08 (a) isi pelajaran interaksi 1

87
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan TOPIK 1 TAJUK 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN TAJUK 2: PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan serta Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan. . HASIL PEMBELAJARAN Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Memahami Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan . 2. Menjelaskan Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. 3. Menghuraikan peranan Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. 4. Mengurus lawatan ilmiah ke Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. 1

Transcript of 08 (a) isi pelajaran interaksi 1

Page 1: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TOPIK 1

TAJUK 1:PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK 2:PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada Pengurusan dan

Pentadbiran Jasmani dan Sukan serta Pentadbiran Agensi-agensi Sukan

Kebangsaan dan Antarabangsa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan

latihan dan senarai bahan rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan

kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan.

.

HASIL PEMBELAJARAN

Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Memahami Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan .

2. Menjelaskan Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan

Antarabangsa.

3. Menghuraikan peranan Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan

Antarabangsa.

4. Mengurus lawatan ilmiah ke Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan

Antarabangsa.

1

Page 2: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kerangka konsep tajuk Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan engurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

5.

Kerangka konsep tajuk Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa.

2

Pengurusan pendidikan jasmani dan

sukan

Pentadbiran pendidikan jasmani dan

sukan

Konsep dan definisi

pengelolaan, pengurusan dan

pentadbiran

Pengelolaan pendidikan jasmani dan

sukan

Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa

Perlembagaan organisasi badan

sukan kebangsaan

Pentadbiran organisasi

sukan

Pengendalian mesyuarat

Belanjawan dan pengurusan kewangan

Lawatan ilmiah

Page 3: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI DAN SUKAN E

1.1 Konsep dan definisi pengelolaan, pengurusan dan pentadbiran

Pengurusan sukan boleh ditakrifkan sebagai perlaksanaan kegiatan-kegiatan

yang perlu dalam sesebuah organisasi sukan bagi bertujuan untuk

mempastikan bahawa setiap individu bersatu tenaga untuk satu-satu matlamat

yang ditetpkan terlebih dahulu. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk

iaitu satu bidang usaha professional dimana wujud pelbagai karier pengurusan

yang berkaitan dengan sukan dan satu program persediaan akademik

professional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu

bidang yang wajib.

1.2. Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat

dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif

dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan

masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi

dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk

kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat

membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak

keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup

(quality of life ) dan keperluan asas manusia.

Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui

penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai,

masyarakat setempat dan masyarakat asing -

semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan

mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang

tidak mengasingkan diri.

3

Page 4: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada

keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

1.3. Apakah Pengurusan Sukan

Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan

mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam

organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan

sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan

perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan

budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi

atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan

sukan.

Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren

( 1972) ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber

manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

Mohd Saleh Aman ( 2005 ) menyatakan pengurusan sukan adalah

proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber

optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Secara

operasinya, pengurusan bermaksud mencari cara atau menyelesaikan

kerja.

1.4. Fungsi Pengurusan Sukan

Merancang

Seseorang individu berkemampuan untuk memandang ke hadapan,

mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan

dengan baik. Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas

konseptual yang kuat . Merancang adalah elemen yang sangat diperlukan

oleh organisasi sukan. Ini bertujuan supaya objektif organisasi dapat

ditentukan dalam jangka masa yang tertentu dan dapat mewujudkan tata cara

4

Page 5: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

yang baik. Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan

matlamat-matlamat organisasi bagi mmenentukan objektif-objektif program

dengan cara yang teratur dan bersedia menerima kemungkinan jika objektif

program tidak diterima keseluruhan organisasi. Tanggung jawab utama

seorang pengurus adalah menetapkan matlamat dan objektif dan

merencanakan bagaimana untuk mencapainya. Perancangan sama ada

dalam bentuk mengubal dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian,

ramalan dan strategi. Pengurus adalah Individu yang menggerakan matlamat

sesebuah organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan pelbagai

sumber yang ada seperti manusia, wang dan sumber-sumber konkrit.

Rajah Model Proses Mengurus

Mengawal

Pengurus yang cekap dan berkesan mestilah memastikan segala tindakan

anggota organisasi menggerakan organisasi yang didokongnya ke arah

matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana

prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan Ia perlu

memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasil

diperolehi. Fungsi utama

Menyediakan bajet

Mengarah

Mengelola

Menyediakan jadual pertandingan

Membuat keputusan

menilai5

Mengurus

Manusia

Wang

Sumber-sumber

Matlamat

Page 6: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.5. Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan

dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu

tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang

menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami

semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing.

Falsafah pengurusan pendidikan  jasmani  ialah satu aktiviti

mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk

menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek

dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal

yangmempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan

jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan

kemas dan sistematik.

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan

sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan

persahabatan serta memupu semangat toleransi kerjasama persefahaman

dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan

perlu berpegang kepada etika sukan.

1.6. Prinsip Pengurusan PendidikanJasmani

Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan

kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan

domain kognitif dan afektif.

Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan

menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin

harian serta dilaksanakan secara berterusan.

Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran

asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

berdasarkan tiga tunjang pembelajaran kecergasan, kemahiran dan

kesukanan.

6

Page 7: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat

mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa

menyertai pelbagai kegiatan fizikal

Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang

mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai

dengan norma-norma masyarakat

1.7. Definisi Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang

menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran

insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,

fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan Jasmani juga

bertujuan untuk menjadikanpelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui

pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan

kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu

melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu

proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek

domain sperti psikomotor, kognitif, efektif, sosial dan emosi. Melalui

pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami

sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Pendidikan Jasmani

adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya

membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan

kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).

Aktiviti pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan

aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik

bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan

kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat

utama Pendidikan jasmani iaitu:-

7

Page 8: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

“Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai

tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai

dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan

dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu

untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk

menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek

dan sosial maka melalui pendidikan Jasmani ke semua aspek ini boleh

dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan

di dalam Buku Panduan Guru PJK(1988).

1.8. Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu

melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani juga merupakan satu

proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi semua aspek domain

seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui pendidikan 8

Page 9: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri

pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang

holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat

menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Oleh

yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mana pelajaran

yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran

insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,

fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga

bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui

pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan

kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.9. Kurikulum Pendidikan Jasmani diMalaysia

Pendidikan jasmani merupakan matap elajaran teras di sekolah-sekolah di

Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam

sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi

aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi

keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk

masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,

Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat

9

Page 10: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi

terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan

menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani

kearah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup

sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang

kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi

meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

1.10. Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan

kesihatan dan perlakuan motor.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut

kemampuan diri

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan

semasa

menyertai pelbagai kegiatan fizikal.

Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran,

Pendidikan Jasmani,1999)

1.11. Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk

digunakan

Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

Menyediakan perancangan tahunan panitia

Memantau pengajaran pendidikan jasmani

Memeriksa buku latihan pelajar 

Merancang pembelian alatan untuk panitia

10

Page 11: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

Merancang latihan dalaman

1.12. Proses Dan Asas Pengurusan Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Pengurusan

Merupakan satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan

pengawalan usaha-usaha  anggota sesebuah organisasi serta

menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi

mencapai objektif yang telah ditetapkan peranan sebagai pengurus.

Fungsi Pengurusana. Perancangan ( Planning )Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam

aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktivit ipenetapan

matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.

Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan

ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan

berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk

dilaksanakan. Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa

bahagian iaitu:

i. Perancangan StrategikPerancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi

dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan

tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan

organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan.”

ii. Perancangan Operasi

11

Page 12: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi

melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan

kepada dua aspek:

Perancangan Jangka panjang dan Jangka PendekPerancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang

melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan

oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang

dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu

tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk

dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan

sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi

Perancangan Jangka Panjang.

iii. Perancangan BerfungsiPerancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang

dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai.

Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara

rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh

perancangan jenis ini adalah seperti:

Perancangan sumber manusia

Perancangan kewangan

Perancangan program pembangunan atlet  sekolah

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan Memikirkan idea yang baik

Memilih idea yang terbaik

Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea

anda

Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat

penting

Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan

boleh digunapakai

12

Page 13: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan

tindakan perancangan

Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai

Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu

Menentukan struktur organisasi

Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai

contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting

panduan ini boleh digunakan

Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik

Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint ) dan sebaiknya

dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat

Melaksanakan rancangan ini.

Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan

yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan

dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan

rujukan di masa hadapan

Faedah Perancangan Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat

Membantu organisasi menentukan masa hadapannya

Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan

Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

b. Pengelolaan (Organizing )

Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam

pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing.

Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau

digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara

kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi

pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan

pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing ).

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan

13

Page 14: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

i. Membahagikan Tugas Secara SpesifikKeberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada

pembahagian kepada tugasan secara spesifik kepada mereka

yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas

seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam

satu masa.Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah

organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya.

Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti

individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan

lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah

dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam

membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin

pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan

ii. Pembahagian Tugasan BerdasarkanKumpulan atau Unit KecilLangkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut

kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu

ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan

yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai

ketua unit kemudahan sukan dan latihan,tanggungjawab anda

adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa

yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau

pelaksanaan tugas.

iii. Memberikan Autoriti dan Tanggung jawab Setelah tugasan kepada kumpulandan unit-unit kecil telah

diberikan, seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan

tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfoliom

asing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan

pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa

yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke

bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas.

14

Page 15: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa

yang ada, ia datang secara bersama.Tanggung jawab ini

merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang

diterima.

iv. Menentukan “Span of Management ”“Span of Management ” bermaksud jumlah anggota yang akan

ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga

menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota

yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja,

manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang

kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.

v. Mengkoordinasi Sumber OrganisasiLangkah ini adalah yangterakhir dalam aktiviti pengelolaan,

mengkoordinasi sumber organisasi olehsemua anggota kumpulan

adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi

objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada

dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik

sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah

penggabungan, integrasi dan keseragaman

di antara kumpulan dan unit-unit lain.

Faedah Pengelolaan• Tindakan yang diambil akan lebih berkesan

• Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif

dan efisien.

• Membantu dan memudahkan prosesmeletak tugasan dan

tanggung jawab kepada individu yang berkenaan membantu

mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang

berkesan

C. Memimpin (Leading )

15

Page 16: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk

anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai

sesuatu matlamat yang diinginkan.

Peranan PemimpinBerikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi:

Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan

Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan

Runtuhkan segala halangan

Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala

kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk

keberkesanan organisasi.

D. Pengawalan (Control )Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan

dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam

setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua

tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik

perancangan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya

berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus.

Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu

pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan

penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk :.

i. Menetapkan Standard atau Piawai

Ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif asal sesebuah

organisasi. Standard merupakan garis panduan yang tetap dan

perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan menghantar

pasukan hoki ke sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan

yang dipilih perlu sekurang-kurangnya menjadi johan peringkat zon

atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti

pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang

boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang

terlibat dalam satu proses pengawalan.

16

Page 17: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ii. Pemantauan dan Pemeriksaan (Mengukur atau Menilai Prestasi )Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari

kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan

kedua-kedua kaedah ini.

Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan

menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala

mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan

pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh

bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula

berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan

berkesan dan tindak-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet

melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.

Rajah Carta Organisasi Sukan Sekolah

Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan

Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan

standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau

menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.

Tindakan Pembetulan

17

Pengetua

GPK Kokurikulum

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Guru Penasihat

Setiausaha Sukan

Page 18: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang

diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu

dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca

ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai

atau tidak realistik.

iv. Faedah Pengawalan

Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan secara efektif dan efisien.

Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit.

Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun

aktiviti pengurusan yang lembap.

1.13. Kemahiran Dalam Pengurusan Sukan

Definisi komunikasi

I a adalah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea dan sikap dari

seseorang kepada seseorang yang lain. Komunikasi adalah satu

proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda-tanda

maklumat. Komunikasi adalah satu proses penyampaian pesanan

daripada satu sistem kepada satu sistem yang lain. Satu rangkaian

proses yang halus yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi,

mengawal antara satu sama lain dan memperoleh kefahaman.

18

Page 19: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.13.1. Kemahiran berkomunikasi

Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat

secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus

dapat mempengaruhi kakitangan. Semua sistem sosial memerlukan

komunikasi untuk menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi

diperlukan manusia bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif

organisasi.

Seorang pengurus dijangka boleh memindahkan serta menyalurkan

maklumat dengan baik. Kemahiran ini termasuklah secara lisan seperti

pertuturan dan bukan lisan seperti bahasa gerak badan. Kemahiran ini

boleh dimajukan dengan mengamalkan teknik-teknik yang baik untuk

memperbaiki lagi kebolehan berkomunikasi. Ada syarikat yang

mempunyai harapan untuk maju tetapi lemah d i dalam penulisan

laporan, maka disediakan seorang setiausaha yang bijak menyusun

tulisan-tulisan laporan berbentuk teknikal untuk membantunya.

Komunikasi diperluaskan dengan tiga cara:

Hubungan Sehala (One-way communication down.)

Kebanyakan pentadbiran menggunakan cara ini. Tetapi ia tidak

dianggap sebagai alat komunikasi kerana tidak ada perhubungan

sedikit kefahaman bagi orang yang menerima.

Pentadbir cuba memastikan apakah staf mereka fikirkan.

Laporan, semakan segera, lawatan, soal-selidik, peti cadangan

digunakan oleh pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat

daripada staf mereka. Cara ini agak sempit dan tidak sempurna

Pengurusan partisipasi.

