20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada...

21
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________ 1 Dasar Pegangan Seorang Muslim

Transcript of 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada...

Page 1: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

1

Dasar Pegangan Seorang Muslim

Page 2: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

2

DASAR PERTAMA اإلسالم نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو آسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو

بادة صحيحة سواء بسواءجيش وفكرة آما هو عقيدة صادقة وع Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. Isi-isi

· Kepentingan memahami Islam yang syumul · Dalil-dalil kesyumulan Islam dari Al-Quran. · Bahaya memahami Islam secara silap (orang buta dengan gajah) · Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami Islam dalam masyarakat dan kesannya. · Sekularisma dan bahayanya. · Mutakamil Islam. · Kesemua bahagian Islam tersebut telah disebut oleh Al-Quran.

Page 3: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

3

DASAR KEDUA

والقرآن الكريم والسنة المطهرة مرجع آل مسلم فى تعرف أحكام كلف وال ويفهم القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من غير ت. اإلسالم

تعسف ويرجع فى فهم السنة المطهرة الى رجال الحديث الثقات Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah. Isi-isi:

· Betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima. · Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis. · Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya. · Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu

mempermudahkan dalam memahami Al-Quran. Umar pernah menghukum Sabigh kerana banyak tanya tentang makna 'Mursalat'.

· Kepentingan memahami Al-Quran dalam bahasa Arab. · Kepentingan rijal hadis dalam memahami hadis dan kepentingan memastikan kesahihan

hadis.

Page 4: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

4

DASAR KETIGA

ولإليمان الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور وحالوة يقذفها ه ولكن اإللهام والخواطر والكشف اهللا فى قلب من يشاء من عباد

.والرؤى ليست من أدلة األحكام الشرعية Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah. Isi-isi:

· Kelebihan Allah diberikan kepada: · iman yang benar dan bersih, · ibadah yang betul dari bebas dari bid'ah serta · mujahadah yang lurus tanpa kurang dan melampau (firasat, kemanisan, kesah Othman kesan Umar dengan tenteranya). · Hadis 3 perkara - akan diberi kemanisan iman. · Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi boleh digunakan sebagai tambahan untuk

pengukuhan (tathabbut) jika tidak bertentangan dengan syarak dan ianya tidak ditolak secara mutlak.

· Sumber hukum syarak mestilah bersih dan tidak bercampur aduk dengan perkara zann dan khurafat.

Page 5: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

5

DASAR KEEMPAT

والتمائم والرقى والودع والمعرفة والكهانة وادعاء معرفة الغيب وآل آية من قرآن أو ما آان من هذا الباب منكر تجب محاربته اال ما آان

رقية مأثورةSetiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung, pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran atau jampi yang ma'thur. Isi-Isi:

· Semuanya haram dengan dalil Quran (Yunus:17), (Furqan:3), Hadis Ahmad. · Kenapa diharamkan? Hanya Allah yang berkuasa dan tahu perkara ghaib/ membersihkan

akidah dan fikiran. · Jampi dengan ayat Quran harus dengan 3 syarat: · Quran atau Nama-nama Allah. · Dengan bahasa Arab dan difahami ertinya. · Tidak mempercayai jampi itu boleh memberi kesan. · Tangkal dengan ayat Quran - khilaf ulama.

Page 6: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

6

DASAR KELIMA ورأى اإلمام ونائبه فيما ال نص فيه وفيما يحتمل وجوها عدة وفى المصالح المرسلة معمول به ما لم يصطدم بقاعدة شرعية وقد يتغير

واألصل فى العبادات التعبد دون . بحسب الظروف والعرف والعاداتاإللتفات الى المعانى وفى العاديات اإللتفات الى األسرار والحكم

.والمقاصدPendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah 'masolih mursalah'; hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya. Isi-isi:

· Siapakah imam dan siapa naibnya./ Apakah hak-hak imam dan naibnya./ Apakah sifat dan ciri-ciri seorang imam.

· Apakah lapangan yang perlu dipakai pendapat imam: tiada nas (ummul-walad) perkara yang mempunyai banyak andaian / pilihan (tawanan perang) masolih mursalah

· Mengapa perlu dipakai pendapat imam dalam masalah di atas ? · Mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan saf ummat/ jamaah. · Ditolak pendapat imam jika bertentangan dengan nas. · Imam boleh menukar pandangannya berdasarkan zuruf, masa dan keadaan. · Asal dan ibadah dan asal dan adat.

