BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

38
Edu 3108

Transcript of BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Page 1: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Edu 3108

Page 2: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Profesional

Page 3: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Meskipun begitu, seringkali seseorang yang merupakan ahli dalam suatu bidang juga disebut "profesional" dalam bidangnya meskipun bukan merupakan anggota sebuah entitas yang didirikan dengan sah.

Page 4: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Profesion mempunyai ciri-ciri(Lieberman)

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik, penting dan mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.

Page 5: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Ahli sesuatu profesion adalah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.Orang profesional adalah pekerja yang mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pkerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran wang semasa memberi perkhidmatan.

Page 6: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.Setiap ahli profesion mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Setiap ahli profesion akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

Page 7: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Rumusan Konsep Profesion Sesuatu pekerjaan yang khusus

dan dilaksanakan oleh orang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya

Page 8: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Perguruan, mengikut Kamus Dewan (1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah bermaksud sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.Keguruan, boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakkan sebagai guru.

Page 9: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Kesimpulan Konsep profesion perguruan dan keguruan

-Profesion perguruan boleh adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan tahap pelajaran yang tinggi dan latihan khas seperti di Institut Perguruan Malaysia.-Profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Page 10: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

GURU SEBAGAI PROFESIONAL GURU SEBAGAI PROFESIONAL

1. Konsep profesional ialah orang pekerja yang bergiat dalam bidang profesion.

2. Orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan,kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

Page 11: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Profesionalisme

Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987).[2]

Page 12: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya. Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987).

Page 13: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 14: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 15: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 16: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Ciri-ciri profesionalisme Seseorang yang memiliki jiwa

profesionalisme senantiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional

Page 17: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Kualiti profesionalisme didokong oleh ciri-ciri 1. Keinginan untuk selalu menampilkan

perilaku yang mendekati piawai ideal. Seseorang yang memiliki profesionalisme

tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada sesorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan “piawai ideal” ialah suatu perangkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan

Page 18: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

2. Meningkatkan dan memelihara imej profesion Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan

oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan dengan individu lainnya.

Page 19: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

3. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampiannya

Page 20: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

4. Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion Profesionalisme ditandai dengan

kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya.

Page 21: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 22: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 23: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

SIAPAKAH GURU?

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus.

Merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar-pelajar di

sekolah.

Page 24: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Guru……….

Page 25: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Peranan-peranan lain…

Page 26: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Contoh : menerima Sijil Perguruan atau

Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

Perkara perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang guru

Menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran

Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya

Mempunyai pengetahuan yang meluas dalam mata pelajaran

yang ditugaskan untuk mengajar

Peranan-peranan lain

•Guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah murid.•Agen pembaruan bagi masyarakat

Page 27: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Autoriti seorang guru

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah.

2. Kawalan sosial di sekolah.3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau

denda mengikut garis panduan sekolah.4. Hal-hal tingkahlaku dan perkembangan murid.5. Pengelolaan gerak kerja kokurikulum.6. Pembimbing kepada murid, khasnya dalam pemilihan

kerjaya dan bidang pengajian pengkhususan.

Page 28: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

IKHTISAS KEGURUAN

•Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam.

•Mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelekdan tindakan yang cekap.

•Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang, menilai murid-murid mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah

yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan.•Golongan guru meliputi pelbagai latarbelakang dalam

kelayakan akademik dan latihan. Contoh; kelulusan SPM,Diploma dan Ijazah. Perbezaan kelayakan ini

menyebabkan guru dikelaskan dalam berbagai Kategori – DG54, DG52, DG41.

Page 29: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

• Kewujudan pelbagai latarbelakang dan kelayakan akademik menjadi faktor wujudnya berbagai kesatuan,

persatuan dan organisasi guru ditubuhkan untuk menjaga nasib perjuangan guru masing-masing atau dengan objektif

tertentu seperti menjaga kepentingan guru-guru yang menjadi anggota pertubuhan itu.

• Setakat ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia merupakan sebuah kesatuan

yang paling besar.

Page 30: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

RUMUSAN

Ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion keguruan ;

1. Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan

guru dalam segala aktiviti profesionalnya.4. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada

individu dan negara.5. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

Page 31: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Ciri-ciri lain yang tidak dianggap sebagai suatu profesion. Di antaranya ;

1. Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja.2. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan

tidak banyak persaingan.3. Autonomi seseorang guru adalah terhad.4. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru

daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.

5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan keguruan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

-Maka, profesion keguruan masih belum boleh dianggap sebagai suatu profesion dengan erti kata yang sepenuhnya.

Page 32: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

• Mengikut falsafah parenialisme, guru ialah orang berautoriti. Ilmu pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan.

• Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dan kemahiran dengan baik.

Page 33: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

Fahaman parenialisme

• Guru bukanlah semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga membantu mereka untuk memberi makna, kebenaran, susunan dan hubungannya dengan pengalaman pelajar itu sendiri supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada diri mereka

Page 34: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

• Sebagai guru yang professional, guru perlu mempunyai ciri-ciri professional seperti berkemahiran

• Antara kemahiran yang mesti dikuasi oleh guru adalah kemahiran berfikir; kemahiran interpersonal; kemahiran komunikasi; kemahiran memimpin; serta kemahiran berilmu.

Page 35: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 36: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 37: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt
Page 38: BAB 1- KONSEP MENGAJAR.ppt

• Sekian , Terima kasih