ASSIGMENT GAMELAN

13
1.0 PENDAHULUAN Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun instrumen yang dimainkan secara beramai-ramai. Contoh yang mudah adalah nasyid, rekorder ensembel, koir, gamelan, band dan lain- lain. Ini bermakna Ensembel ialah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua atau lebih pemuzik yang memainkan alat- alat muzik atau muzik vokal. Dalam setiap jenis muzik atau genre, jenis-jenis yang berbeza dari setiap ensembel telah berkembang mengikut saiz dan komposisi muzik. Begitu juga repertoir lagu- lagu atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel. Di dalam muzik klasik, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan menggunakan alat-alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan atau bermain alat-alat muzik tersebut secara berkumpulan. Gamelan pula berasal dari bahasa Jawa “gamel” bermaksud pemukul dan “bergamelan’ bermaksud memainkan peralatan muzik secara dipukul, dipalu atau ditabuh. Di Malaysia gamelan di definisikan sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Di Malaysia perkataan gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang dipalu. Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan Johor. Gamelan Terengganu dianggap sebagai gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama manakala gamelan Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan

Transcript of ASSIGMENT GAMELAN

1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun

instrumen yang dimainkan secara beramai-ramai. Contoh yang mudah

adalah nasyid, rekorder ensembel, koir, gamelan, band dan lain-

lain. Ini bermakna Ensembel ialah kumpulan muzikal yang merangkumi

sekumpulan dari dua atau lebih pemuzik yang memainkan alat-

alat muzik atau muzik vokal. Dalam setiap jenis muzik atau genre,

jenis-jenis yang berbeza dari setiap ensembel telah berkembang

mengikut saiz dan komposisi muzik. Begitu juga repertoir lagu-

lagu atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel.

Di dalam muzik klasik, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain

secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan

menggunakan alat-alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan

alat muzik tiupan atau bermain alat-alat muzik tersebut secara

berkumpulan.

Gamelan pula berasal dari bahasa Jawa “gamel” bermaksud pemukul

dan “bergamelan’ bermaksud memainkan peralatan muzik secara

dipukul, dipalu atau ditabuh. Di Malaysia gamelan di definisikan

sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang

popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika

pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Di Malaysia perkataan

gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang

dipalu. Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan

Terengganu dan Gamelan Johor. Gamelan Terengganu dianggap sebagai

gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama manakala gamelan

Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan

Jawa. Gamelan Terengganu berskel pentatonic biasanya dimainkan

mengiringi tarian manakala Gamelan Johor berskel slendro

dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.

Secara keseluruhannya, ensambel gamelan membawa maksud satu

kumpulan muzik gamelan lebih daripada satu instrument memainkan /

membunyikan alat muzik tersebut secara harmoni bagi menghasilkan

suatu karya yang sedap didengari. Ensambel gamelan biasanya

dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan

untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada

lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai

enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong

Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I

dan Saron Baron II, Gambang serta juga Kenong.

2.0 Sejarah Dan Latar Belakang Gamelan Melayu

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan

metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan

terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia

dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan

Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih

dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel",

bermaksud memukul ataupun tukul.

Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari

istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan

bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrument muzik

gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811 bagi

menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang,

Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera

sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III(1761-

1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan

dikenali sebagai 'Joget Pahang'. Malah turut disaksikan oleh

Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu

istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) di Pekan, Pahang

pada tahun 1875, seperti  yang diceritakan dalam penulisannya

berjudul 'A Malay Nautch'.

Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget

Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri

Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari

Terengganu pada 1885. Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini

tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik

kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu

dengan meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa

penari.

Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal

Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam

pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang

dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan

gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-

Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914,

tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget

Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke

Terenngganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan

Mariam, dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku

Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang

meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan

Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan minat terhadap muzik

gamelan.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran

Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan

kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan khidmat bekas

pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain

gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin

latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah

ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman

bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan

sendiri pada 1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di

Istana Maziah, Kuala Terengganu. 

Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang

mengandungi huraian dan lakaran tarian gamelan, yang kini menjadi

rujukan sejarah dan tradisi gemelan Melayu. Dikatakan terdapat 95

buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah

bersama tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut

merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala selebihnya

diperkembangkan sewaktu di Terengganu.  Walau bagaimanapun,

gamelan Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II

menular ke Tanah Melayu pada 1941, diikuti dengan kemangkatan

penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942. Sejak

itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang

menjadi kediaman Tengku Ampuan Mariam.

Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu,

menjumpai set gamelan tersebut sewaktu melawat Istana Kolam,

lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan

semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan

binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana

ditugaskan melatih penari baru serta menari bersama, sementara

bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat) melatih

muzik. Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes

Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama

di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang

berlansung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun1969.

Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan

di Universiti Malaya pada tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni

Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari generasi baru.

Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan

diajarkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di

serata Malaysia sehingga dikenali sebagai 'Gamelan Melayu'. Pada

1973, set gamelan di Istana Kolam telam diserahkan kepada

kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di

Pekan, Pahang. set gamelan inilah yang menjadi rujukan bagi

instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong,gambang, saron

kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar serta 3

biji kenong.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik

Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama

puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam

amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di

bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah

Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk

bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan

Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang,

Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan

dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

 Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas

pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terenganu yang

dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan

permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan

tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,

togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan

Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara

Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget

Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

 

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman

penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942.

Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set

gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set

gamelan telah dikembalikan ke Pahang, 1973 setelah berlakunya

tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan

kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan

kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

 3.0ALAT – ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU

Di dalam alat muzik gamelan, terdapat beberapa alatmuzik yang

berbeza pic dan fungsinya. Dari segi penggunaan alat muzik juga

berbeza. Ini dapat dilihat dalam permainan gamelan oleh kumpulan

gamelan daripada Johor dan Terengganu dimana gamelan Johor

memainkan 9 alat muzik gamelan manakala Gamelan Terengganu pula

memainkan 7 buah alat.

3.1 Bonang

Bonang terdiri dari keluarga idiofon yang terdiri dari 10 buah

bonang yang disusun dua baris dan diperbuat dari campuran

tembaga. Merupakan alat utama dalam ensemble gamelan yang

memainkan melodi serta melodi tambahan. Di ketuk dengan

menggunakan dua pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu

disaluti tali atau kain.

3.1.1 BONANG PENERUS

3.1.2 BONANG BARONG

3.2 GAMBANG

Gambang terdiri daripada keluarga idiofon. Terdiri dari

susunan bilah yang diperbuat dari kayu juga merupakan alat

utama memainkan melodi dan melodi tambahan. Di ketuk dengan

menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk

atau rotan serta kayu. Ia juga berfungsi sebagai resonator.

Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang

dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih

mantap. Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai

alat melodi. Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan

dengan mengetuk notasi satu oktaf, contohnya 1 dan i, 2 dan

2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang

memainkan not kuaver. Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas

bagi menghasilkan bunyi.

3.2.1 GAMBANG

3.2.2 PEMUKUL GAMBANG