Post on 29-Dec-2015
description
“Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan”
1.0 PENDAHULUAN
Mempelajari sejarah secara kritis, atau menulis sejarah secara ilmiah, akan mendorong
meningkatkan jati diri dan keyakinan orang yang bersangkutan. Hal itu disebabkan oleh
beberapa hal, antara lain, Pertama, sejarah sebagai ilmu menjelaskan latar belakang terjadinya
suatu peristiwa. Ternyata penyebab terjadinya suatu peristiwa tidak hanya satu faktor, melainkan
beberapa faktor yang saling berkaitan (kekuatan sejarah). Contoh, terjadinya Peristiwa 13 Mei,
bererti sejarah mendidik kita berfikir 2 hala(multidimensional), bukan berfikir secara sehala
sahaja. Kedua, sejarah sangat memperhatikan waktu (kronologis-diakronis). Bererti sejarah
mendidik kita memiliki daya ingatan dan konsentrasi untuk memperhatikan waktu dalam
menjalani kehidupan. Ketiga, sejarah harus ditulis berdasarkan fakta. Akan tetapi tidak setiap
sumber memuatkan fakta, dan tidak setiap fakta adalah fakta sejarah. Bererti sejarah mendidik
kita untuk memiliki daya pengetahuan dan pemikiran yang dilandasi oleh sikap kritis.
“Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan” itulah tajuk yang akan kita bincangkan. Sebelum
kita melangkah jauh ke dalam tajuk kita ini, kita seharusnya tahu pengertian sejarah itu sendiri.
Di zaman serba moden ini sedikit sebanyak kita semestinya sudah lupa akan asal usul, serta dari
mana nikmat kesenangan yang kita kecapi hari ini bermula atau diperolehi. Apa pentingnya
sejarah? Mengapa kita sibuk mengenangkan kisah-kisah yang lampau ini? Sejarah sebenarnya
pelengkap kepada kehidupan kita. Apa yang kita lakukan pada hari ini pasti akan menjadi sejarah
pada masa akan datang. Masa tidak akan berhenti, begitu juga dengan sejarah. Kenangan dan
1
kelakuan kita pada hari ini pasti akan menjadi sebahagian daripadanya. Jadi segala kesilapan dan
kejayaan untuk suatu ketika dahulu hendaklah direnungi. Benda yang baik kita teruskan,
kejayaan dahulu digandakan, kesilapan dahulu diperbaiki supaya kita tidak akan mengulanginya
lagi.
Mengapa begitu ramai remaja dan belia Malaysia begitu malas untuk mempelajari,
menghayati sejarah? Sebabnya hanya satu iaitu bosan. Tiada kesedaran beginilah jadinya.
Disebabkan itulah, ramai yang berani melakukan demontrasi jalanan atas nama keadilan hanya
untuk benda-benda yang tidak berfaedah. Ramai juga pemimpin dan rakyat biasa yang mula
mengulangi kesilapan orang-orang yang terdahulu kerana mereka lalai dan tidak ambik cakna
tentang sejarah dan pengalaman yang lepas. Golongan-golongan ini tidak tahu betapa pentingnya
sejarah itu dalam kehidupan mereka. Ingatlah, masa depan Malaysia ada ditangan kita, kitalah
yang mencorak pembangunan dan kemajuan negara kita yang tercinta ini dan terus memelihara
keamanan serta kemakmuran negara demi kesejahteraan yang berpanjangan demi mencapai
status negara maju pada tahun 2020. Bila kita renungkan kembali sejarah negara, kita pernah
melihat gambaran bagaimana negara kita dahulu dijajah, dipijak dan dikhianati. Berapa ramai
penjajah yang menjajah negara kita. Bagaimana pula tokoh-tokoh terdahulu cuba mewujudkan
perpaduan serta membangunkan negara.
Sebagai contohnya, salah satu kerajaan dahulu kala iaitu kerajaan Mesir purba.
Bagaimana mereka mendapat idea untuk menghasilkan Piramid, kebijaksanaan dan kecekalan
mereka mempelajari ilmu-ilmu yang baru dan begitu asing bagi mereka untuk mereka terus
hidup di kawasan padang pasir itu. Begitu juga dengan sistem tulisan yang dihasilkan mereka.
