2. Modul- Pengantar Fonetik

14
2.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI Takrif Fonetik Fonetik Adalah bidang ilmu yang mengkaji bagaimana penghasilan sesuatu bunyi bahasa oleh alat artikulasi atau alat tutur manusia. Contohnya: Bunyi Vokal [a]- bagaimana dan apakah alat-alat artikulasi yang berperanan untuk menghasilkannya.Untuk mengkajinya pendeskrifsian bunyi dibuat bagi mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, daerah sebutan dan alat artikulasi yang berfungsi serta adakah pita suara bergetar atau tidak. 2.1 Takrif Fonologi Fonologi adalah bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi-bunyi bahasa . Bidang Fonologi dibahagikan kepada dua ; iatu:- a. Fonetik b. Fonemik. 2.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi a. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bagaimana penghasilan bunyi bahasa manakala fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi- bunyi bahasa. 2.3 Bidang-bidang Fonetik dan Fonologi a. Bidang-bidang Fonetik Bidang Fonetik terbahagi kepada beberapa bidang iaitu: 1. Fonetik Artikulasi/ Articulation Fonetik Bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau mungkin dihasilkan oleh alat-alat tutur /artikulasi . Bidang ini mengesan alat-alat artikulasi manakah yang berfungsi atau berperanan serta bagaimanakah kedudukan alat-alat artikulator itu semasa sesuatu bunyi dihasilkan. 2. Fonetik Auditori 10

description

membincangkan tentang pengenalan fonetik dan fonologi

Transcript of 2. Modul- Pengantar Fonetik

Page 1: 2. Modul- Pengantar Fonetik

2.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Takrif Fonetik

Fonetik Adalah bidang ilmu yang mengkaji bagaimana penghasilan sesuatu bunyi bahasa oleh alat artikulasi atau alat tutur manusia.Contohnya: Bunyi Vokal [a]- bagaimana dan apakah alat-alat artikulasi yang berperanan untuk menghasilkannya.Untuk mengkajinya pendeskrifsian bunyi dibuat bagi mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, daerah sebutan dan alat artikulasi yang berfungsi serta adakah pita suara bergetar atau tidak.

2.1 Takrif Fonologi

Fonologi adalah bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi-bunyi bahasa . Bidang Fonologi dibahagikan kepada dua ; iatu:-

a. Fonetikb. Fonemik.

2.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologia. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bagaimana penghasilan bunyi bahasa

manakala fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa.

2.3 Bidang-bidang Fonetik dan Fonologi

a. Bidang-bidang FonetikBidang Fonetik terbahagi kepada beberapa bidang iaitu:

1. Fonetik Artikulasi/ Articulation Fonetik

Bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau mungkin dihasilkan oleh alat-alat tutur /artikulasi . Bidang ini mengesan alat-alat artikulasi manakah yang berfungsi atau berperanan serta bagaimanakah kedudukan alat-alat artikulator itu semasa sesuatu bunyi dihasilkan.

2. Fonetik Auditori

Bidang Fonetik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa berdasarkan pendekatan melalui pendengaran.. Contoh: lantang, nyaring , untuk membezakan bunyi-bunyi alat yang digunakan .

3. Fonetik Akustik

Fonetik Akuistik mengkaji sifat-sifat bunyi. Kajian dibuat dengan melihat bagaimana gerak atau gelombang udara semasa bunyi itu dihasilkan dan bagaimana pengaruh gelombang udara itu kepada alat pendengaran( telinga). Pengkajian sifat bunyi ini dijalankan melalui rakaman bunyi yang terhasil dengan menggunakan perakam bunyi. Gelombang bunyi yang terhasil ( spektogram) dianalisis bagi menilai kesengauan bunyi, dan daerah sebutan

10

Page 2: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

a.Berikan definisi kajian fonetik.b. Berikan definisi Fonologi.c. Nyatakan Bidang-bidang dalam kajian fonetik.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara fonetik dan fonologi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 3 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Jelaskan kepentingan deskripsi bunyi dalam mengkaji fonetrik Artikulasi.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

11

Page 3: 2. Modul- Pengantar Fonetik

TAJUK 2 Alat- Alat Artikulasi

12

Apa itu alat-alat Artikulasi ?

Alat-alat artikulasi ialah organ yang berfungsi /berperanan dalam proses menghasilkan bunyi bahasa. Alat artikulasi juga dikenali sebagai alat-alat pertuturan dan organ sebutan.

