AURA DAN TENAGA

22
Aura dan Tenaga 1. APA ITU TENAGA DALAM Tenaga Dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat. AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh juga di sebut sebagai Tenaga Dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa Tenaga Dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini adalah salah. Kenapa? Tenaga Dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya. APA ITU AURA ? Aura ialah suatu awan radiasi bercahaya yang mengelilingi tubuh. Awan ini akan menahan tenaga prana atau mencegah bocornya tenaga prana keluar. Dengan kata lain aura ini bertindak sebagai lapisan sekat untuk tenaga lemah, dan aura ini berbeza dari satu orang kepada orang lain dalam warna, ciri–cirinya yang mencerminkan kesihatan, sifat emosional, dan spiritual seseorang itu. Gambaran bentuk aura ini adalah lapisan udara yang menyekat prana dari dalam tubuh, dengan bahagian di luar tubuh, dan mempunyai bentuk seperti telur terbalik. PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN ILMU KEBATINAN Ramai orang yang keliru akan Tenaga Dalam dan memberi berbagai-bagai tafsiran kepadanya. Akibatnya Tenaga Dalam disamakan dengan ilmu-ilmu kebatinan yang memerlukan amalan kerohanian seperti zikir, puasa, mutih dan pertapaan untuk mendapatkannya. Lebih teruk daripada itu, ada yang menyatakan pengamal Tenaga Dalam menggunakan jin, iblis, syaitan roh atau makhluk-makhluk ghaib yang

description

Pengetahuan ringkas tentang tenaga dalam dan sifat-sifatnya.

Transcript of AURA DAN TENAGA

Page 1: AURA DAN TENAGA

Aura dan Tenaga

1. APA ITU TENAGA DALAM

Tenaga Dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh juga di sebut sebagai Tenaga Dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa Tenaga Dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini adalah salah. Kenapa? Tenaga Dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya.

APA ITU AURA ?

Aura ialah suatu awan radiasi bercahaya yang mengelilingi tubuh. Awan ini akan menahan tenaga prana atau mencegah bocornya tenaga prana keluar. Dengan kata lain aura ini bertindak sebagai lapisan sekat untuk tenaga lemah, dan aura ini berbeza dari satu orang kepada orang lain dalam warna, ciri–cirinya yang mencerminkan kesihatan, sifat emosional, dan spiritual seseorang itu. Gambaran bentuk aura ini adalah lapisan udara yang menyekat prana dari dalam tubuh, dengan bahagian di luar tubuh, dan mempunyai bentuk seperti telur terbalik.

PERBEZAAN TENAGA DALAM DENGAN ILMU KEBATINAN

Ramai orang yang keliru akan Tenaga Dalam dan memberi berbagai-bagai tafsiran kepadanya. Akibatnya Tenaga Dalam disamakan dengan ilmu-ilmu kebatinan yang memerlukan amalan kerohanian seperti zikir, puasa, mutih dan pertapaan untuk mendapatkannya. Lebih teruk daripada itu, ada yang menyatakan pengamal Tenaga Dalam menggunakan jin, iblis, syaitan roh atau makhluk-makhluk ghaib yang telah dicapkan sebagai syirik. Ada pula yang mengatakan ianya perbuatan sihir, magik ataupun silap mata.

Sebabnya masyarakat bertanggapan begitu ialah kerana kurangnya pendedahan dan kefahaman masyarakat kita terutamanya di Malaysia ini akan

Page 2: AURA DAN TENAGA

istilah dan keujudannya Tenaga Dalam itu. Perguruan ini telah berusaha dan akan terus berusaha untuk menyedarkan masyarakat semuanya akan apa itu Tenaga Dalam.

Saya berharap kepada anda dan semua murid saya yang pernah berguru dan belajar dengan saya supaya meneruskan perjuangan ini bagi kepentingan agama kita dan kefahaman kita dari di sogok oleh perkara-perkara yang bukan- bukan.

I lmu Kebatinan adalah suatu kebolehan yang didapati dari pada amalan kerohanian yang dibina daripada tiada kepada ada.

Seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam belum tentu mempunyai tenaga batin dan begitulah sebaliknya, seseorang yang mempunyai tenaga batin belum tentu mempunyai tenaga dalam. Cara latihannya juga berbeza sekali. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam, apabila ia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi lebih memuaskan.

Ini bermakna, Tenaga Dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari.

Tenaga dalam pula diperolehi daripada pembukaan dan penjanaan chakra yang sudah tersedia dalam tubuh seseorang daripada latihan jurus pernafasan dan meditasiSeseorang manusia itu lahir tanpa sebrang ilmu, apabila ia meningkat dewasa dan membesar, segala pengalaman dan pembelajarannya menjadikan ia seorang yang berilmu. Sementara Tenaga Dalam ialah sesuata tenaga yang bersumberkan dari dalaman tubuh seseorang, bukannya diperolehi daripada luar.

Gautama Buddha dikatakan memiliki aura sejauh 1 kilometer dan Nabi Muhammad S A W pula memiliki aura yang terpancar dari chakra-chakranya atau Nur-nur Muhammad sehingga ke seluruh alam hinggakan awan dapat mengesan dan mengikuti kemana sahaja baginda pergi. Pohon kayu dan binatang yang beratus-ratus batu jaraknya pula mula berMarhaban mengucap

Page 3: AURA DAN TENAGA

selamat datang kepada baginda apabila mula mengesan kehadiran aura baginda Rasulullah.

