20121109231128Kuliah 4 - Bidang Sejarah
-
Upload
syiqah-sapian -
Category
Documents
-
view
31 -
download
7
description
Transcript of 20121109231128Kuliah 4 - Bidang Sejarah
BIDANG SEJARAH
• Dalam penulisan sejarah, pemilihan sesuatu topik atau tema berkisar sekitar satu peristiwa atau tema yang digambarkan sebagai satu unit.
• • Contohnya perang, pertumbuhan negara,
riwayat hidup, pemerintahan seseorang penguasa dan sebagainya.
• Setiap unit sejarah memiliki ruang lingkup temporal dan spasial (waktu dan ruang).
• Ruang lingkup temporal (waktu) mempunyai batasan, iaitu perkembangan sesuatu gejala itu mempunyai mula dan akhirnya.
• Contohnya biografi kelahiran seseorang tokoh itu ada kelahiran dan kematiannya.
• Ruang lingkup spesial pula mempunyai batasan. Contohnya dalam sejarah peperangan, wilayah yang dibincangkan adalah wilayah yang terlibat dengan perang tersebut.
• Dalam aspek ini ilmu sejarah juga menggunakan kaedah geografi dalam menentukan sempadan.
• Penentuan unit sejarah di dalam berbagai katagori pensejarahan itu memerlukan kriteria yang tertentu.
• Contohnya Unit sejarah ekonomi sejak zaman kuno menentukan ruang lingkup spesial (ruang) yang kebanyakannya terdiri di atas daerah lautan.
• Unit sejarah peradaban pula lebih luas daripada ruang lingkup sejarah nasional.
• Sejarah politik pula sejajar dengan batas sempadan negara.
• Antara unit-unit sejarah yang perlu dilihat ialah sejarah tempatan (lokal), sejarah nasional, biografi dan sejarah komparatif.
SEJARAH TEMPATAN (LOKAL)
• Sejarah lokal mengkaji peristiwa-peristiwa yang terjadi di lokasi yang kecil, desa atau kota kecil.
• Biasanya ia dianggap menarik kerana memperlihatkan soal-soal kemanusiaan secara khusus.
• Sejarah Montaque di daerah pegunungan Prancis Selatan sangat terkenal karena menggambarkan kehidupan desa penuh dengan ungkapan, kehidupan pribadi, hubungan rahsia, intrik-intrik dan sebagainya.
• Kesemuanya dapat ditulis oleh kerana diketemukan dokumen-dokumen pengadilan.
• Kerana kunonya (abad ke-14) maka ada sejarah lokal ketika itu membuka perspektif kita tentang kehidupan masa itu.
• Di Malaysia penulisan sejarah lokal berhadapan dengan masalah sumber.
• Memandangkan sejarah lokal berupa sejarah mikro maka sumber yang cukup adalah amat diperlukan.
• Sejarah lokal merupakan jenis sejarah yang menuntut metodologi khusus yang mempunyai kerangka konseptual yang khusus.
• Ia bertujuan supaya penulis dapat melakukan analisis yang terperinci agar pola-pola mikro yang dikaji dapat diperjelaskan.
• Sejarah lokal akan menjadi lebih bermakna jika pelbagai fakta ditempatkan dalam suatu konteks atau mengandung struktur, pola, atau kecenderungan tertentu.
• Terdapat juga fakta yang boleh dibandingkan dengan fakta dari sejarah lokal lain untuk melihat seberapa jauh suatu kes lokal itu mewakili gejala umum nasional.
• Contohnya dalam rangka proses inovasi atau transformasi, kajian terhadap konflik sosial antara beberapa golongan elite.
• Sejarah lokal baru sahaja mendapat perhatian meluas daripada pengkaji.
• Antara kajian yang dibuat termasuklah masalah tentang struktur agraris, struktur kekuasaan, struktur sosial,dan lain sebagainya.
