20140411190427Kuliah 8-Kepemimpinan Organisasi Pembelajaran (1)

13
 Kepemimpinan Organisasi Pembelajaran 1

description

fhfdjgc

Transcript of 20140411190427Kuliah 8-Kepemimpinan Organisasi Pembelajaran (1)

Kuliah 4

Kuliah 8Kepemimpinan Organisasi Pembelajaran1Pemimpin dan kepemimpinan Organisasi Pembelajaran, jenis, ciri dan atribut pemimpin yang menggerak budaya pembelajaran

Tingkahlaku kepemimpinan yang berkarisma:mendorong dan memotivasikan pengikutnya ke arah perubahan serta pencapaian visi dan misi organisasi, menjadi sumber inspirasi pengikut, boleh meransang intelek pengikut dengan mempengaruhi mereka untuk melihat masalah dari perspektif baru yang menumpukan kepada penyelesaian masalah dan penaakulan dan mengambil berat serta bertimbangrasa terhadap pengikutnya.

2Kepimpinan TransformasiPemimpin transformasi akan memotivasikan pengikut dengan cara yang luar biasa untuk mencapai matlamat termasuk minat dalam jangka masa pendek dan pencapaian diri yang sebenar dan untuk keselamatan. (Bass, 1985 ; Gibson et al., 2003). 3Bass (1990) :boleh berkongsi visi yang realistik untuk masa depan dengan menggunakan stimulasi intelektual, memberi perhatian terhadap perbezaan intelektual di kalangan pekerja bawahan dan memberi perhatian terhadap pekerja bawahan.

4mengubah nilai diri seseorang pengikut dalam menyokong visi dan matlamat organisasiuntuk menggalakkan persekitaran yang ke arah mewujudkan kebolehpercayaan yang boleh dikongsi di antara pemimpin dan pengikutmelebarkan dan mengangkat minat pekerja, apabila mereka membina kesedaran dan penerimaan bagi tujuan dan misi kumpulan,menggiatkan pekerja untuk melihat minat mereka untuk kebaikan kumpulan.

5Matlamat KT1. Membantu kakitangan membina dan mengekalkan kerjasama, budaya sekolah yang professional. kakitangan selalu bercakap, memerhati, kritik dan merancang bersama, norma tanggungjawab yang kolektif dan pembaikan yang berterusan untuk menggalakkan mereka untuk mengajar sesama mereka bagaimana untuk mengajar lebih baik62. Menggalakkan pembangunan guru. Motivasi untuk meninggikan pembangunan guru apabila mereka mempunyai matlamat dalaman untuk peningkatan profesional.

3. Membantu guru menyelesaikan masalah secara berkesan. Kepimpinan transformasi merupakan nilai kepada seseorang kerana ia menstimulasi guru supaya terlibat dengan aktiviti-aktiviti baru dan mewujudkan usaha yang lebih baik.7Empat Sifat Utama KT1. Karisma (Carimsa or idealized influence)Pemimpin ini menjadi `role model, mempunyai kebolehan atau keupayaan membentuk visi dan misi organisasi, menanamkan sifat harga diri, mendapatkan penghormatan dan meningkatkan optimistik. Berkongsi risiko dengan pengikut, mengutamakan kepercayaan dan kesetiaan.82. Motivasi inspirasi atau inspiration motivationPemimpin berperanan sebagai `role model kepada pekerja bawahan, Meningkatkan usaha untuk berkomunikasi mengenai visi dengan menggunakan simbol. Dimensi ini adalah untuk mengukur kebolehan pemimpin yang menyebabkan keyakinan di dalam visi dan nilai pemimpin. 93. Pertimbangan individu (individual consideration)Pemimpin sebagai jurulatih dan mentor, menyediakan tindakbalas yang berterusan dan membina hubungan dengan ahli untuk memenuhi misi organisasi. Pertimbangan individu adalah untuk mengukur yang mana pemimpin memberi perhatian secara individu dan keperluan pembangunan104. Stimulasi intelektual (Intellectual stimulation)Pemimpin meransang pengikut memikirkan tentang perkara yang dilakukan dengan nilai serta kepercayaan mereka. Dimensi ini menggalakkan pengikut menyelesaikan masalah sendiri, dapat menerima tugasan yang mencabar dengan lebih menarik. Pemimpin meransang pengikut berfikir secara intelektual, menerima cabaran, mengambil risiko dan membuat penyelesaian masalah11Kejayaan OrganisasiKualiti, membuat keputusan dan tindakan yang diperlihatkan dalam organisasi. Dikenali sebagai Omnipotent View yang mengatakan pengurus berupaya mengeksploitasi peluang, pembetulan prestasi, memimpin ke arah pencapaian matlamat dan mengatasi halangan dari dalam atau luar organisasi (Robbins & Coutler, 2006).

12Pengaruh Kepimpinan Terhadap Budaya OrganisasiLam (2002), Hofstede (1991 & 1993), dan Preskill & Toress (1999) : kepimpinan boleh mempengaruhi budaya dalam organisasi. Mempunyai hubungan langsung antara kepimpinan dengan budaya organisasi. Budaya organisasi terbentuk hasil dari perkongsian makna, kefahaman (Morgan, 1989), kepercayaan dan nilai-nilai (Cole, 2004). Pemimpin berupaya membentuk budaya organisasi agar mencapai matlamat organisasi yang diingin.13Bersambung