Post on 02-May-2023
1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun
instrumen yang dimainkan secara beramai-ramai. Contoh yang mudah
adalah nasyid, rekorder ensembel, koir, gamelan, band dan lain-
lain. Ini bermakna Ensembel ialah kumpulan muzikal yang merangkumi
sekumpulan dari dua atau lebih pemuzik yang memainkan alat-
alat muzik atau muzik vokal. Dalam setiap jenis muzik atau genre,
jenis-jenis yang berbeza dari setiap ensembel telah berkembang
mengikut saiz dan komposisi muzik. Begitu juga repertoir lagu-
lagu atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel.
Di dalam muzik klasik, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain
secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan
menggunakan alat-alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan
alat muzik tiupan atau bermain alat-alat muzik tersebut secara
berkumpulan.
Gamelan pula berasal dari bahasa Jawa “gamel” bermaksud pemukul
dan “bergamelan’ bermaksud memainkan peralatan muzik secara
dipukul, dipalu atau ditabuh. Di Malaysia gamelan di definisikan
sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang
popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika
pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Di Malaysia perkataan
gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang
dipalu. Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan
Terengganu dan Gamelan Johor. Gamelan Terengganu dianggap sebagai
gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama manakala gamelan
Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan
Jawa. Gamelan Terengganu berskel pentatonic biasanya dimainkan
mengiringi tarian manakala Gamelan Johor berskel slendro
dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.
Secara keseluruhannya, ensambel gamelan membawa maksud satu
kumpulan muzik gamelan lebih daripada satu instrument memainkan /
membunyikan alat muzik tersebut secara harmoni bagi menghasilkan
suatu karya yang sedap didengari. Ensambel gamelan biasanya
dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan
untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada
lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai
enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong
Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I
dan Saron Baron II, Gambang serta juga Kenong.
2.0 Sejarah Dan Latar Belakang Gamelan Melayu
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan
metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan
terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia
dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan
Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih
dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel",
bermaksud memukul ataupun tukul.
Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari
istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan
bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrument muzik
gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811 bagi
menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang,
Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera
sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III(1761-
1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan
dikenali sebagai 'Joget Pahang'. Malah turut disaksikan oleh
Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu
istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) di Pekan, Pahang
pada tahun 1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya
berjudul 'A Malay Nautch'.
Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget
Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri
Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari
Terengganu pada 1885. Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini
tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik
kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu
dengan meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa
penari.
Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal
Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam
pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang
dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan
gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-
Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914,
tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget
Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke
Terenngganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan
Mariam, dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku
Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang
meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan
Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan minat terhadap muzik
gamelan.
Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan
kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan khidmat bekas
pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain
gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin
latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah
ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman
bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan
sendiri pada 1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di
Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang
mengandungi huraian dan lakaran tarian gamelan, yang kini menjadi
rujukan sejarah dan tradisi gemelan Melayu. Dikatakan terdapat 95
buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah
bersama tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut
merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala selebihnya
diperkembangkan sewaktu di Terengganu. Walau bagaimanapun,
gamelan Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II
menular ke Tanah Melayu pada 1941, diikuti dengan kemangkatan
penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942. Sejak
itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang
menjadi kediaman Tengku Ampuan Mariam.
Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu,
menjumpai set gamelan tersebut sewaktu melawat Istana Kolam,
lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan
semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan
binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana
ditugaskan melatih penari baru serta menari bersama, sementara
bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat) melatih
muzik. Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes
Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama
di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang
berlansung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun1969.
Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan
di Universiti Malaya pada tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni
Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari generasi baru.
Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan
diajarkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di
serata Malaysia sehingga dikenali sebagai 'Gamelan Melayu'. Pada
1973, set gamelan di Istana Kolam telam diserahkan kepada
kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di
Pekan, Pahang. set gamelan inilah yang menjadi rujukan bagi
instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong,gambang, saron
kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar serta 3
biji kenong.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik
Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama
puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam
amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di
bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah
Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk
bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan
Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang,
Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan
dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas
pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terenganu yang
dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan
permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan
tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,
togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan
Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara
Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget
Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman
penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942.
Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set
gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set
gamelan telah dikembalikan ke Pahang, 1973 setelah berlakunya
tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan
kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan
kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
3.0ALAT – ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU
Di dalam alat muzik gamelan, terdapat beberapa alatmuzik yang
berbeza pic dan fungsinya. Dari segi penggunaan alat muzik juga
berbeza. Ini dapat dilihat dalam permainan gamelan oleh kumpulan
gamelan daripada Johor dan Terengganu dimana gamelan Johor
memainkan 9 alat muzik gamelan manakala Gamelan Terengganu pula
memainkan 7 buah alat.
3.1 Bonang
Bonang terdiri dari keluarga idiofon yang terdiri dari 10 buah
bonang yang disusun dua baris dan diperbuat dari campuran
tembaga. Merupakan alat utama dalam ensemble gamelan yang
memainkan melodi serta melodi tambahan. Di ketuk dengan
menggunakan dua pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu
disaluti tali atau kain.
3.1.1 BONANG PENERUS
Gambang terdiri daripada keluarga idiofon. Terdiri dari
susunan bilah yang diperbuat dari kayu juga merupakan alat
utama memainkan melodi dan melodi tambahan. Di ketuk dengan
menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk
atau rotan serta kayu. Ia juga berfungsi sebagai resonator.
Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang
dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih
mantap. Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai
alat melodi. Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan
dengan mengetuk notasi satu oktaf, contohnya 1 dan i, 2 dan
2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang
memainkan not kuaver. Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas
bagi menghasilkan bunyi.