adat makanan (harian individu).docx

2
2. Buddha Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut. Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re- Incarnation) seseorang manusia. Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita

description

adat makanan (harian individu)

Transcript of adat makanan (harian individu).docx

Page 1: adat makanan (harian individu).docx

2. Buddha

Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang,

hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap

benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh

membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan

keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh

seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation).

Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis

kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila

seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang

manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation)

seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa

kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan

menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan

mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila

kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti

hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-

anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama

Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih

dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-

tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya

Page 2: adat makanan (harian individu).docx

daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah

tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan

merosakkan saraf dan usus manusia.

Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun,

sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

Petikan dari: Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha | Rahsia Alam. com