Bab 2 Kata Kerja

download Bab 2 Kata Kerja

of 18

Transcript of Bab 2 Kata Kerja

BAB 2KATA KERJA

Kata kerjaialahgolongan katayang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Contohnya, berjalan, makan, menolak, dan dibuat. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

2.1 KATA KERJA TRANSITIF2.1.1 Takrif/DefinisiKata kerja transitif merupakan kata yang menjadi inti frasa kerja, sama ada yang berlaku (aktif) atau dilakukan (pasif), contohnya menolak, ditolak, menjalankan, dijalankan, berjalan, makan, dimakan, mempererat, dan dipererat. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata atau frasa nama selepas kata tersebut. Sesuatu ayat tidak lengkap jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau penyambut. Kata kerja transitif boleh dipasifkan. Selain itu, objek atau penyambut selepas kata kerja transitif dapat ditentukan dengan merujuk kamus untuk memastikan maksudnya. Kata kerja transitif juga melibatkan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut atau objek. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut atau objek. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan meN contohnya mengambil, memberikan, membaca, menduduki, mempersilakan.

2.1.2 Kata Kerja Transitif AktifKata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan meN (me, men, men ... i, men ... kan, memper, memper ... i, dan memper ... kan). Kata kerja transitif juga dikatakan perbuatan melampau, contohnya menendang, menulis, menampar, menumbuk, makan, membersihkan, menganugerahi, menghidangi dan sebagainya.

Pembuat (Frasa Nama)Kata Kerja TransitifObjek/Penyambut(Frasa Nama)

Faizmenendangbola itu.

Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian kausatif (penyebab) Ayat contoh: Amir memasukkan buah durian ke dalam bakul.Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain) Ayat contoh: Emilia membuatkan ayahnya kopi.Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian lokatif (unsur tempat) Ayat contoh: Peserta ekspedisi itu sedang menuruni bukit.

2.2.2 Kata Kerja Transitif Pasif Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif selalunya menggunakan imbuhan di, di i, di kan, contohnya, ditulis, ditampar, ditumbuk, disertai, dimakan, dan digalakkan.

Objek/PenyambutKata Kerja TransitifPembuat

Bola ituditendang olehFaiz.

2.2.3 Kesalahan Lazim1 Mereka sering memotong di garisan berkembar dan di selekoh berbahaya. 2 Kerajaan boleh membantu mencari pasaran baru bagi keluaran pertanian.3 Pelajar tidak suka akan guru yang mengajar dalam keadaan yang marah.4 Masyarakat mengharapkan peniaga tidak menaikkan terlalu tinggi harga barangan. 5 Walaupun harga barang itu mahal, mereka tetap membeli.6 Kerajaan akan menurunkan lagi kadar cukai pendapatan pada tahun hadapan.

2.2.4 Rumus Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja transitif aktif memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata atau frasa nama selepas kata tersebut. KKT + Objek/penyambut (frasa nama)membeli barang kemas Pembuat (Frasa Nama)Kata Kerja Transitif AktifObjek/Penyambut (Frasa Nama)

Seekor kucingmenangkaptikus itu.

Seorang jurujualmenjualbarang itu

Pak Mahmud menambat kambing itu.

Ayah sedang membacasurat khabar

2 Sesuatu ayat tidak lengkap jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau penyambut. 3 Kata kerja transitif boleh dipasifkan.Objek/penyambut (frasa nama) Kata Kerja Transitif (KKT) Pasif

Nasi ayam dimakan

Objek/Penyambut(Frasa Nama)Kata Kerja Transitif PasifPembuat (Frasa Nama)

Tikus ituditangkap olehseekor kucing.

Barang itudijual olehseorang jurujual.

Kambing ituditambat olehPak Mahmud.

Surat khabarsedang dibaca olehayah.

