Agama Dalam Bahasa Arab Disebut

18
KEPENTINGAN PENDIDIKAN AGAMA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH INDIVIDU DEFINISI AGAMA Kata “agama” berasal dari bahasa Sanskrit āgama yang berarti “tradisi”. Sedangkan kata lain untuk menyatakan konsep ini adalah religion yang berasal dari bahasa Latin religio dan berakar pada kata kerja re-ligare yang bererti “mengikat kembali”. Maksudnya dengan berreligi, seseorang mengikat dirinya kepada Tuhan. Agama merupakan sistem atau prinsip kepercayaan kepada Tuhan, atau juga disebut dengan nama Dewa atau nama lainnya dengan ajaran kebhaktian dan kewajiban-kewajiban yang bertalian dengan kepercayaan tersebut. Secara umum, ada yang mengatakan bahwa agama langit/ samawi merupakan ajaran atau syari’at dari Tuhan yang diturunkan dengan jalan wahyu, diturunkan kepada manusia melalui wahyu. Adapula yang mengatakan definisi agama secara umum adalah kepercayaan yang suci yang terkumpul dalam suatu set perilaku yang menunjukkan ketundukan pada suatu Dzat, kecintaan, hinaan keinginan dan kekaguman. Mukti Ali berpendapat bahwa ada tiga hujjah yang dapat dijadikan alasan dalam menanggapi pernyataan “Barangkali tak ada kata yang paling sulit diberikan pengertian dan defenisi selain dari kata agama.”. Pertama kerana pengalaman agama adalah soal batin dan subjektif. Kedua barangkali tidak ada orang yang begitu semangat dan emosional daripada membicarakan agama. Justeru itu, membahas erti agama selalu dengan emosi yang kuat dan yang ketiga konsepsi tentang agama akan dipengaruhi oleh tujuan orang yang memberikan pengertian agama. Secara terminologi, agama didefinisikan sebagai aturan atau tata cara hidup manusia dengan hubungannya dengan tuhan dan sesamanya. Dalam al-Qur’an agama sering disebut dengan

description

agama

Transcript of Agama Dalam Bahasa Arab Disebut

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AGAMA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH INDIVIDU

DEFINISI AGAMA

Kataagamaberasal dari bahasaSanskritgamayang berarti tradisi. Sedangkan kata lain untuk menyatakan konsep ini adalah religionyang berasal dari bahasa Latin religio dan berakar pada kata kerja re-ligare yang bererti mengikat kembali. Maksudnya dengan berreligi, seseorang mengikat dirinya kepada Tuhan.Agama merupakan sistem atau prinsip kepercayaan kepada Tuhan, atau juga disebut dengan nama Dewa atau nama lainnya dengan ajaran kebhaktian dan kewajiban-kewajiban yang bertalian dengan kepercayaan tersebut.Secara umum, ada yang mengatakan bahwa agama langit/ samawi merupakan ajaran atau syariat dari Tuhan yang diturunkan dengan jalan wahyu, diturunkan kepada manusia melalui wahyu. Adapula yang mengatakandefinisi agama secara umumadalah kepercayaan yang suci yang terkumpul dalam suatu set perilaku yang menunjukkan ketundukan pada suatu Dzat, kecintaan, hinaan keinginan dan kekaguman.Mukti Ali berpendapat bahwa ada tigahujjahyang dapat dijadikan alasan dalam menanggapi pernyataanBarangkali tak ada kata yang paling sulit diberikan pengertian dan defenisi selain dari kata agama..Pertamakeranapengalaman agama adalah soal batin dan subjektif. Kedua barangkali tidak ada orang yang begitu semangat dan emosional daripada membicarakan agama.Justeruitu, membahasertiagama selalu dengan emosi yang kuat dan yang ketiga konsepsi tentang agama akan dipengaruhi oleh tujuan orang yang memberikan pengertian agama.Secara terminologi, agamadidefinisikan sebagaiaturan atau tata cara hidup manusia dengan hubungannya dengan tuhan dan sesamanya. Dalam al-Quran agama sering disebut dengan istilahad-din.Istilah ini merupakan istilah bawaan dari ajaran Islam sehingga mempunyai kandungan makna yang bersifat umum dan universal.Ertinya konsep yang ada pada istilah din seharusnya mencakup makna-makna yang ada pada istilah agama dan religi.

KEPERCAYAANAgamapada lazimnya bermaknakepercayaankepadaTuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti sepertiDewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dankepercayaanmerupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

Perlakuanseperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Sikapseperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. Pernyataanseperti jambi,mantera dan kalimat suci. Benda-benda materialyang zahir seperti bangunan.Contohnyamasjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggilateisme.

