771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

download 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

of 20

Transcript of 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    1/20

    (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI / 2013

    HBPE 2203

    PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

    NO. MATRIKULASI : 771222086803001

    NO. KAD PENGNEALAN : 771222086803

    NO. TELEFON : 0164936239

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    2/20

    HBPE 2203

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 LATAR BELAKANG UJIAN 3

    3.0 PROSEDUR UJIAN 6

    4.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR UJIAN. 7

    5.0 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA. 9

    5.1 ANALISIS DATA BAGI MURID

    LELAKI TAHUN 6 ARIF 9

    5.2 ANALISIS DATA BAGI MURID

    PEREMPUAN TAHUN 6 ARIF 10

    5.3 ANALISIS CATATAN UJIAN 11

    5.4 ANALISIS DATA MOD, MIN

    DAN MEDIAN MURID LELAKI 13

    5.5 ANALISIS DATA MOD, MIN DAN MEDIAN

    MURID PEREMPUAN 14

    6.0 PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN 15

    7.0 RUMUSAN 16

    8.0 RUJUKAN 17

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    3/20

    HBPE 2203

    1.0 PENGENALAN

    Di Malaysia, tahap pemerhatian terhadap kecergasan bermula sejak dalam tahun

    70-an dengan mewujudkan ujian kecergasan. Atas kesedaran mengenai peranan

    kecergasan kepada pembangunan masa hadapan negara, Kementerian Kebudayaan Belia

    dan Sukan telah melancarkan program Malaysia Cergas iaitu pada tahun 1985.

    Usaha ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas ini, sokongan telah

    diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut melibatkan diri dalam

    menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertemanya. Antara kempen-kempen

    yang berasaskan tingkah laku ialah 1998- Senaman dan Kecergasan, 2000- Kehidupan

    Keluarga yang Sihat, 2001- Kesihatan Mental dan 2002- Promosi Persekitaran Sihat.

    Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya

    menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan,

    kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan

    tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan. Ujian

    merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh

    mengambil beberapa bentuk ujian seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap

    fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

    Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang

    digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.

    Pengukuran ialah suatu proses mendapatkan maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu

    yang dipunyai oleh seseorang . Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,

    mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses

    untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian

    dan pengukuran.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    4/20

    HBPE 2203

    2.0 LATAR BELAKANG UJIAN

    Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan

    banyak aktiviti fizikal. Ini akan menyebabkan keadaan fizikal menjadi lemah. Ujian-ujian

    mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas

    telah menunjukkan keputusan yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal ini boleh

    menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan

    kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidak upayaan fungsi seperti masalah

    jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah.

    Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan

    akan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus

    dirangsang dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya

    30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan

    kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih

    mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

    Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya sehingga ke tahap

    maksima. Untuk mencapai pada tahap kecergasan ini, maka seseorang itu haruslah baik

    dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri

    dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot,

    ketahanan dan kelenturan. Berdasarkan kepada sukatan pelajaran, Pendidikan Jasmani

    dibahagikan kepada tiga tunjang utama iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan.

    Dalam konsep tunjang kecergasan, ia sangat menitikberatkan keupayaan murid

    melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu.

    Konsep kecergasan pada keseluruhannya adalah dibahagikan kepada dua

    komponen utama iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan

    perlakuan. Kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi elemen-elemen seperti daya

    tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi tubuh badan.

    Kecergasan berasaskan kesihatan bagi komponen daya tahan kardiovaskular ditekankan

    pula kepada murid-murid tahap satu dan tahap dua. Hal ini adalah supaya ia dapat

    meningkatkan tenaga murid supaya mereka tidak mudah merasa letih meskipun

    melakukan pelbagai aktiviti. Antara contoh aktiviti daya tahan kardiovaskular ialah lari

    ulang alik 10m, lompat ketingting mengejar rakan dan naik turun bangku gimnastik.

