ASSIGMENT HBSC3103

20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2014 HBSC 3103 : BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MATRICULATION NO : 731208125515001 IDENTITY CARD NO. : 731208125515 TELEPHONE NO. : 0138927731

description

assigment

Transcript of ASSIGMENT HBSC3103

Page 1: ASSIGMENT HBSC3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBSC 3103 :

BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS

MATRICULATION NO : 731208125515001

IDENTITY CARD NO. : 731208125515

TELEPHONE NO. : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

Page 2: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN 2

2 FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA 4

3 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK 7

3.1 Kelebihan Kejuruteraan Genetik 7

3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan 73.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam 73.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan 83.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti pernanian dan penternakan

8

3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang 9

3.2 Kelemahan Kejuruteraan Genetik 9

3.2.1 Kelemahan maklumat 113.2.2 Teknologi tidak tepat 113.2.3 Kesan sampingan 113.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas 123.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia 12

4 ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK 12

3 PENUTUP 15

BIBLIOGRAFI 17

1

Page 3: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

1.0 PENDAHULUAN

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak

bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan

genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka

dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang

pula yang menentang.

Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk

mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada

zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan

masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan

mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam

bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk

menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan

binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,

seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan

susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-

bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih

yang telah dilakukan oleh manusia.

Secara umumnya, kejuruteraan genetik merupakan istilah yang digunakan terhadap bidang

pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai

teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan

2

Page 4: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Menurut Dr. Ricarda Steinbrecher (1998),

kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian

DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain. Kejuruteraan genetik

memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi

mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan DNA.

Manakala Jurnal Elektronik Wikipedia (2008), pula menyatakann bahawa kejuruteraan

genetik melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan

maklumat genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam

sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka

hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik.

Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses iaitu peringkat manipulasi DNA

invitor (luar sel organisma), peringkat gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma

dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj dan peringkat pengklonan, atau teknik

untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.

Proses-proses di atas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun

1972. Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot ke dalam bakteria, kemudian oleh S.N.

Cohen dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama

plasmid bakteria. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat

genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain.

Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa. Menurut Zhu (1998)

kejuteraan genetik bertujuan untuk menyusun semula urutan DNA dalam gen menggunakan

kaedah buatan.

Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah

secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan

pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan

genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi

tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi

penyelidikan kanser.

3

Page 5: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Berdasarkan kepada pengaruh bidang kejuruteraan genetik dalam perkembangan dan evolusi

manusia maka penulisan ini akan memperincikan lagi mengenai kejuruteraan genetik dari

sudut faedah, kebaikan dan keburukan, permasalahan yang timbul dan etika kejuruteraan

genetik.

2. FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak

bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan

genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka

dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang

pula yang menentang.

Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk

mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada

zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan

masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan

mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam

bahasa Malaysianya sebagai Kaedah Bayi Tabung Uji.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk

menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan

binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,

seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan

susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

Kejuruteraan genetik secara umumnya telah dapat memberikan pelbagai manfaat dalam

kehidupan seharian manusia dari pelbagai aspek baik bidang pertanian, bidang perubatan

bidang siasatan jenayah, bidang ekologi alam sekitar, bidang ternakan, zuriat, dan bidang

penyelidikan dan pembangunan.

4

Page 6: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Bidang kejuruteraan genetik telah memberikan banyak manfaat kepada bidang pertanian.

Sebelum ilmu kejuteraan genetik diperkenalkan kita bergantung sepenuhnya kepada aktiviti

pertanian yang bersandarkan kepada sifat semualajadi tanaman seperti tempoh tumbesaran,

tempoh tuaian, serangan kulat dan serangga, saiz, rasa dan sifat. Oleh sebab itu hasil tuaian

tanaman tidak dapat dipertingkatkan. Selain itu juga hasil tuaian akan lebih cepat rosak dan

kurang berkualiti.

Dengan adanya kejuruteraan genetik tempoh tumbesaran tanaman telah dapat dipercepatkan.

