Fonetik Dan Fonologi

281

Click here to load reader

Transcript of Fonetik Dan Fonologi

Page 1: Fonetik Dan Fonologi
Page 2: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 3: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 4: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 5: Fonetik Dan Fonologi

PTS AKADEMIA No 12 & 12A, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +6 03 6188 0316 Faks: +6 03 6189 0316

Laman web rasmi PTS: www.pts.com.my Kedai buku online PTS: www.bookcafe.com.my Facebook: www.facebook.com/bukupts Twitter: www.twitter.com/bukupts

© Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar 2012 Terbitan Pertama 2012 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Akademia.

Pengurus Besar Penerbitan: Mohd Ikram Wazir ([email protected]) Editor: Nor Hafizah Samsudin ([email protected])

Pereka Kulit: Mohd Zaidi Ismail Muka Taip Teks: Chaparral Pro/11

Diedarkan oleh: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tel: 03-6188 0316 Faks: 03-6189 0316 E-mel: [email protected]

Dicetak oleh:

Real Sharp (M) Sdn Bhd. 3-6B, D19, Jalan PJU 8/3A,

Bandar Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya, Selangor

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Indirawati Zahid Fonetik dan fonologi / Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar. Bibliografi: ms. 263 ISBN 978-967-0444-00-0 1. Malay language--Phonetics. 2. Malay language--Phonology. I. Mardian Shah Omar. II. Judul. 499.2315

[email protected] | 0109749867

Page 6: Fonetik Dan Fonologi

Kandungan

Prakata xi

Pengenalan Fonetik dan Fonologi1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik? 1

1.2 Kajian Fonetik 4

1.3 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonologi 13

1.4 Ringkasan 16

1.5 Latihan 20

Kajian Fonetik dan Fonologi2.1 Perkembangan Kajian Fonetik dan Fonologi 25

2.2 Kajian Fonetik dan Fonologi di Malaysia 26

2.3 Kajian Fonetik Akustik di Indonesia 33

2.4 Kajian Fonetik Akustik di Malaysia 39

2.5 Ringkasan 41

2.6 Latihan 42

Alat Artikulasi3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi 45

[email protected] | 0109749867

Page 7: Fonetik Dan Fonologi

vi

Fonetik dan Fonologi

3.2 Alat-Alat Bahagian dalam Tubuh 48

3.3 Bahagian Saluran Vokal 49

3.4 Bahagian Saluran Vokal Tanpa Fungsi Bahasa 52

3.5 Alat Artikulasi 52

3.6 Pelabelan Bunyi Bahasa 55

3.7 Ringkasan 57

3. 8 Latihan 58

Bunyi Bahasa4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa 63

4.2 Bunyi Vokal 64

4.3 Bunyi Diftong 77

4.4 Penyempitan Aliran Udara 79

4.5 Jenis Penyempitan 80

4.6 Bunyi Konsonan 83

4.7 Bunyi Konsonan Kompleks 103

4.8 Bunyi Konsonan Non-Pulmonik 105

4.9 Carta Konsonan Melayu 106

4.10 Ringkasan 107

4.11 Latihan 107

Fonetik Eksperimental5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental 111

5.2 Fonetik Eksperimental 114

5.3 Prosedur Kajian Eksperimental 117

[email protected] | 0109749867

Page 8: Fonetik Dan Fonologi

vii

Kandungan

5.4 Perbandingan Kaedah Kajian Fonetik

Impresionistik dengan Eksperimental 126

5.5 Ringkasan 128

5.6 Latihan 129

Fonetik Akustik6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi 133

6.2 Fonetik Akustik 138

6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal dalam Kajian Sains Pertuturan 148

6.4 Alatan untuk Menganalisis Input Akustik ataupun

Fisiologi Ujaran 150

6.5 Alat Menganalisis Output yang Digunakan bagi

Mengumpul Data dari Pelbagai Sumber 151

6.6 Aspek Jantina dan Umur dalam Kajian

Fonetik Akustik 156

6.7 Jantina dan Umur sebagai Penanda Sosial 157

6.8 Ringkasan 165

6.9 Latihan 166

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan7.1 Ciri-Ciri Bunyi 169

7.2 Hubungan Kajian Fonetik Dan Fonologi Dengan

Sains Pertuturan 170

7.3 Bunyi-bunyi Periodik dan Aperiodik 171

[email protected] | 0109749867

Page 9: Fonetik Dan Fonologi

viii

Fonetik dan Fonologi

7.4 Perbezaan Vokal dan Konsonan Menurut Perspektif Artikulasi 173

7.5 Spektrografi dan Spektrogram 173

7.6 Ringkasan 184

7.7 Latihan 186

Prosodi8.1 Definisi Prosodi 191

8.2 Peranan Intonasi 198

8.3 Kajian Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu 205

8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran 209

8.5 Kaedah Pengajaran 214

8.6 Intonasi dan Kesantunan 216

8.7 Intonasi dan Semantik 220

8.8 Langkah Susulan 222

8.9 Ringkasan 224

8.10 Latihan 226

Analisis Fitur Distingtif9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif 229

9.2 Fitur Distingtif 230

9.3 Bunyi-bunyi dan Fiturnya 232

9.4 Fitur Distingtif yang Perlu 239

9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor 241

9.6 Ringkasan 241

9.7 Latihan 242

[email protected] | 0109749867

Page 10: Fonetik Dan Fonologi

ix

Kandungan

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu10.1 Fonem Bahasa Melayu 245

10.2 Fonem Vokal 246

10.3 Fonem Konsonan 248

10.4 Konsonan Pinjaman 253

10.5 Ejaan Rumi Baharu 254

10.6 Ringkasan 259

10.7 Latihan 260

Rujukan 263

[email protected] | 0109749867

Page 11: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 12: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 13: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 14: Fonetik Dan Fonologi

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Bab 1

1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik?

Fonetik ialah kajian bunyi sebagai bunyi, iaitu kajian tentang bagaimana kita menggunakan organ pertuturan apabila menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Keadaan ini sama seperti mana sesuatu alat muzik yang digunakan dalam sesuatu persembahan dengan penghasilan bunyi-bunyi tertentu yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Setiap satu perbezaan bunyi yang terhasil, iaitu ciri yang berbeza ini berlaku bertitik tolak dari penggunaan alat artikulasi, daerah artikulasi dan cara artikulasi. Kajian ini memfokus pada bunyi bahasa yang berhubungan dengan fenomena dalam dunia, sifat fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia.

Fonetik menghuraikan cara penghasilan bunyi (posisi dan pergerakan alat artikulasi), secara akustiknya bagaimana pola bunyi

[email protected] | 0109749867

Page 15: Fonetik Dan Fonologi

2

Fonetik dan Fonologi

dikenal pasti dengan penggunaan peralatan tertentu dan auditori, iaitu secara penanggapan bunyi yang didengar, iaitu pemindahan bunyi dari penutur kepada pendengar yang kemudiannya maklumat bunyi ini dihantar ke otak untuk proses yang seterusnya.

Fonetik membantu kita memahami bagaimana urutan bunyi dalam binaan kata berasimilasi, misalnya bunyi [t] dalam kata tepat, iaitu bagi bunyi [t] pada awal kata dengan bunyi [t=] pada akhir kata dan apabila [t] didahului oleh bunyi vokal [a]1.

Secara ringkasnya, fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:

1. Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ pertuturan manusia?

2. Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?

3. Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain?

4. Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain?

5. Bagaimana bunyi-bunyi yang berbeza ini dapat dipaparkan atau direkodkan dalam bentuk penulisan?

Yang kita maksudkan dengan bunyi bahasa itu adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik.

Bunyi-bunyi yang dilafaz apabila disusun dalam struktur tertentu akan akhirnya membentuk suku kata, kata, frasa dan seterusnya.

[email protected] | 0109749867

Page 16: Fonetik Dan Fonologi

3

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Dan cara lafaz bentuk-bentuk yang dinyatakan ini dilakukan dengan menggunakan simbol fonetik2 yang dinamakan sebagai transkripsi fonetik. Transkripsi fonetik digunakan untuk menghuraikan bunyi dalam bahasa. Simbol fonetik (rujuk The International Phonetic Symbol (IPA) dalam bab 3) merupakan simbol yang digunakan untuk merujuk pada bunyi bahasa yang khusus. Terdapat simbol fonetik yang disertai dengan tanda diakritik. Penggunaan tanda diakritik ini adalah untuk menjelaskan perbezaan bunyi yang wujud antara simbol fonetik yang mewakili sesuatu cara lafaz bunyi. Tanda diakritik diletakkan sama ada di atas simbol, [ ~ ] seperti dalam kata amal [ amal~ ] atau di bawah [ ] seperti dalam kata width [w I d 6] atau di atas pada posisi sisi, [ h ] seperti dalam kata cat [ aekh t ]. Tanda diakritik ini digunakan bagi mengelakkan masalah lewah dengan penambahan simbol-simbol baru dalam IPA seperti yang sedia ada. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan empat cara, iaitu transkripsi luas, sempit, sistematik dan impresionistik. Transkripsi luas bermaksud, kaedah transkripsi yang bersifat umum yang hanya membekalkan maklumat yang minimum dalam mengupayakan rumus penyebutan, iaitu yang berorientasikan fonemik, misalnya [ 3] dituliskan dengan menggunakan simbol [e]; simbol [ c] hanya dituliskan dengan [o]. Dalam transkripsi luas ini varian fonem yang dipanggil alofon tidak digunakan dalam transkripsi misalnya kata please dan trip dalam bahasa Inggeris ditranskripsikan seperti berikut, yang masing-masingnya sebagai [pliz] dan [trip]. Ini berbeza dengan transkripsi sempit yang memaparkan varian fonem, iaitu alofon pada [l] dan [r] dalam kata please dan trip menjadikan transkripsi yang dilakukan seperti yang berikut, iaitu [plizo ] dan [ otrip]. Sehubungan dengan itu, apa yang dikatakan sebagai transkripsi sempit itu sebenarnya merujuk kepada transkripsi yang terperinci, iaitu berorientasikan fonetik. Sementara itu, transkripsi yang terperinci memperlihatkan kesemua rumus pertukaran bunyi antara bunyi dinamakan sebagai transkripsi fonetik sistematik. Manakala transkripsi fonetik impresionistik tidak memaparkan kewujudan rumus penggunaan

[email protected] | 0109749867

Page 17: Fonetik Dan Fonologi

4

Fonetik dan Fonologi

alofon kerana semasa transkripsi dilakukan tidak diketahui tentang rumus yang ada misalnya apabila membuat transkripsi bahasa yang tidak pernah diketahui misalnya bahasa kanak-kanak atau pesakit yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dilakukan kajian. Ahli fonetik tidak mengetahui rumus apa yang harus diaplikasi, justeru transkripsi yang dilakukan hanya menandakan nilai fonetik sesuatu transkripsi. Ahli fonetik ialah seorang yang mempunyai kepakaran dalam menghuraikan bunyi bahasa, memahami mekanisme penghasilan bunyi bahasa, persepsi bunyi bahasa di samping mengetahui bagaimana bahasa menggunakan kesemua mekanisme ini.

Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori, dan fonetik akustik. Fonetik artikulatori adalah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik auditori pula adalah fonetik bagi mendeskripsi cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Dan fonetik akustik adalah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ-organ pertuturan kita. Subbidang-bidang fonetik ini akan dijelaskan di bawah.

1.2 Kajian Fonetik

Bidang kajian mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa dinamakan sebagai bidang kajian fonetik. Bidang kajian yang luas ini pula dapat dibahagikan kepada tiga subbidang yang lebih kecil, iaitu kajian fonetik akustik, artikulatori dan auditori.

1.2.1 Fonetik Akustik

Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi, iaitu bunyi-bunyi bahasa sama ada yang telah distrukturkan ataupun

[email protected] | 0109749867

Page 18: Fonetik Dan Fonologi

5

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

masih berbentuk segmen3 dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi. Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi fundamental (F0) yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensiti dalam unit decibel (dB) dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu4. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan.

Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh, lafaz kata ganti nama awak dalam bahasa Melayu mempunyai perbezaan makna apabila dilafazkan dengan menggunakan parameter durasi yang berbeza, misalnya;

a. Awak!

b. Aaaaaaaawak?

Bagi (a) dengan durasi yang lebih pendek mendukung makna emosi seruan manakala (b) dengan durasi yang lebih panjang mendukung makna emosi tidak percaya. Kedua-dua contoh yang dikemukakan ini juga melibatkan perbezaan dari aspek pola intonasinya.

Begitu juga apabila jawapan yang diterima bagi menjawab soalan, sedap tak lauk di kantin hari ini? Jawapan yang sering kali diterima, bolehlah, yang dapat dikatakan bertentangan dengan kehendak nahu bahasa Melayu yang memerlukan hanya 2 pilihan jawapan, iaitu ya atau pun tidak. Tetapi jawapan bolehlah itu sudah

[email protected] | 0109749867

Page 19: Fonetik Dan Fonologi

6

Fonetik dan Fonologi

pun sebenarnya memberikan jawapan yang dikehendaki oleh nahu bahasa Melayu, iaitu tidak5. Tafsiran makna ini diperoleh melalui pola intonasi yang digunakan selain makna yang sedia diterima pakai bagi kata bolehlah dalam konteks soalan yang di atas.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketentuan makna yang tidak bertulis seperti ini merupakan norma-norma yang disepakati oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Perlu ditekankan di sini, hanya si penutur dan si pendengar yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Penutur bahasa sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah bertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi setiap tinggi atau rendah, perlahan atau kuat dan panjang atau pendek lafaz bunyi. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik pendapat sarjana terkenal yang menggambarkan situasi ini sebagai, sesuatu perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan’ (Couper-Kuhlen, E.,1986: 116).

Kecanggihan teknologi komputer hari ini dapat mengupayakan kesemua parameter yang disebut tadi divisualkan. Dengan menggunakan perisian komputer bernama Praat, paparan bacaan unit-unit ini boleh diperlihatkan. Program ini dicipta oleh sarjana Belanda yang bernama Paul Boersma dan David Weenink (1992) di Universiti Amsterdam. Program komputer yang khusus bagi menangani data bunyi ini dicipta pada tahun 1992. Dan program ini boleh dimuat turun daripada internet secara percuma6. Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna bahawa kajian fonetik akustik sebelum ini tidak dijalankan dengan menggunakan program komputer yang khusus. Praat yang baru dicipta ini adalah program komputer yang tercanggih yang dicipta setakat ini dan program ini digunakan secara meluas sekarang. Antara nama-nama besar yang menggunakan program ini ialah Bruce, G., van Heuven, Gussenhoven,

[email protected] | 0109749867

Page 20: Fonetik Dan Fonologi

7

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

C. dan sebagainya. Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku ini.

Grafik signal akustik yang mampu divisualisasikan ini kelihatan seperti berikut:

Rajah 1.1: Grafik Signal Akustik

Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri daripada fitur-fitur prosodi seperti kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan. Signal akustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan parameter F0, iaitu bentuk kependekan yang merujuk kepada frekuensi fundamental yang dipersepsikan oleh pendengar sebagai kelangsingan, intensiti, yang dirujuk kepada persepsi pendengar sebagai kelantangan suara dan durasinya, yang dirujuk sebagai kepanjangan. Selain itu menerusi program ini juga dapat diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya. Grafik di muka surat sebelah memaparkan kedua-dua konsep ini.

[email protected] | 0109749867

Page 21: Fonetik Dan Fonologi

8

Fonetik dan Fonologi

F0

FormanIntensiti

Rajah 1.2: Konsep Spektrogram dan Forman

Grafik di atas memperlihatkan spektrogram berwarna kelabu yang memberi gambaran jumlah tenaga yang digunakan bagi melafazkan bunyi. Dalam masa yang sama dapat dilihat forman yang dipaparkan dengan titik-titik yang melintang, iaitu F1, F2 dan selebihnya. Manakala garis yang berlengkok-lengkok merujuk pada kelangsingan, iaitu tinggi rendah sesuatu lafaz. Dan garis yang memaparkan loncatan turun naik yang aktif mewakili intensiti yang merujuk kepada kelantangan suara semasa lafaz. Melalui program ini juga seperti yang dinyatakan sebelum ini setiap bacaan unit-unit parameter yang dikehendaki dapat diperoleh.

1.2.2 Fonetik Artikulatori

Fonetik artikulatori pula merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dihasilkan. Pendeskripsian ini melibatkan daerah dan alat artikulasi yang berfungsi menghasilkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah

[email protected] | 0109749867

Page 22: Fonetik Dan Fonologi

9

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

kawasan dalam saluran vokal yang disentuh oleh alat artikulasi sewaktu menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Manakala alat artikulasi pula ialah alat dalam saluran vokal yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif.

Artikulator aktif ialah organ dalam saluran vokal yang boleh digerakkan seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak boleh digerakkan seperti gigi atas dan lelangit keras. Fonetik artikulatori melibatkan kajian bagaimana memproduksikan bunyi bahasa dengan menggunakan organ pertuturan manusia, iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ pertuturan bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam tuturan, dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.

Setiap satu bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan mempunyai daerah, alat dan cara artikulasinya masing-masing. Dengan itu setiap satu bunyi yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain. Alat artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan cara dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang digunakan dalam proses pelabelan bunyi-bunyi bahasa seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya. Berikut adalah contoh grafik yang menunjukkan cara penyebutan bunyi [t] dan [k].

[email protected] | 0109749867

Page 23: Fonetik Dan Fonologi

10

Fonetik dan Fonologi

Rajah 1.3: Letupan gusi tak bersuara [t]

Dalam grafik di atas, bunyi [t] dilafazkan dengan kedudukan hujung lidah diletakkan di bahagian atas gusi. Lelangit lembut dirapatkan kepada belakang rongga tekak (farink). Udara yang terkumpul dan tersekat dalam rongga mulut, iaitu di bahagian belakang hujung lidah dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil ini dinamakan bunyi letupan gusi tak bersuara [t].

[email protected] | 0109749867

Page 24: Fonetik Dan Fonologi

11

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Rajah 1.4: Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

Grafik di atas pula menunjukkan kedudukan lelangit lembut dirapatkan kepada belakang rongga tekak (farink), manakala belakang lidah dirapatkan ke bahagian belakang lelangit lembut. Udara yang terkumpul dan tersekat di dalam rongga tekak dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil ini dinamakan letupan lelangit lembut tak bersuara [k]. Secara terperinci, kita dapat melihat grafik saluran vokal seperti berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 25: Fonetik Dan Fonologi

12

Fonetik dan Fonologi

1.5 Saluran Vokal (berdasarkan Gussenhoven, C dan Jacobs, H: 2005)

Pengkaji-pengkaji bidang ini melihat peranan alat, daerah dan cara artikulasi yang terlibat semasa melakukan klasifikasi bunyi-bunyi dalam bahasa. Hasil daripada pengklasifikasian yang dilakukan itu ialah pelabelan seperti dalam The International Phonetic Alphabet (IPA), rujuk bahagian akhir bab 3 yang memaparkan IPA ini. Ringkasnya kesemua ini adalah percaturan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh alat, daerah dan cara yang digunakan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Perlu disedari bahawa, bahasa-bahasa dalam dunia ini juga mempunyai jadual klasifikasi bunyi yang berhubungan dengan lafaz yang terdapat dalam bahasa masing-masing.

[email protected] | 0109749867

Page 26: Fonetik Dan Fonologi

13

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

1.2.3 Fonetik Auditori

Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza.” Dalam komunikasi, penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Proses ini masing-masingnya dinamakan sebagai proses mengekod dan mendekod.

Dengan itu, kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang direfleksikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Dan makna emosi ini dapat dikatakan sebagai suatu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam mendapatkan rujukan makna emosi ini, keabsahannya perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Dan soal selidik ini perlu dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya sedang dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian tersebut.

1.3 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonologi

Fonologi merupakan cabang linguistik yang menghuraikan bunyi-bunyi bahasa yang distrukturkan. Dengan kata lain, fonologi memfokus pada fungsi, perlakuan dan pengorganisasian bunyi dalam bahasa. Ini bererti fonologi dalam linguistik ialah yang berhubungan dengan sintak, morfologi sehingga semantik. Misalnya struktur yang dibincangkan dalam fonologi adalah bagaimana pola sesuatu bunyi

[email protected] | 0109749867

Page 27: Fonetik Dan Fonologi

14

Fonetik dan Fonologi

yang berulang berlaku dalam struktur morfem walaupun kedudukan bunyi tersebut dalam susunan yang berbeza, misalnya dalam kata dagang [da+ga ] dan gadang [ga+da ], bunyi [d] dan [g] yang telah bertukar posisi. Keadaan ini menunjukkan peranan fonologi dalam menentu bunyi apa yang berulang dan di posisi mana ia berulang. Selain itu, fonologi juga berperanan menstrukturkan sistem yang menjelaskan tidak kesemua perulangan bunyi berlaku pada semua posisi. Ini bererti ada sistem yang tertentu dalam setiap bahasa yang diterima pakai. Dan selanjutnya menjelaskan bahawa bunyi yang berulang pada posisi yang berbeza itu berbeza pula cara sebutannya akibat pengaruh bunyi yang wujud sebelumnya. Misalnya dalam kata kotak [ko+ta ] ; perap [pә +rap=

]. Lafaz bunyi [k] dan [p] yang berbeza apabila berada pada posisi yang berbeza.

Dalam struktur ayat, iaitu apabila berlaku pola intonasi yang berbeza, fonologi menjelaskan perbezaan yang berlaku misalnya bahasa Melayu yang dikategorikan sebagai bahasa intonasi membezakan pola intonasi yang membawa makna yang berbeza. Misalnya dalam ayat yang berikut:

Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di Malaysia.

1. Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di Malaysia. (ayat penyata dengan nada menurun di akhir ayat)

2. Universiti Malaya merupakan universiti yang tertua di Malaysia? (ayat tanya dengan nada yang menaik di akhir ayat.)

Antara (a) dan (b) yang berbeza berpunca dari variasi pola intonasi yang berlaku, iaitu nada akhir yang digunakan untuk membezakan makna wacana ayat tersebut. Variasi pola intonasi ini diterima pakai dan distrukturkan secara standard pergerakan kelangsingannya seperti yang wujud dalam bahasa Melayu.

[email protected] | 0109749867

Page 28: Fonetik Dan Fonologi

15

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Ini berbeza dengan bahasa nadaan (tone languages)7 yang menggunakan pola nada dalam membezakan makna sesuatu kata. Misalnya dalam bahasa Mandarin bagi kata ma, 4 nada8 yang berbeza akan juga menghasilkan 4 makna yang berbeza, iaitu ibu (nada tinggi malar),9 jerami (nada menaik)10, kuda (rendah-jatuh–menaik)11 dan marah (tinggi-turun)12. Grafik lafaz kata ma13 ini dapat dilihat melalui grafik di bawah:

1.6 Empat Nada Kata Ma dalam Bahasa Mandarin

Pola nada atas perkataan dalam bahasa nadaan menyebabkan perubahan dalam makna yang dirujuk. Ini bererti perubahan dalam makna kata berpunca daripada perubahan nada ke nada yang lain, seperti dalam contoh bagi kata ma dalam bahasa Mandarin di atas.

Dengan itu fonologi merupakan huraian tentang sistem, struktur yang berkaitan dengan pola bunyi yang signifikan dalam sesuatu bahasa. Ringkasnya, ia berhubungan dengan pengorganisasian bunyi-bunyi dalam tuturan. Ini bererti kajian fonologi lebih bersifat abstrak, iaitu struktur dalaman sesuatu aturan dalam bahasa.

mā = ibu

mā = jerami

mā = kudamā = marah

[email protected] | 0109749867

Page 29: Fonetik Dan Fonologi

16

Fonetik dan Fonologi

1.4 Ringkasan

Cakupan bidang fonetik dan fonologi ini sering kali menimbulkan masalah bagi meletakkan garis pemisah antara kedua-duanya. Kedua-dua bidang ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Justeru, apabila kita berbicara tentang fonologi tidak dapat tidak aspek fonetik juga turut disentuh. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan oleh sarjana dalam bidang ini yang cuba memisahkannya. Huraian sebelum ini telah menjelaskan perbezaan cakupan kedua-dua bidang ilmu ini. Sungguh pun begitu penghuraian yang berikut memperlihatkan bagaimana kedua-duanya saling berhubungan dan memerlukan satu sama lain, ataupun saling melengkapi.

Ada ahli bahasa yang mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang bunyi bahasa manakala fonologi sebagai kajian tentang struktur bunyi bahasa. Fonetik yang merujuk kepada kajian tentang bunyi bahasa adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ pertuturan. Kajian ini dilakukan samalah seperti kajian terhadap aktiviti sebuah orkestra muzik yang dimainkan oleh setiap instrumen muziknya secara terancang. Setiap bunyi yang terhasil ini mempunyai cirinya yang tersendiri sebagaimana yang dirakamkan dalam bentuk notasi muzik. Dengan kaedah yang sama, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia juga dikaji.

Sementara itu, ada sarjana lain yang menganggap fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah, kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik.

[email protected] | 0109749867

Page 30: Fonetik Dan Fonologi

17

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.

Analogi yang mudah bagi membezakan garis pemisah antara cakupan kedua-dua bidang ini adalah seperti hubungan antara warna-warna yang digunakan dalam lampu isyarat lalu lintas14. Sistem pertukaran warna-warna tersebut membawa fungsi makna-makna yang berlainan. Sistem lampu isyarat lalu lintas yang sedia ada kini disepakati dan digunakan di seluruh dunia dengan makna yang sama. Warna-warna yang digunakan dalam sistem lampu isyarat lalu lintas itu adalah mengikut susunan warna yang tetap, iaitu merah, jingga dan hijau. Warna merah melambangkan makna berhenti, jingga sebagai bersedia manakala hijau bermaksud boleh meneruskan perjalanan. Pengetahuan tentang fungsi-fungsi makna warna ini dipelajari oleh sesiapa saja yang ingin mendapatkan lesen memandu kenderaan di jalan raya. Pengetahuan bagi memahami penggunaan warna-warna ini dalam sistemnya dapat disamakan seperti dalam bidang kajian fonologi. Ini bererti apabila seseorang ingin mengkaji bidang fonologi, dia juga perlu menguasai sistem penggunaan dan penyusunan fonem-fonem dalam bahasa. Ini berkaitan dengan strukturnya dalam sesuatu bahasa, iaitu dengan fonotaktik dalam bahasa. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu terdapat sistem keselarasan bunyi, sistem persukuan, sistem abjad vokal dan konsonan dan sebagainya. Semua perkara ini berkaitan dengan sistem bunyi yang wujud dalam bahasa. Sesiapa yang berminat mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya, maka dia perlu mempelajari sistem ini setelah menguasai aspek fonetiknya.

Seterusnya bandingkan senario ini dengan sistem dalam lampu isyarat lalu lintas. Andaikan jika warna merah pada kedudukan pertama dalam isyarat lampu lalu lintas ditukarkan dengan warna biru, tetapi bilangan warna yang digunakan masih sama jumlahnya, iaitu tiga warna. Kita akan dapat melihat bahawa pertukaran warna

[email protected] | 0109749867

Page 31: Fonetik Dan Fonologi

18

Fonetik dan Fonologi

ini tidak menjejaskan pengetahuan, kefahaman dan kelaziman yang sedia ada dalam fikiran pengguna-pengguna jalan raya. Mengapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana sistem urutan dan struktur fungsi makna tidak berubah kecuali warna merah digantikan dengan biru, manakala yang lain-lain itu masih sama.

Bayangkan pula apabila satu warna lain ditambah kepada sistem lampu isyarat yang dahulunya mempunyai tiga warna, merah, jingga dan hijau itu kini diikuti pula oleh warna biru. Tambahan warna baru dalam sistem yang sedia ada akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna kerana ia berlainan atau wujud di luar apa yang sedia ada dan dipelajari sebelum ini. Para pengguna jalan raya pasti tertanya-tanya apakah fungsi warna biru yang diletakkan selepas warna hijau tersebut.

Kecelaruan yang sama berlaku dalam bahasa, iaitu seandainya kita menambah fonem-fonem tertentu ke dalam struktur sesuatu bahasa kita tentu sekali khalayak pengguna bahasa kita akan ‘bercelaru’ sehinggalah mereka dapat mengasimilasi dan mengadaptasi fonem yang baru ditambah itu. Dengan kata lain, analogi yang dikemukakan ini dapat menunjukkan bahawa fonologi mempunyai sistem dan struktur, samalah seperti yang dikiaskan kepada sistem pada lampu isyarat lalu lintas.

Sementara itu, kajian fonetik dalam kasus ini dilihat dengan kewujudan warna-warna ini, iaitu bagaimana warna merah, jingga dan hijau ini terhasil? Bagaimana membezakan antara warna merah jambu dengan merah pulasan, hijau dengan hijau muda, hijau dengan hijau tua dan sebagainya. Apakah ciri-ciri yang membezakannya? Situasi ini sama seperti dalam kajian fonetik yang mendeskripsikan, mengklasifikasi dan memberikan sifat-sifat bunyi bahasa.

[email protected] | 0109749867

Page 32: Fonetik Dan Fonologi

19

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

Secara ringkasnya perbezaan antara kedua-dua bidang ini dapat dilihat dalam jadual berikut:

Fonetik Fonologi

Fonetik adalah subdisiplin

linguistik, kajian tentang bunyi

sebagai fenomena dalam dunia

fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia

yang menghasilkannya.

Fonologi adalah subdisiplin

linguistik yang mengkaji bunyi

bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.

Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan

persepsi bunyi-bunyi bahasa yang

dihasilkan

Kajian tentang sistem bunyi

sesuatu bahasa dan sifat-sifat

semula jadi sistem tersebut secara

umum. Segala yang berkaitan

dengan sistem dalam bahasa, iaitu

pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada

tiga, iaitu fonetik akustik, fonetik

artikulatori dan fonetik auditori.

Kajian adalah berkaitan dengan

hubungan antara butir-butir

leksikal dengan butir-butir leksikal

lain yang membentuk ayat.

Mengkaji sifat setiap bunyi. Kajian berkaitan dengan penelitian

pola-pola intonasi.

Menggunakan simbol fonetik

yang dihasilkan untuk tujuan

merekodkan data bunyi dalam

bentuk tulisan.

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu

bahasa.

Jadual 1.7 : Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 33: Fonetik Dan Fonologi

20

Fonetik dan Fonologi

Rumusannya, kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat sehingga ada sarjana yang menyatakan bahawa kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang sama tetapi dari sudut pandangan yang berbeza! Dan garis pemisah untuk kedua-duanya terlalu kabur untuk diperjelaskan.

Dengan demikian dapat dilihat bahawa bidang fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana yang cuba meletakkan garis pemisahnya. Kajian dalam fonetik dapat dibahagikan kepada tiga subbidang, iaitu fonetik akustik, artikulatori dan auditori. Ketiga-tiga bidang kajian ini melengkapkan bidang fonologi dalam sesuatu bahasa.

1.5 Latihan1. Apakah yang dikatakan sebagai ilmu fonetik?

2. Apakah yang dikatakan sebagai ilmu fonologi?

3. Jelaskan konsep-konsep di bawah:

a. Fonetik akustik

b. Fonetik artikulatori

c. Fonetik auditori

4. Apakah yang dimaksudkan dengan simbol fonetik?

5. Bincangkan fungsi tanda diakritik dan proses peletakan tanda diakritik yang diterima pakai.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan transkripsi fonetik?

[email protected] | 0109749867

Page 34: Fonetik Dan Fonologi

21

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

7. Apakah yang dimaksudkan dengan transkripsi luas dan sempit?

8. Apakah yang membezakan transkripsi fonetik sistematik dan impresionistik?

9. Huraikan secara ringkas parameter F0, intensiti dan durasi.

10. Jelaskan konsep osilogram, spektrogram dan forman.

11. Huraikan konsep daerah artikulasi, alat artikulasi dan cara artikulasi.

12. Apa dia IPA? Dan apa fungsinya.

13. Jelaskan perbezaan artikulator aktif dan artikulator pasif.

14. Bincangkan konsep mengekod dan mendekod.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan makna emosi?

16. Apakah rasionalnya ujian persepsi dilakukan?

17. Hujahkan kepentingan responden yang sesuai untuk ujian persepsi.

18. Nyatakan perbezaan cakupan bidang fonetik dan fonologi.

19. Kedua-dua bidang fonetik dan fonologi ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Bincangkan hubungan yang wujud antara kedua-duanya. Kemukakan contoh yang sesuai.

20. Kemukakan analogi yang sesuai bagi menyatakan perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi.

21. Bincangkan parameter yang lazim menjadi ukuran dalam kajian fonetik akustik dan peranan parameter ini dalam komunikasi.

[email protected] | 0109749867

Page 35: Fonetik Dan Fonologi

22

Fonetik dan Fonologi

22. Bincangkan kepentingan alat artikulasi dan daerah artikulasi yang sempurna dalam penghasilan sesuatu bunyi.

23. Fonetik auditori adalah bidang yang berkaitan dengan data bunyi yang dipersepsi oleh pendengar. Bincangkan aspek fonetik ini yang berkait rapat dengan fonetik akustik.

24. Hujahkan kepentingan mempunyai pengetahuan dalam bidang fonetik dalam menguasai bidang fonologi.

25. Bincangkan bagaimana bidang fonetik dikatakan berperanan mendeskripsi dan mengklasifikasikan sesuatu bunyi.

26. Sejauh mana budaya masyarakat penutur sesuatu bahasa mempengaruhi sesuatu makna lafaz bunyi?

27. Bincangkan apakah fungsi pita suara dalam penamaan klasifikasi sesuatu bunyi.

28. Melalui program Praat, data bunyi telah dapat diperlihatkan parameternya. Sejauh mana visual ini dapat membantu analisis yang dilakukan?

29. Setiap bahasa dalam dunia ini mempunyai sistem fonologi dan fonetiknya yang tersendiri. Hujahkan penyataan ini.

30. Produksi sesuatu bunyi sebutan adalah proses realisasi sesuatu bunyi. Realisasi bunyi ini diwakili dengan lambang-lambang tertentu. Deretan lambang ini dinamakan proses mentranskripsi fonetik. Bincangkan kegunaan transkripsi fonetik dalam kajian bahasa.

31. Segala bentuk sebutan yang terlafaz seolah-olah telah terancang awal di dalam otak seseorang manusia. Hujahkan.

[email protected] | 0109749867

Page 36: Fonetik Dan Fonologi

23

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

1. Situasi ini memperlihatkan bagaimana fonetik dan fonologi saling

melengkapi antara satu sama lain.

2. Simbol Fonetik amat berguna dalam merekodkan bunyi dalam bahasa.

3. Bunyi

4. Signal bunyi dalam struktur ujaran (ayat), ungkapan dan sebagainya.

5. Kecenderungan jawapan sebegini sering kali bermaksud “tidak”.

6. www.praat.org

7. Tonal/tone languages. Bahasa yang pola nadanya membentuk

sebahagian daripada struktur kata dan bukannya struktur ayat dan

bersifat pembeza ayat.

8. Jika nada neutral hendak diambil kira sebagai nadaan juga, maka

jumlah sistem nadanya akan menjadi lima (5). Walau bagaimanapun,

lazimnya bahasa Cina dirujuk sebagai bahasa yang mempunyai 4 sistem

nada, iaitu yang dirujuk sebagai membezakan makna. Juga dipanggil

sebagai lexical tone.

9. High level atau nada pertama, nada tinggi malar

10. High rising atau nada kedua, nada menaik

11. Low falling rising atau nada ketiga, nada rendah-jatuh-menaik

12. High falling atau nada keempat, tinggi turun

13. Terima kasih kepada Dr. Wong Nyok Nyen, pensyarah di Jabatan

Pengajian Tionghua, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Beliau merupakan pensyarah kursus bahasa Cina. Rakaman bunyi kata

ini menggunakan suara beliau. Terima kasih juga kepada Amy Teoh

Nuraina, pelajar tahun 4, SRJK (C) Taman Connaught, Cheras yang

rakaman suaranya digunakan dalam kajian awal.

14. http://education.leeds.ac.uk

[email protected] | 0109749867

Page 37: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 38: Fonetik Dan Fonologi

Kajian Fonetik dan Fonologi

Bab 2

2.1 Perkembangan Kajian Fonetik dan Fonologi

Perkembangan bidang ilmu fonetik dan fonologi di luar negara begitu mempengaruhi negara-negara di rantau ini. Walau bagaimanapun, pemindahan ilmu pada suatu masa dulu tidak berlaku sepantas sekarang. Perkembangan di rantau ini sering kali agak jauh ketinggalan daripada yang berlaku di Barat. Perkembangan yang berlaku agak lambat ini berpunca daripada kekangan kemudahan teknologi, faktor kewangan dan kepakaran. Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya pula berlaku kini. Melalui Pemindahan Maklumat melalui Komunikasi atau ICT (Information Communication Transfer) maklumat dapat dipindahkan dengan pantas. Ini menimbulkan kesan positif yang dapat disaksikan pada hari ini. Perkembangan bidang ilmu yang sama berlaku serentak di Malaysia dan Indonesia.

[email protected] | 0109749867

Page 39: Fonetik Dan Fonologi

26

Fonetik dan Fonologi

2.2 Kajian Fonetik dan Fonologi di Malaysia

Bidang fonetik mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 1950-an bermula di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Menurut catatan di bahagian pengenalan buku The Malay Sound System oleh Muhammad Yunus Maris, pengajaran bidang ilmu ini diajarkan oleh beliau sehingga tahun 1962. Bidang ini turut juga diajarkan oleh beberapa tenaga pengajar lain yang mendapat latihan dari Jabatan Linguistik, Universiti London. Mereka adalah Fatimah Hamidon, Asiah Abu Samah dan Muhammad Yunus Maris sendiri.

Sementara itu, di Universiti Malaya, pengajaran bidang fonetik dan fonologi secara umumnya bermula dengan perpindahan Muhammad Yunus Maris ke Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Catatan yang ditemui menunjukkan pengajaran bidang ilmu ini ada diajarkan pada tahun 1960-an, iaitu dengan adanya tesis sarjana sastera Nik Safiah Karim (1965) yang diselia oleh Muhammad Yunus Maris sendiri. Maklumat demikian juga terdapat dalam latihan ilmiah Hashim Musa (1971) yang mencatatkan pengajaran kursus yang dinamakan Fonetik dan Fonologi.

Menyorot perkembangan bidang ilmu ini sejak dari awalnya, ternyata bahawa bidang ini mula disebut oleh Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Za’ba seperti yang dimaklumi walaupun tidak mendapat pendidikan rasmi dalam bidang ilmu ini, telah menghasilkan penulisan ilmu yang ternyata selari dengan apa yang dibicarakan semasa itu di luar negara. Sungguh pun konsep-konsep linguistik seperti fonologi, fonetik, suprasegmental dan sebagainya tidak terdapat dalam mana-mana penerangan dalam buku ini, penggunaan konsep-konsep yang digunakan oleh Za’ba dianggap sesuai dengan pemerhatian dan pengalaman beliau sebagai penutur dan pengajar bahasa Melayu.

[email protected] | 0109749867

Page 40: Fonetik Dan Fonologi

27

Kajian Fonetik dan Fonologi

Di Malaysia, kajian fonetik secara formal dapat dibahagikan kepada dua era yang berbeza, iaitu impresionistik dan eksperimental. Kaedah impresionistik ialah kaedah tanpa menggunakan peralatan yang canggih. Oleh itu kajian lalu yang dilakukan hanya menggunakan alat perakam dan pita rakaman dengan signal bunyi diulang dengar tanpa dapat diperlihatkan. Ini berbeza dengan kaedah eksperimental. Eksperimental menggunakan kecanggihan teknologi dengan perisian komputer Praat (terkini) manakala sebelum perisian ini dicipta, peralatan lain yang digunakan pula bersifat canggih semasa. Antara prosedur yang dilakukan dalam eksperimental ialah manipulasi data, stilisasi, salinan (close-copy) dan ujian persepsi. Perkara-perkara ini dibincangkan secara detail pada bab 5, Fonetik Eksperimental.

Peringkat awal kajian yang berlangsung di Malaysia menggunakan kaedah impresionistik yang dilakukan oleh Nik Safiah Karim (1965). Nik Safiah Karim dalam tesis sarjananya yang bertajuk Loghat Melayu Kelantan: Satu Cherakinan Kajibunyi Bahasa pada tahun 1965 di Universiti Malaya menyentuh dua perkara, iaitu aspek bunyi vokal, konsonan dan diftong serta bentuk suku kata, ciri-ciri prosodi dan pola intonasi dalam dialek Kelantan. Ciri-ciri prosodi yang dibincangkan dalam tesis ini adalah tekanan, nada dan tempo panjang-pendek. Tumpuan ciri tekanan yang dibincangkan adalah tekanan keras dan paling keras, tekanan lembut dan paling lembut. Fitur nada pula dikaitkan dengan perasaan seperti marah, suka, terperanjat dan sebagainya. Manakala tempo panjang pendek dilihat pada bunyi vokal dan konsonan. Kesemua ciri ini dikatakan tidak menjadi pembeza makna dasar sesuatu perkataan, tetapi hanya berfungsi sebagai makna suasana sesuatu sebutan. Menurut kajian beliau lagi, ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh dialek Kelantan. Manakala aspek pola intonasi yang dirujuk sebagai lagu dalam tesis ini, difokuskan kepada dua jenis, iaitu lagu akhir-menurun dan lagu akhir-menaik yang masing-masingnya merujuk kepada corak suruhan

[email protected] | 0109749867

Page 41: Fonetik Dan Fonologi

28

Fonetik dan Fonologi

dan kenyataan serta corak soalan, permohonan, pertuturan tambahan dan membilang. Dalam kajian ini Nik Safiah Karim menggunakan data daripada pengucapan beliau sendiri dengan pendapat bahawa diri beliau sendiri mewakili loghat yang dikaji.

Keadaan yang sama dilakukan dalam latihan ilmiah Hashim Musa (1971) Pengantar Chiri-chiri Sendi dan Intonasi serta Pengwujudan Chiri-chiri itu di dalam Dialek Kelantan yang Dituturkan di Pasir Mas. Seperti kajian Nik Safiah Karim, kajian ini menggunakan kaedah impresionistik. Peralatan yang digunakan bagi menganalisis adalah pita rakaman dan alat perakam sahaja. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa pola intonasi mempunyai pelbagai kontur yang boleh diaplikasikan kepada jenis ayat. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan tertentu dalam pemilihan pola yang digunakan. Dalam kajian ini juga Hashim Musa menyentuh aspek makna emosi, walaupun pelabelan yang dilakukan agak sukar untuk diabsahkan kerana tiada ujian persepsi yang dilakukan.

Farid Onn (1980) dalam tesisnya membincangkan aspek sinkronik fonologi dan morfologi dialek Johor. Kajian beliau mempunyai dua objektif. Pertama, beliau mencuba mendeskripsi variasi fonologi dan morfologi terpilih yang ditemui dalam bahasa, dan menjadikan pendeskripsian tersebut sebagai penerangan kepada proses fonologi dan morfologi bahasa Melayu. Kedua, beliau menghujahkan tentang perbezaan taraf antara peraturan yang wujud dalam fonologi dan morfologi. Farid Onn menggunakan kerangka kajian fonologi generatif yang dihasilkan oleh Chomsky dan Halle (1965) seperti yang terdapat dalam buku The Sound Pattern of English (SPE).

Data yang digunakan oleh beliau adalah tuturan beliau sendiri sebagai penutur asli bahasa Melayu. Di samping itu beliau menggunakan data tambahan daripada kajian Zaharah Buang (1966) Loghat Melayu Johor. Beliau juga mendapatkan data daripada

[email protected] | 0109749867

Page 42: Fonetik Dan Fonologi

29

Kajian Fonetik dan Fonologi

penutur asli dialek Johor untuk tempoh rakaman selama 30 jam, dan diskusi dengan pelajar di Universiti IIlinois. Dalam aspek fonologi, Farid Onn menyatakan bahawa terdapat fonem yang menjadi bentuk dalaman dialek Johor. Menurut beliau terdapat 24 fonem yang menjadi bentuk dalamnya, iaitu enam bunyi hentian, dua bunyi afrikat, satu bunyi frikatif, dua bunyi likuida, empat bunyi nasal, tiga bunyi geluncuran dan enam bunyi vokal. Selain itu menurut beliau kesemua bunyi vokal dikatakan silabik manakala bunyi konsonan termasuk bunyi geluncuran adalah sebaliknya. Secara ringkasnya Farid dalam tesisnya ini telah mengemukakan satu rumus tentang fonotaktik dialek Johor berdasarkan kerangka fonologi generatif.

Muhammad Yunus Maris (1980) dalam bukunya The Malay Sound System pula, membincangkan bunyi-bunyi dalam keluarga vokal dan konsonan. Selain bunyi vokal yang umum, harmoni bunyi vokal dan diftong turut dihuraikan. Dalam menghuraikan bunyi konsonan dan vokal yang umum, beliau juga membincangkan bunyi konsonan sekunder, iaitu bunyi konsonan pinjaman. Perbincangan ini diteruskan dengan taburan bunyi-bunyi ini dalam binaan suku kata bahasa Melayu. Muhammad Yunus Maris membincangkan dengan agak terperinci cara bagaimana sesuatu bunyi-bunyi ini dihasilkan. Walau bagaimanapun kandungan huraiannya tidak disokong dengan grafik kedudukan alat artikulasi pada daerah artikulasi semasa lafaz sesuatu bunyi dihasilkan. Sungguh pun begitu, setiap tajuk yang dibincangkan disediakan latihan yang dapat membantu pelajar.