JENIS-JENIS AGAMA

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir.

Dari segi penyebaran

Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu: Agama Universalmerupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umatManusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: AgamaIslam,KristiandanBuddha.

Agama Folkmerupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya:Agama Rakyat China/Taoismedanagama Sikh

Dari segi sumber rujukanSemua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis: Agama Bersumberkan wahyu.Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripadaTuhansendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorangRasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agamaYahudi,Kristian,Islam. Agama Budaya.merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agamaBuddha,Hindu.

Dari segi tanggapan ketuhananAgama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenaiTuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis. Agama Monoteismemerupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidanTuhan. Contohnya, agamaIslam. Agama Politeismemerupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyakTuhanatau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agamaHindu,Agama Rakyat China.

Peranan dan Kepentingan Agama Dalam Kehidupan Manusia.

Peranan agama sangat penting dalam kahidupan agama.Kebanyakan manusia di dunai ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama Islam,Buddha,Kristian dan sebagainya.Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengaikat dan mereka tidak merasa bebas.Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia untuk menjadi seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat seperti membunuh,menipu,berzina,dan sebagainya.Contohnya dalam isu pengklonan manusia baru-baru ini,tiada satu pun agama yang menyokong perkara tersebut malahan semua agama mengecam tindakan pengklonan manusia kerana perkara tersebut akan menimbulkan impak negative yang cukup besar pada dunia.Jika manusia tidak mempedulikan soal agama dalam melakukan aktiviti seharian,sudah tentu dunia akan kucar-kacir dan timbul terlalu banyak masalah.

Agama berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Dalam kehidupan saat ini, peranan agama masih diperlukan, ketika kita berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan norma-norma atau nilai-nilai sosial kemasyarakatan. Jika manusia sudah tidak mengambil kira nilai-nilai murni dalam kahidupan,prkara yang tidak elok seperti kes rogol,bunuh,culik,rompak dan banyak lagi pasti berleluasa.Jika perkara ini berlaku,manusia tidak akan berasa aman dan produktiviti kerja akan merudum sekaligusmenyebabkan kemajuan sesebuah negara akan terjejas.

Pada dasarnya, agama tidak pernah melarang umatnya menggunakan akal fikiran. Penggunaan akal fikiran dalam memahami,meneliti sesuatu, menjadi dasar atau landasan serta pijakan bagi kemajuan sains.Semua agama menggalakkan pengikutnya bekerja keras untuk memajukan taraf ekonomi diri secara khusus dan kepada negara secara amnya.Namun kemajuan yang dicari haruslah berlandaskan agama.Tidak guna kita maju tetapi mengenepikan agama kerana jika kita tidak mengikut suruhan agama,mungkin kita akan melanggar batas-batas kemanusiaan seperti menindas hak orang lain.Hal ini tidak patut berlaku kerana setiap manusia mempunyai hak mereka.Agama juga menyuruf pengikutnya menuntut ilmu.Jika manusia tidak menuntut ilmu,negara akan mundur dan rakyat akan menderita kerana tidak mengecapi kemajuan.Ilmu juga penting kepada seseorang agar dirinya tidak mudahditindas oleh orang lain.

Fungsi Agama Kepada ManusiaDari segipragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segisains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah: Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.Agama dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukanmanusiadi dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaanAllah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaatiAllah(s.w.t). Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya olehmanusiamerupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soalnasibdan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompokmanusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahajakepercayaanyang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Memainkan fungsi kawalan sosial.Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kodetikayang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

Senarai agama

Islam Sunni Shi'a Kristian Katolik Ortodoks Protestan Anglikanisme Methodisme Presbyterianisme Luteranisme Baptis Masehi Adven Hari Ketujuh Kalvinisme Yahudi BuddhaI. Buddha TheravadaII. Buddha Mahayana Hindu Ayyavali Agama Bah' Sikhisme

KEPENTINGAN AGAMA

Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan. Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan.

Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan atas pertanyaan mengenai makna dan tujuan hidup manusia, yang hanya boleh dijawab oleh agama.

Ini bererti bahawa manusia, meskipun diberi kemampuan akal untuk dapat memikirkan dan mengatur kehidupannya, tidak dapat sepenuhnya mencapai kehidupan yang teratur tanpa adanya peraturan-peraturan agama. Hal ini disebabkan bahawa akal mempunyai keterbatasan tertentu dan tidak mungkin mencapai keseluruhan kebenaran yang ada, sementara peraturan-peraturan agama, kerana diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pencipta manusia, dapat menunjukkan kebenaran-kebenaran yang hakiki, yang mungkin tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia.