TENAGA DALAM , TENAGA PRANA DAN AURA

Dalam bahasa Yunani Prana disebut Pneuma, dalam bahasa Polinesia disebut ‘mana’, dan dalam bahasa Yahudi disebut ‘ruah’yang berarti “nafas kehidupan“.

Pada dasarnya, terdapat tiga sumber utama prana iaitu: Prana Matahari, Prana Udara dan Prana Bumi.

Prana Matahari berasal dari sinar matahari. Prana ini memperkuat seluruh tubuh dan membentuk tubuh sihat. Prana matahari dapat diperolehi dengan menghadap dan berjemur di bawah sinar matahari dan meminum air yang telah disinari matahari. Akan tetapi penyinaran yang lama atau terlalu banyak prana matahari akan membahayakan tubuh fizikal maupun tubuh bioplasmik kerana sifatnya yang sangat kuat.

Prana yang terdapat di dalam udara disebut Prana Udara atau butir butir tenaga udara. Prana udara diserap paru paru melalui proses pernafasan dan juga diserap langsung oleh pusat energi tubuh bioplasmik. Pusat pusat energi ini disebut Chakra. Prana Udara dapat lebih banyak diserap dengan pernafasan berirama yang lambat dan dalam. Prana Udara juga dapat diserap melalui pori pori kulit oleh orang yang telah menjalani latihan tertentu.

Prana yang terdapat di dalam bumi disebut Prana Bumi atau butir butir tenaga bumi. Prana ini diserap melalui telapak kaki. Ianya dilakukan secara otomatik, dan secara tidak disedari. Berjalan dengan telapak kaki tidak beralas, akan meningkatkan jumlah prana bumi yang diserap oleh tubuh. Kita boleh belajar untuk menyerap lebih banyak prana bumi bagi meningkatkan tenaga dan kemampuan untuk berfikir secara lebih cergas.

Air menyerap prana dari cahaya matahari, udara, dan bumi yang berhubungan dengannya. Tanaman dan pokok menyerap prana dari cahaya

Page 4: AURA DAN TENAGA

matahari, udara, air, dan bumi. Manusia dan haiwan memperoleh prana dari cahaya matahari, udara, bumi, dan air, juga makanan. Makanan yang segar, mengandung lebih banyak prana daripada makanan yang diawetkan.

Prana juga dapat dipancarkan kepada orang lain untuk penyembuhan. Mereka yang mempunyai kelebihan tenaga dalam, cenderung membuat orang yang di sekitarnya merasa lebih baik dan berghairah. Walaupun demikian mereka yang kehabisan prana sebenarnya akan menyerap prana dari orang lain secara tidak sedar. Itulah sebabnya anda mungkin pernah berhadapan dengan seseorang yang cenderung membuat anda merasa lelah, atau kehabisan tenaga kerana alasan yang tidak jelas.

Pohon-pokok besar yang sihat dan sudah tua, memancarkan sebahagian kelebihan prananya. Orang yang lelah, atau sakit mendapat banyak manfaat dengan berbaring atau beristirahat apatah lagi bermeditasi dan berlatih di bawah pokok tersebut. Hasil yang lebih baik dapat diperolehi dengan meminta secara lisan kepada pokok itu, untuk membantu orang yang sakit atau untuk sembuh daripada penyakit oleh energi yang diserapkan daripada pokok tersebut.

Siapa sahaja dapat belajar menyerap prana secara sedar dari pada pokok pokok tersebut, melalui telapak tangan, sehingga tubuh merasa ada getaran dan menjadi kebas, kerana besarnya prana yang diserap.

Ada daerah atau tempat tempat tertentu mempunyai prana yang lebih banyak daripada tempat lain. Beberapa daerah yang berenergi tinggi boleh menjadi tempat untuk penyembuhan.

Dalam keadaan cuaca buruk, banyak orang menderita sakit. Sebabnya bukan sahaja kerana perubahan suhu, tetapi juga kerana penurunan prana daripada prana matahari dan prana udara. Kerana itu ada orang merasa lembab, baik mental maupun fizikal. Keadaan ini dapat dilawan dengan menyerap prana / energi secara sadar, dari udara dan bumi dan ditukarkan menjadi tenaga dalam dalam tubuh badan.

Faedah–Faedah Prana.

Bagi seseorang yang telah mampu menghimpun dan menguatkan tenaga dalamnya / prana secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan dapat memanfaatkan prana secara ekstra, yang tiada dimiliki oleh orang lain diantaranya ialah :

Page 5: AURA DAN TENAGA

A. Memiliki tubuh yang perkasa dan dijauhi dari penyakit.B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh selalu mendapat

kesegaran yang penuh.C. Mempertajam pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.D. Memeliki semangat yang tinggi dan sifat optimis dan pantang menyerah.E. Berkemahuan tinggi dalam berkehidupan, dan penuh percaya diri.F. Daya ingatan yang tajam, berwibawa, disegani dalam pergaulan, penuh

bijak.G. Wajah bersinar, dan mempunyai daya tarikan tersendiri.H. Meninggikan kebolehan beladiri.I. Kuasa penyembuh diri sendiri dan orang lain, dan payah terkena

perbuatan halus.

