40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

download 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

of 11

Transcript of 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    1/11

    KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

    JABATAN PENUNTUT MALAYSIAINDONESIA

    PIAWAIAN TETAP OPERASI[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]

    LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPIKRISIS BENCANA ALAM DI INDONESIA

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Indonesia berada dalam lingkaran api, yang mempunyai pelbagaibencana alam terutamanya gempa bumi, tsunami, gunung berapi,banjir dan tanah runtuh. Disamping itu, peristiwa ekstrim jugaberlaku di Indonesia seperti letupan bom, ancaman pengganas dantunjuk perasaan secara besar-besaran.

    1.2 Persediaan menghadapi bencana adalah sangat penting bagisemua individu. Manual ini akan menjadi panduan asas bagipelajar-pelajar Malaysia di Indonesia menghadapi bencana alam ditempat masing-masing.

    2.0 PERSEDIAAN AWAL

    2.1 Satu Jawatankuasa bencana perlu di adakan dan di Pengerusikanoleh Yang Dipertua atau Presiden Kelab UMNO di cawanganmasing-masing. Keanggotaan Jawatankuasa terdiri daripada 10orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysiasetempat.

    2.2 Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :

    i. untuk merancang dan membuat persediaan sekiranya

    berlaku bencana alam.

    ii. menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang adadikawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nohandphone, no telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun,alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat.

    1

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    2/11

    iii. menyediakan no telefon pihak-pihak berkuasa tempatanseperti Polis, tentera, imigresen, hospital, pramuka, dannombor telefon kakitangan JPMI serta Kedutaan BesarMalaysia di Jakarta.

    iv. Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungansementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempattersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar,tempat tinggi, padang, atau mana-mana tempat yang sesuaidan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepadasemua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendakdituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasitempat tersebut perlu disediakan.

    v. Menyediakan checklist barang-barang yang perlu dibawasekiranya berlaku bencana alam. Contoh setiap individu

    perlu ada satu bag kecil untuk membawa passport, tuala,alatan mandi dan kesiihatan dan lain-lain. Bag ini hendaklahsentiasa bersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaranuntuk evakuansi.

    vi. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampupicit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.

    3.0 LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

    i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa,panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasauntuk berpindah.

    ii. Menghubungi segera Pengarah atau kakitangan JPMI.

    iii. Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul ditempat yang telah dikenal pasti.

    3.1 GEMPA BUMI

    A ) Sekiranya anda di dalam bangunan

    1) Tinggal kekal di dalam bangunan.

    2) Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguhatau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.

    3) Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai

    2

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    3/11

    berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dankurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impakdaripada objek yang jatuh) di mana mungkin.

    4) Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafasdalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda

    5) Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat,pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsurdan jatuh.

    6) Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

    7) Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain)untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan

    kaca

    8) Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan adakemungkinan kebocoran gas.

    9) Padamkan semua api.

    B) Sekiranya anda di luar bangunan

    1) Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian

    kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahayapaling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu danhampir ke dinding sebelah luar

    2) Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

    3) Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

    C) Sekiranya di dalam stor yang sesak

    1) Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkanberatus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama

    2) Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar denganberhati-hati sebaik mungkin dan bertenang

    3) Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek

    3

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    4/11

    yang mungkin jatuh.

    D) Sekiranya di dalam bangunan tinggi

    1) Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya.Jauhkan diri daripada tingkap.

    2) Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dansesak dengan penghuni lain.

    3) Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga

    gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranyapemindahan diperlukan.

    4) Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

    5) Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

    E) Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

    1) Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripadabatu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

    F) Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

    1) Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat dikawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah

    jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunanboleh runtuh ke atas anda

    2) Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalahpenyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas springsemasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untukmenilai situasi anda

    3) Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadapbahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atautelah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau

    4

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    5/11

    berlubang-lubang

    3.2 BANJIR

    1) Segera memaklumkan kepada Pengarah JPMI atau mana-mana pegawai

    Kedutaan.

    2) Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini.

    3) Mengambil barang-barang keperluan asas.

    4) Mengunci semua pintu-pintu bilik dan pintu rumah.

    5) Berada di tempat tinggi sekioranya tidak sempat berpindah.

    6) Matikan semua punca letrik dan gas.

    7) Jangan menharungi air yang dalam dan deras

    8) Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara.

    9) Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari semasa ke

    semasa.

    10) Pelajar-pelajar lelaki perlu me,mbantu pelajar-pelajar perempuan dalam

    proses evakuansi.

    11) Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khebar angina kepada

    kaum keluarga di Malaysia.