Buku Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1985) yang berjudul Ilmu Fonetik dengan Latihan, berlainan pula. Buku ini dimulai dengan penjelasan tentang hubungan fonetik dengan linguistik, dan huraian yang menerangkan kegunaan bidang ilmu ini. Selebihnya adalah perkara yang sama seperti yang dibincangkan oleh Muhammad Yunus Maris, iaitu huraian mengenai bunyi vokal, konsonan, diftong dan diakhiri dengan latihan. Kelebihan buku ini adalah

[email protected] | 0109749867

Page 43: Fonetik Dan Fonologi

30

Fonetik dan Fonologi

grafik-grafik yang disediakan dapat memperlihatkan kedudukan alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Ini bersesuaian dengan objektif penghasilan buku ini sebagai buku teks kursus yang diajarkan semasa itu di Universiti Malaya. Pemaparan grafik-grafik ini membantu pelajar mengenal pasti kedudukan alat artikulasi dan daerah artikulasi semasa menghasilkan bunyi.

Sementara itu, Zaharani Ahmad (1988) dalam kajian yang bertajuk The Phonology and Morphology of the Perak Dialect berfokus kepada dialek yang dituturkan di daerah Bota, Perak. Kajian beliau adalah deskripsi sinkronik tentang fonologi dan morfologi dialek Perak yang dituturkan di tebing sungai Perak di daerah Bota. Data yang dianalisis oleh beliau terdiri daripada rakaman perbualan spontan penutur asli selama enam jam secara tidak diselia. Dalam kajian ini, Zaharani Ahmad menemui 24 fonem segmen yang terdiri daripada 18 konsonan dan 6 vokal. Dalam kajian ini proses fonologi dirumuskan dengan menggunakan kerangka standard fonologi generatif. Huraian ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh Farid Onn (1980). Butir yang berbeza adalah data yang digunakan.

Asraf Abdul Wahab (1988) pula menulis satu buku kecil yang diberi judul Intonasi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Kandungan buku ini terdiri daripada kertas kerja yang ditulis dan dibentangkan oleh beliau dalam “Bengkel Intonasi Bahasa Melayu” pada tahun 1981. Antara perkara yang dihuraikan adalah fungsi intonasi, tata tingkat nada dalam jenis ayat dan makna emosi. Jika diteliti kandungan buku ini ternyata apa yang dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan (1986, 1993, Edisi Baharu), sebenarnya telah memanfaatkan hasil pemikiran Asraf Abdul Wahab. Walau bagaimanapun huraian Asraf Abdul Wahab ternyata lebih komprehensif dalam buku kecilnya ini.

Teoh Boon Seong (1994) pula dalam bukunya The Sound System

[email protected] | 0109749867

Page 44: Fonetik Dan Fonologi

31

Kajian Fonetik dan Fonologi

of Malay Revisited membincangkan tentang analisis fonologi bahasa Melayu dalam kerangka generatif nonlinear. Dalam perbincangannya Teoh Boon Seong menghuraikan rumus suku kata dan menyimpulkan bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur suku kata KV (K) yang mendasarinya. Selain itu, disentuh juga limitasi penyebaran ulang vokal, susunan vokal dan diftong dalam bahasa Melayu standard. Bahasa Melayu dikatakan termasuk di bawah klasifikasi bahasa jenis III, iaitu menurut klasifikasi Clements & Keyser (1983). Ciri yang dinamakan KV(K) ini dikatakan mesti mempunyai onset.

Sementara itu, Nor Hashimah Jalaluddin (2000) menghuraikan topik-topik tambahan kepada apa yang pernah dibincangkan oleh sarjana-sarjana sebelumnya. Aspek tambahan yang dihuraikan itu berkaitan dengan bunyi dan artikulasi, iaitu bunyi-bunyi bukan pulmonik dan koartikulasi serta artikulasi sekunder. Selain itu, topik fonetik akustik dan fonetik auditori juga dibincangkan. Walaupun huraian untuk kedua-dua topik ini ringkas sahaja, namun gambaran cakupan kedua-dua bidang ini diperkenalkan dan dihuraikan dengan jelas. Kandungan buku ini juga memaparkan grafik-grafik yang menunjukkan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Dapat dikatakan kandungan huraian grafiknya hampir sama seperti yang terdapat dalam buku Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd Dain. Sementara itu, pengenalan topik fonetik akustik dan auditori dapat dianggap sebagai permulaan kepada perkembangan era kajian fonetik yang baru. Buku-buku sarjana tempatan sebelum Nor Hashimah Jalaluddin tidak menghuraikan kedua-dua topik ini.

Paitoon M. Chaiyanara (2001) dengan bukunya yang bertajuk Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dapat dianggap memperlengkapkan buku-buku fonetik atau fonologi yang sedia ada. Kandungan buku ini ternyata membincangkan topik-topik yang baru yang jika ada pun dibincangkan oleh sarjana tempatan seperti Nor Hashimah, perbincangan dan penghuraian oleh Paitoon

[email protected] | 0109749867

Page 45: Fonetik Dan Fonologi

32

Fonetik dan Fonologi

lebih menyeluruh. Perbincangan petikan dalam bukunya ini berfokus kepada fonetik artikulatori dan akustik.

Kajian akademik peringkat kedoktoran pula dilakukan oleh Zuraidah Md. Don (1996). Beliau menggunakan korpus bahasa Melayu, iaitu temu ramah dalam bidang penyiaran. Kajian Zuraidah Md. Don membincangkan sistem giliran bercakap yang ditandai oleh ciri-ciri dalam bidang prosodi seperti kelangsingan, kelantangan, tempo dan jeda. Dapatan Zuraidah Md Don memperlihatkan bahawa temu ramah dalam bidang penyiaran menggunakan penanda prosodi bagi menandakan sama ada perbualan akan diteruskan atau pemberian ruang bercakap kepada orang lain, permulaan topik baru dan sebagainya. Sungguh pun begitu, perlu dijelaskan bahawa sebelum kajian Zuraidah Md. Don, kajian yang tidak berfokus kepada bahasa Melayu telah dilakukan, iaitu oleh Wong, E. Tesis Wong, E hanya memuatkan satu bab sahaja daripada keseluruhan tesis tersebut yang membincangkan fonologi bahasa Penampang Kadazan. Kajian Zuraidah dan Wong, E merupakan penanda kepada kajian era eksperimental di Malaysia.

Kajian selanjutnya dilakukan oleh Indirawati Zahid (2003) untuk ijazah kedoktorannya, berjudul Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental: Realisasi Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2. Kajian ini menggunakan filem Sembilu I dan II sebagai korpus. Kajian ini menghuraikan pola intonasi bahasa Melayu dan makna emosinya. Ayat-ayat yang dianalisis dalam kajian ini adalah ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Analisis yang dilakukan ini juga mengaitkan pola intonasi dengan makna emosi dalam sesuatu ujaran. Dalam kajiannya, Indirawati membezakan konsep ayat dan ujaran. Ayat dan ujaran dikatakan sinonim pada aras yang tertentu tetapi berbeza apabila input intonasi/prosodi menjadi fitur yang menggramatiskan struktur ayat yang tidak gramatis. Kajian ini bersifat eksperimental dengan menggunakan perisian komputer yang bernama Praat.

[email protected] | 0109749867

Page 46: Fonetik Dan Fonologi

33

Kajian Fonetik dan Fonologi

Malahan, kajian ini juga melakukan ujian persepsi bagi mendapatkan pengabsahan dapatan, khususnya dari segi pelabelan makna emosi dan stilisasi Praat tersebut. Dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa penyataan dalam Tatabahasa Dewan bahawa pergerakan tingkat nada untuk ayat penyata adalah 2423 itu, tidak dapat diabsahkan oleh perisian Praat. Beliau juga membuktikan bahawa terdapat lebih daripada satu pola intonasi yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu ujaran. Walau bagaimanapun, kecenderungan penutur yang berkaitan dengan konteks dan makna emosi akan menentukan pilihan pola yang digunakan untuk sesuatu situasi. Ringkasnya bidang fonetik dan fonologi seperti yang dinyatakan dalam bab 1 memperlihatkan hubung kait yang sangat rapat. Oleh itu terdapat sarjana yang melakukan kajian dengan melibatkan kedua-dua bidang seperti kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah Karim (1965). Dari sejumlah kajian dan buku fonetik dan fonologi yang ditulis, kandungan yang per se menyentuh fonetik akustik yang membincangkan intonasi/prosodi amat kurang. Kajian awal yang cuba membincang dan menghuraikan aspek ini hanya dilakukan oleh Nik Safiah Karim dan Hashim Musa, iaitu ke atas dialek Kelantan. Manakala kajian per se bahasa Melayu pula oleh Asraf. Dan apabila diteliti jurang masa yang wujud, ternyata kaedah impresionistik dan eksperimental yang berlangsung di Malaysia memperlihat julat yang besar.

2.3 Kajian Fonetik Akustik di Indonesia

Di Indonesia, senario kajian fonetik akustik yang menyentuh aspek prosodi/intonasi adalah berbeza. Kajian fonetik akustik di Indonesia bermula lebih awal dan kajian yang dilakukan lebih terkehadapan dengan menggunakan kaedah yang lebih maju.

Amran Halim (1969) adalah pelopor bidang ilmu ini di Indonesia dengan kajiannya mengenai intonasi. Kajian beliau mengenai intonasi

[email protected] | 0109749867

Page 47: Fonetik Dan Fonologi

34

Fonetik dan Fonologi

bahasa Indonesia dilakukan di Universiti Michigan, Amerika Syarikat untuk ijazah doktor falsafah. Kajian beliau menjadi titik permulaan kepada kajian yang selanjutnya di Indonesia. Kajian ini banyak memberi pengaruh kepada kajian yang dilakukan oleh Hashim Musa (1971) di Malaysia. Malah, kekuatan pengaruh kajian Amran Halim ini menyebabkan lahirnya buku kecil oleh Asraf Abdul Wahab (1988) dengan tajuk yang hampir sama dengan tajuk tesis Amran Halim. Tesis Amran Halim kemudiannya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Melayunya, masing-masingnya bertajuk Intonation – In Relation To Syntax In Bahasa Indonesia dan Intonasi dalam Hubungannya dengan Sintaksis Bahasa Indonesia.

Kajian ini adalah kajian pertama era eksperimental yang menggunakan alat yang dinamakan Mingograph. Amran Halim telah menggunakan data yang dikumpul menerusi dua orang penutur, iaitu dirinya sendiri dan isterinya.

Beliau juga menggunakan orang Indonesia yang bukan dari Sumatra Selatan sebagai informan sekunder. Informan sekunder ini bertugas menyediakan konteks sosial bagi informan primer. Fokus kajian beliau berkisar pada empat perkara dalam bahasa Indonesia, iaitu (1) pola intonasi, (2) ciri-ciri khas prosodi yang digunakan seperti tingkat tinggi nada, perubahan tinggi nada, jeda dan sebagainya, (3) fungsi intonasi dan (4) hubungan pola intonasi dengan ayat.

Kajian Amran Halim ini tidak mengaitkan pola intonasi dengan makna emosi. Dalam kajian ini, beliau menemui beberapa perkara berhubung dengan prosodi, iaitu tiada pola intonasi yang khusus untuk sesuatu jenis ayat, ciri tekanan yang bersifat tonotemporal yang dihubungkan dengan tinggi nada dan rentang waktu, kewujudan pola intonasi yang pelbagai bentuknya dan hubungan yang wujud antara subkomponen intonasi komponen fonologi dengan komponen sintaktik.

[email protected] | 0109749867

Page 48: Fonetik Dan Fonologi

35

Kajian Fonetik dan Fonologi

Semasa Amran Halim menjadi Ketua Pusat Pengembangan Bahasa dan Sastera Indonesia, beliau merencanakan dua orang pengkaji Indonesia bagi mendalami bidang ilmu ini pada peringkat kedoktoran. Semasa itu juga Pusat Pengembangan Bahasa dan Sastera Indonesia ini juga memiliki mesin spektrograf. Dapat dikatakan, kewujudan seorang pakar daripada bangsa sendiri di negara sendiri adalah kelebihan yang sememangnya diakui bagi menentukan perkembangan sesuatu bidang ilmu.

Kajian selepas Amran Halim adalah Samsuri (1971). Berbanding dengan Amran Halim, kajian Samsuri menggunakan penutur bahasa Indonesia daripada pelbagai daerah. Dalam kajiannya pola intonasi ayat bahasa Indonesia dibahagikan kepada dua, iaitu pola intonasi utama dan pola intonasi tambahan. Menurut beliau, pola intonasi boleh menjadi pola intonasi utama tetapi dalam ayat kompleks ia boleh menjadi gabungan kedua-dua pola, iaitu pola utama dan tambahan.

Kajian selanjutnya dilakukan oleh Suparno (1971). Beliau membuat kajian tentang strategi pemfokusan dengan menggunakan struktur tema-rema. Objektif kajian beliau adalah mengungkapkan ciri intonasi ayat yang berstruktur rema-tema, ciri konstituen tema dan rema dan penghuraian strategi pengimbangan dalam struktur tema-rema. Data yang digunakan adalah tuturan bahasa Indonesia tidak rasmi masyarakat asli Kota Malang yang menguasai bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dan tidak pernah bermastautin di tempat lain. Kajian Suparno menemui pola kontur tema yang terbahagi kepada dua, iaitu pola yang tidak memiliki makna kontras dan yang memiliki pola kontras. Selain itu, ditemui juga pola kontur rema yang berekor dan tak berekor dan sembilan penanda bahasa yang mempunyai pengaruh ke atas pola intonasi.

Kajian selanjutnya dilakukan oleh Laksman (1991), dan beliau membuat kajian tentang tekanan dalam bahasa Indonesia di sebuah

[email protected] | 0109749867

Page 49: Fonetik Dan Fonologi

36

Fonetik dan Fonologi

universiti di Perancis. Ini seterusnya diikuti oleh kajian Ebing, Ewald (1997), sarjana Belanda yang membuat kajian peringkat kedoktoran dengan tajuk Form and Function of Pitch Movements in Indonesian. Dalam kajiannya, Ebing mencuba menemukan, (1) ciri utama intonasi bahasa Indonesia yang dibincangkan dalam kajian yang lalu, (2) menghasilkan model intonasi yang eksplisit dengan menggunakan kaedah analysis-by-resynthesis, (3) mencari hubungan model tersebut dengan penghuraian yang sedia ada dan hubungan elemen tersebut dengan fungsi-fungsi intonasi seperti fokus maklumat dan pemenggalan (segmentasi) tuturan. Data yang digunakan oleh Ebing adalah tuturan orang Riau, Jawa dan Bali. Dapatan beliau menunjukkan bahawa penutur bahasa Indonesia mempunyai toleransi yang besar terhadap pola intonasi.

Seperti Tatabahasa Dewan di Malaysia, buku Tata Bahasa Indonesia (1998) juga mengandungi bab mengenai intonasi bahasa Indonesia. Kandungan bahagian ini adalah berdasarkan kajian Amran Halim. Cara pelabelan menggunakan sistem angka 1, 2, 3 dan 4, seperti yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan, dinamakan sebagai titi nada.

Kajian-kajian yang dinyatakan sebelum ini kebanyakannya melibatkan sarjana-sarjana tempatan Indonesia. Walau bagaimanapun kajian yang melibatkan pengkaji Eropah banyak juga ditemui, seperti Ebing, Ewald (1992, 1994, 1997), Cecilia Odé (1994), van Zanten (1994), dan Ebing, Ewald dan Vincent van Heuven (1997).

Walaupun semua kajian di atas adalah bertitik tolak daripada Amran Halim, tidaklah bererti sebelum zaman itu intonasi tidak pernah dibincangkan. Topik yang berkaitan dengan prosodi ini ada dibincangkan seawal sebelum Indonesia merdeka, iaitu oleh Marsden, W. (1812) dalam bukunya A Grammar of The Malayan Language. Intonasi dibincangkan juga oleh Adam dan Butler (1943), Kähler (1948), Alisjahbana, S. T. (1949), Verguin (1955), Armijn Pané

[email protected] | 0109749867

Page 50: Fonetik Dan Fonologi

37

Kajian Fonetik dan Fonologi

(1950) dan Fokker, A. A. (1960). Alisjahbana memberi fokus kepada kajian tekanan kata dan topik, dalam perbincangan mengenai intonasi yang disebutnya sebagai lagu kalimat. Dalam huraiannya beliau membezakan pola intonasi kepada tiga dasar, iaitu berasaskan ayat berita, tanya dan perintah. Sementara itu Armijn Pané (1950) pula membuat huraiannya yang tidak banyak bezanya daripada Alisjahbana. Sungguh pun begitu, kajian Armijn Pané memberikan impak yang besar kepada kajian linguistik moden Indonesia. Armijn Pané dalam perbincangannya menekankan pengaruh penutur daerah terhadap prosodi Indonesia. Menerusi pandangan ini, ujian persepsi yang lebih luas dilakukan terhadap orang Indonesia. Hal ini memperluas hasil dapatan secara empirikal. Untuk mengukuhkan dapatannya, beliau dan isterinya bertindak sebagai informan selain penutur bahasa Jawa, Sunda dan Batak. Manakala untuk mengabsahkan persepsi beliau, beliau menggunakan seorang ahli muzik bagi mendapatkan tinggi nada lafaz.

A. A. Fokker (1960) pula dikatakan tidak membincangkan topik ini secara khusus. Sebaliknya topik ini hanya dijadikan maklumat tambahan yang disisipkan apabila membicarakan tentang ayat dalam bahasa Indonesia. Maklumat yang dikatakan agak baru dalam huraian beliau ialah keadaan sesuatu ayat yang dikatakan terikat dengan situasi tertentu, yang anggota situasinya dipengaruhi oleh penutur dan pendengar. Oleh kerana itu, menurut beliau lagu intonasi memiliki domain yang lebih luas, iaitu wacana.

Umumnya apa yang berlaku di Malaysia sama seperti apa yang berlaku di Indonesia. Buku-buku awal tidak secara spesifik membincangkan intonasi/prosodi secara mendalam. Sarjana awal membincangkan aspek ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam penggunaan bahasa seharian. Perbincangan yang bersifat saintifik dan empirikal belum ada. Oleh itu, bagi keabsahan, perbincangan masih terbuka sehingga hari ini.

[email protected] | 0109749867

Page 51: Fonetik Dan Fonologi

38

Fonetik dan Fonologi

Perkembangan bidang ilmu ini agak pesat di Indonesia berbanding dengan apa yang berlaku di Malaysia. Faktor yang memungkinkan Indonesia berada jauh di hadapan dalam bidang ilmu ini adalah hubungan baik antara Indonesia dengan Belanda. Hubungan ini memberikan banyak kelebihan kepada penyelidikan yang dilakukan. Manfaat hubungan akrab ini membolehkan dana diwujudkan untuk penyelidik Indonesia yang hendak membuat penyelidikan dalam bidang ini. Dengan demikian kajian eksperimental seperti yang dilakukan oleh sarjana fonetik Belanda dapat dijalankan melalui dana daripada negara Belanda. Inilah yang membolehkan Lilie Roosman, Sugiyono dan Rahyono menjalankan penyelidikan pada peringkat ijazah kedoktoran. Kajian seumpama ini juga dilakukan oleh penyelidik Indonesia secara bergabung dengan kepakaran nasihat penyelidik Belanda. Malah seorang daripada penyelidik Indonesia yang belajar di negara Belanda, iaitu Sugiyono telah membantu memperkembang bidang ilmu fonetik ini dengan mengadakan Simposium Penelitian Bahasa Indonesia Ragam Lisan, di Pusat Bahasa dan Pengembangan Sastera, Jakarta, pada 6 – 7 November 2001. Simposium ini turut dihadiri oleh Amran Halim sebagai pembentang utama. Pembentangan kertas kerja yang lain juga melibatkan penyelidik-penyelidik yang menjalankan penyelidikan melalui pembiayaan negara Belanda.

Sejak simposium tersebut, kajian ini terus berkembang sehingga kini. Setiap tahun ada empat judul penyelidikan prosodi yang dibiayai. Sugiyono yang pada masa ini bertugas di Pusat Pengembangan Bahasa dan Sastra Indonesia, Departmen Pendidikan Nasional, Indonesia terus membuat penyelidikan mengenai prosodi. Beliau juga membuat fokus kajiannya tentang tekanan kata dan variasi alofon vokal bahasa Indonesia yang dituturkan oleh sekitar kelompok etnik yang ada di Indonesia. Manakala pada tahun 2005, Myrna Laksman, Rahyono, dan Lilie Roosman melaksanakan penyelidikan tentang

[email protected] | 0109749867

Page 52: Fonetik Dan Fonologi

39

Kajian Fonetik dan Fonologi

prosodi bahasa Indonesia yang dituturkan oleh kelompok etnik Lampung dan Jambi.

Sementara itu, kajian oleh penyelidik Eropah tetap berterusan misalnya van Heuven & E. van Zanten (2007) yang menjadi editor untuk penerbitan buku Prosody in Indonesian Languages, van Heuven dan Vera Faust yang mengkaji dan menulis penyelidikan pada tahun 2009 tentang Are Indonesians Sensitive to Contrastive Accentuation Below the Word Level?, dan yang terkini kajian peringkat sarjana oleh Raechel Maskikit (2009), The Intonation of Ambonese Malay. Dengan kadar kekerapan penyelidikan yang tinggi dan bersifat semasa, bidang ini kian berkembang di Indonesia dan hampir semuanya cuba dikaji sama ada dari aspek bahasa Indonesia itu sendiri, dialek atau bahasa-bahasa yang wujud di Indonesia.

2.4 Kajian Fonetik Akustik di Malaysia

Di Malaysia pengajaran fonetik dan intonasi dijalankan dalam setiap kursus bahasa Melayu di semua Jabatan Bahasa Melayu di universiti-universiti dan maktab perguruan. Namun, pendekatan yang digunakan adalah fonetik impresionistik. Tidak ada pembaruan di dalam kandungan kursus ini. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalauddin mula mengajarkan fonetik eksperimental yang menggunakan ciri-ciri distingtif. Ini adalah satu pembaruan yang banyak membawa kesan positif dalam kajian fonetik. Namun, banyak lagi perkembangan perlu dilakukan bagi meletakkan kajian fonetik menjadi satu bidang yang dapat memberi manfaat kepada pengajaran dan perancangan bahasa Melayu.

Satu lagi pembaharuan ialah apabila Zuraidah Mohd. Don membuat kajian tentang ciri-ciri prosodi dengan bantuan kepakaran Universiti Kolej, London, untuk tesis doktor falsafahnya pada tahun 1996. Kepakaran beliau kemudiannya banyak memberi sumbangan

[email protected] | 0109749867

Page 53: Fonetik Dan Fonologi

40

Fonetik dan Fonologi

kepada penyelidikan yang membantu MIMOS menghasilkan fasih, sebuah perisian komputer yang membolehkan komputer membaca teks dalam bahasa Melayu. Manfaat perisian ini tidak boleh dinafikan, umpamanya kepada pembaca yang buta.

Kegiatan penyelidikan fonetik eksperimental ini diteruskan oleh Indirawati Zahid. Beliau dihantar ke Belanda bagi menjalankan penyelidikan pendek di Makmal Fonetik, Universiti Leiden. Ini membolehkan beliau mengajarkan ilmu fonetik eksperimental ini di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dengan latihan dan kepakaran beliau ini, pengajaran ilmu fonetik eksperimental dapat diperkembangkan lagi.

Indirawati Zahid juga menyertai kumpulan penyelidik Indonesia Belanda, dan berjaya mengusahakan dua Kuliah Tamu pada tahun 2002 dan 2003. Kuliah Tamu 1 diadakan pada 18 - 22 Januari 2002 dengan pemakalah fonetik eksperimental terdiri daripada Cecilia Odé. Dalam Kuliah Tamu 2 yang diadakan pada 25 Ogos 2003, Vincent van Heuven menjadi pemakalahnya. Pemakalah untuk kedua-dua Kuliah Tamu ini adalah penyelidik dan pensyarah bidang fonetik eksperimental. Kehadiran kedua-dua pemakalah undangan ini dalam menyampaikan ilmu fonetik eksperimental adalah satu pembaharuan bagi kajian fonetik di Malaysia. Kuliah mereka banyak memberi manfaat kepada perkembangan bidang ilmu fonetik di Malaysia.

Perkembangan ilmu fonetik eksperimental sebagai sebuah bidang ilmu perlu dipertingkatkan demi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu supaya menjadi lebih profesional. Justeru, manfaat ilmu fonetik dalam bidang komersial masih perlu ditinjau.

[email protected] | 0109749867

Page 54: Fonetik Dan Fonologi

41

Kajian Fonetik dan Fonologi

2.5 Ringkasan

Perkembangan kajian fonetik dan fonologi yang berlangsung di Malaysia dan Indonesia adalah berbeza. Di Malaysia bidang ilmu ini mula diajarkan di Institut Bahasa pada sekitar tahun 1950-an. Dalam buku tatabahasa pula, bidang ilmu ini ada dibincangkan oleh Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Sementara kajian fonologi pula ada kalanya digandingkan dengan kajian morfologi seperti yang dilakukan oleh Farid Onn (1980) dan Zaharani Ahmad (1988). Perbincangan aspek fonologi dan diikuti dengan aspek prosodi dijalankan oleh Nik Safiah Karim (1965), Muhammad Yunus Maris (1980) dan Wong, E. (1994). Sementara, yang benar-benar membincangkan aspek prosodi pula ialah Hashim Musa (1971), Asraf Abdul Wahab (1988), Zuraidah Md. Don (1996) dan Indirawati Zahid (2003). Manakala buku yang mengkhusus kepada tajuk fonetik ditulis oleh Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1985) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2000). Buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993 Edisi Baharu) hanya memuatkan sedikit saja maklumat tentang bidang prosodi.

Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Aspek fonologi dan prosodi sudah dibincangkan sejak tahun 1812 dan perkembangannya berterusan dengan pelbagai peringkat perbincangan dan kajian sehinggalah Amran Halim (1969). Pada tahun 1990-an dan 2000-an dapat dikatakan kajian bercorak eksperimental menguasai kajian dengan kaedah dan cakupan aspek prosodinya dipertingkatkan. Kesemua ini sangat berkaitan dengan kepakaran yang dipinjamkan dan dana penyelidikan yang diberi oleh pihak luar, khususnya Belanda. Punca jurang perbezaan yang besar ini adalah kepakaran dan kewangan semasa itu.

Walau bagaimanapun, pada hari ini kesemua kekangan ini telah dapat diatasi hasil perkembangan teknologi maklumat dan

[email protected] | 0109749867

Page 55: Fonetik Dan Fonologi

42

Fonetik dan Fonologi

sokongan institusi pengajian tinggi. Dan jika pada suatu masa dulu tenaga pakar agak kurang, pada alaf baru ini ada pengkaji-pengkaji dalam bidang ini yang terus-terusan mendalami bidang fonetik. Dan bidang ini sebenarnya sangat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar bahasa selain mempunyai potensi untuk berkembang luas sebagai bidang yang sangat menarik untuk diterokai.

2.6 Latihan1. Huraikan corak perkembangan kajian fonetik dan fonologi

di Malaysia.

2. Bagaimanakah yang dikatakan sebagai kaedah kajian impresionistik?

3. Bincangkan ciri-ciri kajian yang bersifat eksperimental.

4. Pada pandangan anda sejauh mana pemerhatian dan huraian tentang bahasa yang dilakukan oleh sarjana awal menyumbang kepada dapatan kajian semasa dan hari ini?

5. Namakan pengkaji-pengkaji Indonesia yang menggunakan kaedah eksperimental.

6. Kemukakan alasan mengapa kajian di Indonesia jauh lebih maju daripada di Malaysia?

7. Apakah tujuan Kuliah Tamu I dan II diadakan?

8. Mengapa dikatakan kajian oleh Hashim Musa dipengaruhi oleh perkembangan kajian fonetik akustik yang berlaku di Indonesia?

9. Kemukakan langkah susulan yang diambil hasil daripada Simposium Penelitian Bahasa Indonesia Ragam Lisan pada tahun 2001 di Jakarta?

[email protected] | 0109749867

Page 56: Fonetik Dan Fonologi

43

Kajian Fonetik dan Fonologi

10. Bincangkan perkembangan kajian fonetik akustik yang berlangsung di Malaysia dan Indonesia. Kemukakan juga maklumat semasa yang sesuai bagi menyokong perbincangan ini.

11. Huraikan kekangan terhadap perkembangan kaedah eksperimental?

12. Bincangkan mengapa bidang fonetik akustik ini lambat berlaku di Malaysia.

13. Bincangkan langkah proaktif yang diambil oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi memperkembangkan bidang ilmu ini. Lakukan kajian kepustakaan bagi menyokong hujah yang dikemukakan.

14. Bandingkan kandungan perbincangan aspek intonasi dalam buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993, Edisi Baharu) dengan buku kecil Asraf yang bertajuk Intonasi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu (1988).

15. Bandingkan penawaran kursus yang berkaitan dengan bidang ini di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan.

16. Huraikan pendapat Za’ba yang membincangkan aspek fonologi dalam bukunya Pelita Bahasa Penggal I.

17. Penghasilan buku-buku fonetik dan fonologi yang merujuk kepada bahasa Melayu adalah kurang. Sejauh mana maklumat daripada buku-buku yang ditulis oleh sarjana luar boleh dimanfaatkan?

18. Kaedah pengajaran fonetik eksperimental telah menguasai era masa kini. Sejauh manakah kaedah impresionistik boleh diketepikan.

[email protected] | 0109749867

Page 57: Fonetik Dan Fonologi

44

Fonetik dan Fonologi

19. Buku kecil tulisan Asraf Abdul Wahab (1988) Intonasi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu dikatakan mendapat impak daripada kajian Amran Halim (1969). Hujahkan penyataan ini.

20. Bincangkan perbezaan dan persamaan fokus kajian Hashim Musa (1971), Amran Halim (1969), Wong, E dan Indirawati Zahid (2003).

21. Hujahkan perlunya sebuah buku fonetik dan fonologi yang menggunakan korpus dalam bahasa tempatan.

22. Huraikan potensi kajian fonetik dan fonologi ini dalam menghasilkan perisian komputer yang berupaya membaca teks seperti yang telah dilakukan oleh MIMOS.

[email protected] | 0109749867

Page 58: Fonetik Dan Fonologi

Alat Artikulasi

Bab 3

3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi

Bagaimana bunyi dihasilkan? Setiap manusia yang sempurna kejadiannya dilengkapi dengan alat-alat yang berfungsi menghasilkan bunyi. Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga, iaitu (1) alat-alat bahagian dalam tubuh (2) bahagian saluran vokal ( daerah artikulasi) dan (3) alat artikulasi.

Sementara itu, dalam buku-buku linguistik yang lain, konsep organ pertuturan juga digunakan. Organ pertuturan lazimnya dirujuk pada bahagian anggota badan dalam larinks dan saluran vokal yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

Dalam penghasilan sesuatu bunyi, keperluan yang penting ialah mekanisme membentuk tekanan udara yang berbeza-beza pada posisi

[email protected] | 0109749867

Page 59: Fonetik Dan Fonologi

46

Fonetik dan Fonologi

ataupun lokasi yang sesuai di larinks dan saluran vokal. Penggunaan tekanan berbeza ini mempunyai 3 tujuan:

1. Memacu getaran pembukaan dan penutupan alat seperti pita suara.

2. Menghasilkan aliran udara yang boleh disalurkan ke pembukaan rongga yang sempit untuk menghasilkan bunyi frikatif.

3. Membentuk tekanan di bahagian sekatan saluran vokal untuk menghasilkan bunyi letupan apabila sekatan dilepaskan secara tiba-tiba.

Terdapat 4 komponen utama dalam mekanisme penghasilan bunyi ini, iaitu:

1. Proses aliran udara

2. Proses fonotasi (phonation)

3. Proses oro-sengau (oro-nasal) dan

4. Proses artikulatori

Lihat rajah 3.1 bagi membolehkan kita mengenal pasti dan memahami lokasi proses yang dinyatakan.

[email protected] | 0109749867

Page 60: Fonetik Dan Fonologi

47

Alat Artikulasi

Proses oro-sengau

Proses artikulatori

Proses fonotasi

Proses aliran udara

Rajah 3.1 Empat Komponen Utama Dalam Mekanisme Penghasilan Bunyi (berdasarkan Ladefoged, R: 2006)

Proses Aliran Udara ialah proses yang melibatkan semua cara pengepaman udara keluar atau penyedutan udara masuk yang fungsinya menyediakan tenaga untuk menghasilkan bunyi.

Proses Fonotasi ialah penamaan kepada aktiviti yang berlaku pada pita suara dalam menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.

Proses Oro-Sengau ialah proses yang menentukan sama ada berlakunya aliran udara keluar dari mulut misalnya dalam [v] atau [f] atau dari hidung, [m] dan [n].

Proses Artikulatori ialah proses yang merujuk pada pergerakan lidah dan bibir yang berinteraksi dengan bahagian atas mulut dan farinks.

[email protected] | 0109749867

Page 61: Fonetik Dan Fonologi

48

Fonetik dan Fonologi

Setiap satu bunyi bahasa yang dihasilkan dapat dibezakan dengan 3 cara, iaitu (1) kelangsingan, (2) kelantangan, dan (3) kualiti.

3.2 Alat-Alat Bahagian dalam Tubuh

Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu gerakan udara, iaitu paru-paru dan larinks dengan laluan yang dinamakan sebagai trakea.

Paru-paru adalah bahagian yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru .Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan penguncupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti semasa kita bernafas biasa. Dengan bantuan paru-paru tekanan udara yang berbeza-beza dihasilkan. Bunyi yang dihasilkan dengan cara ini dinamakan pulmonik. Dan oleh kerana pengeluaran udara lebih banyak berlaku berbanding penyedutan udara masuk, bunyi yang terhasil dinamakan agresif.

Larinks pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua bunyi. Pada gender lelaki, bahagian ini dapat dilihat dengan jelas, iaitu halkum.

Pita Suara terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dapat dirapatkan menjadi tertutup dan direnggangkan menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara yang keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga

[email protected] | 0109749867

Page 62: Fonetik Dan Fonologi

49

Alat Artikulasi

tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar. Pita suara yang bergetar inilah yang menghasilkan bunyi yang dinamakan bersuara. Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaimana pita suara ini diubah suai. Pita suara diekploitasi dengan pelbagai cara untuk menghasilkan bunyi. Proses ini dinamakan proses fonotasi. Jenis fonotasi yang penting ialah bersuara yang dihasilkan apabila pita suara bergetar. Ruang antara pita-pita suara ini dinamakan glotis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glotis.

Kotak Suara, pita suara terletak di dalam kotak suara ini. Kotak suara ini terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini dikenali sebagai halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologinya dan fungsi bahasa. Fungsi biologinya adalah bagi melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

Trakea adalah saluran udara antara larinks dan paru-paru. Alat seperti pipa ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk ke paru-paru dan keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah dimanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

3.3 Bahagian Saluran Vokal

Bahagian yang dibentuk oleh farinks, mulut dan rongga hidung (nasal). Saluran ini bermula dari larinks ke atas sehingga ke arah bibir. Ia terdiri daripada farinks dan mulut dengan tiub ke hidung, iaitu rongga hidung. Tiub ini berfungsi sebagai resonan, melakukan modifikasi pada bunyi yang dihasilkan di glotis. Sementara itu, saluran vokal yang dimodifikasi bentuknya akan menyediakan

[email protected] | 0109749867

Page 63: Fonetik Dan Fonologi

50

Fonetik dan Fonologi

kemampuan menghasilkan bunyi yang pelbagai. Termasuk dalam bahagian saluran vokal ini juga ialah lidah dan bibir yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang dinamakan alat artikulasi.

Farinks ialah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung. Ringkasnya farinks ialah bahagian tiub menegak dari larinks ke lelangit lembut (velum).

Mulut merupakan bahagian dalam saluran vokal yang paling penting dengan kemampuan dimodifikasi bentuknya dengan kebanyakan interaksi alat artikulasi berlaku di sini. Dari segi struktur, bahagian atas mulut dibentuk oleh lelangit keras, lelangit lembut dengan uvula terletak paling hujung. Sementara itu, bahagian belakang gigi atas ialah batas gusi, gigi depan dan bibir atas. Bahagian bawah pula merupakan bahagian yang aktif, terdiri daripada bibir bawah dan lidah. Zon di belakang hujung lidah dinamakan daun, sementara gandingan hujung dan daun lidah dinamakan crown. Manakala bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras ialah depan, sementara bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut ialah belakang lidah. Gandingan bahagian depan dan belakang lidah dinamakan dorsum. Lihat rajah 3.2 yang memaparkan bahagian dalam saluran vokal.

[email protected] | 0109749867

Page 64: Fonetik Dan Fonologi

51

Alat Artikulasi

Rajah 3.2 Saluran Vokal (berdasarkan Gussenhoven, C, dan Jacobs. Ho, : 2005)

Rongga Hidung

Merupakan kawasan yang bermula selepas rongga tekak hingga ke hidung. Lelangit lembut atau velum ialah injap yang menutup laluan masuk ke rongga hidung apabila dinaikkan ke atas dan membuka laluan apabila ia diturunkan seperti semasa proses bernafas. Di hujung lelangit lembut terdapat seketul daging kecil yang dinamakan uvula atau anak tekak yang dapat dilihat apabila seseorang pentur mengartikulasikan [a:].

Bahagian saluran vokal ini merupakan daerah artikulasi. Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat

[email protected] | 0109749867

Page 65: Fonetik Dan Fonologi

52

Fonetik dan Fonologi

dihasilkan apabila daerah artikulasi dan alat artikulasi dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berbeza apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

3.4 Bahagian Saluran Vokal Tanpa Fungsi Bahasa

Terdapat 2 bahagian dalam saluran vokal yang tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi bahasa, iaitu epiglotis dan esofagus.

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks. Semasa makan atau minum, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minuman ke trakea. Epiglotis tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Ia hanya berfungsi memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.

Esofagus pula ialah saluran yang membawa makanan dari mulut ke usus.

3.5 Alat Artikulasi

Alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, lidah (dan bahagian-bahagiannya) gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Alat artikulasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah. Bahagian bawah alat artikulasi yang terdapat dalam saluran vokal adalah bahagian yang paling banyak digerakkan ataupun aktif dalam menghasilkan bunyi dengan alat artikulasi ini digerakkan ke arah lokasi tertentu pada bahagian atas untuk menghasilkan bunyi-bunyi

[email protected] | 0109749867

Page 66: Fonetik Dan Fonologi

53

Alat Artikulasi

yang tertentu. Lihat rajah 3.3 yang berikut yang menunjukkan nama-nama bahagian atas saluran vokal dan rajah 3.4 bagi nama-nama bahagian bawah saluran vokal.

Rajah 3.3 Bahagian Atas Saluran Vokal

Bahagian atas saluran vokal dibentuk oleh bibir atas, diikuti oleh gigi atas yang pada bahagian belakangnya dinamakan batas gusi. Bahagian atas mulut yang dapat dirasakan struktur tulang dinamakan lelangit keras sementara di bahagian belakangnya pula dinamakan lelangit lembut.

[email protected] | 0109749867

Page 67: Fonetik Dan Fonologi

54

Fonetik dan Fonologi

Rajah 3.4 Bahagian Bawah Saluran Vokal

Bahagian bawah saluran vokal merupakan bahagian alat artikulasi yang aktif. Bahagian hujung dan daun lidah merupakan bahagian yang paling aktif. Di belakang daun lidah dinamakan depan dan posisinya terletak di bawah lelangit keras apabila lidah berada dalam keadaan rehat. Sementara bahagian tengah lidah terletak sebahagiannya di bawah lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian belakang pula terletak di bawah lelangit lembut manakala akar lidah terletak bertentangan dengan dinding belakang farinks. Epiglotis terletak pada bahagian bawah akar lidah.

Ringkasnya alat artikulasi aktif adalah lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah.

Lidah adalah alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu hujung, daun, depan, belakang dan akar. Hujung lidah boleh digerakkan

[email protected] | 0109749867

Page 68: Fonetik Dan Fonologi

55

Alat Artikulasi

ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.

Bibir, kedua-dua bibir boleh digerakkan menyentuh antara satu sama lain, atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya bagi menghasilkan bunyi.

Gigi, gigi bawah boleh digerakkan ke atas bagi menyentuh bibir atas.

Lelangit Lembut, boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh belakang lidah dan ini dapat menghasilkan bunyi sengau.

Sementara itu alat artikulasi pasif adalah gigi atas dan lelangit keras.

Gigi atas, tidak boleh digerakkan. Oleh sebab itu ia dipanggil alat pasif, yakni alat artikulasi yang lain pula yang menyentuhnya.

Lelangit keras juga merupakan alat artikulasi pasif. Ia boleh disentuh oleh alat artikulasi lain misalnya depan lidah.

3.6 Pelabelan Bunyi BahasaPelabelan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan pada cara dan daerah bunyi yang terlibat semasa sesuatu bunyi dihasilkan. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara atau sebaliknya. Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya

[email protected] | 0109749867

Page 69: Fonetik Dan Fonologi

56

Fonetik dan Fonologi

pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tidak bersuara.

Ujian boleh dilakukan bagi menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau pun tidak dengan meletakkan jari pada halkum atau larinks. Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari ke dalam telinga. Kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggerisnya dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

Kesemua alat artikulasi yang dinyatakan sebelum ini berfungsi bagi menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut cara dan daerah artikulasi yang terlibat. Untuk memudahkan pemahaman, rujuk jadual The International Phonetic Alphabet yang dipaparkan pada bahagian akhir bab ini. Pada jadual IPA ini, jadual pada paksi mendatar merujuk pada daerah artikulasi manakala paksi menegak merujuk kepada cara bagaimana bunyi dihasilkan. Sementara itu bagi bunyi konsonan, keadaan pita suara juga memainkan peranan yang penting kerana klasifikasi bersuara dan tak bersuara akan diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi konsonan adalah lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya. Pengklasifikasian seperti ini tidak berlaku untuk bunyi vokal kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.

[email protected] | 0109749867

Page 70: Fonetik Dan Fonologi

57

Alat Artikulasi

3.7 Ringkasan

Dalam proses penghasilan bunyi bahasa terdapat 3 jenis alat artikulasi yang digunakan, iaitu alat-alat bahagian dalam tubuh, bahagian saluran vokal (daerah artikulasi) dan alat artikulasi. Ketiga-tiga jenis alat ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Fungsi alat-alat bahagian dalam tubuh ialah memastikan pembentukan tekanan udara yang berbeza-beza pada posisi larinks dan saluran vokal. Sementara itu 4 komponen utama dalam penghasilan bunyi ialah proses aliran udara, proses fonotasi, proses oro-sengau dan proses artikulatori. Keempat-empat proses ini memberikan sifat pada bunyi bahasa yang dihasilkan. Alat artikulasi pula dapat dibahagikan kepada 2, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah alat yang boleh digerakkan bagi menyentuh daerah artikulasi tertentu dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Perbezaan alat, daerah dan cara artikulasi menghasilkan bunyi bahasa yang berbeza antara satu sama lain. Dan ahli fonetik yang berperanan dalam proses pelabelan bunyi bahasa memerhatikan setiap daerah dan cara artikulasi dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa semasa melabelkan bunyi-bunyi bahasa ini seperti mana yang dapat dilihat dalam jadual The International Phonetic Alphabet (IPA).

[email protected] | 0109749867

Page 71: Fonetik Dan Fonologi

58

Fonetik dan Fonologi

3. 8 Latihan1. Labelkan grafik di bawah yang menunjukkan saluran vokal

manusia (a) rongga mulut (b) rongga hidung (c) batas gusi (d) lelangit keras (e) lelangit lembut (f) uvula (g) crown (h) daun lidah (i) bibir dan (j) farinks.

2. Jelaskan apa yang dirujuk sebagai organ pertuturan?

3. Bincangkan fungsi saluran vokal mulut dalam penghasilan bunyi.

4. Nyatakan cara bagaimana sesuatu bunyi bahasa yang terhasil dibezakan.

5. Berikan nama dan labelkan bahagian yang bertanda dan bincangkan fungsinya.

[email protected] | 0109749867

Page 72: Fonetik Dan Fonologi

59

Alat Artikulasi

6. Bincangkan apakah 4 komponen utama mekanisme penghasilan bunyi.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan alat artikulasi aktif? Namakan alat-alat ini.

8. Terangkan perbezaan antara bunyi pulmonik dan agresif.

9. Apakah yang membezakan antara bunyi bersuara dengan tidak bersuara.

10. Bincangkan bagaimana pelabelan bunyi bahasa dilakukan.

[email protected] | 0109749867

Page 73: Fonetik Dan Fonologi

60

Fonetik dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 74: Fonetik Dan Fonologi

61

Alat Artikulasi

[email protected] | 0109749867

Page 75: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 76: Fonetik Dan Fonologi

Bunyi Bahasa

Bab 4

4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa

Dalam berkomunikasi manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ini adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu yang bermakna. Bunyi-bunyi ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi yang tertentu. Selain itu, bunyi-bunyi bahasa ini diwakili dengan lambang-lambang yang ditentukan. Di samping bunyi-bunyi bahasa, manusia juga menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, berdeham, bunyi klik bibir gusi. Bunyi-bunyi ini tidak mempunyai sebarang lambang bagi mewakilinya tetapi kewujudannya mempunyai makna. Kedua-dua bunyi yang dinyatakan ini dalam bidang linguistik diistilahkan sebagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

[email protected] | 0109749867

Page 77: Fonetik Dan Fonologi

64

Fonetik dan Fonologi

4.2 Bunyi Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Alat artikulasi yang berperanan menghasilkan bunyi vokal tidak berada dalam posisi yang rapat antara satu sama lain dan ini menyediakan laluan aliran udara yang secara relatifnya tidak berlakunya sekatan. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan ketinggian lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.

