11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

download 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

of 12

Transcript of 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    1/12

    165

    11PEMBELAJARAN SILANG BUDAYA

    BERLANDASKAN INTEGRASI KAUM

    Hazlian KarimRozanah Kasnan

    Sekolah St. Patricks

    Abstrak

    Pembelajaran budaya masyarakat setempat disekolah sering dijalankan secara terpisah iaitu setiapgolongan pelajar mendalami budaya kaum masing-masing melalui pembelajaran Bahasa Melayu,Mandarin dan Tamil. Dalam konteks pendidikan diSingapura, aspek kebudayaan dan kemasyarakatan

    perlu dititikberatkan kerana pelajar secara realitinyahidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa,budaya dan agama. Tanpa pendidikan yang bercorakkepelbagaian budaya atau khususnya silang budaya,pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat lain.Maka timbullah isu-isu yang bersifat perkauman disekolah. Pembelajaran Silang Budaya BerlandaskanIntegrasi Kaum diusahakan dengan tujuan untukmenerapkan dan menyemai nilai-nilai murni melalui

    pembelajaran unsur-unsur budaya pelbagai kaum.Menerusi darmawisata dan perkongsian yangmelibatkan ketiga-tiga kaum, pelajar didapati lebihprihatin akan isu-isu berkaitan integrasi kaum. Pelajarkini lebih peka tentang kepentingan hidup berharmoni.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    2/12

    166

    Pengenalan

    Secara umumnya, pembelajaran bagi setiap budaya di sekolahdijalankan dalam kelas Bahasa bunda. Pelajar hanyamengenali budaya dan nilai-nilai murni dalam masyarakatmasing-masing. Oleh itu, berkemungkinan wujud beberapasalah tanggap dan salah faham mengenai cara dan sistemkehidupan dalam sesebuah masyarakat.

    Pakej Pembelajaran Silang Budaya ini dihasilkan denganmenggabungkan beberapa komponen pelajaran yangmelibatkan ketiga-tiga golongan pelajar yang mengambil

    bahasa ibunda di sekolah. Pakej ini bertujuan untukmenjadikan setiap golongan pelajar, yang datang daripada lataryang berbeza, celik akan budaya mereka sendiri dan budayakaum lain. Pakej pembelajaran ini juga menggabungjalinkannilai-nilai budaya, pembelajaran sosial dan emosi sertakemahiran abad ke-21, dalam satu pembelajaran yangberterusan dan dilaksanakan secara struktural.

    Pembelajaran berasaskan pengalaman melaluidarmawisata dan perbincangan kumpulan yang merentas kaumdan budaya merupakan salah satu fokus dalam pakej ini.Perpaduan antara ketiga-tiga kaum senantiasa dititikberatkan.

    Antara unsur-unsur budaya yang diketengahkan dalam pakejini ialah pemakanan, adab sopan dan perayaan sesebuahmasyarakat. Natijahnya, para pelajar berpeluang untukmengenali budaya dan sistem kehidupan kaum yang berlainan.

    Tujuan Kajian

    Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihatkeberkesanan pembelajaran budaya dan penyerapan nilaimurni. Setiap pelajar diberi peluang untuk menghargai danberkongsi nilai dan budaya di samping mempelajari bahasaibunda masing-masing.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    3/12

    167

    Matlamat khusus kajian ini pula adalah untuk melihatsejauh manakah pembelajaran ini dapat:

    1. memupuk rasa bangga dalam kalangan pelajarterhadap bahasa dan budaya yang mencerminkan akalbudi dan pemikiran rakyat;

    2. memupuk perasaan menghargai persamaan danperbezaan budaya yang rencam di Singapura dalamkalangan pelajar; dan

    3. menonjolkan ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks

    dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yangtersendiri.

    Permasalahan Kajian

    Pada dasarnya pembelajaran yang berkaitan denganbudaya dilakukan dalam kelas bahasa ibunda masing-masing.Oleh yang demikian, pelajar hanya terdedah kepada apa yang

    dikongsi dalam kelas bahasa ibunda masing-masing.Perbincangan dan tanggapan tentang isu-isu yang berkaitandengan satu bangsa atau kaum hanya dihuraikan dalampengajaran kelas itu sahaja.

