APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

34
APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN dalam kehidupan harian….. PENGENALAN PEMBEZAAN Pembezaan adalah proses mencari kadar perubahan suatu kuantiti terhadap suatukuantiti yang lain. Ia adalah satu cabang ilmu Kalkulus yang mula diperkenalkansejak kurun ke 17. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang misalnya kejuruteraan, perubatan, perdagangan, pertanian dan lain-lain. Pada setiap hari Rabu, Unit Polibriged politeknik dikehendaki berjogging mendaki sebuah anak bukit berhampiran politeknik tersebut. Ahmad, seorang ahli Polibriged terpaksa berjogging dengan hati-hati kerana kecerunan bukit yang berbeza-beza. Kadangkala Ahmad bergerak perlahan kerana tanahnya yang curam dan kadang kala dia memecut kerana tanahnya lebih landai. Kecerunan bukit pada titik-titik tertentu Ahmad menapak boleh ditentukan dengan proses yang dinamakan PEMBEZAAN Pembezaaan yang dikenali sebagai ‘differentiation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran bagaimana sebuahfungsi perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Derivatif boleh dianggap perubahan sesuatukuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti yang lain.Pembezaan merupakan salahsatu daripada aplikasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Pembezaan membantu kita

Transcript of APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Page 1: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN dalam kehidupan harian…..

PENGENALAN PEMBEZAAN Pembezaan adalah proses mencari kadar perubahan suatu kuantiti terhadap

suatukuantiti yang lain. Ia adalah satu cabang ilmu Kalkulus yang mula diperkenalkansejak

kurun ke 17. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang misalnya

kejuruteraan, perubatan, perdagangan, pertanian dan lain-lain. Pada setiap hari Rabu, Unit

Polibriged politeknik dikehendaki berjogging mendaki sebuah anak bukit berhampiran

politeknik tersebut. Ahmad, seorang ahli Polibriged terpaksa berjogging dengan hati-hati

kerana kecerunan bukit yang berbeza-beza. Kadangkala Ahmad bergerak perlahan kerana

tanahnya yang curam dan kadang kala dia memecut kerana tanahnya lebih landai.

Kecerunan bukit pada titik-titik tertentu Ahmad menapak boleh ditentukan dengan proses

yang dinamakan PEMBEZAAN

Pembezaaan yang dikenali sebagai ‘differentiation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran

bagaimana sebuahfungsi perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Derivatif boleh

dianggap perubahan sesuatukuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti

yang lain.Pembezaan merupakan salahsatu daripada aplikasi yang sangat berguna dalam

kehidupan kita. Pembezaan membantu kita dalammenyenangkan kehidupan kita dan

membantu dalam pengenalan pelbagai perkara baru dalammatematik dan juga dalam

kehidupan harian

Kalkulus adalah ilmu yang berkenaan dengan perubahan. Kalkulus mempunyai dua

cabang utama , iaitu Kalkulus Pembezaan dan Kalkulus Pengamiran. Pembezaan atau

terbitan merupakan suatu ukuran bagi perubahan dalam sesuatu fungsi yang diberi. Ianya

juga boleh dianggap perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan

dalam kuantiti yang lain. Pembezaan adalah suatu bidang aplikasi yang sangat penting

dalam kehidupan manusia. Pembezaan membantu dalam memudahkan kehidupan manusia

dan membantu dalam memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam matematik dan

Page 2: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

kehidupan manusia. Ianya adalah kerana pembezaan dapat diaplikasikan dalam pelbagai

aspek yang berkaitan dengan pelbagai bidang seperti ekonomi, fizik, kimia mahupun

pelajaran.

Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya adalah

dalam bidang ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali keuntungan yang

dianggarkan dalam penjualan sesuatu barang atau modal yang perlu dikeluarkan dalam

membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah kuantitinya. Pembezaan membantu

sesuatu peniaga untuk membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan anggaran yang

dibuat berdasarkan persamaan yang dibuat menggunakan pembezaan.Daripada ini juga,

kita dapat mencari dan mengelakkan kerugian yang mungkin berlaku dalam

sesuatuperniagaan. Malah kita juga dapat menganggarkan sama ada sesuatu perniagaan

itu akan laris atau tidak berdasarkan pembinaan graf dan menganggarkan keputusan yang

boleh berlaku dalam masa depan. Iniamat membantu dalam ekonomi terutamanya pada

para usahawan. Disamping itu juga, pembezaandigunakan dalam menganggarkan nilai

maksimum dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contohadalah menganggarkan

keuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum danminimum yang

boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian.