• Pendekatan struktural adalah agak popular kerana mampu menempatkan peristiwa unik ke dalam kerangka konseptual sehingga dapat dibuat generalisasi penuh makna.
SEJARAH NASIONAL
• Unit sejarah yang paling popular abad ini ialah sejarah nasional.
• Ini kerana karena negara bangsa menjadi institusi umum bagi kehidupan kaum, kelompok yang masa depannya merupakan lembaga yang dominan.
• Perkembangan politik dalam abad ke-19 dan ke-20 memang menghasilkan banyak negara bangsa.
• Institusi politik ini berfungsi sebagai sistem yang mencakup segala aspek kehidupan kesatuan nasional iaitu aspek ekonomi, sosial, politik, budaya, dan lain-lain.
• Menurut birokrasinya semua urusan dokumentasi dipusatkan dalam kesatuan. Maka dari segi praktisnya organisasi negara bangsa menjadi unit sejarah yang paling penting.
• Memandangkan sejarah nasional merupakan proses kajian sejarah pada tahap makro maka pemilihan fakta dari sejarah lokal perlu mampu menjelaskan kehidupan pada tahap nasional.
• Untuk sejarah politik proses politik nasional mencakupi kegiatan lembaga-lembaga nasional, antara lain kabinet, parlimen, tokoh-tokoh nasional, peristiwa nasional, diplomasi dan lain-lain.
• Kajian sejarah nasional juga tidak menggunakan kesemua fakta-fakta dalam sejarah lokal kecuali ia mempunyai kesan terhadap perkembangan sejarah nasional.
• Oleh itu sejarah nasional bukan kumpulan atau jumlah fakta-fakta sejarah lokal.
• Untuk pemilihan fakta yang relevan, maka pengkaji seharusnya bergerak dari prinsip tertentu.
• Umpamanya kajian terhadap kenaikan harga beras, gerakan kaum muda, emansipasi wanita, pilihanraya umum dan kerjasama kebudayaan.
• Seperti yang telah dihuraikan proses integrasi adalah prinsip penting.
• Terdapat juga kajian sejarah yang makro (internasional) yang pada masa-masa tertentu menyilang unit nasional, antara lain aliran ideologi, agama dan sebagainya.
• Toynbee berpendapat kadang-kadang aliran-aliran agama, kesenian, ekonomi melampaui batas-batas geopolitik unit nasional.
• Hal ini tidak menghairankan oleh kerana Toynbee melihat unit yang jauh lebih besar, ialah peradaban.
• Sebagai suatu sistem, sejarah lokal memang merangkumi unit nasional, namun hanya sebagai subunit.
• Aliran-aliran kesenian Renaissance meluas ke seluruh Eropah tanpa mengenal batas nasional.
• Contoh dari zaman moden ialah perkembangan kapitalisme, kolonialisme dan imperialisme dalam pengetahuan menjadi gejala universal.
• Dengan terbentuknya unit-unit regional yang mencakup pelbagai kegiatan, maka semakin banyaklah unit nasional yang bertembung.
Biografi
• Biografi merupakan unit sejarah yang telah ditulis sejak zaman klasik, Contohnya oleh historiografi Tacitus.
• Sejak itu biografi termasuk bidang sejarah yang popular dan sangat menarik serta banyak diperlukan.
• Dipandang dari teknik penulisan memang perlu diakui biografi menuntut kemahiran memakai bahasa dan retorik tertentu, pendeknya seni menulis.
• Jadi, di sini sejarah lebih merupakan seni daripada ilmu.
• Untuk menokohkan seorang pelaku, biografi menjadi alat utama.
• Biografi yang ditulis secara baik sangat mampu membangkitkan inspirasi kepada pembaca.
• Jika dilihat dari sudut ini biografi mempunyai fungsi penting dalam pendidikan.
• Proses memahami dan mendalami keperibadian seseorang memerlukan pengetahuan latar belakang lingkungan sosio-kultural di mana tokoh itu dibesarkan juga bagaimana proses pendidikan formal dan informal yang dialami watak-watak orang ada di sekitarnya.