19

Page 20: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Ia melibatkan staf membuat keputusan dan ia seperti komunikasi yang

sebenar. Tetapi banyak halangan kepada pengurusan untuk membina

hubungan (rapport) dan keyakinan di kalangan staf untuk bercakap.

Jika staf mempertikai atau bertanya berkaitan dengan pengurusan dan

pentadbiran, biasanya boleh membawa padah kerana pihak

pengurusan tidak bersedia menerima situasi sedemikian.

Prinsip-prinsip asas bagi komunikasi yang berkesan Kejelasan. Penggunaan bahasa dan nada suara mestilah dapat difahami dan

didengari jelas.

Keringkasan.Ringkaskan k o m u n i k a s i supaya tidak berjela-jela hingga timbul rasa

bosan oleh pendengar.

Lengkap.Mesej yang hendak disampaikan hendaklah lengkap supaya penerima

tidak tertanya-tanya akan butir-butir selanjutnya.

Tepat.Menggunakan perkataan yang tepat serta ayat-ayat ayat bernas dan

jelas maksudnya.

Sopan.Perlu menitik beratkan soal kesopanan dan ketertiban. Penggunaan

panggilan yang betul terhadap seseorang.

Pentingnya komunikasi

i. Mencapai matlamat organisasi.la adalah satu cara yang dapat mengubah sesuatu kelakuan,

melaksanakan perubahan, menjadikan maklumat produktif dan

mencapai matlamat organisasi.

20

Page 21: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ii. Mendapat maklumat yang berkaitan.Ia sangat penting untuk mendapatkan pengetahuan tentang harga,

pertandingan, teknologi, pembiayaan dan sebagainya

iii. Operasi.Untuk menjalankan aktiviti dengan sempurna, semua atlet

memerlukan maklumat penuh. Staf yang suka bekerja dan

bertanggungjawab tidak suka penyediaan peraturan yang ketat.

Bila ada maklumat, mereka boleh menggunakannya sebagai asas

untuk bertindak dengan cara yang sesuai dan betul. Mereka boleh

menilai faktor kualiti dan waktu tanpa penyeliaan.

iv. Penilaian perseorangan.Pengurusan sukan perlu memberitahu atlet mengenai sumbangan

mereka dalam sukan. Ini adalah cara atlet mengetahui kedudukan

mereka dan bagaimana boleh diperbaiki. Maklumat seperti ini

dapat memberikan maklum balas kepada atlet meningkatkan

prestasi masing-masing. Penghargaan sangat penting dalam

menyumbangkan kepada meningkatnya semangat atlet.

v. Keselamatan peribadi.Pengurusan perlu memberi penerangan berkaitan keselamatan

atlet. Ini untuk mengurangkan kemalangan. Dari pandangan atlet

maklumat yang diberi mengenai keselamatan mereka adalah

penting dalam meningkatkan semangat bertanding.

vi. Disiplin.Disiplin adalah amat penting, komunikasi berperanan

memberitahu atlet berkaitan peraturan dan bentuk latihan

21

Page 22: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.13.2. Pengaliran Komunikasi Formal

Komunikasi dari atas ke bawah.

Mesej dan maklumat yang dihantar dari pihak pengurusan ke

subordinat. Pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk mengarahkan

sesuatu mesej bergerak ke bawah. Biasanya mengenai arahan dan

peraturan mengenai tugas seseorang atlet. la juga mengenai rasional

polisi yang menerangkan mengapa dan bagaimana tugas itu dapat

memberi sumbangan kepada pencapaian objektif organisasi.

Komunikasi dari bawah ke atas.

Ia bermula dari subordinat kepada pihak pengurusan. Cara ini dapat

menolong pengurusan menilai keberkesanan komunikasi dan mengenal

pasti masalah atlet.

Komunikasi mendatar.

Individu pada tahap yang sama boleh berhubung antara satu sama lain

seperti berkongsi masalah peribadi.

Kemahiran teknikal

Ia melibatkan keupayaan seseorang pengurus menggunakan kaedah,

prosedur dan teknik-teknik di dalam bidang khusus. Kemahiran ini boleh

diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal. Sebagai contoh,

pengurus atau pengerusi teknikal dikehendaki mempunyai kemahiran

dan pengetahuan berkaitan undang-undang, peralatan, ukuran padang

atau gelanggang untuk pertandingan.

22

Page 23: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Gelaran Jawatan Kemahiran Tekn ikal

Pengurus Kewangan

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Perjawatan

Pengurus Pemasaran

Urusan keluar masuk wang, penyimpanan rekod

Reka bentuk, proses kejuruteraan

Polisi persatuan sukan, skim gaji dan upah atau elaun pampasan

Gelagat pengguna, kajian pasaran, membuat ramalan

Jadual Perbezaan antara gelaran jawatan dengan Kemahiran teknikal

Teknologi dan teknikal merujuk kepada alat-alat yang manusia gunakan

bagi menjalankan sesuatu kerja. Teknologi membawa pengertian yang

sangat luas yang mencakupi unsur-unsur seperti automasi, mekanisasi

dan teknik. Pengurus-pengurus haru mempunyai darjah fleksibiliti

dalam memilih teknologi. Teknologi yang dipilih bersesuaian dengan

matlamat organisasi.

1.13.3. Kemahiran Konseptual

la bermaksud berkeupayaan berfikiran secara abstrak, memupuk idea

dan memahami organisasi secara keseluruhan. Ia melibatkan

pandangan pengurus terhadap masa hadapan dan menyedari pertalian

organisasi dengan dunia luar. Setiap unit dan fungsi dianggap boleh

menjejaskan bahagian yang lain. Pengurus perlu mengetahui pada

peringkat awal bagaimana menghadapi sesuatu perubahan. Kemahiran

ini agak jelas di antara seorang pengurus dengan pengurus yang lain

apabila kita melihat hasil keputusan yang diambil.

23

Page 24: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kemahiran konseptual adalah kemampuan untuk melihat organisasi

secara keseluruhan. la melibatkan pengecaman bagaimana

sesetengah fungsi organisasi bergantung antara satu sama lain dan

bagaimana perubahan dalam sesuatu unit organisasi boleh memberi

kesan pada organisasi.

Konsep ini bertambah penting dengan bertambahnya bilangan staf dan

skop organisasi. Organisasi yang besar memerlukan kemahiran

konseptual yang hebat.

1.14. Tanggungjawab Dalam Pengurusan Sukan (Fungsi Pengurusan)

a. Perancangan

la bermaksud bahawa individu itu berkemampuan memandang ke

hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan

pertimbangan dengan baik. Perancangan menitik beratkan "apa, di

mana, bagaimana, bila dan siapa yang perlu dilakukan".

Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas

konseptual yang kuat seperti yang terdapat dalam sistem masyarakat

seperti kebebasan berhimpun, berkumpulan dan konstitusionalisme

( pemerintahan berperlembagaan) .Kebebasan berhimpun adalah hak

yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya. Ini membolehkan

rakyat bebas melakukan aktiviti seperti perniagaan, pekerjaan dan

sebagainya. Berkumpulan boleh menggalakkan kreativiti dan inovasi di

kalangan mereka. Juga menggalakkan pengagihan kuasa di dalam

organisasi. Manakala konstitusionalisme adalah kerajaan yang telah

memastikan rakyatnya berhak untuk hidup dalam harmoni, bebas dan

mengumpul data.

Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamat-

matlamat organisasi bagi menentukan objektif-objektif program dengan

cara yang teratur dan bersedia menerima sebarang kemungkinan jika 24

Page 25: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

objektif program tidak diterima oleh keseluruhan

organisasi.Tanggungjawab utama seorang pengurus adalah untuk

menetapkan matlamat dan objektif dan merencanakan bagaimana cara

untuk mencapainya. Perancangan sama ada dalam bentuk menggubal

dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian, ramalan, strategi dan

deadlines.

b. Pengendalian atau pengorganisasian

la adalah pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur. Apabila objektif dan program sesebuah organisasi itu disediakan maka pihak pengurusan membentuk dan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat melaksanakan program-program tersebut.

Para pengurus perlu ada kebolehan untuk menentukan jenis organisasi yang boleh melaksanakan objektif yang ditentukan. Para pengurus perlu ada kebolehan untuk membangunkan organisasi terutamanya dari segi penstafan iaitu mengambil, menempat dan melatih personnel yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja organisasi.

Ia dapat menyatukan segala tindakan individu dan kumpulan yang ada dalam satu-satu organisasi dalam melaksanakan tugas untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Pembahagian kerja ini berkait rapat dengan kecekapan untuk menggunakan tenaga manusia dan sumber-sumber lain yang terhad.

c. Memimpin

Ekoran dari perancangan yang telah diatur, struktur organisasi ditentukan, kakitangan diambil dan dilatih. Para pengurus perlu mengatur pergerakan ke arah usaha-usaha untuk mencapai objektif . Usaha mengatur dikenali sebagai memimpin. mengarah. mendorong dan menggerakkan subordinat. la bertujuan supaya anggota dalam organisasi itu dapa melaksanakan kerja dengan cara yang teratur bagi mencapai kejayaan organisasi.

25

Page 26: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

d. Mengawal

Pengurus yang cekap dan berkesan mesti lah memastikan segala t indakan anggota organisasi menggerakkan organisasi yang didukungnya ke arah matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan. la perlu untuk memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasilnya diperoleh. Ia juga merupakan suatu tindakan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan j ika berlaku.

Fungsi utamanya adalah untuk menetapkan piawaian prestasi sukan, mengukur prestasi kerja semasa dan membandingkan dengan piawaian yang telah ditetapkan serta mengambi tindakan memperbaiki prestasi sukan yang tidak mengikut prestasi.

Melalui fungsi-fungsi ini para pengurus sukan dapat memastikan organisasi dapat bergerak mengikut landasan yang betul sehingga mencapai objektif yang ditentukan. Bila pengurus sukan dapat melaksanakan tugas-tugas utama pengurusan dengan cekap dan berkesan maka hasilnya dapat mengeluarkan output yang setimpal dengan meminimumkan kos sumber yang digunakan. la merupakan suatu fungsi yang penting dan mustahak dalam pengurusan apa jua pertubuhan.

e. Kakitangan atau staffing

Kakitangan yang bekerja adalah personnel yang berkelayakan dan

sesuai untuk organisasi. Tumpuan adalah perlu diberikan kepada

jumlah kakitangan yang perlu diambil, bakat tertentu, adab dan

peraturan yang diperlukan oleh kakitangan. Keberkesanannya adalah

bagaimana kakitangan dapat bekerjasama.

Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan dalam pertubuhan hendaklah

lebih kurang sesuai dengan kemampuan yang ada pada individu itu.

Kejayaan pertubuhan itu, banyak bergantung kepada pemegang

26

Page 27: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

jawatan yang tinggi motivasinya, kreatif, bertanggungjawab dan

mempunyai hubungan yang baik dengan berbagai golongan .

f. Pengarahan Atau Directing

Arahan memerlukan tindakan. Ia timbul bila pegawai atasan

memberikan arahan untuk bertindak atau diarah. Ia melibatkan bentuk

tindakan yang perlu dilakukan, bila perlu dimulakan dan bila perlu

berhenti. Pengarahan adalah autoriti ke atas kawalan dan dikawal oleh

pegawai tertentu. Ia wujud selepas peringkat persediaan awal yang

melibatkan perancangan, pengendalian dan pengumpulan personnel

dan sumber-sumber lain. Pengarahan adalah penting kerana bila

dilakukan dengan cekap dan berkesan, ia akan menggalakkan peluang

untuk berjaya. Jika dilakukan dengan cara yang tidak memuaskan hati,

ia boleh mengancam kemajuan dan kejayaan organisasi. Ia melibatkan

tingkah laku personnel yang di arah sama ada mereka menerima atau

tidak. Jumlah dan mutu pencapaian adalah bergantung kepada tindak

balas personnel terhadap arahan yang diterima oleh mereka. Fungsi

arahan dalam pengurusan adalah membimbing, menunjuk ajar dan

mengawasi ahli-ahli. Pengurus harus bertanggungjawab untuk

mendidik dan memajukan stafnya untuk menjadi lebih produktif dan

berkesan.

g. Koordinasi

Apabila saiz organisasi bertambah besar. masalah koordinasi juga

bertambah besar. Individu yang berada dalam jabatan atau organisasi

yang kecil lebih mudah urusan organisasi dan komunikasi yang baik di

kalangan mereka. Koordinasi amat diperlukan untuk melancarkan

segala tugas yang diarahkan.

h. Pelaporan

27

Page 28: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Pentadbiran bukan sahaja bertanggungjawab kepada pegawai

atasannya malah kepada pekerja-pekerjanya. Ia harus membuat

pelaporan dalam semua aspek kepada pegawai atasannya dan kepada

pekerjanya. Kemampuan menyampaikan laporan secara jelas, tepat

dan padat berkaitan dengan status pekerja atau jabatan adalah faktor

yang penting untuk keberkesanan pentadbiran.

i. Belanjawan

la melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan

program dan mengekalkan rekod bajet serta memantau sistem

perakaunan. Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan satu

rancangan kewangan yang dapat menerangkan cara mana duit

dibelanjakan, untuk apa ia dibelanjakan, bila ianya dibelanjakan dan

dari mana duit itu diterima. Belanjawan merupakan satu kenyataan

sumber kewangan yang formal yang diperuntukkan bagi melaksanakan

aktiviti yang telah dikenal pasti untuk satu jangka masa yang tertentu.