Kedudukan lidah juga penting. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan tersebut adalah vokal depan, belakang atau tengah. Ini bererti apabila depan lidah yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka vokal yang dihasilkan dipanggil adalah vokal tengah. Dua parameter asas dalam mengenal pasti bunyi vokal, ialah ketinggian pada paksi menegak dan belakang- depan pada paksi mendatar. Ringkasnya pelabelan nama vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah, iaitu depan, belakang atau tengah. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut pula menentukan jenis vokal. Lihat rajah 4.1 yang memaparkan kedudukan bunyi vokal primer dan tengah.

[email protected] | 0109749867

Page 78: Fonetik Dan Fonologi

65

Bunyi Bahasa

ie

e3

a

uou

a

Rajah 4.1 Kedudukan Bunyi Vokal Primer dan Tengah dalam Rongga Mulut

Bunyi vokal berbeza antara satu sama lain dalam kualiti bunyinya yang ditentukan oleh saiz alat artikulasi, iaitu saluran dalam mulut dengan bahagian atas mulut dan lidah yang boleh digerak-gerakkan. Dengan kedudukan lidah sama ada diletakkan hampir dengan bahagian atas mulut atas tidak akan mengubah saiz saluran dalam mulut yang merupakan laluan udara yang akan menghasilkan kualiti vokal yang berbeza yang juga merujuk pada vokal yang berbeza. Penyebutan bunyi vokal melibatkan proses mengubah suai saiz saluran rongga mulut yang dilakukan oleh lidah yang boleh digerak-gerakkan menghampiri bahagian atas mulut.

[email protected] | 0109749867

Page 79: Fonetik Dan Fonologi

66

Fonetik dan Fonologi

Bagi memudahkan gambaran kedudukan bunyi-bunyi vokal ini, diagram vokal kardinal boleh digunakan. Diagram vokal kardinal ini diperkenalkan oleh Daniel Jones (1956).

Diagram ini merupakan diagram ciptaan yang dibina dengan mengikut panduan artikulasi, iaitu bunyi vokal yang dianggap sebagai ideal. Dengan menggunakan depan lidah tanpa membundarkan bibir, empat bunyi vokal primer dihasilkan yang disimbolkan parameternya, tinggi ke rendah, [i], [e], [ 3] dan [a]. Sementara apabila menggunakan belakang lidah, empat lagi bunyi vokal primer dihasilkan, iaitu dengan parameter rendah ke tinggi, bunyi vokal [ a], [ ],[o] dan [u]. Bunyi vokal [ ],[o] dan [u] dihasilkan dengan membundarkan bibir. Dan setiap satu bunyi vokal primer ini dikodkan dengan secara numerikal, nombor 1 sehingga 8. Sementara itu bunyi vokal sekunder dihasilkan melalui proses kebalikan yang dilakukan dari proses menghasilkan bunyi vokal primer. Vokal sekunder ini dilabelkan dengan nombor 9 sehingga 16. Penghasilan bunyi vokal sekunder ini melibatkan proses membundarkan bibir dari tinggi ke rendah, [y], [], [ eo ] dan [ EC ]. Manakala penghasilan bunyi [a], keadaan bibir dibundarkan sama seperti apabila menghasilkan bunyi cardinal 5, dan [ v ],[] dan [ ] bunyi yang dihasilkan tanpa membundarkan bibir. Paparan rajah vokal kardinal yang lengkap boleh dilihat dalam jadual The International Phonetic Alphabet (IPA) yang terdapat pada bahagian akhir bab 3.

Lihat diagram ini bagi mendapatkan gambaran kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut.

[email protected] | 0109749867

Page 80: Fonetik Dan Fonologi

67

Bunyi Bahasa

Rajah 4.2 Rajah Vokal Kardinal

4.2.1 Vokal Depan

Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ 3

] dan [a]. Alat artikulasi yang ter-libat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah le-langit keras.

1. Vokal depan sempit [i]Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian depan mulut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Kedudukan lidah ini berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.

Contoh penggunaan vokal [i]:

[ ikan ] (ikan)

[ bila ] (bila)

[ hati ] (hati)

[email protected] | 0109749867

Page 81: Fonetik Dan Fonologi

68

Fonetik dan Fonologi

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.3: Vokal depan sempit [i]

2. Vokal separuh sempit [e]Vokal ini dihasilkan dengan bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit, iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi [i]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Lihat grafik di bawah:

Contoh penggunaan vokal [e]:

[ hemah ] (hemah)

[ pesta ] (pesta)

[ sate ] (sate)

[email protected] | 0109749867

Page 82: Fonetik Dan Fonologi

69

Bunyi Bahasa

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.4: Vokal separuh sempit [e]

3. Vokal depan separuh luas [ 3 ]Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Lihat rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [ 3 ]

[ lo ] (elok dalam dialek Kedah)

[ot ] (membuat sedikit demi sedikit dalam dialek Kedah)

[mod 3 ] (modal dalam dialek Kedah)

[email protected] | 0109749867

Page 83: Fonetik Dan Fonologi

70

Fonetik dan Fonologi

Rajah 4.5: Vokal depan separuh luas [ 3 ]

4. Vokal depan luas [c]Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Lihat contoh dan rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [a]

[ aku ] (aku)

[ hati ] (hati)

[ bila ] (bila)

[email protected] | 0109749867

Page 84: Fonetik Dan Fonologi

71

Bunyi Bahasa

Rajah 4.6: Vokal depan luas [a]

4.2.2 Vokal Belakang

Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [ ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit keras.

1. Vokal belakang sempit [u]Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras. Walau bagaimanapun tiada sekatan aliran udara berlaku. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [u]

[ ulam ] (ulam)

[ suka ] (suka)

[ batu ] (batu)

[email protected] | 0109749867

Page 85: Fonetik Dan Fonologi

72

Fonetik dan Fonologi

Rajah 4.7: Vokal belakang sempit [u]

2. Vokal belakang separuh sempit [o]Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [o]:

[ obor ] (obor)

[ mohon] (mohon)

[ soto ] (soto)

[email protected] | 0109749867

Page 86: Fonetik Dan Fonologi

73

Bunyi Bahasa

Rajah 4.8: Vokal belakang separuh sempit [o]

3. Vokal belakang separuh luas [ ]Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada semasa menghasilkan vokal separuh sempit [o]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar. Lihat contoh dan rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [ ]

[b rak] (berbohong, dialek Kedah)

[y ga] (yoga)

[tump ] (mati, dialek Bota Perak)

[email protected] | 0109749867

Page 87: Fonetik Dan Fonologi

74

Fonetik dan Fonologi

Rajah 4.9: Vokal belakang separuh luas [ ]

4. Vokal belakang luas [a]Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke belakang terus- menerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar. Lihat rajah berikut:

Contoh penggunaan vokal [ a]

[ gula ] (gulai, dialek Sungai Perak)

[email protected] | 0109749867

Page 88: Fonetik Dan Fonologi

75

Bunyi Bahasa

Rajah 4.10: Vokal belakang luas [ a]

Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal, iaitu [i], [e], [a], [ e], [u] dan [o]. Berikut adalah bentuk bukaan bibir apabila melafazkan bunyi-bunyi vokal.

Rajah 4.11: Bentuk bukaan bibir

[email protected] | 0109749867

Page 89: Fonetik Dan Fonologi

76

Fonetik dan Fonologi

Dan secara ringkasnya kedudukan lidah apabila melafazkan kesemua bunyi vokal. Lihat rajah berikut:

Rajah 4.12: Kedudukan lidah apabila melafazkan bunyi vokal

4.2.3 Vokal Tengah [ e]

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ ].

Contoh penggunaan vokal [ e ]

[ erat] (erat)

[g emar] (gemar)

[c erah] (cerah)

[email protected] | 0109749867

Page 90: Fonetik Dan Fonologi

77

Bunyi Bahasa

Rajah 4:13: Vokal tengah [ e ]

4.3 Bunyi Diftong

Bunyi diftong adalah bunyi geluncuran. Bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal, iaitu dari satu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Ini bererti ada dua bunyi vokal yang dibunyikan secara berturut-turut. Sungguh pun begitu, lafaz bunyi vokal yang pertama lebih lantang berbanding dengan bunyi vokal yang kedua. Keadaan ini berlaku kerana bunyi yang dikeluarkan menggeluncur dari bunyi yang pertama kepada bunyi yang kedua. Dalam keadaan begini kelantangan bunyi vokal ini menjadi semakin lemah kelantangannya. Bunyi ini dilambangkan dengan dua lambang vokal. Yang pertama menunjukkan keadaan lidah semasa mula melafazkan bunyi vokal yang pertama. Manakala vokal kedua menunjukkan keadaan lidah di akhir sebutan. Bunyi diftong ini mempunyai satu puncak kelantangan.

Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam kata [tupai], [panau] dan [amboi]. Keadaan sebegini membezakan

[email protected] | 0109749867

Page 91: Fonetik Dan Fonologi

78

Fonetik dan Fonologi

diftong daripada deretan vokal, iaitu seperti dalam contoh perkataan [ ] (mengenai)

1. Diftong [ai]Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. Walau bagaimanapun bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i]. Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas. Contoh bunyi diftong dalam bahasa Melayu seperti berikut:

[ pandai ] (pandai)

[ sampai ] (sampai)

[ tapai ] (tupai)

2. Diftong [au]Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang tertutup [u]. Walau bagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti mana melafazkan bunyi [u]. Bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas. Contoh bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

[ pulau ] (pulau)

m na+i

[email protected] | 0109749867

Page 92: Fonetik Dan Fonologi

79

Bunyi Bahasa

[kalau ] (kalau)

[pantau] (pantau)

3. Diftong [oi]Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [i]. Walau bagaimanapun tidak sehingga sampai kepada kedudukan tinggi lidah seperti melafazkan bunyi vokal [i]. Semasa melafazkan bunyi ini, bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas.

Contoh bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

[ s poi] (sepoi)

[ kaloi ] (kaloi)

[ amboi ] (amboi)

4.4 Penyempitan Aliran Udara

Penyempitan aliran udara berlaku di beberapa tempat yang berbeza, iaitu di farinks (rongga tekak), dorsal (bunyi belakang), koronal dan labial.

4.4.1 Farinks

Akar lidah membentuk penyempitan aliran udara di belakang dinding farinks dan menghasilkan bunyi frikatif farinks tak

[email protected] | 0109749867

Page 93: Fonetik Dan Fonologi

80

Fonetik dan Fonologi

bersuara, [łaham] yang bermaksud daging dalam bahasa di Teluk Arab. (Gussenhoven, C dan Jacobs, H. :2005)

4.4.2 Dorsal

Dorsum membentuk penyempitan aliran udara di belakang atas mulut. Istilah lelangit lembut (velar) digunakan apabila ia melibatkan lelangit lembut manakala istilah lelangit keras (palatal) digunakan jika melibatkan lelangit keras, bunyi [c] dan [ ].

4.4.3 Koronal

Crown membentuk penyempitan aliran udara di gigi, batas gusi atau bahagian depan lelangit keras, di belakang batas gusi. Apabila crown membentuk penyempitan aliran udara di gigi atas, bunyi dental akan dihasilkan, [], [ ]. Istilah alveolar digunakan apabila crown membentuk penyempitan di batas gusi, postal-alveolar pula jika penyempitan berlaku di pinggiran batas gusi. Selain itu, bunyi prapalatal dihasilkan apabila hujung lidah diletakkan pada belakang gigi bawah, dan bunyi retrofleks dihasilkan apabila daun lidah di gulung ke belakang.

4.4.4 Labial

Bunyi ini terhasil apabila bibir menyentuh antara satu sama lain misalnya dalam penghasilan bunyi [p, b] yang dinamakan sebagai bilabial. Bunyi labio-dental pula dihasilkan apabila bibir bawah membentuk penyempitan aliran udara di gigi atas.

4.5 Jenis Penyempitan

Terdapat dua jenis penyempitan.

[email protected] | 0109749867

Page 94: Fonetik Dan Fonologi

81

Bunyi Bahasa

1. Pembentukan penyempitan yang cukup ketat atau rapat sehingga memadai untuk menghasilkan geseran, sama ada bersuara atau tak bersuara apabila aliran udara melaluinya. Bunyi ini dinamakan bunyi obstruen.

2. Pembentukan penyempitan yang cukup luas memadai untuk aliran udara bersuara melaluinya tanpa menghasilkan geseran. Bunyi ini dinamakan bunyi sonoran.

4.5.1 Bunyi Obstruen

Bunyi obstruen ialah bunyi yang terhasil akibat penyempitan yang berlaku dalam saluran vokal sehingga menghasilkan bunyi geseran. Bunyi obstruen dibahagikan kepada plosif yang juga dikenali sebagai bunyi hentian, frikatif dan afrikat.

4.5.1.1 Bunyi Plosif

Bunyi yang terhasil apabila berlakunya penutupan rapat organ di bahagian yang tertentu dalam saluran vokal yang menyebabkan udara dari paru-paru dimampatkan sehinggalah organ yang ditutup rapat itu terbuka dan udara dilepaskan dengan secara serta merta.

4.5.1.2 Bunyi Frikatif

Bunyi yang dihasilkan dengan penyempitan saluran vokal sehingga aliran udara yang melaluinya kedengaran menghasilkan bunyi geseran. Kadang kala bunyi ini diklasifikasikan secara fonetik dan fonologi kepada 2 kumpulan, iaitu perbezaan dari aspek “bising” dengan fitur [-/+ strident] atau [-/+ sibilant]. Contoh bunyi frikatif, [s]. Fitur strident merujuk kepada bunyi yang kuat atau harsh, manakala sibilant merujuk kepada bunyi yang dihasilkan dengan kadar frekuensi yang tinggi.

[email protected] | 0109749867

Page 95: Fonetik Dan Fonologi

82

Fonetik dan Fonologi

4.5.1.3 Bunyi Afrikat

Bunyi yang dihasilkan dengan kombinasi plosif dan frikatif di daerah artikulasi yang sama. Bunyi ini juga dikenali sebagai bunyi separuh geseran. Ia merupakan bunyi konsonan yang dihasilkan dengan melibatkan organ artikulasi yang ditutup rapat dan diikuti dengan pelepasan udara yang tersekat secara perlahan-lahan sehingga menghasilkan bunyi geseran, contohnya [t ] dalam kata bahasa Inggeris charm [t a :m] dan [d3] dalam kata jade, [d3eId].

4.5.2 Bunyi Sonoran

Bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya geseran. Bunyi sonoran dibahagikan kepada 2, iaitu bunyi nasal dan bunyi malaran (approximant).

4.5.2.1 Bunyi Nasal

Bunyi nasal dihasilkan dengan apabila lelangit lembut direndahkan dan rongga mulut disekat sepenuhnya.

4.5.2.2 Bunyi Malaran (Approximant)

Bunyi yang dihasilkan apabila alat artikulasi diangkat atau dinaikkan menghampiri daerah artikulasi yang tertentu dengan aliran udara yang lemah sehingga tiada geseran berlaku. Ia merupakan bunyi konsonan yang dilafazkan secara berterusan dan tidak berlakunya geseran. Bunyi malaran ini seperti yang terdapat dalam bahasa Inggeris, prapalatal [j] dalam kata yes, [jes], malaran postalveolar [ ], bunyi getaran (trill) dan bunyi sisian (lateral)

[email protected] | 0109749867

Page 96: Fonetik Dan Fonologi

83

Bunyi Bahasa

4.6 Bunyi Konsonan

Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara. Ada empat perkara yang perlu diambil kira, bagi mengklasifikasi bunyi konsonan, iaitu:

• Adakah bunyi tersebut bersuara atau tak bersuara

• Di mana lokasi pengeluaran bunyi yang menerima sekatan ter-sebut

• Cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara

• Cara menghasilkan bunyi tersebut

1. Bunyi bersuara dan tak bersuaraPenentuan kepada sifat bunyi ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi. Seandainya pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara, manakala jika sebaliknya bunyi itu dinamakan sebagai tak bersuara.

2. Lokasi pengeluaran bunyiDalam menentukan lokasi pengeluaran bunyi, terlebih dahulu perlu dikenal pasti secara rinci saluran suara dan alat artikulasi yang terlibat. Jikalau semasa melafaz alat artikulasi yang terlibat adalah bibir, maka penamaan akan diberikan berdasarkan alat dan daerah tersebut, iaitu dua bibir atau bilabial. Begitu juga jika daerah yang terlibat itu adalah batas gusi dan lidah menyentuh bahagian ini, maka penamaannya bunyi yang dihasilkan adalah gusi atau alveolar. Begitu juga untuk bunyi-bunyi lain. Penamaan bergantung pada alat dan daerah artikulasi yang terlibat.

[email protected] | 0109749867

Page 97: Fonetik Dan Fonologi

84

Fonetik dan Fonologi

3. Cara lafaz dan jenis sekatanDalam bahagian ini, perlu dihuraikan jenis sekatan yang berlaku pada aliran udara. Bunyi letupan atau plosif dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada aliran udara daripada terlepas keluar. Sekatan yang berlaku ini akan mengumpul dan menahan udara yang kemudiannya dilepaskan secara serta-merta. Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal, maka penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan kedudukan anak tekak atau velum direndahkan. Beginilah kaedah kita mengenal pasti jenis bunyi konsonan yang dihasilkan.

4. Mekanisme aliran udaraDengan menghuraikan mekanisme aliran udara kita dapat secara persisnya menghuraikan penghasilan sesuatu konsonan. Udara yang mengalir keluar perlu dispesifikasi sama ada pulmonik, glotis, velar ataupun egresif dan ingresif.

Aliran pulmonik berlaku apabila pergerakan udara keluar atau masuk ke dalam paru-paru. Walau bagaimanapun aliran udara masuk ke dalam ini agak jarang berlaku. Sering kali bunyi vokal dan konsonan dihasilkan dengan cara sebegini. Aliran udara secara glotis pula berlaku apabila udara bergerak ke dalam atau keluar dengan merendahkan atau menaikkan larinks dalam tekak. Bunyi velar pula terhasil melalui lelangit lembut yang tertutup seperti keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncur ke belakang atau ke depan bagi menggerakkan udara ke dalam dan ke luar. Apabila pergerakan udara berlaku keluar, pergerakan ini dinamakan egresif manakala jika udara bergerak ke arah dalam, pergerakan ini dinamakan ingresif.

Cara pelabelan sebegini penting dalam bidang fonetik bagi membezakan setiap bunyi tanpa ketaksaan.

[email protected] | 0109749867

Page 98: Fonetik Dan Fonologi

85

Bunyi Bahasa

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, bunyi konsonan dihasilkan dengan berlakunya sekatan kepada aliran udara dengan kadar yang tertentu. Sekatan aliran udara ini menghasilkan jenis-jenis konsonan letupan (plosif), letusan (afrikat), sengau (nasal), geseran (frikatif), getaran (trill), sisian (lateral), dan separuh vokal (semi vowel).

4.6.1 Konsonan letupan

Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dalam bahasa Melayu. Tiga daripadanya adalah bunyi bersuara, tiga bunyi lagi adalah bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis. Bunyi konsonan letupan ini dihasilkan dengan menutup aliran udara melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut bagi menyekat rongga hidung. Aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga pada bibir. Pada masa yang sama semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini, udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba menyebabkan udara yang terlepas keluar itu menghasilkan letupan.

1. Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b]Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara [p]. Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b]. Contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 99: Fonetik Dan Fonologi

86

Fonetik dan Fonologi

Letupan dua bibir tak bersuara [p],

[ lapan ] (lapan)

[ ttap] (tetap)

[papan] (papan)

Letupan dua bibir bersuara [b]

[ balik ] (balik)

[ lbat] (lebat)

[ kitab ] (kitab)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.14: Konsonan letupan dua bibir

2. Konsonan letupan gusi [t] dan [d]Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru. Dan apabila udara yang tersekat tersebut dibebaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi. Apabila

[email protected] | 0109749867

Page 100: Fonetik Dan Fonologi

87

Bunyi Bahasa

letupan gusi berlaku dengan tidak menggetarkan pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t]. Apabila letupan gusi itu dilakukan dengan getaran pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d]. Contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Letupan gusi tak bersuara [t]

[ tiga ] (tiga)

[ itu ] (itu)

[ pusat ] (pusat)

Letupan gusi bersuara [d]

[ dasar] (dasar)

[ ada ] (ada)

[ had ] (had)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.15: Konsonan letupan gusi

[email protected] | 0109749867

Page 101: Fonetik Dan Fonologi

88

Fonetik dan Fonologi

3. Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut tak bersuara [k], dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

[ kambi ] (kambing)

[ paku ] (paku)

[kikir] (kikir)

Letupan lelangit lembut bersuara [g]

[ garam] (garam)

[ raga ] (raga)

[ beg ] (beg)

Lihat rajah seperti berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 102: Fonetik Dan Fonologi

89

Bunyi Bahasa

Rajah 4.16: Konsonan letupan lelangit lembut

4. Konsonan letupan pita suara []Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan. Apabila secara serta-merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara, bunyi yang dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara []. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tak bersuara. Contoh bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Letupan pita suara []

[ buda] (budak)

[ bale] (balik)

[ kaka] (kakak)

Lihat rajah berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 103: Fonetik Dan Fonologi

90

Fonetik dan Fonologi

P

P

P

P

Rajah 4.17: Konsonan letupan pita suara

5. Konsonan letusan [c] dan [j]Terdapat dua bunyi letusan dalam bahasa Melayu. Bunyi ini dihasilkan dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan. Yang membezakannya adalah bunyi ini dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran. Dalam keadaan ini, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras bersuara [j]. Contoh bunyi-bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Letusan tak bersuara [c]

[ cat ] (cat)[ kaca ] (kaca) [ koc ] (koc)Letusan bersuara [j] [ jalan ] (jalan)

[email protected] | 0109749867

Page 104: Fonetik Dan Fonologi

91

Bunyi Bahasa

[ baju ] (baju)[ garaj ] (garaj)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.18: Konsonan letusan

4.6.2 Konsonan sengau

Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Dengan menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang tertentu di dalam mulut, bunyi sengau dihasilkan. Kesemua bunyi sengau dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan pita suara bergetar. Semua bunyi sengau adalah bersuara. Ada empat bunyi konsonan sengau dalam bahasa Melayu, iaitu [m], [n], [ ] dan [ ].

1. Sengau dua bibir bersuara [m]Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan

[email protected] | 0109749867

Page 105: Fonetik Dan Fonologi

92

Fonetik dan Fonologi

biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Sengau dua bibir bersuara [m].

[ makan ] (makan) [ lama ] (lama)[ alim ] (alim)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.19: Sengau dua bibir bersuara [m]

[email protected] | 0109749867

Page 106: Fonetik Dan Fonologi

93

Bunyi Bahasa

2. Sengau gusi bersuara [n]Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Sengau gusi bersuara [n].

[ n a d a ] ( n a d a )

[ bina ] (bina)

[lapan ] (lapan)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.20: Sengau gusi bersuara [n]

3. Sengau lelangit keras gusi bersuara []Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.

[email protected] | 0109749867

Page 107: Fonetik Dan Fonologi

94

Fonetik dan Fonologi

Contoh:

[awa] (nyawa)

[ ata] (nyata)

[baa] (banyak)

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.21: Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ]

4. Sengau lelangit lembut bersuara [ ] Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Sengau lelangit lembut bersuara [ ].

[ aa] (nganga)

[ mala] (malang)

[email protected] | 0109749867

Page 108: Fonetik Dan Fonologi

95

Bunyi Bahasa

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.22: Sengau lelangit lembut bersuara [ ]

4.6.3 Konsonan geseran

Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu, empat bersuara dan empat lagi tak bersuara. Manakala satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara, dan dilambangkan dengan [h].

1. Geseran gigi bibir [f] dan [v]Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar. Laluan yang terbentuk merupakan laluan yang sempit. Kesannya udara yang dikeluarkan dari paru-paru menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [f] dan yang bersuara [v].

Geseran gigi bibir tak bersuara [f]:

[ fikir ] (fikir)

[ lafaz ] (lafaz)

[maaf] (maaf)

[email protected] | 0109749867

Page 109: Fonetik Dan Fonologi

96

Fonetik dan Fonologi

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.23: Geseran gigi bibir

2. Geseran gusi [s] dan [z]Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [s] manakala yang bersuara adalah [z].

Geseran gusi tak bersuara [s] :

[ sah ] (sah)

[ kisah ] (kisah)

[ lipas ] (lipas)

Geseran gusi bersuara [z]

[ zaman ] (zaman)

[ baza ] (bazar)

[ hafiz ] (hafiz)

[email protected] | 0109749867

Page 110: Fonetik Dan Fonologi

97

Bunyi Bahasa

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.24: Geseran gusi

3. Geseran lelangit keras [š] dan [ž]Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat. Udara dari paru-paru terdesak keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [š]. Bunyi [ž] adalah bunyi geseran lelangit keras bersuara.

Letusan lelangit keras tak bersuara[š]

[ šubuh] (subuh)

[ ašar ] (asar)

[ xaš ] (khas)

Letusan lelangit keras bersuara [ž]

[ žohor ] (dhohor)

[ hažir ] (hadhir)

[ haiž ] (haidh)

[email protected] | 0109749867

Page 111: Fonetik Dan Fonologi

98

Fonetik dan Fonologi

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.25: Geseran lelangit keras

4. Geseran lelangit lembut [x] dan [ ]Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut. Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut. Ini menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [x] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [ ].

Geseran lelangit lembut tak bersuara [x]

[ xabar ] (khabar)

[ xianat ] (khianat)

[ tarix ] (tarikh)

Geseran lelangit lembut bersuara [ ]

[ aeb] (ghaib)

[loat] (loghat)

[bali] (baligh)

[email protected] | 0109749867

Page 112: Fonetik Dan Fonologi

99

Bunyi Bahasa

Lihat rajah berikut:

Rajah 4.26: Geseran lelangit lembut

5. Geseran pita suara [h]Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan glotis, bunyi ini juga berlaku di pita suara maka dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.

Geseran pita suara [h]

[ hati ] (hati)

[ lihat ] (lihat)

[ rumah ] (rumah)

[email protected] | 0109749867

Page 113: Fonetik Dan Fonologi

100

Fonetik dan Fonologi

Lihat rajah berikut:

P P

Rajah 4.27: Geseran pita suara

4.6.4 Konsonan Getaran [r]

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan bunyi getaran [r].

Konsonan getaran [r]

[ rantai ] (rantai)

[ baru ] (baru)

[ ular ] (ular)

Lihat rajah berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 114: Fonetik Dan Fonologi

101

Bunyi Bahasa

Rajah 4.28: Konsonan getaran

4.6.5 Konsonan Sisian [l]

Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l]. Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil adalah [l].

Konsonan sisian [l]:

[ lantai ] (lantai)

[ balam ] (balam)

[dodol] (dodol)

Lihat rajah berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 115: Fonetik Dan Fonologi

102

Fonetik dan Fonologi

Rajah 4.29: Konsonan sisisan

4.6.6 Separuh Vokal [w] dan [y]

Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu. Bunyi separuh vokal ini dianggap bunyi konsonan. Ada dua bunyi separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [w]. Manakala semasa melafazkan [y] keadaan bibir dihamparkan.

1. Separuh vokal dua bibir [w]Contoh penggunaan separuh vokal [w]:

[ wadah] (wadah)

[ kawan ] (kawan)

[ pulaw ] (pulau)

2. Separuh vokal lelangit keras [y]Contoh penggunaan separuh vokal [y]:

[email protected] | 0109749867

Page 116: Fonetik Dan Fonologi

103

Bunyi Bahasa

[ yaŋ ] (yang)

[ tayaŋ ](tayang)

[ pakay ] (pakai)

4.7 Bunyi Konsonan Kompleks

Konsonan kompleks merupakan satu bunyi yang mempunyai dua cara artikulasi yang berbeza. Kita membezakan konsonan dengan cara, iaitu 1. artikulasi sekunder, 2. artikulasi ganda, dan 3. kontur cara artikulasi.

4.7.1 Artikulasi Sekunder

Cara artikulasi ini, bunyi konsonan yang dihasilkan tidak memerlukan penggunaan keseluruhan bahagian lidah dan bibir. Bunyi [t, d] hanya memerlukan bahagian crown lidah, begitu juga bunyi [f, p, m] hanya bibir yang digunakan. Bibir dan lidah digunakan untuk membentuk artikulasi vokalik sekali gus dengan bunyi konsonan. Proses inilah yang dinamakan artikulasi sekunder. Berikut merupakan jenis artikulasi sekunder yang boleh dibezakan, (Gussenhoven, C. dan Jacobs, H. ,2005: 13).

1. Labialisasi, semasa menghasilkan konsonan ini, bibir dibundarkan. Bunyi letupan bibir lelangit lembut (labialisasi velar plosive) dihasilkan [kw].

2. Palatalisasi, semasa menghasilkan bunyi ini bahagian depan lidah diangkat seperti semasa menghasilkan bunyi [i] atau [j] semasa bunyi konsonan dihasilkan. Bunyi letupan bibir lelangit keras disimbolkan sebagai [pj].

[email protected] | 0109749867

Page 117: Fonetik Dan Fonologi

104

Fonetik dan Fonologi

3. Velarisasi, bunyi yang dihasilkan apabila belakang lidah diangkat seperti semasa menghasilkan bunyi [u] atau [ ] semasa menghasilkan bunyi konsonan. Bunyi malaran tak bergeser sisian lelangit lembut disimbolkan sebagai [ ].

4. Faringial, ialah bunyi yang dihasilkan apabila akar lidah ditarik ke bahagian belakang farinks. Bunyi ini terdapat dalam konsonan bahasa Arab, [ ].

4.7.2 Artikulasi Ganda

Terdapat sesetengah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan berlakunya 2 penyempitan aliran udara pada masa yang sama, misalnya [kp ] dan [gb ], letupan bibir gusi yang wujud banyak dalam bahasa Niger-Congo, manakala dalam bahasa Inggeris [w] bunyi malaran tak bergeser bibir lelangit lembut, iaitu bunyi yang dihasilkan dengan bahagian belakang lidah diangkat dan bibir dibundarkan.

4.7.3 Kontur-Cara Konsonan

Sesetengah bunyi konsonan menukar penyempitan aliran udara yang berlaku separuh jalan, misalnya dalam bunyi hentian pranasal [mb], [nd], [ŋg], iaitu bunyi konsonan yang dimulai seperti menghasilkan bunyi nasal dan diakhiri dengan bunyi seperti plosif (hentian) pada tempat artikulasi yang sama dalam bahasa Bantu. Keadaan yang sama juga berlaku seperti pada bunyi afrikat, iaitu bunyi yang dihasilkan dengan kombinasi bunyi letupan (hentian) dan frikatif pada daerah artikulasi yang sama. Bunyi yang dihasilkan ini kedengaran seperti bunyi letupan tetapi dilepaskan secara perlahan sehingga kedengaran bunyi geseran, misalnya dalam bahasa Inggeris kata chap [t ] dan dalam kata Jack [d3], (Gussenhoven, C. dan Jacobs, H., 2005)

[email protected] | 0109749867

Page 118: Fonetik Dan Fonologi

105

Bunyi Bahasa

4.8 Bunyi Konsonan Non-Pulmonik

Bunyi konsonan non-pulmonik terbahagi kepada 3, iaitu 1. bunyi klik, 2. bunyi implosif, dan 3. bunyi ejektif.

4.8.1 Bunyi Klik

Bunyi ini dihasilkan dengan aliran udara disekat dalam mulut di antara dua sekatan yang berlaku, iaitu yang disebabkan oleh bahagian belakang lidah yang dirapatkan ke lelangit lembut dan sekatan yang dilakukan di bahagian lebih ke hadapan dalam rongga mulut, iaitu di batas gusi.

4.8.2 Bunyi Implosif

Bunyi ini mempunyai ciri seperti penutupan aliran udara yang berlaku semasa menghasilkan bunyi plosif dan glotis. Dengan larinks direndahkan, udara dalam mulut dan farinks menjadi lemah densitinya yang menyebabkan bunyi bising terhasil apabila rongga mulut dibuka. Bunyi implosive ini wujud dalam bahasa Vietnam dan Niger-Congo, [ , , ].

4.8.3 Bunyi Ejektif

Bunyi yang konfigurasi awal artikulasinya seperti yang digunakan bagi menghasilkan bunyi implosif. Yang berbeza ialah keadaan larinks yang kini ditolak ke atas. Udara dalam farinks dan mulut dimampat dan pada saat dilepaskan/dibuka penutupan rongga mulut, bunyi bising egresif akan berlaku [p', t', k'].

[email protected] | 0109749867

Page 119: Fonetik Dan Fonologi

106

Fonetik dan Fonologi

4.9 Carta Konsonan Melayu

Untuk memudahkan rujukan, berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah Hassan (1980).

Daerah Sebutan / Cara

SebutanBibir Gusi

Gusi Lelangit

Keras

Lelangit Keras

Lelangit Lembut

Peti Suara

Letupan

Tak Bersuara

Bersuara

p

b

t

d

k

g

Letusan

Tak Bersuara

Bersuara

c

j

Sengauan m n

Geseran

Tak Bersuara

Bersuara

f

v

s

z

š

ž

x h

Getaran r

Sisian l

Separuh vokal w y

Jadual 4.1: Carta konsonan Melayu

[email protected] | 0109749867

Page 120: Fonetik Dan Fonologi

107

Bunyi Bahasa

4.10 Ringkasan

Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia terdiri daripada dua jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bukan bahasa. Bunyi-bunyi bahasa diberikan lambang-lambang tertentu. Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa, iaitu vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya sekatan kepada aliran udara. Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan dengan aliran udara menghadapi sekatan atau sekatan penuh pada bahagian-bahagian tertentu sepanjang laluan dalam rongga mulut. Bunyi diftong dianggap sebagai bunyi vokal yang berlaku perubahan dalam kualiti bunyinya. Sementara itu bunyi separuh vokal pula dianggap sebagai bunyi konsonan. Penyempitan aliran udara menyebabkan penghasilan 2 jenis bunyi, iaitu bunyi obstruen dan sonoran Yang membezakan kedua-duanya ialah geseran yang berlaku. Bunyi obstruen menghasilkan geseran dan boleh bersuara ataupun tidak bersuara, sebaliknya bunyi sonoran, bunyi yang terhasil tersebut adalah bunyi bersuara tanpa berlakunya geseran. Sementara itu selain bunyi konsonan, terdapat juga bunyi konsonan kompleks dan bunyi konsonan non-pulmonik. Simbol fonetik untuk bunyi-bunyi ini dapat dilihat dalam jadual The International Phonetic Alphabet (IPA) di bahagian akhir bab 3.

4.11 Latihan1. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan bunyi-bunyi

bahasa dan bukan bahasa.

2. Bagaimana sesuatu bunyi dihasilkan? Bincangkan peranan alat-alat artikulasi.

[email protected] | 0109749867

Page 121: Fonetik Dan Fonologi

108

Fonetik dan Fonologi

3. Apakah bunyi vokal?

4. Apakah parameter yang digunakan untuk mengenal pasti bunyi vokal yang dihasilkan?

5. Bagaimana bunyi vokal dikatakan berbeza dari aspek kualiti bunyinya?

6. Bincangkan diagram vokal kardinal oleh Daniel Jones.

7. Nyatakan perbezaan bunyi vokal depan luas dengan vokal depan sempit.

8. Lengkapkan diagram berikut:

9. Apakah bunyi konsonan?

10. Apakah yang membezakan bunyi vokal dan bunyi konsonan?

11. Huraikan bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk kedudukan alat-alat artikulasi seperti dalam grafik berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 122: Fonetik Dan Fonologi

109

Bunyi Bahasa

12. Apakah bunyi separuh vokal? Mengapa bunyi ini dinamakan separuh vokal?

13. Apakah bunyi diftong dalam bahasa Melayu? Bincangkan bunyi ini.

14. Dengan melakukan kajian kepustakaan, kenal pasti bunyi- bunyi konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu.

15. Bincangkan bunyi-bunyi sengau dalam bahasa Melayu.

16. Bincangkan manfaat pengajaran bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambangnya kepada pelajar.

17. Bincangkan mengapa perlu bunyi-bunyi konsonan pinjaman diserapkan ke dalam carta bunyi konsonan bahasa Melayu?

18. Beri rasional bunyi vokal dikatakan lebih lantang bunyinya daripada bunyi konsonan.

19. Apakah bunyi pulmonik?

[email protected] | 0109749867

Page 123: Fonetik Dan Fonologi

110

Fonetik dan Fonologi

20. Bincangkan sifat bunyi obstruen dan sonoran.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi konsonan kompleks?

22. Bagaimana bunyi konsonan dibezakan?

23. Namakan bunyi konsonan non-pulmonik.

24. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi konsonan kompleks?

25. Bincangkan perbezaan carta konsonan Melayu dan jadual IPA yang merujuk pada bunyi konsonan pulmonik.

[email protected] | 0109749867

Page 124: Fonetik Dan Fonologi

Fonetik Eksperimental

Bab 5

5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental

Terdapat dua kaedah yang boleh diambil kira dalam melakukan analisis fonetik. Kaedah yang dimaksudkan ialah kaedah impresionistik dan eksperimental. Menurut Hayward, K. (2000: 2-6), istilah impresionistik ini diambil daripada buku David Abercrombie (1954, 1967) yang menggunakan konsep itu ke atas stail transkripsi fonetik. Kajian ini melibatkan pemerolehan dan pembinaan kemahiran dalam mengenal pasti, membezakan dan menghasilkan satu siri bunyi bahasa secara meluas.

Tumpuan kajian ini boleh diandaikan sebagai berfokus kepada posisi pergerakan alat pertuturan dalam menghasilkan bunyi bahasa individu. Kajian yang menggunakan kaedah ini adalah berasaskan beberapa tanggapan, iaitu 1. Tuturan dapat direpresentasi sebagai

[email protected] | 0109749867

Page 125: Fonetik Dan Fonologi

112

Fonetik dan Fonologi

satu siri segmen (bunyi) 2. Setiap segmen (bunyi) dapat dispesifikasi secara unik dengan merujuk kepada sasarannya. Setiap sasaran berhubungan dengan cara persepsi auditori dalam fikiran seseorang pemerhati yang terlatih dan 3. Sasaran segmentasi bunyi yang dilakukan boleh dicirikan dengan sejumlah dimensi, iaitu set dimensi sarwajagat yang berkaitan dengan sesuatu bahasa. Contohnya kata dalam bahasa Inggeris fan [faen] terhasil dengan 3 urutan segmen dimensi artikulotari, iaitu bunyi pertama dalam kata ini yang diwakili oleh huruf “f” dihasilkan dengan memaksa aliran udara keluar melalui bukaan sempit antara bibir bawah dan bahagian atas gigi. Sasaran dihuraikan sebagai hubungan yang berlaku antara bahagian bawah bibir dan gigi atas, dengan pita suara terbuka dan tidak bergetar, yang dinamakan sebagai bunyi geseran bibir gigi tak bersuara (voiceless labio-dental fricative). Bunyi tak bersuara dirujuk pada keadaan pita suara yang tidak bergetar yang dinamakan sebagai dimensi suara, sementara hubungan antara bibir bawah dan gigi atas dinamakan sebagai dimensi artikulasi manakala geseran yang dihasilkan semasa lafaz bunyi ini dirujuk sebagai dimensi cara artikulasi (Hayward, K., 2000:3). Pendekatan kajian ini merujuk kepada kaedah pengkajian tradisional yang tidak menggunakan sebarang peralatan, atau unaided skill, dalam mengenal pasti dan menghasilkan semula bunyi bahasa. Pengertian unaided skill ini sebenarnya menganggap penggunaan alat perakam dan pita rakaman yang digunakan dalam kaedah fonetik impresionistik ini juga sebagai unaided skill. Proses yang terlibat hanya merakamkan bunyi, mendengar dan ulang dengar berkali-kali. Situasi ini menjurus pada keadaan melakukan tanggapan sendiri tentang sesuatu bunyi. Secara tradisionalnya, ahli fonetik ini bersandarkan kepada kepekaan telinga, mata dan organ vokal mereka sendiri apabila mengkaji aspek penyebutan.

Seseorang yang ingin memperoleh kemahiran dengan menggunakan kaedah fonetik impresionistik perlu bersedia dengan situasi seperti mempelajari cara penyebutan bunyi dalam sesuatu

[email protected] | 0109749867

Page 126: Fonetik Dan Fonologi

113

Fonetik Eksperimental

bahasa yang baru. Ini bermaksud apabila mempelajari sesuatu bahasa yang baru, ia melibatkan proses menerima dan membiasakan kedudukan alat artikulasi di posisi yang baru dalam menyebut sesuatu bunyi, iaitu keadaan yang di luar dari kebiasaan yang dilakukan apabila menyebut bunyi dalam bahasa sendiri/ibunda. Ini melibatkan proses membiasakan alat artikulasi dengan kedudukan, pergerakan dan menghubungkan aktiviti baru ini dengan sesuatu yang baru dan berbeza pada persepsi pendengaran. Sehubungan dengan itu, seseorang ahli fonetik impresionistik yang terlatih apabila buat pertama kalinya mendengar sesuatu bahasa yang asing seharusnya mampu membuat tanggapan/andaian bijak tentang apa yang dilakukan oleh organ vokal seseorang penutur. Dan tugasan yang dilakukan oleh mereka ini menjadi lebih mudah apabila ahli fonetik itu sendiri dapat berhadapan dengan penutur sesuatu bahasa asing tersebut. Tanggapan ini dapat dimurnikan lagi dengan mengulang dengar serta mencuba dan meniru cara penyebutan dengan penutur natif bahasa asing yang dirujuk bertindak sebagai penentu pada ketepatan cara sebutan yang sedang dan telah dilakukan. Elemen terakhir dalam melatih seseorang ahli fonetik impresionistik adalah proses mempelajari bagaimana mengenal pasti dimensi artikulatori sarwajagat dan menggunakan notasi fonetik, International Phonetic Alphabet (IPA). Dalam kaedah ini, ciri utamanya ialah hubungan langsung antara artikulasi dengan persepsi auditori. Ringkasnya, kaedah kajian ini berasaskan pada kemampuan manusia mengenal pasti sesuatu bunyi. Justeru, tanpa merujuk kepada penutur natif sesuatu bahasa yang dikaji, penggunaan kaedah ini tidak mungkin akan berjaya dan berwibawa. Inilah antara limitasi kaedah kajian ini yang sebenarnya sangat bergantung kepada perkara yang dinyatakan sebelum ini.

Sementara itu, dari aspek sejarah, fonetik impresionistik ini telah melakar sejarah yang lama, iaitu abad kelima sebelum masihi, sekitar zaman India Kuno (Allen, 1953).

[email protected] | 0109749867

Page 127: Fonetik Dan Fonologi

114

Fonetik dan Fonologi

Garis pemisah antara unaided skill, dan aided skill adalah penggunaan komputer dan program yang canggih dalam menganalisis data bunyi. Sering kali apa yang berlaku pengkaji yang menggunakan kaedah impresionistik ini bergantung kepada kepakaran telinga dalam membezakan bunyi-bunyi yang didengar dan membuat tanggapan sendiri dalam mengenal pasti persamaan dan perbezaan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Hasil daripada proses ini, pengkaji melakukan pelabelan yang merujuk kepada analisis yang dilakukan kepada data bunyi tersebut. Perkara yang sama dilakukan oleh Nik Safiah Karim (1965), Hashim Musa (1971), Asraf Abdul Wahab (1988) dan buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993 Edisi Baharu). Dapat dikatakan bahawa kepekaan dan kepakaran yang tinggi diperlukan oleh pengkaji dalam golongan kajian fonetik impresionistik. Secara ringkasnya, dapatan kajian ini hanya berasaskan tanggapan pengkaji sahaja.

5.2 Fonetik Eksperimental

Fonetik eksperimental merupakan bidang yang masih baru berbanding dengan fonetik impresionistik. Petanda awal munculnya bidang ini ialah dengan penerbitan Principle de phonétique expérimentale pada tahun 1817-1898 oleh Rousselot yang dirujuk sebagai bapa bidang ini dan yang paling penting ialah apabila mesin bunyi spektrograf dicipta tahun 1940-an (Hayward, K., 2000:3).

Kaedah penyelidikan eksperimental menggunakan instrumen atau peralatan. Instrumen yang dimaksudkan di sini adalah alat yang dapat menvisualisasi aspek-aspek dalam data bunyi bahasa dan dapat menyediakan asas perkiraan ke atas aspek-aspek tersebut. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini, penyelidikan yang menggunakan alat perakam untuk ulang-dengar rakaman yang dilakukan, tidaklah termasuk dalam kaedah kajian ini, sekalipun

[email protected] | 0109749867

Page 128: Fonetik Dan Fonologi

115

Fonetik Eksperimental

instrumen (alat perakam dan pita rakaman) memang digunakan. Pengertian instrumen di sini bermaksud rakaman yang dilakukan dalam pita tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam komputer. Rakaman bunyi yang dimasukkan ke dalam komputer seterusnya diproses dengan menggunakan program yang khusus bagi menangani data bunyi tersebut.

Proses ini bermaksud bermulanya analisis akustik. Elemen lain yang juga merupakan ciri eksperimental adalah prosedur yang melibatkan ujian yang berkaitan dengan persepsi yang boleh berbentuk soal selidik dan ujian pelbagai salinan (close-copy).

Dalam era perkembangan teknologi pada masa kini, sebuah program (atau perisian) khusus bagi mengkaji intonasi sudah dicipta dan dinamakan sebagai Praat. Program ini dicipta pada tahun 1992 oleh Paul Boersma dan David Weenink. Program ini dapat dimuat turun melalui internet secara percuma dan ditatar dari semasa ke semasa.

