1b_refleksi Nilai Pendidikan

20
REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

description

PT

Transcript of 1b_refleksi Nilai Pendidikan

  • REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

  • REFLEKSI NILAI PENDIDIKANKecekapan mengait atau menyandari isu, fokus kajian dan intervensi dengan aspek nilai-nilai pendidikan;

    teori-teori psikologi model-model P&P pendekatan, strategi & kaedah serta nilai-nilai falsafah dalam pendidikan.

  • TUJUAN REFLEKSI NILAI PENDIDIKANuntuk membantu penyelidik mengisi jurang di antara aspek teori dan praktis dalam amalan pendidikan.

    dapat meningkatkan perkembangan profesionalisme guru dalam melaksanakan proses penyelidikan secara sistematik

    mencapai matlamat penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui usaha terancang

  • Perancangan intervensi bagi mencapai objektif hasil pembelajaran secara berkesan

    Perancangan intervensi yang dipilih memerlukan justifikasi nilai pendidikan yang bersesuaian sama ada berdasarkan teori-teori, model, pendekatan, kaedah P&P atau nilai-nilai falsafah dalam pendidikan

    mengukohkan proses kajian ke arah penambahbaikan P&P

    TUJUAN REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

  • Contoh: REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

  • Contoh 1: Subjek Pendidikan Muzik

    Semasa pengajaran dan pembelajaran yang lepas, kebanyakan kaedah yang saya gunakan untuk mengajar rekoder adalah berpusatkan guru dan hanya kaedah kuliah yang diberikan. Saya tidak pernah menggunakan kaedah berkumpulan semasa mengajar muzik permainan rekoder di dalam kelas saya. Murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang bersifat dua hala, mereka hanya mendengar arahan yang diberikan dan meniru apa yang saya tunjukkan dan tidak berpeluang menyuarakan pendapat.

    apabila saya mereflek diri, saya sedar bahawa saya sangat kurang memberi motivasi kepada murid-murid terutamanya ransangan yang boleh menggalakkan mereka. Seingat saya tiada langsung kata-kata galakan pernah saya berikan kepada mereka seperti bagus, teruskan dan cuba lagi,

  • Contoh 1: Subjek Pendidikan Muzik

    Saya tahu bahawa kata-kata semangat atau motivasi sangat penting dalam membantu murid mencapai kecemerlangan sepertimana dalam teori keperluan Abraham Maslow (1943).

    Teori Keperluan oleh Maslow (1943) menyatakan naluri manusia mempunyai keperluan untuk merasa dihargai. Apabila manusia merasa dihargai, mereka akan terdorong untuk berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan

    Dorongan ini merupakan kuasa dalaman yang dikenali sebagai motivasi intrinsik.

    RNP

  • Sehubungan itu, saya menyedari bahawa saya perlu memberi kata-kata rangsangan dan semangat kepada anak murid saya untuk mencetuskan motivasi intrinsik dalam diri mereka.

    Motivasi ekstrinsik (daripada saya) dan motivasi intrinsik (dalam diri murid) perlu berjalan seiring

    Saya yakin motivasi dapat memberi kesan positif pada aspek afektif murid, sekaligus meningkatkan keberkesanan sesi P&P yang saya jalankan.

    Siti Razimah Bt. Yunus. Projek Kajian Tindakan Semester 8, 2011)Contoh 1: Subjek Pendidikan MuzikRNP

  • LATIHAN PENULISAN REFELKSI NILAI PEND Sorotan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    ...beberapa kelemahan yang perlu diatasi semasa mengajar murid autisme ini, antaranya ialah lakuan motor kasar dan motor halus kanak-kanak autisme yang terbatas. Pengkaji mendapati murid lemah untuk menggerakkan lengan (merupakan lakuan motor kasar) dan memegang serta menggenggam bola dengan jari (merupakan lakuan motor halus).

    Pengkaji juga mendapati murid autisme ini sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga apabila bersendirian. Majoritinya tidak suka dipegang ataupun dipeluk. Ini kerana mereka juga sensitif pada sentuhan.

    Dari segi tingkah laku pula, murid autisme ini akan bertingkah laku sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. Pengkaji juga telah mendapati murid autisme ini gagal untuk membaling bola tepat ke sasaran. Mereka telah membaling bola secara rawak tanpa mempedulikan sasaran yang telah ditetapkan.

  • Pengkaji berpendapat punca utama masalah ini ialah kerana tiada fokus dalam kalangan murid autisme.

    Mereka sering memandang ke arah lain ketika guru sedang memberikan arahan. Mereka juga suka bersendirian. Majoritinya tiada hubungan mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Mereka juga didapati berada di dalam dunia mereka sendiri.

  • SOALAN LATIHAN

  • SOALAN LATIHAN

  • Dalam kajian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menggunting dalam kalangan murid-murid, guru harus mencari satu penyelesaian yang bertepatan seperti dengan memilih kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk dilaksanakan.Contoh 1: Subjek Pendidikan Seni

  • Berdasarkan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan praktikum, tidak dinafikan bahawa murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih cepat sekiranya mereka kerap mengaplikasikannya semasa melaksanakan aktiviti.Contoh 1: Subjek Pendidikan Seni

  • Sekiranya murid kerap menggunakan kemahiran menggunting semasa melaksanakan aktiviti, mereka dapat menguasainya perlahan-lahan. Mereka akan memastikan setiap kali mereka melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran menggunting, mereka akan membuat guntingan dengan kemas dan teliti. Contoh 1: Subjek Pendidikan Seni

  • Hal ini bertepatan dengan konsep hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan dalam teori kesediaan Thorndike (1911)

    Menurut teori ini apabila murid telah bersedia dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya pembelajaran yang mereka perolehi bukan sahaja berkesan malah mereka juga akan berasa seronok sepanjang proses pembelajaran tersebut. Contoh 1: Subjek Pendidikan Seni

  • semakin banyak latihan yang diberi, semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid terhadap apa yang dipelajari. (Hukum Latihan)

    Hukum kesan, apabila murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan, ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh daripada gerak balas yang dihasilkan (Hukum Kesan)

    Keadaan ini akan menjadikan mereka lebih cekap dan dapat membina keyakinan diri Contoh 1: Subjek Pendidikan Seni

  • SOALAN LATIHAN

  • SOALAN LATIHAN

  • Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

    *refleksi kritis dalam pendidikan ialah (bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi percanggahan*