Ilmu matematik, ilmu pembuatan kertas menggunakan pohon papyrus, ilmu astronomi. Timbul
2
juga kesedaran buat mereka tentang kepentingan masa sehingga terhasilnya kalendar yang
mempunyai 12 bulan.
Begitu juga dengan kerajaan Khulafah Arrashidin, Umaiyah, Uthmaniah. Apa penyebab mereka
berjaya, dan apa juga penyebab mereka jatuh. Semua itu sepatutnya menjadi pengajaran untuk
kita maju dimasa akan datang. Kuncinya hanya satu iaitu : SEJARAH. Dengan tidak sedar
sejarah banyak mengajar kita erti kedewasaan.
Apa yang dimaksudkan “Dewasa”? Dewasa membawa maksud kematangan, satu
perubahan mental atau pemikiran ke arah yang lebih meluas, besar atau satu peningkatan alihan
selepas usia remaja.1 Setiap manusia mempunyai perkembangan fizikal yang sama, mulai dari
dalam kandungan, selepas dilahirkan menjadi bayi, membesar sebagai kanak-kanak, melalui usia
remaja, menjangkaui dewasa dan seterusnya menjadi golongan veteran, (orang tua). Tetapi tidak
semestinya mereka tua, berumur ini sudah dewasa. Kedewasaan ini tidak diukur mengikut
usianya, tetapi ia dipanggil dewasa setelah mencapai taraf-taraf yang sepatutnya. Kedewasaan itu
juga mempunyai ukuran tertentu, seperti, dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk,
sudah faham dan mengerti akan hal-hal semasa yang boleh mempersiapkan mereka pada masa
akan datang, dan paling penting mereka tahu yang mereka ini tidak lagi kanak-kanak yang selalu
merengek, mengeluh, dan tidak menerima kenyataan.
Biasanya pengalaman menjadi hal penentu seseorang manjadi dewasa. Dia banyak belajar dari
kesalahan yang sudah diperbuatnya, walaupun dia pernah mendengar cerita, melihat pengalaman
orang lain, tetapi tidak sebanding dengan apa yang telah ia rasakan sendiri.
1 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Pelajar Edisi 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia. h. 235
3
2.0 “SEJARAH MENGAJAR ERTI KEDEWASAAN”
Peristiwa atau masalah tertentu, baik secara tersurat maupun tersirat menunjukkan adanya
kebijakan atau kebijaksanaan. Kebijakan atau kebijaksanaan di masa lampau dapat dijadikan
bahan acuan dalam menghadapi kehidupan di masa kini. Bererti sejarah memiliki fungsi
pembelajarannya yang tersendiri. Sejarah adalah proses yang menyangkut perubahan. Pada
dasarnya kehidupan manusia terus berubah, walaupun kadar perubahan dari waktu ke waktu
tidak sama. Perubahan itu terjadi kerana disengaja atau tidak disengajakan. Dengan mempelajari
sejarah secara baik dilandasi oleh sikap kritis, akan dapat meramalkan, mengagakkan, bagaimana
kira-kira kehidupan kita di masa depan. (“Sejarah Mengajar erti Kedewasaan”).
‘Teladan’ mungkin dipandang enteng oleh sesetengah individu kerana peristiwa arnab
dan kura-kura juga mengandungi unsur teladan. Namun teladan peristiwa sejarah itu
mengandungi elemen yang harus difikirkan secara teliti dan difahami dalam konteks yang lebih
mendalam bukan setakat cerita penglipur lara atau sekadar bahan kenang-kenangan tetapi
hakikatnya sejarah itu membawa manusia mengenal akan alam jati dirinya. Sejarah sarat dengan
pendidikan moral, kerana sejarah mengungkap peristiwa yang pada dasarnya memuat dua sifat,
iaitu baik dan buruk, benar dan salah, berhak dan tidak berhak, cinta dan benci, dan lain-lain.
4
Agak sukar menjadikan sejarah itu sesuatu yang menarik jika perspektif khalayak
tentang kepentingan sejarah yang jauh dari nilai komersialnya itu tidak difahami seawalnya.
Dengan sejarah lah kita banyak belajar mengenai kehidupan. Orang-orang terdahulu daripada
kita sudah pun melalui apa yang kita telah lalui sekarang. Dengan cerita-cerita sejarah lah juga
kita membesar dengan keadaan yang aman damai seperti sekarang.