Signal akustik/osilogram

Kontur

intonasi

Rajah 5.1: Signal akustik

Rajah 5.1 adalah hasil daripada program ini. Melalui program ini signal akustik dapat divisualisasikan dan segala parameter yang pada

[email protected] | 0109749867

Page 129: Fonetik Dan Fonologi

116

Fonetik dan Fonologi

suatu masa dulu hanya mampu dipersepsi kini dapat digambarkan dan diperlihatkan. Selain itu, parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi dapat diukur dengan objektif. Perlu ditekankan di sini, kajian yang menggunakan kaedah ini adalah sebenarnya berasaskan kajian yang menggunakan kaedah impresionistik. Penyataan ini bermaksud kerangka asas klasifikasi fonetik impresionistik sebenarnya adalah satu objek kajian untuk fonetik eksperimental.

Beberapa pengetahuan yang diperoleh dalam fonetik impresionistik seperti parameter yang ditanggapi, iaitu kelangsingan, kelantangan suara dan kepanjangan adalah ciri-ciri yang penting untuk kajian fonetik eksperimental. Hal yang sebaliknya pula adalah tidak betul.

Dengan terciptanya program komputer yang dapat menganalisis data bunyi, tidak bererti seorang pengkaji impresionistik mesti tahu segala hal yang berlaku di dalam makmal bahasa. Ini kerana seseorang pakar impresionistik sudah mempunyai kepakaran membezakan setiap parameter yang didengar. Apa yang menjadi kekurangan adalah hakikat bahawa orang yang pakar ini gagal memberikan bacaan dalam angka yang tepat tentang sesuatu parameter yang didengar. Malahan seseorang pengkaji itu mungkin dapat menjadi seorang pakar fonetik impresionistik walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke makmal. Tanpa mengetahui apa yang berlaku di dalam makmal tidak akan menjadi satu kepincangan kepada analisis yang dilakukan. Walau bagaimanapun sekiranya seorang ahli fonetik tersebut mahir dalam pengendalian program menganalisis data bunyi, dan dalam masa yang sama mahir secara impresionistik, kepakaran ini dapat dianggap sebagai satu kelebihan kepada ahli fonetik tersebut. Kepakaran seperti ini memanglah sukar untuk dicapai.

Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa kajian eksperimental adalah kaedah yang terkini dan dapat digunakan bagi

[email protected] | 0109749867

Page 130: Fonetik Dan Fonologi

117

Fonetik Eksperimental

mengabsahkan dapatan yang sedia ada dalam kajian impresionistik. Kedua-dua kaedah ini sebenarnya saling melengkapi seandainya hasil yang terbaik menjadi objektif yang diinginkan untuk kajian. Ini selari dengan prosedur pada akhir sesuatu kajian eksperimental, iaitu ujian persepsi yang dilakukan. Prosedur ini sebenarnya adalah prosedur yang termasuk di bawah kaedah impresionistik walaupun ujian ini suatu masa dulu hanya melibatkan diri pengkaji itu sendiri saja. Ujian yang dijalankan ini bertujuan pengabsahan dapatan yang dihasilkan dengan bantuan program ini. Sebenarnya, seseorang pakar fonetik impresionistik akan dengan mudah saja menguasai kemahiran mengendalikan program komputer ini bagi menganalisis data bunyi berbanding dengan pengkaji fonetik eksperimental yang tidak menguasai kemahiran mendengar, mengenal pasti dan membezakan setiap data bunyi yang didengarnya. Dan proses bagi memiliki kemahiran impresionistik ini tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

5.3 Prosedur Kajian Eksperimental

Seperti yang diperkatakan sejak awal tadi, kaedah kajian ini bersifat saintifik dan empirikal. Ada beberapa prosedur yang perlu dilaksanakan dalam mengaplikasikan kaedah ini. Berikut adalah prosedur yang paling asas perlu dilakukan oleh pengkaji fonetik akustik.

5.3.1 Merakam Data

Data sebaiknya dirakamkan dengan menggunakan pita rakaman audio digital (DAT). Walau bagaimanapun, data boleh juga dirakamkan dengan menggunakan pita rakaman biasa atau analog. Data tersebut juga boleh terdiri daripada data lisan yang dirakamkan tanpa pengetahuan informan. Kelebihan merakamkan data dengan

[email protected] | 0109749867

Page 131: Fonetik Dan Fonologi

118

Fonetik dan Fonologi

menggunakan pita rakaman audio digital ini adalah bagi mendapatkan ketepatan maklumat daripada data rakaman tersebut. Sebaliknya data bunyi yang terakam dalam pita rakaman analog yang mempunyai partikel bahan magnetik di atasnya akan berubah-ubah secara berterusan. Hal ini berlaku kerana partikel bahan magnetik ini beranalog kepada variasi dalam voltan signal elektrik yang menjadi output daripada mikrofon. Keadaan perubahan ini memberi kesan kepada variasi tekanan udara dalam gelombang bunyi yang asal. Hal ini menyebabkan dapatan yang diperoleh tidak tepat.

Rakaman juga boleh dilakukan secara langsung apabila seseorang pengkaji mempunyai peralatan canggih, iaitu mikrofon searah, Shure Professional Unidirectional Head-Worn Dynamic Microphone SM10A yang hanya merakam bunyi daripada informan dengan tidak merakamkan gangguan bunyi luar seperti bunyi latar, cicak berbunyi, muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun alat secanggih ini masih belum dimiliki oleh mana-mana universiti tempatan, manakala yang ada di Indonesia pula adalah milik Makmal Fonetik, Universiti Leiden yang dipinjamkan kepada penyelidik-penyelidik di bawah projek tajaan mereka.

Penggunaan alat seperti ini amat berfaedah kerana data bunyi yang asli tidak dirancang ataupun dalam keadaan tidak “terpaksa” dapat dirakam secara alamiah. Alat ini dipasangkan di atas kepala seseorang. Pada peringkat awal ia menyebabkan keadaan yang tidak selesa. Namun, apabila kebiasaan sudah wujud, kehadiran alat ini di atas kepala dan mikrofon yang hampir dengan mulut tidak lagi menimbulkan kekangan kepada informan. Informan boleh berada dalam keadaan santai seperti biasa.

Rakaman bunyi juga boleh dilakukan dalam makmal. Hasil rakaman ini lebih baik kerana sesebuah makmal bahasa lazimnya kedap bunyi, dan keadaan ini membolehkan data bunyi yang terakam tidak terjejas oleh bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki.

[email protected] | 0109749867

Page 132: Fonetik Dan Fonologi

119

Fonetik Eksperimental

Ini adalah dua kaedah merakam data bunyi. Kedua-dua kaedah ini boleh dipelbagaikan. Sebagai contoh (1) informan diminta berlakon mengikut skrip terancang, (2) informan diminta membaca kuat, atau (3) para informan ditempatkan ke dalam bilik kedap bunyi ini dan dibiarkan bebas bercakap dan rakaman dilakukan.

5.3.2 Memasukkan Data ke dalam Program

Kaedah eksperimental pada masa kini menggunakan program komputer khas yang dinamakan sebagai Praat.

Program komputer ini boleh dimuat turun daripada internet melalui laman web www.praat.org. Melalui program ini data bunyi yang dahulunya tidak mampu divisualisasikan kini boleh dilihat dan dianalisis serta dimanipulasi. Kecanggihan program ini ditatar dari semasa ke semasa oleh penciptanya sesuai dengan perkembangan bidang ilmu pengkomputeran.

Data bunyi yang dimasukkan dalam program ini terlebih dahulu ditentukan kadar sampel bunyinya. Seandainya bunyi yang dirakam tersebut adalah data bunyi masukan langsung ke dalam program, ini bererti informan itu sendiri bekerja dengan program. Bagi rakaman langsung ke dalam program, pengkaji seharusnya memastikan sama ada bunyi yang hendak dirakam itu adalah dalam bentuk mono ataupun stereo. Manakala data bunyi yang sudah terakam dalam DAT boleh terus dimasukkan ke dalam komputer dan dianalisis menggunakan program ini. Rajah berikut memperlihatkan contoh program pada peringkat awal masukan data langsung. Kadar sampel yang lazim digunakan ialah pada 22 050 Hz, iaitu kadar sampel separuh daripada jumlah kadar sebenar bunyi, 44 100 Hz.

[email protected] | 0109749867

Page 133: Fonetik Dan Fonologi

120

Fonetik dan Fonologi

Kadar sampel

Gerakan ke atas dan ke bawah ber-

warna hijau, kuning dan merah

Proses merekod berlangsung sebaik sahaja kekunci ini

diklik

Rajah 5.2: Data dalam Praat

Proses merekod berlangsung sebaik sahaja kekunci ini diklik. Semasa proses merakam berlangsung kita dapat melihat gerakan warna hijau, kuning dan merah ke atas dan ke bawah di ruangan meter yang menandakan kelantangan sumber input data bunyi yang dirakam. Rakaman bunyi yang baik adalah rakaman bunyi yang sederhana kuat, dan ditandai dengan warna hijau apabila proses merakam berlangsung. Data bunyi ini selanjutnya boleh disimpan apabila program ini diarahkan berbuat demikian. Kecanggihan program ini membenarkan pengkajinya menilai rakaman yang dilakukan itu semula. Sekiranya rakaman yang dilakukan itu tidak memuaskan, rakaman tersebut tidak perlu disimpan dan proses rakaman bolehlah dilakukan semula. Kelebihan proses merakam seperti ini tidak wujud apabila menggunakan kaedah impresionistik.

[email protected] | 0109749867

Page 134: Fonetik Dan Fonologi

121

Fonetik Eksperimental

5.3.3 Melihat Grafik Data Bunyi dan Mendengar

Data bunyi yang terakam dan yang sudah dimasukkan ke dalam program dapat divisualisasikan melalui program Praat. Grafik data bunyi ataupun signal akustik ini adalah seperti yang berikut:

Rajah 5.3: Visualisasi signal akustik

Grafik di atas memperlihatkan kemampuan program ini menvisualisasikan signal akustik yang dilengkapkan dengan bacaan parameter durasi data bunyi. Grafik berwarna hitam ini dikenali sebagai osilogram yang di dalamnya terakam frekuensi fundamental (F0) dan amplitud gelombang. Di samping dapat menvisualisasikan signal akustik, maklumat lain juga boleh didapati menerusi program ini, iaitu maklumat seperti spektrogram, forman, kelangsingan, intensiti dan sebagainya. Kesemua maklumat ini pada asasnya boleh didapati hanya dengan menekan (mengklik) arahan-arahan tertentu dalam program itu. Grafik di bawah memperlihatkan kesemua maklumat yang dapat diperoleh.

[email protected] | 0109749867

Page 135: Fonetik Dan Fonologi

122

Fonetik dan Fonologi

Intensiti

FormanKelangsingan

Rajah 5.4: Maklumat signal akustik

Garis pelbagai warna seperti biru, kuning, titik-titik berwarna merah dan warna kelabu gelap ini, masing-masingnya mewakili kelangsingan, intensiti, forman dan spektrogram. Bacaan bagi setiap parameter pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki dapat diperoleh apabila tetikus diklik kepada garis pelbagai warna tersebut.

Ini adalah antara prosedur asas untuk pengkaji yang menggunakan kaedah eksperimental, iaitu melihat data bunyi, parameter yang tercatat dan mendengar data bunyi dalam program ini. Prosedur ini menjadi lebih mudah apabila konsep-konsep yang dinyatakan pada bahagian awal difahami bagi memudahkan kajian eksperimental dilakukan.

5.3.4 Memanipulasi Data

Kajian eksperimental tidak terus mengguna pakai data bunyi yang terakam. Sebaliknya data bunyi dimanipulasi terlebih dulu sebagai salah satu prosedur penting dalam menganalisis. Dalam melakukan proses manipulasi ini beberapa konsep penting perlu diketahui, iaitu sebelum, semasa dan sesudah selesainya prosedur manipulasi

[email protected] | 0109749867

Page 136: Fonetik Dan Fonologi

123

Fonetik Eksperimental

data bunyi dilakukan. Konsep-konsep penting ini ialah stilisasi, makrointonasi, mikrointonasi, salinan (close-copy) dan ujian persepsi.

1. StilisasiProses stilisasi ini adalah proses menghasilkan garis-garis lurus yang paling minimum atas kontur intonasi asal. Yang dimaksudkan dengan kontur intonasi adalah pola turun naik nada bunyi yang terkandung di dalamnya parameter seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi yang dipersepsikan sebagai kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan. Dalam menghasilkan garis lurus paling minimum ini, kadar sampel resolusinya perlu ditentukan terlebih dulu bagi menentukan berapakah kadar semiton (st) yang akan digunakan. Kadar sampel ini ditentukan oleh seseorang pengkaji itu sendiri dan lazimnya kadar 4 semiton (st) digunakan. Garis lurus yang terhasil ini sebenarnya adalah proses menyingkirkan mikrointonasi dan mengekalkan makro intonasi. Penyingkiran mikrointonasi ini sama sekali tidak mengubah kualiti data bunyi, walaupun kontur intonasi yang asalnya berkeluk-keluk itu kini menjadi garis lurus. Dalam usaha mendapatkan garis lurus yang paling minimum ini seseorang pengkaji hendaklah mempunyai kesabaran yang tinggi kerana bagi mendapatkan salinan yang persis data bunyi asli jarang dapat dilakukan dengan sekali percubaan. Tujuan utama penghasilan garis lurus ini adalah bagi memudahkan proses pelabelan kontur. Lihat rajah 5.5 yang memperlihatkan bagaimana kontur intonasi dipaparkan dalam tetingkap manipulasi.

[email protected] | 0109749867

Page 137: Fonetik Dan Fonologi

124

Fonetik dan Fonologi

Kontur intonasi

asal

Garis lurus yang terhasil

Rajah 5:5: Kontur intonasi

2. MakrointonasiMakrointonasi adalah signal akustik yang signifikan. Signal yang relevan ini berhubungan dengan naik turun nada suara yang dihasilkan oleh si penutur dan sememangnya relevan dilafazkan sedemikian rupa bersesuaian dengan konteks dan objektif komunikasi.

3. MikrointonasiMikrointonasi adalah naik turun nada suara yang dihasilkan oleh si penutur tetapi tidak dalam keadaan yang sengaja dan dianggap sebagai melodi yang tidak relevan. Signal yang tidak relevan ini, apabila disingkirkan tidak akan menjejaskan bunyi asal data bunyi. Kehadiran mikrointonasi inilah yang sebenarnya menghasilkan kerencaman bentuk kontur asal sesuatu intonasi.

4. Salinan (Close-copy)Makrointonasi yang digambarkan dengan menghasilkan garis lurus yang paling minimum dan tidak mengubah kualiti bunyi asal data bunyi, dinamakan sebagai salinan. Salinan merujuk kepada proses yang dihasilkan apabila stilisasi dilakukan.

[email protected] | 0109749867

Page 138: Fonetik Dan Fonologi

125

Fonetik Eksperimental

Salinan yang terhasil ini bersifat relatif. Bentuk garis lurus yang dihasilkan boleh saja berbeza-beza dalam kuantiti garis lurus yang tertentu. Ketepatan salinan yang akan diguna pakai bagi mewakili sesuatu ujaran yang sedang diuji, perlulah diabsahkan oleh masyarakat penutur bahasa yang menuturkan bahasa yang sedang dikaji. Proses pengabsahan ini dinamakan sebagai ujian persepsi.

5. Ujian persepsiUjian persepsi adalah satu ujian yang diberikan oleh seseorang pengkaji kepada responden bagi mendapatkan maklumat tentang ketepatan sesuatu data bunyi. Dalam menentukan, sebagai contoh ketepatan salinan yang dihasilkan, ujian persepsi adalah satu proses yang penting. Ini adalah kerana dalam setiap kajian yang bersifat eksperimental, dapatan yang diperoleh seharusnya tahan uji dan akhirnya dapat diterima sebagai mewakili sesuatu. Responden yang dipilih untuk ujian ini mestilah yang berkaitan dengan bahan yang diuji. Sebagai contoh, jika bahasa Melayu yang dikaji maka respondennya mestilah orang Melayu bukan Cina atau India. Ujian persepsi haruslah selari dengan objektif sesuatu kajian yang dilakukan.

Kekerapan ujian persepsi ini amat bergantung kepada kualiti dapatan yang diperoleh untuk setiap ujian yang dilakukan. Walau bagaimanapun sering kali ujian persepsi bagi sesuatu kajian dilakukan sebanyak 3 kali ataupun lebih, dan jumlah respondennya berbeza-beza bergantung pada jumlah penyaringan yang dilakukan. Penyaringan data dan responden harus dilakukan terlebih dulu kerana jika ujian dilakukan ke atas responden yang kurang memuaskan prestasinya, ujian yang dilakukan pastilah tidak menguntungkan mana-mana pihak. Ini bererti banyak masa yang telah terbuang.

[email protected] | 0109749867

Page 139: Fonetik Dan Fonologi

126

Fonetik dan Fonologi

Ujian persepsi menyediakan ruang yang baik untuk pengkaji menghasilkan dapatan dan mengetahui dengan tepat sesuatu dapatan dari sudut pandangan masyarakat secara umumnya dan tidak hanya berdasarkan sudut pandangan yang sempit, iaitu diri sendiri.

Ujian persepsi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada dalam bentuk audio yang meminta respondennya mengenal pasti data bunyi yang diperdengarkan. Bentuk ujian ini pula amat berhubungan dengan objektif kajian.

5.3.5 Statistik

Penggunaan statistik juga penting dalam kajian sebegini. Pengemukaan angka-angka tertentu digunakan bagi menggambarkan sesuatu dapatan. Dalam kajian intonasi eksperimental ini, statistik diperoleh daripada program Praat dan program statistik lain seperti Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Catatan angka-angka ini sering kali disokong juga oleh dapatan kualitatif yang melibatkan responden dalam pengabsahan dapatan.

5.4 Perbandingan Kaedah Kajian Fonetik Impresionistik dengan Eksperimental

Perbincangan sebelum ini telah memperlihatkan perbezaan prosedur yang diambil dalam kedua-dua kaedah yang dibincangkan, iaitu impresionistik dan eksperimental. Secara ringkas perbezaannya dapat dilihat seperti yang berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 140: Fonetik Dan Fonologi

127

Fonetik Eksperimental

Kaedah Impresionistik Kaedah Eksperimental

1. Tidak menggunakan peralatan canggih. Yang digunakan hanya alat perakam dan pita rakaman biasa.

1. Menggunakan peralatan yang canggih. Data dirakamkan dalam pita rakaman berkualiti misalnya DAT, rakaman terus dalam program khas atau dalam makmal bahasa dengan menggunakan program komputer.

2. Data bunyi tidak mampu divisualisasikan. Hanya didengar dan diulang dengar berkali-kali.

2. Data bunyi dapat divisualisasikan parameternya seperti F0, intensiti dan durasi. Parameter ini dapat diukur secara objektif. Selain itu, forman dan spektrograf juga dapat diperlihatkan.

3. Proses analisis bermula apabila proses ulang dengar dilakukan berkali-kali.

3. Proses analisis bermula apabila data bunyi dimanipulasi dengan proses stilisasi dilakukan, iaitu dengan penyingkiran mikrointonasi dan penghasilan salinan. Semua prosedur ini dilakukan dengan arahan yang diberikan dalam program Praat.

4. Dapatan analisis dinilai dan dilabel oleh pengkaji sendiri. Tidak melibatkan ujian persepsi. Ujian persepsi hanya dilakukan oleh pengkaji sendiri.

4. Dapatan analisis dinilai ketepatannya, seperti label yang diberikan ke atas salinan (close-copy) yang diperoleh daripada proses stilisasi. Ujian persepsi melibatkan responden yang berhubungan dengan objektif kajian. Ujian persepsi disertai oleh responden terpilih.

5. Dapatan tidak dapat diabsahkan sebagai mewakili masyarakat yang dirujuk dalam kajian. Dapatan diragui bersifat tahan uji.

5. Dapatan yang diperoleh bersifat tahan uji dan berwibawa kerana pengabsahan yang dilakukan dengan penglibatan responden dalam ujian persepsi.

[email protected] | 0109749867

Page 141: Fonetik Dan Fonologi

128

Fonetik dan Fonologi

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seandainya kedua-dua kemahiran dengan menggunakan kedua-dua kaedah ini dapat digabungkan, dapatan kajian akan lebih baik dan berwibawa. Namun demikian, tidaklah pincang sesuatu kajian impresionistik itu tanpa menggunakan kaedah eksperimental dengan syarat pengkaji yang dalam golongan impresionistik ini mestilah benar-benar pakar dan arif dalam kaedah yang diambil. Dan perlu diketahui, kemahiran impresionistik ini tidak dapat diperoleh dalam masa yang singkat.

5.5 Ringkasan

Kaedah kajian fonetik terbahagi kepada dua, iaitu fonetik impresionistik dan eksperimental. Kaedah impresionistik adalah kaedah kajian yang tidak menggunakan alat bantu. Kaedah eksperimental pula menggunakan alat bantu. Alat bantu yang dimaksudkan di dalam konsep eksperimental ini adalah penggunaan program komputer yang khusus. Program komputer ini digunakan bagi memproses data bunyi yang dimasukkan. Program komputer yang digunakan pada masa kini adalah program Praat. Manakala kaedah eksperimental adalah kaedah terkini yang sedang berkembang. Dalam mengaplikasikan kaedah eksperimental ini, beberapa konsep dalam program ini dan prosedurnya perlulah difahami. Pengetahuan ini penting apabila kaedah ini hendak diguna pakai.

Dalam mendapatkan kemahiran menggunakan kaedah impresionistik, persediaan untuk menerima cabaran seperti mempelajari bahasa yang baru perlu ada. Ini kerana seseorang ahli fonetik impresionistik perlu arif dalam mengenal pasti dimensi artikulatori, auditori dan cara artikulatori setiap lafaz bunyi atau sebutan yang didengar. Selain itu, proses melabel juga perlu dikuasai sesuai dengan simbol fonetik yang menjadi sandaran dalam pelabelan, iaitu IPA. Kecekapan ini perlu juga disokong dengan kepekaan

[email protected] | 0109749867

Page 142: Fonetik Dan Fonologi

129

Fonetik Eksperimental

telinga dalam membezakan setiap bunyi yang didengar. Ini kerana seandainya kesilapan berlaku dalam mana-mana langkah prosedur yang dilakukan dalam kaedah ini, dapatan yang akan diperoleh akan salah dan menyebabkan pengambilan tempoh masa yang panjang untuk diperbetulkan. Ini berbeza dengan kaedah kajian eksperimental kerana setiap data bunyi mampu divisualisasikan dengan bantuan program khusus, iaitu Praat. Kecekapan mendengar boleh dikatakan bukan satu-satunya elemen utama untuk mengenal pasti cara artikulasi bunyi (manner of articulation) kerana grafik yang dipaparkan akan membantu pengkaji sekurang-kurangnya mengenal pasti cara artikulasi bunyi yang dihasilkan. Walau bagaimanapun sekiranya ahli fonetik eksperimental mempunyai kecekapan mendengar dan membezakan bunyi, ini dianggap kelebihan dalam kajian eksperimental. Berbanding dengan kajian yang menggunakan kaedah impresionistik, kaedah eksperimental tidak terlalu terdedah dengan kesilapan kerana kelebihan penggunaan program khusus di peringkat awal kajian selain ujian persepsi penutup kajian. Ini merupakan antara sebab yang menjadikan dapatan kajian yang menggunakan kaedah eksperimental dapat dipertanggungjawabkan.

5.6 Latihan1. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan konsep

impresionistik.

2. Bincangkan keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi seseorang ahli fonetik impresionistik.

3. Huraikan asas tanggapan ke atas bunyi dalam kajian impresionistik.

4. Namakan tokoh-tokoh kaedah impresionistik di Malaysia dan bincangkan kajian-kajian yang mereka jalankan.

[email protected] | 0109749867

Page 143: Fonetik Dan Fonologi

130

Fonetik dan Fonologi

5. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan bincangkan sebab-sebab mengapa kaedah eksperimental lambat berkembang di Malaysia?

6. Bincangkan kelebihan rakaman dengan DAT?

7. Huraikan maksud manipulasi data bunyi dalam kaedah eksperimental.

8. Huraikan konsep-konsep yang berikut (a) stilisasi, (b) makrointonasi, (c) mikrointonasi, (d) salinan, dan (e) ujian persepsi.

9. Bincangkan garis pemisah antara kaedah kajian fonetik impresionistik dan eksperimental.

10. Hashim Musa dan Asraf Abdul Wahab adalah tokoh Malaysia yang melakukan analisis dengan kaedah impresionistik. Bincangkan skop kajian kedua-dua mereka dan sejauh mana kedua-duanya berkongsi dapatan dalam kajian yang dilakukan.

11. Fonetik eksperimental adalah kaedah kajian baru. Bincangkan prosedur yang lazim diambil apabila seseorang pengkaji mengaplikasi kaedah ini dalam kajiannya.

12. Bincangkan dapatan kajian fonetik eksperimental yang dilakukan oleh Amran Halim, Wong, E., dan Indirawati Zahid. Sejauh mana dapatan mereka dapat dikatakan selari.

13. Pada pendapat anda adakah kepakaran menganalisis dengan kaedah impresionistik sudah mencukupi untuk seorang pengkaji dalam bidang fonetik akustik?

14. Bincangkan kelebihan kaedah kajian eksperimental berbanding dengan kaedah kajian impresionistik.

[email protected] | 0109749867

Page 144: Fonetik Dan Fonologi

131

Fonetik Eksperimental

15. Lakukan eksplorasi program Praat. Teliti kandungan program ini dan bincangkan kelebihan program ini dari sudut pandangan pengkaji fonetik akustik.

16. Pemaparan spektrogram di dalam program memperlihatkan forman bunyi yang terhasil. Dengan membuat rujukan yang relevan, bincang fungsi forman yang dipaparkan.

17. Manipulasi data bunyi boleh dilakukan dalam Praat.Bincang kelebihan teknik ini.

18. Ujian persepsi melibatkan sejumlah responden. Apakah kelebihan ujian persepsi yang dilakukan dengan melibatkan responden?

19. Rakamkan satu data bunyi. Perlihatkan perbezaan data bunyi yang asli dan salinan yang dihasilkan. Nyatakan perkara yang perlu diambil kira semasa menghasilkan salinan.

20. Bincangkan bentuk ujian persepsi yang boleh dilakukan dalam kaedah eksperimental.

[email protected] | 0109749867

Page 145: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 146: Fonetik Dan Fonologi

Fonetik Akustik

Bab 6

6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi

Fisiologi adalah sains fungsi-fungsi badan, iaitu bagaimana bahagian-bahagian tubuh bekerja (Gerald J. Tortora & Sandra Reynolds-Grabowski 2003: 2). Secara umumnya, struktur fisiologi ujaran bermula dengan pengembangan dan penguncupan paru-paru yang menggerakkan udara keluar masuk melalui rongga mulut atau hidung. Ini berlaku dengan pergerakan menaik dan menurunnya diafragma yang terletak di bahagian bawah kawasan paru-paru manusia. Pergerakan menaik dan menurun diafragma ini disebabkan oleh adanya proses penegangan dan pengenduran otot-otot diafragma (Lieberman, P., et al.,1993: 9).

Lebih seratus otot mengawalnya secara langsung dan berterusan semasa pengwujudan gelombang bunyi yang menghasilkan ujaran

[email protected] | 0109749867

Page 147: Fonetik Dan Fonologi

134

Fonetik dan Fonologi

(Lenneberg, 1967). Ringkasnya hubungan di antara fisiologi dan kajian akustik ini terletak pada bagaimana otot-otot dan organ-organ ini saling memainkan peranan dalam menghasilkan pengaliran udara dari paru-paru ke rongga mulut bagi membentuk bunyi-bunyi suara yang bermakna.

6.1.1 Organ-organ yang Menghasilkan Bunyi Ujaran

Apabila otot-otot diafragma mengendur, maka paru-paru mengembang, menyebabkan udara disedut masuk ke dalam paru-paru. Pada dasarnya, aktiviti ujaran memerlukan kawalan secara sedar penutur terhadap pergerakan keluar masuk udara ke dalam paru-paru secara efisien dan teratur, di samping perbuatan demikian juga mengawal keperluan bekalan oksigen untuk tubuh. Pergerakan udara ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh organ-organ pertuturan khususnya di dalam peti suara dan dalam rongga mulut. Mekanisme di kedua-dua daerah inilah yang banyak memainkan peranan dalam penghasilan bunyi- bunyi bahasa.

1. Peti SuaraPeti suara terletak di antara bahagian trakea dan penghujung farinks. Ini memungkinkan penyuaraan bunyi kerana di sinilah terletaknya pita suara yang berfungsi mewujudkan gelombang-gelombang bunyi apabila pita suara bergetar (Clark, J., et al., 1994: 38). Pentalunan gelombang bunyi juga bermula di sini, iaitu sebelum ia disaring dalam rongga mulut atau hidung.

Penyaringan ini merujuk kepada cara dan daerah berlakunya artikulasi bunyi berkenaan. Ia juga merujuk kepada maksud penyaringan akustik dalam rongga mulut atau hidung. Pantulan gelombang bunyi dari rongga kerongkong tadi diubah suai menjadi bunyi-bunyi khusus dan berbeza berdasarkan cara

[email protected] | 0109749867

Page 148: Fonetik Dan Fonologi

135

Fonetik Akustik

dan daerah yang terlibat dalam proses pengartikulasiannya (Lieberman, P., 1975: 59).

Pita suara itu terletak di dalam larinks. Otot-otot di bahagian aritenoidnya boleh direnggang dan dirapatkan. Secara tidak langsung pergerakan ini mempengaruhi pita suara untuk sama ada menjadi renggang ataupun rapat. Kedudukan renggang dan rapatnya pita suara pula mempengaruhi bunyi-bunyi bersuara, tak bersuara, berbisik, serak, dan bunyi letupan glotis. Farinks pula bertindak sebagai bekas bagi menampung udara yang boleh menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara.

Getaran berlaku bersambung dari pita suara dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farinks. Lelangit lembut mempengaruhi bunyi yang terhasil bagi menjadikannya bunyi oral, sengau ataupun bunyi yang disengaukan. Perubahan bentuk lidah mempengaruhi kualiti bunyi yang dihasilkan.

2. BibirBibir dibentuk oleh otot dan membran mukus yang kaya dengan saluran darah. Bibir memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Bibir mempengaruhi panjang dan bentuk saluran suara dengan cara dibundarkan dan dihamparkan. Perbezaan pada bentuk bibir akan menghasilkan bunyi yang berbeza-beza. Bibir yang dihamparkan menghasilkan bunyi-bunyi vokal hadapan manakala bibir yang dibundarkan menghasilkan bunyi- bunyi vokal belakang.

Pendengar boleh mendapat maklumat tentang apa yang diujarkan oleh penutur dengan cara melihat bibir atau raut wajah penutur. Pada masa yang sama, pendengar dapat mendengar suara penutur itu melalui ‘bacaan bibir’, seperti yang dilakukan oleh orang pekak. Hal ini lebih berpengaruh

[email protected] | 0109749867

Page 149: Fonetik Dan Fonologi

136

Fonetik dan Fonologi

dan berkesan dalam komunikasi pertuturan. Satu cara lagi bagaimana bibir dan pipi dapat mempengaruhi komunikasi pertuturan ialah bentuk dan ekspresi mukanya dapat menggambarkan emosi seseorang penutur itu.

Bibir Hampar

Bibir Bundar

Rajah 6.1: Menunjukkan Bentuk bibir dengan Bunyi Vokal yang Dihasilkan.

3. LidahLidah adalah bahagian yang paling fleksibel. Hujung, tengah dan depan lidah boleh bergerak ke belakang, ke depan, ke atas dan ke bawah. Perubahan bentuk dan kedudukan lidah mempengaruhi kualiti bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh, apabila lidah rapat ke dinding belakang farinks dan arus aliran udara keluar melaluinya, maka ia menghasilkan bunyi farinks, dan apabila belakang lidah menyentuh uvula maka terhasillah pula bunyi uvula dan sebagainya.

[email protected] | 0109749867

Page 150: Fonetik Dan Fonologi

137

Fonetik Akustik

Rajah 6. ? : Saluran Vokal (berdasar Rogers, H.,:2000)

Lelangit Keras

Lelangit Lembut

Uvula

Farinks Nasal

Farinks Oral

Farinks

Laringial

Farinks

Bibir

Dinding Faringial

Rongga Nasal

Epiglotis

Halkum

Larinks

Pita Suara

Trakea

Esofagus

Gigi

Rongga Mulut

Rajah 6.2: Saluran Vokal (berdasarkan Rogers, H.,: 2000)

4. TelingaGetaran udara yang keluar dari mulut penutur ini seterusnya mengenai gegendang telinga pendengar. Gegendang telinga adalah amat sensitif kepada tekanan getaran udara. Ia akan bergetar selari dengan getaran udara yang memukulnya. Penerimaan bunyi-bunyi di gegendang telinga adalah proses terawal dalam hal penanggapan tuturan oleh otak pendengar. Di sinilah pendengar membuat pilihan ke atas bunyi-bunyi yang diterimanya. Dalam komunikasi lisan, hanya bunyi-bunyi yang berfungsi sebagai bunyi-bunyi bahasa saja yang akan ditanggap dan dianalisis. Bunyi-bunyi yang berfungsi sebagai bunyi-bunyi bahasa inilah yang menjadi fokus kajian ahli sains fonetik.

[email protected] | 0109749867

Page 151: Fonetik Dan Fonologi

138

Fonetik dan Fonologi

6.2 Fonetik Akustik

Dalam bab-bab sebelum ini kita mendapat keterangan tentang alat-alat artikulasi (sebutan) yang terlibat dalam proses ujaran atau pertuturan. Dalam bab ini kita akan melihat pula kajian fonetik dan kaitannya dengan spektrum gelombang bunyi. Inilah kajian fonetik akustik. Fonetik akustik adalah kajian mengenai transmisi bunyi bahasa melalui udara daripada penutur kepada pendengar. Kajian ini melibatkan ilmu fizik. Ahli fonetik akustik mengkaji bentuk gelombang tuturan, frekuensi dan amplitud bunyi. Ini adalah perkara yang sama dikaji oleh ahli fizik atau jurutera akustik. Secara ringkasnya, kajian bunyi bahasa ini melibatkan analisis gelombang tuturan dan spektrum.

Berdasarkan definisi yang dibuat oleh Crystal, D. (1990: 5), istilah fonetik akustik ini bermaksud kajian terhadap ciri-ciri fizikal bunyi bahasa yang dihasilkan di antara ruang mulut dan telinga, iaitu antara pertuturan dan pendengaran. Keseluruhan kajian seperti ini bergantung kepada teknik menggunakan alat yang melibatkan mesin elektronik, ilmu fizik dan matematik. Ciri-ciri akustik ini penting bagi menentukan bunyi yang dikaji itu tepat dan jelas.

Mesin elektronik ini dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapi, seperti dalam kasus seorang penutur yang cuba mengujarkan dua perkataan yang hampir sama bunyinya. Ini menyebabkan pendengar tidak dapat membezakan bunyi itu melalui pendengaran atau auditori. Sebagai contoh, kita sukar mendengar perbezaan sebutan bunyi perkataan ‘kelang,’ ’helang’ dan ‘kerang’. Tambahan pula apabila perkataan-perkataan ini dituturkan oleh penutur Cina yang sukar menyebut bunyi getaran [r] yang berubah menjadi bunyi sisian [l]. Ini merumitkan pendengar dalam menentukan perbezaan di antara ‘kelang’ ataupun ‘kerang’. Keadaan

[email protected] | 0109749867

Page 152: Fonetik Dan Fonologi

139

Fonetik Akustik

seperti ini berlaku kerana kedua-dua bunyi [l] dan [r] ini berkongsi daerah artikulasi. Lebih merumitkan lagi apabila rakaman seperti ini dilakukan di kawasan terbuka dan bising. Walau bagaimanapun, melalui analisis akustik, setiap bunyi dapat dikaji dan dikenal pasti dengan tepat.

Sebelum kita belajar ilmu fonetik akustik ini dengan lebih mendalam, eloklah kita memahami beberapa konsep dan istilah asas yang menjadi perkara utama dalam disiplin ini.

6.2.1 Gelombang Bunyi

Gelombang bunyi adalah suatu gangguan berkala yang bergerak dalam suatu halaju tertentu melalui suatu medium atau ruang dengan bentuknya tidak berubah semasa bergerak. Gelombang secara amnya, dihasilkan oleh sumber yang bergetar. Gelombang bunyi dapat digolongkan sebagai gelombang membujur. Gelombang bunyi memerlukan medium untuk disebarkan. Kelajuan gelombang itu bergantung kepada jenis mediumnya. Dalam proses penyebaran gelombang bunyi, tenaga dihasilkan. Perubahan tekanan disebabkan oleh kemampatan kawasan, iaitu sama ada tumpat atau kurang tumpat.

Ada dua jenis gelombang bunyi yang dirujuk sebagai gelombang sine, iaitu periodik dan aperiodik. Gelombang periodik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu gelombang periodik mudah dan gelombang periodik kompleks. Gelombang periodik mudah mempunyai ciri yang mengulangi pola gelombang yang sama seperti dalam rajah berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 153: Fonetik Dan Fonologi

140

Fonetik dan Fonologi

0.4997

0

0 0.0075291

Time (s)

-0.5

Rajah 6.3: Gelombang Periodik

Manakala gelombang periodik kompleks pula mempunyai ciri seperti gelombang periodik mudah, iaitu perulangan pola gelombang yang sama tetapi ia melibatkan gabungan sekurang-kurangnya dua gelombang sine yang berbeza di dalamnya seperti dalam rajah berikut:

Gelombang periodik mudah

Gelombang periodik

kompleks

TIME

200Hz

Fo=200Hz

Am

plit

ude

Rajah 6.4: Gelombang Periodik Mudah dan Kompleks

Apabila digabungkan, maka kita dapati gelombang periodik kompleks seperti berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 154: Fonetik Dan Fonologi

141

Fonetik Akustik

Gabungan dua gelombang sine

yang berbeza frekuensi

Time

Am

plit

ude

Rajah 6.5: Gelombang Periodik Kompleks

Gelombang aperiodik juga terbahagi kepada dua, iaitu yang dipanggil aperiodik bersinabung atau aperiodic continous dan aperiodik alihan atau aperiodic transient. Yang pertama merujuk kepada ‘bunyi bising’. Keadaan ini adalah variasi dalam tekanan udara yang bersifat rawak dan tidak memperlihatkan perulangan pola. Nama yang diberikan kepada keadaan gelombang ini ialah bising putih atau white noise.

Rajah 6.6: Gelombang Bising Putih

Gelombang aperiodik alihan pula merujuk kepada keadaan gelombang yang amat pendek durasinya. Walaupun keadaan gelombang ini kelihatan seperti periodik, iaitu terdapat turun naik seakan-akan berpola, tetapi yang membezakan gelombang ini dan gelombang

[email protected] | 0109749867

Page 155: Fonetik Dan Fonologi

142

Fonetik dan Fonologi

periodik ialah pergerakannya yang lebih cepat tamat, bagi memungkinkan terbentuknya pola yang seterusnya. Grafik gelombang ini adalah seperti yang berikut:

Rajah 6.7: Gelombang Periodik Alihan

6.2.2 Tempo

Tempo atau durasi adalah satu lagi ciri akustik. Perkataan tempo bermakna masa dalam bahasa Latin. Secara kebetulan makna tempo hampir sama dengan perkataan tempoh dalam bahasa Melayu. Setiap bunyi sama ada vokal atau konsonan mempunyai masa durasi yang berbeza-beza. Tempo lazimnya diukur dalam unit saat (s).

6.2.3 Harmonik

Istilah harmonik merujuk kepada komponen dalam gelombang periodik kompleks. Harmonik yang paling rendah frekuensinya dinamakan sebagai fundamental atau dikenali juga sebagai harmonik pertama. Frekuensi ini dikenali sebagai frekuensi fundamental (F0). Frekuensi setiap harmonik ialah jumlah gandaan daripada

[email protected] | 0109749867

Page 156: Fonetik Dan Fonologi

143

Fonetik Akustik

frekuensi fundamental misalnya jika harmonik pertama mempunyai frekuensi 70 Hz, harmonik kedua mempunyai frekuensi 140 Hz dan yang ketiga 210 Hz. Frekuensi sesuatu harmonik fundamental menentukan kelangsingan yang kita dengar (Rogers, H.,:2000). Keadaan ini tidak bererti seandainya dikatakan ada harmonik kelima dalam satu gelombang periodik kompleks maka ini bererti terdapat empat harmonik lain sebelumnya. Tetapi penyataan ini bermaksud bahawa frekuensi bagi harmonik yang berkaitan itu adalah lima kali nilainya berbanding dengan frekuensi fundamental.

Rajah 6. ?: Harmonik ( berdasarkan Rogers,H.,:2000)

Harmonik ke-10

Harmonik pertamaHarmonik ke-10

Rajah 6.8: Harmonik (berdasarkan Rogers, H.,: 2000)

6.2.4 Kelangsingan

Kelangsingan atau pitch adalah nilai tinggi dan rendah nada yang dipersepsikan oleh khalayak yang mendengar. Frekuensi fundamental (F0) pula adalah parameter yang merujuk kepada kelangsingan dalam signal akustik. Parameter ini diukur dalam unit Hertz (Hz). F0 ini berkadar songsang dengan tempo (masa). Formula yang digunakan bagi mengira nilai F0 ini adalah F0 = 1/T. Melalui formula ini, lebih

[email protected] | 0109749867

Page 157: Fonetik Dan Fonologi

144

Fonetik dan Fonologi

pendek tempo maka lebih tinggi kelangsingan yang dipersepsikan. Apabila tempo yang diambil lebih panjang, maka kelangsingan yang dipersepsikan menjadi lebih rendah.

6.2.5 Kitaran Gelombang

Satu fitur penting dalam gelombang sine adalah keadaannya yang menunjukkan perulangan. Keadaan ini dideskripsikan sebagai siri kitaran atau ‘gelombang’. Perhatikan grafik di bawah. Ukuran ayunan per saat disebut frekuensi. Unit bagi frekuensi adalah hertz (Hz). Satu hertz adalah satu ayunan lengkap per saat. Kaitan antara masa (T) dan frekuensi adalah T = 1/F0. Tempo bagi satu kitaran dinamakan period. Tempo sering kali diwakili dengan huruf besar (T) dan diukur dalam unit saat (s) atau milisaat (ms). Frekuensi pula adalah bilangan kitaran per saat. Frekuensi diwakili oleh huruf (F0) sama ada huruf besar atau huruf kecil. Hubungan yang wujud antara F0 dengan tempo adalah berkadar songsang.

Garis anak panah yang menegak menandakan puncak (amplitud)Garis anak panah yang mendatar menandakan satu kitaran

1 period

Rajah 6.9: Kitaran Gelombang

[email protected] | 0109749867

Page 158: Fonetik Dan Fonologi

145

Fonetik Akustik

Tempo untuk satu kitaran dinamakan period, iaitu dari puncak kitaran pertama kepada puncak kitaran kedua, kepanjangan gelombang, merujuk kepada jarak sempurnanya satu kitaran disimbolkan dengan huruf Greek, (lambda). Sebagai contoh, gelombang sine di atas ialah 500 Hz, ini bererti T=1/500, 0.002 saat bagi tempo satu kitaran. Kepanjangan gelombang juga memainkan peranan yang penting dalam hubungannya dengan frekuensi. Lebih pendek kepanjangan gelombang, maka lebih tinggi frekuensinya. Ini adalah berasaskan formula halaju (c) = f x λ yang juga menandakan:

f = c / λ dan λ = c/f

Contohnya, apabila gelombang 500Hz mempunyai halaju 340 meter per saat, maka kepanjangan gelombangnya adalah 0.68 meter ( λ = 340/500).

6.2.6 Kelantangan SuaraKelantangan suara atau loudness adalah istilah teknikal mengenai kekuatan suara yang bergantung kepada kuantiti tenaga yang dibawa bersama gelombang. Ia adalah kadar kekuatan atau keamatan bunyi yang dipersepsikan oleh pendengar. Intensiti adalah parameter yang merujuk kepada kelantangan yang didengar. Parameter ini diukur dengan unit desibel (dB). Kelantangan suara ini berkaitan dengan amplitud yang merujuk kepada pergerakan partikel udara dalam gelombang bunyi. Amplitud ialah perbezaan tekanan udara antara nilai kelantangan dengan nilai neutral. Lebih besar amplitud maka lebih besar intensitinya. Ini menyebabkan bunyi yang didengar menjadi lebih lantang. Lihat grafik di bawah yang menunjukkan tempo masa pada catatan amplitud 1 dan -1. Amplitud dikira dari nilai garis dasar yang ditandakan dengan 0. Bacaan frekuensi yang berikut adalah 400Hz dan 500Hz. Perhatikan perbezaan fasa dari segi tempo lengkapnya kitaran gelombang.

[email protected] | 0109749867

Page 159: Fonetik Dan Fonologi

146

Fonetik dan Fonologi

Amplitud f=500hz f=400hz

Masa Masa

0 0 01 0.5 0.625

0 1 1.25

-1 1.5 1.875

1 2.0 2.5

Jadual 6.1: Perbezaan Fasa Kitaran Gelombang

Rajah 6.10: Graf Perbezaan Masa

6.2.7 Kualiti Suara

Apa yang membezakan satu bunyi daripada yang lain adalah disebabkan oleh kesan resonans dan struktur di bawah larinks. Tetapi pada bahagian yang dipanggil kualiti bunyi, iaitu sifat khusus bunyi yang dihasilkan oleh suara tertentu atau alat nyanyian (timbre), adalah bergantung kepada cara lipatan vokalnya bergetar. Perbezaan yang ketara dalam bunyi adalah frekuensi utama yang dirasai sebagai nada atau pitch oleh pendengar. Perbezaan yang lain pula adalah

[email protected] | 0109749867

Page 160: Fonetik Dan Fonologi

147

Fonetik Akustik

keadaan bagaimana rapatnya dua lipatan vokal itu sama ada yang hampir sama ataupun yang tidak teratur yang berlaku di sepanjang sisi lipatan.

