Ciri-ciri Komunikasi 7

26
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN Oleh: Eliani Binti Uyen dan Sarimah Binti Jasni

description

ciri-ciri komunikasi

Transcript of Ciri-ciri Komunikasi 7

CIRI-CIRI KOMUnIKASI BERKESAN

CIRI-CIRI KOMUnIKASI BERKESAN

Oleh: Eliani Binti Uyen dan

Sarimah Binti Jasni

1

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

GUNA BAHASA POSITIF

BAHASA TUBUH BERKESAN

SIFAT EMPATI

PENDENGAR YANG BAIK

BERSIKAP TERBUKA

JAGA AIR MUKA

KUASAI TEKNIK MENYOAL

GUNA BAHASA POSITIF

Bahasa positif adalah gaya bahasa yang sangat digemari orang

Seseorang itu hendak membuat individu-individu lain suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengannya atau supaya mereka dapat dipengaruhi,

Gaya bahasa positif dapat membantunya mempengaruhi mereka.

Individu-individu yang menggunakan bahasa positif dipandang sebagai individu-individu yang menarik.

Dalam erti kata yang lain, seseorang itu dipandang sebagai orang yang lebih tampan dan lebih jelita daripada dirinya yang sebenarnya.

Sifat empati

Sifat empati - kemampuan seseorang untuk menyedari perasaan, kepentingan, kehendak, masalah atau kesusahan yang dirasai oleh orang lain.

Dapat memahami dan menyelami perasaan orang lain dari perspektif mereka

Dalam laras bahasa yang lain, empati adalah menyelaraskan diri terhadap apa, bagaimana, serta memahami latar belakang perasaan serta fikiran orang lain, sebagaimana orang itu merasakan dan memikirkannya.

Individu yang mempunyai sifat empati yang tinggi mampu memahami orang lain daripada persepektif individu itu, sangat peduli serta memperlihatkan keinginan dan perhatian yang tinggi terhadap orang tersebut.

kelebihan individu yang memiliki sifat empati adalah mampu mengembangkan potensi orang lain, selalu berkeinginan untuk memenuhi kepentingan orang lain, dan mampu memahami perasaan dan permasalahan kelompok serta pemegang kekuasaan dalam sebuah organisasi.

Pendengar yang baik

Untuk memberi peluang orang lain berkata-kata sebelum memberi respon dan kita perlu beri perhatian yang penuh

Proses mendengar yang baik:

1. Lihat, jangan berpaling.

2. Sudah masanya untuk anda mendengar.

3. Sekali sekali bertanyalah.

4. Susun kata-kata, lontarkan semula.

Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri.

Jika tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik.

Menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas dan akan menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

KUASAI TEKNIK MENYOAL

Kemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain.

Dengan mengemukakan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik

Menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak.

Membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

Ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai bagi pelajar:

i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang

ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar

iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar

iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar

v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan

vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.

vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.

viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.

ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas

x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir

xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya

xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.

JAGA AIR MUKA

Maksud air muka:

Simpulan Bahasa : rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang

Maruah seseorang

Juga boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka.

Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan.

Contoh air mukaatau mimik muka

KONSEP MUKA GOFFMAN

Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada pihak lain dalam sesuatu interaksi

Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik

Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan tanggungjawab menjaga muka orang lain.

Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka. Antara caranya :

(a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan memalukan sendiri kerana tidak pasti tentang topik tersebut.

(b) Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri ataupun pihak lain.

(c) Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang memalukan itu.

Kenapa perlu menjaga air muka orang lain dalam komunikasi?

Supaya orang lain (penerima/pendengar) tidak berasa tersinggung, terhina atau rendah diri semasa berkomunikasi

Menjaga hubungan baik, elak konflik dan salah faham atau perasaan tidak suka

Menunjukkan rasa hormat dan tidak memalukan (menjejaskan imej) diri sendiri atau orang lain

Menghasilkan komunikasi yang lancar dan berkesan (tiada gangguan)

cara & kesan menjaga air muka orang lain

Cara menjaga air muka orang lain dalam berkomunikasi :

Di Malaysia, norma dan adat masyarakat amat bersantun. Ini menyebabkan rakyatnya secara sendirinya mempamerkan air muka yang bersopan secara langsung.

Kebanyakkan anak-anak yang dididik dengan santun ini secara automatik senyum kepada tetamu yang datang ke rumah mereka sebagai tanda menghormati tetamu.

Di Barat, masyarakatnya akan senyum dengan sesiapa sahaja yang mereka lihat. Sebaliknya, masyarakat di Malaysia hanya akan senyum kepada orang yang mereka kenali.