4 Kata kerja transitif boleh diikuti oleh kata hubung komplemen (bahawa dan untuk) Pengetua menerangkan bahawa masalah disiplin perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. 2.2.5 Latihan Pengukuhan2.2.5.1 Mengenal pasti kesalahan

Kenal pasti kesalahan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang berikut dengan menggariskannya.(i) Lori tanah itu melanggar dengan sebuah kereta.(ii) Penjenayah melakukan tanpa memikirkan akibatnya.(iii) Dia memasukkan ke dalam sampul berdaftar. (iv) Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.(v) Kita harus mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.(vi) Doktor itu menjelaskan lagi punca penyakit kanser.(vii) Dia memegang dengan erat tangan anaknya ketika melintas jalan.(viii) Artis itu menyangkal tentang dakwaan negatif terhadapnya.(ix) Petikan itu membincangkan tentang faktor kenaikan harga barang.(x) Penduduk kampung membantu menyelamatkan mangsa kebakaran itu.2.2.5.2 Membetulkan KesalahanBetulkan kesalahan kata kerja transitif yang berikut.(i) Kerajaan telah melulus projek itu.(ii) Pekerja itu lakukan kerja yang berat.(iii) Dia masukkan buah kelapa ke dalam bakul. (iv) Kerajaan menggalak rakyat supaya berhemah di jalan raya .(v) Kita harus libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.(vi) Doktor gigi tunjukan cara menggosok gigi dengan betul.(vii) Kakak saya menanakkan nasi di dapur.(viii) Artis itu pegang watak sebagai pengemis jalanan.(ix) Guru menerang cara untuk menjawab soalan.(x) Ibu bapa perlu membimbing anak-anak.

2.2.5.3 Menentukan Ayat yang Betul atau SalahTandakan [ / ] bagi ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang betul dan tanda [ X ] bagi penggunaan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang salah.(i) Pihak berkuasa telah mengetatkan lagi kawalan di sempadan. [ ](ii) PTPTN akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar. [ ](iii) Pemuda itu menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada kawannya.[ ](iv) Wartawan itu melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.[ ](v) Emak sedang menggoreng ikan bilis di dapur. [ ](vi) Halimah mengangkat dengan cermat gelas-gelas kaca itu. [ ](vii) Ayah memberikan adik wang belanja sekolah. [ ](viii) Kawan saya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. [ ] (ix) Encik Nawawi memperbesar rumahnya. [ ](x) Rencana akhbar itu menerangkan tentang kesan bencana tsunami. [ ]

2.2 KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)2.2.1 Takrif/DefinisiKata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya seperti yang di bawah ini.(i) Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)(ii) meN-...(mengalir, meletup, menangis, membisu)(iii) ber-...(berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)(iv) ter-...(terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)(v) ber-...-an(berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)(vi) ber-...-kan(berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;(i)KKTT tanpa pelengkap(ii)KKTT berpelengkap

2.2.1.1 KKTT Tanpa PelengkapKata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.Contoh:(i) Gadis itu asyik termenung.(ii) Ayah dan ibu sedang berbicara.(iii) Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.Contoh:1. Si Dara asyik termenung di dalam kamar.2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

Kata kerja aktif tak transitif imbuhan me... tidak memerlukan penyambut atau objek, seperti yang berikut.1. Anak kecil itu menangis.2. Suhu badannya semakin menaik.3. Ombak memutih di pantai.4. Harga barang menurun sejak akhir-akhir ini5. Padi di sawah sedang menguning.

Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan, seperti yang berikut.

1. Dia terjatuh dari atas pokok.2. Ali terduduk setelah mendengar berita itu.3. Pesakit itu terlantar di atas katil.4. Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru.5. Pelajar itu tersandar di kerusi rotan.

2.2.1.2 KKTT BerpelengkapKata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.Contoh:1. Keadaan banjir sudah beransur surut.2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

2.3 RUMUSStruktur Frasa Kerja Tak TransitifKata bantuKKTTKata Sendi Frasa Nama

SedangbekerjadiPejabat

InginberbincangtentangPerkara

Telahterlupaakannama rakannya

Sudahbertambahkukuh-

Sudahberansursembuh-

Telahbersuamikan-orang kaya

Telahberpayungkan-daun pisang

2.3.1 Kesalahan-kesalahan Kata Kerja Tak Transitif

1. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTTContoh ayat:(a) Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)(b) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. ()

2. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kanContoh ayat:(a) Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)(b) Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. ()(c) Mereka membuat keputusan berdasarkan kepada hujah tersebut. (X) (d) Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah tersebut. (X)

3. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.Contoh ayat:(a) Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)(b) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()

4. Tidak meletakkan kata hubung selepas KKTT berimbuhan ber (a) Peragut akan berusaha mendapatkan hasilnya (b) Peragut akan berusaha untuk mendapatkan hasilnya. (c) Mesyuarat itu berbincang perkara tersebut.(x) (d) Mesyuarat itu berbincang tentang perkara tersebut.( ) (e) Kumpulan kami berkata hal yang sama.(x) (f) Kumpulan kami berkata mengenai hal yang sama.( ) (g) Mereka asyik bercerita kisah itu sahaja.(x) (h) Mereka asyik bercerita tentang kisah itu sahaja.( )

5. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR--kan atau kata kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya.(a) Ahmad bermain-main adiknya (x)(b) Ahmad bermain-main dengan adiknya ( )

6. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif jika terdapat maklumat yang bertentangan. (a) Mereka bukan bersedih ataupun bergembira (x)(b) Mereka bukan bersedih tetapi bergembira ( )2.4 RUMUSStruktur Frasa Kerja Tak TransitifKata bantuKKTTKata Sendi / AdjektifFrasa Nama

sedangbekerjadipejabat

inginberbincangtentangperkara

telahterlupaakannama rakannya

sudahbertambahkukuh-

sudahberansursembuh-

telahbersuamikan-orang kaya

telahberpayungkan-daun pisang

3.1 Kata Kerja Tak Transitif - Awalan beR- beR + Kata Sendi Nama + Kata NamaKata bantuKKTTKata Sendi Kata Nama

sedangbekerjadipejabat

inginberbincangtentangperkara

3.2 Kata Kerja Tak Transitif- Apitan beR...kan BeR...kan + Kata Nama Kata bantuKKTTKata Nama

telahbersuamikanorang kaya

telahberpayungkandaun pisang

2.5KESALAHAN KATA KERJA

2.5.1PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Frasa kerja aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i) Frasa Kerja Transitifii) Frasa Kerja Tak Transitif

(i) Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang mengandungi kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, iaitu objek. Objek ialah kata nama atau frasa nama dan wajib hadir selepas kata kerja.

Ayat contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

kata kerja transitifkata nama(objek)keterangan

Ahmadmenendangbola.

Ahmadmenendangboladi padang.(Frasa Sendi Nama)

(ii) Frasa Kerja Tak Transitif

Frasa Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Frasa ini dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

a. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkapb.Kata kerja tak transitif berpelengkap

Ayat contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Tak Transitif

kata bantukata kerja tak transitifketerangan

(a) Kanak-kanak itusedangtidur.-

(b) Kanak-kanak itusedangtidurdi anjung rumah.

(a) Hang Lekirtelahbertikam.

(b) Hang Lekirtelahbertikamdengan lanun.

(a) Sampah sarap itu-terbakar.

(b) Sampah sarap itu-terbakarperlahan-lahan.

Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja tidak memerlukan frasa nama sebagai objek, namun unsur-unsur lain seperti kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya.

2.5.2KESALAHAN dalam PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Dalam pembentukan frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh murid tanpa disedari. Walaupun ayat-ayat dibina masih dapat difahami, namun murid harus berhati-hati kerana kesalahan tatabahasa akan menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis.

(i) Frasa Kerja Transitif yang meletakkan Keterangan ataupun Kata Sendi Nama selepas Kata Kerja Transitif

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya. Seterusnya, objek boleh diikuti oleh bahagian keterangan. Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa adalah dengan menyelitkan unsur keterangan yang bermula dengan kata sendi nama sedangkan frasa kerja tidak boleh diselitkan apa-apa perkataan selain objek yang terdiri daripada frasa nama.Kesalahan contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

frasa kerja transitifkata sendi namakata nama(objek)keterangan

(i) Ibusedang menimbangkanakanpermintaan kakak untuk membeli kasut baharu.

