Alofon Dan Fonem

21
Soalan b Alofon adalah perbedaan bunyi yang tidak menimbulkan perbedaan makna. Makna bunyi hanya ada dalam fonemik (fonologi) dengan demikian berdasarkan ada tidaknya makna bunyi (fon) maka fonologi dibagi atas fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi (fon) tanpa menghiraukan apakah bunyi itu bermakna atau tidak. Sedang fonemik mengkaji bunyi yang bermakna saja (fonem). Fon merupakan bunyi-bunyi yang kongkret, bunyi-bunyi yang diartikulasikan (diucapkan) atau bentuk kongkret dari sebuah fonem. Dalam hal ini, fonem merupakan wujud abstrak yang direalisasikan menjadi fon. Selain itu ada pula alofon.Alofon merupakan suatu fonem (anggota suatu fonem) yang tidak membedakan arti. Variasi suatu fonem yang tidak membedakan arti dinamakan alofon. Alofon dituliskan di antara dua kurung siku [...]. Kalau [p] yang lepas kita tandai dengan [p] saja, sedangkan [p] yang tak lepas kita tandai dengan [p>], maka kita dapat berkata bahwa dalam bahasa Indonesia

description

sebutan dalam bm

Transcript of Alofon Dan Fonem

Page 1: Alofon Dan Fonem

Soalan b

Alofon adalah perbedaan bunyi yang tidak menimbulkan  perbedaan  makna.

Makna bunyi hanya ada dalam fonemik (fonologi) dengan demikian berdasarkan ada

tidaknya makna bunyi (fon) maka fonologi dibagi atas fonetik dan fonemik. Fonetik

mengkaji bunyi (fon) tanpa menghiraukan apakah bunyi itu bermakna atau tidak.

Sedang fonemik mengkaji bunyi yang bermakna saja (fonem).

Fon merupakan bunyi-bunyi yang kongkret, bunyi-bunyi yang diartikulasikan

(diucapkan) atau bentuk kongkret dari sebuah fonem. Dalam hal ini, fonem

merupakan wujud abstrak yang direalisasikan menjadi fon.

Selain itu ada pula alofon.Alofon merupakan suatu fonem (anggota suatu fonem)

yang tidak membedakan arti.

Variasi suatu fonem yang tidak membedakan arti

dinamakan alofon. Alofon dituliskan di antara dua kurung

siku [...]. Kalau [p] yang lepas kita tandai dengan [p] saja,

sedangkan [p] yang tak lepas kita tandai dengan [p>],

maka kita dapat berkata bahwa dalam bahasa Indonesia

fonem /p/ mempunyai dua alofon, yakni [p] dan [p>]

Alofon konsonan [p] pada awal & tengah suku

kata,seperti : pintu,sampai,dll,sedangkan [p>] terdapat

pada akhir suku kata,contoh : sedap,tangkap,tatap,dll.

Fonem /i/ mempunyai dua alofon. Demikian juga dengan fonem /o/, /e/, /u/. Alofon

pada bahasa inggris lebih banyak daripada alofon bahasa indonesia. Makanya kita

sering mendengar dialek atau ideolek karena pengucapan fonemnya berbeda

dengan kebanyakan di regional itu.

Page 2: Alofon Dan Fonem

Dialek adalah nama lain ragam dari daerah atau logat (lihat Moeliono, 1993: 3).

Bahasa indonesia memiliki banyak dialek; dengan banyaknya pengguna dengan

bahasa ibu (bahasa daerah) yang berbeda. Sebagaiman bahasa sunda juga

mempunyai banyak dialek: dialek Cianjur, dialek Cirebon, dialek Banten dan lain-

lain.

Idiolek adalah ragam penutur. Artinya setiap penutur mempunyai ragam bahasa

yang berbeda dengan penutur lain. Istilah idiolek; menurut Saussure; Ferdinand de

Saussure; istilah parole, yaitu ujaran yang dipakai individu

Alofon adalah dua buah bunyi dari sebuah fonem yang sama. Alofon-alofon

dari sebuahfonem memiliki kemiripan fonetis, banyak mempunyai kesamaan

dalam pengucapannya.