    Kecergasan berasaskan kesihatan bagi komponen kekuatan pula ditumpukan

    hanya kepada murid-murid tahap dua kerana ia memerlukan tenaga yang lebih untukmelakukan aktiviti berasaskan kekuatan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    5/20

    HBPE 2203

    tolak beban berpasangan, tekan tubi dan tolak bahu berpasangan. Komponen kelenturan

    pula diutamakan pada setiap peringkat sekolah. Komponen ini pula ditekankan supaya

    anggota badan murid-murid akan menjadi lebih lembut. Contoh aktiviti-aktiviti yang

    disyorkan ialah mengilas badan ke kiri dan ke kanan, melentik badan ke kanan, ke kiri

    dan belakang dan meregang otot-otot kaki statik. Komponen terakhir sekali dalam

    kecergasan berasaskan kesihatan ialah komposisi badan. Komponen ini diajarkan kepada

    murid tahun enam sahaja. Pada ketika ini, murid-murid mula memahami perkembangan

    fizikal mereka dan mengetahui tentang keadaan bentuk badan mereka. Oleh itu, guru

    mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah mengajar murid bagaimana mengira indeks

    jisim badan yang sesuai pada setiap peringkat umur.

    Penilaian adalah bertujuan :

    1. Memfokuskan kepada setiap orang murid

    Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian ini akan dapat memberi maklumat

    tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat

    mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani untuk membangun dan meningkatkan lagi

    prestasi murid.

    2. Menentukan status semasa murid

    Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :

    a) Pemberian gred

    b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti

    c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi

    d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan

    e) Menentu aktiviti tertentu.

    3. Memilih

    3. Memilih wakil sekolah

    Hasil penilaian juga boleh diguna oleh guru untuk mendapatkan maklumat bagi

    tujuan memilih murid untuk mewakili sekolah. Penilaian juga akan menggunakan kriteria

    -kriteria tertentu untuk membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih baik

    saksama.

    4. Memotivasikan murid

    Penilaian juga akan memberikan maklum balas prestasi kepada seseorang

    murid. Ia juga dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya, jika

    keputusan penilaian tersebut disalahgunakan, makan kesan negatif akan timbul dan iniakan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    6/20

    HBPE 2203

    5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani

    Penilaian juga boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program

    pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian ini akan memberi maklum balas sama ada

    program tertentu berkesan ataupun tidak. Ini akan memberi peluang kepada guru dan

    pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang

    diharapkan akan tercapai.

    6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain

    Penilaian juga membolehkan maklumat digunakan oleh pihak-pihak tertentu

    untuk kajian-kajian lain yang berkaitan dengan program sukan dan sebagainya.

    Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga

    yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di

    kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi

    semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan

    melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.

    Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 )

    diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina

    melintang keluasan stadium berkenaan.

    Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan

    disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap

    walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan

    untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana

    tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa

    yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara

    mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan

    cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua

    pihak.

    Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu

    larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atletberlari 20 meter

    pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan

    tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini

    dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya

    untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun1921 di Monte Carlo.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    7/20

    HBPE 2203

    Nama ujian : Lari pecut 30 meter

    Pendahuluan :

    i. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik.

    ii. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,

    kelajuan angin, permukaan balapan.

    iii. Masa larian juga dicatatkan

    iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor

    kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.

    v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi,

    kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan

    semasa berlari.

    vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki,

    kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai

    jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh

    ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan

    pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

    Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari

    kedudukan berdiri

    Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan

    jumlah pengambilan oksigen yang maksimum.

    3.0 PROSEDUR UJIAN

    1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan

    permulaan.

    2. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel.

    3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan

    penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.

    4. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

    Alatan yang digunakan :

    i. Pita ukur

    ii. Jam randik

    iii. Wiseliv. Skite

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    8/20

    HBPE 2203

    4.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR UJIAN.

    Gambar 1 : Murid sedang menunggu giliran untuk ujian larian

    Gambar 2 : Pelepasan larian murid-murid lelaki

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    9/20

    HBPE 2203

    Gambar 3 : Murid perempuan bersedia untuk larian

    Gambar 4 : Tempat dan peralatan ujian dijalankan

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    10/20

    HBPE 2203

    Gambar 5 : Antara murid yang menjalani ujian

    5.0 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA.

    Seramai 28 orang murid Tahun 6 telah melakukan ujian lari pecut 30 meter yang

    terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan telah mengambil

    bahagian yang dilakukan di padang sekolah SK Sentul (2). Tujuan ujian diadakan adalah

    untuk mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari kedudukan berdiri.Kepantasan murid telah dicatatkan dan dimasukkan di dalam jadual dibawah.