Apabila satu atau kedua-dua lipatan itu tidak berfungsi, penggantian harus dilakukan bagi menghasilkan bunyi. Kadang- kadang lipatan pita suara boleh bergetar lebih daripada setengah ruang untuk bertemu dengan hentian yang lain. Apabila sebahagian atau semua larinks dibuang disebabkan oleh kanser, penutur bolehlah belajar bagaimana menggetarkan tisu-tisu lain dari kelompok rawan seperti parut tisu atau cricopharyngeus muscle. Beberapa penutur yang menggunakan tisu bukan larinks, iaitu orang yang larinksnya dibuang, dapat menggunakan sumber suara tiruan yang puncanya diletakkan di luar bahagian leher. Keadaan ini menghasilkan satu suara yang berkualiti mekanikal, iaitu suara tiruan.

Suara berdesir atau breathy voice terhasil disebabkan wujudnya masalah dalam lipatan pita suara. Mereka menutup sepenuhnya lipatan pita suara tersebut daripada bergetar dan bunyi yang dihasilkan mengeluarkan udara yang membentuk gelombang bunyi, iaitu yang disebabkan oleh tekanan udara yang terpantul. Manakala suara serak ataupun parau terhasil disebabkan oleh ketidakteraturan dalam lipatan pita suaranya.

Apabila lipatan pita suara terganggu, iaitu semasa mengalami selesema dan sakit tekak, suara menjadi serak. Serak juga boleh berlaku disebabkan penyalahgunaan pita suara yang menyebabkan terlalu banyak ketegangan berlaku dalam larinks yang seterusnya menyebabkan ulser.

Perubahan yang bahaya pada alat pertuturan adalah disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pada rawan aritenoid yang berlanggar antara satu sama lain. Ini juga disebabkan oleh terlalu banyak menggunakan suara yang biasanya berlaku kepada perempuan

[email protected] | 0109749867

Page 161: Fonetik Dan Fonologi

148

Fonetik dan Fonologi

dan kadang-kadang kepada lelaki yang nodulnya mengembang di sepanjang sisi lipatan vokal. Dalam hal ini, penghasilan bunyi yang berfrekuensi rendah yang juga dikenali sebagai suara serak, iaitu yang tidak boleh dilatih tetapi boleh ditunjukkan ketika bersuara. Jika kita merapatkan larinks dan suara pada frekuensi yang sangat rendah, kita boleh mendengar bunyi letusan udara. Ringkasnya, sifat yang berkaitan dengan kualiti suara adalah berkaitan dengan kebolehan seseorang itu memudahkan getarannya.

6.2.8 Resonan

Resonan merupakan ciri akustik yang penting, iaitu merujuk kepada kecenderungan semula jadi untuk bergetar pada kadar frekuensi yang tertentu. Misalnya apabila kita meniup permukaan mulut sebiji botol, kandungan kaviti udara dalam botol akan bergetar pada kadar frekuensi yang tertentu. Kadar frekuensi resonan ini bergantung kepada kaviti udara dalam sebiji botol. Apabila kandungan air di dalam botol dikurangkan, ini bererti kandungan kaviti udara dalam botol menjadi lebih besar dan akibatnya apabila permukaan mulut botol ditiup sekali lagi, kadar frekuensi resonan menjadi lebih rendah berbanding dengan keadaan sebelumnya.

6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal dalam Kajian Sains Pertuturan

Sebelum kita mengetahui fungsi dan peranan peralatan makmal dalam kajian fonetik adalah penting untuk kita mengetahui apakah ruang lingkup kajian sains pertuturan ini. Bidang fonetik adalah subdisiplin sains pertuturan. Bidang ini melibatkan kajian yang sistematik dan terperinci tentang fisiologi pertuturan dalam penghasilan bunyi bahasa. Kajian ini melibatkan kajian dari sudut

[email protected] | 0109749867

Page 162: Fonetik Dan Fonologi

149

Fonetik Akustik

signal akustik pertuturan dan juga persepsi pendengaran akan bunyi pertuturan oleh pendengar (Shriberg dan Kent 2000: 305).

Peralatan yang digunakan di dalam makmal adalah berbeza mengikut tujuan kajian dalam sains pertuturan itu. Satu perkara yang menarik adalah alat-alat ini bukan saja terhad pada makmal sains pertuturan saja, malah digunakan juga dalam bidang perubatan bagi membantu doktor membuat diagnosis yang melibatkan organ seperti telinga, hidung dan tekak, dan juga bidang disiplin perubatan lain (Moya dan Anne 2002:164). Alat yang digunakan dalam makmal ujaran, secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

1. Alat bagi menganalisis input akustik ataupun fisiologi ujaran.

2. Alat bagi menganalisis output bagi mengumpul data dari pelbagai sumber.

Kemajuan teknologi digital meningkatkan kualiti peralatan bagi menganalisis input dan output ini. Walaupun alat ini dibahagikan kepada dua bahagian, tetapi kedua-duanya digunakan bagi menganalisis sampel di dalam makmal. Rujuk rajah 6.11 untuk contoh satu peranggu alat menganalisis signal akustik di dalam makmal.

Rajah 6.11: Peranggu Peralatan

[email protected] | 0109749867

Page 163: Fonetik Dan Fonologi

150

Fonetik dan Fonologi

Rajah di atas dipetik daripada http://www.enl.auth.gr/phonlab/ phonological_develop.html. Satu peranggu peralatan bagi menganalisis akustik di dalam makmal. Gambar menunjukkan mikrofon, pre-amplifier, perakam digital audiotape dan komputer yang mengandungi software tertentu untuk analisis akustik.

6.4 Alatan untuk Menganalisis Input Akustik ataupun Fisiologi Ujaran

6.4.1 Mikrofon

Mikrofon adalah satu alat pengumpul bunyi yang sangat responsif terhadap gelombang tekanan yang dikenakan oleh gelombang bunyi pada molekul udara. Mikrofon juga berfungsi bagi menukarkan variasi tekanan gelombang bunyi yang menggetarkan molekul udara tadi kepada signal elektrik. Terdapat dua jenis mikrofon yang khusus untuk sesuatu situasi.

1. Mikrofon sehala yang diletakkan beberapa meter jauhnya dari penutur. Nisbah pemancaran signal bunyi kepada kebisingan latar adalah tinggi.

2. Mikrofon pelbagai arah adalah sensitif pada semua jenis bunyi dan juga bunyi pertuturan.

6.4.2 Alat Perakam

Alat perakam digunakan bagi merakam bunyi dan mempunyai pelbagai spesifikasi bagi memudahkan para pengkaji membuat rakaman, dan mempunyai fungsi yang boleh memainkan semula, memadam, merakam dan juga mempunyai tindak balas frekuensi suara yang bersesuaian dengan jalur lebar frekuensi ujaran, serta

[email protected] | 0109749867

Page 164: Fonetik Dan Fonologi

151

Fonetik Akustik

mempunyai meter untuk intensiti bunyi (iaitu kekuatan atau keamatan bunyi).

6.4.3 Pita Rakaman

Fungsi pita rakaman adalah bagi menerima data yang dirakam. Ada pelbagai jenis alat perakam, iaitu bergantung kepada penggunaannya. Dimensi sesuatu signal yang dirakam ke atas pita rakaman pula bergantung pada jenis kepala alat perakam itu, sama ada jalur penuh, separuh jalur atau seperempat jalur. Alat perakam yang canggih akan lebih sensitif dan dengan mudah merakam suara sama ada dalam jarak dekat mahupun jauh.

Perkembangan teknologi terkini membenarkan rakaman disimpan secara digital. Digital Audio Tape (DAT) adalah direka khas bagi merakam dan memainkan semula signal sampel suara dalam julat frekuensi yang boleh didengar. Pada masa yang sama ia meminimumkan bunyi bising yang tidak dikehendaki. Dengan ini, rakaman sampel dapat dirakam dengan baik kerana nisbah signal kepada kebisingan dapat dikurangkan (Moya dan Anne 2002 :184).

6.5 Alat Menganalisis Output yang Digunakan bagi Mengumpul Data dari Pelbagai Sumber

6.5.1 Osiloskop Sinar Katod

Osiloskop sinar katod (OSK) dapat menunjukkan suatu signal dengan masa yang berbeza. Masa yang berbeza ini pula boleh ditukarkan kepada variasi arus voltan, iaitu kepada signal elektrik. siloskop boleh menyimpan dan memaparkan bentuk gelombang yang dirakam. Dalam bidang fisiologi pertuturan, osiloskop juga digunakan bagi memaparkan signal tekanan dan aliran udara dari rongga

[email protected] | 0109749867

Page 165: Fonetik Dan Fonologi

152

Fonetik dan Fonologi

oral dan nasal, iaitu signal bunyi yang dihasilkan oleh pergerakan organ-organ artikulasi. Secara ringkasnya, alat ini boleh memaparkan apa juga signal daripada peralatan lain dan berupaya menukarkan signal tersebut kepada signal elektrik dengan menggunakan transducer.

6.5.2 Alat Pemplot Graf

Alat pemplot graf ini menggunakan pena atau alur cahaya bagi menanda bentuk gelombang di atas kertas dalam kelajuan malar. Alat ini digunakan bergantung kepada kajian ujaran sama ada ia melibatkan analisis ujaran yang mempunyai kadar kelajuan yang tinggi ataupun rendah. Ini disebabkan pena pemplot graf itu tidak berupaya menanda data yang terlalu laju daripada kelajuan yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu pena alur cahaya lebih sering digunakan.

6.5.3 Penganalisis Masa Ujaran Sebenar

Penganalisis masa ujaran sebenar adalah bertujuan bagi memaparkan perubahan spektrum gelombang kompleks dalam tiub sinar katod. Sumbernya boleh dikumpul daripada mikrofon, ataupun alat perakam suara.

6.5.4 Spektrograf

Spektrograf berfungsi bagi menterjemah bunyi ke dalam bentuk visual yang boleh dilihat, iaitu ke dalam bentuk komunikasi frekuensi. Ini bertujuan agar perbezaan bunyi vokal, sengau dan sisian dapat dilihat. Kualiti vokal boleh dinilai melalui analisis spektrografik serta boleh mentafsir cara artikulasi untuk bunyi konsonan seperti letupan, frikatif, geluncuran dan sebagainya. Spektrogram dibahagikan kepada dua, iaitu spektrogram jalur sempit dan lebar.

[email protected] | 0109749867

Page 166: Fonetik Dan Fonologi

153

Fonetik Akustik

Kedua-duanya berbeza berdasarkan keperluan program analisis. Spektrogram jalur sempit memberikan resolusi frekuensi yang baik dan setiap satu harmonik lebih jelas terlihat. Manakala spektrogram jalur lebar pula mempunyai paparan resolusi masa yang baik dan kita dapat melihat garis-garis hitam mendatar yang dikenali sebagai forman. Rajah di bawah memperlihatkan perbezaan yang dinyatakan (Rogers, H,. 2000:151-152).

Rajah 6.12: Spektrogram Jalur Sempit bagi Ujaran 'a pony cart' (berdasarkan Rogers, H., : 2000)

[email protected] | 0109749867

Page 167: Fonetik Dan Fonologi

154

Fonetik dan Fonologi

Rajah 6.13: Spektrogram Jalur Lebar bagi Ujaran 'a pony cart' (berdasarkan Rogers, H., : 2000)

6.5.5 Forman

Forman adalah tumpuan tenaga akustik dalam jalur frekuensi tertentu, terutamanya dalam ujaran. Dalam spektrogram, forman dibaca dari arah bawah ke atas dengan forman 1 yang paling bawah, diikuti forman 2 dan yang seterusnya. Manakala kadar kekuatan tenaga yang digunakan bagi melafazkan sesuatu bunyi boleh dilihat dengan gambaran bar yang lebih gelap kepada yang kurang. Keadaan seperti ini menandakan tenaga akustiknya kian melemah. Frekuensi forman ditentukan oleh bentuk dan saiz mulut serta farinks. Walau bagaimanapun, ada kalanya dalam kes-kes tertentu, ia ditentukan juga oleh rongga hidung. Dalam analisis akustik, bacaan forman dinamakan secara numerikal seperti forman 1, 2 atau 3 yang kelihatan kehadirannya dalam spektrogram, garis

[email protected] | 0109749867

Page 168: Fonetik Dan Fonologi

155

Fonetik Akustik

mendatar gelap arah ke atas. Forman menandakan kluster harmonik dengan intensiti yang tinggi berbanding dengan harmonik lain di sekitarnya. Forman secara khususnya digunakan untuk membezakan vokal. Frekuensi sesuatu forman menentukan kualiti vokal.

Forman 2

Forman 1

Rajah 6.14: Bacaan Forman Spektrogram

6.5.6 Komputer Digital dalam Makmal untuk Mengkaji Sains Ujaran

Penggunaan komputer digital dalam sains ujaran adalah signifikan. Peranan komputer digital adalah penting dalam kajian fonetik akustik. Komputer digital ini dapat memaparkan keseluruhan bentuk gelombang bunyi dan seterusnya memeriksa setiap segmen bentuk gelombang itu. Ia juga berfungsi sebagai alat suntingan kepada gelombang ujaran yang dikaji. Selain daripada itu, ia juga dapat memotong bahagian-bahagian tertentu dalam bentuk gelombang tersebut dan menukarkan dimensi gelombang bunyi tadi kepada amplitud, dimensi spektral ataupun dimensi temporal.

Komputer digital ini juga dapat mengekstrak dan memaparkan parameter signal yang diprogramkan. Malah signal analog dapat ditukarkan kepada signal digital oleh ‘penukar digital’ di samping merakam respons individu, mengukur tempoh tindak balas dan menyukat amplitud signal yang diprogramkan.

[email protected] | 0109749867

Page 169: Fonetik Dan Fonologi

156

Fonetik dan Fonologi

6.6 Aspek Jantina dan Umur dalam Kajian Fonetik Akustik

Bunyi pertuturan manusia mengandungi beberapa jenis maklumat termasuklah maklumat tentang penutur yang menuturkan bunyi tuturan tersebut (Kent & Read 2002: 189, Scherer & Gile 1979: 79). Melalui pendengaran atau mendengar beberapa patah perkataan daripada pertuturan seseorang, kita sudah boleh meneka latar belakang penutur tersebut, iaitu seperti jantina, umur, emosi, latar belakang bahasa ataupun keadaan kesihatan seseorang itu. Tetapi apakah perbezaan yang dapat dikesan jika dilihat dalam medium jaluran spektra frekuensi, iaitu dengan kata lain dalam medium analisis spektrografik. Jadi, salah satu objektif kajian fonetik akustik ini adalah untuk menguji dan mengenal pasti pertalian akustik dengan ciri-ciri penutur, iaitu kaitannya dengan jantina dan umur (Mardian Shah 2008).

Suara atau bunyi tuturan penutur perempuan dan lelaki adalah berbeza dalam banyak perkara. Aspek jantina dan umur ini perlu diambil kira dalam kajian fonetik akustik seperti ini kerana secara fisiologinya terdapat perbezaan-perbezaan yang ketara dalam penghasilan bunyi pertuturan lelaki dan perempuan (Kent & Read 2002: 189-191).

Feiguora (1994: 56) berpendapat bahawa unit semula jadi bagi taksonomi sosiolinguistik bukanlah hanya pada bahasanya sahaja malah komuniti bahasa itu juga. Dua elemen ini, iaitu bahasa dan penutur perlu dikaji seiring. Seperti yang dikatakan oleh Yule (1985), Hudson (1996), Wardhough (1998), Nor Hashimah Jalaludin (1996), bahasa dan masyarakat merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana sesuatu pertuturan itu adalah tingkah laku sosial dan sekali gus mempunyai ciri dan fungsi sosial, ia bukan sahaja sebagai alat perhubungan malah merupakan satu cara terbaik

[email protected] | 0109749867

Page 170: Fonetik Dan Fonologi

157

Fonetik Akustik

untuk mengenal sesuatu kumpulan atau masyarakat sosial tersebut (Milroy 1995: 2).

Peterson & Barney (1952: 104) berpendapat, iaitu dalam kajian mereka terhadap pengaruh penggunaan bunyi vokal bahawa ujaran bunyi vokal dalam sesuatu kata bagi seseorang penutur itu akan dipengaruhi oleh latar dialek mereka dan pertuturan mereka mungkin berbeza dalam dua perkara, iaitu kualiti fonetiknya dan ciri-ciri yang boleh diukur dari perkataan yang diujarkan oleh penutur yang berbeza latar belakangnya. Sementara itu, pendengar pula akan dipengaruhi oleh cara mereka mengenal pasti sesuatu bunyi itu yang berdasarkan pengalaman lalu mereka. Jadi, dalam kajian bunyi bahasa, perkara-perkara seperti ini sudah pasti tidak boleh dielak atau diketepikan. Data spektrogram dapat memperlihatkan perbezaan jaluran frekuensi yang terhasil di antara seorang penutur dengan seorang penutur yang lain.

6.7 Jantina dan Umur sebagai Penanda Sosial

Penanda sosial seperti jantina dan umur boleh diambil dan dianggap sebagai penanda sosial yang paling asas. Ia dapat dijadikan sebagai kayu ukur untuk melihat variasi dan kepelbagaian akustik bunyi yang ada. Kedua-dua penanda sosial ini penting dalam kajian bunyi tuturan kerana menurut Scherer & Giles (1979: 79) suara seseorang itu merupakan salah satu penanda yang sangat penting kerana dapat memberikan informasi seperti personaliti, pekerjaan, jantina dan umur. Milroy (1995: 30) pula mengatakan bahawa walaupun terdapat beberapa orang pengkaji yang menggunakan satu penanda sosial sahaja dalam kajian mereka seperti Macaulay (1978), yang memilih aspek pekerjaan, Jahangiri, (Jahangiri & Hudson: 1982) memilih aspek pendidikan, namun, adalah lebih baik jika pemilihan penanda sosial itu lebih daripada satu. Seperti yang dinyatakan oleh Milroy

[email protected] | 0109749867

Page 171: Fonetik Dan Fonologi

158

Fonetik dan Fonologi

(1995: 30), jika lebih daripada satu penanda digunakan, ia mungkin lebih kepada persepsi pengkaji terhadap kepentingan relatif dalam menunjukkan sesuatu kelebihan.

Kajian Reid (1978) dan Romaine (1984) telah memilih tiga penanda sosial bagi kajian mereka, iaitu umur, jantina dan kelas sosial. Selain daripada itu, dalam kajian Esling (1991) dan Holmes (1995), masing-masing telah mengambil kira penanda sosial seperti umur, jantina dan kelas sosial manakala Docherty & Foulkes (1995), telah mengambil kira satu angkubah sosial yang lain, iaitu latar kawasan (yang melibatkan bahasa atau dialek bagi kawasan asal penutur) dalam kajian mereka selain penanda sosial seperti umur dan jantina. Kajian-kajian di atas ini menunjukkan bahawa para pengkaji penutur bahasa lebih mengutamakan penanda-penanda sosial seperti umur dan jantina.

Pemilihan penanda-penanda sosial seperti di atas tadi dalam kajian bunyi merupakan penanda sosial yang paling asas dan melaluinya pengkaji mudah untuk melihat dan mengesan suatu rangkaian perbezaan sosial dalam kalangan penuturnya. Holmes (1995), dalam data kajian yang dibuat oleh Bayard dan beberapa kajian lain yang dibuat di Britain menunjukkan bahawa latar belakang penutur seperti umur, jantina, kelas atau status, latar kawasan dan gaya pertuturan merupakan penanda atau variasi sosial yang baik untuk diguna dan disesuaikan dalam kajian seperti ini. Dan di bahagian bawah ini pula kita akan melihat kewajaran aspek jantina dan umur ini perlu diambil kira dalam kajian fonetik akustik ini.

6.7.1 Jantina

Bentuk atau bunyi pertuturan sesuatu bahasa boleh membezakan jantina seseorang; Yule (1985), Wardhough (1992), Milroy (1995), Hudson (1996). Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, ramai pengkaji

[email protected] | 0109749867

Page 172: Fonetik Dan Fonologi

159

Fonetik Akustik

masyarakat penutur bahasa mengambil kira faktor jantina dalam kajian mereka seperti Trudgill (1974), Milroy (1981), Cheshire (1982), Barbour & Stevenson (1990), Esling (1991), Holmes (1995) dan Docherty & Foulkes (1995). Wax (1979) dalam Burgess (1984: 90-91) menyarankan bahawa dalam kajian yang melibatkan aspek persekitaran dan latar budaya seseorang penutur itu, faktor jantina ini haruslah diambil kira dalam kajian yang akan dilakukan.

Pemilihan aspek jantina ini juga adalah kerana kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini terutamanya di negara-negara barat, menunjukkan bahawa aspek jantina memainkan peranan penting dan merupakan pengaruh utama terhadap kajian bunyi bahasa ini, terutamanya perbezaan dalam pertuturan, tatabahasa dan konteks penggunaannya. Perbezaan ini contohnya dapat dilihat dalam Samarin (1967: 32), yang menyatakan bahawa wanita adalah lebih sukar untuk mengikut takat kelantangan ujaran seorang lelaki manakala bagi Milroy (1995: 102) dan Yule (1985: 192) pula berpendapat bahawa pertuturan wanita adalah mirip ke arah sesuatu yang bersifat lebih prestij walaupun mempunyai status hidup yang sama dengan penutur lelaki.

Jika diteliti secara anatominya pula, perubahan bunyi bagi setiap individu juga bergantung kepada bentuk dan saiz organ (iaitu alat dan daerah artikulasi yang ada pada seseorang), contohnya panjang lelangit seseorang itu sangat berbeza dengan panjang dan kebolehan lidah seseorang itu (Crystal 1987: 18). Di Asia, kajian yang melibatkan perbezaan jantina seperti ini adalah amat kurang berbanding yang terdapat di Barat. Contohnya, dalam kajian Docherty & Foulkes (1995) terhadap bahasa Inggeris di Tyneside England, mereka menunjukkan bahawa penekanan penggunaan hentian glotis (glottal reinforcement) oleh penutur lelaki lebih tinggi kekerapannya berbanding penutur wanita manakala jumlah penutur lelaki bagi kebanyakan kumpulan yang ditandai adalah lebih tinggi

[email protected] | 0109749867

Page 173: Fonetik Dan Fonologi

160

Fonetik dan Fonologi

peratusannya dalam penggunaan hentian glotis. Mardian Shah (2010: 30-41) contohnya, dalam kajian beliau terhadap dua urutan vokal menunjukkan terdapatnya perbezaan ciri-ciri akustik di antara penutur lelaki dan perempuan pada data spektrogram yang diperoleh. Hal ini dapat ditunjukkan seperti data-data di bawah di mana kualiti suara penutur lelaki dan perempuan adalah berbeza berdasarkan bukaan ruang senyap (RS) yang terbentuk pada data spektrogram.

RS yang terbentuk adalah lebih besar.

RS

Rajah 6.15: Spektrogram soal oleh Penutur Wanita Dewasa

RS yang terbentuk pada kedudukan di

tengah kata. Jarak RS adalah lebih kecil.F2

F1 F1

F2

Rajah 6.16: Spektrogram soal oleh Penutur Lelaki Dewasa

[email protected] | 0109749867

Page 174: Fonetik Dan Fonologi

161

Fonetik Akustik

Holmes (1995) dalam kajiannya pula, iaitu “Glottal Stops in New Zealand English”, mendapati bahawa penggunaan hentian glotis dari kepelbagaian variasi /t/ adalah lebih kerap digunakan dalam pertuturan kaum wanita berbanding lelaki. Begitu juga dengan kajian yang dibuat oleh Esling (1991) terhadap “Sociophonetic Variation in Vancouver”, iaitu kajian ke atas penggunaan bunyi vokal yang juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam pertuturan lelaki dan wanita. Sebagai contohnya, pertuturan lelaki dan perempuan kedua-duanya berbeza pada kedudukan vokal tengah / /, iaitu sebagai penanda sosial, manakala penutur perempuan pula, membezakan /e/, /i/ dan /o/, bunyi-bunyi vokal ini tidak diubah secara signifikannya bagi penutur lelaki yang berbeza status dan kumpulan sosio ekonominya. Oleh kerana adanya perbezaan-perbezaan seperti ini, ahli-ahli fonetik berpendapat bahawa penanda sosial seperti jantina ini perlu diberi perhatian dan diambil kira dalam sesebuah kajian fonetik akustik. Ini adalah kerana apabila pengkaji menvisualisasikan bunyi-bunyi bahasa yang telah dirakam kepada bentuk spektra frekuensi, ia akan menunjukkan ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri akustik yang berbeza daripada seorang penutur kepada penutur yang lain walaupun dalam jantina yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa jantina merupakan suatu penanda sosial yang dapat memberikan satu set perbandingan yang jelas dalam memperlihatkan variasi bunyi pertuturan sesuatu bahasa tersebut.

6.7.2 Umur

Satu lagi perkara yang mustahak dan harus dibincangkan di sini ialah aspek umur penutur tersebut. Faktor ini penting kerana dengan membuat perbandingan umur ini, seseorang pengkaji itu akan dapat membuat suatu perbezaan dan seterusnya mengenal pasti kepelbagaian variasi bunyi yang wujud. Menurut Bayard

[email protected] | 0109749867

Page 175: Fonetik Dan Fonologi

162

Fonetik dan Fonologi

(dalam Holmes 1995: 434-435) beliau mencadangkan bahawa umur merupakan faktor yang baik dan berkesan dalam kajian bunyi bahasa ini, iaitu kajian terhadap variasi bunyi. Contohnya, kajian yang telah dilakukan ke atas variasi akhiran /t/ dalam bahasa Inggeris di New Zealand.

Jadi, dalam kajian seperti ini, tidak dapat tidak kita perlu mengambil kira faktor umur ini sebagai salah satu penanda variasi ataupun yang disebut sebagai penanda sosial. Ini dapat diperkukuhkan lagi melalui kajian Holmes (1995) yang mendapati bahawa 24% penutur muda menggunakan hentian glotis berbanding dengan golongan pertengahan yang hanya 14% dan 8% sahaja dalam kalangan penutur yang berumur 70 tahun ke atas. Ini menunjukkan bahawa penggunaan hentian glotis dalam kalangan penutur muda di New Zealand adalah lebih kerap digunakan atau lebih tinggi frekuensinya berbanding golongan penutur pertengahan umur.

Pada rajah di bawah pula (Mardian Shah 2010), ia menunjukkan data spektrogram bagi dua set umur yang sama jantina, iaitu penutur perempuan muda (16-25 tahun) dan penutur perempuan dewasa (35-45 tahun). Daripada data-data tersebut, ia menunjukkan ‘ruang senyap’ atau penanda akustik bunyi hentian glotis yang terhasil pada data penutur perempuan yang berumur 16 – 25 tahun adalah lebih kecil berbanding penutur perempuan dewasa 35 – 45 tahun. Ini juga membuktikan bahawa hentian glotis sememangnya hadir semasa pertuturan perempuan tetapi kualiti suara atau ciri akustik yang dipamerkan adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.

[email protected] | 0109749867

Page 176: Fonetik Dan Fonologi

163

Fonetik Akustik

RS yang terbentuk adalah lebih kecil

RS

Rajah 6.17: Spektrogram soal oleh Penutur Perempuan

RS yang terbentuk adalah lebih besar

RSF2F2

F1 F1

Rajah 6.18: Spektrogram soal oleh Penutur Perempuan

Cheshire (1982: 8) menyarankan bahawa bahasa atau bunyi pertuturan golongan muda dan di peringkat pertengahan umur ini adalah lebih konsisten berbanding dengan penutur yang lebih tua.

[email protected] | 0109749867

Page 177: Fonetik Dan Fonologi

164

Fonetik dan Fonologi

Jadi, ini akan memudahkan kerja-kerja penganalisisan data serta kualiti data yang diperoleh juga lebih baik.

Dalam sesebuah kajian bunyi bahasa, pemilihan umur 16 tahun ke atas bagi penutur yang dikaji adalah wajar kerana ia merupakan suatu langkah untuk mengawal sampel bunyi pertuturan penutur lelaki (Mardian Shah 2008). Kebiasaannya, orang lelaki mencapai akil baligh pada umur 15 tahun. Jadi, untuk memastikan perubahan pecah suara tidak mempengaruhi hasil rakaman dan untuk memastikan hasil rakaman adalah terdiri daripada bunyi yang telah mencapai kematangan bagi semua sampel penutur maka langkah ini perlu diambil. Umumnya, jarak atau perbezaan umur bagi dua kumpulan dibuat (contohnya 16 hingga 25 tahun dan 35 hingga 45 tahun) adalah bertujuan untuk memberikan satu set perbandingan yang jelas (Docherty & Foulkes 1995: 350-351), iaitu yang secara tidak langsung dapat memperjelaskan variasi dan perubahan akustik yang ada.

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah kepada kita akan kepentingan dan kegunaan penanda sosial seperti jantina dan umur tadi dalam kajian fonetik akustik ini. Dengan adanya pengetahuan untuk membaca bentuk jaluran spektra frekuensi, kita akan dapat melihat dan meneliti perbezaan bentuk frekuensi tadi pada penutur yang berbeza jantina ataupun umur. Melalui perbandingan ini pula kita akan dapat mengenal pasti perbezaan akustik yang ada sekali gus dapat melihat kepelbagaian fonetik dan fonologi yang berlaku. Jadi, bidang kajian fonetik akustik ini bukanlah suatu kajian yang terhad pencakupannya malah ia akan menjadi sangat menarik sekiranya pengkaji membawa masuk masalah-masalah fonologi yang ada dan diuji secara spektrografik. Sudah pasti hal ini akan menyumbangkan satu bentuk kajian yang sangat berguna dan bernilai kepada penyelidikan-penyelidikan bunyi bahasa pada masa-masa akan datang selari dengan selera kemajuan sains dan teknologi yang ada kini.

[email protected] | 0109749867

Page 178: Fonetik Dan Fonologi

165

Fonetik Akustik

6.8 Ringkasan

Bidang fonetik akustik ini bukan saja berkaitan dengan transmisi gelombang bunyi yang ditafsir oleh pendengar, tetapi ia juga berhubungan dengan fisiologi tubuh badan. Ia berkaitan dengan alat-alat pertuturan seseorang. Oleh sebab itu kita bukan saja mengkaji suara yang dihasilkan, tetapi juga fungsi alat sebutannya. Ini adalah kerana alat sebutan boleh mempengaruhi bunyi yang dihasilkan. Justeru itu, dalam sesuatu kajian fonetik, aspek pengujaran dan pendengaran tidaklah boleh dipisahkan. Proses menghantar dan menerima sesuatu mesej hanya menjadi lengkap apabila ia melibatkan tiga aspek berikut, iaitu aspek artikulasi, akustik dan auditori.

Mesej yang dihantar dan diterima itu diproses dalam otak. Otak yang melibatkan aspek neurofisiologi, kemudiannya menterjemahkannya kepada kita makna ujaran tersebut. Proses ini berlaku berulang-ulang semasa pertuturan berlangsung. Pendek kata, aspek artikulasi, akustik dan auditori ini adalah aspek yang saling berhubungan antara satu sama lain. Sekiranya terdapat masalah dalam salah satu sistem tersebut maka seseorang penutur itu akan mengalami masalah pertuturan. Masalah pertuturan ini pula dapat dibantu dengan beberapa cara terapi yang sesuai yang dikenali sebagai terapi pertuturan.

Dalam arus teknologi canggih pada hari ini, pelbagai ciptaan sains sudah direka cipta bagi menangani masalah seperti ini. Bahkan kajian seperti ini juga sudah menjurus ke arah beberapa bidang kajian lain seperti fonetik patologi, fonetik forensik dan seumpamanya.

Dalam memperkatakan kajian seperti ini, terdapat banyak peralatan makmal yang terlibat dan membantu para pengkaji menyelidik pelbagai aspek bunyi pertuturan manusia. Kemajuan sains

[email protected] | 0109749867

Page 179: Fonetik Dan Fonologi

166

Fonetik dan Fonologi

dan teknologi dengan reka ciptaan terkini sudah dapat memudahkan kerja-kerja meneliti bunyi pertuturan ini. Mesin spektrograf tidak lagi digunakan tetapi komputer dengan perisian tertentu sudah diguna pakai bagi memudahkan tugas-tugas para ahli fonetik bagi melihat ciri-ciri akustik bunyi pertuturan. Banyak lagi peralatan makmal yang terkini sudah mengambil alih mesin-mesin lama sejak spektrograf digunakan pada tahun 1940-an dulu. Sebenarnya kajian fonetik ini bukanlah suatu kajian primer bagi mengkaji bunyi bahasa lagi, kerana ia adalah satu aspek kajian yang cukup luas dalam meneliti dan menyenaraikan sifat-sifat bunyi bahasa.

Dalam kajian fonetik akustik faktor yang turut diambil kira ialah jantina dan umur seseorang individu. Penanda sosial ini memberikan gambaran yang tepat tentang perbezaan ciri akustik dalam bahasa.

6.9 Latihan1. Apakah yang anda fahami tentang frekuensi dan apakah

hubungannya dengan kajian fonetik akustik?

2. Apakah hubungan kajian akustik dengan fisiologi?

3. Bersama rakan anda, bincangkan bagaimana fisiologi manusia saling berhubungan dengan bunyi yang dihasilkan?

4. Terangkan bagaimana lidah dan bentuk bibir mempengaruhi bunyi yang dihasilkan?

5. Labelkan rajah saluran vokal yang berikut.

[email protected] | 0109749867

Page 180: Fonetik Dan Fonologi

167

Fonetik Akustik

6. Terangkan secara ringkas bagaimana frekuensi berhubungan dengan intensiti?

7. Senaraikan perbezaan yang ada di antara gelombang periodik dan aperiodik?

8. Apakah pula hubungan di antara gelombang bunyi dengan kelantangan?

9. Bagaimanakah kualiti suara dapat ditentukan?

10. Apakah yang dimaksudkan dengan harmonik?

11. Apakah signifikannya kaviti udara dalam menentukan resonan?

12. Apakah kegunaan forman dalam analisis akustik?

13. Apakah kegunaan spektrogram jalur sempit dan jalur lebar?

[email protected] | 0109749867

Page 181: Fonetik Dan Fonologi

168

Fonetik dan Fonologi

14. Senaraikan alat-alat makmal yang anda ketahui bagi sesebuah makmal pertuturan.

15. Bina sebuah carta alir bagi menunjukkan bermulanya proses bunyi bahasa yang diujarkan hinggalah terhasilnya spektrogram bagi mewakili ujaran tersebut?

16. Senaraikan tiga peranan spektrogram dalam kajian akustik fonetik?

1 7 . Berikan tiga kelebihan penggunaan komputer digital dalam kajian fonetik akustik?

18. Bincangkan bagaimana bibir boleh mempengaruhi penghasilan bunyi suara?

19. Lidah memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Bincang fungsi lidah dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan.

20. Cuba bezakan antara fonetik akustik dan fonetik auditori? Kemudian terangkan apakah hubungannya dengan fonetik artikulasi?

21. Senaraikan beberapa aspek sosial penutur yang boleh dikaitkan dengan kajian fonetik akustik ini?

22. Bagaimana kita dapat mengenali perbezaan jantina dalam sesuatu data spektrogram?

23. Bagaimana umur seseorang penutur itu boleh mempengaruhi sesuatu penghasilan bunyi? Berikan contoh yang sesuai.

24. Berdasarkan rajah 6.15 dan 6.16 di atas, bincangkan perbezaan yang dapat anda peroleh melalui perbezaan umur.

25. Bagaimana kualiti suara berhubungan dengan faktor umur dan jantina seseorang penutur tersebut?

[email protected] | 0109749867

Page 182: Fonetik Dan Fonologi

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

Bab 7

7.1 Ciri-Ciri Bunyi

Dalam kajian fonetik, ahli fonetik banyak memperkatakan tentang bunyi vokal dan konsonan. Ini termasuklah cara pengujaran, kedudukan lidah semasa pengujaran bunyi-bunyi tersebut, alat pertuturan yang terlibat, daerah artikulasi, dan seumpamanya. Ramai pengkaji bunyi bahasa mengetahui perkara ini. Namun adakah mereka mengetahui ciri-ciri akustik vokal dan konsonan ini? Adakah mereka mengetahui bentuk visual gelombang bunyi bagi kedua-dua bunyi tersebut? Adakah mereka dapat mengenal pasti bunyi-bunyi tersebut dalam bentuk spektra frekuensi? Oleh yang demikian, bab ini bertujuan menunjukkan dan mengenal pasti bentuk-bentuk gelombang bunyi vokal dan konsonan itu di atas kertas spektrogram yang dicetak. Sebelum itu, kita belajar dahulu peranan mesin

[email protected] | 0109749867

Page 183: Fonetik Dan Fonologi

170

Fonetik dan Fonologi

spektrogram dan kaedah analisis spektrografi yang ada hubungan dengan kajian ini.

7.2 Hubungan Kajian Fonetik dan Fonologi dengan Sains Pertuturan

Dalam bidang kajian linguistik, disiplin fonetik sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan disiplin fonologi. Namun, kajian atau penulisan yang terdapat di Malaysia ini, seakan mengasingkan kedua-dua disiplin ini dan jarang kita dapat perhatikan kajian-kajian yang melibatkan kedua-dua disiplin ini sekali gus ataupun yang menggunakan bidang kajian fonetik untuk menjawab persoalan-persoalan fonologi.

Johnson (1997: 49) mengatakan kedua-dua bidang ini saling berhubungan terutamanya dalam mengenal pasti representasi sesuatu bunyi pertuturan tersebut. Menurut Hayward (2000) pula, terdapat hubungan leksikon di dalam otak yang merepresentasikan bunyi yang terdapat dalam sesuatu rangkaian pertuturan seseorang. Jadi kedua-dua bidang ini, iaitu fonetik dan fonologi bertemu pada satu titik dalam ruang lingkup penghasilan dan persepsi bunyi pertuturan. Maka di sinilah kajian fonetik akustik dapat diguna untuk memperjelaskan persoalan-persoalan fonologi yang ada atau yang sukar untuk dijawab.

Melalui kajian fonetik akustik ini juga kita boleh mengkaji sesuatu proses fonologi seperti asimilasi, geminasi, penyisipan, devokalisasi dan seumpamanya. Justeru ini bertepatan dengan pandangan Edwards (1997: 40) yang menyatakan bahawa fonologi merupakan subcabang fonetik aplikasi yang tertumpu kepada kajian-kajian yang melibatkan sistem bunyi sesuatu bahasa. Menurut Edwards (1997) lagi, ahli fonologi boleh menggunakan data-data artikulatori ataupun akustik daripada ahli fonetik untuk

[email protected] | 0109749867

Page 184: Fonetik Dan Fonologi

171

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

kajian mereka tetapi pendekatannya adalah sedikit berbeza. Ini bererti data-data fonetik boleh digunakan bagi menjawab rumus-rumus fonologi sekali gus ini dapat membantu ahli fonologi dalam memperjelaskan rumus-rumus yang terdapat dalam kajian masing-masing.

Dalam satu aspek yang lain bidang fonetik merupakan subdisiplin sains pertuturan. Bidang ini melibatkan kajian yang sistematik dan terperinci tentang fisiologi pertuturan dalam penghasilan suara tuturan, pengkajian dari sudut isyarat akustik pertuturan itu dan juga persepsi pendengaran terhadap bunyi tuturan oleh pendengar (Shriberg dan Kent 2000: 305). Peralatan yang digunakan di dalam makmal pertuturan juga adalah berbeza mengikut tujuan kajian dalam sains pertuturan itu. Satu perkara yang menarik ialah alatan-alatan ini juga bukan sahaja eksklusif pada makmal sains pertuturan malah juga digunakan dalam bidang perubatan bagi membantu doktor membuat diagnosis terutamanya yang melibatkan organ seperti telinga, hidung, tekak dan juga bidang disiplin perubatan yang lain (Moya dan Anne 2002 :164). Namun, yang lebih menarik kini ialah kaedah-kaedah seperti ini juga dapat digunakan bagi menyelesaikan isu-isu linguistik terutamanya yang melibatkan bunyi-bunyi bahasa seperti dalam aspek fonetik dan fonologi.

7.3 Bunyi-Bunyi Periodik dan Aperiodik

Penanda-penanda yang terdapat dalam spektrogram adalah unsur-unsur penting yang berupa strategi pendengar bagi menanggapi bunyi-bunyi yang diujarkan. Mengenal pasti perbezaan antara sesuatu bunyi dengan bunyi-bunyi yang lain, yang diperlukan oleh pendengar dalam proses penanggapan bunyi bahasa dapat dilakukan menerusi analisis spektrografi. Strategi mengenal pasti bunyi-bunyi menggunakan penanda-penanda akustik

[email protected] | 0109749867

Page 185: Fonetik Dan Fonologi

172

Fonetik dan Fonologi

dalam spektrografi adalah sama dengan strategi otak pendengar menanggapi gelombang bunyi-bunyi bahasa.

Bunyi-bunyi bahasa yang hadir tanpa bunyi-bunyi bising akan tergambar dalam spektrogram sebagai bunyi berkala atau ‘periodik’ (Gloria J. Borden, 1994: 197). Tanpa kehadiran bunyi-bunyi bising tersebut maka menjadi jelaslah kelihatan jalur-jalur spektra hitam yang berturutan secara harmonis. Jalur-jalur ini adalah talun-talun yang wujud hasil daripada getaran pita suara. Jalur hitam ini juga akan wujud lebih jelas di kawasan tertentu yang dikenali sebagai forman bunyi. Kejelasan jalur hitam ini juga adalah disebabkan ketinggian amplitud gelombang bunyi berkenaan. Amplitud yang tinggi adalah ciri bunyi-bunyi yang lantang.

Bunyi-bunyi bahasa yang hadir bersama bunyi-bunyi bising seperti mana yang tergambar dalam spektrogram dikenali sebagai bunyi tak berkala atau ‘aperiodik’ (Gloria J. Borden et. al., 1994: 197). Bunyi-bunyi bahasa yang bersifat aperiodik memperlihatkan jalur-jalur spektranya yang hadir secara rawak dan tidak teratur. Jaluran yang menggambarkan talunan hasil daripada getaran pita suara ini sukar dilihat berbanding dengan jalur-jalur dalam bunyi periodik yang lebih jelas dan teratur. Jaluran dalam bunyi periodik lebih jelas, iaitu lebih hitam tertera dalam spektrogram kerana getaran pita suara yang konsisten dan kuat berbanding dengan bunyi aperiodik yang mempunyai jaluran yang tidak teratur dan kurang jelas akibat daripada getaran pita suara yang tidak konsisten dan lemah. Justeru kerana hakikat getaran pita suara yang sedemikian maka bunyi periodik menggambarkan ciri-ciri kelompok bunyi yang lebih nyaring dan jelas, iaitu seperti bunyi-bunyi vokal, separuh vokal dan juga termasuk juga bunyi sisian [l] dan getaran [r], diftong, dan sengau. Manakala bunyi-bunyi aperiodik diklasifikasikan sebagai menggambarkan bunyi-bunyi hentian, geseran, dan letusan.

[email protected] | 0109749867

Page 186: Fonetik Dan Fonologi

173

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

7.4 Perbezaan Vokal dan Konsonan Menurut Perspektif Artikulasi

Dari segi penghasilan bunyi atau artikulasinya, bunyi vokal dihasilkan apabila udara dari paru-paru dipam keluar tanpa sekatan di dalam rongga tekak dan rongga mulut. Manakala bunyi konsonan pula dihasilkan apabila udara yang dipam keluar dari paru-paru mengalami sekatan pada rongga tekak, rongga mulut, dan rongga hidung. Selain itu, semua bunyi vokal adalah bersuara, iaitu yang menggetarkan pita suara. Tetapi tidak semua bunyi konsonan bersuara kerana tidak semua menggetarkan pita suara.

Bunyi vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan bibir. Jenis bunyi vokal yang dihasilkan bergantung kepada tinggi atau rendahnya kedudukan lidah dan juga bentuk bibir sama ada hampar ataupun bundar. Jenis bunyi konsonan pula ditentukan oleh daerah artikulasi dan cara artikulasinya. Semasa menghasilkan bunyi vokal, lelangit lembut diangkat ke belakang dan menutupi rongga tekak untuk menghalang udara dari masuk ke rongga hidung manakala dalam penghasilan bunyi konsonan, lelangit lembut tidak semestinya diangkat ke belakang bagi menghalang udara masuk ke rongga hidung. Ada bunyi konsonan yang dihasilkan dengan membenarkan udara masuk melalui rongga hidung, iaitu bagi menghasilkan bunyi-bunyi sengau.

7.5 Spektrografi dan Spektrogram

Spektrograf adalah alat yang menterjemah bunyi ke representasi visual dalam bentuk komunikasi frekuensi. Representasi cara ini dikenali sebagai spektrogram. Spektrogram itu ditandai dengan paksi tegak yang merujuk kepada frekuensi gelombang, dan paksi mendatar pula merujuk kepada masa sesuatu gelombang itu dirakamkan. Keamatan forman-forman dalam spektrogram

[email protected] | 0109749867

Page 187: Fonetik Dan Fonologi

174

Fonetik dan Fonologi

menunjukkan tumpuan tenaga yang ada pada sesuatu gelombang bunyi tersebut. Justeru itu, analisis yang menggunakan data melalui spektrogram ini dinamakan pula analisis spektrografik. Kaedah spektrografik ini mula digunakan pada pertengahan abad ke-20, iaitu satu kemajuan besar dalam bidang akustik dan pertuturan. Selepas itu, dengan kehadiran teknologi digital dan penciptaan komputer, teknik ini terus berkembang dengan pesat terutamanya dalam bidang kajian sains pertuturan. Kehadiran teknologi digital ini membolehkan penukaran maklumat dari isyarat analog kepada isyarat digital yang lebih bersifat sensitif dan terperinci.