Distribusi alofon bisa bersifat komplementer dan bebas.Distribusi komplementer /

distribusi saling melengkapi adalah distribusi yang tempatnya tidak bisa

dipertukarkan dan bersifat tetap pada lingkungan tertentu.Distribusi bebas adalah

bahwa alofon-alofon itu boleh digunakan tanpa persyaratan lingkungan bunyi

tertentu.

Alofon adalah realisasi dari fonem, maka dapat dikatakan bahwa fonem

bersifatabstrak karena fonem hanyalah abstraksi dari alofon itu dan yang konkret

atau nyata ada dalam bahasa adalah alofon itu, sebab alofon itulah yang diucapkan.

Kriteria klasifikasi terhadap fonem sama dengan criteria yang dipakai untukklasifikasi bunyi (fon) dan panamaan fonem juga sama dengan penamaan bunyi.

dari Wikipedia

Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.

Contohnya, dalam bahasa Melayu bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar". Tetapi dalam bahasa Arab, hal ini tidaklah begitu. Dalam bahasa Arab hanya ada fonem /k/.

Page 3: Alofon Dan Fonem

Soalan aPENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya

kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan

bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam

tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud

dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut

Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the

system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi

merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam

Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of

speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two

or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi

sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

 

 Huraian huruf  Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini

diterapkan dalam rajah berikut.

 

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga

Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak

betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat

dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya

udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan

sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti

bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Page 4: Alofon Dan Fonem

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,

keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada

depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan

sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru

keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi

tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung

( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa

udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan

vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau

halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan

bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil

apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak

bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan

pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh

penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu

terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis

bersuara ( h ).

g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua

bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal

Page 5: Alofon Dan Fonem

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam

bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat

artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-

vokal bahasa Melayu.

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

(a)                 Keadaan bibir hampar

(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit keras

(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

·         Keadaan bibir hampar

·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    

·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   

·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

Page 6: Alofon Dan Fonem

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ubat bulat Batu

ular sudu Palu

Page 7: Alofon Dan Fonem

(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Page 8: Alofon Dan Fonem

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara

dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,

iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan

ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam

perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi

seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa

Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap

konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan  Cara membunyikan sama seperti membunyikan

Page 9: Alofon Dan Fonem

penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke

dinding rongga tekak untuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-

merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

tidak bersuara [p].

konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

   

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk

membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .

4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi

dilepaskan serta-merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak

bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza

ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi

bersuara [d].

Contoh perkataan:

Page 10: Alofon Dan Fonem

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1.    Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara .

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke

rongga tekak bagi menyekat arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung. 3.    Pita suara di

renggangkan. 4.    Arus udara keluar dari paru-

paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan

pita suara. 5.    Sekatan udara yang dibuat oleh

belakang lidah dilepaskan serta merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan .

2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui

rongga mulut mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat

sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal Tengah Akhir

Page 11: Alofon Dan Fonem

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk

membuat sekatan pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di

lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi tidak bersuara [č].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras

gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara di renggangkan.

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran

gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Page 12: Alofon Dan Fonem

Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan.

(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan

(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara

(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Page 13: Alofon Dan Fonem

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke

rongga hidung.

(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari

paru-paru masuk ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari

paru-paru ke rongga hidung

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Page 14: Alofon Dan Fonem

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a)  Bibir di bundarkan.

(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru

ke rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal

tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

(b)  Bibir di hamparkan.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].

(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan

berikut:

Page 15: Alofon Dan Fonem

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur

manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya

mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun

demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai

peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan

sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan

ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat

dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar

melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.

Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran

pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan

Sarjana.

Page 16: Alofon Dan Fonem

Soalan c