28

Page 29: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.15. Konsep utama Pengurusan Sukan

a. Autoriti

la bermaksud sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak.

la sebagai kuasa yang sah atau sebenar. iaitu ada hak untuk mengarah

dan bertindak. la merupakan kuasa yang selalu digunakan oleh

seseorang setelah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan.

Autoriti adalah kuasa untuk membuat keputusan yang membantu tindak

balas yang lain. Sebagai contoh. dalam Institusi Pendidikan. sumber

autoriti adalah negara atau Kementerian Pelajaran. Pihak kementerian

menurunkan autoriti kepada Pengarah Pelajaran dan seterusnya

kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan kepada Pengetua atau Guru

Besar.

Menurut Gross, The nature of authority in organizations adalah

mengandungi beberapa garis panduan organisasi yang terdiri dari;

menerima, meminta dan memindahkan beberapa maklumat.

membuat keputusan.

melakukan sesuatu tindakan melalui arahan dan cara lain.

menentukan jenis ganjaran atau dendaan.

b. Kuasa (Power)

Kuasa boleh mengubah sifat individu. Ia merupakan keupayaan untuk

mengarah dan mengawal. Ia mempunyai keupayaan untuk

menghasilkan tindakan membuat keputusan dan memulakan tindakan

dengan jangkaan bahawa staf telah mengikut peraturan atau arahan.

Jika mereka ingkar, maka pihak pentadbir mempunyai kuasa untuk

mengambil tindakan terhadap mereka.

29

Page 30: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kuasa adalah kekuatan yang tersembunyi yang dapat mengekal dan

menyokong autoriti pihak pentadbir. Sesetengah pentadbir mempunyai

ban yak kuasa atau sedikit atau tidak ada langsung kuasa pada

mereka. Kuasa yang hebat disebabkan oleh lamanya perkhidmatannya

dalam organisasi itu, prestij (martabat) dan kekaguman pengurusan di

dalam atau di luar organisasi serta mendapat sokong an dari pihak

atasan.

Ada pentadbir hanya pada nama sahaja tetapi tidak ada sebarang

kuasa. Ini kerana mereka mempunyai kuasa yang sedikit. Kuasa perlu

dicapai dengan usaha yang ada pada diri mereka.

c. Karisma

Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar

kemampuan. Jika individu menerima sesuatu jawatan atau status

kedudukan, biasanya autoriti diberikan kepada individu tersebut. Selain

daripada kuasa dan tanggungjawab serta autoriti, mereka ini harus

mempunyai karisma iaitu keupayaan merancang dan melakukan

sesuatu perkara di luar kemampuan tetapi berjaya dilakukannya.

d. Penurunan kuasa (Delegating)

la adalah satu-satunya strategi yang amat diperlukan untuk

ada peningkatan dalam pentadbiran sukan. Penurunan

kuasa bermaksud mengatur staf untuk melakukan tugasan

supaya mereka ada masa untuk mencerap dan menganalisis

maklumat dari organisasi atau dari luar dan membuat

sesuatu keputusan. Ada beberapa sebab berlakunya

kesukaran untuk menurunkan kuasa kepada staf. Biasanya

mereka yang dilantik adalah di kalangan pentadbir yang

terlalu berhati-hati, mereka ini akan berasa bersalah j ika

30

Page 31: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

meminta stafnya bekerja sedangkan diri mereka t idaklah

begitu sibuk.

Pentadbir ini adalah pekerja yang efektif dan mereka

merasakan t iada orang lain boleh melakukan kerja sebaik

mereka.Jika subordinat diberikan tugas atau autorit i

tertentu, pihak pentadbir akan melakukan kawalan

terhadapnya.

e. Akauntabiliti.

Seseorang yang dilantik oleh sesebuah organisasi, majikan ataupun

pentadbir hendaklah akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan

jayanya. Sikap akauntabiliti ini amat penting bagi memastikan

seseorang itu bertanggungjawab terhadap tugas atau menjalankan

amanah yang di bawa bagi melancarkan pentadbiran sesebuah

organisasi.

31

Page 32: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan

mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia

yang berkaitan dengan pengurusan sukan serta fungsi-fungsinya .

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan

kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

32

Page 33: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

33

Page 34: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.0 PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

2.1. Pengenalan Pentadbiran Organisasi SukanOrganisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki

tatacara peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti

pengurusan yang mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi

dengan sumber yang dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian

digabungjalinkan melalui kepimpinan dan aktiviti pengurusan yang berkesan

dan mantap.

2.2. Konsep Organisasi Konsep organisasi bermaksud gagasan,ciri, sifat sesebuah badan.

Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah,

matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan.

Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman

atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan dan

pengurusan.

Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal

perjalanan organisasi.

Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang

tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi

dalaman ataupun perhubungan luar.

Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya tersendiri.

Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara

satujawatan dengan yang lain.

Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang

melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa.

Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta

menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan

mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut.

Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan

perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan

aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut.

34

Page 35: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang

pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.

2.3. Definisi OrganisasiOrganisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara

sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki

pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai

organisasi:

Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat

menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan

mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui

pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan

tanggungjawab.

Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa

personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.

2.4. Matlamat OrganisasiBagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan dan

mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat

tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang

bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain

seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan.

Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana:

Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak

menyalahi undang-undang.

Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab

yang mesti dilaksanakan oleh organisasi.

Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi

semua kegiatan organisasi.

Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang

mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.

2.5. Ciri-Ciri Sebuah Organisasi

35

Page 36: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Organisasi Mempunyai Tujuan yang JelasOrganisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya

bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki

tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin

sukan di samping tugas utama nya mengembangkan jenis permainan

tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.

Autoriti BerhierarkiIni merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan

membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah

organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua

peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan

dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

Pemusatan PerintahSeseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima

perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja.

Delegasi TugasanSeorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam

menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia

perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya.

Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti

membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan

perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang

atasan setiap masa.

KebertanggungjawabanDalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab

sepenuhnya kepada pihak atasan.

Pembahagian Tugas

36

Page 37: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi

tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk

memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin

oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan.

Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap

anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan

urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang

diberikan.

Span of ManagementIni bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh

seseorang ketua perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan

kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi,

semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai

yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. 

Pemisahan TanggungjawabSetiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak

dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-

wenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari

seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut

bidang tugas.

KeseimbanganKeseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan

organisasi. Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di

sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi. Matlamat sesebuah

organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan.

Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang

dianjurkan juga akan lebih sederhana dan bersesuian dengan

fungsinya berbanding organisasi sukan peringkat negeri

ataupun kebangsaan.

37

Page 38: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

FleksibilitiOrganisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan

perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal

factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi

(external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya

dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.

KepemimpinanOrganisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan,

atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti

pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan

oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

2.6. Kepentingan Reka Bentuk Organisasi Dan Struktur

Berdaya SaingReka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan

kelebihan dalam aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan

kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus,

pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah

mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti

kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi

sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu

melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.

Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity )

  Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan

perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut

adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina,

latar belakang pendidikan dan sebagainya. Kepelbagaian banyak

mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan

pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi

38

Page 39: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor

kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses

membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak

langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan

yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika

membuat keputusan.

Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif Dan BerinovasiReka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang

penting dalam mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang

bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya

menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi

menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza,

seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan

menentukan seberapa cepat organisasi.

Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalam Persekitarannya

Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana

berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya

terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan

sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan

organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang

berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk

dan struktur organisasi yang baik dan boleh mencapai matlamatnya.

Membantu Organisasi Membangunkandan Melaksanakan Strategi

39

Page 40: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi  apa yang

menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi

organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang

baik dan berkesan. Melalui struktur organisasi, ianya berperanan

menjelaskan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh

setiap individu atau kumpulan di dalam organisasi dalam usaha mereka

mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

2.7. Bagaimana Untuk Memahami Sebuah Organisasi Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990)sesebuah organisasi sukan itu

adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan

ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki

struktur organisasi yang tersusun dan terarah

bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa

elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang

berkaitan:

Sebuah Institusi SosialKesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan

manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap

anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai

program dan aktiviti dalam organisasi tersebut

Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang

lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah, penglibatannya

secara terus (direct ) dalam sukan antaranya seperti pengendalian

latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya. Kita juga tidak

menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan

dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect )

sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya.

40

Page 41: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mempunyai Matlamat yang Ingin DicapaiSemua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada.

Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan

banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai

aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang

bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan

organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana

beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi.

Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada

individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara

kolektif.

Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem TersendiriSetiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya

yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil

lewa tetapi ianya merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan

sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri.

2.8. Pengendalian Mesyuarat

Pendahuluan

Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala

antara individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan dengan tujuan

untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah

berbangkit, membuat keputusan, memberikan maklumat dan

mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik

dikendalikan dalam suasana yang baik, bersopan dan beradab. Semua

butir percakapan akan direkodkan untuk semakan, rujukan dan

tindakan selanjutnya. Kejayaan sesuatu mesyuarat itu pula banyak

bergantung pada persediaan dan penglibatan ahli-ahli yang hadir, sama

41

Page 42: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ada sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli biasa atau ahli yang

diundang.

Organisasi Mesyuarat

Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal

ini melibatkan penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa

pengurusan mesyuarat yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha,

bendahari dan ahli mesyuarat.

Penentuan Butiran Mesyuarat

Sebelum mesyuarat, perkara-perkara yang berikut perlu diambil

kira.

Tarikh

Tarikh yang sesuai ditetapkan dan dimaklumkan kepada semua

ahli yang terlibat terlebih dahulu supaya mereka sempat

membuat persediaan.

Masa

Masa juga hendaklah sesuai supaya hal-hal yang akan

dibincangkan dapat dijalankan dengan sempurna.

Tempat

Tempat yang selesa memang diperlukan untuk aktiviti

mesyuarat. Jika bilangan anggota mesyuarat tidak ramai, eloklah

dijalankan mesyuarat dalam susunan duduk yang membolehkan

interaksi secara terbuka. Misalnya, mesyuarat meja bundar

dengan pengerusi dan setiausaha duduk bersebelahan anggota

mesyuarat yang lain.

KehadiranBilangan orang yang akan menghadiri mesyuarat telah

ditetapkan terlebih dahulu. Jika sesuatu mesyuarat diadakan

untuk membuat keputusan, bilangan yang hadir perlulah tidak

kurang daripada tiga perempat jumlah semua ahli. Jika jumlah itu

kurang daripada tiga perempat, mesyuarat tidak boleh membuat

keputusan tetapi boleh mengadakan perbincangan.

42

Page 43: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

AgendaAgenda ialah senarai perkara yang dikemukakan untuk

perbincangan dalam mesyuarat. Lazimnya, agenda mesyuarat

sekurang-kurangnya mesti mengandungi:

o Ucapan alu-aluan pengerusi.

o Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.

o Perkara-perkara berbangkit.

o Hal-hal lain.

Pengerusio Perlu memiliki sifat peribadi yang tenang dan peramah, boleh

berfikir secara objektif, berpengetahuan cukup tentang

tatacara mesyuarat, mesra dan berkeupayaan mengawal diri.

o Beberapa peraturan asas dalam mempengerusikan

mesyuarat:

Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir dalam

sesuatu mesyuarat.

Keputusannya tentang tatacara mesyuarat adalah

muktamad.

Jika ahli mesyuarat hilang kepercayaan kepada seseorang

pengerusi cara untuk menyingkirnya adalah seperti yang berikut :

Seorang ahli mesyuarat mesti mengemukakan satu

ketetapan, “Bahawa mesyuarat ini hilang

kepercayaan kepada pengerusi.”

Ketetapan tersebut perlu disokong dan

dikemukakan kepada mesyuarat oleh

setiausaha.

Jika ketetapan ini mendapat sokongan majoriti,

pengerusi mesti mengosongkan kerusinya.

Mesyuarat perlu mengambil keputusan sama

ada ditangguhkan atau melantik pengerusi baru.

43

Page 44: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Undi tidak percaya hanya berkuat kuasa untuk satu

mesyuarat .

o Pengerusi mempunyai undi pemutus untuk digunakan

apabila keputusan undi antara yang menyokong dan

membangkang sesuatu ketetapan adalah seri atau sama.

o Jika pengerusi bertanding untuk mempertahankan

kedudukannya sebagai pengerusi, dia tidak boleh

mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa pengundian

sedang dijalankan. Naib pengerusi atau seorang pengerusi

sementara akan mengambil alih tempatnya. Sekiranya dia

dilantik semula, dia bolehlah mempengerusikan semula

mesyuarat seterusnya jika disetujui oleh ahli-ahli mesyuarat.

o Pengerusi perlu berdiri apabila bercakap dalam mesyuarat

kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.

o Pengerusi perlu menegaskan setiap soalan, komen atau

pandangan yang dikemukakan oleh hadirin atau

jawatankuasa

o mestilah ditujukan kepada pengerusi dan bukan kepada

orang tertentu dalam mesyuarat. Kecuali dalam mesyuarat

jawatankuasa, seseorang yang berucap hendaklah berdiri

dalam setiap jenis mesyuarat. Apabila seseorang ahli

mesyuarat sedang berucap kepadanya, pengerusi perlu

duduk kerana peraturan menentukan bahawa tiada sesiapa

pun dibenarkan bercakap ketika pengerusi sedang berdiri.