7.5.1 Analisis Spektrografi

Melalui analisis spektrografik ini, kita akan dapat memperoleh maklumat-maklumat akustik yang berkaitan dengan bunyi yang dikaji. Analisis sebegini juga dikenali sebagai analisis akustik. Maklumat-maklumat akustik ini boleh diperoleh melalui penanda corak gelombang spektrum yang terdapat pada frekuensi, iaitu bentuk yang dirujuk sebagai frekuensi dalam data spektrogram. Keadaan frekuensi atau forman-forman yang tertera pada data spektrogram khususnya forman pertama (F1) dan forman kedua (F2) adalah berkait rapat dengan penghasilan setiap satu bunyi pertuturan itu. Unsur-unsur gelombang bunyi pada F1 dan F2 menjadi penanda utama yang merujuk kepada penjenisan bunyi-bunyi vokal, semivokal, diftong, sengau dan sebagainya. Untuk bunyi letupan, geseran dan letusan pula, penanda akustiknya terletak pada setiap peralihan F2 yang mengikuti bunyi-bunyi vokal yang bersebelahan dengannya, serta komponen-komponen frekuensi bunyi yang terhasil bersamanya.

[email protected] | 0109749867

Page 188: Fonetik Dan Fonologi

175

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

Rajah 7.1: Spektrogram Bunyi-bunyi Vokal oleh Penutur Lelaki dengan Perbezaan pada Kedudukan Forman-forman Frekuensi.

Rajah 7.2: Spektrogram Bunyi-bunyi Vokal oleh Penutur Perempuan dengan Perbezaan pada Kedudukan Forman-forman Frekuensi.

[email protected] | 0109749867

Page 189: Fonetik Dan Fonologi

176

Fonetik dan Fonologi

7.5.2 Forman Frekuensi sebagai Penanda Akustik

Sebagaimana dijelaskan di atas tadi, aspek akustik ini membolehkan bunyi-bunyi ujaran divisualisasikan ke dalam bentuk gelombang bunyi yang mempamerkan forman-forman frekuensi. Apabila data sesuatu bunyi ujaran yang berbentuk data yang bercetak dan dapat dilihat secara visual, maka tentulah analisis secara begini adalah lebih sistematik dan tepat. Perbincangan mengenai bunyi-bunyi ujaran dalam bab ini adalah didasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada jaluran spektra frekuensi yang bercetak. Berdasarkan jalur spektra frekuensi ini kita dapat dengan mudah dan jelas melihat perbezaan akustik yang ada pada bunyi vokal dan konsonan.

Penanda Frekuensi

Penanda masa

Penanda forman

Rajah 7.3: Penanda-penanda Akustik seperti Frekuensi, Masa dan Forman

Perbezaan ciri-ciri akustik bunyi vokal dapat dilihat melalui jalur horizontal gelap yang terbentuk pada jalur spektra frekuensi, iaitu yang dinamakan forman. Forman ditandai oleh kepelbagaian keterlebihan ton pada bunyi vokal. Kebiasaannya, lebih daripada

[email protected] | 0109749867

Page 190: Fonetik Dan Fonologi

177

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

satu forman wujud pada jalur spektra frekuensi. Apabila bunyi vokal diujarkan, pita suara bergetar dengan kuat dan konsisten. Keadaan ini menyebabkan jalur spektra frekuensi pada kertas spektrogram kelihatan lebih jelas dan teratur.

Pada masa yang sama, apabila sesuatu bunyi vokal dihasilkan, tumpuan tenaga adalah lebih tinggi dan kuat. Ini bermakna a k a n semakin gelap jalur horizontal itu tadi, maka semakin tinggilah tumpuan tenaga yang dikeluarkan semasa mengujarkan bunyi vokal tersebut.

Dalam menganalisis spektrogram, forman yang di bawah sekali dinamakan forman 1 (F1) dan forman kedua dinamakan forman 2 (F2) dan seterusnya. Nilai bagi setiap frekuensi forman diambil pada titik tengah forman frekuensi tersebut. Nilai F1 dan F2 ini adalah penanda akustik untuk bunyi vokal. Nilai F1 dan F2 ini juga adalah berbeza-beza mengikut jenis bunyi vokal yang diujarkan, kerana nilai forman ini menggambarkan terdapatnya perbezaan dan perubahan semasa proses artikulasi berlaku.

Spektrogram elak

Spektrogram emas

Spektrogram anak

Rajah 7.4: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza bagi Bunyi-bunyi Vokal [a], [ ] dan [e] Bahasa Melayu.

[email protected] | 0109749867

Page 191: Fonetik Dan Fonologi

178

Fonetik dan Fonologi

Spektrogram

itik

Spektrogram

obor

Spektrogram

untung

Rajah 7.5: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza bagi Bunyi-bunyi vokal [i], [o] dan [u] Bahasa Melayu.

Nilai F1 didapati rendah semasa bunyi vokal tinggi diujarkan, dan nilai F1 adalah tinggi semasa pengujaran vokal rendah. Ini bermaksud bahawa apabila nilai frekuensi adalah rendah, kedudukan lidah adalah tinggi, iaitu semasa mengujarkan vokal sempit. Seterusnya, apabila nilai frekuensi adalah tinggi, maka kedudukan lidah adalah rendah, iaitu semasa mengujarkan bunyi-bunyi vokal luas. Ini menunjukkan bahawa nilai F1 ini dapat menentukan sama ada bunyi vokal yang diujarkan itu adalah vokal tinggi (sempit) ataupun vokal rendah (luas). Sekali gus hal ini membolehkan ahli fonetik akustik menentukan jenis bunyi vokal yang diujarkan dengan mudah.

Untuk nilai F2 pula, nilainya didapati rendah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu apabila bibir dibundarkan, dan nilainya adalah tinggi semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal hadapan, iaitu apabila bibir dihamparkan. Ini menunjukkan bahawa nilai forman berhubung kait dengan bentuk bibir semasa bunyi vokal itu dihasilkan, iaitu sama ada bunyi vokal depan ataupun belakang. Kaitan nilai-nilai F1 dan F2 ini dapat

[email protected] | 0109749867

Page 192: Fonetik Dan Fonologi

179

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual ini adalah berdasarkan data spektrogram yang diambil daripada seorang penutur bahasa Melayu.

i e a o u

F1 290 685 740 470 455 680

F2 2220 1970 1692 900 1333 1630

F2 – F1 1930 1285 952 430 878 950

Jadual 7.1: Menunjukkan Nilai-nilai F1 dan F2 yang Mewakili Bunyi-bunyi Vokal Bahasa Melayu.

Analisis ke atas forman-forman frekuensi seperti ini terutamanya dalam pengukuran nilai-nilainya membolehkan seseorang ahli fonetik akustik itu memplotkan gambar rajah keratan rentas lidah, iaitu yang dibuat di atas sehelai kertas graf. Berdasarkan nilai forman frekuensi pada gambar rajah keratan rentas lidah ini, ahli fonetik akustik dapat menentukan kualiti bunyi vokal yang dihasilkan, iaitu daripada individu yang berbeza.

Jika dilihat pula dari sudut tumpuan tenaga semasa proses pengujaran, tumpuan tenaga bagi bunyi konsonan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan penghasilan bunyi vokal. Apabila kita melihat perbandingan data spektrogram yang diberikan, bunyi vokal yang terdiri daripada gelombang periodik dapat menunjukkan tiadanya bunyi bising pada jalur spektra frekuensi itu. Namun begitu, bunyi bising ini dapat kelihatan pada jalur spektra frekuensi semasa bunyi konsonan diujarkan. Ini adalah disebabkan oleh bunyi konsonan adalah terdiri daripada gelombang aperiodik.

[email protected] | 0109749867

Page 193: Fonetik Dan Fonologi

180

Fonetik dan Fonologi

7.5.3 Bentuk Spektrum Frekuensi pada Spektrogram

Maklumat-maklumat akustik yang boleh dirujuk sebagai penanda-penanda daerah artikulasi secara khususnya terletak pada frekuensi, iaitu pada pola yang dirujuk sebagai frekuensi dalam spektrogram. Keadaan frekuensi forman-forman yang kelihatan dalam spektrogram khususnya forman pertama (F1) dan forman kedua (F2) adalah berkait rapat dengan penghasilan setiap satu bunyi-bunyi ujaran. Unsur-unsur gelombang bunyi di F1 dan F2 adalah penanda utama yang merujuk kepada penjenisan satu-satu bunyi vokal, diftong, sengau, dan juga separuh vokal. Bagi bunyi-bunyi letupan, geseran dan letusan pula, penanda akustiknya terletak pada setiap peralihan F2-nya yang mengikuti bunyi-bunyi vokal yang bersebelahan dengannya serta frekuensi-frekuensi komponen-komponen bunyi bising yang hadir bersama (Gloria J. Borden et al., 1994: 199).

Spektrogram

balai

Spektrogram

amboi

Spektrogram

pulau

Rajah 7.6: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza bagi Bunyi-bunyi Diftong Bahasa Melayu, kata pulau, amboi dan balai.

Dalam penghasilan bunyi konsonan ini, kedudukan titik artikulasi dan cara artikulasi memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk atau ciri akustik bagi sesuatu bunyi konsonan tersebut.

[email protected] | 0109749867

Page 194: Fonetik Dan Fonologi

181

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

Jaluran spektra frekuensi bagi bunyi konsonan adalah berbeza-beza. Bagi bunyi nasal contohnya, jaluran spektranya kelihatan terputus-putus pada data spektrogram.

Spektrogram

nyonya

Spektrogram

nganga

Rajah 7.7: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang berbeza bagi Bunyi-bunyi Nasal Bahasa Melayu, Kata nganga dan nyonya.

Spektrogram

nenas

Spektrogram

malu

Rajah 7.8: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza bagi Bunyi-bunyi Nasal Bahasa Melayu, kata malu dan nenas.

Dalam kasus bunyi nasal, semakin kurang jalur spektra dan kegelapan forman bermaksud semakin ke belakang titik artikulasi. Bagi bunyi

[email protected] | 0109749867

Page 195: Fonetik Dan Fonologi

182

Fonetik dan Fonologi

bising (noise) pula, iaitu seperti bunyi geseran, jaluran spektra frekuensinya tidak bermula dari bawah dan agak melebar. Bagi bunyi letupan seperti [p], [t] dan [k] pula ia ditandai oleh satu bentuk garis lurus. Bagi bunyi geluncuran pula iaitu seperti [w] dan [y], jaluran frekuensi yang terbentuk adalah melengkung, iaitu yang bersifat semivokal.

Spektrogram

buaya

Spektrogram

buaian

Rajah 7.9: Spektrogram Menunjukkan Jalur Frekuensi yang Berbeza bagi Bunyi-bunyi separuh vokal [w] dan [y] Bahasa Melayu, kata

buaian dan buaya.

Bunyi hentian glotis pula ditandai oleh terbentuknya ruang senyap (seperti yang terdapat pada gambar rajah 6.13). Sebenarnya bunyi-bunyi konsonan adalah saling berhubungan dengan bunyi-bunyi vokal yang bersebelahannya. Oleh yang demikian, berdasarkan penerangan di atas kita dapat mengetahui ciri-ciri akustik yang ada pada bunyi-bunyi vokal dan konsonan dan seterusnya dapat membezakannya pada data spektrogram. Bagi spektrogram di bawah ini pula, ia menunjukkan kepelbagaian jenis bunyi suara seperti bunyi vokal, letupan, geseran, hentian dan sebagainya.

[email protected] | 0109749867

Page 196: Fonetik Dan Fonologi

183

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

Umumnya, ruang akustik antara F1 dan F2 dapat memberikan gambaran maklumat penentu kepada jenis vokal dan juga diftong berkenaan. F1 yang rendah adalah penanda yang merujuk kepada vokal-vokal sempit seperti [i, u], manakala F1 yang tinggi merujuk kepada vokal-vokal luas seperti [a]. F2 dirujuk sebagai penanda kepada vokal depan seperti [i, e, , a], atau vokal belakang seperti [u, o, , a]. Di samping itu F2 juga berguna bagi menunjukkan bunyi-bunyi sengau, membezakan setiap bunyi separuh vokal dan bunyi-bunyi diftong. Kedudukan tinggi rendah F2 pada hakikatnya bergantung kepada keadaan luas atau sempitnya rongga mulut yang pada dasarnya bergantung kepada rapat renggangnya lidah kepada lelangit dalam rongga mulut. F2 menjadi tinggi sekiranya ruang rongga mulut berkeadaan sempit, iaitu lidah naik ke atas dan hampir mencecah lelangit dalam rongga mulut. F2 menjadi rendah apabila berlaku keadaan sebaliknya, iaitu ruang rongga mulut menjadi luas atau lebih terbuka.

Ciri separuh vokal yang membentuk lengkungan menunjukkan hadirnya geluncuran bunyi /w/.

Hentian yang terbentuk pada kedudukan di antara

morfem -i.

Rajah 7.10: Spektrogram Menunjukkan kata keistimewaan.

[email protected] | 0109749867

Page 197: Fonetik Dan Fonologi

184

Fonetik dan Fonologi

Sementara itu, Rajah 7.10 ini juga menunjukkan kepelbagaian bentuk gelombang frekuensi bagi mewakili kualiti bunyi yang berbeza-beza bagi kata keistimewaan.

Berpandukan rajah spektrogram yang dib i n c a n g k a n , kita dapat melihat bentuk-bentuk spektra frekuensi bunyi-bunyi yang berbeza, terutamanya bunyi-bunyi konsonan yang tertera pada data spektrogram setelah ia dicetak. Dengan memahami bentuk-bentuk spektra frekuensi ini para pengkaji bunyi bahasa akan mudah menentukan bunyi-bunyi atau huruf-huruf apakah yang diujarkan oleh penutur atau informan yang dikaji. Sekali gus kaedah ini dapat menyumbang kepada kajian fonetik forensik, iaitu dalam mengenal pasti bunyi bahasa yang diujarkan oleh seseorang ataupun dalam mengenal pasti latar belakang penuturnya.

7.6 Ringkasan

Sebenarnya banyak kegunaan kajian fonetik akustik ini dalam kajian sains tuturan. Ia tertumpu kepada ciri-ciri fonetik sesuatu bunyi, iaitu seperti melihat perbezaan bunyi-bunyi vokal dan konsonan dan ia juga dapat menjelaskan aspek sosial penutur yang mengujarkan bunyi tersebut. Seseorang ahli fonetik akustik, dapat mengenal pasti jantina penutur tersebut. Ini adalah kerana kualiti suara penutur perempuan adalah lebih langsing daripada suara penutur lelaki. Hal ini dapat ditunjukkan pada data spektrogram di mana nilai frekuensi bagi penutur perempuan adalah lebih tinggi daripada penutur lelaki. Hal ini juga berlaku disebabkan frekuensi adalah berkadar langsung dengan kelangsingan. Usia seseorang penutur juga boleh dikenal pasti melalui analisis spektrogram ini. Penutur yang lebih muda mempunyai sebutan yang lebih jelas dan tumpuan tenaga juga adalah tinggi berbanding dengan penutur tua.

[email protected] | 0109749867

Page 198: Fonetik Dan Fonologi

185

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

Hal ini menyebabkan jalur spektra frekuensi akan kelihatan lebih jelas untuk golongan muda berbanding dengan golongan tua.

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa kajian terhadap aspek akustik yang berpandukan pada data spektrogram ini dapat membantu ahli fonetik akustik menilai kualiti bunyi seseorang penutur itu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung masalah yang mungkin dialami oleh seseorang penutur, seperti ketidaknormalan organ artikulasi juga dapat dikenal pasti. Dalam hal ini data daripada spektrogram dapat membantu dalam meneliti kelemahan penyebutan sesuatu bunyi tersebut. Ini juga membolehkan ahli terapi pertuturan mengambil langkah yang relevan dalam terapi mereka bagi menyelesaikan masalah ketidaknormalan pertuturan ini. Ini membuktikan bahawa sumbangan kajian fonetik akustik ini adalah besar pada era globalisasi ini, sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang ada. Bahkan bukan itu saja, kajian seperti ini juga sudah diperluaskan ke dalam bidang forensik, iaitu bidang fonetik forensik. Di samping itu, data spektrogram ini juga dapat disimpan dengan lebih selamat dan teratur bagi membolehkan kajian diteruskan pada masa depan.

[email protected] | 0109749867

Page 199: Fonetik Dan Fonologi

186

Fonetik dan Fonologi

7.7 Latihan1. Apakah perbezaan di antara aspek auditori dan akustik?

Huraikan bagaimana aspek akustik ini dapat membantu kajian bunyi pertuturan dengan lebih sistematik dan tepat?

2. Apakah perbezaan di antara bunyi vokal dan konsonan dari sudut penghasilan bunyinya dan jalur spektra frekuensi yang tercetak pada kertas spektrogram?

3. Berdasarkan nilai-nilai forman frekuensi yang diberi pada jadual 1, bersama-sama pensyarah anda, cuba plotkan nilai-nilai tersebut bagi mendapatkan graf keratan rentas lidah penutur Melayu tersebut. Pada kertas graf yang disediakan pada muka surat sebelah, masukkan nilai F1-F2 pada paksi horizontal, manakala nilai F1 pada paksi vertikal. Setelah anda plotkan graf tersebut, anda akan dapat melihat bentuk serta kedudukan keratan rentas lidah bagi bunyi vokal bahasa Melayu. Berdasarkan bentuk dan kedudukan bunyi-bunyi vokal pada keratan rentas tadi, bincang juga hubungan di antara forman-forman dengan kedudukan bunyi-bunyi vokal tersebut.

[email protected] | 0109749867

Page 200: Fonetik Dan Fonologi

187

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

4. Terangkan apakah kelebihan yang diperoleh oleh seseorang pengkaji itu apabila mengukur forman-forman frekuensi dalam mengenal pasti kedudukan bunyi vokal?

5. Huraikan perbezaan bagi setiap pasangan istilah berikut: (a) spektrogram / spektrograf, (b) forman / informan, dan (c) frekuensi / intensiti.

[email protected] | 0109749867

Page 201: Fonetik Dan Fonologi

188

Fonetik dan Fonologi

6. Senaraikan perbezaan yang dapat anda lihat pada bunyi vokal dan konsonan daripada aspek bentuk jalur spektrum frekuensinya?

7. Senaraikan perbezaan yang dapat anda lihat pada bunyi diftong dan nasal daripada aspek bentuk jaluran spektrum frekuensinya?

8. Senaraikan penanda-penanda akustik yang dapat diperoleh daripada sesebuah data spektrogram?

9. Nyatakan perbezaan ciri-ciri akustik yang terdapat pada sesebuah data spektrogram bagi bunyi separuh vokal dan bunyi letupan.

10. Perhatikan data spektrogram pada rajah 7.6. Huraikan ciri-ciri akustik yang dapat anda peroleh daripada data tersebut.

11. Perhatikan data spektrogram pada rajah 7.1 dan 7.2. Bincangkan nilai forman dan corak forman yang tertera pada setiap bunyi yang divisualisasikan pada data-data spektrogram tersebut.

12. Tandakan B bagi pernyataan yang BETUL dan S bagi pernyataan yang SALAH.

1. Frekuensi pada data spektrogram diukur dalam unit Hertz.

2. Semakin luas bibir dibundarkan semakin rendah vokal yang dihasilkan.

3. FCV atau ‘formant certain vowel’ boleh diperoleh dengan nilai F2 – F1 x X2 .

[email protected] | 0109749867

Page 202: Fonetik Dan Fonologi

189

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan

4. Paksi horizontal pada data spektrogram ditandai oleh jangka masa gelombang bunyi yang dihasilkan dalam saat.

5. Vokal depan dapat ditandai oleh semakin kecilnya nilai F1.

6. Vokal tinggi dapat ditandai oleh semakin tingginya nilai F2.

7. Ruang oral tertutup apabila bunyi letupan glotis dihasilkan.

8. Uvula bertindak membenarkan udara mengalir masuk ke ruang oral semasa penghasilan bunyi sengau.

9. Ciri-ciri akustik sesuatu bunyi itu dapat dibaca atau diperoleh melalui analisis spektrografi.

10. Kualiti sesuatu bunyi vokal pada data spektrogram juga dipengaruhi oleh bunyi-bunyi konsonan bersebelahannya.

[email protected] | 0109749867

Page 203: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 204: Fonetik Dan Fonologi

Prosodi

Bab 8

8.1 Definisi Prosodi

Apabila membicarakan tentang intonasi, masalah pertama timbul adalah tentang penamaan bidang, iaitu prosodi dan intonasi. Penggunaan kedua-duanya ini sering menimbulkan salah faham kepada para sarjana walaupun mereka bersetuju bahawa kedua-duanya merujuk kepada suprasegmental.

Kata prosodi berasal dari kata Greek, prosodia (Fox, A.,2000:1) yang merujuk kepada konsep dalam bidang muzik bagi menandakan sesuatu seperti nyanyian dengan muzik atau nyanyian yang diiringi. Dalam ruang lingkup linguistik, prosodi merujuk kepada ciri dalam ujaran seperti tekanan dan intonasi.

[email protected] | 0109749867

Page 205: Fonetik Dan Fonologi

192

Fonetik dan Fonologi

Ada dua definisi yang dapat kita gunakan bagi mendefinisikan ruang lingkup dan ciri-ciri prosodi ini. Pertama, Trask, R. L. (1996: 343) menyatakan ruang lingkup kajian prosodi ini dengan jelas. Beliau mengatakan bahawa prosodi itu ialah unsur fonologi yang ranahnya lebih luas daripada sebuah segmen bunyi bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa realisasinya hanya dapat dihuraikan dengan merujuk kepada ranah yang berhubungan dalam ujaran yang sama.

Definisi ini dilengkapkan lagi oleh Crystal, D. (1997: 373) yang mengenal pasti ciri-ciri yang wujud dalam ranah ujaran tersebut. Beliau menggunakan istilah suprasegmental apabila merujuk kepada ciri-ciri prosodi ini. Istilah suprasegmental ini digunakan dalam bidang fonetik dan fonologi bagi merujuk kepada kesan suara yang terkena kepada lebih daripada satu segmen bunyi dalam ujaran, seperti kelangsingan, tekanan, atau pola jungtur.

Ringkasnya prosodi merujuk kepada aspek yang wujud dalam fonetik dan fonologi yang antaranya secara langsung memberikan kesan makna ke atas lafaz dalam ujaran. Kesan makna ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kesan yang menyebabkan berlakunya perbezaan makna misalnya dalam bahasa nadaan, seperti bahasa Mandarin dan perbezaan makna emosi dalam bahasa intonasi, seperti bahasa Melayu. Prosodi melihat ciri-ciri seperti tekanan, intonasi, kualiti serta kualifier suara dan sebagainya sebagai ciri yang relevan dan signifikan dalam memperjelas makna yang dirujuk pada aras ujaran. Maklumat tersirat yang signifikan ini kadang kala tidak diperoleh pada aras ayat.

8.1.1 Istilah Prosodi dan Suprasegmental

Apabila digabungkan, maka dapatlah kita mendefinisikan prosodi itu sebagai bidang kajian bunyi yang mengkaji ciri-ciri bunyi

[email protected] | 0109749867

Page 206: Fonetik Dan Fonologi

193

Prosodi

yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Ciri-ciri itu adalah seperti kelangsingan, tekanan, intonasi, kadar tuturan dan sebagainya. Ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas dalam rajah 8.1.

Rajah 8.1: Unsur-unsur Prosodi

Ujaran pukul lima petang, yang dirakamkan daripada bacaan Berita Nasional Radio 1, Radio dan Televisyen Malaysia, dipamerkan dalam rajah di atas. Rajah ini menunjukkan pergerakan nada suara semasa menghasilkan ujaran tersebut. Pergerakan nada ujaran ini menunjukkan turun naik nada suara yang mengandungi ciri-ciri kelangsingan, kepanjangan dan kelantangan suara.

Istilah suprasegmental dan prosodi itu sebenarnya merujuk kepada ranah kajian bunyi yang sama. Sarjana kajian bunyi Amerika menggunakan istilah suprasegmental bagi merujuk kepada istilah prosodi yang digunakan oleh sarjana Inggeris. Kedua-dua istilah ini sama sahaja dan boleh saling bertukar ganti atau bersinonim.

Istilah yang bertentangan dengan bunyi suprasegmental adalah istilah bunyi segmental atau bunyi penggalan. Segmental merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau

[email protected] | 0109749867

Page 207: Fonetik Dan Fonologi

194

Fonetik dan Fonologi

teks yang berurutan. Fonem dianggap sebagai unit bunyi terkecil dan morfem sebagai unit tatabahasa terkecil. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan /makan/ terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/ dan /n/.

8.1.2 Prosodi dan Intonasi

Prosodi, iaitu istilah yang lebih kerap digunakan kini sering kali menimbulkan kekeliruan dalam aspek yang dirujukinya. Ada sarjana yang menyamakan istilah prosodi dengan intonasi, manakala ada pula yang membezakannya. Pertikaian mengenai cakupan penggunaan kedua-dua istilah ini menjadi perhatian dan perbincangan misalnya oleh Johns-Lewis, C. (1986: xix) dalam prakata buku Intonation in Discourse, yang menyatakan penggunaan istilah ini bergantung kepada siapa yang menggunakan istilah tersebut. Sementara itu, Ladd, D. R. (1996: 6) menyatakan kesukaran menulis mengenai topik intonasi ini adalah kerana setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri tentang makna yang dirujuk oleh istilah intonasi. Crystal, D. (1969: 195) pula menyatakan bahawa terdapat sarjana yang berhasrat mengehadkan definisi formal intonasi hanya sebagai pergerakan kelangsingan.

Pergerakan kelangsingan atau juga dipanggil pergerakan tingkat nada dilabelkan dengan 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 merujuk kepada nada yang paling rendah, 2, nada lazim bagi permulaan sesuatu ujaran, 3, nada tekanan dan 4 nada yang paling tinggi. Menurut sistem pelabelan dalam teori autosegmental, pergerakan nada dilabelkan dengan nada rendah (L) dan tinggi (H) yang dinamakan sebagai nada sasaran dalam kontur intonasi. Selain itu beliau juga menyatakan pandangannya bahawa intonasi bukanlah satu kontur tunggal atau nada tetapi sebagai fitur kompleks daripada pelbagai sistem prosodi. Asasnya adalah nada, julat kelangsingan

[email protected] | 0109749867

Page 208: Fonetik Dan Fonologi

195

Prosodi

dan kelantangan suara, termasuklah ritma dan tempoh yang berhubungan dengannya.

Manakala Arnfield, S. C. (1994: 7) dalam tesis kedoktorannya menambah kerumitan ini dengan menyatakan bahawa terdapat sarjana yang menggunakan istilah prosodi dengan maksud yang sama dengan intonasi atau intonasi dengan intensiti. Walau bagaimanapun, beliau sendiri memberikan cakupan yang lebih luas tentang penggunaan istilah prosodi yang termasuk sama di dalamnya intonasi. Berikut adalah cakupan yang dilakukan oleh Arnfield (1994:8-12). Pada beliau, fitur-fitur yang terangkum dalam prosodi adalah seperti berikut:

1. Intonasi

2. Tempo

3. Aksen

4. Tekanan

5. Kelangsingan

6. Kelantangan Suara

7. Irama

8. Tesitura /julat kelangsingan

9. Kualiti Suara /timbre

10. Jungtur

Prosodi

Rajah 8.2: Fitur-fitur dalam prosodi

Isu penggunaan istilah ini menurut Johns-Lewis, C. (1986: xx) mungkin berpunca daripada ukuran konkrit yang melibatkan

[email protected] | 0109749867

Page 209: Fonetik Dan Fonologi

196

Fonetik dan Fonologi

parameter fizikal yang sama, iaitu frekuensi fundamendal (F0), intensiti dan durasi. Walau bagaimanapun, Indirawati Zahid (2003) dalam tesis kedoktorannya menyatakan bahawa pada aras tertentu, iaitu apabila membicarakan tentang tiga parameter tersebut di atas, prosodi dan intonasi berada pada aras yang sama; tetapi pada aras lain, prosodi tetap menjadi superordinat kepada intonasi. Oleh itu, dalam hal ini tidak timbul soal bahawa intonasi itu sama dengan prosodi.

Dari aspek ujaran auditori, prosodi sekurang-kurangnya digolongkan kepada perkara-perkara berikut; kelantangan suara (komponen tekanan), durasi (komponen ritma dan tempo), kelangsingan (komponen intonasi) dan jeda.

Segmental

Prosodi Paralinguistik (kualiti suara dan kualifier)

Non-linguistik (refleks vokal dan kualiti suara)

Durasi

KelantanganKelangsingan

Jeda

(Couper-Kuhlen, E., 1986:4 adaptasi dari Crystal 1969: 131)

Ujaran

Suprasegmental/

Non-segmental

Rajah 8.3: Komponen Tuturan Auditori dalam Komunikasi

Kualifier suara adalah konsep yang digunakan oleh sesetengah ahli linguistik bagi merujuk kepada ciri paralinguistik dalam suara. Ciri

[email protected] | 0109749867

Page 210: Fonetik Dan Fonologi

197

Prosodi

itu adalah seperti ekspresi pelbagai emosi seperti marah dan sindiran yang dikaitkan dengan kesan suara kasar, keras ataupun kuat. Manakala kualiti suara pula merujuk kepada ciri yang tetap sebagai latar belakang ciri bahasa seseorang individu. Ini adalah ciri seperti ketinggian, kelangsingan, aras kelantangan suara, tempo dan timbre semasa bercakap. Kelihatan cakupan kedua-dua konsep ini adalah rapat dan oleh sebab itu sering kali kedua-dua konsep ini tidak dibezakan.

8.1.3 Dimensi Prosodi

Prosodi dapat diandaikan sebagai model ujaran tiga dimensi, iaitu:

1. Dimensi artikulasi (motor dan produksi), seperti ujaran dari perspektif penutur.

2. Dimensi auditori (persepsi atau reseptif), seperti ujaran dari perspektif pendengar.

3. Dimensi akustik, seperti ujaran dari perspektif transmisi signal akustik dari penutur kepada pendengar.

Dimensi prosodi itu dapat dijadualkan seperti berikut:

Artikulasi Akustik Auditori

Getaran pita suara F0 Kelangsingan suara

Hasil fizikal Amplitud (intensiti) Kelantangan suara

Pergerakan artikulatori Masa (tempo)Durasi

(kepanjangan)

Jadual 8.1: Dimensi Prosodi

[email protected] | 0109749867

Page 211: Fonetik Dan Fonologi

198

Fonetik dan Fonologi

8.2 Peranan Intonasi

Peranan yang dilakukan oleh intonasi dalam ujaran terbahagi kepada tiga aspek iaitu:

8.2.1 Aspek Linguistik

Aspek linguistik merujuk kepada pengorganisasian maklumat ujaran, iaitu menandai perenggan, ayat, frasa atau rangkai kata, menjelaskan maklumat yang dikemukakan di dalam domain seperti penyata, pertanyaan dan sebagainya (jenis ayat), serta penentuan fokus dalam konstituen-konstituen yang tertentu dalam domain. Keadaan ini merujuk kepada proses segmentasi unit maklumat yang berlaku semasa ujaran berlangsung.

Contoh:

A: Kenapa kita /tidak bayar/duit dulu /masa naik teksi?

B: Kerana /duit dulu / tak laku.

(petikan sms lawak dari sistem pesanan ringkas Celcom) Dalam dialog di atas, pemenggalan kumpulan konstituen dilakukan dengan tanda garis miring bagi menunjukkan bagaimana konstituen leksikal tersebut disegmentasi (dipenggal). Pemenggalan konstituen yang berlaku ini mendukung makna tertentu yang dari segi logiknya dapat diterima akal. Kumpulan konstituen /duit dulu /dalam dialog ini merujuk kepada mata wang dahulu yang kini tidak sah digunakan lagi. Dan jawapan yang diberikan oleh B sememangnya dapat diterima akal.

Mengapa situasi ini berlaku? Jawapannya, lihatlah bagaimana sesuatu maklumat itu diorganisasikan. Pengorganisasian maklumat ini merujuk kepada penentuan sesuatu fokus dalam sesuatu ujaran. Kedudukan atau penentuan fokus membekalkan maklumat yang

[email protected] | 0109749867

Page 212: Fonetik Dan Fonologi

199

Prosodi

sedang dirujuk kepada pendengar. Selain itu peranan ketinggian nada yang berbeza berbanding dengan ketinggian nada yang lain dalam ujaran yang sama juga turut menyumbang kepada makna yang sedang dirujuk (aspek ini merujuk kepada fungsi paralinguistik). Ciri ini dirujuk sebagai aksen langsing (pitch accent) dalam ujaran, iaitu nada yang paling ketara berbanding nada-nada lain yang wujud dalam ujaran yang sama. Penggunaan aksen langsing ini sering kali merujuk kepada fokus dalam ujaran.

Sementara itu, pengorganisasian maklumat juga merujuk kepada proses segmentasi unit maklumat seperti contoh yang berikut:

“Sayang abang keluar dulu”, yang boleh dilafazkan dengan segmentasi unit maklumat di posisi yang berbeza yang sekali gus membawa makna yang berbeza:

1. Sayang abang / keluar dulu. (Panggilan ‘Sayang’ dari seseorang yang membahasakan dirinya ‘Abang’ dan meminta orang yang dirujuknya sebagai ‘Sayang’ itu supaya keluar lebih dahulu daripadanya).

2. Sayang / abang keluar dulu. (Panggilan ‘Sayang’ dibuat kepada seseorang, dan orang yang membahasakan dirinya ‘Abang’ menyatakan keinginannya untuk keluar dahulu).

Contoh yang berikut juga merujuk kepada kasus yang sama:

“Tayar kereta Aminah makan sebelah”

1. Tayar kereta Aminah / makan sebelah. ( ujaran ini bermaksud, keadaan tayar kereta Aminah yang haus sebahagiannya akibat masalah keseimbangan kedudukan tayar)

2. Tayar kereta / Aminah makan sebelah. (ujaran ini bermaksud, kemungkinan berlakunya masalah kesihatan ke atas diri individu yang bernama Aminah, maka perbuatan memakan

[email protected] | 0109749867

Page 213: Fonetik Dan Fonologi

200

Fonetik dan Fonologi

tayar kereta telah berlaku. Sering kali, hal-hal sebegini berlaku pada ibu-ibu yang hamil yang mempunyai keinginan untuk makan sesuatu yang luar biasa)

Perbincangan di atas merujuk kepada proses segmentasi unit maklumat di posisi yang berbeza yang telah memperlihatkan makna rujukan yang berbeza juga.

8.2.2 Aspek Paralinguistik

Aspek paralinguistik merujuk kepada emosi atau sikap penutur yang dapat dikesan melalui penggunaan nada semasa bercakap. Aspek yang dirujuk sebagai kualiti dan kualifier suara ini bersifat informatif. Paralinguistik berfungsi menambahjelaskan maklumat yang sedang dirujuk kerana sering kali fungsi gramatis ayat yang diujarkan tidak selari maknanya dengan tujuan sebenar yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, nada suara perlahan dan berbisik merujuk kepada kerahsiaan atau sesuatu yang bersifat sulit. Dan inferennya orang yang melihat perlu maklum kadar kerahsiaan yang cuba disampaikan melalui cara lafaz selain aksi bahasa badan yang mengiringi ujaran tersebut. Begitu juga jika nada suara tersekat-sekat, kurang jelas akibat tangisan atau sedu sedan semasa komunikasi, ini juga dikatakan bersifat informatif. Sehubungan dengan itu, kualiti dan kualifier suara dapat dikatakan sebagai penyumbang makna yang tidak dapat diperoleh pada sesuatu struktur ayat, kerana aspek prosodi tidak wujud pada aras ayat. Sebaliknya aspek prosodi hanya muncul pada aras ujaran yang sekali gus kadang kalanya menjelaskan konteks makna tersurat ≠ makna tersirat. Maklumat tambahan yang diperoleh kerana kewujudan prosodi dalam ujaran akan menambah jelas makna yang sedang diperkatakan selain memberikan gambaran sikap atau emosi si penutur.

Dalam kasus yang lain, kadang kala proses segmentasi unit maklumat berlaku pada posisi yang sama (aspek linguistik) tetapi

[email protected] | 0109749867

Page 214: Fonetik Dan Fonologi

201

Prosodi

makna yang dirujuk tetap berbeza. Kasus ini berlaku kerana kewujudan konfigurasi intonasi yang berbeza dalam ujaran, misalnya dalam contoh ujaran “Amboi! cantiknya muka awak. Contoh yang dikemukakan ini merupakan ayat seruan yang ditandai oleh tanda seruan pada akhir kata seru. Sungguhpun ayat ini merupakan satu penzahiran rasa kekaguman terhadap seseorang individu yang menjadi sasaran kepada ayat seruan ini, perkara yang sebaliknya boleh sahaja berlaku apabila fitur-fitur (ciri-ciri) prosodi yang tertentu diaplikasi ke atas ayat ini. Ayat yang mendukung makna kekaguman terhadap kecantikan seseorang kini sudah bertukar makna menjadi makna emosi sinis ke atas sesuatu perkara. Lihat grafik di bawah dan bandingkan:

Rajah 8.4 Perbezaan Konfigurasi Intonasi

[email protected] | 0109749867

Page 215: Fonetik Dan Fonologi

202

Fonetik dan Fonologi

Perhatikan perbezaan pergerakan/modulasi nada yang berlaku untuk kedua-dua contoh ujaran yang mempunyai rujukan makna yang berbeza. Ujaran pertama mempunyai makna tersurat dan tersirat yang sama manakala sebaliknya bagi ujaran yang kedua. Dapat dirumuskan bahawa kasus seperti ini berkaitan dengan struktur maklumat yang berhubungan dengan konfigurasi intonasi yang selanjutnya diasosiasikan dengan makna. Makna yang dirujuk dalam kasus ini ialah makna emosi yang mengiringi lafaz sesuatu ujaran.

Begitu juga dalam ujaran yang sering dilafazkan apabila seseorang berada dalam situasi segan atau malu. Ungkapan yang selalu dilafazkan itu adalah “Tak payah, tak payah!” walaupun sebenarnya apa yang dilafazkan itu ada benarnya membawa maksud tidak perlu tetapi tidak salah jika dikatakan bahawa ujaran itu juga boleh bermaksud “perasaan amat menghargai dan tidak menjangka diberikan sesuatu yang di luar jangkaan.”

Sementara itu, perhatikan contoh yang dipetik daripada Key, M. R. (1975: 49), dalam bukunya yang bertajuk Paralanguage And Kinesics (Nonverbal Communication):

Suatu perubahan pada tekanan dapat mengubah makna sebuah ayat, contohnya:

He’s giving this money to Peter. (dia dan bukan orang lain)

He’s giving this money to Peter. (memberi wang bukan meminjamkannya)

He’s giving this money to Peter. (tidak daripada sumber lain)

He’s giving this money to Peter. (bukanlah sebuah cek)

He’s giving this money to Peter. (bukan kepada Jane)

Sebuah contoh lain misalnya, dalam lafaz ujaran orang yang sedang marah, sering kali nada yang dilafazkan itu lebih tinggi,

[email protected] | 0109749867

Page 216: Fonetik Dan Fonologi

203

Prosodi

manakala apabila bersedih, nada lafaznya lebih rendah dan perlahan. Begitu juga untuk lafaz emosi yang pelbagai, seperti marah, tidak puas hati, penegasan, tidak selesa dan sebagainya, kelihatan ada kecenderungan penggunaan cara lafaz yang tertentu, yang secara umumnya dapat diterima dan difahami oleh khalayak pengguna walaupun tidak ada catatan mengenai perkara ini dalam mana-mana buku tatabahasa. Selain itu, melalui prosodi penutur dan pendengar mendapat signal sama ada perbualan tersebut sedang menarik minat orang yang sedang dilawan bercakap atau pun tidak, untuk seterusnya melangsungkan atau menamatkan perbualan. Nada suara semasa bertutur membawa semua maklumat ini.

8.2.3 Aspek Ekstralinguistik

Aspek ekstralinguistik merujuk kepada kesan gender, umur, latar belakang dan sebagainya dalam pertuturan. Melalui prosodi, kesemua maklumat ini dapat diperoleh kerana ujaran seseorang individu mempunyai aksen dan kadar kelangsingan (register berdasarkan gender dan tahap umur) tertentu. Oleh kerana wujudnya ciri-ciri aksen dan register ini maka orang yang mendengar sesuatu perbualan misalnya dalam perbualan di telefon, walaupun tidak pernah melihat rupa wajah orang yang bertutur itu, sekurang-kurangnya dapat menjangka siapakah individu yang dilawan bicara, sama ada seorang Melayu, Cina, India atau Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Kedah, lelaki ataupun perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa.

Sekiranya aspek prosodi dikatakan tidak berperanan seperti yang dinyatakan, pastilah semasa perbualan menerusi telefon buat pertama kali dengan orang yang tidak pernah dikenali rupa parasnya, kita tidak akan dapat membuat sebarang jangkaan siapakah penutur yang sedang dilawan bercakap itu. Kita juga tidak tahu sama ada individu tersebut berbangsa Melayu, Cina atau India, kanak-kanak

[email protected] | 0109749867

Page 217: Fonetik Dan Fonologi

204

Fonetik dan Fonologi

atau orang dewasa dan sebagainya. Sebaliknya apa yang lazim berlaku, apabila pertama kali kita mendengar ungkapan “hello” ataupun “assalamualaikum”, otak kita mula memproses maklumat dan membuat pelbagai andaian berdasarkan lafaz bunyi yang didengar tadi.

Situasi yang dinyatakan di atas dapat dilihat, dirasakan dan digambarkan apabila perbualan menerusi telefon buat pertama kali berlangsung antara orang yang menerima panggilan dan orang yang membuat panggilan. Kedua-duanya tidak pernah bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Apakah reaksi pertama apabila panggilan “hello” dilafazkan? Tentu sekali pengalaman yang sama yang dapat dikongsi oleh semua orang adalah maklumat yang diproses sebaik-baik saja perkataan “hello” ini terujar adalah sama ada orang itu lelaki atau perempuan. Sekiranya nama yang digunakan tidak membezakan gender, seperti contoh, nama Azmi, boleh saja perempuan ataupun lelaki, kita masih dapat menduga. Begitu juga dengan nama Nizam dan Zaiton. Latar belakang, anggaran usia dan sebagainya juga dapat diteka.

Walau bagaimanapun kesemua maklumat ini tidaklah tepat semuanya kerana sering kali kita mendengar komentar dari ramai orang yang menyatakan tanggapan awal mereka salah. Umpamanya, dengan suara yang halus belum tentu wajah orang yang bercakap itu rupawan, kecil molek dan sebagainya kerana lazimnya sebaliknya yang berlaku! Maklumat seumpama ini sangat subjektif tetapi antara yang mungkin membawa maklumat yang tepat ialah dari aspek gendernya, kerana julat suara lelaki dan wanita berbeza, biarpun yang bercakap itu lelaki yang menyerupai perempuan, yang apabila sampai ke suatu keadaan, keperempuanan lakonan mereka tidak akan kekal. Ini adalah kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah dalam keadaan yang tidak normal, dan sememangnya sejak azali ciptaan manusia oleh Tuhan ini sukar diubah-ubah. Sering kali juga

[email protected] | 0109749867

Page 218: Fonetik Dan Fonologi

205

Prosodi

maklumat bangsa dapat dikesan melalui penutur semasa komunikasi berlangsung. Selain itu julat usia sama ada penutur tersebut seorang kanak-kanak, orang tua atau dewasa juga dapat diketahui.

8.3 Kajian Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu

Buku-buku nahu bahasa Melayu hari ini hanya mengguna pakai maklumat yang diambil daripada buku tatabahasa pegangan Tatabahasa Dewan (1986, 1993, 2008) dan Asraf Abdul Wahab (1988). Sejak tempoh tersebut tidak ada lagi buku yang membicarakan dengan mendalam tentang kajian susulan mengenai intonasi. Sehingga kini buku edisi ketiga Tatabahasa Dewan (2008) didapati tidak melakukan penambahbaikan kepada subtopik intonasi dalam struktur ayat. Dan seperti yang dinyatakan pada bahagian awal buku ini, kaedah yang digunakan dalam kedua-dua buku ini ialah kaedah impresionistik. Memandangkan kaedah yang digunakan tersebut tidak bersifat saintifik dan empirikal, kajian semasa yang berlangsung kini, iaitu dengan menggunakan kaedah eksperimental menolak deskripsi intonasi dalam kedua-dua buku tersebut.

Kajian semasa yang dilakukan di Akademi Pengajian Melayu, secara langsung menolak deskripsi Tatabahasa Dewan tentang ayat penyata yang menetapkan pola intonasi ayat penyata sebagai pergerakan tingkat nada yang berlabel 2 4 2 3 seperti yang berikut:

Pegawai i tu pengu rus

2 2

4 3

Rajah 8.4: Pola Intonasi Ayat Penyata

Menurut Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab, pergerakan tingkat nada bagi subjek ialah 2 4 dengan tingkat nada 4 terletak

[email protected] | 0109749867

Page 219: Fonetik Dan Fonologi

206

Fonetik dan Fonologi

pada suku kata akhir sesuatu subjek, manakala predikat ayat akan dimulai dengan tingkat nada 2, dengan tingkat nada 3 pada suku kata akhir sesuatu predikat.