ENERGI HIDUP

Kita dikatakan hidup apabila jantung berdenyut, terjadi pusingan darah yang

membawa oksigen dan zat lainnya ke seluruh sel-sel yang membentuk tubuh

kita! Dari penelitian ilmiah dapat diketahui bahawa jantung itu mampu

berdenyut mengepam darah melewati pembuluh darah ke seluruh tubuh oleh

adanya stimulasi saraf (cardiac plexus) yang bekerja berterusan. Kini jika kita

bertanya, apakah yang membuat syaraf otonom (vegetative otonom nerves

system) itu bekerja, maka jawapannya adalah : adanya suatu ENERGI HIDUP

(Life force) yang terbentuk dari berbagai sumber energi alam, di dalam zat

makanan (minuman) serta zat (O2) melalui proses pernafasan!

Sistem Hatha Yoga dari peradahan Hindu purba menamakannya : PRANA!

Sistem China purba menyebutnya CHI (qi), di Jepun dan Korea disebut KI!

Sedangkan di kawasan Nusantara Asia Tenggara kita ini dikenali melalui istilah :

BAYU SEJATI, NAFAS JATI, TENAGA DALAM dan sebagainya. Para pengkaji barat

menterjemahkannya ke bahasa Inggeris sebagai INNER POWER, INTRINSIC

ENERGY, LIFE FORCE dan lain-lain istilah.

Energi Hidup ialah faktor 'penggerak' cardiofasculer, sebagai penunjang

kehidupan fizik yang paling dasar, yang lazimnya disebut Z : kehidupan

Page 6: AURA DAN TENAGA

vegetatif sebagai bahagian kehidupan biologi kita. Lebih jauh lagi jika kita

merangkumi soal 'ingatan' serta aspek kejiwaan lainnya seperti psikik, psiko,

minda itu juga bergantung kepada adanya Energi Hidup tersebut.

Salah satu unsur yang membantu adanya energi hidup tadi ialah udara yang

kita hirup ini. Oksigen (O2) merupakan zat pembakar yang paling penting, di

samping zat air (hidrogen), nitrogen, dan lain-lain.

Dengan demikian jelaslah kiranya bagi kita sekelian, bahawa pernafasan

(proses mengambil O2 dan melepaskan CO2) dan seluruh proses metabolisme

yang lebih rumit terjadi di dalam sel tubuh kita, merupakan syarat bagi setiap

makhluk hidup, dari haiwan bersel tunggal, tumbuh-tumbuhan, haiwan melata,

berenang di dalam air, terbang di udara, sehingga makhluk tertinggi iaitu

homo-sapien atau umat manusia!

Hakikat Proses Pernafasan

Penyerapan oksigen, sesungguhnya terjadi di dalam sel-sel dalam tubuh,

sedangkan paru-paru merupakan organ tubuh untuk menampung udara melalui

lubang hidung. Jika aktiviti nafas yang terganggu keseimbangan energi dalam

tubuh kita pun akan terganggu pula. Untuk mencapai suatu mutu kesihatan

yang baik, sistem pernafasan (respirasi) yang lancar dan semulajadi sangatlah

penting. Terlebih lagi apabila kita sedang menderita sakit, terlalu lelah fizikal

mahupun mental, sistem pernafasan merupakan bahagian terutama sekali

diberi perhatian. Maka setiap rumah sakit pasti amat memperhatikan

pentingnya pengaliran nafas masuknya udara bersih yang menunjang

pernafasan pesakit.

Terciptanya sistem tradisional latihan pernafasan (Pranayama Yoga,

Qigong, Taijiqan, Tenaga Dalam dan lain-lain) memang sangat beralasan sekali.

Terutama setelah kita semua mengetahui, betapa pentingnya fungsi

pernafasan bagi membentuk Energi Hidup kita tadi. Maka sebahagian besar dari

isi buku ini adalah menghuraikan tentang sistem latihan pernafasan guna

mengembangkan sumber Energi Hidup (Tenaga Dalam,Prana, Qi, Ki) tersebut.

Page 7: AURA DAN TENAGA

Sistem latihan pernafasan membina kesihatan sesungguhnya mula

dikembangkan untuk menunjang prestasi dalam bidang olahraga; juga

termasuk pula pengembangan tenaga inti atau tenaga-dalam (inner power)

bagi seni dan olahraga beladiri, teristimewa pada Perguruan Seni Beladiri

Tenaga Dalam Malaysia. Walaupun aplikasi olah-nafas untuk beladiri bukan

keperluan hakiki, tetapi ini membuktikan betapa luasnya mutu dan manfaat

praktis sistem pernafasan bagi segala aktiviti kehidupan kita.