    5.1 ANALISIS DATA BAGI MURID LELAKI TAHUN 6 ARIF

    BIL NAMA DAPATAN

    1 MUHAMMAD HAIKAL IRFAN MOHD HAMIDY 5.84

    2 TENGKU AHMAD AFIF IRFAN 5.91

    3 MUHAMMAD AFIQ BIN AZMI 6.18

    4 MUHAMMAD RIDHWAN BIN ROMY ISKANDAR 6.31

    5 SYAHMI AIMAN BIN SAMSUDIN 6.416 MUHAMMAD ZIKRIL HAQIEM 6.45

    7 GAANESH RAO A/L V.S. SERMA RAO 6.85

    8 MUHAMMAD NUR ATIFF BIN MOHD ISMAIL 7.35

    9 IZZAT BIN MUHD NAJIB 7.63

    10 MUHAMMAD HAIZAM BIN MAIL 7.79

    11 RADEN NAZRAN ZAILAN 8.06

    Analisis data mod, median dan min bagi murid lelaki

    Mod Min Median- 6.22 `s 6.45 `s

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    11/20

    HBPE 2203

    5.2 ANALISIS DATA BAGI MURID PEREMPUAN TAHUN 6 ARIF

    BIL NAMA DAPATAN

    1 RAUDA TULJANNAH BINTI RUDZALI 6.27

    2 MELISSA SYAHIRAH BINTI ZAINAL 6.60

    3 NUR PUTERI NABEEHA BINTI MOHD 6.65

    4 KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUL NIZAM 6.67

    5 NUR AFIFAH AFIQAH MOHD ZAILANI 6.70

    6 KHAIRUNNISA BINTI KHAMIS 6.76

    7 NUR ALYA SYAFIQAH BINTI HUSSAIN 6.83

    8 SRI FITRIANI BINTI SAHIR 6.89

    9 NUR AINA BINTI CHE ZUHAR 7.00

    10 NUR AIMI NABILA BINTI EFISON 7.09

    11 AWATIF BINTI LATIP 7.27

    12 SITI NUR AISYAH BINTI BURAK 7.44

    13 IRENE IRYANIE BINTI IDRIS 7.75

    14 FATEN AMYLIA BINTI AZMI 7.8715 NURFAZEERA BINTI NIK ZAHIR 7.87

    16 NUR MUZALIFAH BINTI MOHD TAUFIK 7.95

    17 SHARIFAH AIN NAZURA 7.97

    Analisis data mod, median dan min bagi murid perempuan

    Mod Min Median

    7.87 s 7.45 s 7.00 s

    5.3 ANALISIS CATATAN UJIAN

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    12/20

    HBPE 2203

    Graf 1: Catatan ujian lari pecut 30 meter murid Tahun 6 lelaki dan perempuan.

    Berdasarkan kepada graf 1 di atas, data telah menunjukkan bahawa kadar

    pencapaian antara murid lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Berdasarkan catatan

    11 orang yang di ambil masa larian mereka mendapati bahawa kadar catatan masa yang

    diperolehi oleh murid perempuan ada kalanya lebih pantas daripada murid lelaki.

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi catatan masa yang dicatatkan oleh

    beberapa orang murid lelaki, antaranya ialah kegemukan. Faktor ini juga yang

    mempengaruhi masa yang dicatatkan sehingga mencapai kepada 8 minit. Selain itu,

    faktor murid perempuan itu sendiri yang kurang aktif dalam bidang sukan melambatkan

    pergerakan mereka dalam menjalani ujian larian pecut ini.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    13/20

    HBPE 2203

    Graf 2 : Catatan masa oleh murid lelaki

    Graf 2 di atas menunjukkan bilangan murid yang mencapai catatan masa untuk

    11 orang murid lelaki mengikut purata masa iaitu 5 minit, 6 minit, 7 minit dan 8 minit.

    Graf menunjukkan terdapat 2 orang murid yang mencapai catatan masa bawah 6 minit

    dan majoriti murid mendapat catatan masa bawah 7 minit dan 8 minit. Namun terdapat

    juga murid yang mendapat catatan masa 8 minit ke atas. Ini disebabkan beberapa faktor

    seperti kurang cergas dan mempunyai berat badan yang lebih. Graf ini juga menunjukkan

    bahawa murid lelaki mempunyai kekuatan fizikal yang lebih berbanding murid

    perempuan.