    Kajian Lepas

    Menurut Che Su Mustaffa (2005), budaya merupakan

    sebahagian daripada peninggalan yang diperturunkan dandipelajari daripada nenek moyang, dan diwarisi pula olehgenerasi akan datang. Dalam konteks pendidikan di Singapura,aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberatkan keranapelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yangberbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yangbercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali

    jati diri masyarakatnya.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    4/12

    168

    Prinsip pendidikan pelbagai budaya memperlihatkanperspektif yang positif. Stephen May (1962) menyatakanbahawa prinsip tersebut mampu menggalakkan pemahamandan interaksi antara silang budaya serta penerimaanperubahan oleh setiap kaum. Ibrahim Saad (1986) pula,menegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untukdidedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlumengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaantempatan, jati diri dan identiti negara.

    Sifat masyarakat majmuk Singapura yang bersilangbudaya memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil

    langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antarasatu sama lain. Prinsip hidup yang serupa itu perlu ditanamdalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi demimengekalkan keharmonian yang akhirnya membolehkankeamanan negara dikekalkan sepanjang masa.

    Kaedah Kajian

    Kaedah kajian menerapkan beberapa pendekatan yangberperingkat iaitu pemerhatian awal, perancangan danperlaksanaan serta tindakan susulan. Selain itu, projekberinovasi ini turut mengambil kira penerapan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (ICT), Kecekapan Abad ke-21 (21stCentury Skills) serta Understanding by Design (UBD) agarmenepati ciri-ciri pembelajaran yang menjadi sebahagiandaripada dasar pengajaran dan pembelajaran pihak

    Kementerian Pendidikan Singapura.

    Dalam melakarkan keseluruhan inti pati projek di atas,beberapa konsep pengajaran dan pembelajaran telah diteliti.Penyerapan kecekapan kemahiran abad ke-21 turut mengambilkira tunjang-tunjang penting termasuk menjadikan seseorangpelajar yang terarah kendiri (self-directed learner), orang yangberkeyakinan (confident person), penyumbang yang aktif

    (active contributor) dan warganegara yang prihatin (concerned

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    5/12

    169

    citizen) sebagai matlamat pada akhir pembelajaran. UBD dilihatsebagai cara penerapan yang paling berkesan. Tiga tahaputama UBD ialah Keputusan yang Diingini (Desired Results),Bukti Penilaian (Assessment Evidence) dan PelanPembelajaran (Learning Plan).

    Subjek Kajian

    Projek ini melibatkan para pelajar Menengah Tigadaripada kaum-kaum utama iaitu Cina, Melayu dan India.Projek ini turut mengambil kira pelajar berbangsa Serani.Pelajar-pelajar ini mengikuti pelajaran bahasa ibunda sebagai

    sebahagian daripada kurikulum yang diwajibkan. Pemilihanpelajaran peringkat ini berdasarkan kepada perbincangan awaldan tinjauan oleh guru daripada Jabatan Bahasa Ibunda.Kumpulan tersebut telah dikenal pasti sebagai yang palingberisiko kerana tahap peralihan usia daripada Menengahbawahan (Men 2) kepada Menengah atasan (Men 3).

    Instrumen Kajian

    1) Pemerhatian Awal

    Kes-kes sama ada yang dilaporkan secara rasmimahupun tidak, menunjukkan adanya beberapa tanggapanyang salah tentang perkara-perkara yang berkaitan denganbudaya sesebuah kaum sehingga boleh mencetuskanpergaduhan. Masalah yang timbul disebabkan kurang atau

    tiadanya pendedahan dan penjelasan yang tepat kepadabeberapa perkara yang boleh dianggap sensitif telahmenimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan remaja.Remaja merupakan golongan yang sering dianggap sebagaiberisiko tinggi dan berani menghadapi pelbagai kemungkinansehingga ada kalanya tersalah langkah. Golongan inimemerlukan pemantauan khusus. Keadaan menjadi lebih teruklagi apabila remaja yang terlibat tidak mendapatkan nasihat

    daripada sumber atau orang-orang yang seharusnya memberi

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    6/12

    170

    bimbingan yang betul. Sebagai sebuah institusi pendidikan,pihak sekolah, khasnya guru, boleh memainkan peranan yanglebih proaktif dalam menyemarakkan rasa hormat terhadapindividu lain tanpa mengira bangsa, budaya mahupun agama.Penerapan nilai yang tepat lagi terarah akan dapatmembangkitkan satu anjakan pemikiran yang positif.