Hubungan Energi Hidup Dengan Proses Regenerasi

Untuk mempertahankan hidup ini, maka fizik melaksanakan sejumlah proses

yang salah satu daripadanya ialah proses regenerasi! Regenerasi adalah suatu

proses penggantian sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan sel-sel baru secara

terus menerus sepanjang hayat dikandung badan. Tanpa proses regenerasi,

maka sel yang rosak itu tidak akan berfungsi lagi, bahkan merupakan sisa yang

menghalangi fungsi semulajadi tubuh, akhirnya fungsi tubuh juga berhenti atau

mati.

Di sini pernafasan (respirasi) sebagai proses pengambilan oksigen dan

pengeluaran sisa pembakaran atau karbon dioksida (CO2) serta penggunaan

Energi dalam tubuh merupakan proses yang terjadi dalam tiga bentuk.

Pertama Respirasi dalam pengertian 'bernafas' yang nampak diluar, iaitu

menyedut nafas (inspirasi) dan mengeluarkan sisa

pernafasan(expirasi).

Kedua Respirasi dalam erti yang lebih khusus sebagai suatu proses

pertukaran zat (metabolisma), yang tak nampak oleh kita kerana

terjadi di dalam sel-sel.

Ketiga Respirasi bererti juga suatu reaksi enzim-enzim yang menyebabkan

sel-sel tubuh kita mampu mempergunakan oksigen bagi

menghasilkan energi.

Page 8: AURA DAN TENAGA

Proses Respirasi tersebut menyerap dan menggunakan oksigen dan

menghasilkan Energi Hidup yang dipergunakan dalam proses kehidupan;

menurut ilmu fa'al (fisiologi) dikatakan adanya gejala-gejala hidup:

mengadakan pertukaran zat (metabolisme, tumbuh dan berkembang, bereaksi

terhadap rangsangan, bergerak dan berkembang. Semuanya itu memerlukan

energi yang dihasilkan melalui respirasi di samping melalui proses pencernaan

zat makanan.

Sel tubuh sebagai sebuah satuan bentuk sekaligus satuan fungsi bagi tubuh

kita, pada suatu masa mengalami regenerasi!. Sel-sel yang rosak dan tak dapat

berfungsi lagi akan digantikan oleh sel-sel baru.

Di sini keseimbangan hidup berperanan sekali untuk penyelenggaraan

regenerasi secara sempurna, sehingga tubuh akan sentiasa dalam keadaan

yang bersedia untuk berfungsi secara umum lazim kita sebut sebagai sihat

walafiat.

APA ITU CHAKRA ?

Chakra atau Pusat energi yang berputar merupakan bahagian tubuh bioplasmik yang sangat penting. Sebagaimana tubuh fizikal, tubuh bioplasmik memiliki Chakra Utama Chakra Kecil dan Chakra Halus. Chakra Utama merupakan pusat energi berputar yang yang bergaris tengah sekitar tiga hingga empat inci.

Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah

umpama setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem

peredaran tenaga dalam badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga

kasar dari tenaga magi di persekitaran dan menghasilkan tenaga yang

Page 9: AURA DAN TENAGA

lebih halus dan tersaring yang kemudiannya dimanfaat bagi

pertumbuhan sel-sel tubuh.

Chakra Utama mengendalikan dan memberikan energi kepada organ-organ pada tubuh badan. Chakra Utama bekerja seperti Pembangkit Tenaga Elektrik yang mengawal tenaga kepada organ utama. Bila pembangkit tenaga ini tidak berfingsi, organ menjadi sakit atau berpenyakit kerana tidak mempunyai cukup energi untuk bekerja dengan betul.

Chakra Kecil bergaris tengah sekitar satu hingga dua inci.

Chakra Halus bergaris tengah kurang dari satu inci. Chakra Kecil dan Chakra Halus, mengendalikan dan memberikan energi kepada bahagian tubuh fizikal yang kurang penting. Chakra tersebut masuk ke dalam tubuh dan meluas ke luar tubuh

Pembukaan Chakra

Maksud pembukaan chakra ialah mengaktifkan chakra yang berada di dalam tubuh dengan suatu tenaga istimewa oleh seseorang yang telah mencapai tahap tenaga dalam yang tinggi..

Kejutan ini dihasilkan sendiri dari kekuatan tenaga dalam tubuhnya. Apabila kejutan ini diterima maka chakra-chakra dalam tubuh seseorang itu akan tiba-tiba menjadi tersangat aktif dan memberi kekuatan dan kebolehan yang luar biasa kepadanya.

Apabila ia terus menjana dan mengembangkan kekuatan chakranya dengan latihan dan amalan jurus, meditasi dan pernafasan maka, chakra-chakra ini akan terus aktif dan auranya akan terus berkembang dan membesar tanpa batas.

Chakra mempunyai beberapa fungsi penting sebagai berikut.

1. Chakra menyerap, mencerna dan mengagihkan Tenaga keberbagai bahagian tubuh.

2. Chakra mengendalikan, memberikan energi dan bertanggung jawab atas berfungsinya seluruh tubuh fizikal dan bahagian serta organ secara tepat.

Page 10: AURA DAN TENAGA

Sebagai contoh kelenjar endrokrin dikendalikan dan diberi energi ,dirangsang,atau dihambat oleh beberapa chakra utama.