Dalam pembinaan bangunan, seseorang usahawan perlu tahu kuantiti bahan

yang digunakan dan pembezaan membantu dalam mencari nilai maksimum atau minimum

bagi memastikan kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masayang sama kita

tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga

boleh dianggarkan menggunakan ppembezaan ini. Oleh itu, secara keseluruhannya,

penggunaanpembezaan daam ekonomi adalah tidak dapat dielakkan dan semestinya dapat

membantu kita dalammeningkatkan kualiti keusahawanan seseorang itu dan membantu

dalam membuat keputusan.

Disamping itu juga, pembezaan digunakan dalam menganggarkan nilai maksimum

dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh dalam menganggarkan keuntungan

tertinggi dalam sesuatu perniagaan ataupun menganggar kuantiti maksimum dan minimum

yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian.Pembezaan juga turut digunakan dalam

bidang perniagaan. Misalnya, seorang pengilang tin makanan perlu menentukan bentuk tin

Page 3: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

yang paling ekonomi. Dia perlu menjimatkan kepingan logam yang digunakan untuk

membuat tin bagi isipadu kandungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Dengan

mengaplikasikan kalkulus pembezaan ukuran optimum bagi setiap bentuk tin dapat

ditentukan dan dapat memilih bentuk tin yang paling optimum. Selain itu, dengan

menggunakan pembezaan juga, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga boleh

dianggarkan dan dapat mengelakkan pembaziran dan kerugian. Oleh itu, dapat disimpulkan

bahawa ekonomi dan pembezaan memang tidak dapat dielakkan dan sangat membantu

seseorang usahawan itu membuat keputusan dalam perniagaannya.

Pembezaan turut memainkan peranan penting dalam bidang fizik yang mengkaji

mengenai had laju dan membolehkan kita menemui dan mengaplikasikan piston yang

digunakan dalam semua kenderaan. Piston adalah sumbat gelangsar yang dipasang di

dalam sebuah silinder enjin pembakaran dalam silinder hidraulik , pneumatik , dan silinder

pam . Pembezaan telah lama digunakan untuk membantu manusia menjalani kehidupan

dengan lebih baik terutama dalam pelayaran pada zaman dahulu. Dengan adanya kalkulus

ini, maka adalah lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah yang ditujui dapat dibaca

dan dikenali dengan lebih senang. Hasil daripada perkembangan pembezaan ini adalah

sangat berguna dan penting kepada manusia. Penggunaan pembezaan dan pengamiran

juga turut didapati dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur

amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Dalam bidang kimia pula, ianya melibatkan konsep terbitan yang terdapat dalam

topik pembezaan. Pembezaan dapat digunakan untuk mencari kadar perubahan tidak kira

dalam tindak balas kimia mahupun benda lain. Pembezaan membantu seseorang untuk

mencari kadar tindak balas sesuatu bahan kimia terhadap bahan lain dan ini membantu kita

untuk penciptaan pelbagai peralatan atau bahan kegunaan harian. Perubahan dari segi

keadaan, suhu dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan.

Satu lagi contoh aplikasi pembezaaan adalah dalam penggunaan teknologi komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar memahami konsep pembezaan

itu sendiri. Penggunaan teknologi komputer sebagai contoh, penggunaan Geometer

Sketchpad (GSP) adalah bagi menyediakan suatu persekitaran pembelajaran altematif

Page 4: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

dalam mempelajari konsep abtrak dalam kalkulus, iaitu konsep pembezaan, dy/dx sebagai

'tangen bagi suatu lengkuk pada suatu titik' dan juga sebagai 'kadar perubahan' .