Ketika ini kecenderungan manusia moden untuk kembali kepada agama semakin kuat. Kekhuatiran bahawa agama akan ditinggalkan ternyata tidak terbukti. Agama tetap diperlukan oleh manusia sepanjang masa. Terdapat pelbagai motivasi yang membuat manusia memeluk sesuatu agama. Manusia juga memerlukan penjelasan atas pertanyaan mengenai makna, asal dan tujuan hidup. Jawapan terhadap semua itu hanya dapat di peroleh daripada agama.

Dahulu, banyak pemikir yang meramalkan bahawa agama akan rosak kerana sudah tidak diperlukan lagi oleh manusia moden yang telah begitu maju dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Kemudian muncullah orang yang mengingkari adanya Tuhan, yang disebut kaum atheis.

Bagaimanapun, kekhuatiran bahawa agama akan ditinggalkan oleh manusia moden ternyata tidak benar. Sejak beberapa dasawarsa terakhir terjadi kebangkitan agama-agama hampir di seluruh dunia, yang ditandai antara lain dengan semakin meningkatnya kunjungan ke tempat-tempat ibadah, ceramah-ceramah agama dan penerbitan buku-buku agama.

Dalam pandangan Islam, keberagamaan adalah fitrah sesuatu yang melekat pada diri manusia dan terbawa sejak kelahirannya. Oleh kerana agama adalah fitrah atau sesuai dengan jati diri, maka ia pasti dianuti oleh manusia, kalaupun bukan sejak muda, namun menjelang akhir usianya.

Firaun yang derhaka dan merasakan dirinya sebagai Tuhan pun pada akhirnya bertaubat dan ingin beragama tetapi sayang kerana sudah terlambat.Oleh kerana agama adalah fitrah, maka ia tidak boleh dan tidak perlu dipaksakan. Mengapa harus memaksa? Tuhan tidak perlu pada paksaan dan akhirnya pun Dia dan agama-Nya diakui. Bukankah agama itu fitrah?Ini bererti manusia tidak dapat melepaskan diri daripada agama.

Tuhan menciptakan demikian kerana agama merupakan keperluan hidup. Memang manusia dapat menangguhkannya sedemikian lama, barangkali hingga menjelang kematiannya. Tetapi pada akhirnya, sebelum roh meninggalkan jasad, ia akan merasa betapa pentingnya keperluan itu.Keperluan manusia terhadap air dapat ditangguhkan lebih lama jika dibandingkan dengan keperluan udara. Begitu juga keperluan manusia terhadap makanan, jauh lebih singkat dibandingkan dengan keperluan manusia untuk menyalurkan naluri seksual. Demikian juga keperluan manusia terhadap agama dapat ditangguhkan tetapi tidak untuk selama-lamanya.

Sebenarnya sebahagian fungsi dan peranan agama dalam kehidupan ini tidak mampu dimainkan oleh ilmu dan teknologi. Ilmu mempercepatkan kita kepada tujuan. Agama menentukan arah yang dituju. Ilmu menyesuaikan manusia dengan lingkungannya dan agama menyesuaikan dengan jati dirinya. Ilmu adalah hiasan lahir dan agama hiasan batinnya. Ilmu memberikan kekuatan dan menerangi jalan, manakala agama memberi harapan dan dorongan bagi jiwa.

lmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan bagaimana dan agama menjawab yang dimulai dengan mengapa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus. Bukankah kenyataan hidup masyarakat Barat membuktikan hal tersebut?

Manusia merangkumi akal, jiwa dan jasmani. Akal atau rasional ada wilayahnya. Tidak semua persoalan boleh diselesaikan atau bahkan dihadapi oleh akal. Karya seni tidak dapat dinilai semata-mata oleh akal kerana yang lebih berperanan di sini ialah kalbu.

Dalam hubungannya dengan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, agama sesungguhnya sangat berperanan, terutama jika manusia tetap ingin menjadi manusia. Ambillah contoh bidang bioteknologi. Ilmu manusia sudah sampai kepada batas yang menjadikannya dapat melakukan (merencana atau melaksanakan) genetik.