3. Chakra merupakan tempat atau pusat kemampuan pemikiran. Pengaktifan beberapa Chakra ( pusat energi ), dapat menghasilkan perkembangan beberapa kemampuan psikis tertentu. Misalnya salah satu Chakra yang termudah dan senang untuk digiatkan adalah Chakra tangan . Chakra tersebut terletak di bahagian tengah telapak tangan. Dengan menggiatkan Chakra tangan, seseorang mengembangkan kemampuan merasa energi halus dan juga kemampuan merasa Aura Luar, Aura Kesihatan, dan Aura Dalam. Hal ini dapat dicapai hanya dengan secara teratur memusatkan perhatian pada aktiviti chakra tersebut, dan merasakan getaran yang ditimbulkan.

CAKRA

Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah

umpama setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem

peredaran tenaga dalam badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga

kasar dari tenaga magi di persekitaran dan menghasilkan tenaga yang

lebih halus dan tersaring yang kemudiannya dimanfaat bagi

pertumbuhan sel-sel tubuh.

Chakra Pertama (Akar Chakra)Chakra pertama, iaitu akar chakra, penting bagi keselamatan kita.

"Berbicara secara psikologis, akar chakra berkaitan dengan naluri menyelamatkan diri yang paling dasar. Ia berkaitan dengan perasaan paling utama ... dan ia merupakan penggerak utama di balik apa yang disebut tanggapan perjuangan atau penerbangan," kata gerber dalam "Kedoktoran Getaran".

Terletak di daerah kelamin, chakra pertama menerima pemrograman dasar yang pertama dari lingkungan keluarga kita. Melaui pemrograman ini, kita membuat keputusan berkaitan dengan hak atau kemahuan kita agar selamat. Pengalam paling pertama kita juga terekam di sini, terwujud dalam kewaspadaan atau penolakan terhadap perasaan paling pertama kita.

LokasiPinggang bawah, daerah kelamin

Warna Merah

Jenis Energi

Page 11: AURA DAN TENAGA

Dihidupi oleh energi api dari dalam dan luar diri kita. Ia adalah chakra penerima kundalini, energi tanah kasar, yang mengunpani daya hidup kita dan menjamin keselamatan.

Chakra KeduaChakra Kedua terletak dalam rongga perut, adalah pusat dari perasaan

dan kreativitas kita. Melalui chakra ini, kita mulai mengerti tanggapan kita terhadap dunia dalam dan luar kita, dan memutuskan bagaimana kita akan mengungkapkan tanggapan ini. Perasaan yang timbul di sini umumnya "lebih lunak" dari perasaan yang muncul dalam chakra pertama. Cara paling sihat untuk mengolahnya adalah melalui ungkapan yang kreatif dan emosional. Pusat ini sangat penting bagi wanita yang saya yakini, menyimpan sebahagian besar energi kehidupan di dalamnya. Berkaitan dengan proses fisik, ia berhubungan dengan usus, organ rongga perut dan sistem persalinan wanita.

LokasiRongga perut

WarnaJingga

Jenis EnergiEnergi chi, yang dianggap sebagai energi kehidupan dalam sistem bangsa Cina.

Chakra Ketiga (Chakra Solar Pleksus)Chakra ketiga sangatlah rumit. Dikenal paling umum sebagai "pusat

kekuatan" berfungsi sebagai tempat penyimpan penilaian, pandangan, dan keyakinan yang kita kumpulkan tentang diri kita dan dunia. Penilaian ini, pada gilirannya, mempengaruhi kepercayaan dan harga diri kita. Mungkin inilah sebabnya mengapa pusat ini dianggap sebagai sumber pemahaman, "pengetahuan" yang memberitahu kita bagaimana bertindak di kalangan sekolahan, lingkungan masyarakat dan dunia. Dalam "Kehidupan Psikis Wanita" , Diane Stein menggambarkannya sebagai "prompa energi psikis" bagi tubuh fisik dan bukan fisik. Ia mengatakan, "keseimbangan emosional serta psikis terletak pada pusat ini dan bentuk fikiran dibuat di sini."

Pusat ini khususnya penting bagi pria yang, saya yakin harus lebih diandalkan dalam membuat keputusan daripada chakra pertama. Chakra ini juga berkolelasi dengan proses pencernaan kita dan saling berhubungan dengan organ yang terletak di dalamnya.

LokasiDaerah Solar Pleksus / rongga dada

Warna Kuning

Jenis Energi

Page 12: AURA DAN TENAGA

Mental, intelektual

Gaya Komunikasi FisikDifahami sebagai idea, fikiran atau pemahaman intelektual yang mencatat selera untuk membantu kita agar berhasil, menjadi perantaraan di dunia, berhadapan dengan orang-orang dan membuat keputusan yang efektif.

Gaya Komunikasi PsikisDikenal sebagai empati mental atau pemurnian penginderaan, cara untuk mengetahui atau merasakan sesuatu yang jika dapat dijelaskan adalah tidak rasional / masuk akal. Informasi ini biasanya diterapkan dalam pengolahan masalah-masalah kekuatan pribadi serta penilaian diri dan orang lain.