Ini menjadikan jaringan budaya di Barat lebih luas berbanding di Malaysia.

Masyarakat di Malaysia lebih mementingkan kedudukan heiraki, air muka orang lain, dan teguran.

Bercakap secara kasar dan perbuatan menyampuk semasa berkomunikasi adalah dilarang sama sekali.

Segala komunikasi yang dilakukan adalah seiring dengan air muka orang lain.

Oleh itu, komunikasi yang dilakukan haruslah dengan sopan agar orang lain tidak kecil hati.

Kesan menjaga air muka orang lain dalam berkomunikasi

Komunikasi akan berlaku diantara dua individu dengan lebih toleransi

Matlamat dalam sesuatu perbincangan antara individu akan tercapai

Segala urusan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang konflik

Menyumbang kepada keberkesanan komunikasi yang berlaku

Mampu menjaga keharmonian sejagat

Komunikasi silang budaya akan lebih harmoni

Jaringan budaya akan menjadi lebih luas seperti di Barat

BERSIKAP TERBUKA

Maksud bersikap terbuka

Terbuka Menerima Pendapat Yang Benar

Ertinya, kita tidak boleh mendakwa diri kita yang paling benar atau paling hebat

Kalau ada pendapat lain yang lebih benar/tepat, kita harus menerimanya.

Kenapa perlu bersikap terbuka?

Sikap terbuka diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat untuk menghindari konflik kepentingan.

Keterbukaan dijadikan landasan/dasar untuk melakukan interaksi dan komunikasi dalam pergaulan di masyarakat.

Sikap keterbukaan dapat mewujudkan sikap saling memahami, menghormati, menghargai dan bekerjasama antara anggota masyarakat.

Cara bersikap terbuka dalam berkomunikasi

a. masing-masing memahami hak dan kewajipannya dalam berkomunikasi. Memberi peluang orang lain untuk berkomunikasi (memberi pendapat, mengemukakan soalan dan lain-lain)

b. setiap individu dapat memelihara keinginan dan keperluan bersama

c. Penghantar dan penerima saling menghargai dan menghormati serta menjamin hak-hak orang lain

e. Kedua dua belah pihak harus mampu bekerjasama antara satu sama lain secara terbuka. Contohnya, tidak mencelah dalam perbualan.

Contoh sikap terbuka dalam komunikasi

a. mahu menerima kritik dan saran orang lain

b. saling mengingatkan apabila ada yang berbuat salah

c. memberi kesempatan kepada orang lain untuk berpendapat dan menyampaikan aspirasi secara terbuka

d. tidak mengejek, apabila ada yang salah ditegur secara terbuka

e. mengajukan usulan, pendapat, dan saran dalam perbincangan secara terbuka.

Kesan bersifat terbuka dalam komunikasi

Kesan positif:

Menimbulkan rasa yakin penerima terhadap kita.

Mengelakkan pertelingkahan semasa atau selepas mesej disampaikan.

Percambahan idea baru.

Mesej yang disampaikan diterima dengan jelas.

Komunikasi antara penyampai dan penerima menjadi lebih efektif atau berkesan.

Mampu menambah baik kesilapan atau kekurangan yang ada pada diri.

Sering mengemukakan idea atau soalan secara terbuka.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota masyarakat.

Kesan negatif:

Tidak akan mampu mencapai konklusi diri.

Mudah untuk dipengaruhi atau ditipu.

Tiada pendirian diri.

BAHASA TUBUH BERKESAN

sebagai cara penekanan ekspresi mesej yang akan disampaikan

menggunakan bantuan pergerakan anggota tubuh (seperti mata, tangan, kepala, dll)

Kemampuan memanfaatkan anggota tubuh merupakan aset komunikasi dan bukan sekadar pergerakan yang tidak bermakna.

Jika digunakan secara tepat dan benar akan menimbulkan rasa tenteram (bagi diri sendiri atau pendengar), memperjelas bahasa pertuturan dan sekaligus akan menghasilkan impak positif.

Sebagai contoh, cara berdiri, bergerak, menatap, dan tersenyum

Lakukan kontak mata - untuk memperoleh keyakinan

Gunakan bahasa tangan untuk mengilustrasikan poin-poin ujaran yang disampaikan

Bergerak santai jika bicara sambil berdiri

Rileks dan santai, jangan tegang

Senyum menimbulkan keyakinan dan kemesraan

TEKNIK MENGGUNAKAN BAHASA TUBUH SEMASA BERKOMUNIKASI

Sekian, terima kasih