Rajah menunjukkan Alat-alat Artikulasi

Page 4: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Alat-Alat Artikulasi:

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita Suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga Mulut

9. Hujung Lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Daerah Alat Artikulasi dan Fungsinya.

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan

belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal

hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan

boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah

aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran

udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan

bunyi.

13

Page 5: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri

daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar

daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang

keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung

lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga

tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan

udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan

tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

14

Page 6: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan

bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit

lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Latihan 1.

Lukis dan labelkan alat-alat artikulasi

Latihan 2

Pilih 10 jenis alat artikulasi dan nyatakan fungsinya.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

TAJUK 3 Bunyi Bahasa

15

Page 7: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Pengenalan

Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Bunyi-bunyi tersebut terhasil disebabkan oleh keadaan udara iaitu bagaimana udara keluar dan mengalami proses tertentu oleh alat-alat artikulasi. Bagaimanapun bukan semua bunyi yang terhasil dikatakan bunyi bahasa. Contohnya batuk dan bersin bukanlah bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dibahagikan kepada dua ; iaitu bunyi vokal dan bunyi Konsonan

3.2 Bunyi Vokal

Bunyi –bunyi vokal adalah bunyi bahasa yang bersuara. Bunyinya terhasil apabila pita suara dirapatkan, udara dari paru-paru keluar tanpa sebarang sekatan dan terus keluar melalui rongga tekak dan mulut.

3.2.1 Ciri- ciri bunyi Vokal

4. Bunyi KosonanBunyi-bunyi bahasa yang selain daripada bunyi vokal adalah bunyi konsonan.Penghasilan bunyi konsonan

Carta Konsonan Bahasa Melayu

Sila Rujuk teks dan web untuk melihat gambaran diftong.

Bunyi Diftong

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terjadi apabila berlaku

pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada

vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.

a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot

Konsep Prosodi dan suprasegmental adalah bunyi-bunyi yang dikatakan bersifat fonemis. Ada empat unsur suprasegmental yang bersifat fonemis ,yang terdapat dalam bahasa lain, iaitu; tekanan,panjang –pendek,tona dan persendian.

TAJUK 4 Prosodi dan Suprasegmental

16

Page 8: 2. Modul- Pengantar Fonetik

a. Tekanan

Tekanan wujud pada sukukata perkataan. Kebiasaannya ditandakan [ ].Dalam bahasa Melayu tekanan tinggi/keras biasanya pada sukukata kedua dalam perkataan; contohnya dalam perkataan [su’sah], [ru’mah]

b. Panjang-pendek

Ada bunyi panjang-pendek,tetapi dalam bahasa Melayu bunyi ini bukanlah unsur fonemis.Unsur panjang-pendek ini diberi lambang [ : ] yang dipanggil satu mora. [ :: ] dua mora dan [ . ] setengah mora. Contohnya mora yang bersifat fonemis dan boleh membezakan makna ialah ;

i. [sip] ‘kapal’ dan [ si : p] ‘biri-biri’ii. [sit] ‘ duduk’ dan [si : t] ‘tempat duduk’

c. Tona

Tona merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan. Tona memproduksi unsur-unsur nada,kelantangan,tekanan, panjang pendek dan lain-lain dalam menimbulkan pola lagu dalam perkataan.Di antara bahasa-bahasa yang menggunakan tona untuk membezakan makna ialah bahasa Mandarin,Thai,Vietnam,Loas, Kampuchea.. Contohnya dalam bahasa Mandarin, terdapat empat tona digunakan; iaitu seperti jadual di bawah;

Bil TONA LAMBANG PERKATAAN 1 PERKATAAN 2

1 Tona mendatar __ [ ma ] ibu

2 Tona meninggi [ ma ] guni [ mai ] guni

3 Tona turun-naik[ ma ] kuda [ma i] membeli

4 Tona menurun[ ma ] marah [mai] menjual

d. Persendian.

Persendian ialah unsur kesenyapan dalam ujaran yang memisahkan perkataan. Persendian diberikan lambang [ + ] , contohnya ujaran bangunan batu ditranskripsi sebagai [ banunan+batu]. Unsur persendiaan yang bersifat fonemis boleh dilihat dalan bahasa Inggeris; contohnya,

i. I scream dan ice cream.