Chakra KeempatSejak dimulainya waktu, jantung telah dianggap sebagai pusat tubuh

manusia. Wadah peleburan energi Ketuhanan dari ubun-ubun dan dorongan kehidupan daerah kelamin. Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo mengatakan daerah kelamin. Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo mengatakan, "sebahagian besar dari proses perubahan kita, khususnya yang berkaitan dengan emosi, terjadi dalam paru-paru dan besar dari keputusan kita akan lebih tepat atau asli jika dibuat oleh jantung, pusat hubungan, cinta, dan kasih sayang. Beberapa mengatakan, bahawa keberhasilan manusia bergantung pada perubahan jantung kita.

Perubahan kita energi fisik dari jantung yang berubah dapat menunjukkan hal ini. Pada saat lahir, jantung bewarna hijau, menunjukkan kemampuan penyembuhan bayi dan energinya. Dalam masa dewasa, ia bewarna merah muda, perpaduan antara warna putih (maksud / tujuan) dari ubun-ubun dan warna merah (ghairah) dari chakra pertama. Akhirnya kita mencapai warna emas, warna dari cinta kasih umum. Dalam tingkatan yang lebih duniawi, chakra ini mempengaruhi proses fisik berkaitan dengan jantung dan paru-paru (fungsi sirkulasi dan pernafasan)

LokasiJantung

WarnaHijau, unggu, emas

Jenis energiAstral (berhubungan dengan dunia astral dan dunia impian).

Gaya komunikasi FisikMengkomunikasikan kebutuhan fisik dan emosional melalui penginderaan fisik, termasuk sakit hati, terkejut dan tabrakan emosional. Sumber dari energi penyembuhan yang digunakan dalam penyembuhan dengan tangan, pelukan dan sentuhan fisik. Jantung mengkomunikasikan atau menerima setiap kali kita melakukan apa yang kita suka lakukan.

Page 13: AURA DAN TENAGA

Chakra kelimaChakra Kelima sangat berguna untuk mengungkapkan dan melindungi

diri. Melalui chakra lima, kita mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran kita, yang kira rasakan, kita lihat, kita inginkan, dan yang kita benci. Sisi depan chakra ini sering dikenal sebagai "kedudukan tanggungjawab" kerana melalui ini kita mengatakan "ya" atau "tidak" terhadap pendapat seseorang. Juga berkaitan dengan jiwa, chakra ini terlihat sebagai wahana pengungkapan jiwa terhadap hasratnya. Kerana kepentingan fisiknya yang besar, chakra ini memungkinkan kita memberikaninformasi yang kita terima dari diri batin kita. Keberadaan fisiknya melibatkan kerongkongan dan proses pendengaran.

LokasiKerongkongan

WarnaBiru

Jenis EnergiBersifat eter, suatu energi emosional yang dimuati dengan kesadaran kejiwaan.

Chakra keenam (Mata ketiga)Sejak zaman dahulu, chakra ini juga dinamakan "mata ketiga" yang

merupakan pusat penglihatan dalam dan luar kita. Melalui ini, kita mendapatkan, merekam serta mengirimkan gambar, lambang, warna dan bayangan yang menyatakan kenyataan. Berhubungan dengan kelenjar pituitari (yang menghasilkan lendir), pusat ini mengatur banyak fungsi hormon dan endokrin kita , mendasarkan kesihatan fisiknya pada tujuan dan citra diri kita. Seperti dikatakan Gerber, "Kelenjar endoktrin merupakan bahagian dari sistem pengendalian induk yang kuat mempengaruhi ... tubuh mulai dari tingkat pengaktifan gen dalam sel sampai kepada fungsi sistem syaraf pusat. Jadi chakra ini mampu mempengaruhi suasana hati. (Mood) dan perilaku kita melalui pengaruh hormonal pada kegiatan otak."

LokasiDahi (kepala bahagian depan)

WarnaUnggu

Jenis EnergiCerebal (berkaitan dengan otak); sisi depan mata ketiga menarik energi dari otak dan chakra ketujuh.

Chakra KetujuhTerhubungkan dengan kelenjar pineal (berbentuk runjung), lapisan luar

otak, dan chakra lebih tinggi kita. Chakra ini mengatur banyak fungsi dalam dan luar tubuh. Gerber mengatakan,"Aliran energi dimasukkan ke dalam tubuh melalui berkas aliran yang memasuki chakra ubun-ubun"

Page 14: AURA DAN TENAGA

"Pusat Fisik" dari pengetahuan lebih tinggi, menerima energi kejiwaan dan bimbingan yang doperlukan untuk mengaktifkan maksud kita. Kerana terhubungkan dengan bidang yang lebih tinggi, chakra ketujuh dianggap sebagai pusat ketuhanan kita. Tempat kita mengetahui kesatuan diri kita dengan Sumber Ketuhanan dan semua makhluk kejiwaan lainnya.

LokasiUbun-ubun (bahagian lunak pada kepala bayi,

WarnaPutih

Jenis EnergiBersifat keterik, bentuk materialisasi dari energi kejiwaan yang berasal dari luar lingkungan bumi / ruang angkasa.