Dalam kaedah pembelajaran tradisionaI, konsep-konsep begini diajar dan dipelajari

menggunakan pendekatan yang abstrak dan purely conceptual. Pendekatan tradisional

begini adalah sesuai bagi segolongan pelajar tertentu sahaja sementara ramai pelajar lain

mengalami kesukaran untuk menerima dan memahami maksud sebenar konsep yang

dipelajari dalam kalkulus pembezaan. Dalam hal ini, ramai pendidik matematik kontemporari

berpendapat bahawa teknologi komputer dapat membantu pelajar yang bermasalah

membina makna konsep berkenaan dengan 'rnelihat' (visualize) konsep berkenaan melalui

simulasi komputer yang menunjukkan maksud sebenar 'kadar 0' berbanding Qi-' or 'kadar

perubahan nilai-y berbanding nilai-x '. Penggunaan grafik komputer seperti ini terbukti

berkesan dalam membantu pelajar 'melihat' dan kemudiannya membina dan menghayati

konsep pembezaan melalui pembesaran suatu bahagian tertentu lengkuk berkenaan yang

kelihatan sebagai suatu garis lurus, iaitu tangen bagi lengkuk pada titik berkenaan (Vui,

1996). Penggunaan pendekatan P&P alternatif seperti ini sebenarnya telah mula tersebar

luas merentasi pendidikan matematik moden, khususnya di negara maju dan telah memberi

kesan terhadap kefahaman yang mendalam dalam konsep pembezaan.

Segala-galanya tentang konsep pembezaan dapat diaplikasikan dalam penciptaan

bahan kegunaan harian yang kita gunakan sekarang. Sebagai contoh di dalam empangan,

paras air boleh disukat dan dikawal dengan menyesuaikan saiz lubang dan ini dapat disukat

menggunakan pembezaan. Aplikasi pembezaan yang digunakan pada empangan adalah

sangat penting supaya tidak ada tekanan berlebihan keatas empangan tersebut ataupun

juga air yang mengalir secara berlebihan di dalam empangan dan boleh menyebabkan

banjir di kawasan berhampiran.

Pembezaan juga membolehkan kita mengetahui masa yang perlu diambil untuk ke

suatu tempat sekiranya kita bergerak dalam kelajuan yang tertentu dan juga ini memang

diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contohnya, kita dapat mengetahui jumlah masa yang

diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan hanya melihat kelajuan atau kita juga

boleh menganggarkan masa yang akan kita ambil untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Selain itu, pembezaan juga turut diaplikasikan dalam GPS atau Global Positioning System

Page 5: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

dimana kita dapat mencari jalan dengan cepat dan betul ke arah tempat yang dituju tanpa

perlu merujuk pada peta untuk sampai ke dentinasi.

Banyak faedah yang diperolehi oleh manusia hasil daripada penggunaan konsep

pembezaan. Antaranya meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti,

mengurangkan kos, membantu dalam pengurusan sumber, meningkatkan perkhidmatan

pelanggan, membawa kelebihan kompetatif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan

perkhidmatan serta keselamatan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembezaan bukanlah

sekadar konsep atau teori semata-mata, bahkan memainkan peranan yang penting dalam

menyelesaikan masalah kehidupan manusia.

Pembezaan dapat diaplikasikan dalam mengetahui had laju kenderaan, terbitan bagi

pergerakan jasad yang melibatkan had laju. Tambahan lagi, reaksi kimia turut melibatkan

konsep terbitan yang terdapat dalam topik pembezaan dan terbitan juga digunakan bagi

mencari titik minima dan maksima bagi sesuatu fungsi graf. Berdasarkan aplikasi-aplikasi

tersebut, jelaslah bahawa pembezaan amat penting dan bermanfaat dalam kehidupan,

bukanlah sekadar ilmu atau teori semata-mata tetapi sebagai pemudahcara dalam

kehidupan seharian manusia.