Page 7: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

7

DASAR KEENAM وآل أحد يؤخذ من آالمه ويترك اال المعصوم صلى اهللا عليه وسلم وآل ما جاء عن السلف رضوان اهللا عليهم موافقا للكتاب والسنة قبلناه واال فكتاب اهللا وسنة رسوله أولى باإلتباع ولكنا ال نعرض

عن أو تجريح ونكلهم الى نياتهم بط- فيما اختلف فيه -لألشخاص .وقد أفضوا الى ما قدموا

Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan. Isi-isi:

· Semua manusia melakukan kesilapan kecuali Rasul saw.(Najm:2) · Sikap kita terhadap pandangan ulama-ulama salaf - diperiksa dengan Al-Quran dan Hadis

untuk diterima atau ditolak. Ulama-ulama besar sendiri menyuruh menolak kata-kata mereka.

· Adab dengan ulama Waris Nabi-nabi/ Tidak boleh memburuk-kan ulama kerana pandangan mereka./ Boleh mencari kebenaran dan menyatakan kesilapan mereka secara baik.

Page 8: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

8

DASAR KETUJUH ولكل مسلم لم يبلغ درجة النظر فى ادلة األحكام الفرعية أن يتبع اماما من أئمة الدين ويحسن به مع هذا اإلتباع أن يجتهد ما استطاع فى تعرف أدلته وأن يتقبل آل ارشاد مصحوب بالدليل متى صح عنده صالح من أرشده وآفايته وأن يستكمل نقصه العلمى إن آان من أهل

درجة النظرالعلم حتى يبلغSetiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Ahli-Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya). Isi-isi:

· Ijtihad hanya harus bagi yang mampu dan taqlid harus bagi yang tidak mampu. · Keperluan mengetahui dalil setiap dari amalan yang dilakukan agar merasai hubungan

dengan Allah dan RasulNya saw. · Perlu menerima nasihat untuk beramal jika nasihat disertai dalil walaupun kadangkala

bercanggah dengan amalan biasa.

Page 9: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

9

DASAR KELAPAN والخالف الفقهى فى الفروع ال يكون سببا للتفرق فى الدين وال يؤدى الى خصومة أو بغضاء ولكل مجتهد أجره وال مانع من التحقيق العلمى النزيه فى مسائل الخالف فى ظل الحب فى اهللا والتعاون على الوصول الى الحقيقة من غير أن يجر ذلك الى المراء المذموم

.والتعصبPerselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dan kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkan ini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu membantu untuk sampai kepada suatu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada perbahasan cara buruk dan perasaan taasub. Isi-isi:

· Tujuan : sikap yang betul dalam menghadapi masalah perbezaan pendapat. · Perselisihan mesti akan berlaku tetapi Kasih sayang sesama Islam lebih penting dari

berada atas satu pendapat. · Sesiapa boleh mengikut mana-mana pendapat Imam selagi tujuannya untuk mematuhi

perintah Allah. · Bahaya penyakit ta 'asub (apa yang dikatakan ta'asub/ bila perlu taasub). Perbezaan

pendapat dalam masalah dakwah & timbul pelbagai cara. Penyelesaiannya ialah kaedah Ulama: Kita bertolong menolong dalam perkara yang kita sepakat dan kita bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihkan.

Page 10: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

10

DASAR KESEMBILAN وآل مسئلة ال ينبنى عليها عمل فالخوض فيها من التكلف الذى نهينا عنه شرعا ومن ذلك آثرة التفريعات لألحكام التى لم تقع والخوض

قرآنية التى لم يصل اليها العلم بعد والكالم فى فى معانى اآليات الالمفاضلة بين األصحاب رضوان اهللا عليهم وما شجر بينهم من خالف

ولكل منهم فضل صحبته وجزاء نيته وفى التأول مندوحةMelarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya. Isi-isi:

· Kepentingan waktu terutama bagi muslim(Wal-'Asr). · Muslim mesti menjaga waktu pada perkara yang bermanfaat saja dan mempelajari ilmu

yang bermanfaat. · Pembahagian ilmu: (1. Ilmu yang disuruh dan digalakkan (fardhu 'Ain & kifayah) /2.

Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera, nujum dsb).

· Larangan duduk bersama orang berbincang kosong (6:68). · Bani Israel dikutuk Allah kerana banyak berbahas:(Kesah lembu 2:67-73) · Allah bawa cerita lain bila ditanya perkara tak berfaedah (Kesah anak bulan 2:189) · Contoh perkara tak membawa kepada amal (detail Orang gua, apa bahasa Nabi Sulaiman

as bercakap dengan Hud-hud, apa nama pokok Nabi Adam as., Di mana kedua ibubapa Nabi Saw- syurga atau neraka.... dll)

· Adab berjidal (berbahas): · Jidal asal dilarang (Hadis: Tidak sesat umat selepasku setelah mendapat hidayah

melainkan kerana mereka suka berbahas). · Boleh dengan syarat: · Untuk belajar/ Menghidupkan ilmul untuk beramal/ jauh dari riya' · Tidak membicarakan mengenai Qadar: · Kesah Nabi Isa as dengan iblis · Kesah Umar dengan pencuri · Tidak memperkatakan perbezaan antara sahabat Nabi saw. Allah telah membersihkan

tangan kita dari darah mereka maka jangan mengotorkan lidah kita.