    2) Perancangan

    Melalui penelitian dan perbincangan bersama guru-guruyang terlibat, UBD telah dikenal pasti sebagai sebuahpendekatan yang mampu melahirkan satu rancangan

    pengajaran. Selain itu penerapan kecekapan-kecekapan abadke-21 dan penggunaan ICTakan digunakan untuk menyokongrancangan pengajaran ini.

    Prosedur Kajian

    Perlaksanaan projek yang berlangsung selama beberapaminggu ini berlaku secara berperingkat-peringkat.

    Tahap 1

    Guru diminta untuk mengenal pasti kumpulan sasaran dankunjungan ke tempat-tempat tertentu. Guru telah lakukantinjauan tentang pengetahuan sedia ada pelajar dan perkara-perkara yang akan menjadi ilmu tambahan. Penglibatan danpembahagian tugas diberikan kepada semua guru-guru bahasa

    ibunda.

    Tahap 2

    Pengajaran dan pembelajaran silang budaya dijalankansemasa waktu kurikulum. Pengajaran dijalankan dengansecara terperinci bagi mendapatkan data-data relevan dalammengenal pasti fokus projek yang dijalankan.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    7/12

    171

    Setiap wakil daripada Bahasa Ibunda diminta untukmemperkenalkan ciri-ciri tertentu budaya masing-masing dalamkelas secara formal dengan menyelitkan aktiviti rangsanganyang sesuai.

    Pelajar mencari data dan informasi melalui rangkaiansosial di Internet seraya mengumpul soalan sebelummelakukan kunjungan ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti. Guru-guru akan mengumpulkan soalan-soalan sepertiMengapakah perlu menggunakan tangan semasa makan?,Apakah ciri-ciri khas dan makna semasa acara meminum tehCina? dan Apakah konsep bazar bagi masyarakat Melayu?.

    Soalan-soalan awal yang membangkitkan kepadapersoalan genting termasuklah:

    1. Tahukah pelajar tentang budaya sendiri, contohnyamakan bersila dalam majlis khas, pakaian yang sesuaisemasa menghadiri upacara kematian, jari yang betulmemegang cawan dalam sesi meminum teh Cina, dankelebihan makan beralaskan daun pisang?

    2. Aspek budaya manakah yang boleh dianggap penting,dan mengapa kita harus mempertahankannya?

    3. Mengapakah sikap bertoleransi diperlukan agar tidakmenjadi punca bagi sebarang perselisihan faham?

    Tahap 3

    Menjalankan aktiviti berdarmawisata ke Geylang Serai

    bagi acara Bazar Ramadan, China Town bagi acara apresiasimeminum teh dan Serangoon Road bagi cara menyiapkan tose.Lawatan dilakukan dalam jangka masa tiga hari. Pelajardiingatkan tentang tujuan lawatan serta bersikap sensitifsemasa mengutarakan soalan ketika berdarmawisata. Lawatansambil belajar ini turut memberi ruang berinteraksi antara gurudan pelajar yang berbilang bangsa dalam satu-satu masa. Inipenting demi menjalin keharmonian yang menjadi salah satu

    objektif projek. Pelajar dibekalkan dengan buku khas yang

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    8/12

    172

    mengandungi senarai perkara yang ingin atau harus diketahuisepanjang lawatan ke tempat-tempat yang dirancang ini.Pelajar juga dikehendaki melakukan refleksi.

    Tahap 4

    Dengan bimbingan guru, pelajar secara berkumpulanmengumpulkan dan membincangkan dapatan hasil pengajaranmelalui darmawisata dan ilmu tambahan yang diperoleh sepertiKemahiran Berfikir Secara Kritis, Pembelajaran Kooperatif,Pembelajaran Sosio-Emosi dan Pendidikan Nasional.