Banyak kelebihan pembezaan yang kita ketahui dalam kehidupan. Ianya menjadi

satu titik tolak bagi seseorang untuk merancang atau mengkaji sesuatu perkara untuk

kegunaan ramai. Sebagai seorang gurur atau tenaga pengajar , kita tidak harus

memahirkan diri murid untuk mencari nilai  dy/dx   secara prosedur sahaja .Pelajar perlu

tahu makna dy/dx dan kosep-konsep penting yang berkaitan dengannya serta aplikasinya

dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan fizik dan juga mengaitkan konsep

pembezaan(differentiation) dengan beberapa prosedur matematik yang lain untuk mencari

kecerunan tangen atau garislurus yang pernah mereka pelajari sebelumnya.Apabila kita

mengajar berasaskan logik minda pelajar, mereka akan juga nampak logik dalam tajuk

pembezaan yang mereka pelajari.Jika ini berlaku akan lebih mudah bagi kita sebagai

pendidik untuk membina pemikiran kritis dan kritis berasaskan logik yang terbina dalam

minda mereka dan seterusnya membolehkan mereka berfikir tentang kandungan

pengetahuan yang mereka pelajari.

Page 6: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

1) Graf GSPDengan menggunakan perisian GSP atau lain yang sesuai. Lukiskan graf bagi fungsi yang berikut pada system koordinat yang berbeza

Page 7: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

LAMPIRAN

Page 8: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

YUHANA BT YUSOF

790804-10-5422

Refleksi

Bersyukur kehadrat Ilahi akhirnya dapat juga saya menyelesaikan tugasan

Matematik MTE 3108 iaitu Kalkulus Asas ini dengan kerjasama diantara pensyarah dan

juga rakan sekumpulan. Banyak pengalaman suka duka yang telah saya tempohi bagi

tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Terdapat dua tugasan yang

diberikan kepada saya iaitu Perancangan Pelajaran Matematik dan yang kedua ialah Teori

Pembelajaran, teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik.

Bagi subjek MTE 310 iaitu Kalkulus Asas banyak mendedahkan saya tentang

pembezaan anatara fungsi dan bukan fungsi, melakar graf menggunakan perisian GSP

yang diterima oleh pensyarah , mengenal pola perhubungan, menentukan fungsi

songsangan, mencari terbitan pertama dan kedua serta kamiran bagi fungsi.

Saya juga dikehendaki menyediankan satu laporeang mengenai aplikasi konsep

pembezaan dalam kehidupan harian. Pada mulanya agar sukar unutk saya mendapatkan

bahan tersebut. Dengan adanmya kemudahan internet dan juga bantuan daripada rakana-

rakan akhirnya dapat juga saya mendapatkan bahan-bahan ilmiha yang berguna unutk

kegunaan aplikasi pembezaan ini. Tugasan ini memerlukan saya unutk membuat

pembacaan yang mendalam tentang tajuk pembezaan yang diberikan. Terdapat banyak

sekali kegunaan konsep pembezaan ini dalam kehidupan seharian kita.

Pensyarah juga telah banyak membantu kami dengan memberikan nota tambahan

bagi meningkatkan mutu kefahaman bagi tajuk yang diajar. Segala penerangan yang

disampaikan di dalam kelas telahpun saya catatkan pada buku nota sebagai rujukan saya

kelak. Melalui teguran daripada pensyarah untuk kami mengaitkan kegunaan pembezaan

yang bersesuaian dengan topic yang digunakan dapat memberikan kami lebih input dan

kebaikan dalam pengajaran nanti.

Page 9: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Kekurangan yang saya dapati sepanjang pembelajaran saya ini ialah dari segi masa

dan juga latihan kendiri yang sangat minima. Dengan peruntukan masa yang terhad dan

juga sesi perjumpaan yang singkat bersama pensyarah menjadi sedikit halangan yang perlu

saya harungi. Namun saya sentiasa berfikir positif bagi membendung perasaan yang

kurang selesa agar dapat meneruskan pengajian saya dengan lebih cemerlang lagi.

Segalanya boleh diatasi jikat lebih berusaha dan berfikiran positif.

Impak atau kesan yang saya dapati bagi keseluruhan pengajian saya bagi subjek

MTE 3108 telah menjadikan saya lebih yakin berdepan dengan pelbagai persoalan dan

pandangan seseorang tentang Kalkulus Asas dan juga permasalahan yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran. Harapan saya agar dapat menguasai dan

mendalami dunia pendidikan agar seiring dengan kemajuan yang ada sekarang. Saya juga

berharap agar pada masa akan datang segala pembelajaran dan juga tugasan yang

diberikan dapat saya hasilkan dengan lebih baik dan cemerlang.