Kelima Chakra Luar TubuhUntuk mengerti sepenuhnya tentang sistem energi yang berdasarkan

pada fisik manusia, kita harus mempelajari tentang lima chakra atas manusia. Kelima chakra ini berhubungan dengan tubuh fisik, tetapi tidak terletak atau berdasar di dalam tubuh. Namun, semuanya berlaku sebagai perantara antara chakra lebih tinggi yang ghaib dan chakra dalam tubuh.

chakra secara alami terbahagi dalam tiga kelompok ... berturut-turut adalah psikologi, keperibadian dan kejiwaan".

Pada dasarnya, ketujuh chakra yang paling bawah menyatukan energi kejiwaan, fisik, mental dan emosional dengan perekat fisik. Perubahan yang terjadi di dalam ketujuh chakra ini cenderung mengakibatkan hasil yang dapat terasa.

Kita mendapatkan pekerjaan, menjadi sakit, pulih kembali, mendapatkan atau kehilangan kenalan. chakra memberikan fungsi pengaturan pada tubuh kita, ada tubuh dan energi lain yang mempengaruhi kita.Ia mengatakan "Perubahan pada tubuh fisik hanyalah hasil yang terlihat dari kejadian fisiologi yang berlangsung secara bersamaan pada berbagai tingkatan energi." Salah satu tingkatan itu melibatkan kelima chakra atas ini, yang menghubungkan pusat energi lahir dan batin. Semua ini menggabungkan yang terlihat dan yang ghaib, bekerja paling sering dengan energi yang bersifat unsur dan celestial.

Energi yang bersifat unsur berhubungan dengan jenis quanta yang menciptakan bumi : api, air, udara dan tanah. Energi selestial menjalar lebih cepat, dalam frekuensi lebih tinggi, mungkin melalui tachyon, partikel yang bergerak lebih cepat daripada kecepatan cahaya. Ini adalah energi yang menghubungkan konsep, idea, prinsip, nilai secara kejiwaan. Saya yakin bahawa kelima chakra ini bekerja secara kimiawi di antara mereka sendiri. Semua ini merupakan chakra tempat terjadinya keajaiban, imajinasi menjadi kenyataan, kemanusiaan menerima keselamatan. Semua adalah chakra yang mempertukarkan energi yang bersifat unsur dan celestial.

Page 15: AURA DAN TENAGA

Chakra KedelapanChakra kedelapan sangat menarik. Saya menemukan chakra ini dari

bawah ke atas, terletak sekitar satu setengah inci di atas kepala. Stein mengatakan, "Rasakanlah dengan mengangkat telapak tangan kiri di atas pusat ubun-ubun kepala dan rasakan energinya." Saya merasakannya seperti sesuatu yang datar, sehingga sukar ditemukan.

Bekerja dengan chakra ini, saya sampai pada keyakinan bahawa ini gerbang kita memasuki dan keluar dari dunia waktu / ruang kita. Di dalamnya, pelanggan dan para siswa saya melaporkan, mereka merasakan seperti berada di luar anfkasa dan sering melihat berbagai bayangan bintang dan planet. Angin, lingkaran, garis dan jalur dari masa lalu, kini dan masa depan kita sendiri serta orang lain dapat ditemukan di sini.

Di sini juga ditemukan cacatan Akashi, "buku" tempat tercatatnya semua apa yang kita lihat, lakukan dan katakan dalam kehidupan atau yang lainnya. Guru suku bangsa Ywahoo menyebut catatan ini sebagai "Kuil Pengertian" yang berisikan" ... semua program pengungkapan kita tentang kehidupan ini dan kehidupan lainnya sama-sama ada." Kerananya, kita dapat menjangkau segalanya tentang masa lalu kita melalui chakra kedelapan. Jika tepat, kita dapat juga membaca masa lalu orang lain. Kita dapat menjelajah ke tempat mana pun yang memang ada di masa sekarang atau dalam dimensi yang lainnya. Meraba ke masa depan yang dapat dipastikan atau kemungkinan besar akan datang. Juga mungkin untuk membaca masa lalu, kini dan yang akan datang lainnya. Jika bekerja bersama pelanggan yang mengalami kesulitan memisahkan masalah-masalah mereka dari yang lainnya, saya seringkali membimbing mereka memasuki chakra kedelapan kereka.

LokasiSekitar satu setengah inci di atas kepala.

WarnaPerak atau ultra lembayung.

Jenis EnergiRuang

Mempengaruhi indera kita tentang keseimbangan, waktu dan perencanaan. Kunci terhadap pengalaman fisik dan emosional yang terjadi di masa lalu.

Chakra Kesembilan (Chakra Jiwa)Chakra kesembilan kita adalah yang paling sedikit difahami, walau

kadang anda menyakininya sebagai salah satu chakra paling penting.Pada dasarnya, chakra ini bekerja persis seperti salah satu dari sel fisik

kita. Ia mengandung gen kejiwaan, program yang mendasari pilihan yang telah

Page 16: AURA DAN TENAGA

kita tetapkan berkaitan dengan tubuh fisik, keadaan emosi dan keyakinan mental.

Semua penyembuhan harus dihubungkan dengan chakra kesembilan agar terpadu sepenuhnya. Hanya dengan menyembuhkan tubuh kejiwaan yang membawa semua data dari satu inkarnasi ke inkarnasi lainnya, kita dapat dipastikan tidak hanya mengulangi pelajaran kita secara terus menerus.

LokasiKira-kira satu setengah panjang di atas kepala.