    12) Jangan minum air mentah dan makan makanan yang bersih.

    13) Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikuathiri deman panas atau

    deman denggi.

    3.3 KEBAKARAN

    Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran

    1) Jangan panik.

    2) Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah.Selamatkan diri anda dan rakan/keluarga melalui jalan keluar yang sedia adaatau yang telah ditetapkan.

    5

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    6/11

    3) Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir lengkap dan tepat mengenailokasi rumah anda.

    4) Matikan semua punca letrik dan gas.

    5) Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alatpemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

    6) Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat. Pastikan anda telah mengenalpasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untukmenyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

    7) Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripadasebarang halangan.

    Perkara yang sentiasa perlu dilakukandan diberi perhatian

    2) Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-rakan serumah. Andaharus mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai pelanmenyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua rakanserumah anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlakukebakaran. Adakan fire drill dari masa ke semasa supaya ia sentiasa dalamingatan ahli rumah anda.

    3) Elakkan daripada mendiami rumah yang berjeriji terutama pada tingkap danpintu rumah. Sekiranya ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripadadalam rumah dengan mudah.

    4) Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli rumah mesti tahu tempatpenyimpanan anak kunci pintu atau jeriji. Jangan mengubah tempatmenyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli rumah yang lain.

    5) Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat pengesan asap (SmokeDetector). yang dipasang di dalam rumah dan sentiasa berfungsi.

    3.4 KEMALANGAN

    Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

    1) Pelajar dinasihatkan agar sentiasa membuat perancangan dengan telitisebelum memulakan perjalanan.

    2) Mendapatkan keizinan dan kebenaran pihak penaja sebelum melakukanperjalanan (ubah turutan).

    3) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang dipercayai danmempunyai rekod yang baik.

    6

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    7/11

    4) Sekiranya memandu sendiri atau menyewa kenderaan, pastikan kenderaandalam keadaan baik, mempunyai rekod kenderaan lengkap dan memilikiperalatan sokongan sewajarnya.

    5) Memiliki lesen memandu yang sah serta perlindungan insurans perjalanan.

    Sediakan insurans perlindungan diri dan kenderaan.

    6) Memaklumkan kepada rakan-rakan / universiti berkaitan tarikh, tempat dantempoh perjalanan.

    7) Memiliki persiapan kendiri dan peralatan peribadi bagi tujuan kecemasanseperti ubat ubatan.

    8) Mempunyai maklumat berkaitan destinasi yang dituju, kemudahandisepanjang perjalanan dan nombor-nombor penting untuk dihubungi.

    3.5 INSIDEN KEGANASAN

    Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

    1) Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi mediadan berita perdana tempatan.

    2) Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya danberpotensi bagi aksi keganasan.

    3) Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakanyang bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasatempatan.

    4) Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarangaksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

    5) Melaporkan pada pihak JPM, penaja, universiti dan rakan-rakansekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancamkeselamatan pelajar Malaysia.

    3.6 KEMATIAN

    1) Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMI atau pegawai jika berlaku

    kematian di kalangan pelajar.

    7

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    8/11

    2) Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum

    pegawai JPMI tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.

    3) Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan

    keputusan pengurusan jenazah.

    4) Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di

    bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti.

    5) Membantu JPMI menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak

    polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen

    lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang

    jenazah ke Malaysia.

    6) Membantu JPMI menguruskan semua dokumen dan barang-barang

    peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh

    keluarga / warisnya.

    3.7 PEPERANGAN

    1) Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam

    negara tempat belajar atau negara-negara jiran.

    2) Hubungi Pengarah JPMI atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.

    3) Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg

    khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.

    4) Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMI dan tidak mengambil tindakan sendiri

    sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak JPMI.

    5) Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang

    demonstrasi jalanan.

    6) Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang

    mengajak anda untuk turut serta secara sukarela terlibat secara langsung atau

    tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku.

    7) Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda

    sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan

    berkenaan.

    8

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    9/11

    8) Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan

    universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda

    diizinkan pulang ke rumah.

    9) Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan

    peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.

    10) Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan

    pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMI dan

    berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

    3.8 GANGGUAN / ANCAMAN KESELAMATAN DIRI

    Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

    1) Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana anda berada.

    2) Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyiterutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang digunakan oleh orangramai.

    3) Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orangramai yang berkumpul terutama golongan remaja. Gunakan laluan alternatifdan jangan hiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

    4) Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untukbertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka pada keadaan disekeliling anda.

