25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

9
Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana ini penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya. Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guru- guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling

Transcript of 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

Page 1: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai

Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)

kerana ini penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap

murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling

berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang

bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya.

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid

memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang

betul.dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan

cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih

sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya

mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak

digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses

pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin

menggunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM yang

sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi

(kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan

BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan

dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.

Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan

yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat

pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.

Page 2: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

Rasional penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah

untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai

objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih

memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan

cepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi

kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih

menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya

dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’

dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil

kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan

teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan

ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P.

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan

prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang

berikut :

1. Sesuai

Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep

sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan

berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang

digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh

kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan

kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

Page 3: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa

b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

c) Keadaan pelajar

d) Suasana pembelajaran

e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan

objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran

terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran

yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat

membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga

hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga

bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi

tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang

daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf

pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang

sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan

pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang

sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik.

Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan

dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada

pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga

konsep yang penting.

2. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran

iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan

yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong

mereka untuk terus belajar.

Page 4: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar

pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-

bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :

a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.

b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.

c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai

hubungan yang bersepadu.

d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)

e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)

f) Bahan yang umum kepada teori.

g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan

pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran

yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa,

proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan

kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.

b) Susunan bahan

c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.

d) Maklumat yang kemaskini

e) Perbendaharaan kata yang sesuai

f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik

a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun

mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan.

Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu

konsep.

Page 5: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur

pelajar.

c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran,

tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan

dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.

d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid

e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak

semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti

guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

6. Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran

seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa

yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar

menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya

tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk

lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran

lain.

7. Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa

kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri

daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada

tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural

Page 6: 25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru

dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke

atas murid-murid itu sendiri.

Prinsip pembinaan bahan

Setelah guru-guru mendapat apa sahaja bahan yang telah dipilih dan diolah,

yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaan

bahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan

pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau bagaimanapun, dalam

bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh

guru-guru. Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketetapan,

kepelbagaian, kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai,

standardisasi dan simplikasi.

1) Bentuk dan Fungsi