(ii) SalmahmemberitahukepadaMasitahbahawa dia lulus dalam peperiksaannya.

(iii) Merekaamat berwaspada sewaktu menyiapkantentang laporanprojek roket itu sebelum hari pertandingan.

(iv) Kerajaanmemintasupayadoktor-doktor terlatihpulang sebaik sahaja mereka menamatkan pelajaran di luar negara.

(v) Rosnah menerangkandaripadaceritayang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan, namun kesalahan tersebut tidak begitu ketara. Dalam ayat 1, kata kerja transitif menimbangkan perlu diikuti oleh perkataan permintaan kakak. Dalam ayat 2, kata kerja transitif memberitahu perlu diikuti oleh perkataan Murad. Dalam ayat 3, kata kerja transitif menyiapkan perlu diikuti oleh perkataan laporan. Dalam ayat 4, kata kerja transitif meminta perlu diikuti oleh perkataan doktor-doktor terlatih. Dalam ayat 5, kata kerja transitif menerangkan perlu diikuti oleh perkataan cerita.

Ayat yang betul:1.Ibu sedang menimbangkan permintaan kakak untuk membeli kasut baharu.2.Salmah memberitahu Masitah bahawa dia telah lulus dalam peperiksaannya.3.Mereka amat berwaspada sewaktu menyiapkan laporan projek roket itu sebelum hari pertandingan.4.Kerajaan meminta doktor-doktor terlatih pulang sebaik sahaja mereka menamatkan pelajaran di luar negara.5.Rosnah menerangkan cerita yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

(ii) Menggugurkan Awalan Me- dan Mengekalkan Akhiran kan dalam Frasa Kerja Transitif

Dalam frasa kerja transitif, awalan me mesti digunakan kecuali dalam beberapa perkataan sahaja seperti makan dan minum. Pengguguran awalan me dan hanya meninggalkan akhiran kan akan membentuk kesalahan yang tidak begitu ketara. Pelajar-pelajar seharusnya tidak keliru dengan perkara ini.

Kesalahan Contoh:

Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

akhiran kanketerangan

(i) Puan Amirahbegitu sayangkananak gadisnya yang tunggal itu.

(ii) Faris tidak gemarkanmata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat latih tubi yang banyak.

(iii) Hanani sangat sukakanmasakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.

(iv) Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar sungguh bencikandadah yang telah merosakkan kehidupannya.

(v) Setelah seminggu di perantauan, Nani berasaamat rindukanibu bapa dan kampung halaman yang ditinggalkannya.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, akhiran kan digunakan untuk mewakili kata bantu akan. Akhiran kan menunjukkan kesalahan yang ketara dan kerap dilakukan oleh murid semasa mereka membina ayat. Oleh itu, imbuhan apitan meN...i wajar digunakan untuk menjadikan ayat-ayat di atas lebih gramatis.

Ayat yang betul:1.Puan Amirah begitu sayang akan anak gadisnya yang tunggal itu.2.Faris tidak gemar akan mata pelajaran matematik kerana dia perlu membuat latih tubi yang banyak.3.Hanani sangat suka akan masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.4.Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar sungguh benci akan dadah yang telah merosakkan kehidupannya.5.Setelah seminggu di perantauan, Nani berasa amat rindu akan ibu bapa dan kampung halaman yang ditinggalkannya.

ataupun:1.Puan Amirah menyayangi anak gadisnya yang tunggal itu.2.Faris tidak menggemari mata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat latih tubi yang banyak.3.Hanani menyukai masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.4.Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar membenci dadah yang telah merosakkan kehidupannya.5.Setelah seminggu di perantauan, Nani merindui ibu bapa dan kampung halaman yang ditinggalkannya.

(iii) Meletakkan atau Menambahkan Imbuhan untuk Menjadikan Perkataan tersebut menjadi Kata Kerja Transitif.

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya. Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa adalah dengan memberikan atau menambahkan imbuhan seolah-olah untuk menjadikannya sebagai kata kerja transitif.Kesalahan contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitifKata nama(objek)keterangan

(i) Program Linus diadakan untukmembasmikanbuta hurufdalam kalangan murid di sekolah rendah.