Adakah setelah menikmati sedikit kemajuan dan nikmat Allah ini kita lupa diri? Adakah
mereka cepat melupai sejarah atau sejarah menukil semangat perjuangan mereka? Lantaran itu
keperluan mengungkap keteladanan sejarah harus dilakukan dengan teliti. Peristiwa sejarah
sewajarnya merangsang akal fikir melihat bagaimana masyarakat pada masa dahulu membuat
keputusan berdasarkan ilmu dan persekitaran mereka. Benar atau tidak sejarah tidak berulang
bergantung kepada konteks dan galur waktu sesuatu perkara itu berlaku.
Kemungkinan masyarakat agak sukar untuk menafsirkan sejarah dalam beberapa konteks
atau subkonteks tertentu kesan kekurangan pengalaman, ilmu atau asas pembacaan bahan ilmiah
yang kurang. Ditambah pula ketidakarifan memahami sejarah. Sejarah mengajak kita membuat
sesuatu keputusan itu dengan menilai kekesanan terdahulu apa yang baik atau apa yang buruk
telah berlaku sebelumnya. Sejarah tidak harus dikelompok dalam bidang kemanusiaan atau
kemasyarakatan sahaja malahan dalam era ICT sejarah harus difokuskan sebagai aspek pembina
jati diri yang dijana keperluannya pada setiap masa.2
Pada umunya semua orang tahu bahawa perkataan sejarah itu bermakna masa yang telah
lalu. Oleh kerana sifatnya yang mengaitkan masa yang telah berlalu, kadang-kadang ia boleh
2Muhd. Yusof Ibrahim,1986. Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia. h. 35 (Noor, 2002) (Razid, 2010) (H.Carr & Ismail, 2010)
5
ditakrifkan secara negatif oleh golongan tertentu sehingga dianggap seolah-olah ilmu sejarah
sebagai ilmu yang membuang masa. Kononnya tiada mendatangkan faedah kerana mengingatkan
orang mati, peristiwa lama, keruntuhan kerajaan dan lain-lain yang boleh melemahkan semangat.
Saya percaya bahawa anggapan ini datangnya daripada kalangan orang yang tidak berilmu
ataupun yang berilmu tetapi belum cukup matang. Sedangkan setiap ilmu yang berkembang itu
ada titik tolak dan asal usulnya. Evolusi ilmu yang dikaji dan diteliti oleh para sarjana dan
cendikiawan harus melalui proses masa tertentu. Ini bermakna bahawa sesiapa yang mengkaji
proses ini dalam sebarang bidang ilmu, sebenarnya adalah mengkaji sejarah. Oleh itu dalam
setiap bidang kehidupan manusia, sama ada para pentadbir, doktor perubatan, pegawai polis,
jurutera, pedagang, guru dan sebagainya tidak dapat lari daripada menggunakan disiplin ilmu
sejarah dalam bidang pekerjaan masing-masing. Setiap insan dalam segala urusan pekerjaan
mereka biasanya memerlukan perancangan sama ada secara komprehensif atau simple. Setiap
perancangan juga memang berpandukan kepada kes-kes, peristiwa, kejadian atau tahap
pencapaian yang lalu. Semuanya ini adalah untuk memudahkan setiap perincian rancangan masa
hadapan agar mencapai prestasi yang lebih baik. Teladan atau contoh pelaksanaan program, kes-
kes dan peristiwa lalu selalunya dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kesilapan dan
membina sesuatu yang baru dan lebih bermakna. Segala tindak tanduk, tingkah laku, perbuatan
dan fenomena masyarakat dan individu dalam landasan hidup mereka memang ternyata tidak
boleh terlepas daripada melalui proses sejarah. Oleh itu sejarah memang bukan monopoli sesiapa
kerana ia memang sebuah ilmu agung, lebih tepat kalau dianggap sebagai ibu ilmu, kerana segala
makhluk ciptaan Ilahi memang melalui proses sejarah. Lihat misalnya tentang sejarah kejadian
alam, bumi, hujan, sungai, pokok dan manusia.