    Graf 3 : Catatan masa oleh murid perempuan

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    14/20

    HBPE 2203

    Graf 3 pula menunjukkan bilangan murid perempuan yang mencatatkan masa

    mengikut purata masa iaitu 5 minit, 6 minit, 7 minit dan 8 minit. Berdasarkan graf

    tersebut seramai 17 orang murid telah menjalani ujian ini dan tidak ada murid yang dapat

    mencatatkan masa kurang dari 6 minit. Majoriti murid hanya dapat mencatatkan masa

    bawah 7 minit dan bawah 8 minit. Ini berbeza dengan catatan masa yang di ambil pada

    murid lelaki yang dapat mencatat masa bawah 6 minit. Faktor fizikal sedikit sebanyak

    mempengaruhi catatan masa yang diperolehi. Namun begitu, terdapat juga murid

    perempuan yang dapat mengatasi catatan yang dibuat oleh murid lelaki. Oleh yang

    demikian, faktor kecergasan memainkan peranan yang sangat penting untuk murid

    mendapatkan catatan masa yang lebih baik dalam larian.

    5.4 ANALISIS DATA MOD, MIN DAN MEDIAN MURID LELAKI

    Mod

    Mod merupakan nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Berikut ialah set data

    yang diperoleh daripada catatan masa murid lelaki dalam ujian lari pecut 30 meter :

    masa bil

    5 minit 2

    6 minit 5

    7 minit 3

    8 minit 1

    5.84, 5.91, 6.18, 6.31, 6.41, 6.45, 6.85, 7.35, 7.63, 7.79, 8.06

    Berdasarkan set data catatan masa di atas, catatan masa yang kerap berulang bagi murid

    lelaki ialah 6 minit. Ini menunjukkan bahawa kekerapan murid mendapat catatan masa 6

    minit melebihi catatan masa yang lain. Namun begitu, mod jarang sekali digunakan

    kerana kerap kali nilai mod tidak dapat dikira, atau berlaku pengulangan dalam set data

    yang mengandungi lebih dua atau tiga mod. Ini akan menyebabkan ia sukar ditafsir atau

    membuat perbandingan secara sah.

    Min

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    15/20

    HBPE 2203

    Min adalah kaedah yang digunakan bagaimana untuk mengukur kecenderungan memusat

    yang mewakili purata aritmetik suatu set data yang dikumpul. Min dikira dengan

    mencampurkan jumlah keseluruhan skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.

    Lelaki Jumlah skor = 74.78 = 6.8

    Jumlah murid 11

    Berdasarkan data dan pengiraan min yang diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakan

    murid lelaki tahun enam yang melakukan ujian lari pecut 30 meter boleh membuat

    catatan masa yang baik sekitar 6.8 minit sahaja. Min menunjukkan daya tahan otot murid

    lelaki masih boleh dibaiki atau boleh dipertingkatkan lagi.

    Median

    Median adalah satu nilai tunggal daripada set yang mengukur item memusat dalam data.

    Berikut adalah cara untuk mendapatkan median bagi ujian larian pecut 30 meter murid

    tahun enam yang telah dilakukan:

    5.84, 5.91, 6.18, 6.31, 6.41, 6.45, 6.85, 7.35, 7.63, 7.79, 8.06

    Median bagi set data hasil ujian larian pecut 30 meter ini ialah 6.45. Ini menunjukkan

    catatan masa 6.45 adalah titik paling tengah iaitu 6.45 berada dalam senarai set nombor

    yang telah diperoleh hasil ujian lari pecut 30 meter ini.

    5.5 ANALISIS DATA MOD, MIN DAN MEDIAN MURID PEREMPUAN

    Berikut adalah set data yang diperolehi daripada catatan masa murd perempuan dalam

    ujian lari pecut 30 meter.

    Masa Bil

    5 minit 0

    6 minit 8

    7 minit 9

    8 minit 0

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    16/20

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    17/20

    HBPE 2203

    6.0 PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN

    Lengkok norma adalah satu sistem di mana ianya digunakan untuk

    menjelaskan tentang mod, min dan median secara serentak. Ia jugadapat membantu guru-

    guru mencari perbandingan markah atau perbezaan catatan masa seseorang murid dengan

    murid yang lain. Lengkok ini terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

    Terdapat empat skala pengukuran iaitu skala nominal, skala ordinal, skala sela

    dan skala nisbah. Berdasarkan statistik ujian larian pecut 30 meter yang dilakukan

    menunjukkan ia boleh dibuat perbandingan menggunakan skala pengukuran selain

    menggunakan lengkok norma. Berdasarkan jadual dibawah dapat menunjukkan

    perbandingan antara murid yang dapat mencatatn masa paling pantas, sederhana dan

    paling cepat dalam ujian larian pecut 30 meter.