Dengan menggunakan prosedur terancang dalam kaedah eksperimental, data bunyi dimanipulasi, rakaman ayat yang dipetik dari buku Tatabahasa Dewan dirakamkan dengan menggunakan suara tenaga akademik, Akademi Pengajian Melayu, lelaki dan perempuan serta melibatkan pelajar-pelajar sarjana muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rakaman produksi ujaran “Pegawai itu pengurus” dilakukan beberapa kali dan didapati kesukaran berlaku dalam mendapatkan pergerakan tingkat nada 2 4 2 3 seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab. Dan apabila keadaan yang “memaksa” ini dilakukan, kedengaran data ujaran yang dirakam tidak lagi merupakan ayat penyata sebaliknya merupakan data ujaran yang janggal pada pendengaran penutur jati bahasa Melayu. Dan yang lebih buruk lagi, ia tidak memenuhi norma tatabahasa bahasa Melayu sama sekali.

Rajah 8.5: Pola Intonasi Asli “Pegawai itu pengurus”

[email protected] | 0109749867

Page 220: Fonetik Dan Fonologi

207

Prosodi

Rajah 8:6: Pola Intonasi yang telah Dipermudahkan

Membandingkan bentuk asli dan bentuk yang distilisasikan, didapati bentuk asli kelihatan rencam dengan pergerakan turun naik nada yang sukar untuk dilabelkan. Kerencaman yang wujud dalam bentuk asli adalah akibat daripada kewujudan mikrointonasi, iaitu signal akustik yang tidak signifikan dalam ujaran. Apabila proses stilisasi dilakukan, kerencaman ini dapat disingkirkan apabila mikrointonasi dihapuskan. Apabila mikrointonasi dihapuskan, signal akustik yang signifikan dan relevan digambarkan dalam bentuk garis lurus yang paling minima dan seterusnya proses pelabelan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan tepat. Proses stilisasi yang dilakukan ini tidak mengubah kualiti bunyi asli data yang dianalisis.

Analisis yang telah dilakukan ini kemudiannya divisualkan. Yang terlihat adalah lima pergerakan nada yang jika dilabelkan akan bermula dari L H L H L, berbanding dengan pendeskripsian oleh Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab, empat pergerakan tingkat nada 2 4 2 3. Label L mewakili pergerakan nada yang rendah manakala H mewakili pergerakan nada tinggi. Ini bererti ayat/ujaran penyata berakhir dengan nada yang menurun. Dengan pendeskripsian yang hasilnya divisual dan dipersepsikan melalui

[email protected] | 0109749867

Page 221: Fonetik Dan Fonologi

208

Fonetik dan Fonologi

ujian persepsi, dapatan eksperimental ini menolak deskripsi Tatabahasa Dewan dan Asraf Abdul Wahab sebelum ini.

Bagi pola ayat perintah pula, didapati pergerakan tingkat nada yang dideskripsikan oleh Tatabahasa Dewan, iaitu ayat yang digugurkan subjeknya, “masuk” dan “masuklah” didapati selari dengan dapatan eksperimental, iaitu pergerakan tingkat nada yang masing-masingnya 2 3 dan 2 3 1 dengan padanan masing-masingnya ialah L H dan L H L. Ini kemungkinan berlaku kerana contoh ujaran yang dikemukakan mempunyai struktur ayat yang mudah.

Sementara itu, untuk ayat tanya, huraian dalam buku Tatabahasa Dewan memperlihatkan 2 jenis pola, iaitu 2 4 3 4 dan ayat tanya yang diletakkan partikel “kah” pada predikat ‘Penguruskah pegawai itu? sebagai pergerakan tingkat nada 2 3 1 4. Berbanding dengan Asraf Abdul Wahab, huraian oleh Asraf Abdul Wahab adalah lebih rinci dengan memasukkan makna emosi dalam perbincangannya. Asraf Abdul Wahab mengemukakan 3 tingkat nada, iaitu 2 4 3 4, 2 4 1 dan 2 4 2 4. Untuk dapatan eksperimental, pola ayat tanya ini sememangnya diakui sangat ditentukan oleh makna emosi semasa ujaran berlangsung. Memandangkan kedua-dua buku ini memberikan pilihan pola tingkat nada maka ketepatannya masih boleh diterima sebagai salah satu pola yang mungkin digunakan semasa lafaz ayat tanya.

Kajian pada peringkat kedoktoran tentang pola intonasi ayat bahasa Melayu, baik yang dilakukan oleh Amran Halim (1969) dan Indirawati Zahid (2003) dapat memperlihatkan keselarian dapatan bahawa pola intonasi dalam bahasa Melayu sememangnya sangat banyak. Keadaan seumpama ini disokong dengan penyataan yang dikemukakan oleh Pierrehumbert, J. B, dalam tesis kedotorannya.

[email protected] | 0109749867

Page 222: Fonetik Dan Fonologi

209

Prosodi

Not only can the same text have many different melodies, the same melody can occur on many different texts.

(Pierrehumbert, J. B, 1980: 2)

Walaupun penyataan ini menunjukkan variasi yang sangat besar tentang pola intonasi sesuatu ayat, sesuatu yang perlu diakui adalah kecenderungan penggunaan satu pola apabila melafazkan sesuatu ujaran tetap ada. Hal ini dibuktikan dalam kajian Amran Halim (1969) dan Indirawati Zahid (2003).

8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran

Kepentingan input intonasi dalam pengajaran bahasa jelas dapat digambarkan dengan konteks mendiang Puteri Diana yang mempunyai seorang jurulatih pengucapan awamnya, iaitu seorang bekas aktor yang bernama Peter Settelen. Persoalan yang timbul, adalah mengapa seorang puteri raja juga memerlukan jurulatih seumpama ini? Bukankah apa sahaja yang akan dilafazkan oleh seorang puteri, sama ada menarik atau pun tidak, tidaklah menjadi perkara besar? Bukankah aura seorang puteri itu sudah cukup kuat bagi menarik perhatian, lantaran persepsi masyarakat ke atas golongan sebegini begitu tinggi?. Apakah perlunya ucapan seseorang yang dipandang tinggi ini perlu sentiasa menarik dan sesuai konteks? Dan mengapa harus seorang aktor yang digajikan? Terlalu banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Dan kesemua persoalan ini hanya mempunyai satu jawapan, iaitu intonasi.

Seperti yang dinyatakan oleh Pierrehumbert, J. B, teks yang sama boleh mempunyai pelbagai melodi, dan melodi yang sama pula boleh diaplikasikan ke atas teks yang bermacam-macam. Penyataan

[email protected] | 0109749867

Page 223: Fonetik Dan Fonologi

210

Fonetik dan Fonologi

ini memberikan implikasi kepelbagaian makna yang terhasil apabila sesuatu ujaran dilafazkan. Ini semua bergantung kepada apakah tujuan sesuatu komunikasi itu berlaku. Penyataan yang sangat terkenal tentang aspek ini ialah;

It wasn’t what she said, it was the way she said it. This puts a powerful tool into the hands of the speaker. She can exploit intonation to communicate meaning which ‘objectively’ may not be there.

(Couper-Kuhlen, E., 1986: 116)

Contoh yang paling jelas adalah intonasi laporan sukan dan bacaan berita. Begitu juga semasa bercakap untuk tujuan-tujuan yang tertentu, intonasi boleh saja bernada tinggi ataupun rendah, perlahan mahupun kuat, dipanjangkan atau dipendekkan pada bahagian-bahagian tertentu sesuatu lafaz. Semua ini sebenarnya mempunyai maknanya yang tersendiri. Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal, dalam intonasi terdapat tiga parameter yang lazim diperkatakan, iaitu frekuensi fundamental (F0), intensiti, dan durasi. Ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan oleh orang yang mendengar ujaran sebagai kelangsingan, kelantangan suara dan kepanjangan. Kesemua fitur ini digunakan secara terancang bersesuaian dengan objektif sesuatu komunikasi.

Yang dirujuk sebagai kelangsingan suara adalah tinggi dan rendahnya nada suara yang hadir semasa sesuatu lafaz. Kelantangan suara pula dirujuk sebagai kadar kekuatan suara, sama ada kuat ataupun perlahan dan kepanjangan merujuk kepada panjang dan pendek sesuatu lafaz. Kepanjangan lafaz juga merujuk kepada kadar kelajuan lafaz yang diformulakan sebagai T= 1/F, iaitu tempoh (T) berkadar songsang dengan frekuensi (F). Ini bererti lebih pendek tempoh masa lebih tinggi kadar kelangsingan dan begitu juga sebaliknya. Dan oleh sebab ketiga-tiga parameter ini

[email protected] | 0109749867

Page 224: Fonetik Dan Fonologi

211

Prosodi

memainkan peranan yang penting dalam intonasi, sering kali sesuatu lafaz “dimain-mainkan” untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, intonasi seorang ibu yang sedang marah apabila melarang anaknya daripada bermain jauh dari tempat yang sepatutnya, hanya perlu melafazkan ayat perintah “Pergi. Pergi.” Dan anak kecil yang belum berpendidikan formal dapat memahami bahawa yang dinyatakan oleh ibunya adalah bahasa terbalik, iaitu melarang. Perkara yang sebaliknya pula untuk mereka yang tidak faham “asam garam” bahasa Melayu, ujaran sedemikian boleh sahaja bermaksud kurang sopan, iaitu menghalau seseorang daripada sesuatu kawasan. Justeru penggunaannya tidak dilakukan secara sewenang-sewenangnya.

Konsep-konsep seperti ini tidak pernah diajarkan secara formal di sekolah-sekolah tetapi kepentingannya tidak pernah dinafikan. Melalui pemerhatian, pengamalan dan pengalaman, setiap penutur bahasa sedia maklum bila dan di mana seharusnya parameter yang tersebut seharusnya ada. Lihat saja iklan syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia Bhd., Good 2 Talk, “Caaaaaaaakap banyak-banyak”, kepanjangan semasa lafaz difokuskan kepada suku kata pertama kata “cakap” yang bukan secara tidak sengaja dilafazkan sebegitu rupa sebaliknya sememangnya itulah tujuan lafaz tersebut. Yang hendak ditekankan dalam iklan tersebut ialah perbuatan bercakap.

Kepanjangan lafaz dalam ungkapan ini digambarkan dengan deretan vokal [a] dalam bentuk teks ini memandu orang yang membacanya tentang cara seharusnya ungkapan itu dibaca. Contoh lain yang boleh diambil ialah lafaz bunyi hembusan atau tarikan nafas kecemasan orang meminta tolong. Sering kali cara lafaz yang kita dengar ialah “toloooooooooooong” dan bukan “toooooooooooolong”.

Mengapa contoh ini berbeza daripada contoh Good 2 Talk? Bukankah kedua-kedua perkataan ini masing-masingnya merujuk kepada perbuatan yang pertamanya perbuatan “cakap” dan yang

[email protected] | 0109749867

Page 225: Fonetik Dan Fonologi

212

Fonetik dan Fonologi

keduanya “tolong”? Mengapa kepanjangan suku kata pertama tidak diaplikasikan dalam kata “tolong”? Jawapan kepada persoalan ini adalah, bayangkanlah situasi jika kita berada dalam suasana yang amat genting, hampir lemas dalam sungai ataupun laut, kalut tidak bertenaga, sistem pernafasan yang tidak seperti biasa, tentu sekali semasa keadaan sedemikian kita mengumpul saki baki tenaga yang ada bagi menjeritkan ungkapan “tolong” tersebut sekuat yang boleh dengan kepanjangan pada suku kata yang sesuai. Ini adalah kerana apabila suku kata pertama yang dipanjangkan lafaznya, dibimbangi pula semasa mulut terbuka luas, air akan masuk lebih banyak ke dalam mulut dan peluang untuk diselamatkan akan menjadi lebih rendah. Ini semua berlaku kerana suku kata kedua tidak sempat dilafazkan dan kemungkinan khalayak yang ada tidak akan dapat mendengar ungkapan tersebut yang mungkin boleh saja menjadi kata lain “tepi” [#to+pi#] dalam dialek Negeri Sembilan. Kemungkinan seperti ini tidak boleh dinafikan. Selain itu, jika lafaz “tolong” dilafazkan dengan suku kata pertama dipanjangkan, logiknya tidak dapat diterima akal melainkan unsur berjenaka cuba diselitkan seperti apabila kita bermain-main mempelbagaikan cara lafaz. Sehubungan dengan penyataan setiap satu parameter yang digunakan dalam ujaran tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, lafaz yang dilakukan juga sering kali selari dan memenuhi norma yang ditentukan dalam masyarakat penutur sesuatu bahasa.

Intonasi dipengaruhi oleh budaya masyarakat penutur. Masyarakat penutur sesuatu bahasa menentukan sama ada sesuatu melodi dalam bahasa mereka dapat diterima ataupun tidak. Salah faham boleh sahaja berlaku apabila dua individu yang berlainan budaya bertemu. Kemungkinan salah seorang menyatakan bahawa rakannya yang seorang lain bernada kasar dan begitu juga sebaliknya. Hal seumpama ini berlaku kerana keyakinan bahawa intonasi yang digunakan itulah yang terbaik dalam budaya

[email protected] | 0109749867

Page 226: Fonetik Dan Fonologi

213

Prosodi

masing-masing sedangkan perkara seumpama ini amat subjektif sifatnya. Renungkan catatan pengalaman Key, M. R. (1975: 49).

Once when I visited an American Indian school, one of the lads told me that the teachers (white) talked too loud! In some cases this has been interpreted by the Indian students to mean anger or that the teacher is mean.

Selain itu, penutur ternyata terikut-ikut dengan sistem intonasi bahasa ibunda masing-masing. Aksen, sebagai contoh, didapati begitu rapat hubungannya dengan diri penutur sebagaimana yang dinyatakan pada bahagian awal, iaitu dapat memberi maklumat siapakah penutur ujaran tersebut. Keadaan seumpama ini dapat digambarkan, sebagai contoh, dalam iklan audio skim cepat kaya apabila suara wanita Cina dan suara seorang Punjabi digunakan dalam dua iklan yang berasingan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa pemilihan kata yang digunakan bercampur-aduk dengan bahasa Melayu dianggap sebagai antara penanda “bangsa” tetapi cara lafaz, iaitu intonasi turut jelas menggambarkan gender, latar belakang dan bangsa yang menuturkannya. Ini memperlihatkan kepentingan intonasi diajarkan dalam pengajaran bahasa, kerana lafaz tuturan yang baik akan hanya dapat dicapai apabila persoalan aksen bahasa ibunda tidak timbul apabila bertutur dalam bahasa lain. Kualiti lafaz yang baik ialah kualiti yang sama seperti lafaz penutur jati sesuatu bahasa. Ini juga sesuai dengan objektif pengajaran bahasa Melayu yang tercatat dalam Kurikulum dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi pegangan para pendidik. Justeru cabaran pengajaran aspek intonasi dalam pengajaran bahasa Melayu sememangnya mencabar kerana hasil dari pemerhatian yang dilakukan fokus hanya diberikan kepada komponen tatabahasa yang lain sahaja, iaitu fonologi (tidak menyentuh aspek prosodi), morfologi, sintaksis dan semantik (makna struktur tersurat). Hasil

[email protected] | 0109749867

Page 227: Fonetik Dan Fonologi

214

Fonetik dan Fonologi

pengajaran yang sedemikian melahirkan pelajar yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu dengan aksen bahasa ibunda dan tidak menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik seperti yang ditetapkan oleh norma dan nilai orang Melayu, iaitu sesuatu yang sering kali dianggap berada di luar skop tatabahasa yang perlu diajarkan. Dan inilah punca masalah pelajar gagal bertutur dan menggunakan bahasa Melayu yang baik sesuai konteks dan sekali gus gagal menggunakan bahasa Melayu Tinggi yang menjadi isu semasa hari ini.

8.5 Kaedah Pengajaran

Dalam memasukkan input intonasi dalam pengajaran, contoh yang ada dalam buku-buku tidak mencukupi. Seperti keadaannya apabila kita belajar binaan ayat, tidak semua pola binaan ayat yang pelbagai tercatat dalam mana-mana buku. Apa yang dipelajari adalah aspek yang paling asas manakala kefahaman dan realiti penggunaannya diperoleh apabila asas binaan ayatnya diketahui. Ini semua disokong dengan kefahaman terhadap komponen-komponen yang lain dalam bahasa seperti fonologi, morfologi dan semantik. Keupayaan kita memahami semua ini amat berhubungan dengan keupayaan otak dalam memproses maklumat.

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal, kandungan buku-buku yang sedia ada dalam memperkatakan aspek intonasi dalam bahasa tidak banyak dihuraikan. Yang ada, seperti dalam bahasa Melayu adalah Tatabahasa Dewan dan buku kecil Asraf Abdul Wahab, kurang membantu dalam hal ini kerana aspek intonasi adalah amat perlu diajarkan dengan bantuan audio atau yang lebih baik audio visual. Pengajaran ini boleh saja dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan dimulakan dengan audionya dan baru diikuti dengan audio visualnya.

[email protected] | 0109749867

Page 228: Fonetik Dan Fonologi

215

Prosodi

Kaedah menggunakan audio pada peringkat awal boleh mendedahkan para pelajar kepada peranan intonasi yang dinyatakan, iaitu pengorganisasian maklumat, paralinguistik dan ekstralinguistik. Daripada contoh yang dikemukakan, seharusnya pelajar akan maklum bahawa antara seseorang individu dengan individu yang lain wujud cara lafaz yang berbeza. Ini bergantung kepada tujuan dan konteks sesuatu komunikasi berlangsung. Pengetahuan bahawa sesuatu ayat itu dapat dilafazkan dengan pelbagai cara dan sesuatu lafaz itu pula dapat diaplikasikan ke atas pelbagai bentuk ayat perlu ada. Tujuan dan konteks yang pelbagai ini perlu dijelaskan bagi memperlihatkan bagaimana sesuatu lafaz itu boleh dipelbagaikan lafaznya sehingga maklumat yang hendak disampaikan juga turut berubah.

Manakala peringkat kedua ialah dengan menggunakan bantuan audio visual yang boleh saja daripada bahan yang sama ataupun bahan yang berbeza. Penggunaan bahan seperti ini mendedahkan kepada para pelajar bahawa semasa lafaz sesuatu ujaran tidak dapat tidak akan diiringi dengan gerak badan ataupun “bahasa badan” yang menambahjelaskan sesuatu maklumat yang hendak disampaikan. Bayangkan jikalau intonasi yang digunakan kedengaran begitu mengalu-alukan sebaliknya mimik muka tidak selari dengan lafaz intonasi, maka pasti maklumat yang akan sampai ke dalam otak berkontras dengan apa yang seharusnya didapati. Dan otak pula akan memproses maklumat tersebut sebagai yang sebaliknya, iaitu ketidakikhlasan. Tanda-tanda seperti ini dapat dilihat dan dibandingkan dengan lafaz intonasi dinamakan sebagai kinesik. Kinesik, iaitu “bahasa badan” adalah aspek yang penting selain kualiti dan kualifier suara semasa lafaz.

Peringkat pengajaran yang seterusnya ialah penghayatan emosi dalam sesuatu lafaz. Seperti yang dibincangkan pada bahagian awal, sesuatu lafaz ujaran akan diiringi dengan makna emosi di dalamnya. Dalam proses pengajaran aspek ini, kaedah “main peranan” adalah

[email protected] | 0109749867

Page 229: Fonetik Dan Fonologi

216

Fonetik dan Fonologi

yang terbaik jikalau audio visual sedia ada seperti filem, drama dan sebagainya tidak mahu digunakan. Ini adalah alternatif kepada pilihan-pilihan yang tersebut dan mungkin kaedah ini lebih berkesan apabila pelajar turut terlibat sama dalam aktiviti seperti ini. Kaedah seperti ini paling sesuai bagi para pelajar bahasa kedua di samping sesuai juga untuk pelajar bahasa pertama.

Dengan kecanggihan sistem teknologi hari ini dan penyediaan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran, aspek intonasi seharusnya boleh diberikan penekanan. Penggunaan program khas memungkinkan para pelajar melihat dan memanipulasi parameter seperti frekuensi fundamental (F0), intensiti dan durasi yang boleh dipaparkan di skrin komputer bagi mengalami sendiri pengalaman apabila mana-mana satu daripada parameter yang disebutkan itu diubah suai. Kaedah pengajaran sebegini pasti dapat menarik perhatian pelajar kerana mereka dapat mencuba sendiri rakaman suara sendiri yang dimanipulasikan. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan ini lebih mengesankan kepada para pelajar dalam memperlihatkan kepentingan aspek ini dalam berbahasa.

8.6 Intonasi dan Kesantunan

Kesantunan juga adalah aspek yang sangat penting dalam intonasi. Nada suara semasa lafaz seperti yang dinyatakan sedari awal tadi, menentukan makna emosi seseorang yang sedang bercakap. Baik semasa pengucapan, semasa mengajar, semasa meraikan seseorang dan sebagainya, aspek intonasi berperanan menentukan mesej interpersonal si pembicara. Tiada sesiapa pun dalam dunia ini mahu berurusan dengan orang lain jika kemahiran interpersonal seseorang itu tidak memuaskan. Sebagai contoh, seorang doktor kanak-kanak yang sememangnya sepanjang tugasnya akan berurusan dengan kanak-kanak, tidak mungkin boleh menggunakan nada lafaz seperti

[email protected] | 0109749867

Page 230: Fonetik Dan Fonologi

217

Prosodi

bertutur dengan ibu bapa kanak-kanak yang sedang dirawat. Doktor berkenaan harus tahu nada yang bagaimana yang harus digunakan sesuai dengan aras kesantunan untuk kanak-kanak. Dan sebaliknya pula jikalau beliau berurusan dengan orang dewasa. Nada memujuk, nada memberikan harapan, nada yang meyakinkan menentukan kelangsungan dan keberkesanan rawatan yang akan diberikan. Seperti nilai kecantikan, nilai bagi kesantunan ini sangat subjektif. Walau bagaimanapun, dalam sesuatu masyarakat terdapat seakan-akan satu standard tertentu yang menjadi norma nilai kesantunan yang lazim diamalkan. Justeru kesantunan dalam masyarakat perlu dipelajari sebagaimana yang dinyatakan dan dipersetujui oleh ramai sarjana misalnya Blum-Kulka (1989), Snow et.al (1990), Kerbat-Orecchioni (1992), Kwarciak (1993 );

… to behave politely is not a natural quality – anyone who has a child knows this – but an acquired ability.

Kesantunan merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan diperoleh dari satu proses pembelajaran sama ada pembelajaran pasif (pemerhatian) atau aktif dengan diberi tunjuk ajar oleh orang-orang yang tertentu. Lanjutan itu, amalan kesantunan yang menjadi gaya hidup atau cara hidup dalam masyarakat bukan merupakan kemampuan yang diwarisi tanpa dipelajari dari generasi yang sebelumnya. Penyataan ini jelas memperlihatkan bahawa aspek kesantunan dalam masyarakat perlu dipelajari oleh setiap individu dalam masyarakat itu sendiri dan oleh individu lain yang ingin menjadi anggota masyarakat sesebuah masyarakat yang lain.

Key, M. R. (1975) juga ada menyatakan pengalaman beliau tentang perkara ini seperti yang dibincangkan dalam bahagian awal bab.

Penyataan ini jelas menyokong penyataan awal bahawa kesantunan ini sangat subjektif, sangat berhubungan dengan budaya

[email protected] | 0109749867

Page 231: Fonetik Dan Fonologi

218

Fonetik dan Fonologi

masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa. Bagi memahami sejauh mana kebolehterimaan kesantunan dalam sesuatu masyarakat atau sesuatu kelompok masyarakat, sesuatu puak dan sebagainya, seseorang itu perlu duduk bergaul dalam masyarakat berkenaan. Kesemuanya tidak tercatat dalam mana-mana buku sebaliknya ia diwarisi secara turun-temurun. Dan pengamalan kesantunan menentukan sama ada seseorang individu itu dapat diterima ataupun tidak dalam sesuatu masyarakat.

Dalam Islam sendiri, aspek pengawalan suara dicatatkan dalam surah Luqman, 31: 19 yang mengatakan:

Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).

Penentuan “lunak” dalam berkomunikasi belum ada kayu pengukurnya. Walau bagaimanapun “lunak” yang dapat difahami di sini adalah norma-norma yang standard yang disenangi oleh kelompok masyarakat yang menuturkan sesuatu bahasa. Manakala menurut Za’ba (1950), dalam tulisannya yang bertajuk “Malay Manners and Etiquette”,

… it is bad manners to speak in an unnecessarily loud voice. It amounts to shouting at the person addressed or to suggesting that he is hard of hearing. And shouting is generally expressive of anger or impatience, while presuming a person to be deaf is itself impolite.

Penyataan oleh Za’ba ini jelas menunjukkan bahawa pengawalan suara sangat penting kerana nada suara yang tinggi pasti menimbulkan implikasi buruk yang pelbagai kepada kedua-dua pihak, yang bertutur dan yang mendengar. Malahan dalam perenggan yang lain dalam tulisan yang sama, Za’ba ada menyatakan

[email protected] | 0109749867

Page 232: Fonetik Dan Fonologi

219

Prosodi

tentang kesantunan yang menyentuh aspek “mencelah” sesuatu perbualan,

To a Malay, the person thus interrupting deserves a slap in the face.

Untuk menyelesaikan situasi yang tidak dikehendaki ini, Za’ba menyarankan cara supaya “tempeleng” yang dikatakan itu tidak singgah ke muka orang yang melakukan pencelahan itu dengan “maafkan saya tumpang bercakap”. Dan pastinya ujaran ini dilafazkan dengan nada suara yang rendah dan penuh santun.

Santun mempunyai skop cakupan yang sangat luas. Sifat ini meliputi tertib semasa berkomunikasi. Aturan siapa yang patut didahulukan dan dikemudiankan adalah antara tertib yang perlu diambil kira. Pemilihan perkataan perlu dilakukan dan lisannya pula melibatkan bagaimana harus dilafazkan. Penentuan di mana hentian, jeda atau pemenggalan maklumat hendak dilakukan menentukan kepentingan fokus yang dirujuk. Seperti mana irama di dalam sesebuah lagu, intonasi “diorkestrakan” sebaiknya bagi menarik perhatian khalayak yang mendengar. Cara lafaz yang betul menentukan sama ada khalayak yang mendengar mendapat manfaat ataupun tidak. Objektif komunikasi merupakan penentu kepada bagaimana lafaz harus berlangsung. Dan atas kesedaran ini kemahiran ini perlu dilatih kerana sering kali penulis ucapan dan pembaca ucapan merupakan orang yang berbeza.

Dengan berfokus kepada pengajaran intonasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu, sama ada kepada pelajar bahasa pertama, kedua atau bahasa Melayu sebagai bahasa asing, pemberatan pengajaran ini sama sahaja. Belum tentu seseorang pelajar bahasa pertama boleh memandang ringan perkara ini walaupun telah dikatakan oleh seorang sarjana barat bahawa intonasi adalah elemen pertama yang dipelajari oleh seorang bayi. Jika pelajar

[email protected] | 0109749867

Page 233: Fonetik Dan Fonologi

220

Fonetik dan Fonologi

bahasa pertama ini sudah “sempurna” aspek intonasinya, galakan untuk terus belajar dan memperkaya pengetahuan perlu dilakukan juga. Dan seandainya aspek intonasi ini tidak penting, maka tidak akan wujud pelbagai kursus yang dianjurkan baik oleh pihak-pihak di bawah pentadbiran kerajaan, swasta mahupun perseorangan untuk individu yang berminat mempelajari teknik pengucapan awam yang betul. Malahan telah banyak buku diterbitkan berkenaan dengan topik ini.

8.7 Intonasi dan Semantik

Dalam komunikasi, khususnya komunikasi lisan, intonasi merupakan aspek yang sangat penting dalam menambah jelas makna yang sedang dirujuk. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini, kadang kala akan berlaku situasi makna tersurat ≠ tersirat. Apabila situasi seperti ini berlaku maka makna yang akan dirujuki ialah makna yang diperoleh dari persepsi auditori sesuatu lafaz ujaran. Sungguhpun begitu berlaku juga situasi apabila makna leksikal dalam ujaran mempunyai kekuatan makna yang menyebabkan peranan intonasi disingkirkan sama sekali. Perhatikan contoh yang berikut:

Hubungan saya dengan penyelia saya seperti ibu ayam dan anak ayam ...

Dalam ujaran tersebut, intonasi tidak lagi memainkan peranan yang penting. Walaupun lafaz ujarannya dianggap santun, dengan nada suara tidak meninggi dan ternyata sememangnya berniat baik untuk menggambarkan keakraban hubungan yang berlangsung, ujaran ini tetap tidak dapat diterima sebagai berniat baik. Mengapa hal ini berlaku? Faktor nilai dan norma yang menjadi pegangan dalam masyarakat penutur bahasa Melayu telah menetapkan makna konotatif yang negatif bagi ungkapan ibu ayam dengan menidakkan

[email protected] | 0109749867

Page 234: Fonetik Dan Fonologi

221

Prosodi

penggunaan ungkapan ini dengan maksud yang positif. Penggunaan ungkapan tabu ini sememangnya menjadi pantang/larangan penggunaannya. Justeru apabila digunakan maka kekuatan makna leksikal tersebut tidak dapat diketepikan.

Begitu juga kepekaan tentang kata-kata yang sensitif yang lain yang menjadi tabu dalam masyarakat penutur bahasa Melayu seharusnya dielakkan penggunaannya kerana dalam konteks-konteks yang tertentu, kata-kata tabu ini mengatasi peranan intonasi dalam lafaz ujaran. Misalnya kata kepala, anggota badan yang dimuliakan dan pertentangan yang wujud dengan anggota badan yang lain, iaitu kaki. Teliti contoh yang berikut:

kau kacaukan kedamaian negeriku, kau injak-injak martabat rakyat dan leluhurku ...

(Petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang)

Dalam contoh ujaran tersebut, walaupun nada suara pelakonnya rendah dan tegas semasa dialog ini disampaikan, tetapi tanpa intonasi yang sedemikian rupa, maksud ketegasan, marah dan tidak puas hati tetap dapat ditanggapi. Makna yang dirujuki ini “berjaya” tanpa peranan intonasi kerana kekuatan makna leksikal kata injak-injak, martabat dan leluhur yang digunakan dalam dialog tersebut. Kata-kata lain yang mempunyai kekuatan makna pada persepsi penutur bahasa Melayu ialah kata sumpah, dalam ujaran “saya bersumpah” atau “sumpah pemuda”, najis dalam “najis dadah”, dadah itu “haram” dan sebagainya. Dalam kasus seperti ini, ternyata apa yang dikatakan oleh Ladd (1978) “… words may also override intonation”, dapat diterima.

Aspek kesantunan yang dibincangkan sebelum ini sebenarnya berkaitan juga dengan komponen semantik. Intonasi bukan satu-satunya faktor penentu kesantunan dalam komunikasi. Ini kerana pemilihan perkataan yang salah atau tidak sesuai konteks

[email protected] | 0109749867

Page 235: Fonetik Dan Fonologi

222

Fonetik dan Fonologi

tidak mampu diatasi dengan penggunaan intonasi yang “lunak”. Justeru kebijaksanaan menyerasikan kedua-duanya, iaitu semantik dan intonasi perlu ada. Keserasian ini juga perlu mengambil kira tentang norma dan nilai dalam berbahasa yang diterima pakai. Sekiranya norma dan nilai ini diketepikan atau cuba diubah seperti dalam contoh “ibu ayam dan anak ayam” sebelum ini, usaha ini ternyata akan dianggap sia-sia sahaja. Pandangan masyarakat yang telah tekal dalam fikiran dan diguna pakai sedemikian lama tidak mungkin dapat diubah begitu sahaja. Perhatikan juga contoh-contoh yang berikut:

1. Yuna jual diri di New York.

2. Adalah bijaksana jika mendengar terlebih dahulu...

3. ... berdialog tanpa fakta.

4. ... bertegang urat

5. ... jika saudara berdegil, saya juga boleh berdegil ...

6. Banyak tuduhan ...

7. Saya terkilan ...

Ringkasnya, apabila mempelajari intonasi, komponen semantik ju-ga tidak boleh dikesampingkan. Kedua-duanya hadir serentak dalam menentukan sebuah komunikasi berkesan.

8.8 Langkah Susulan

Selain memperbanyakkan buku ilmiah tentang aspek ini diterbitkan, bengkel-bengkel akademik juga perlu dilakukan. Jika dalam bahasa Melayu, selepas tahun 1981, tidak pernah lagi diadakan bengkel seumpama ini. Lompang perbincangan ilmiah yang ketara ini

[email protected] | 0109749867

Page 236: Fonetik Dan Fonologi

223

Prosodi

mungkin saja akibat daripada pengetahuan yang kurang tentang perkembangan semasa bidang ilmu ini. Perbincangan ilmiah dapat membantu memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran baik bagi pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, kedua dan bahasa asing supaya penguasaan berbahasa menjadi sempurna.

Lanjutan daripada itu, kajian-kajian ilmiah seharusnya diperbanyakkan. Galakan seharusnya diberikan kepada para penyelidik yang berminat melakukan penyelidikan dalam bidang ini. Penyelidikan masa depan seharusnya mampu bersifat holistik bagi menyediakan satu inventori pola kontur intonasi sesuai makna emosi untuk tujuan rujukan dan panduan. Inventori ini mesti disertakan dengan latihan audio dan grafik bagi memperlihatkan keadaan sebenar sesuatu lafaz apabila berlangsung. Panduan seumpama ini bermanfaat bukan sahaja untuk para pelajar tempatan malahan untuk orang asing yang berminat mempelajari bahasa Melayu. Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di luar negara, khususnya di Belanda, bahasa Belanda sudah mempunyai satu inventori intonasi bahasa mereka untuk tujuan pengajaran dan menjadi pegangan apabila persoalan intonasi dibicarakan. Malahan mereka sudah membina satu tatabahasa berhubungan dengan intonasi ini melalui satu sistem yang dinamakan Transcription of Dutch Intonation (ToDI). Dengan menggunakan model kajian di luar negara, penyelidikan yang bersifat multidisiplin patut digalakkan dengan gabungan bidang ilmu linguistik, bahasa dan sosiobudaya.

Sementara itu, kajian yang sedia ada yang masih belum diterbitkan menjadi buku mungkin boleh dijadikan input kepada penghasilan buku rujukan seperti mana terhasilnya buku Tatabahasa Dewan yang diusahakan oleh empat orang sarjana bahasa.

Yang lebih utama, kandungan buku tatabahasa yang menjadi pegangan perlulah memuatkan input intonasi dengan penjelasan

[email protected] | 0109749867

Page 237: Fonetik Dan Fonologi

224

Fonetik dan Fonologi

bahawa aspek ini perlu dititikberatkan dalam komunikasi. Dan kaedah dapatan dan huraian yang ada seharusnya selari dengan perkembangan ilmu semasa. Selain itu pengajaran yang bersifat multidisiplin, iaitu linguistik, bahasa dan sosiobudaya perlu juga diberikan perhatian bagi mewujudkan komunikasi berkesan. Ini kerana pengetahuan dan kemahiran dalam intonasi tidak memadai tanpa pengetahuan semantik serta norma dan nilai dalam masyarakat penutur yang menjadi pegangan.

8.9 Ringkasan

Pada suatu masa dulu intonasi ini kurang mendapat perhatian. Sebaliknya senario semasa kini memperlihatkan betapa aspek intonasi merupakan antara aspek yang penting dalam pengajaran bahasa. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan berucap, bersyarah, berlakon, menyampaikan berita, mengacarakan majlis dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan cara yang betul telah tinggi. Penjelasan perlu diberikan bahawa dalam intonasi berlaku 2 kasus tentang posisi segmentasi unit maklumat, iaitu segmentasi di posisi yang berbeza menyebabkan makna rujukan berbeza dan segmentasi di posisi yang sama tetapi konfigurasi intonasi dan modulasi pergerakan nada yang berbeza juga akan mengubah makna. Sehubungan dengan itu, pengetahuan dan pengajaran intonasi tidak boleh dianggap mudah dengan anggapan bahawa kebolehan dan kemahiran berbahasa dengan baik sedia diwarisi sejak turun temurun.

Intonasi yang mempunyai 3 fungsi menjelaskan betapa pengetahuan menggunakannya dengan betul sangat penting kerana peranan linguistik, paralinguistik dan ekstralinguistiknya. Ini kerana dalam komunikasi seharian berlaku keadaan makna tersurat ≠ makna tersirat.

[email protected] | 0109749867

Page 238: Fonetik Dan Fonologi

225

Prosodi

Kekangan yang ada seperti kekurangan bahan rujukan dan tiada kaedah pengajaran yang memasukkan input intonasi, seharusnya diatasi dan dilaksanakan dengan segera. Ini adalah kerana pelbagai salah faham akan timbul jika intonasi yang terlafaz tidak kena gaya dan suasana. Analoginya, jika menyanyi pun memerlukan guru vokal apatah lagi jika mahu berkata-kata!

Inisiatif perlu diambil agar aspek ini tidak dipinggirkan lagi atas alasan tiada kepakaran mahupun peralatan yang sempurna bagi melakukan penyelidikan yang komprehensif. Mungkin pada peringkat awal mana-mana kajian ilmiah yang berkaitan dengan topik ini boleh diterbitkan sebagai langkah menyebarkan maklumat kajian yang berlangsung, dan susulannya tenaga akademik yang mengkhusus dalam aspek ini perlulah bersama-sama melakukan lebih banyak penyelidikan. Penghasilan prototaip intonasi perlu dilakukan sebagai rujukan awal. Kajian ilmiah yang sedia ada pula boleh digabungkan bagi melihat kelangsungan yang berlaku kerana kajian awal di Malaysia bersifat impresionistik berbanding dengan hari ini yang bersifat eksperimental.

Kekangan peralatan dan kepakaran sudah tidak lagi menjadi faktor penghalang. Dan dengan adanya tenaga akademik berkelulusan kedoktoran dalam bidang ini, dan pelajar-pelajar ijazah lanjutan yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, diharap dapat meningkatkan lagi hasil kajian. Usaha ini akan dapat menghasilkan satu inventori bahasa Melayu untuk rujukan pengguna, pengajar dan pelajar bahasa Melayu.

Perkara yang tidak boleh dikesampingkan adalah hubungan yang erat antara intonasi dengan semantik. Penjelasan yang tepat perlu diberikan kerana wujud dalam kasus yang tertentu, peranan intonasi dianggap tidak penting kerana kekuatan makna leksikal yang wujud dalam ujaran. Sering kali kata atau ungkapan tertentu

[email protected] | 0109749867

Page 239: Fonetik Dan Fonologi

226

Fonetik dan Fonologi

yang bersifat tabu dalam masyarakat penutur sesuatu bahasa itu memperlihatkan kekuatan makna leksikal. Kekuatan makna leksikal ini juga berhubungan dengan norma dan nilai yang diterima pakai dalam sesebuah masyarakat. Justeru dalam memastikan sesebuah komunikasi itu berkesan, pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang mencakupi semantik dan intonasi perlu ada. Ringkasnya, kedua-duanya sama penting dalam komunikasi, khususnya lisan.

8.10 Latihan1. Huraikan perbezaan suprasegmental dan segmental.

2. Prosodi dan intonasi merupakan dua terminologi yang sering bertukar ganti. Ini menimbulkan masalah rujukan. Perkara ini diakui oleh para sarjana. Bincangkan punca kecelaruan ini berlaku.

3. Kemukakan tiga parameter yang menyamakan konsep intonasi dengan prosodi.

4. Parameter adalah elemen yang diukur. Pada persepsi pendengar apakah padanan untuk parameter yang tersebut: F0, Intensiti, dan Durasi.

5. Secara ringkas jelaskan fungsi prosodi.

6. Nyatakan perbezaan kualiti dan kualifier suara.

7. Bincangkan bagaimana yang dikatakan berlaku tumpang tindih antara fungsi linguistik dan paralinguistik? Kemukakan contoh.

8. Jelaskan maksud segmentasi unit maklumat.

9. Kemukakan contoh ujaran yang memperlihatkan kasus segmentasi unit maklumat di posisi yang sama tetapi berbeza dari aspek makna yang dirujukinya.

[email protected] | 0109749867

Page 240: Fonetik Dan Fonologi

227

Prosodi

10. Bincangkan dimensi prosodi seperti yang dikemukakan oleh Couper-Kuhlen, E., dalam bukunya An Introduction To English Prosody (1986).

11. Parameter F0, intensiti dan durasi dapat dikatakan antara parameter yang menandai makna emosi sesuatu ujaran. Sejauh mana penyataan ini dipersetujui? Kemukakan hujah-hujah yang sesuai.

12. Bincangkan peranan intonasi dalam sesuatu komunikasi. Sejauh manakah intonasi dapat dihubungkan dengan kesantunan dalam komunikasi.

13. “It wasn’t what she said, but the way she said it”. Hujahkan penyataan ini.

14. Sejauh mana budaya masyarakat penutur mempengaruhi sistem prosodi seseorang penutur. Bincangkan.

15. Bincangkan kepentingan pengajaran intonasi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

16. Kemukakan kaedah yang sesuai dan boleh diaplikasikan semasa menerapkan kemahiran menggunakan intonasi yang betul semasa pengajaran mata pelajaran bahasa.

17. Sejauh mana pada pendapat anda buku Tatabahasa Dewan (1986, 1993, 2008) dan buku kecil Asraf Abdul Wahab (1988) dapat dimanfaat dalam pengajaran bahasa?

18. Buku-buku ilmiah tentang bidang ini amat kurang. Kemukakan antara langkah yang boleh diambil bagi menyebarkan maklumat tentang kepentingan bidang ini kepada khalayak pengguna.

19. Bahan berbentuk audio, visual dan audio visual merupakan alat bantu dalam pengajaran prosodi. Bincangkan

[email protected] | 0109749867

Page 241: Fonetik Dan Fonologi

228

Fonetik dan Fonologi

kepentingan setiap satunya dalam pengajaran bahasa.

20. Apakah ToDI? Bagaimana ToDI boleh dijadikan model untuk penyelidikan intonasi bahasa Melayu.

21. Bincangkan kajian berbentuk multidisiplin yang mampu memperkukuh dapatan dalam bidang prosodi/intonasi.

22. Bincangkan bagaimana yang dikatakan sebagai makna emosi dalam ujaran? Perbincangan ini harus menyentuh input kesantunan dalam berbahasa.

23. Bincangkan penyataan ini … to behave politely is not a natural quality – anyone who has a child knows this – but an acquired ability.

24. Apakah yang dimaksudkan sebagai hubungan yang berlaku dalam struktur ayat dan ujaran dengan norma dan nilai dalam masyarakat?

25. Bincangkan kepentingan aspek prosodi/intonasi dalam komunikasi seharian.

26. Bincangkan penyataan Couper-Kuhlen, E., “when lexical content or syntactic/textual structure are at odds with intonation, it is often the meaning derived from intonation which prevails: ... .

27. Bersetujukah anda dengan penyataan “… words may also override intonation”?

28. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi berkesan?

29. Huraikan peranan komponen semantik dan intonasi dalam menentukan kesantunan.

30. Bincangkan potensi karier apabila memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan intonasi yang baik.

[email protected] | 0109749867

Page 242: Fonetik Dan Fonologi

Analisis Fitur Distingtif

Bab 9

9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif

Apabila kita mengkaji fonologi melalui kaedah deskripsi struktur, kita mengatakan bahawa sesuatu ujaran itu mengandungi satu urutan fonem penggalan yang dapat dipisah-pisahkan, atau disegmenkan. Fonem penggalan, atau fonem segmental, dalam sesuatu ujaran ini pula adalah unit terkecil dalam analisis fonologi dan ia tidak boleh dipecahkan lagi kepada unit yang lebih kecil. Memanglah dalam fonologi segmental, kita berandaian demikian. Fonem penggalan itulah yang terkecil. Namun melalui kaedah fitur distingtif, bunyi-bunyi penggalan pun masih boleh kita pecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil, iaitu fitur-fiturnya. Kita boleh menyenaraikan fitur bagi setiap fonem penggalan tadi. Ringkasnya,

[email protected] | 0109749867

Page 243: Fonetik Dan Fonologi

230

Fonetik dan Fonologi

fitur ialah penyenaraian ciri-ciri bunyi manakala distingtif bermaksud membezakan bunyi.

9.2 Fitur Distingtif

Setiap bunyi yang dikatakan fonem itu mempunyai ciri-ciri atau fitur-fitur yang membezakannya daripada fonem lain. Seterusnya, ini membolehkan kita membuat perbandingan bagi setiap fonem penggalan itu bagi melihat persamaan dan perbezaannya antara satu sama lain. Hal ini perlu bagi mempamerkan kualiti bunyi-bunyi tersebut atau dalam membezakan cara, dan daerah sebutan bagi bunyi-bunyi tersebut.

Oleh sebab, ada kalanya kita menghuraikan sesuatu fitur itu dengan menggunakan istilah yang berbeza, maka kita perlu mengetahui istilah dan fungsi fitur ini. Menurut Schane, yang diterjemahkan oleh Zaharani Ahmad (1992: 31), fungsi fitur ini ialah:

1. Fitur dapat memberikan huraian dan fungsi fonetik yang sistematik.

2. Fitur dapat membezakan fungsi fonemik atau membezakan butir leksikal pada peringkat yang lebih abstrak (atau membezakan perkataan).

