142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

9
HALAMAN | 1 PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL MPUS DATO RAZALI ISMAIL 1.0 PENDAHULUAN Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpa seni, maka kehidupan manusia tidak mungkin akan berseri dan menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Kemahiran berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya. Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni sahaja kadang-kadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian bermula seawal pendidikan rendah lagi.

Transcript of 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

Page 1: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 1

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

1.0 PENDAHULUAN

Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan

manusia. Tanpa seni, maka kehidupan manusia tidak mungkin akan berseri dan

menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek

kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan

pengalaman manusia. Kemahiran berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu

dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja

tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.

Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai

kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan

pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami

dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat.

Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik

berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni

mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang.

Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan

melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri

dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat

keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya.

Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara

abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada

hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan menyimpan semua

info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni

sahaja kadang-kadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi

diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam

seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian

bermula seawal pendidikan rendah lagi.

Page 2: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 2

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

2.0 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan

prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai

melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik

dan media serta pembentukan nilai dan juga moral.

Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara

penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti

seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan

media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah.

Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan

kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.

Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan

sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan

memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan pelajar

mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi,

meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.

3.0 PRINSIP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Prinsip utama pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual merangkumi empat

prinsip utama yang dipentingkan iaitu :

Pemerhatian secara aktif

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Apresiasi seni visual secara mudah

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.1 Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembang deria

penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman

Page 3: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 3

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid

akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini

adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.

Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi , dan alam

fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat

dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek

yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid

belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh

lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

3.3 Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan

seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan

fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari

aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam

pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid

diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

3.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran

dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

Page 4: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 4

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual digarapkan supaya memberikan peluang kepada murid menyemai

minat, memperkembang jati diri, memberi kesedaran dan cakna terhadap unsur-unsur

kesenian dan alam sekitar.

Kanak-kanak yang mendiami sistem persekolahan peringkat rendah pada

umumnya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV menjadi suatu wadah dalam

meningkatkan lagi sifat di atas melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Kegiatan pemikiran, penerokaan dan merekabentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan

membuatkan mereka dapat meluahkan idea dan ekspresi diri. Ianya penting bagi

membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya

sendiri. PSV di peringkat rendah ini juga menyarankan kepada guru untuk menjalankan

konsep pengabungjalinan diantara PSV dan juga matapelajaran lain seperti sejarah, sains

dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod

pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat

analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Kanak-kanak yang lahir secara fitrahnya mempunyai pelbagai kecerdasan seperti

ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk

membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara

seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

4.1 Matlamat PSV Menurut KBSR

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap

Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa

serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,

selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Page 5: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 5

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

4.2 Matlamat PSV Menurut KSSR

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang

harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan

kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Objektif mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi

Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,

kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga komponen

yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada

pengintegrasian perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

5.1 Objektif PSV Menurut KBSR

Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk melahirkan murid yang:

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin, disiplin dan bertanggungjawab.

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan karya seni visual.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti yang berfaedah di masa

lapang.

Page 6: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 6

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

5.2 Objektif PSV Menurut KSSR

Menurut KSSR pula, Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk

melahirkan murid yang:

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.

Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera.

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat.

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab.

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang

berfaedah.

6.0 KESIMPULAN

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat diperlukan

untuk diaplikasikan kepada murid di sekolah. Menurut Elliot Eisner, seorang tokoh

pendidikan dan beliau adalah seorang yang memperjuangkan pendidikan seni visual

sebagai bentuk disiplin yang perlu ditekankan disekolah. Semasa beliau mengajar di

Universiti Stanford dan beliau telah mencetuskan model DBAE sebagai kerangka

kurikulum pendidikan seni. Beliau telah membentangkan rasional kepentingan pengajaran

seni dikalangan pelajar :

1. Seni dapat menyempurnakan pelajar terhadap penumpuan dan pemerhatian dengan

teliti terhadap sesuatu yang dilihat.

2. Seni dapat membangunkan pelbagai bentuk literasi yang memberikan asas kepada

pelajar untuk akses makna " budaya".

3. Seni menyediakan kanak-kanak dengan peluang-peluang untuk menggunakan

imaginasi mereka untuk mencipta penyelesaian pelbagai masalah, dan bergantung

kepada pertimbangan mereka sendiri untuk menentukan apabila sesuatu masalah itu

diselesaikan.

Page 7: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 7

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Dalam jawapan kepada soalan yang ditimbulkan dalam artikelnya 1987 pada DBAE,

"Adakah pendidikan seni sebagai hiasan di sekolah-sekolah?" Eisner maklum balas,

“Art is only ornamental if meaningful access to some of our most significant

cultural achievements is a marginal educational aim. It is only ornamental if

the kinds of mental skills fostered by work in the arts are tangential to the

kinds of problems both children and adults encounter outside school. The

arts represent a form of think­ing and a way of knowing. Their presence in

our schools is as basic as anything could be.”

Page 8: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 8

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

BIBLIOGRAFI

Buku/Dokumen

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 23

Februari 2013 dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/seni/kbsr/

sp_pseni_kbsr.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Seni

Visual KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diakses pada 23 Februari 2013

dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/14%20Dunia%20Kesenian

/04%20DSK-Seni%20Visual%20Tahun%201.pdf

Laman Web

Angel Simon. Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL

http://blogsenivisual.blogspot.com/p/tokoh-seni-visual-di-malaysia.html

Dudi. (20 Disember 2011). Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkat Kreativiti

Dalam Kehidupan Sosial Masyarakat. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL

http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-

dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/

Isza. (2010). Pendidikan Seni Visual - Kolaj. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL

http://chekguisza.blogspot.com/2010/01 /pendidikan-seni-visual-kolaj.html

Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL

http://oumnote.blogspot.com/2011/12/topik-1-budaya-dan-masyarakat.html

Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL

http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/psv-p1-konsep-pendidikan-seni-

visual.html

Matlamat & Objektif Pendidikan Seni. Diakses pada 9 Februari 2013 dari URL

http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28

Shelly Esaak. (2010). Matlamat dan Objektif KBSR dan KSSR. Diakses pada 23 Februari

2013 dari URL http://arthistory.about.com /cs/reference/f/what_is_art.htm/matlamat-

objektif/

Page 9: 142156830-Contoh-Assignment-PSV-3107-Pedagogi-Pendidikan-Seni-Visual.pdf

H A L A M A N | 9

PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Akhbar

Hafizah Iszzahanid. (24 Ogos 2012). Pengertian Seni. Diakses pada 23 Februari 2013 dari

URL http://www.bharian.com.my/bharian /articles/ PolemikseniIslam/Article/

Ummi Nadiah Rosli. (9 Disember 2009). Meniti Seni Kolaj. Diakses pada 1 Mac 2013 dari

URL http://www.bernama.com.my /bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461019

Zaman. (24 Ogos 2012). Seni Mampu Mencerna Jiwa Naluri Tawaduk. Diakses pada 2

Mac 2013 dari URL http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Senimampu

mencernajiwa_naluritawaduk/Article/artikel