    Dalam satu dewan kuliah yang besar, setiap kumpulanmelakukan perkongsian akan dapatan, tanggapan dan refleksidalam bentuk slaid powerpoint, klip video dan lakonan sketsapendek. Perkara ini dilakukan bersama bagi semua pelajaryang terdiri daripada pelbagai kaum. Penyampaian dilakukandalam bahasa Inggeris. Melalui perkongsian tersebut, ilmutambahan begitu terserlah kerana bukan sahaja pelajar dapatmemahami perbezaan budaya yang menjadi amalan kaum

    masing-masing tetapi guru juga mendapati pelajar lebihcenderung untuk mengetahui jawapan yang lebih tepat.Peluang berkongsi pengalaman yang dijalankan dalam bahasaInggeris ini membolehkan kedua-dua pihak, iaitu pelajar danguru, belajar daripada satu sama lain dengan lebih berkesanlagi.

    Dapatan Kajian

    Sebelum pakej pembelajaran ini dijalankan, satu tinjauantelah dilakukan bagi mengenal pasti sama ada para pelajardapat menyenaraikan persamaan dan perbezaan antaraketiga-tiga budaya di Singapura. Tinjauan yang melibatkan 200orang pelajar Menengah 3 yang mengambil Bahasa Melayu,India dan Cina menunjukkan 54% pelajar mengenali budayamereka sendiri. Dapatan daripada tinjauan menunjukkan 34%

    pelajar dapat menyenaraikan persamaan antara ketiga-tiga

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    9/12

    173

    budaya ini. Sebanyak 57% pelajar pula dapat menyenaraikanperbezaan antara kaum-kaum yang tertentu.

    Selepas menjalani darmawisata serta perbincangan danperkongsian yang melibatkan ketiga-tiga kaum secara bersama,dapatan menunjukkan satu peningkatan yang agak ketara.Sebanyak 87% orang pelajar lebih menghayati akan budayamereka sendiri. Contohnya, para pelajar telah dibawa ke BazarRamadan semasa bulan puasa. Pelajar lebih terdedah kepadaperkaraperkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Initermasuk penggunaan seni berpantun dalam urusan jual-belidan tawar-menawar. Pelbagai busana Melayu dapat dilihat

    seperti baju kurung Pahang, baju kebarung, baju Melayu,kebaya, sarong dan kain pelikat. Bagi pelajar yang bukanMelayu, pendedahan ini merupakan ilmu dan pengetahuanyang baharu lagi menarik.

    Sebanyak 82% pelajar dapat menyenaraikan persamaanantara budaya manakala terdapat kenaikan sebanyak 30%tercatat bagi pelajar yang dapat menyenaraikan perbezaan

    antara kaum-kaum yang tertentu.

    Bagi para pelajar yang mengambil bahasa Melayu danmengikuti sesi penghayatan seni meminum teh Cina, merekakini faham mengapa menuang teh dari teko itu perlu dilakukandengan cara yang tertentu.

    Dengan adanya pembelajaran silang budaya, integrasi

    antara kaum kian menyerlah. Tahap kesalahfahaman semakinberkurangan dan pelajar lebih bersikap terbuka untukmendalami budaya kaum lain demi menjamin kemakmuranSingapura sebagai negara yang berbilang bangsa, budaya danagama.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    10/12

    174

    Kesimpulan

    Integrasi kaum amat penting bagi menjamin kestabilanhidup yang harmoni. Setiap warga Singapura memainkanperanan tertentu. Remaja sebagai pemangkin masa hadapanseharusnya dapat memainkan peranan dan memberisumbangan walaupun sekecil zarah dalam mewujudkanmasyarakat yang bersatu padu. Hal ini demikian rupa keranabudaya adalah sebahagian daripada warisan yangdiperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang, dan akandiwarisi pula oleh generasi akan datang.

    Dengan penglibatan aktif semua guru Bahasa Ibunda,projek yang direncanakan dan dijalankan secara sistematiktelah membuahkan hasil yang jauh daripada jangkauan.