17

Page 9: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Dalam bahasa Melayu, persendian boleh dilihat dalam contoh di bawah;

i. Ujaran [ belikantin] , boleh ditafsir [ belikan+tin] atau [beli +kantin]

Jelasnya, unsur persendian berfunsi sebagai pembeza makna.

TAJUK 5 FONEM VOKAL DAN KONSONAN

Pendahuluan

Fonologi adalah bunyi-bunyi yang menjalankan fungsi dalam sistemnya. Bunyi-bunyi ini dinamakan sebagai fonem.

Fonem Bahasa Melayu

Ada 33 fonem dalam bahasa Melayu, 24 fonem tulen dan 9 fonem pinjaman. Daripada 24 fonem tulen itu,ada 6 fonem Vokal dan 18 fonem Konsonan.

Fonem Vokal

Terdapat 6 fonem vokal dalam bahasa Melayu, ia dapat dijelaskan sebagaimana di bawah;

Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit

keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Bibir berada dalam keadaan

terhampat. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa

sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.

Contoh: bilik, itik, ipar, jari, cari.

Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan

vokal (i).

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

18

Page 10: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk

mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa

mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit

lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.

Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak

menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan

tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan

bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah

19

Page 11: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Vokal tengah / e/ dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.

Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana

luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Fonem Konsonan Terdapat 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyinya dibahagikan kepada Bunyi letupan,sengauan,letusan,getaran, sisian dan separuh vokal.Contonya seperti jadual di bawah.Cara Artikulasi

Daerah Artikulasi

Dua bibir GusiGusi Lelangit keras

Lelangit Keras

Lelangit Lembut

Glotis

Letupan tak bersuara

p t k

Letupan bersuara

b d g

Letusan tak bersuara

c

Letusan bersuara

j

Sengauan m n n/ ny n/ ng

Geseran tak bersuara

s h

Getaran r

Sisian l

Separuh Vokal

w y

Berdasarkan jadual di atas, bincangkan secara berpasangan untuk menganalis bfonem konsonan dan berikan contoh-contoh perkataannya. Anda juga boleh berlatih untuk mengujarkannya.

Konsonan Pinjaman

20

Page 12: 2. Modul- Pengantar Fonetik

Terdapat 8 fonem pinjaman. Kesemuanya adalah geseran. Fonem-fonem ini berasal daripada perkataan-perkataan pinjaman. Jadual di bawah menunjukkan fonem pinjaman;

Daerah SebutanCara Sebutan

Bibir-gigi Gigi Gusi Lelangit Keras-Gusi

Lelangit Lembut

Geseran tak bersuara

f 0/ ths/ sy x

Geseran bersuara

v o/ dh z z/ gh X/ kh

Contoh –contoh perkataannya seperti jadual di bawah;

Fonem Awal Tengah Akhir

f Fikrah wafat wakaf

v vanila novel

z zaman takziah

0/ th 0ala0a tam0il baha0

O/dh oalim haoir lafao

s/sy sor masarakat sabas

z/dh zarab kazi haiz

x/kh xatam baxil tarix

x/gh xaib baxai balix

6 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan informasi tentang fonetik dan fonologi yang diberikan, diharap anda dapat memahami konsep, sistem dan aplikasi pengetahuan mengenai fonetik dan fonologi. Namun untuk memproleh pemahaman dan kemahiran yang lebih mendalam anda perlu mencari bahan sokongan dan rujukan yang pelbagai. Bahan sokongan bermakna

21

Page 13: 2. Modul- Pengantar Fonetik

anda perlu melalui sesi perbincangan dengan pensyarah, kumpulan dan latihan-latihan yang berkaitan . Bahan rujukan pelbagai merujuk kepada rujukan daripada buku-buku, jurnal dan juga maklumat menerusi siber.

Akhirnya, selamat menerokai bidang fonetik dan fonologi.

6 Buku Rujukan yang disyorkan

1. Abullah Hassan, 1974, The Morphologi of Malay , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abdullah Hassan,1983 , Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya :Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3. Brown,R, 1973, A First Language, The Early Stages, Cambridge, Massachusetts : Havard University Press.

4. Syed Hussein Ali, 1962 Malay As The Nasional Language, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Yunus Maris ,1963 Malay Sound System, Kuala Lumpur; Mimeograph.6. Winstedt, R.O 1927, Malay Grammar, Oxford:Clarendon Press.

22