Apakah keberhasilan ini akan dilanjutkan sehingga menghasilkan makhluk-makhluk hidup yang dapat menjadi tuan bagi penciptanya sendiri? Apakah ini baik atau buruk? Yang dapat menjawabnya adalah nilai-nilai agama dan bukan seni bukan pula falsafah. Bahkan segala kecanggihan kajian terbaru akan lebih melahirkan (menampakkan) kekuasaan Allah s.w.t.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Akan Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran ) Kami di ruang angkasa lepas sehingga terbukti bagi mereka bahawasanya Dialah (Tuhan) yang sebenar. (al-Fussilat: 53)Begitu juga dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Nilai-nilai agama mereka juga turut sama memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia hari ini. Agama Buddha, Hindu, Kristian dan agama-agama bagi kaum minoriti lain bebas diamalkan di negara ini sehingga membolehkan setiap masyarakat di bawah ajaran agama itu mengamalkannya. Oleh itu, sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri seharusnya dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua. Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dan musyawarah dalam menyelesaikan sebarang masalah. Memilih jalan pemberontakan, melakukan keganasan dan bertindak di luar batas-batas kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan sama sekali bagi menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan Negara.

KESAN

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian telah mewujudkan konflik yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Pada hari ini, banyak contoh-contoh yang terdapat di hadapan kita di mana nilai-nilai keagamaan diketepikan demi memenuhi agenda politik dan kekuasaan semata-mata. Melihat kepada contoh-contoh yang ada di hadapan kita, semua agama, Islam, Buddha, Hindu dan Kristian mengalami keadaan di mana ianya diheret dalam kancah konflik sedangkan semua agama ini menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia. Keadaan ini berlaku kerana opportunist yang melampau atau extreme dalam sesebuah masyarakat ini akan mengambil kesempatan daripada sesuatu yang amat sensitif kepada manusia iaitu nilai agama mereka bagi mencetuskan kekecohan demi sesuatu kepentingan yang tersembunyi. Agenda mereka mungkin penguasaan politik atua pemerintahan, ekonomi atau kawasan (territorial).Kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

AYAT AL-QURAN TENTANG AGAMA DAN HADIS

Maksudnya: ((Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas)). Surah AlJatsiyah. Ayat 017.

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

Surah Ali'Imran. Ayat 019.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Surah AlBaqarah. Ayat 213.

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada s esiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

HADIS

Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari rodhiyallohuanhu, sesungguhnya Nabi shollallohu alaihi wasallam pernah bersabda:Agama itu adalah nasihat.Kami (sahabat) bertanya: Untuk siapa? Beliau bersabda:Untuk Alloh, kitab-Nya, rosul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.

Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti."

KESIMPULAN

Agama merupakan fitrah asasi Agama memenuhi kehendak jasad dan rohani manusia Tanpanya kehidupan tidak sempurna Terdapat pelbagai agama, dikategorikan kepada samawi dan budaya yang mempunyai ciri-ciri tersendiri Terdapat pelbagai cabaran dalam beragama yang perlu ditangani

Dari penulisan ini dapatlah kita mengetahui mengenai beberapa amalan yang diamalkan oleh beberapa agama di negara kita.Sememangnya negara kita terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama.Selain itu negara kita terkenal dengan keharmonian, keselesaan, toleransi dan kedamaian. Pegangan hidup ini amatlah diperlukan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba dan cabaran.Kita tidak mahu hidup tanpa arah tujuan danterumbang ambing di dalam pencarian kebenaran.Hidup beragama adalah sebuah kehidupan yang harmoni, tenang dan damai.Ia juga mengajar manusia supaya menjalankan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Setiap agama mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya.Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang jati.Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu di terapkan semangat spiritual di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar.Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini terpendam untuk membentuk akidah yang mulia. Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana sangat meyakini bahawa Allah SWT maha melihat. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur.

RUJUKAN Ghazali Darusalam (2001),Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur Mohd Asri Abdullah (et. al)(2006), Prinsip-prinsip Asas Islam Islam dan Akidah,Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Mohd Rosmizi Abd Rahman (2005), Panduan Memilih Agama, Bentong Pahang: PTS Millennia Mohd Sulaiman Haji Yassin (1981), Pengantar Akidah, Selangor: Persatuan Mahasiswa Timur Tengah Malaysia Mujaini Tarimin (2002),Insan & Agama, Pusat Pendidikan Islam: Shah Alam Nafisiah Abdul Rahman ( et al ) 2012, Tasawwur Islam, Shah Alam: Reka Cetak Sdn. Bhd Rukiah Mohamad (2011), Asas Pembinaan Insan, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Wan Rohani Sulaiman (et. al) (2010), Institusi Ibadat di Kota Kinabalu, Shah Alam: UPENA UiTM Zaizul Ab. Rahman, ( 2012 ), The Role Of Fitrah As An Element In The Personality of A Dai In Achieving The Identity Of A True Dai , International Journal of Business and Social Science Vol. 3 No. 4 [Special Issue - February 2012]