WarnaEmas atau inframerah

Jenis EnergiRadioaktif.

Chakra Kesepuluh (Chakra Pentanahan / grounding)Aku yakin bahawa satu dari kejahatan terbesar dalam gerakan metafisika

adalah kurangnya atau pengajaran yang tidak menyeluruh dari chakra yang kesepuluh ini. Kita tidak akan dapat bertindak efektif dalam kehidupan sehari-hari, melakukan fungsi fisik atau berusaha memenuhi maksud kehidupan jika kita tidak ditanahkan.

Ditanahkan maksudnya adalah bahawa kita terhubungkan sepenuhnya dengan bumi, kita berada "dalam" tubuh kita. Orang yang ditanahkan dapat mengerahkan seluruh kemampuan dirinya, keistimewaan dan pengalamannya sehingga mampu menangani keadaan apa saja.

Orang yang tidak ditanahkan sangat mudah dikenali. Mereka cenderung bersikap kacau, boros serta tidak menyatu dengan kebutuhan dan perasaan. Jika saya tidak ditanahkan, saya biasanya merasa seperti sedang berada di luar tubuh. Ini biasanya merupakan tanggapan penuh ketakutan. Banyak dari kita memisahkan keduanya dari suatu pengalaman dan dari diri kita untuk menghadapi masalah.

LokasiSekitar satu setengah sampai empat kaki di bawah kaki

WarnaPenuh nuansa tanah, termasuk sitrum, coklat, biru kehijauan, kuning-kecoklatan, kunibg-ketanahan, hijau buah olive dan obsidian.

Jenis EnergiBersifat eter.

Page 17: AURA DAN TENAGA

WARNA AURA MANUSIA DAN ERTINYA.

Bagaimana cara kita menterjemahkan warna, setelah kita menyadari bahawa warna itu hanya merupakan simbol yang dinyatakannya? Warna aura tiap perorangan pastilah berbeza-beza, bahkan warna seseorang tidak selalu sama setiap waktu sesuai dengan keadaan kesihatan, perubahan mental serta fisiknya. Para clairvoyant atau orang berpandangan terang yang Leadbeater, bahawa dapat dibezakan warna-warna berikut ini, dan warna itu menyatakan kondisi fisik, mental serta spiritual yang terdapat pada saat etrtentu.

Erti warna Aura adalah sebagai berikut :

HITAM Bererti kebencian dan maksud jahat; bentuk fikiran benci dan marah adalah mirip asap hitam.

MERAH Kilatan merah tua atas latar belakang hitam menunjukkan kemarahan; merah seram menunjukkan hawa nafsu.

COKLAT Coklat kemerahan pudar menunjukkan keserakahan; coklat keabu abuan pudar menunjukkan sifat mementingkan diri.

COKLAT-KEHIJAUAN Disertai kilatan merah atau merah tua menunjukkan iri hati

ABU ABU Abu abu timah berat menunjukkan kemuraman yang dalam; abu abu pucat menunjukkan ketakutan.

MERAH TUA Bererti cinta.

OREN Kebanggaan atau ambisi.

KUNING Menunjukkan kecerdasan; bila pudar, menunjukkan bahawa kecerdasan itu digunakan untuk tujuan mementingkan diri.

HIJAU Biru kehijauan tua menunjukkan sifat baik, simpati yang dalam, sedangkan abu abu kehijauan menunjukkan ketidakjujuran dan kelicikan.

BIRU Biru tua menunjukkan rasa keagamaan; biru muda menunjukkan ketaatan pada cita-cita mulia dan kerohanian.

PUTIH ATAU HAMPIR PUTIH Menunjukkan kerohanian tinggi.

COKLAT PUDAR DAN BIRU PUDAR Menunjukkan rasa keagamaan yang mementingkan diri.

KUNING PUDAR Kecerdasan tingkat rendah.

ABERIKOS Menunjukkan kebanggaan.

Page 18: AURA DAN TENAGA

MERAH BATA Bererti kesayangan yang mementingkan diri dan keserakahan.

MERAH MUDA DAN CERAH Menunjukkan kesayangan murni

HIJAU KEABU ABUAN Ditambah sedikit ke arah merah menunjukkan penipuan.

FAEDAH-FAEDAH TENAGA DALAM

Bagi seseorang yang mampu menghimpun dan menguatkan tenaga

dalamnya secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan

mendapat manafaat-manafaat yang ekstra yang tiada dimiliki oleh orang biasa

antaranya:

A. Memiliki tubuh yang perkasa, sihat dan dijauhi penyakit.

B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh akan

mendapat kesegaran yang penuh.

C. Mempertajamkan pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.

D. Memiliki sifat optimis dan pantang menyerah.

E. Semangat berkobar-kobar.

F. Berkemahuan tinggi dalam kehidupan.

G. Daya ingatan yang tajam dan bijak.

H. Wajah bersinar dan mempunyai daya tarikan tersendiri.

I. Berwibawa dan disegani dalam pergaulan.

J. Meninggikan kebolehan beladiri.

K. Kuasa penyembuh untuk diri dan orang lain.

L. Payah terkena perbuatan halus.

Juga bermacam kegunaan lagi.