    Bagi para pelajar, pemahaman tentang budaya yang adakalanya menyentuh tentang agama telah menjadikanpembelajaran dan pengajaran subjek bahasa ibunda itu lebihindah dan bermakna. Kerelevanan isu-isu yang bangkit melalui

    perbincangan, berdarmawisata dan perkongsian sebagaipenutup pakej pembelajaran yang dijalankan menjadikanpenimbaan ilmu itu sesuatu yang amat dihargai. Keberkesanandapat dilihat semasa pelajar menyiapkan projek sertatugasan/pembentangan secara berkumpulan mahupun individutugasan individu berupa penyelidikan, penulisan e-mel danesei.

    Bagi guru-guru Bahasa Ibunda, penglibatan merekasecara serentak, daripada pelbagai kaum dan bangsa,merupakan suatu kolaborasi yang menguntungkan semuapihak. Pertukaran maklumat turut dimanfaatkan setiap individu.Perancangan yang teliti dengan pemantauan setiap prosesmenjadikan projek ini cukup berharga. Interaksi antara gurudan pelajar semasa di luar darjah merapatkan lagi hubunganantara pelajar dengan guru dan turut merapatkan jurang antara

    individu yang terlibat.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    11/12

    175

    Bagi pihak sekolah, projek yang pada mulanya hanya satulakaran pembelajaran silang budaya telah menjadi satu pakejpembelajaran yang berinovasi. Projek ini turut diiktiraf dalamsatu perkongsian di sekolah sebagai pakej yang berinovasitinggi. Melaluinya juga aspek keharmonian kaum telah dapatdiselaraskan dalam ketiga-tiga subjek bahasa ibunda.

    Cadangan

    Keterbatasan waktu dan tenaga kerja tidak membolehkanlebih banyak tempat diterokai dan mengehadkan bilangan

    pelajar yang terlibat. Oleh sebab pakej di atas melibatkansemua kaum, ia boleh dianjurkan sebagai projek sekolah (NE).Projek ini boleh dijalankan dalam pelbagai peringkat danmelibatkan guru-guru lain serta golongan-golongan yangberkepentingan. Sekolah dan guru sebagai institusi danindividu berwibawa, boleh memainkan peranan dalammengeratkan perhubungan antara kaum, menjelaskanketidakseragaman pendapat tentang isu-isu biasa dan yang

    sensitif, serta menjadikan persekitaran di sekolah lebihharmonis.

    Rujukan

    A.Banks, J. (2002). An Introduction To Multicultural Education

    ( 3rd. Ed.). Seattle University.

    Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). BudayaMasyarakat Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti UtaraMalaysia.

    Ibrahim Saad (1986). Isu Pendidikan di Malaysia. KualaLumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

  • 7/29/2019 11. Pembelajaran Silang Budaya Berlandaskan Kepada Integrasi Kaum (Rozanah Kasnan)

    12/12

    176

    Kementerian Pendidikan Singapura (2011). Sukatan PelajaranBahasa Melayu Singapura. Bahagian Perancangan danPengembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Singapura. Nurturing our Young forthe Future: Competencies for the 21st Century. Dipetikpada 10 Februari, 2012 darihttp://www.moe.gov.sg/committee-of-supply-debate/files/nurturing-our-young.pdf

    May, S. (1962). Making Multicultural Education Work. Toronto:

    Ontario Institute for Studies In Education.

    Muklyana, Deddy dan Jalaluddin Rakhmat sebagai Editor(1996). Komunikasi antar Budaya. PanduanBerkomunikasi dengan Orang-orang Berbeda Budaya.Bandung: RemajaRosda Karya.

    http://www.moe.gov.sg/committee-of-supply-debate/files/nurturing-our-young.pdfhttp://www.moe.gov.sg/committee-of-supply-debate/files/nurturing-our-young.pdfhttp://www.moe.gov.sg/committee-of-supply-debate/files/nurturing-our-young.pdfhttp://www.moe.gov.sg/committee-of-supply-debate/files/nurturing-our-young.pdf