Page 11: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

11

DASAR KESEPULUH معرفة اهللا تبارك وتعالى وتوحيده وتنزيهه أسمى عقائد اإلسالم وآيات الصفات وأحاديثها الصحيحة وما يليق بذلك من التشابه نؤمن بها آما جاءت من غير تأويل وال تعطيل وال نتعرض لما جاء فيها من خالف بين العلماء ويسعنا ما وسع رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم

}اسخون فى العلم يقولون آمنا به آل من عند ربنا والر{ وأصحابه Mengenal Allah Taala, bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarang kekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran). Isi-isi:

· Semua amal solih diterima bergantung kepada usul aqidah yang betul. · Aqidah adalah sebagai pembina/perubah hidup bukan ilmu istilah yang dihafal. · Iman hendaklah teguh tidak berganjak (49: 15) dan dituruti dengan kepatuhan (4:65). · Asal kelahiran ilmu tauhid secara istilahi/mantiqi/falsafi - adalah hanya untuk menolak

golongan ahli Falsafah yang menyeleweng (Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah, Juhmiyyah dll.)

· Sifat-sifat Allah yang menyebutkan bahawa Allah menyerupai makhluk hendaklah diserahkan kepada Allah dengan keyakinan:

· Tidak ada yang menyerupainya (42:1) dan · ilmu makhluk tidak boleh mencapai hakikat sifat Allah (20:110). · Aqidah mempunyai usul yang tidak boleh diperselisihi -(wujud Tuhan, sifat2 di dalam

Quran) dan furu' (cabang yang boleh diperselisihi- Nabi saw melihat Allah, orang mati mendengar doa orang hidup, Mi'raj dengan roh dan jasad dll).

Page 12: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

12

DASAR KESEBELAS استحسنها الناس بأهواءهم -وآل بدعة فى دين اهللا ال أصل لها

ضاللة تجب محاربتها والقضاء -سواء بالزيادة فيه أو بالنقص فيه عليها بأفضل الوسائل التى ال تؤدى الى ما هو شر منها

Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu. Isi-isi:

· Makna bid'ah: Cara yang direka dalam agama... · Hadis melarang bid'ah - haram dan dosa besar. · Syarat bid'ah yang ditegah: · Dalam agama (boleh bid'ah dalam perkara dunia) · Tiada asal langsung dari syarak (jika ada - khilaf ulamak). · Cara menegah sesuatu bid'ah: tidak membawa kepada perkara lebih buruk (Ibnu

Taimiyyah dengan orang Tatar).

Page 13: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

13

DASAR KEDUA BELAS والبدعة اإلضافية والترآية واإللتزام بالعبادات المطلقة خالف فقهى

لكل فيه رأيه وال بأس بتمحيص الحقيقة بالدليل والبرهانPerkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti. Isi-isi:

· Jenis-jenis bid'ah: · Bid'ah hakiki - perkara dalam agama yang tiada asal langsung. · Bid'ah tambahan - ada asalnya atau disyarakkan tetapi dibuat penambahan

padanya.(Solawat selepas azan, baca Kahfi kuat hari jumaat, zikir bersama-sama selepas solat).

· Bid'ah tarkiyyah - meninggalkan sesuatu yang halal dan menganggap ianya kebaikan dalam agama (tak kahwin, tak makan daging).

· Iltizam dengan ibadah yang mutlak - wajibkan ibadah dengan bilangan dan pada waktu tertentu.

· Paling baik - ikut Sunnah.

Page 14: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

14

DASAR KETIGA BELAS ومحبة الصالحين واحترامهم والثناء عليهم بما عرف من طيب أعمالهم قربة الى اهللا تبارك وتعالى واألولياء هم المذآورون فى قوله

والكرامة ثابتة لهم بشرائطها } الذين آمنوا وآانوا يتقون{ تعالى الشرعية مع اعتقاد انهم رضوان اهللا عليهم ال يملكون ألنفسهم نفعا

حياتهم أو بعد مماتهم فضال عن أن يهبوا شيئا من ذلك وال ضرا فى .لغيرهم

Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-orang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat untuk diri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikan perkara seperti itu kepada orang lain. Isi-isi:

· Allah memuji orang yang baik (Ansar dll) · Hadis 3 kemanisan iman. · Siapakah wali? Surah Yunus:62-63. · Keramat : usul akidah ahli sunnah wajib percaya ada keramat untuk wali.