Antara contoh sumbangan kejuruteraan genetik dalam hal ini adalah penanaman padi,

gandum dan kentang. Melalui teknik kultur tisu pembesaran tanaman akan berlaku lebih

cepat berbanding tempoh pembesaran semulajadi.Selain itu juga, penggunaan baja kimia dan

baja organik yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik akan menjadikan tanaman lebih

subur dan cepat matang.

Kegiatan pertanian secara tradisional mengundang risiko kerosakan dan kematian tanaman

yang diakibatkan oleh serangan kulat, bakteria, tikus dan serangga perosak. Dengan adanya

kejuruteraan genetik penghasilan racun perosak akan dapat mengatasi risiko tersebut.

Penggunaan racun perosak akan dapat mengawal dan menghalang kehadiran kulat, bakteria,

tikus dan serangga perosak. Dengan itu hasil pertanian akan meningkat dan berupaya

mengelak risiko kerugian. Selainj itu juga, penghasilan racun rumpai dan rumput akan dapat

mengelak persaingan antara tanaman dan rumput disekeliling.

Kegiatan pertanian tradisional juga mempunyai risiko ancaman cuaca, suhu dan habitat

persekitaran. Melalui kejuruteraan genetik, benih-benih baru tanaman telah dihasilkan

melalui teknik manipulasi DNA tumbuhan. Sebagai contohnya, dengan memasukkangen At-

DBF2, ke dalam sel tomato dan tembakau, kedua-dua tanaman ini akan mempunyai daya

tahan yang lebih tinggi terhadap tanah yang keras dan kepelbagaian cuaca.

Tanaman seperti epal dan anggur bukan sahaja boleh ditanaman di negara-negara beriklim

sejuk tetapi juga di negara-negara yang beriklim sederhana dan panas kerana proses

kejuruteraan genetik akan mengubah sifat dan kemandirian spesis tumbuhan. Selain itu,

benih-benih baru yang dihasilkan akan mengeluarkan hasil yang lebih bermutu dan tahan

5

Page 7: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

lama kerana kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoi dan  vitamin A,

C dan E telah dipertingkatkan.

Kejuruteraan genetik juga telah memberikan pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.

Melalui kejuruteraan genetik penghasilan vaksin dan ubat baru bagi merawat penyakit dapat

dilakukan, Antara ialah insulin bagi mengawal kencing manis ataupun diabetis. Insulin

dihasilkan melalui proses pengekstrakkan enzim haiwan. Selain itu juga, kejuruteraan genetik

telah membolehkan penyakit kanser dapat dikawal atau disembuhkan melalui teknik terapi

gen.

Kejuruteraan genetik juga telah banyak membantu pasangan yang sukar mendapat zuriat

melalui pengenalan kaedah bayi tabung uji. Melalui teknik ini, pensenyawaan sperma dapat

dilakukan di luar rahim. Selain itu juga, kejuruteraan genetik telah memperkenalkan kaedah

ibu tumpang bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat.

Kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan

sivil. Jika dahulu pihak polis sukar untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang

konkrit kini masalah itu dapat diatasi kerana penggunaan teknologi kejuruteraan genetik

akan memudahkan proses pengesanan dan pengecaman. Proses ini dilakukan melalui kaedah

pemadanan DNA penjenayah dengan kesan peninggalan DNA di tempat kejadian jenayah.

Kejuruteraan genetik juga banyak membantu usaha memelihara ekologi alam sekitar melalui

pengenalan teknik mikro genetik. Antara contohnya kegiatan mengatasi masalah tumpahan

minyak. Kejuruteraan genetic telah memperkenalkan Enzimlipose yang dapat mencernakan

molekul minyak Selain itu juga, pembersihan alam sekitar secara mesra alam dapat dilakukan

melalui teknik pembiakan pembiakan bakteria. 

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan

mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu

dihasilkan dengan mudah dan cepat.  Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu

sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan

manusia. Penternak juga, tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk

menghasilkan ternakan yang baik. Dengan kejuruteraan genetik, gen-gen yang berguna telah

6

Page 8: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang

telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran

berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen

yang telah diterapkan.

3. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK

Setiap teknologi yang dihasilkan oleh manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya.