• Untuk menyelami pemikiran seorang tokoh, pengkaji di perlukan menganalisis psikologis dan psikoanalitis serta aspek emosional, moral, dan rasionalnya turut diutamakan.
• Pengkaji juga perlu menginterpretasikan cara persepsi dan konsepsinya pandangan hidup, orientasi intelektualnya,seseorang yang dikaji. Kesemuanya hanya dapat dilakukan setelah cukup data.
• Data autobiografi juga sangat berguna seperti buku harian, dan lain-lain.
• Rekonstruksi biografis amat memerlukan imaginasi yang besar agar dapat dibuat "sulaman" yang indah dari biodata tersedia, tetapi tidak menyimpang dari faktor historisitas.
• Memang tetap menjadi tuntutan untuk memakai dasar bukti-bukti sejarah, antara lain dokumen-dokumen.
• Biografi memerlukan emphaty seperti yang digariskan oleh Dilthey sebagai metodologi interpretatif.
• Dengan emphaty itu kita dapat menempatkankan diri seolah-olah ada di dalam situasi tokoh itu bagaimana emosinya, motivasi dan sikapnya, persepsi dan konsepsinya yang kesemuanya dapat direproduksi dalam diri sejarawan.
• Di samping itu, sejarawan juga dituntut untuk memberi perhatian historical-mindednes, iaitu bagaimana kita menempatkan diri dalam konteks zamannya, hal yang juga memerlukan emphaty tersebut.
• Setiap zaman mempunyai jiwa zamannya sendiri, Oleh itu pengkaji cuba mengalih imiginasi ke masa itu untuk dapat meresapkan “suasana” atau “Ikhlim” nya.
• Jelasnya adalah kesalahan besar apabila kita melebelkan situasi tertentu yang tidak wujud pada masa yang dikaji itu.
• Contohnya jika kita melebelkan seorang tokoh Indonesia abad ke-19 adalah seorang nasionalis. Ini kerana nasionalisme dalam masa itu belum ada.
• Oleh itu jika kita menggambarkan jiwa radikal dan revolusional pada awal abad ini juga tidak tepat.
SEJARAH PERBANDINGAN
• Konsep sejarah dalam sejarah naratif, sebenarnya suatu perbandingan sukar bahkan tak mungkin dilakukan.
• Sejarah ditakrifkankan sebagai pengungkapan peristiwa-peristiwa unik yang terjadi hanya sekali dan tak berulang lagi.
• Keunikan ltu tidak memungkinkan perbandingan boleh dibuat dengan tepat kerana tidak ada peristiwa yang sama.
• Terdapat juga pertanyaan yang dikemukakan bagaimanakah kita dapat membuktikan tiada persamaan peristiwa yang wujud jika ia tidak pernah dibandingkan dengan kes lain.
• Oleh itu dari keterangan secara generalisasi, jelaslah bahwa sejarah dengan berpandukan pendekatan ilmu sosial serta kerangka konseptualnya mampu mempelbagaikan pola, struktur, kecenderungan dan proses sejarah.
• Oleh yang demikian, bidang ini juga membuka kesempatan untuk pengkajinya melakukan perbandingan berdasarkan pola, struktur, dan tendensi tersebut.
• Sememangnya peristiwa yang diceritakan menggambarkan proses terjadinya, termasuk apa, siapa, bila, dan di mananya.
• Informasi lengkap dan tidak memerlukankan penggarapan lagi sudah memuaskan pihak yang ingin tahu tentang peristiwa itu.
• Pertanyaan soalan ‘mengapakah’ yang mengharuskan kita melihat sebab-sebab atau sebab musababnya telah menuntut pengkaji menganalisis sesuatu fakta itu.
RUMUSAN
• Sebagai rumusannya bidang-bidang yang wujud dalam bidang sejarah ini berperanan dalam memperkembangkan lagi disiplin ini.
Sekian Terima Kasih