Rujukan

Page 10: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

1) http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/ CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK.html

2) Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

3) Margetson, D. (1997). Wholeness and educative learning: the questions of

problem in changing to problem-based learning. Uxbridge. UK.

4) Tan Ai Lee (2000) Pembinaan Prototaip Perisian DisAP Berasaskan

Pembelajaran Bercorak Penemuan Terbimbing Dalam Konsep Asas Luas

dan Perimeter. Tesis M.Ed.(Maths. Ed.). Tidak diterbitkan. Universiti

Teknologi Malaysia.

5) Khairi Aziz.(1985). Kegunaan Pembezaan . Penerbit fajar Bakti.Kuala

lumpur.

Page 11: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Bahagian acara padang

Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat

bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing,

melempar cakera dan membaling tukul besi).

Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan

sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer),

heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA

Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai

pegawai teknikal.

Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan

mengendalikan

kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah,

negeri dan negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada

itu terdapat juga guruguru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari

pengalaman yang luas ini tidak

Page 12: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

teknik.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang

mempunyai tauliah

daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal

merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai

teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar

amnya pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:

(a) Kumpulan Pengurusan

(a) Pengurus Kejohanan

(b) Pengurus Teknik

(c) Setiausaha Kejohanan

SEMAK KENDIRI 8.1(b) Kumpulan Juri Rayuan

Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat sekolah juri

rayuan di pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya

merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman

dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak

mempunyai kepentingan dengan manamana pasukan yang bertanding.

(c) Kumpulan Pertandingan

(i) Seorang pengadil bagi acara balapan

(ii) Seorang pengadil bagi acara padang

(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki

(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan

(v) Hakim-hakim bagi acara padang

Page 13: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki

(vii) Pengadil-pengadil balapan

(viii) Seorang ketua penjaga masa

(ix) Penjaga-penjaga masa

(x) Pelepas

(xi) Penolong pelepas

(xii) Pencatat pusingan

(xiii) Perakam

(xiv) Pengawas-pengawas balapan

(xv) Penyelia peserta

(d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan

(i) Juru acara

(ii) Seorang juru ukur rasmi

(iii) Juru teknik alat penyukat angin

(iv) Pasukan pembantu padang

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:

• Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan

bagi sesi taklimat.

• Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan

etika.

Page 14: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya

ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus

setia untuk penggantian pegawai.

• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat

pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.Bidang Tugas Pegawai

Teknikal Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah,

berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.

Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi

melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik:

1. Pengurus Kejohanan

• Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.

• Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.

• Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti

sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.

• Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.

• Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal

kejohanan olahraga.

• Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan

• Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.

• Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.

• Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.

• Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.

• Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.

Page 15: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

• Membantu pengagihan cenderamata jika ada.

• Mengagihkan kain lengan pegawai.

3. Pengurus teknik

• Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

• Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.

• Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh

digunakan.

• Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan

• Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan

mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.

• Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.

• Menguruskan perjalanan surat-menyurat.

• Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.5. Juri Rayuan

• Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

• Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan

pasukan yang bertanding.

• Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

6. Pengadil

• Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan

olahraga.

Page 16: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

• Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini

tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.

• Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu

pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.

• Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu,

sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat

pelantikan.

• Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal

sebelum memulakan kejohanan.

• Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa

keputusankeputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

• Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa

keputusankeputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

• Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.

• Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat.

(Ketua Hakim perlu membantu).

• Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil

berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.

• Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa

yang sama mengikut budi bicara.

• Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada

pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.

• Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan

semua

bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

Page 17: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

7. Ketua Hakim

Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim

biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi

memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta

mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan

sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8. Hakim Balapan

Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara tugasnya

ialah:

• Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.•

Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan

ketua hakim.

• Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh

dengan bantuan pencatat.

• Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan

penamat.

• Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.

9. Hakim Padang

Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim

padang ialah:

• Menghakimi acara padang mengikut peraturan.

• Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta

• Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan

Page 18: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

• Mengesahkan balingan atau lompatan

10. Pengadil Lorong

Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau Ketua

pengadil Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu

pengadil dalam membuat membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-

undang dalam sesuatu kejohanan. Namun pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam

pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya tugasnya adalah melapurkan kesalahan

kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya ialah:

• Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika

mengambil bahagian dalam perlumbaan

• Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari

mula sampai penamat

• Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi mengikut

peraturan pertandingan

• Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran peraturan ketika

bertugas

• Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untukmembolehkan

pengadil membuat keputusan

11. Penjaga Masa

Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh pelumba lari

dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil

daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat dari

bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di

syarat dalam buku peraturan.

Page 19: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan

permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar

balapan iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang

bertingkat dan mengadap barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan

mengawasi para penjaga masa yang bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:•

Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan

dalam keadaan baik.

• Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu

membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.

• Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga

masa dalam acara balapan

• Mencatat maklumat ke dalam ‘borang penjaga masa’ untuk di serahkan kepada ketua

penjaga masa

• Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas

sendirian, mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang

dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.

• Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan

memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh

itu penjaga masa tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau

diarah oleh Ketua

Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa

Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi

yang di catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam

borang laporan ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk

mengambil masa seorangpeserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi

menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa

Page 20: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-tiga jam

menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah di

ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih lambat di

terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan

mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua

penjaga masa boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik

Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai lesen

khas dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:

• Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara

balapan

mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

• Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang

bertanding dari sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.

• Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran

peraturan ketika proses pelepasan.

• Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di

patuhi oleh peserta.

• Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil

semula perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta

yang berlepas

• Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas

• Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan

pelepasan.• Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh

kesemua peserta.

Page 21: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

• Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan

‘ke

garisan’, dan’ "Sedia”.

14. Penolong Pelepas

Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:

• Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja

bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.

• Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan

di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.

• Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat

permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan

penyeliaan peserta).

• Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas

memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada

pelepas.

• Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.

• Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi

isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

15. Pencatat Pusingan

Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh seperti

acara 5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas

utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan

pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan

yang perlu di sempurnakan.

Page 22: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai

tanda kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya

seorang pencatat pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

16. Perakam

Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga.

Antara

tugas perakam ialah:

• Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan

oleh

Pengadil.

17. Marsyal

Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan gelanggang.

Dengan kata lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak

membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan

pertandingan. Ini termasuk pegawaipegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya

berada di tempat yang dikhaskan kepada mereka. Antara tugas marsyal ialah:

• Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya

meninggalkan gelanggang.

• Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.

• Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.

• Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian

hadiah.

18. Pembantu Marsyal

Page 23: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan uniform

antara tugas pembantu marsyal:

• Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang

permainan.

• Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat

pertandingan dan balik.

• Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian

hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta

Di antara tugas penyelia peserta ialah:

• Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.

• Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam

sesuatu acara.

• Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.

• Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.

• Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas

atau hakim.

• Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan

pesertauntuk pertandingan.• Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia

peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong

pelepas.

• Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian

hadiah.

• Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara

Page 24: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

penyampaian hadiah.

20. Juru acara

Antara tugas juruacara ialah:

• Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan

dengan peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.

• Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor,

pasukan, lorong dan saringan.

• Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan

sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.

• Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan

kenyataan pada borang penyampaian hadiah.

• Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan

dan pencapaian yang dibuat

• Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara

perlu mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.

• Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga

dan berbelit-belit.

• Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.

• Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untuk

membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara

lain yang perlu di hebahkan.

21. Juru Ukur Rasmi

Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:

• Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan

Page 25: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.

• Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan

pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil

setelah berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

22. Pegawai Perubatan

Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi bantu

mula dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan

kepada peserta-peserta yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika

kejohanan berlangsung.23. Juru teknik Alat Penyukat Angin

• Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang

disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.

• Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika

sesuatu acara berlangsung.

• Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan

bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara.

Ini penting dalam mengesahkan rekod kejohanan.

(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter,

100, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).

24. Pengawas Wartawan

• Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai

perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.

• Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas

wartawan.

25. Pengawas Pembantu Padang

Page 26: APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN

(a) Pengurus Kejohanan

(b) Pengurus Teknik

(c) Setiausaha Kejohanan

uk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.