Seperti teknologi kenderaan, pergerakan manusia labih pantas dan jauh. Sungguhpun begitu,

teknologi ini telah mengundang pencemaran alam dan kehilangan nyawa akibat kemalangan.

Begitu juga halnya dengan kejuruteraan genetik. Walaupun kejuruteraan genetik terbukti

membina ketamadunan namun ianya juga membawa pelbagai kemudaratan yang boleh

meruntuhkan ketamadunan manusia.

3.1 Kelebihan Kejuruteraan Genetik

3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan

Hasil kejuruteraan genetik membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan.

Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob

(bakteria) yang diubah suai secara genetik. Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan

bahan semulajadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan. Enzim

keluaran mikrob kejuruteraan genetik boleh membaiki rasa dan ‘texture’ makanan seperti roti

dan kek.

3.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam

Mikrob seperti bekteria baru hasil kaedah kejuruteraan genetik dapat mempercepat proses

pereputan, membantu penguraian najis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna.

Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd

7

Page 9: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki –tangki septik di seluruh

negara dengan sempurna.Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najis

haiwan ternakan, sisa keluaran kelapa sawit, koko malah hasil sampingan industri makanan

untuk menjadi baja organik. Penguraian dan penggunaan selengkapnya sisa pertanian

membantu mengatasi masalah pencernaan khususnya sistem saliran dalam negara.

3.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan

Pengaplikasian  teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel

neutron untuk menghasilkan saraf otak rosak dalam pesakit  Parkinson. Sel dan tisu kulit

mungkin dapat dikultutkan untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa

kebakaran. Usaha kultur tisu (jika berjaya) pankreas untuk menghasilkan horman insulin bagi

merawat pesakit diabetis pasti merupakan satu pencapaian terunggul dalam bidang perubatan.

Pengubahsuaian kod genetik seperti kuda dan lembu supaya seperti yang ada pada manusia

untuk tujuan ekstrak insulin dan hormon-hormon lain ialah satu pendekatan baru dalam

mengatasi penyakit ketidakseimbangan hormon. Teknologi pengklonan pula membolehkan

saintis menghasilkan  klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi

masalah kerosakan organ seperti jantung dan kegagalan ginjal.

3.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti pernanian dan

penternakan

“Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk

merangsang pertumbuhan anak lembu dan mengawal penghasilan susu pada lembu dewasa.

Kini hormon “Bovine” ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara

kejuruteraan genetik. Lembu-lembu yang memakan hormone ini setiap hari telah terbukti

dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus.

Penggunaan baka kapas kebal kepada ulat perosak kapas di ladang-ladang kapas Amerika

telah mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. Ini bukan sahaja menjimatkan kos

racun makhluk perosak malah telah meningkatkan keluaran kapas berlipat kali ganda di

Amerika. Di Malaysia, kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk

8

Page 10: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit, pisang, bunga orkid dan tanaman-tanaman

lain dengan ciri-ciri istimewa secara besar-besaran untuk meningkatkan produktiviti sektor

pertanian.

3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang

Ujian DNA membantu untuk mengenal pasti ibu bapa kandung seseorang dengan tepat.

Teknologi ini berguna dalam mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes sivil seperti perebutan

anak dan kes jenayah seperti kes rogol. Kegunaan-kegunaan lain analisis ini meliputi

membantu pakar forensik mengenal pasti identiti mangsa kebakaran, peperangan, dan

pembunuhan yang tidak dapat dicam muka lagi. Identiti seseorang itu dapat dikenal pasti

hanya dengan melakukan ujian terhadap tisu badan, rambut, gigi atau tulangnya. Kod genetik

setiap insan berbeza jika dilihat mengikut kaca mata pena gen manusia yang telah dihasilkan

daripada kajian dalam bidang biologi sel dan molekul.

3.2 Kelemahan Kejuruteraan Genetik

Menerusi kajian para saintis, kejuruteraan genetik ini masih terdapat kekurangan yang

mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Teknologi baru radikal yang

memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia,

haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai

‘tikus makmal’.

Menurut Mohideen Abdul Kader (A guide to Genetically-modified Foods ini Malaysia),

keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan

yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa

sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak

dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi

ke generasi.