6
Justeru dalam persoalan mengangkat ketuanan bangsa menerusi pendabikan sejarah, kita
harus memikirkan segala segi. Janganlah terlalu pesimis dengan ilmu sejarah dan juga bersifat
oportunis dengan keasyikan menjana masyarakat celik sejarah dan masyarakat yang menghargai
sejarah bangsanya. 3
Dalam mempelajari dan menghayati sejarah, dengan tidak sedar secara tidak langsung,
kita telah belajar erti kedewasaan. Ini boleh dilihat dengan perpaduan kita sesama kaum.
Walaupun dalam perbezaan agama, budaya, dan kaum, namun ia sama sekali tidak menghalang
kita hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai sekarang. Kita juga telah tahu akan asal
usul,hak masing-masing,dan peranan yang perlu di lakukan, ini dapat menghindarkan perasaan
iri hati sesama sendiri, menunjukkan kita sudah berada di dalam golongan dewasa.
Sejarah adalah untuk pengetahuan diri manusia. Oleh hal yang demikian itu, sejarah
dapat mengajar kita mengenai apa yang telah dilakukan oleh manusia dan siapakah manusia itu
sendiri.
Sejarah itu adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat (abstrak) tetapi ia bersifat real atau
nyata, iaitu suatu peristiwa yang pernah dialami sebelumnya oleh individu dan ianya boleh
digambarkan semula walaupun tidak sepenuhnya.
Dengan ini, sejarah dapat dirujuk sebagai panduan bagi memahami kehidupan masa kini
dan merencanakan masa depan. Contohnya, kesusahan yang dihadapi oleh individu menjaga
seorang bayi yang baru dilahirkan. Hal ini akan dapat menggambarkan keadaannya semasa
menjadi bayi dulu. Dan ia akan terus memahami bagaimana susah payah ibu bapanya yang
3 Ibid h. 367
membesarkannya kerana ia sendiri mengalaminya masa kini. Dengan keadaan ini, ia akan dapat
merancang kehidupannya pada masa depan.4
Manusia sering saja memerlukan masa lalu sebagai rujukannya pada masa akan datang.
Selain itu kejadian lalu merupakan pengalaman buatnya yang akan dijadikan landasan atau
sandaran bagi merangka kehidupan yang akan datang. Dengan ini setiap individu akan berusaha
untuk membuat perancangan dan merangka masa depannya dengan kejayaan yang cemerlang. Ia
juga akan membuat persediaan yang teratur, serba-serbinya lengkap dan menanamkan cita-cita di
dalam diri bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa di masa depan.
Contohnya, seorang yang hendak mencapai keputusan peperiksaan yang memuaskan
selalunya melihat kepada keputusan peperiksaannya yang lalu. Jika keputusan peperiksaannya
yang lalu tidak memuaskan disebabkan kurangnya usaha atau kurang bersedia semasa
menghadapi peperiksaan, jadinya di masa depan ia akan bercita-cita untuk bekerja keras, lebih
bersedia, membuat perangkaan yang teratur agar keputusan peperiksaannya akan lebih
memuaskan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ini ia
akan dapat menebus kekecewaannya di masa lalu. Jika keputusan lalu memuaskan pula, ia akan
cuba mengekalkan prestasinya yang cemerlang itu agar tidak menurun pada masa akan datang.5
Masa lalu juga memberi petunjuk kepada individu. Sebagai individu yang mempunyai
pengalaman silam, mestilah bertindak untuk mengatasi masalah kehidupan yang dihadapinya.
Masa lalu juga memberi petunjuk kepada individu untuk mengendalikan masa kini dengan penuh
4 Muhd. Yusof Ibrahim,1986. Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia. h. 48
5 Ibid. h.508
keyakinan dan kekuatan agar dapat membentuk masa depan yang lebih bermakna. Contohnya,
kehidupan masa kini yang lebih mementingkan ilmu pengetahuan; orang yang bijak dan berilmu
itu kedudukannya di atas di sisi masyarakat dan bukan seperti zaman feudal dulu. Jadinya
individu itu mestilah dengan gigih belajar agar mendapat kelulusan yang baik dan seterusnya
akan menjamin masa depan yang cerah. Sejarah juga dianggap sebagai bidang ilmu bagi
mendapatkan profesion yang lebih baik. Jika ia adalah seorang guru sejarah atau penyelidik
sejarah, ia akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ahli sejarah, guru sejarah,
pengkaji sejarah, dan sebagainya.