(ii) Ibu bapa bolehmelatihkananak-anakagar belajar mengaji sejak kecil.

(iii) Penemu duga itu sedangmengujikancalon-calon gurudengan mengemukakan soalan yang mencabar minda.

(iv) Kanak-kanak yang sedang bermain itumengumpuldaun keringuntuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.

(v) Kerajaan berusaha untuk menjanapendapatanpenduduk kampung agar lebih produktif.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan. Dalam ayat 1, kata kerja transitif membasmikan wajar digantikan dengan membasmi. Dalam ayat 2, kata kerja transitif melatihkan wajar digantikan dengan melatih. Dalam ayat 3, kata kerja transitif mengujikan wajar digantikan dengan menguji. Dalam ayat 4, kata kerja transitif mengumpul wajar digantikan dengan mengumpulkan. Dalam ayat 5, kata kerja transitif menjana wajar digantikan dengan menjanakan.

Ayat yang betul:1.Program Linus diadakan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid di sekolah rendah.2.Ibu bapa boleh melatih anak-anak agar belajar mengaji sejak kecil.3.Penemu duga itu sedang menguji calon-calon guru dengan mengemukakan soalan yang mencabar minda.4.Kanak-kanak yang sedang bermain itu mengumpulkan daun-daun kering untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.5.Kerajaan sedang berusaha untuk menjanakan pendapatan penduduk kampung agar lebih produktif.

(iv) Menggugurkan Frasa Sendi Nama Antara Kata Kerja Tak Transitif Dengan Keterangan.

Frasa sendi nama diperlukan untuk menghubungkan frasa kerja tak transitif dengan keterangan dalam pembentukan frasa kerja tak transitif. Tanpa frasa sendi nama, ayat yang dibina akan membentuk kesalahan frasa kerja tak transitif. Apabila berlaku pengguguran imbuhan pada kata kerja tak transitif, perkara ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan ayat.

Kesalahan Contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Tak Transitif

Kata BantuKata kerja tak transitifKeterangan

(i) Kami sekeluargaakanbalikkampung pada cuti sekolah akan datang.

(ii) Johariharusberjumpakaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan baiknya.

(iii) Murid itu akanlalujalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.

(iv) Kelihatan sekawan burungtelahterbangsarang apabila hari menjelang malam.

(v) Kamuhendaklahkeluarpintu di sebelah kanan dewan ini.

Keterangan kesalahan:Ayat-ayat di atas mengandungi kesalahan frasa kerja tak transitif yang menggugurkan kata sendi nama dengan keterangan. Kewajarannya, frasa kerja tak transitif yang diperluas dengan keterangan perlu menerima kata sendi nama. Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat tersebut ialah balik, berjumpa, lalu dan keluar. Selepas perkataan tersebut perlu diikuti oleh kata sendi nama ke, dengan, di, ke dan ke.

Ayat yang betul:1.Kami sekeluarga akan balik ke kampung pada cuti sekolah akan datang.2.Johari harus berjumpa dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan baiknya.3.Murid itu akan lalu di jalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.4.Kelihatan sekawan burung telah terbang ke sarang apabila hari menjelang malam.5.Kamu hendaklah keluar ke pintu di sebelah kanan dewan ini.

(v)Meletakkan Kata Sendi Nama Selepas Kata Kerja Tak transitif Apitan Ber....kanDalam binaan frasa kerja tak transitif, apitan ber....kan, pembentukan frasa kerja tak transitif memerlukan kata nama sebagai pelengkap. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas apitan ber...kan.

Kesalahan Contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif Berapitan ber...kanKeterangan

(i) Pengemis tua itubertilamkan denganrumput.

(ii) Kami makan nasiberalaskan dengantikar semasa berkelah.

(iii) Polis berjaya menangkap penjenayahberdasarkan akanmaklumat daripada penduduk kampung

(iv) Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan akansaduran perak yang sungguh cantik.

(v) Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidurberselimutkan denganembun.