    PERINGKAT PERANCANGAN

    9

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    10/11

    Wujud 3 peringkat Perancangan

    1. Pra Krisis2. Semasa Krisis

    3. Post Krisis

    PRA KRISIS

    1) PEMBUKAAN PUSAT KRISIS & PUSAT PENGUMPULAN BANTUANBENCANA- MENGADAKAN DAFTAR BANTUAN YANG DITERIMA

    2) MENGENALPASTI PEGAWAI BERTUGAS & DISKRIPSI KERJA3) PENJANAAN INFORMASI AWAL TENTANG BENCANA DARIPADA

    SUMBER-SUMBER INFORMASI- JENIS ANCAMAN BENCANA,PREDIKSI KEJADIAN, SUMBER BANTUAN, TEMPAT PERLINDUNGANDLL,

    4) MENILAI TAHAP/ DARJAH KESERIUSAN BENCANA YANG BAKALBERLAKU5) EVAKUASI WARGA & BARANGAN BERHARGADARIPADA KAWASAN

    YANG DIKENALPASTI RAWAN BENCANA6) MENEMPATKAN MANGSA DITEMPAT PERLINDUNGAN7) PENYEDIAAN KEPERLUAN MANGSA PERPINDAHAN-MAKANAN,

    SELIMUT, UBAT-UBATAN8) MENGEDARKAN INFORMASI BERKAITAN MAKLUMAT KRISIS DAN

    PERANCANGAN KECEMASAN9) MELATIH WARGA MENGHADAPI BENCANA TERTENTU- MISALNYA

    BANJIR, GEMPA BUMI, KEBAKARAN

    SEMASA KRISIS

    1) MENGENALPASTI MANGSA WARGA/ STATUS KESIHATAN &KESELAMATAN

    2) MENERUSKAN KERJA-KERJA EVAKUASI PADA KAWASAN YANGRAWAN BENCANA. EVAKUASI BOLEH DILAKUKAN KE MALAYSIA

    ATAU KETEMPAT PERLINDUNGAN.3) MENJANA MAKLUMAT SECARA BERTERUSAN MENERUSI SUMBER-

    SUMBER INFORMAN4) MEMBINA HUBUNGAN BAIK DENGAN SUPPORT SYSTEM-

    DEPLU,PRAMUKA,POLISI,RAKTOR/PENSYARAH/PEGAWAIUNIVERSITAS.

    5) MENGEKALKAN KOMUNIKASI DENGAN WISMA PUTRA/KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI/IBUBAPA

    6) MENJALANKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA MEDIA MUNGKINMENJADI SATU-SATUNYA SUMBER KOMUNIKASI/ SUMBERMAKLUMAT DENGAN DUNIA LUAR APABILA BENCANA MENJADIBERTAMBAH SERIUS.

    10

  • 7/31/2019 40280459 Sop Bencana Jpm Indonesia

    11/11

    7) PENGEDARAN BANTUAN BERUPA MAKANAN &LAIN-LAINKEPERLUAN

    8) PEMBENTUKAN/ KEMASUKAN PASUKAN KESIHATAN UNTUKMENJAGA KESIHATAN, RAWATAN & PENGAGIHAN UBAT-UBATANKEPADA MANGSA.

    9) MONITOR PERKEMBANGAN BENCANA ALAM YANG BERLAKU-INVESTIGASI, MENILAI & MENYEDIAKAN PELAN STRATEGISETERUSNYA.

    10)PROSEDUR PENGHANTARAN PULANG JENAZAH JIKA BERLAKUKEMATIAN.

    POST KRISIS

    1) MENYIASAT/MENILAI/MELAPOR KEROSAKAN & KERUGIAN YANG DIALAMI

    2) MELAPOR PERKEMBANGAN & MAKLUMAT TENTANG PENAMATANKRISIS KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN3) MENYEDIAKAN PROSEDUR PEMULIHAN KRISIS4) PENGHANTARAN PULANG WARGA JIKA TEMPAT PENGINAPAN

    SELAMAT/SIHAT UNTUK DIDUDUKI5) MENERUSKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA- MENGUCAPKAN

    PENGHARGAAN/ NASIHAT PADA MANGSA.6) PENGEDARAN INFORMASI BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN

    WARGA7) MENGAUDIT PERALATAN & BAKI BANTUAN YANG DITERIMA8) PEMBUBARAN PUSAT KRISIS & TUGAS-TUGAS MENYELAMAT

    DISEDIAKAN OLEH;

    PENGARAHJABATAN PENUNTUT MALAYSIADI INDONESIA

    11