Sejarah itu guru kehidupan yang mengajar kita erti kedewasaan. Kita dapat lihat fakta-
fakta sejarah banyak membantu kita untuk memahami sesuatu perkara. Apakah sejarah itu hanya
dilihat sebagai satu nostalgia ataupun romantisisme yang digunakan sebagai satu pelarian seperti
yang ditanggapi oleh orang yang bukan ahlinya. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ilmu sejarah
adalah ilmu yang dikaji oleh pelbagai bangsa dan generasi untuk mengetahui mengenai kerajaan
dan negara serta perubahan yang terjadi dalam sesuatu masyarakat itu.
Melalui sejarah, sesuatu bangsa itu dapat mengenali mengenai akar umbi serta jatuh
bangunnya bangsa itu. Daripada peristiwa sejarah itu jugalah kita dapat memahami dan
mengenali hukum sebab akibat daripada sesuatu peristiwa supaya boleh diambil pengajaran
daripadanya. Sejarah juga boleh dipanggil sebagai peristiwa masa lampau bukan sekadar
memberi maklumat mengenai terjadinya peristiwa itu, tetapi juga memberi interpretasi atas
peristiwa yang berlaku dengan melihat kepada hukum sebab akibat untuk dijadikan pengajaran.6
6Mohd Ayob Abd Razid, Sejarah Bantu Kita Fahami Akar Umbi Tamadun Bangsa, dalam Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010. JPN:Sarawak. h.5
9
Sejarah mampu memperteguhkan semangat dan ketahanan sesuatu bangsa dalam
menghadapi krisis atau kekacauan dalam kehidupan semasa. Melalui pengalaman sejarah, ia
dapat menyediakan arah garis tertentu serta membina keyakinan dan harapan masa depan yang
lebih menyakinkan. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihasilkan di negara kita adalah
didorong oleh pengalaman sejarah bangsa Melayu yang mengalami keterbelakangan dalam
penyertaan ekonomi moden kesan daripada dasar yang diamalkan penjajah. Ia adalah berkaitan
dengan kesan dan akibat daripada perjalanan sejarah kolonial di negara kita.
Bagi bangsa yang tidak memberikan perhatian kepada sejarahnya, ia akan kehilangan
arah dan identiti kerana perilaku, pemikiran dan tindak tanduknya sudah tersasar dan terputus
daripada sejarah akar umbi bangsanya. Hakikatnya, apabila kita meneliti negara dan masyarakat
kita, maka kita dapati bahawa negara dan masyarakat kita yang wujud hari ini banyak dikenali
melalui pelbagai simbol dan lembaga kenegaraan yang ada hubungannya dengan pensejarahan
negara.7
Dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia sering saja mengenang kejadian atau
peristiwa lalu untuk dijadikan renungan dan ingatan untuk menuju masa depan. Ini menunjukkan
manusia itu sering saja dikaitkan dengan sejarah lalu dan ada pula manusia yang ingin mencatat
sejarah untuk menjadikannya sejarah kepada generasi yang akan datang. Manakala manusia yang
tidak mempunyai sejarah ialah manusia yang tidak mempunyai ingatan dan tidak mempunyai
pengalaman hidup. Manusia yang tidak mengetahui sejarah masa sebelum ia dilahirkan akan
terus menjadi seorang bayi. Setiap sejarah akan memberi kesan kepada diri individu dan negara.
Tanpa sejarah juga kita tidak akan dapat mengenali identiti seseorang dan asal usul sesebuah
7 Ibid. h.710
bangsa serta negara.8 Apabila memperkatakan mengenai kepentingan dan didaktik sejarah, ianya
dilihat pada dua sudut yang bertentangan, iaitu faedah dan keburukan sejarah kepada manusia.
Malah ada juga yang sanggup menyelewengkan sejarah bagi tujuan kepentingan individu. Walau
bagaimanapun, sejarah memang mempunyai peranan yang penting dalam segala tindak-tanduk
manusia dan perkembangannya.
Manusia tertarik dengan masa lalu kerana ia boleh menimbulkan kebanggaan kepada
individu dan merupakan satu pengalaman berharga yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.