9

Page 11: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan

bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling

besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini

sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian

mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi

haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus,

badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajiannya melibatkan ubi

kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi,

terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz

beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan

penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah

disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute

selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik

meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik

suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat

bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan

tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh

lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik

dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Ad.

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui

proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut

bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis

tumbuhan dan hidupan lain.

10

Page 12: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Secara umumnya, kelemahan kejuruteraan genetik adalah seperti berikut;

3.2.1 Kelemahan maklumat

Kelemahan utama kejuruteraan genetik berlaku apabila tiada kajian jangka panjang yang

berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan

melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah

daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut. Menyentuh soal

ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi

mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan

harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.

3.2.2 Teknologi tidak tepat

Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen

boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut

tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA

organisma penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku.

3.2.3 Kesan sampingan

Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang kerana gen menghasilkan

protein, yang biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang

berlainan, protein baru ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan

tambahan yang tidak disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan

mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi

dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk.

Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus

berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan

kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. 

11

Page 13: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas

Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang

dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-

benih ini, kesemua benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika

kulat, virus atau haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan

gagal.

3.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia

Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan

tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan,

persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan

tumbuhan liar yang sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak

organik, adalah terdedah kepada pencemaran gen ini.

4. ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik masa kini banyak memberikan kemudahan serta kemajuan pada

menusia secara meluas. Kemajuan ini meliputi bidang pertanian, perubatan, keselamatan dan

penternakan. Kemajuan akibat perkembangan kejuruteraan genetik ini secara tidak langsung

telah merubah hidup manusia itu sendiri dari landasan yang semula jadi. Sebagai contoh,

manipulasi genetik telah membantu mengawal sel barah dalam perubatan dan manakala racun

biologi pula dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Sungguhpun begiru, kemajuan

kejuruteraan genetik ini telah menimbulkan soal etika.

Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘ethico’ iaitu moral. Secara definisinya, etika di sini

bermain pada persoalan moral yang bermaksud persoalan praktikal yang berkaitan dengan

betul atau salah, benar atau tidak. Pertimbangan moral seseorang sebahagiannya bergantung

kepada suasana atau keadaan ia dibesarkan, sistem sscial atau kelas ia hidup atau agama yang

dianutinya. Sebagai contohnya penggunaan ‘ibu tumpang’ bagi proses mendapatkan zuriat

12

Page 14: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

adalah tidak beretika bagi meraka yang beragama Islam tetapi nilai ini diterima oleh

penganut-penganut agama yang lain. Oleh sebab itu, ketetapan nilai etika bidang ini secara

jelasnya bergantung kepada nilai masyarakat setempat, budaya dan agama.

Dewasa ini bidang kejuruteraan telah berjaya memanipulasi kod genetik manusia, haiwan dan

tumbuhan untuk menghasilkan satu bentuk baka baru seperti yang dilakukan oleh Ian Wilmut

seorang ahli embriologi Scotland di Britain. Beliau telah berjaya menghasilkan seekor

kambing biri-biri yang bernama ‘Dolly” pada 5 Julai 1996. Kejayaan ini dari segi etikanya

merupakan usaha yang baik ke arah menyelesaikan masalah ternakan yang mudah diserang

penyakit, bulu yang nipis, saiz yang kecil dan sebaginya.

Sungguhpun begitu, manipulasi kod genetik DNA untuk melahirkan baka manusia yang baru

telah memberikan persepsi yang negatif terhadap bidang kejuruteraan genetik. Ini adalah

kerana penghasillan baka manusia yang baru melibatkan manipulasi DNA haiwan seringkali

gagal dan membawa implikasi identiti dan sifat baka. Selain itu juga, tindakan pengklonan

DNA juga dilihat sebagai tindakan yang melanggar maruah manusia yang diklon, Menurut

Rifkin (1991) “it violates the inherent “dignity” of humans and other life-forms to alter their

DNA under any circumstances”.

Sesetengah ahli agama pula berpendapat aktivi pengklonan dan manipulasi kod genetik

adalah seperti bermainan atau mempersendahkan ciptaan tuhan. Merujuk kepada ajaran

Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakar-pakar

kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai

pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang

bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan

membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong

telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka

benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka

benar-benar merubahnya.".