Ahli-ahli mesyuarat dan jawatankuasa hendaklah

menggunakan pe mbuka kata yang betul untuk memulakan

ucapan.

o Pastikan mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya dan

ditangguhkan secara rasmi supaya setiap ahli yang hadir

tahu bahawa mesyuarat tersebut telah tamat Pengerusi

perlu berhubung rapat dan bekerjasama dengan setiausaha

44

Page 45: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi:

Belajarlah bercakap sesuatu keadaan dengan tenang walaupun

boleh menyakitkan hati. Hindarkan ketidaksabaran atau

menggunakan bahasa yang kasar khasnya kepada mereka

Tonjolkan diri dengan air muka yang manis dan berhati-hati

supaya

tidak tertidur semasa mendengar ucapan yang membosankan.

Berpakaian kemas dan bersopan.

Jangan tunjukkan kegelisahan diri kerana sikap ini akan

mengganggu ketekunan para hadirin.

Jangan bersandar di meja – hal ini akan menyebabkan seorang

pengerusi kelihatan lemah dan menimbulkan rasa kurang yakin

kepada suara seseorang pengerusi.

Peranan setiausaha

Seseorang setiausaha seharusnyalah penyelenggara yang baik,

berdisiplin dan kemas kerjanya, jelas dan tenang pemikirannya

serta peramah dan bijak.

Antara tugas penting beliau ialah Menguruskan sesuatu

mesyuarat, Membuat agenda bersama pengerusi , mencatat

minit-minit mesyuarat, menulis laporan tahunan, melaksanakan

semua arahan jawatankuasanya

memberikan maklumat kepada setiap ahli yang memerlukannya

dan Surat-menyurat.

Peranan Bendahari

Tanggungjawab bendahari adalah tentang hal-hal kewangan

bagi sesebuah persatuan. Antara tugasnya ialah mengutip

yuran, menyediakan simpan kira Membayar bil-bil, menasihati

ahli-ahli jawatankuasa tentang kedudukan, kewangan bagi

45

Page 46: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

sesebuah persatuan, menyediakan penyata kira-kira untuk

mesyuarat agung tahunan.

Sentiasa menyediakan penyata kewangan terkini yang ringkas

untuk kegunaan setiausaha membentangkannya pada setiap kali

mesyuarat jawatankuasa. Beliau tidak perlu hadir pada setiap

kali mesyuarat diadakan.

Satu kunci kira-kira eloklah disediakan pada setiap tiga atau

enam bulan sekali bagi menyenangkan kerja menyediakan

penyata kirakira tahunan untuk kegunaan mesyuarat agung

tahunan nanti.

Peranan ahli jawatankuasa dan anggota mesyuarat

Ahli jawatankuasa atau anggota mesyuarat perlu mengambil

bahagian terhadap sebarang perkara yang dibincangkan dalam

mesyuarat dengan memberikan pandangan sendiri atau

menimbulkan pertanyaan untuk penjelasan lanjut.

Jika mesyuarat yang dihadiri melibatkan keputusan, ahli

jawatankuasa atau ahli-ahli yang hadir berhak untuk mengundi.

2.9. Jenis Mesyuarat Dan Cara Mengendalikannya

Mesyuarat jawatankuasa

Sesebuah persatuan atau organisasi dikendalikan oleh satu

jawatankuasa yang dilantik menerusi mesyuarat agung. Jawatankuasa

ini dipanggil jawatankuasa kerja atau jawatankuasa induk.

Jawatankuasa ini boleh mewujudkan jawatankuasa kecil untuk

menjalankan tugas-tugas khas.

Mesyuarat Agung

46

Page 47: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mesyuarat agung lazimnya diadakan sekali setahun. Tujuannya adalah

untuk membentangkan aktiviti tahun lalu, meluluskan penyata kira-kira,

merancang kegiatan tahun hadapan, memilih ahli-ahli jawatankuasa

kerja yang baru dan meluluskan cadangancadangan yang

dikemukakan. Semua pemberitahuan atau notis mesyuarat agung

hendaklah dihantar kepada semua ahli, iaitu 14 hari sebelum

mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Mesyuarat ini diadakan kerana keperluan yang mendesak daripada

ahli-ahli yang mahukan pertukaran jawatan semua ahli jawatankuasa

induk, perubahan perlembagaan persatuan secara mendadak,

penyelesaian masalah kewangan yang mendesak atau hilang

kepercayaan seluruh ahli jawatankuasa yang lama.

Mesyuarat Khas

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu penting

yang dibangkitkan semasa mesyuarat jawatankuasa diadakan.

Misalnya, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hari Ucapan dan

Penyampaian Hadiah Tahunan sekolah telah memutuskan untuk

mempercepat tarikh majlis tersebut lalu setiausaha diarahkan oleh

pengerusi memanggil mesyuarat khas.

Mesyuarat Tergempar

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu dan

memerlukan kata putus segera daripada ahli-ahli jawatankuasa.

Misalnya, melucutkan keahlian anggota yang melanggar disiplin atau

mencemarkan nama baik persatuan atau rganisasi. Belanjawan dan

Pengurusan Kewangan

47

Page 48: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Minit Mesyuarat

Tugas setiausaha yang utama ialah mencatat segala perkara yang

dibincangkan dan keputusan yang diambil dalam sesuatu mesyuarat

atau ringkasnya dikatakan sebagai minit mesyuarat. Oleh itu,

setiausaha perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik supaya minit

mesyuarat yang dinyataka

Ciri-ciri minit mesyuarat yang baik:

Penulisan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Semasa menulis minit

mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan

yang dibuat berdasarkan keputusan ahli-ahli mesyuarat.

Misalnya:Mesyuarat telah bersetuju untuk menerima. Mesyuarat telah

dimaklumkan bahawa. Dalam hal-hal yang memerlukan tindakan, nama

atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan perlu dicatat. Waktu

ditangguhkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat dan

perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan bukannya ditamatkan

kerana mesyuarat akan disambung pada masa akan datang, melainkan

mesyuarat itu ialah mesyuarat yang terakhir. Pada bahagian

akhir/penutup mesyuarat, hendaklah dicatatkan nama dan jawatan

penyedia minit mesyuarat serta nama dan jawatan orang yang

mengesahkan minit mesyuarat itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan

ahli-ahli mesyuarat.

2.10. LAWATAN ILMIAH KE AGENSI-AGENSI SUKAN NEGARA

48

Page 49: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.11. Agensi Sukan Nasional

Kementerian Belia dan Sukan

Majlis Sukan Negara

Majlis Olimpik Malaysia

MSSM

Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia

2.12. Agensi Sukan AntarabangsaAgensi sukan di peringkat antarabangsa menyelaraskan semua

pentadbiran dan program pembangunan serantau serta

ertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman

permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat

dunia.

FIFA :  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa 

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa  The Federation

Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan

penubuhannya pada 21May 1904 di Paris. Idea penubuhan

badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan

Football Association (FA) diEngland sejak tahun 1863.