Page 15: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

15

DASAR KEEMPAT BELAS وزيارة القبور أيا آانت سنة مشروعة بالكيفية المأثورة ولكن اإلستعانة بالمقبورين أيا آانوا وندائهم لذلك وطلب قضاء الحاجات

ور وسترها وإضائتها منهم عن قرب أو بعد والنذر لهم وتشييد القبوتمسح بها والحلف بغير اهللا وما يلحق بذلك من المبتدعات آبائر

تجب محاربتها وال نتأول بهذه األعمال سدا للذريعةMenziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu al-Zara'i). Isi-isi:

· Ziarah kubur adalah digalakkan kerana faedah: ingatkan akhirat/ kematian/ menjauhi kemungkaran.

· Sama saja kubur sesiapa - baik dan jahat - sunat menangis bila lalui kubur orang zalim (hadis lalui kaum thamud)

· Adab ziarah - beri salam dan berdoa. · Meminta tolong - hanya boleh kepada Allah. · Perkara yang haram berkaitan kubur: Meninggikan kubur / memasang tirai / menyalakan

lampu / menyapu-nyapu.

Page 16: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

16

DASAR KELIMA BELAS والدعاء اذا قرن بالتوسل الى اهللا ألحد من خلقه خالف فرعى فى

آيفية الدعاء وليس من مسائل العقيدة Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalah termasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah. Isi-isi:

· Maksud tawassul · Boleh bertawassul dengan Al-Quran, amalan baik dan nama-nama Allah.

Page 17: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

17

DASAR KEENAM BELAS

والعرف الخاطئ ال يغير حقائق األلفاظ الشرعية بل يجب التأآد من حتراز من حدود المعانى المقصود بها والوقوف عندها آما يجب اإل

الخداع اللفظى فى آل نواحى الدنيا والدين فالعبرة بالمسميات ال باألسماء

Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama yang diberikan. Isi-isi:

· Syariat adalah rujukan dan bukannya adat dan uruf. Uruf dan adat yang betul boleh diterima.

· Setiap orang mesti mengetahui hakikat sesuatu dan bukan terpengaruh dengan nama. · Hadis (.. akan ada orang menghalalkan arak dan menamakan dengan nama lain..) · Istilah-istilah - kemajuan, budaya, seni, faedah bank, persaudaraan dll.

Page 18: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

18

DASAR KETUJUH BELAS والعقيدة أساس العمل وعمل القلب أهم من عمل الجارحة وتحصيل

الكمال فى آليهما مطلوب شرعا وإن اختلفت مرتبتا الطلبAkidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota luar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini. Isi-isi:

· Iman dan akidah penentu penerimaan amalan. · Hadis hati · Amalan hati lebih afdhal. Maksiat hati juga adalah sebaliknya.

Page 19: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

19

DASAR KELAPAN BELAS

اإلسالم يحرر العقل ويحث على النظر فى الكون ويرفع قدر العلم والعلماء ويرحب بالصالح النافع من آل شيء والحكمة ضالة المؤمن

أنى وجدها فهو أحق الناس بها Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.' Isi-isi:

· Islam bebaskan akal dari khurafat dan karut marut. · Islam menolak taqlid buta (2:170) dan mengikut hawa nafsu. · Nas syarak banyak menyuruh memerhati alam. · Islam menggalakkan ilmu dan menuntutnya. · Hikmat - maksudnya dan tugas kita.

Page 20: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

20

DASAR KESEMBILAN BELAS

وقد يتناول آل من النظر الشرعى والنظر العقل ما ال يدخل فى دائرة اآلخر ولكنهما لن يختلفا فى القطعى فلن تصطدم حقيقة علمية . صحيحة بقاعدة شرعية ثابتة ويؤول الظنى منهما ليتفق مع القطعى

فإن آانا ظنيين فالنظر الشرعى أولى باإلتباع حتى يثبت العقلى أو ينهار

Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat'ie). Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar. Isi-isi:

· Maksud pandangan syarak dan pandangan akal (aqli). · Ada perkara-perkara yang biasanya tidak dibincang oleh akal kadang-kadang disentuhnya. · Cara penyelesaian bila berlaku pertentangan antara pandangan akal dan pandangan

syarak. · Erti Zanni dan Qat'ie.

Page 21: 20 Dasar Islam Ringkas · PDF fileDia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada ... Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,

20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

21

DASAR KEDUA PULUH ال نكفر مسلما أقر بالشهادتين وعمل بمقتضاهما وأدى الفرائض برأى أو معصية إال إن أقر بكلمة الكفر أو أنكر معلوما من الدين بالضرورة أو آذب صريح القرآن أو فسره على وجه ال تحتمله

.أساليب اللغة العربية بحال أو عمل عمال ال تحتمل تأويال غير الكفرKita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur. Isi-isi:

· Mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan dakwah. · Ibnu Taimiyyah: "..Sesiapa yang yakin Islamnya, tidak akan kufur dengan syak.." · Sebab-sebab boleh bawa kepada kufur --> 5 · "..Kita dai (pendakwah) bukan penghukum.." Hassan Hudhaibi.