13

Page 15: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Kejayaan Ian Wilmut juga telah membawa teknologi baru dalam bidang perubatan.

Kejuruteraan genetik memperkenalkan kaedah bayi tabung uji dan ibu tumpang sebagai cara

mengatasi pasanngan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat. Walaupun teknologi ini

telah berjaya namun kejayaan ini melanggar sifat fitrah manusia yang perlu berkahwin,

hidup berkeluarga dan berpasang-pasangan. Dari sudut agama Islam, zuriat ialah kurniaan

Allah yang di berikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak

mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini mempunyai hikmah tersirat yang hanya

di ketahui oleh Sang Pecipta yakni Allah Jala Wa’ala. Walaubagaimanapun, ketentuan,

menggalakkan hambaNYA beriktiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Namun begitu penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati spesifikasi yang di tetapkan

oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu anugerah yang boleh di

kongsi-bahagi sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di susun atur oleh manusia kerana ia

adalah hak Allah secara mutlak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke 25,

bermaksud:

“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya mempunyai

titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa

(menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).”

Pembangunan kejuruteraan genetik secara jelas adalah untuk meningkatkan kesejahteraan

manusia. Kejuruteraan genetik membolehkan manipulasi gen dalam keadaan terkawal

terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan

bahan aktif berfaedah, kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta

toleransi terhadap keadaan persekitaran melampau. Sungguhpun begitu, pengubahsuaian

yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu,

serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan

bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru

dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas

penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, kita tidak mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang

dihasilkan bebas daripada toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna.

14

Page 16: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang

tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh

mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995)

menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata

untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh

ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian

boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga

kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia

sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan

mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini

berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap

jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal.

Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak

yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.

5. PENUTUP

Kejuruteraan genetik telah membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia.

Walaupun, kejuruteraan ini dipercayai telah lama dihasil oleh manusia zaman lampau namun

perkembangan yang pesat melibatkan kajian dan pembangunan telah dilakukan sejak dunia

mengalami revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat. Bidang kejuruteraan ini

secara hakikatnya digunakan untuk membangunkan kaedah-kaedah terbaru dalam bidang

pertanian, perubatan, pembiakan, penternakan dan keselamatan. Dengan adanya kejuruteraan

ini, masalah tanaman, seranggan serangga, zuriat, pengesanan jenayah, penyakit kanser dan

bermacam lagi dapat ditangani dengan baik. Sungguhpun begitu, bidang kejuruteraan genetik

ini dilihat telah melawan kehendak semulajadi ciptaan tuhan kerrana penghasilan benih-benih

baru dan baka-baka baru mengubah sifat asal tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Selain itu

juga, penyalahgunaan teknologi ini akan menyebabkan kesejahteraan manusia tercapat.

15

Page 17: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Penghasilan senjata-senjata biokimia dan racun serangga akan menyumbang kepada

pencemaran dan kerosakan alam dan isinya.

Kesimpulannya, teknologi kiejuruteraan genetik itu adalah satu usaha manusia untuk

memperbaiki kualiti kehidupan namun penyalahgunaan dan pelanggaran etika akan

menjadikan teknologi ini menyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan kepada manusia.

3719 patah perkataan

16

Page 18: ASSIGMENT HBSC3103

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

BIBLIOGRAFI

Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social Thought, Vol. 18.

Rifkin, Jeremy (1991). Biosphere Politics: A New Consciousness for a New Century. New York: Crown Publishers.

Zhu, Yifei (1998). On Genetic Engenering dlm Vajra Bodhi Sea. April & May.

Sumber Internet.

Daniel Koshland (2000). http://maelsocialscience4u.blogspot.com/2008/07/kesan-perkembangan-kejuruteraan-genetik.html

Genetic modification/manipulation. http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering

Mohideen Abdul Kader.(___). http://bobex.wordpress.com/2007/12/18/bioteknologi-kelebihan-dan-ancamannya-terhadap-sarwajagat/

17