IAAF : Persekutuan olahraga amatur  antarabangsa

49

Page 50: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persekutuan olahraga amatur  antarabangsa Amateur  Athletic

Federation (IAAF) adalah merupakan badan

utama antarabangsa mengawal selia aktiviti sukan olahraga di

peringkat antarabangsa.

FIH : Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Penubuhan menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan

hoki di dunia. Penubuhan bada nantarabangsa yang pertama

untuk sukan hokit telah diinspirasikan penubuhannya oleh

Persatuan Hoki England dan Belgium. Pada tahun 1909 di

mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan

udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa

50

Page 51: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

ITF : Persekutuan Tenis Antarabangsa

ITF merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab

kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di

peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh

203 persatuan tenis diseluruh dunia termasuk Malaysia. ITF

diperingkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama

IRB :

IRB bertanggungjawab terhadap  perkembangan dan

pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia.

Kementerian Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam

pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan 51

Page 52: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian

Kebudayaan di bawahKementerian Kebajikan Masyarakat dalam

tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan

dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan

Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu

Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa

pentingnya peranan yang dimainkan oleh

Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks

pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek

penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan

dibawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian

Kebudayaan, Belia  dan  Sukan  pada 1972. Pada 20 Mei 1987,

Kementerian  ini  sekali  lagi berubah, di mana Bahagian

Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan

pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian

Belia dan Sukan Malaysia Fungsi:

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam pembangunan

Belia dan Sukan

Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi

membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya

maju dan mempunyai daya kepimpinan baik melalui berbagai

program yang diadakan diperingkat daerah, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa

Melengkapkan beliadengan latihan, kemahiran

vokasional , sifat keusahawanan dapat berdikari melalui

kursus secara formal di Institut-Institut Kemahiran Belia

Negara (IKBN).

Tingkatkan rakyat amalkan cara hidup sihat melalui konsep “

Sukan Untuk Semua “ dan "Malaysia Cergas"

Tingkatkan kecemerlangan sukan di peringkat Kebangsaan

dan Antarabangsa.

52

Page 53: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Berkualiti bagi keperluan industri negara lahirkan tenaga kerja mahir.

Majlis Sukan Negara ( MSN ) Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta

Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan

Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya

telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b.

Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21

Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi

diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian

Belia Dan Sukan ketika itu). Fungsi Majlis Sukan Negara :

Bertanggungjawab ke arah penggalakan, pembangunan

dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di

pertandingan di peringkat tertinggi.

Memaju dan mempertingkatkanprestasi atlet Negara

daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi

menyertai pertandingan-pertandingan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran

jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan

tempatan.

Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di

bidang sukan peringkat negeri dan daerah.53

Page 54: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat

nasihat kepakaran, dokumentasi, perpustakaan,

penyelidikan sains serta perubatan sukan.

Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet,

jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan kearah

peningkatan prestasi yang tinggi.

Peranan Dan Tanggungjawab MSN

Program Pembangunan Atlet

Khidmat Sains dan PerubatanSukan

Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan

Pengurusan dan Kepegawaian Sukan

Kemudahan Sukan

Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan

Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada

Persatuan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia ( MOM )

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan

pendaftarannya pada tahun 1953sebagai sebuah badan bukan

kerajaandi bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah

wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM

kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah

pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

54

Page 55: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang yang

diiktiraf penglibatan diiktiraf dan penyertaannya dalam

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC dan Persekutuan

Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954

melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam

penyertaan disukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf

oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh

beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:

Association of National Olympic Committee (ANOC)

Olympic Council of Asia (OCA)

Southeast Asian Games Federation (SEAGF)

Commonwealth Games Federation(CGF)

International Assembly of National Confederation of Sports.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada

tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia. Ianya yang ditubuhkan dibawah Kementerian

Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM:

Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur

aktiviti-aktiviti sukan.

Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan

sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan

antarabangsa.

55

Page 56: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan

kepegawaian sukan sekolah.

Menyelaras segala kaedah dan undang-undang

pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan

negeri.

Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau

pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu.

Fungsi MSSM:

memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung

perkara -perkara pembangunan dan pengurusan sukan.

mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan

kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan

mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia

atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang

berkaitan dengan hal ehwal sukan.

Struktur Organisasi MSSMOrganisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali

sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia. Lembaga ini boleh menubuhkan jawatankuasa

atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri.

Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti :

Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada

kelancaran fungsi MSSM.

Jawatankuasa Kewangan MSSM

yang mentadbir kewangan MSSM.

Menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga

Pengurusan.

Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi

MSSM di peringkat negeri.

Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri

daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara

yang dipertandingkan di eringkat MSSM.

56

Page 57: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.13. Persatuan-Persatuan Sukan Dimalaysia

Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

Kongres Tenpin Boling Malaysia merupakan persatuan sukan

kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan

ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan

dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan

ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya diperingkat

antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan

Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation Internationaldes

Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak

dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat

disamping keutamaan cemerlang dalam setiap

penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan

ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat

yang menaja program. Melalui program “Partner in Sports”

persatuan ini mendapat sumbangan koperat dan

tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd disamping bantuan penajaan

lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn

Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines dan Antioni Sdn Bhd.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM )

57

Page 58: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia

sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula

dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar

Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor

menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan

seterusnya diikuti  oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau

Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan

padatahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O

Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan

keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang

sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM

146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli

gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union

Cycliste Internationale – UCI) dan pada masa yang sama

diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan

Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan

sepenuhnya apabila sukan in dipertandingkan di dalam Temasya

Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima

melalui Program Jaya menyediakan atlet ke arah Sukan

Komanwel dan Sukan Asia. Program ini telah dimulakan sejak

tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program

Gemilang 2006. Sebahagian dari atlet yang dikumpulkan

ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun1999 iaitu

ketika persiapan ke SEA 2001. Pendaftaran semula

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta

Pembangunan Sukan 1997 dimana nombor pendaftarannya

ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.58

Page 59: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Persatuan Badminton Malaysiamerupakan badan induk yang utama

kepada sukanbadminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan

kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi

Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia.  Persatuan ini

telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta

Pembangunan Sukan1997. Antara objektif utama Persatuan

Badminton Malaysia (BAM) adalah:

Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada

kemajuan sukan badminton di Malaysia.

Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan

yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain.

Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan

kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan

dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.

Sedaya upaya menangani isu-isuyang bersangkutan dengan

pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan

dengan isu-isu semasa.

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM )

59

Page 60: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang

mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab

bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di Malaysia. Bola

sepak tiba di Malaya pada masa itu dan di bawa oleh orang-orang

British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari

permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi

permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19,

bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab

sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun

Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan

hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur

sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak

Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang

iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola

sepak negeri di Malaysia.

60

Page 61: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan

mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia

yang berkaitan dengan agensi-agensi sukan .

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan

kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

61

Page 62: 08 (a) isi pelajaran   interaksi  1

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

62

62