Ayat yang betul:1.Pengemis tua itu bertilam dengan rumput.2.Kami makan nasi beralas dengan tikar semasa berkelah.3.Polis berjaya menangkap penjenayah berdasar akan maklumat daripada penduduk kampung.4.Bunga telor yang digubah ibu berbatang akan saduran perak yang sungguh cantik.5.Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimut dengan embun.

ataupun:1.Pengemis tua itu bertilamkan rumput.2.Kami makan nasi beralaskan tikar semasa berkelah.3.Polis berjaya menangkap penjenayah berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung.4.Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan saduran perak yang sungguh cantik.5.Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimutkan embun.

(vi)Meletakkan Objek (Kata Nama) Selepas Kata Kerja Tak transitif Awalan BeR-

Dalam binaan frasa kerja tak transitif, pembentukan frasa kata kerja tak transitif berawalan beR- hanya menerima unsur keterangan sesudahnya. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan objek(kata nama) selepas kata kerja tak transitif berawalan beR-.

Kesalahan Contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif Awalan BeR-Keterangan

(i) Mesyuarat pengawas ituberbincang perkara yang berkaitan ponteng sekolah.

(ii) Nenek asyik berceritakisah dongeng Pak Kaduk.

(iii) Setiausaha Agung ASEANberkatahal keselamatan negara-negara di Asia Tenggara.

(iv) Kakak bertemukawannya di Pasar Raya Tesco.

(v) Pembahas ituberhujahtajuk yang bertemakan kesihatan.

Ayat yang betul:1.Mesyuarat pengawas itu berbincang tentang perkara yang berkaitan ponteng sekolah.2.Nenek asyik bercerita tentang kisah dongeng Pak Kaduk. 3.Setiausaha Agung ASEAN berkata mengenai hal keselamatan negara-negara di Asia Tenggara.4.Kakak bertemu dengan kawannya di Pasar Raya Tesco.5.Pembahas itu berhujah tentang tajuk yang bertemakan kesihatan.

(vii)Meletakkan Kata Sendi Nama oleh Selepas Kata Kerja Transitif berawalan teR-

Dalam binaan frasa kerja transitif, pembentukan frasa kata kerja transitif berawalan teR- memerlukan kata nama sebagai objek atau penyambut. Kesalahan frasa kerja transitif yang sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas kata kerja transitif berawalan teR-.

Kesalahan Contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

Kata kerja transitif awalan teR-Keterangan

(i) Maimunah tidaktermakan olehrendang daging yang pedas itu.

(ii) Sititerambil olehpen mahal milik Vanitha.

(iii) Kamiternampak olehseekor ular sawa di depan rumah.

(iv) Datuk Mahaditerbeli olehrantai berlian yang mahal itu.

(v) Cikgu Mahani tidakterbaca olehnovel agama yang tebal itu.

Ayat yang betul:1.Maimunah tidak termakan rendang daging yang pedas itu.2.Siti terambil pen mahal milik Vanitha.3.Kami ternampak seekor ular sawa di depan rumah.4.Dato Mahadi terbeli rantai berlian yang mahal itu.5.Cikgu Mahani tidak terbaca novel agama yang tebal itu.

(viii)Meletakkan Kata Bantu akan Selepas Kata Kerja berawalan memper-

Kesalahan Contoh:Frasa NamaFrasa Kerja Transitif

Kata kerja transitif berawalan memper-Keterangan

(i) Pihak komunismemperalat akanpenduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.

(ii) Pekerja hotel itumemperkemas akanbilik agar kelihatan bersih dan rapi.

(iii) Kamimemperoleh akankejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.

(iv) Beberapa majikan dikenal pastimemperdaya akanpendatang asing tanpa izin dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit

(v) Panglima Hitammemperhamba akandirinya kepada Raja Inderagiri.

Ayat yang betul:1.Pihak komunis memperalat penduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.2.Pekerja hotel itu memperkemas bilik agar kelihatan bersih dan rapi.3.Kami memperoleh kejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.4.Beberapa majikan di kenal pasti memperdaya pendatang asing tanpa izin dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit.5.Panglima Hitam memperhamba dirinya kepada Raja Inderagiri.

B38ahagian Satu: Morfologi