    1 MUHAMMAD HAIKAL IRFAN MOHD HAMIDY 5.84

    6 MUHAMMAD ZIKRIL HAQIEM 6.45

    11 RADEN NAZRAN ZAILAN 8.06

    Berdasarkan data di atas menunjukkan bahawa perbezaan catatan masa yang

    diperolehi oleh 3 orang murid yang berbeza iaitu pada tahap pantas, sederhana dan kurang

    pantas. Berdasarkan pengamatan dan penilaian yang dibuat terdapat beberapa faktor yang

    menyebabkan perbezaannya agak ketara. Antara salah satu faktornya ialah mengenai

    masalah kegemukan atau obesiti. Masalah ini menyebabkan pergerakan murid menjadi

    lambat dan tidak bermaya. Selain itu, faktor kecergasan juga menjadi penyebab

    pergerakan seseorang murid menjadi lambat. Ramai murid, terutamanya di bandar-bandar

    besar seperti Kuala Lumpur kurang cergas kerana kurangnya tempat-tempat riadah di

    sebabkan di himpit dengan pembangunan. Ini sekaligus menyebabkan murid tidak

    bermaya apabila datang ke sekolah dan sering mengantuk.

    Kesimpulan yang dapat diperolehi dari data-data yang dikumpul, maka

    dapatlah dinyatakan di sini bahawa, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

    kecergasan murid berbeza-beza mengikut tahap atau gaya hidup masing-masing. Murid

    yang mendapat catatan masa terbaik mempunyai faktor aktif di dalam sukan dan

    permainan di mana gaya hidup yang sihat dapat memberi kecergasan pada badan

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    18/20

    HBPE 2203

    7.0 RUMUSAN

    Secara keseluruhannya, murid-murid dari kelas 6 Arif di S.K. Sentul 2 telah

    memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan ujian kecergasan yang dijalankan ke atas

    mereka. Kesemua murid berjaya menjalani ujian yang telah dijalankan. Hasil ujian yang

    dijalankan mendapati kebanyakan murid berada pada tahap sederhana dalam sesuatu

    ujian. Hal ini mungkin disebabkan kurang pendedahan mengenai ujian-ujian tersebut di

    sekolah pada para pelajar.

    Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, peranan guru Pendidikan Jasmani

    harus penting dalam meningkatkan kecergasan murid. Guru perlulah memberi

    pendedahan awal mengenai ujian kecergasan ini kepada murid di sekolah. Ujian-ujian ini

    secara tidak langsung juga dapat membantu guru-guru mengenal pasti kelebihan yang ada

    pada murid yang tidak nampak secara zahirnya. Selain itu, guru juga perlu memberi

    tunjuk ajar mengenai kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu murid kuasai pada

    peringkat awal sekolah rendah. Melentur buluh biar dari rebungnya. Melalui pepatah

    ini, guru haruslah bertanggungjawab mendidik anak bangsa agar mereka dapat

    mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    19/20

    HBPE 2203

    8.0 RUJUKAN

    Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran kecergasan motor. Tanjung Malim : Quantum

    Books.

    Azizi Ahmad. (2011). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Open

    University Malaysia.

    Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian

    dalam Pendidikan Jasmani. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

    Borhan Yusof, Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa, Hasbullah Ismail. 2012. HBPE2203

    Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani, OUM.

    Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin, Norkhalid Salimin, Yusop Ahmad, Zolkifli

    Abd Ghani. (2012). HBPE1203 Kecergasan Fizikal, OUM.

    Modul garis panduan ujian kecergasan fizikal di sekolah. (2002). Pusat Perkembangan

    pendidikan, kementerian pelajaran malaysia.

    Shaifol Bahary Sulaiman, Hasnul Faizal Hushin Amri. (2012). HBPE2103 Pergerakan

    Artistik dan Kreatif. OUM.

  • 7/28/2019 771222086803001_hbpe2203_pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

    20/20

    HBPE 2203

    20