ANAK KECIL

3
ANAK KECIL Kalau roboh kota Melaka Papan di Jawa hamba gantikan Pertahan sungguh jiwa merdeka Nyawa dan raga hamba pertaruhkan 1 Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipihak milik orang Nenek moyang kaya raya Tanah terbentang berlimpah kurnia Namun tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa Yang dibawa Yang ditaja Cinta musnah dalam keringat merah 2 Kini masa berlalu pantas Jalur Gemilang mengantikan Bendera-bendera lanun dari serata maya Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris Memecah, memerintah 46 tahun berlalu sudah Union Jack direntap bersemangat Lambang citra warga berdaulat 3 Kata pak tua… Susah benar mencapai merdeka Kata kita …….. Susah lagi mengekalkan kemerdekaan

description

anak kecil

Transcript of ANAK KECIL

ANAK KECILANAK KECIL

Kalau roboh kota Melaka

Papan di Jawa hamba gantikan

Pertahan sungguh jiwa merdeka

Nyawa dan raga hamba pertaruhkan

1

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipihak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tanah terbentang berlimpah kurnia

Namun tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa

Yang dibawa

Yang ditaja

Cinta musnah dalam keringat merah

2

Kini masa berlalu pantas

Jalur Gemilang mengantikan

Bendera-bendera lanun dari serata maya

Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris

Memecah, memerintah

46 tahun berlalu sudah

Union Jack direntap bersemangat

Lambang citra warga berdaulat

3

Kata pak tua

Susah benar mencapai merdeka

Kata kita ..

Susah lagi mengekalkan kemerdekaan

Apa sajian mahu dihidang

Apa ramuan mahu ditambah

Apa silat mahu disembah

Apa langkah mahu dipencak

Apa pantun mahu digubah

Anak-anak yang tidak tahu apa-apa ini

Mana arahnya

Saban malam merdeka

Berjoget dan pesta

Jantan betina tanpa usia

Terbaring berlumuran darah

Diselimuti bendera di jalan raya

Anak muda semuanya

4

Adakah kerana mengharap sedikit rasa

Anak-anak dari reban dan desa ini

Ditanggal maruahnya

Dicengkam jiwanya

Dibelenggu citranya

Hanya kerana mengharap sedikir rasa

Yang tidak punya perasaan

Rasa yang dibikin oleh wewenang dan abangan

5

Jika Rentap, Maharajalela, Mat Kilau, Bahaman

Atau seangkatan mereka

Hidup semula

Nescaya darah yang telah mengalir dahulu dibahu mereka

Akan mengalir semula dimata dan jiwa

Apa ertinya mengibarkan bendera

Jika jiwa menjadi hamba

Masa depan sungguh kelam

Adakah kan lenyap

Peristiwa semalam

Terbutanya hati

Terkunci mati

Maruah peribadi yang telah hilang

Gagaskan citra baru anak merdeka