3. Fitur dapat mendefinisikan kelas semula jadi, iaitu fonem-fonem tertentu dapat dimasukkan ke dalam satu kumpulan apabila fonem-fonem penggalan tersebut mengalami proses fonologi yang sama.

9.2.1 Fitur [+] dan [-]

Analisis fitur distingtif digunakan bagi menunjukkan ciri yang bertentangan dengan menggunakan tanda campur (+) dan tolak (-).

[email protected] | 0109749867

Page 244: Fonetik Dan Fonologi

231

Analisis Fitur Distingtif

Melalui kedua-dua penanda (+) dan (-) ini kita dapat menunjukkan sama ada sesuatu fitur itu ada atau tidak. Contohnya lihat bagaimana kita melabelkan dua fitur, iaitu bersuara dan tidak bersuara. Di sini kita hanya memerlukan satu fitur, iaitu fitur [bersuara] dan kemudiannya fitur ini boleh dispesifikasikan sebagai fitur [ + bersuara] bagi fonem bersuara dan [- bersuara] bagi fonem tak bersuara. Dengan demikian, fonem /k / dapat kita spesifikasikan sebagai [ - bersuara] dan bunyi /g / pula dispesifikasikan sebagai [ + bersuara]. Oleh sebab itu sistem ini adalah sesuai digunakan bagi semua fitur yang menunjukkan kualiti yang bertentangan. Analisis ini memberikan dua nilai [± bersuara], iaitu nilai fitur binari yang pertama kalinya dicadangkan oleh Jakobson et al (1952) (Gussenhoven, C dan Jacobs, H., 2005:59).

9.2.2 Fitur Pembeza atau Distingtif

Sistem fitur ini dapat membeza dan menunjukkan perhubungan pasangan bunyi-bunyi secara eksplisit. Sebagai contoh, lihatlah fonem /m / dan / b / yang dihasilkan dengan menggunakan artikulator bibir. Kedua-dua fonem ini dapat dibezakan dari segi bunyi fitur oral (mulut) dan sengau melalui cara fitur ini. Ini dapat ditunjukkan seperti di bawah:

/b/ [+oral], [-sengau]

/m/ [-oral], [+sengau]

Analisis fitur juga membenarkan kita membezakan fitur yang pada asalnya tidak begitu jelas perbezaannya. Sebagai contoh, ada fonem vokal yang berbeza dari segi ketinggian lidah manakala bunyi konsonan pula yang berbeza dari segi daerah artikulasi. Ini dapat dijelaskan dengan menggunakan fitur-fitur distingtif ini.

[email protected] | 0109749867

Page 245: Fonetik Dan Fonologi

232

Fonetik dan Fonologi

Dengan demikian, analisis fitur distingtif ini memainkan peranan yang penting dalam membezakan kedua-dua ciri yang bertentangan tersebut. Analisis fitur ini juga mewujudkan satu sistem yang efektif, teratur dan sistematik dalam mengklasifikasikan bunyi atau fonem menurut fitur-fitur atau ciri-ciri bunyi.

9.3 Bunyi-Bunyi dan Fiturnya

Pada bahagian ini kita akan melihat dengan lebih terperinci lagi fitur-fitur yang mewakili bunyi-bunyi penggalan yang disebut dalam bab-bab sebelum ini. Bunyi-bunyi penggalan ini melibatkan bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Dalam mengklasifikasi bunyi vokal, ciri pembeza seperti tinggi, tengah, rendah, depan, belakang, bundar dan hampar perlu digunakan. Contohnya, apabila kita membandingkan darjah ketinggian vokal atau kedudukan lidah semasa mengujarkan bunyi penggalan tadi, parameter tinggi dan rendah perlu diambil kira. Hal ini dapat ditunjukkan seperti jadual berikut:

Vokal Tinggi

Vokal Tengah

Vokal Rendah

Tinggi + - -

Rendah - - +

Jadual 9.1: Darjah Ketinggian Vokal

[email protected] | 0109749867

Page 246: Fonetik Dan Fonologi

233

Analisis Fitur Distingtif

Secara ringkasnya, dalam mengenal pasti dan mengklasifikasi fitur-fitur bagi bunyi vokal, ia dapat ditunjukkan seperti rajah

i u

e oe

a

+ Bundar

+ Tinggi

+ Tinggi

- Rendah

+ Rendah

+ Si

labi

k

3 c

Rajah 9:1: Fitur-fitur Bunyi Vokal

Secara umumnya, dalam bab ini kita hanya melihat beberapa kelas fitur bagi menerangkan bunyi-bunyi yang terlibat walaupun terdapat beberapa yang lain seperti yang telah dinyatakan oleh Schane (1992) dalam bukunya yang bertajuk Generative Phonology. Kelas fitur yang akan dinyatakan di sini adalah kelas fitur utama, fitur daerah artikulasi dan fitur cara. Kesemua kelas ini dijelas dan diringkaskan seperti dalam jadual 9.2:

[email protected] | 0109749867

Page 247: Fonetik Dan Fonologi

234

Fonetik dan Fonologi

9.3.1 Fitur Kelas Utama

Kelas Fitur Definisi Ciri-ciri Contoh

Silabik Berperanan dalam mewujudkan penggalan suku kata

Membezakan antara bunyi konsonan dan vokal, iaitu vokal [+silabik], konsonan [-silabik]

Membezakan bunyi sengau [+silabik] likuida [-silabik].

[+ silabik] meliputi bunyi vokal sengauan, likuida (kadang – kala).

[- silabik] selain bunyi vokal dan likuida.

Sonoran Merujuk kualiti nyaringnya sesuatu bunyi.

Bunyi sonoran dihasilkan daripada konfigurasi rongga mulut yang menghasilkan bunyi bersuara dan dihasilkan secara spontan.

Bunyi bukan sonoran dihasilkan daripada konfigurasi rongga mulut yang mewujudkan halangan dalam menghasilkan bunyi bersuara secara spontan.

[+ sonoran] meliputi bunyi vokal, sengauan, likuida dan separuh vokal, geluncuran.

[- sonoran] meliputi bunyi obstruen– hentian, frikatif, afrikat dan geluncuran hentian.

[email protected] | 0109749867

Page 248: Fonetik Dan Fonologi

235

Analisis Fitur Distingtif

Konsonantal Merujuk kepada halangan yang sempit dalam rongga mulut, sama ada penyekatan sepenuhnya atau pergeseran

a) Bunyi yang di-hasilkan akibat wujudnya halangan di sepanjang rongga oral.

b) Membezakan antara bunyi geluncuran dan konsonan lain.

c) Geluncuran glotal diklasifikasikan sebagai [+ konsonantal] kerana bunyi ini tidak mengalami halangan dalam rongga oral.

[+ konsonantal] terdiri daripada hentian frikatif, afrikat, sengau dan likuida.

[- konsonantal] terdiri daripada vokal, separuh vokal dan gelencuran glotal

Jadual 9.2: Fitur Kelas Utama

[email protected] | 0109749867

Page 249: Fonetik Dan Fonologi

236

Fonetik dan Fonologi

9.3.2 Fitur Daerah Artikulasi

Kelas Fitur Definisi Ciri-ciri Contoh

Anterior a). Konsonan anterior – bunyi yang dihasilkan apabila halangan berada di daerah paling hadapan.

b). Konsonan tak anterior – halangan berada di daerah paling belakang.

Anterior: bunyi yang dihasilkan dengan crown lidah di batas gusi atau di kedudukan di hadapannya [ t, s,  ], konsonan prapalatal atau postalveolar dan retroflek[ ,3, ,c, j]

Bunyi bukan anterior dihasilkan di daerah belakang batas gusi [t,d, , ,l]

[+ anterior] merupakan bunyi pada daerah artikulasi batas gusi.

[- anterior ] Selain daripada yang di atas

Koronal Bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan artikulator daun lidah atau tanpa artikulator-artikulator lain.

Koronal, bunyi yang dihasilkan dengan menaikkan crown lidah, iaitu hujung lidah dan/atau daun lidah antara kedudukan dari gigi [ ] ke prepalatal [j], misalnya bunyi koronal [t,z,l, ,j,, ,r]

[+ koronal] merupakan bunyi pada daerah artikulasi gusi dan gusi-lelangit keras.

[- koronal] Selain daripada yang di atas

Jadual 9.3: Fitur Daerah Artikulasi

[email protected] | 0109749867

Page 250: Fonetik Dan Fonologi

237

Analisis Fitur Distingtif

9.3.3 Fitur Cara

Kelas Fitur Definisi Ciri-ciri Contoh

Kontinuen/bunyi malar (Continuant)

Bunyi yang dihasilkan dengan aliran udara melalui rongga mulut tanpa halangan.

a). [+bunyi malar], iaitu pergeseran tanpa halangan.

b). [- bunyi malar], iaitu penyekatan sepenuhnya.

[+ malar] terdiri daripada bunyi frikatif.

[- bunyi malar] terdiri daripada bunyi hentian [p,d,g], konsonan nasal [m, ], lateral [l] dan afrikat.

Lepas Lewat (Delayed Released)

Bunyi yang bermula dengan penyekatan sepenuhnya di mana cara pelepasannya berlainan.

a). Apabila bunyi afrikat mempunyai ciri lepas lewat, ia merujuk fitur lepas lewat.

b). Apabila bunyi hentian dilepaskan secara serta-merta, ia menghasilkan fitur bukan lepas lewat.

[+ lepas lewat] terdiri daripada bunyi letusan.

[- lepas lewat] terdiri daripada bunyi letupan

[email protected] | 0109749867

Page 251: Fonetik Dan Fonologi

238

Fonetik dan Fonologi

Striden (frikatif-afrikat)

Bunyi yang dihasilkan dengan penjerutan yang memaksa aliran udara mengenai dua permukaan, menghasilkan peningkatan intensiti bagi bunyi bising. Bunyi ini berhubungan dengan bunyi obstruen dan merujuk kepada jenis frikatif.

a). Terhasil apabila aliran udara yang keluar mengenai gigi dan uvula menghasilkan bunyi bising jenis frikatif.

b). Membezakan bunyi letusan striden dan tak striden.

[+ striden] terdiri daripada bunyi frikatif tak ber-suara [f,s, , ].

[-striden] seperti bunyi [ , , , ]

Sengau Bunyi yang dihasilkan dengan merendahkan lelangit lembut dan membenarkan udara melalui hidung.

a). Membezakan jenis konsonan sonoran.

b). Bertentangan dengan bunyi likuida[- sengau]

c). Membezakan vokal sengau [+sengau] daripada vokal oral [-sengau]

[+sengau] terdiri daripada konsonan sengauan [m,n,

], vokal yang disengaukan dan geluncuran

[- sengau ] Selain daripada atas.

[email protected] | 0109749867

Page 252: Fonetik Dan Fonologi

239

Analisis Fitur Distingtif

Sisian Bunyi yang dihasilkan dengan merendahkan satu atau kedua-dua bahagian lidah supaya udara yang keluar melalui sisian rongga oral.

a). Membezakan jenis konsonan sonoran

b). Bunyi sisian bertentangan dengan bukan sisian, iaitu sebagai [+sisian] dengan [- sisian]

[+ sisian ] terdiri daripada bunyi alveolar [l] dan prepalatal [ ].

[-sisian] Selain daripada di atas.

Jadual 9.4: Fitur Cara

9.4 Fitur Distingtif yang Perlu

Setelah kita melihat fitur-fitur yang digunakan bagi mendeskripsi bunyi-bunyi ini maka bolehlah kita katakan bahawa representasi sesuatu fonem itu dinyatakan sebagai satu kelompok fitur. Dalam menyatakan bunyi-bunyi dengan fitur-fitur pembezanya seperti ini, ternyata ia akan menjadi panjang dan merumitkan. Justeru itu tidak semua fitur ini perlu diperjelaskan. Terdapat fitur yang tidak perlu dijelaskan lagi sekiranya suatu fitur yang lebih penting telah dinyatakan atau disebut. Jadi fitur ini tidak akan bersifat lewah atau berulang- ulang.

9.4.1 Lima Kriteria Fitur

Oleh sebab itu, adalah wajar bagi seseorang itu mempertimbangkan beberapa kriteria bagi memilih fitur-fitur tersebut. Menurut Schane, yang diterjemahkan oleh Zaharani Ahmad (1992), terdapat lima kriteria yang perlu diteliti dalam memilih fitur, iaitu:

[email protected] | 0109749867

Page 253: Fonetik Dan Fonologi

240

Fonetik dan Fonologi

1. Sesuatu fitur itu mestilah mempunyai ciri yang berkaitan dengan tiga perkara berikut:

Hubungan Fonetik Fitur

Artikulatori [koronal], [tinggi]

Akustik [sonoran], [striden]

Persepsi [silabik], [tekanan]

Jadual 9.5: Fitur dalam hubungan fonetik

2. Sesuatu fitur itu mestilah berpada-pada bagi menunjukkan fitur perbezaan fonetik yang ada.

3. Sesuatu fitur itu haruslah boleh disesuaikan dengan prinsip alofon sesuatu bahasa.

4. Sesuatu set fitur itu mestilah dapat disesuaikan dengan kesemua perbezaan yang perlu dalam sistem tersebut.

5. Sesuatu set fitur mestilah dapat mewujudkan kelas semula jadi yang sesuai bagi menyatakan perubahan fonologi yang berlaku.

Oleh yang demikian bilangan fitur yang harus dinyatakan adalah bergantung kepada keperluan bagi menerangkan sesuatu sifat bunyi tersebut. Sekiranya tidak, sifat lewah tadi mungkin berlaku. Oleh sebab itu urutan di atas haruslah diikuti mengikut urutan yang betul, iaitu dari 1 - 5, bagi mengelakkan fitur yang dipilih itu berulang-ulang.

[email protected] | 0109749867

Page 254: Fonetik Dan Fonologi

241

Analisis Fitur Distingtif

9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor

Bagi menjelaskan hal ini, lihatlah fitur-fitur yang diberi kepada fonem-fonem bahasa Melayu Johor oleh Farid Onn (1976).

Fitur\ konsonan b d g p t k j c s l m n ŋ w y h i e u o a

Persukuan - - - - - - - - - - - - - - - - - - + + + + + +

Konsonan + + + + + + + + + + + + + + + - - - - - - - - -

Lantang - - - - - - - - - + + + + + + + + + + + + + + +

Sengau - - - - - - - - - - - + + + + - - - - - - - - -

Belakang - - + - - + - - - - + - - - + + - - - - + + - -

Depan + + - + + - - - - - - + + - - - - - + + - - - -

Tinggi - - + - - + + + - - - - - + + + + - + - + - - -

Bundar - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - + + - -

Rendah - - - - - - - - - - - - - - - - - + - - - - + -

Malar - - - - - - - - + + + - - - - + + + + + + + + +

Anterior + + - + + - - - + + - + + - - - - - - - - - - -

Koronal - + - - + - + + + + - - + + - - - - - - - - - -

Geseran - - - - - - + + + - - - - - - - - - - - - - - -

Bersuara + + + - - - + - - + + + + + + + + + + + + + + +

Lepas lewat - - - - - - + + - - - - - - - - - - - - - - - -

Rajah 9.2: Fonem-fonem dan Fitur-Fitur Distingtif Bahasa Melayu Johor

9.6 RingkasanTanggapan yang sering kali berlaku adalah fonem merupakan unit linguistik yang terkecil dan tidak boleh dipecahkan lagi. Tanggapan ini sememangnya tidak salah. Walau bagaimanapun sesuatu fonem itu boleh dipecahkan lagi kepada pemberian fitur-fitur distingtifnya. Pemberian fitur-fitur ini dilabelkan dengan ( +) dan ( -). Tanda (+) memberi makna mempunyai manakala sebaliknya bagi tanda (-). Pemberian fitur-fitur distingtif ini membantu menambahjelaskan

[email protected] | 0109749867

Page 255: Fonetik Dan Fonologi

242

Fonetik dan Fonologi

sifat-sifat yang dipunyai oleh sesuatu bunyi. Harus diingat cara menyenaraikan fitur-fitur ini seharusnya tidak melewah. Fitur yang signifikan sahaja yang perlu dimasukkan, iaitu dengan mengambil kira lima kriteria yang telah dinyatakan oleh Schane.

9.7 Latihan1. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai binari?

2. Berdasarkan rajah di bawah kelompokkan kumpulan-kumpulan bunyi ini mengikut fitur-fitur yang dipelajari tadi.

Daerah Artikulasi

P

b

f

m

v

t

d

s

n

z

l

r

j

3

y

k

g

x

w

h

[email protected] | 0109749867

Page 256: Fonetik Dan Fonologi

243

Analisis Fitur Distingtif

3. Huraikan kepentingan analisis fitur distingtif ini kepada ahli fonologi?

4. Senaraikan fitur-fitur yang mewakili bunyi-bunyi vokal?

5. Senaraikan fitur yang membezakan:

a. [p] dan [b]

b. [k] dan [g]

c. [c] dan [j]

d. [r] dan [l]

e. [w] dan [y]

6. Berikan fitur-fitur distingtif yang membezakan vokal berikut:

a. [ i]

b. [e]

c. [a]

d. [u]

e. [o]

f. [ ]

[email protected] | 0109749867

Page 257: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 258: Fonetik Dan Fonologi

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

Bab 10

10.1 Fonem Bahasa Melayu

Bab ini menyenaraikan fonem bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah analisis segmental. Konsep fonem segmental adalah lebih mudah difahami dan diajarkan dengan tidak menggunakan banyak peralatan canggih.

Ada 34 buah fonem dalam bahasa Melayu, 24 fonem asli dan 10 fonem pinjaman. Status setiap fonem ini ditentukan dengan melihat dua perkara. Pertama, fitur setiap fonem tersebut sudah disenaraikan dalam Bab 9. Kedua, kontras pasangan perkataan terkecil juga dilihat dengan detil dalam bab ini. Daripada kajian didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir

[email protected] | 0109749867

Page 259: Fonetik Dan Fonologi

246

Fonetik dan Fonologi

perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Pasangan berkontras menentukan taraf fonem penggalan ini. Hasilnya adalah selari dengan fonem yang ditentukan melalui fitur-fitur pembeza dalam bab lalu. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan.

10.2 Fonem Vokal

Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu, iaitu: /i, e, a, u, o, /

10.2.1 Vokal Depan

Ada tiga fonem vokal depan /i, e, a/. Contohnya:

/i/: /itu/ 'itu', /kita/ 'kita', /laki/ 'laki'

/e/: /elo / 'elok', /beta/ 'beta', /sate/ 'sate'

/a/: /aku/ 'aku', /batu/ 'batu', /kita/ 'kita'

Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam pasangan terkecil. Contoh:

1. /i/ dan /e/[bila] ‘pertanyaan waktu’ [bela] 'balasan'

2. /e/ dan /a/ [bela] 'balasan'[bala] 'musibah'

3. /i/ dan /a/[bila] 'pertanyaan waktu' [bala] 'musibah'

[email protected] | 0109749867

Page 260: Fonetik Dan Fonologi

247

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

10.2.2 Vokal Belakang

Ada dua fonem vokal belakang: /o/ dan /u/. Contohnya:

/o/: /otak/ 'otak', /kota / 'kotak', /moto/ 'moto'

/u/: /ulam/ 'ulam', /gula/ 'gula', /laku/ 'laku'

Kedua-dua vokal belakang berkontras di antara satu dengan lain dalam pasangan yang terkecil. Contoh:

[urat] 'saluran darah dalam tubuh'

[orat] 'memikat kaum lawan'

[buru] 'unggas'

[boro] 'membeli banyak'

10.2.3 Vokal Tengah

Hanya ada satu fonem vokal tengah, iaitu / /. Contohnya:

/ /: / ma / 'emak', /k na/ 'kena', /kit / 'kita'

Vokal tengah ini berkontras dalam pasangan terkecil dengan semua vokal lain. Contoh:

1. / / dan /i/[b ri] 'memindahkan milik dengan rela'

[biri] 'kambing dari kawasan sejuk'

2. / / dan /e/[b la] 'pelihara' [bela] 'balasan'

[email protected] | 0109749867

Page 261: Fonetik Dan Fonologi

248

Fonetik dan Fonologi

3. / / dan /a/[ ntah] 'tak tahu, kenapa'

[antah] 'padi yang tertinggal dalam beras'

4. / / dan /o/[b la] 'pelihara'

[bola] 'benda bulat disepak sebagai mainan'

5. / / dan /u/[s kat] 'halang' [sukat] 'ukur'

10.3 Fonem Konsonan

Ada 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Konsonan ini terdiri daripada bunyi letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal, iaitu:

Letupan: /p, b, t, d, k, g/

Letusan: /c, j/

Sengau: /m, n, ņ , /

Geseran: /s, h/

Getaran: /r/

Sisian: /l/

Separuh vokal: /w, y/

10.3.1 Konsonan Letupan

Ada enam fonem letupan /p, b, t, d, k/ dan /g/. Contohnya:

[email protected] | 0109749867

Page 262: Fonetik Dan Fonologi

249

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

p: /paya/ 'paya', /lupa/ 'lupa', /atap/ 'atap'

b: /batu/ 'batu', /cuba/ 'cuba', /bab/ 'bab'

t: /tadi/ 'tadi', /kata/ 'kata', /ikat/ 'ikat'

d: /dapat/ 'dapat', /sudah/ 'sudah', /had/ 'had'

k: /kaya/ 'kaya', /suka/ 'suka', /sepa / 'sepak'

g: /ganti/ 'ganti', /laga/ 'laga', /beg/ 'beg'

Semua letupan tidak bersuara berkontras dengan yang bersuara, melainkan pada akhir perkataan apabila [k] tidak berlaku, dan tempatnya diambil oleh[ ]. Contohnya:

1. /p/ dan /b/ [pawah] 'pawah' [bawah] 'bawah'

2. /t/ dan /d/ [talam] 'talam' [dalam] 'dalam'

3. /k/ dan /g/

4. [kulai] 'kulai' [gulai] 'gulai'

10.3.2 Konsonan Sengau

Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n, , /. Contohnya:

1. /m/:/malu/'malu',/lama/'lama'/hitam/'hitam'

2. /n/ : /nasi / 'nasi', /mana/ 'mana' /lapan/ 'lapan'

3. / / : / a i/ 'nyanyi', /ta a/'tanya'

4. / /: / a a/'nganga', /sa at/ 'sangat', /data / 'datang'

[email protected] | 0109749867

Page 263: Fonetik Dan Fonologi

250

Fonetik dan Fonologi

Setiap konsonan sengau berkontras dengan yang lain dalam pasangan terkecil. Contoh:

1. [m] dan [n][mamun] 'keadaan tidak keruan'

[namun] 'walau bagaimanapun'

[s ma ] 'siamang'

[s na ] 'mudah, rehat'

[tilam] 'alas tidur atau duduk'

[tilan] 'ikan seperti belut'

2. [m] dan [ ] [mo eh] 'termalu'

[ o eh] 'tidak bergigi'

[gama ] 'gayat'

[ga a ] 'hancurkan, lumatkan'

3. [m] dan [ ][l ma ] 'masakan pulut dalam buluh'

[l a ] 'sepi'

4. /n/ dan / /[k na ] 'ingat'

[k a ] 'perut berisi penuh makanan'

5. [n] dan [ ][b nar] 'betul, amat'

[b ar] 'tuli, pekak, bodoh'

[email protected] | 0109749867

Page 264: Fonetik Dan Fonologi

251

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

[k nan] 'suka, menyerupai'

[k na ] 'ingat'

6. [ ] dan [ ][d ut] 'rasa aliran berlaku berulang (darah)'

[d ut] 'bunyi yang bergema memanjang'

10.3.3 Konsonan Geseran

Ada dua geseran tak bersuara, /s/ dan /h/. Contohnya:

/s/: /saya/ 'saya', /basah/ 'basah', /atas/ 'atas'

/h/: /hama/ 'hama', /bahu/ 'bahu', /patah/ 'patah'

Kedua-dua geseran /s/ dan /h/ ini adalah berkontras antara satu sama lain dalam pasangan terkecil.

[samun] 'rompak'

[hamun] 'maki'

[susu] 'makanan cecair dari ibu'

[suhu] 'sukatan panas atau sejuk'

[luas] 'lebar'

[luah] 'keluarkan semula dari mulut'

10.3.4 Konsonan Letusan

Ada satu letupan tak bersuara /c/ dan satu letusan bersuara /j/. Contohnya:

[email protected] | 0109749867

Page 265: Fonetik Dan Fonologi

252

Fonetik dan Fonologi

/c/: /cabai/ 'cabai', /kaca/ 'kaca', /koc/ 'koc, bas'

/j/: /jalan/ 'jalan', /baja/ 'baja', /garaj/ 'rumah kereta'

Kedua-dua letusan /c/ dan /j/ ini berkontras antara satu sama lain dalam pasangan terkecil. Contoh:

1. [cawat] 'pakaian lelaki menutup kemaluan'[jawat] 'mengambil, memegang (jawatan)'

2. [baca] 'memahami tulisan' [baja] 'makanan pokok'

10.3.5 Konsonan Getaran

Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Contoh:

/r/: /raya/ 'raya', /bara/ 'bara', /latar/ 'latar'

10.3.6 Konsonan Sisian

Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal tengah dan akhir kata. Contoh:

/l/: /lari/ 'lari', /kali/ 'kali', /batal/ 'batal'

Konsonan getaran /r/ dan /l/ di atas dapat dikontraskan dengan konsonan sisian. Contoh:

[rawat] 'menjaga supaya sembuh'

[lawat] 'menziarahi'

[email protected] | 0109749867

Page 266: Fonetik Dan Fonologi

253

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

[sarat] 'terlalu banyak muatan'

[salat] 'sembahyang'

[buntar] 'bulat'

[buntal] 'ikan yang mengembungkan badannya'

10.3.7 Separuh Vokal

Ada dua konsonan separuh vokal, iaitu /w, y/. Contohnya:

/w/: /wau/ 'wau', /kawan/ 'kawan', /kalaw/ 'kalau'

/y/: /yakni/ 'yakni', /bayar/ 'bayar', /pakay/ 'pakai'

Kedua-dua separuh vokal ini berkontras antara satu sama lain. Contohnya:

[wa ] 'duit'

[ya ] 'yang'

[sawa ] 'sawang'

[saya ] 'sayang'

10.4 Konsonan Pinjaman

Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya dipinjam daripada bahasa Arab dan Inggeris. Semuanya adalah fonem konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal dari perkataan-perkataan pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang bervariasi bebas dengan fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini, lapan dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris,

[email protected] | 0109749867

Page 267: Fonetik Dan Fonologi

254

Fonetik dan Fonologi

iaitu fonem /v/. Fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi fonem ini terlebih dahulu sudah dipinjam daripada bahasa Arab. Fonem geseran yang dipinjam adalah seperti berikut:

/ f, v, z, , , , x, , , /

Fonem Awal Tengah Akhir

/f/ fikir wafat wakaf

/v/ vot novel -

/c/  alaa tamsil hadi

/ / alim ha ir lafa

/z/ zaman lazim -

/ / at la at marka

/x/ xatam baxil tarix

/ / aib ba al bali

/ / aib ni mat tama

/ / or a ik abar

Jadual 10.1 : Fonem Pinjaman

10.5 Ejaan Rumi Baharu

Salah satu kegunaan menyusun sistem fonologi sesebuah bahasa adalah bagi mewujudkan sistem ejaannya. Prinsipnya adalah setiap fonem saja yang diberi lambang huruf dalam sesuatu sistem ejaan.

10.5.1 Huruf Vokal

Ada 24 fonem atau bunyi yang patut diberi lambang dalam bahasa Melayu, iaitu 18 fonem konsonan dan 6 fonem vokal. Setiap bunyi tersebut diberi lambang huruf Rumi seperti berikut:

[email protected] | 0109749867

Page 268: Fonetik Dan Fonologi

255

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

Fonem Huruf Kecil Huruf Besar

/i/ i I

/e/ e E

/a/ a A

/u/ u U

/o/ o O

/

e

/ E E

Jadual 10.2: Huruf-huruf Vokal

10.5.2 Huruf Konsonan

Berikut adalah senarai penuh huruf dan contoh penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Fonem Konsonan

Huruf Besar

Huruf Kecil

Depan Perkataan

Tengah Perkataan

Akhir Perkataan

/b / B b batu labu bab

/ c / C c cabut baca Mac

/d/ D d dua badan had/g / G g gula bagi beg/ h / H h hari saham rumah

/ j / J j jala baja caj

/ k / K k kayu baka hak/ l / L l luar gula jual

/ m / M m mari sama malam/ n / N n nenas menang bulan/ / Ny ny nyamuk banyak -

/ / Ng ng ngilu bunga buang

/ p / P p pulang jumpa malap/ r / R r ramai beras besar

[email protected] | 0109749867

Page 269: Fonetik Dan Fonologi

256

Fonetik dan Fonologi

/ s / S s sayur besar teras/ t / T t telur kita ketat/w/ W w wau kawan -

/ y / Y y yang kaya -

Jadual 10.3: Huruf-Huruf Konsonan

10.5.3 Huruf Konsonan Pinjaman

Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semuanya datang daripada bahasa Arab, melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada bahasa Inggeris. Konsonan sy dipinjam lebih awal daripada bahasa Arab, kemudian huruf ini digunakan bagi mengeja perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang mempunyai bunyi tersebut, seperti skuasy.

FonemHuruf Arab

HurufPangkal

PerkataanTengah

PerkataanAkhir

PerkataanSumber

pinjaman

/ f / f fikir tafsir maaf Arab

/ v / - v vot novel - Inggeris

/ / sSelasa

(thalatha)misal (mithal)

bahas (bahath)

Arab

/ / ddarab

(dharab)kadi (kadhi) haid (haidh) Arab

/ z / zzaman

(dzaman)lazat (ladzat) lafaz (lafadz) Arab

[email protected] | 0109749867

Page 270: Fonetik Dan Fonologi

257

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

/ š / sySyarat

(sharat)mesyuarat

(meshuarat)skuasy

(skuash)Arab/

Inggeris

/ ž / zzalim

(dzalim)uzur (udzur) lafaz (lafadz) Arab

/ x / kh Khabar akhir tarikh Arab

/ / gh Ghaib loghat baligh Arab

/ / ‘ ‘ilmu ni’mat tama’ Arab

Jadual 10.4: Huruf-huruf Konsonan Pinjaman

Huruf ain (’) seperti dalam ma’na, digantikan dengan huruf k. Ejaan perkataan ma’na menjadi makna. Pada tempat lain huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini, ‘Abdul Qadir, dan sebagainya sudah ditiadakan (‘) menyebabkan sebutan nama berubah. Ini adalah salah satu kritikan yang dikenakan ke atas sistem ejaan baru ini.

Huruf hamzah (’) digugurkan, tetapi masih terdapat digunakan dalam perkataan seperti Dato’ sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Walau bagimanapun lambang (’) tersebut tidak dimasukkan ke dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu.

10.5.4 Huruf Gabung

Ada sembilan huruf gabung yang digunakan dalam sistem ejaan lama, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan, iaitu: kh, gh, ny dan ng. Huruf gabung sh diubahsuai menjadi sy. Empat huruf gabung ditukar menjadi huruf tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s.

[email protected] | 0109749867

Page 271: Fonetik Dan Fonologi

258

Fonetik dan Fonologi

Fonem Huruf lama dan contoh

Huruf baru dan contoh

Perubahan

/x/ kh (khabar) kh (khabar) digraf kekal

/ / gh(ghaib) gh (ghaib) digraf kekal

/ / ny (nyamok) ny (nyamok) digraf kekal

/ / ng (ngilu) ng (ngilu) digraf kekal

/ / sh (sharat) sy (syarat)h ditukar kepada y

/c/ ch (bacha) c (baca) c dikekalkan

/ / dz (dzalim) z (zalim) z dikekalkan

/ / dh (dharab) d (darab) d dikekalkan

/ / th (mithal) s (misal)th ditukar kepada sy

Jadual 10.5: Huruf-Huruf Gabung

Sebenarnya, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya huruf gabung dikurangkan daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal dan satu berubah satu huruf. Empat lagi huruf gabung dijadikan huruf tunggal. Ini lebih memudahkan sistem ejaan. Walaupun huruf diubah, bunyi tidak diubah. Bunyi setiap grafem dahulu masih sama.

[email protected] | 0109749867

Page 272: Fonetik Dan Fonologi

259

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

10.5.5 Masalah Vokal [é] dan [e]

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem vokal yang diberi lambang huruf /i, e, a, u, o dan é/. Huruf e melambangkan dua fonem, iaitu fonem /e/ dan /é/. Dalam sistem Za'ba, /é/ diberi lambang huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan ini menguntungkan dalam mengajar sebutan dan menentukan penyelarasan vokal. Kekeliruan ejaan yang melibatkan é dan e berlaku apabila tidak digunakan. Contohnya, kita sukar membezakan sepak [sépak] dan sepak [sepak]. Sistem ejaan baru tentu lebih sempurna apabila dikekalkan, atau vokal /e/ diberi lambang baru [é] supaya kita mudah membezakan perkataan berikut:

sépak ’tendang’ sepak ’tempeleng’

pérang ‘warna kekuningan’

perang ‘pertempuran dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri’

10.6 Ringkasan

Bahasa Melayu mempunyai 34 buah fonem Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 10 fonem pinjaman. Fonem-fonem ini kemudian diklasifikasikan menurut carta penghasilannya, iaitu depan, belakang, tengah dan sebagainya. Fonem-fonem ini kemudiannya diberi lambang huruf dalam ejaan. Pemberian lambang huruf ini ada juga yang bersifat huruf gabung seperti kh, gh, ny dan sebagainya selain daripada satu fonem diwakili satu huruf. Pemberian lambang huruf ini secara langsungnya dimanfaatkan untuk pembentukan Sistem Ejaan Rumi Baharu.

[email protected] | 0109749867

Page 273: Fonetik Dan Fonologi

260

Fonetik dan Fonologi

10.7 Latihan1. Ada berapakah fonem Melayu? Bincangkan fonem-fonem yang

ada dalam bahasa Melayu.

2. Carikan pasangan terkecil yang membezakan makna antara satu vokal dengan yang lain.

3. Apakah maksud diftong dan berapa jumlah diftong dalam bahasa Melayu?

4. Bezakan deretan vokal dengan diftong.

5. Berapakah fonem konsonan bahasa Melayu? Senaraikan.

6. Apakah fitur-fitur yang dijadikan fitur pembeza bagi menentukan bunyi [p] dan [b], [t] dan [d], dan [k] dan [g].

7. Senaraikan fonem sengau dalam bahasa Melayu. Nyatakan dengan contoh penyebaran kehadirannya.

8. Ada berapa fonem konsonan geseran asli dalam bahasa Melayu. Senaraikan dan berikan penyebaran dan pasangan yang berkontras.

9. Cari pasangan terkecil yang berkontras dan dapat menentukan konsonan getaran [r] dan [l] adalah dua fonem yang berlainan.

10. Bagaimana kita dapat menentukan separuh vokal sebagai fonem berlainan?

11. Berapa fonem pinjaman dalam bahasa Melayu?

12. Bagaimanakah fonem pinjaman masuk ke dalam bahasa Melayu?

13. Apa yang berlaku apabila bunyi dipinjam ke dalam bahasa Melayu?

[email protected] | 0109749867

Page 274: Fonetik Dan Fonologi

261

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu

14. Berapakah jumlah fonem yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan apa buktinya?

15. Senaraikan huruf Rumi yang diterima pakai dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu.

16. Apa masalah melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit /e/ dan vokal tengah / / dengan satu lambang sahaja, iaitu e . Beri contoh.

17. Apa perubahan yang dilakukan terhadap huruf gabung dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu?

18. Apa kesan yang berlaku terhadap sistem sebutan bahasa Melayu apabila fonem pinjaman diubah suai dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu? Berikan contoh yang relevan menjelaskan huraian anda.

[email protected] | 0109749867

Page 275: Fonetik Dan Fonologi

[email protected] | 0109749867

Page 276: Fonetik Dan Fonologi

Rujukan

Amran Halim, 1974. Intonation in Relation to Syntax in Bahasa Indonesia. Jakarta: Djambatan.

Armjin Pané, 1950. Mentjari Sendi Baru Tata Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Abercrombie, D. 1980. Elements of General Phonetics. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Arnfield, S. C., 1994. "Prosody And Syntax in Corpus Based Analysis of Spoken English". Tesis Ph.D. School of Computer Studies. University Leeds.

Asraf Abdul Wahab, 1981. Intonassi dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd: Petaling Jaya.

Ashby, P. 1995. Speech Sounds: Language Workbooks. London: Routledge.Ashby, M. dan Maidment, J. 2005. Introducing Phonetics Science. Cambridge:

Cambridge University Press.Ball, M. J. dan Rahilly, J. 1999. Phonetics: The Science of Speech. London:

Arnold Publishers.Borden, G. J. & Harris, K. S. 1994. Speech Primer: Physiology, Acoustics and

Perception of Speech. Baltimore: Williams and Wilkins.Catford, J. C. 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Edinburgh:

Edinburgh University Press.Catford, J. C. 1988. A Practical Introduction to Phonetics. Oxford: Oxford

University Press.

[email protected] | 0109749867

Page 277: Fonetik Dan Fonologi

264

Fonetik dan Fonologi

Clark, J dan Yallop, C. 1990. An Introduction to Phonetics and Phonology. Oxford: Blackwell.

Chomsky, N. dan Halle, M., 1968. The Sound Pattern of English. New York: Harper and Row.

Couper-Kuhlen, E., 1986. An Introduction To English Prosody. London: Edward Arnold.

Cruttenden, A. 1997. Intonation, Second Edition. Cambridge: University Press.

Crystal, D., 1997. A Dictionary of Linguistics And Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers.

Denes, P dan Pinson, E. 1993. The Speech Chain: The Physisc and Biology of Spoken Language. New York: W.H. Freeman and Company.

Ebing, Ewald. 1997. Form and Function of Pitch Movements in Indonesian. Leiden: Research School CNWS.

Fallside, F dan Woods, W. 1985. Computer Speech Processing. Engelwood Cliffs: Prentice Hall.

Fant, G. 1973. Speech Sounds and Features. Cambridge: MIT Press.Fry, D 1979. The Physics of Speech. Cambridge: Cambridge University Press.Farid M. Onn, 1980. Apects of Malay Phonology and Morphology: A Generative

Approach. Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya.Gerald J. T. & Sandra R. G., 2003. Principles of Anatomy & Physiology (10th

Edition) USA, John Willy & Sons Inc.Gussenhoven, C., dan Jacobs,H., 2005. Understanding Phonology, Second

Edition. Hodder Education: Part of Hachette Livre UK.Halim, Amran, 1981. Intonasi dalam Hubungannya dengan Sintaksis Bahasa

Indonesia. Seri ILDEP. Penerbit Djambatan: Jakarta.Halliday, M.A.K., 1967. Intonation and Grammar in British English. Mouton:

The Hague.Handel, S. 1989. Listening: An Introduction to the Perception of Auditory

Events. Cambridge: MIT Press.Hashim Musa, 1971. "Penghantar Chiri-Chiri Prosodi Sendi dan Intonasi

serta Pengwujudan Chiri-Chiri itu di dalam Dialek Kelantan yang Dituturkan di Pasir Mas". Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.

[email protected] | 0109749867

Page 278: Fonetik Dan Fonologi

265

Rujukan

Hayward, K. 2000. Experimental Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers Inc.Holmes, J. N. 1988. Speech Synthesis and Recognisition. Wokingham: Van

Nostrand Reindhold.http://education.leeds.ac.ukIndirawati Zahid, 2003. "Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental: Realisasi

Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2". Tesis Ph.D. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Indirawati Zahid, 2009. “Prosodi Melayu dalam P&P Bahasa Melayu” dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor, Johor Bahru, 28 September- 30 September 2009.

______________, 2009. “ Prosodi Melayu: Fokus dalam P&P Bahasa Melayu Secara Eksperimental”, dlm Prosiding Konvensyen Pedagogi Bahasa Melayu Serantau I, Bahasa Melayu : Suatu Pesona, 3-5 November 2009, Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

__________________, 2009. “Analisis Semantik dan Prosodi Lagu Cinta” dlm Jurnal Bahasa, Mei-Ogos Bil 17, hlm. 35-50, 2009. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jakobson, R., Fant, G., dan Halle, M. 1951. Preliminaries to Speech Analysis: The Distinctive Features and Their Correlates. Cambridge: MIT Press.

John Clark C., 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Bloomington: Indiana University Press.

Johns-Lewis, C., 1986. Intonation In Discourse. London & Sydney: College-Hill Press, Inc.

Johnson, K. 1997. Acoustics & Auditory Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers Inc.

Kreidler, C. 1989. The Pronunciation of English: A Course Book in Phonology. Oxford: Blackwell.

Key, M. R. 1975. Paralanguage and Kinesics (Nonverbal Communication). Metuchen, N. J.: The Scarecrow Press. Inc.

Ladd, D. R., 1996. Intonational Phonology. Cambridge: University Press.Ladefoged, P. 1993. A Course in Phonetics. (3rd Ed.) New York: Hartcourt,

Brace and Jovanovich.

[email protected] | 0109749867

Page 279: Fonetik Dan Fonologi

266

Fonetik dan Fonologi

______________, 1996. Elements of Acoustic Phonetics. Chicago: Chicago University Press.

Lass, N. 1996. Principles of Experimental Phonetics. St. Louis: Mosby.Lass, R., 1984. Phonology: An Introduction to Basic Concepts. Cambridge:

University: University Press.Laver, J. 1994. Principles of Phonetics. Chicago: Chicago University Press.Levelt, W. 1989. Speaking: From Intention to Articulation. Cambridge:

Cambridge University Press.Lieberman, P. dan Blumstein, S. 1988. Speech Physiology, Speech Perception an

Acoustic Phonetics. Cambridge: Cambridge University Press.______________, 1997. Speech Physiology and Acoustic Phonetics: An

Introduction. New York: Macmillan.Malmberg, B. 1963. Phonetics. New York: Denver.Mardian Shah Omar, 2002. "Analisis Akustik: Kepentingan dalam Kaedah

Kajian Bunyi Pertuturan." Kertas Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing ke-2. (8-15 Okt. 2002) di Beijing China. Jilid 2: Komunikasi, Bahasa, Sastera, Komunikasi dan Media. Peny. Abdulah Hassan. (hlm 901-905).

Moya L. A. & Anne S. C. 2002. Voice Treatment for Children & Adolescents. San Diego, Singular: Thomas Learning.

Mryna Laksman, 1991. "L'accent en Indonésien et son Interaction avec l'intonation. Tesis Ph.D. University Stendhal, Grenoble.

Muhammad Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Odé, C., dan van Heuven, V. J., (ed) 1994. Experimental Studies of Indonesian Prosody. Semaian 9. Leiden: Rijksuniversiteit te Leiden.

Olive, J., Greenwood, A., dan Coleman, J. 1997. Acoustics of American English Speech: A Dynamic Approeach. New York: Springer-Verlag.

O' Shaughnessy, D. 1987. Speech Communication: Human and Machine. Reading: Addison-Wesley.

[email protected] | 0109749867

Page 280: Fonetik Dan Fonologi

267

Rujukan

Paitoon M. Chaiyanara, 2001. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Singapura: Wespac Consult Centre.

Pierrehumbert, J. B., 1980. "The Phonology an Phonetics of English Intonation". Tesis Ph.D. Massachusets Institute of Technology.

Pullum. G., dan Ladusaw, W. 1983. Phonetics Symbol Guide. Chicago: University of Chicago Press.

Raja Mukhtaruddin Rama Mohd Dain, 1985. Ilmu Fonetik dengan Latihan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Roach, P., 2002. Phonetics. Oxford: Oxford University Press. Roca, I. dan Jognson, W., 1999. A Course in Phonology. Oxford: Blackwell

Publishers Ltd.Roosman, L.M., 2006. Phonetic Experiments on the Word and Sentence

Prosody of Betawi Malay and Toba Batak. LOT dissertation series No. 129, LOT, Utrecht

Rogers, H., 2000. The Sounds of Language: An Introduction to Phonetics. Pearson Education Limited: England.

Schane S. A. (1972, 1992) Generative Phonology, Englewood Cliffs, N. Jersey: Prentice Hall.

Shriberg L. D. & Kent R. D. 2000. Clinical Phonetics Boston. Allyn & Bacon.Sugiyono, 2003. "Pemarkah Prosodik Kontras Deklaratif dan Interogatif

Bahasa Melayu Kutai: Kajian Fonetik Eksperimental dan Psikoakustik". Program Studi Linguistik, Program Pascasarjana Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Jakarta.

Suparno, 1993. Konstruksi Tema-Rema dalam Bahasa Indonesia Tidak Resmi Masyarakat Kotamadya Malang. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Gerald J. T. & Sndra R. G., 2003. Principles of Anatomy & Physiology (10th Edition), USA, John Willy & Sons Inc.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Trask, R. L., 1996. A Dictionary of Phonetics and Phonology. London: Routledge.

Vincent J. van Heuven & Vera Faust, 2009. “Are Indonesians Sensitive to Contrastive Accentuation Below the Word Level?” dalam Wacana, Jurnal Ilmu Pengetahuan Budaya, Vol 11(2) (2009).

[email protected] | 0109749867

Page 281: Fonetik Dan Fonologi

268

Fonetik dan Fonologi

Wong, E., 1994. "A Systematic Phonological Study of Penampang Kadazan". Tesis Ph.D., Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

www.praat.org. Copyright 1992-2002 by Boersma, P. dan David Weenink.Zaharani Ahmad, 1994. The Phonology and Morphology of The Perak Dialect.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), 1950. "Malay Manners and Etiquette"

JMBRAS, Jil. XXIII.__________________, 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Zuraidah Md. Don, 1996. "Prosody in Malay Discourse: An Analysis of

Broadcast Interview". Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

[email protected] | 0109749867