebab ia dapat mengatasi masalah dan menjalankan kerja melalui keluarga dan perhubungan dengan sosial.

  • Rumusan Tentang Model Deskriptif Aktiviti PersonalAktiviti ini penting kerana ini mempengaruhi kerja yang dilakukannya. Kehidupan sosial, keluarga dan kepentingan diri akan melibatkan nilai, matlamat, dan amalannya terhadap organisasi.

  • 2) Aktiviti InteraksiMasa pengurusan lebih ditumpukan kepada berhubung dengan orang lain seperti orang bawahan, sesama taraf,orang atasan, kesatuan, dan pemimpin masyarakat. Lebih tepat lagi iaitu menyiapkan kerja melalui orang lain.Mengikut Mintzberg dalam Nature of Managerial Work 80% masa diberikan pada interaksiContohnya, bermesyuarat dengan ahli-ahli organisasi, berbual di bilik kopi, membaca jurnal.

  • PENGURUSPola Interaksi Dalam OrganisasiSuperior PembekalKesatuanLain-lain Kumpulan MasyarakatKesatuan ProfesyenKerajaanPelangganPemegang Saham(45%)Pakar(10%)Setaraf(20%)(10%)Subordinates

  • Interaksi Dengan Orang Luar Apakah tujuan interaksi dengan orang luar ialah untuk:Mendapatkan maklumatMenyebarkan maklumatMembuat keputusan atau arahan di dalam sesuatu mesyuarat atau rundingan

  • 3) Aktiviti Pentadbiran

    Sedikit masa ditumpukan untuk pentadbiran seperti dasar, belanjawan dan pentadbiran personal dan membaca fail atau sebagainya, tetapi kebanyakan kerja-kerja pentadbiran pengurus ini dilalukan oleh kakitangan bawahan seperti pentadbir, setiausaha dan sebagainya.

  • 4) Aktiviti Teknikal

    Segala kerja yang berhubung dengan fungsi teknik, seperti akauntan, kejuruteraan dan penyelidikan dilakukan oleh mereka yang mengkhusus dalam bidang tertentu sahaja.Pengurus yang bijak perlu tahu serba serbi dalam semua bahagian supaya ia boleh berkomunikasi dengan orang bawahan.

  • KESIMPULANModel contoh yang dibuat atau direka supaya sesuatu pendapat dapat disampaikan kepada sasaran dengan mudah dan menarik bagi mengurangkan kesilapan dan ketidakfahaman.Model kelakuan mengandungi 3 peringkat iaitu peringkat individu, kumpulan dan sistem organisasiKomponen model pula terdiri daripada objektif, pembolehubah dan perkaitan.Pembolehubah pula terdiri daripada pemboleh-ubah bersandar,pemboleh-ubah tak bersandar,pemboleh-ubah penyederhanaan.

  • Model kelakuan terdapat beberapa jenis iaitu Model Autokratik yang berkaitan dengan teori X,Model Penjagaan,Model Sokongan yang berkaitan dengan teori Y,Model Sama taraf,Model Birokratik,Model Luar jangka dan Model Humanistik.Kaedah menghasilkan model terdapat subjektif dan objektif,statik dan dinamik,fizikal dan abstrak dan normatif serta deskriptif.Sebenarnya,kegunaan model kelakuan tidaklah mutlak keramna pemboleh ubah yang kompleks dan tidak dapat dipermudahkan.Garis panduan kepada pengurus-pengurus bagi melancarkan sesuatu aliran kerja.

    *