10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

download 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

of 4

Transcript of 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

  • 8/9/2019 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

    1/4

    .: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA:.

    1. Gunakan seluruh

    pancaindera

    Jodoh adalah perkara

    yang sudah ditetapkan

    oleh Tuhan yang maha

    esa. Tetapi bagaimana

    kita hendak mengetahui

    dia memang ditakdirkan

    untuk kita? Tuhanmengurniakan manusia

    telinga untuk

    mendengar, mata untuk

    melihat dan akal untukberfikir. Jadi gunakan

    sebaik-baiknya bagi

    mengungkapkan rahsia

    cinta yang ditakdirkan.

    Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan

    memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual danfizikal antara keduanya.

    Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan

    cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak

    hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

    Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10

    petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    2. Bersahaja

    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba

    perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa

    serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak

    dikawal ataupun kelihatan pelik.

    Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang

    berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia

    sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak

    dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika

    tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

    3. Senang bersama

    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun

    perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin

    hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira

    dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

    Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.

    Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa inginberjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam,

    ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

    4. Terima kita seadanya

    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil

    peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya

    sebelum ini kita yang mulakan.

  • 8/9/2019 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

    2/4

    Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang

    penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah

    mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.

    Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

    Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu

    menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadipasangan hidup kita.

    5. Sentiasa jujur

    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi

    hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik

    hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita

    dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

    Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi

    milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling

    penting bagi suatu hubungan.

    Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada

    berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangatlagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan

    kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah

    sebaik-baik pilihan.

    6. Percaya Mempercayai

    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia

    ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang

    ditanggung.

    Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu

    kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka

    yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu

    sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

    Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada

    kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kitatidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita

    selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan

    kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-

    duanya.

    7. Senang Bekerjasama

    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekaldalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling

    bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi

    kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh

    ataupun sukar.

    Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu

    pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara

    paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan

    melakukannya bersama-sama.

    Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa

    memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya

    bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita

    pada masa hadapan.

    Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini

    kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus

    peratus. Bukankah ini menyusahkan?

  • 8/9/2019 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

    3/4

    8. Memahami diri kita

    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri

    pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa

    kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalamikesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter,

    dia menjadi pendengar.

    Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita

    sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

    Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.

    Kata orang, lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami

    isteri. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

    Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka

    dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai

    menjadi pasangan hidup kita.

    9. Tampilkan kelemahan

    Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang

    yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

    Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukantertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia

    tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia

    memberitahu kita.

    Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui

    kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan

    mempamerkan keburukannya kepada kita.

    Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak

    mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada

    melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan

    dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup

    bersamanya.

    10. Kata hati

    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan

    deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan

    pasangannya.

    Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan

    masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran

    antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.

    Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali

    lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati

    dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang

    maha berkuasa.

    Mimpi

    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusiahanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh

    yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan

    sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

    Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan

    sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan

    memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita

  • 8/9/2019 10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

    4/4

    mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah

    keputusan sebaiknya.

    Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan

    ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di

    akhirat adalah kekal selamanya.

    Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

    Manusia merancang, Allah menentukan.