Ini termasuklah segala pengalaman pahit, manis, suka, duka dan sebagainya. Semua ini akan
dapat memberikan pengajaran kepada dirinya untuk menghadapi masa depan. Sejarah juga
membolehkan individu itu mengenali dirinya seperti kegemarannya, egonya, kebenciannya dan
juga mitosnya. Misalnya, sejarah yang dipenuhi dengan kejayaan-kejayaan yang membanggakan,
akan dikenangnya dan akan dijadikannya dasar kepada kehidupannya hari ini.9
Begitu juga dengan kegagalannya, akan dijadikan teladan untuk ia meneruskan hidupnya
masa kini. Dengan adanya kegagalan masa lalu akan dapat menguatkan semangatnya untuk
tekun berusaha dan mengelakkan kegagalan itu berulang lagi.
Misalnya, orang yang gagal dalam satu-satu peperiksaan, lazimnya akan berusaha lagi
untuk mencapai kejayaan. Contoh mitos pula mungkin ia mengaitkan dirinya berasal dari
keturunan seorang yang gagah seperti Iskandar Zulkarnain. Mitos ini boleh memberikannya
kebanggaan dan kekuatan pada dirinya serta keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.
8 H. Carr, Apakah Sejarah.terj. Abdul Rahman Haji Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia. h.28
9 Ibid. h.3011
Dengan ini sejarah dapat memberikan kepuasan dari segi emosi dan perasaan. Dengan merujuk
kepada masa lalu, seorang individu itu akan memperoleh asas kehidupan baginya mengharungi
masalah-masalah kehidupan yang mendatang. Contohnya, seorang peguam yang mengendalikan
satu masalah masa kini yang pernah diselesaikannya pada masa lalu, tidak akan menghadapi
banyak kerumitan kerana ia sudah memperoleh asas dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Dengan itu seorang individu akan dapat menangani masalah tersebut dengan keyakinan yang
tinggi.10
Dalam perjalanan kita mempelajari dan menghayati sejarah, sedar tidak sedar, ia banyak
mengajar kita erti kedewasaan. Kita harus mengakui kenyataan itu kerana dalam perjalanan
hidup kita, kita semestinya membuat keputusan berlandaskan pengalaman, cerita-cerita yang
lepas, dan kenangan-kenangan yang pernah kita lalui. Kita memandang enteng dan sambil lewa
sahaja tentang kesan itu di dalam kehidupan kita. Wal hal ia (sejarah, pengalaman) itulah guru
yang paling berharga, paling berjasa kepada kita. Dari sudut agama, sejarah juga digunakan
untuk mendapatkan makna hidup dan mati. Dalam Islam sejarah digunakan sebagai contoh
teladan atau pengajaran untuk membaiki akidah, sikap dan amalan Muslim.
Ringkasnya, sejarah digunakan sebagai suatu jalan untuk memahami kedudukan manusia
serta tugas dan tanggungjawabnya di dunia. Contohnya balasan-balasan kepada orang yang
ingkar kepada perintah Tuhan di masa lampau memberi pengajaran kepada individu masa kini
sebagai insan yang lemah dan mesti tunduk kepada perintah Tuhan dengan melakukan apa yang
disuruhnya. Jadinya kerana sejarah lampau mengajar manusia menjadi taat kepada perintah
Tuhan.
10 Ibid. h.3312
Dari sudut psikologi dan falsafah pula, sejarah itu merupakan kumpulan masa lalu dan
ilmu yang boleh menerangkan keadaan yang sedang berlaku; sejarah memberikan pengajaran
melalui contoh-contoh yang digambarkan. Contohnya gambaran penjajahan orang asing ke atas
orang Melayu dan kesannya juga digambarkan pada masa kini iaitu penjajahan minda orang
Melayu oleh pengaruh asing. Tanpa mengetahui masa lalu, kita tidak akan memahami kejadian
masa kini. Ini kerana ada persamaan antara kejadian sejarah dengan kejadian sekarang.
Kewujudan kita hari ini adalah disebabkan masa lalu. Jadi, orang Melayu mestilah bertindak bagi
mengelakkan minda kita daripada terus dijajah. Dengan ini sejarah mempunyai peranan yang
tersendiri sama ada secara ´direct´ mahupun sebaliknya bagi menghadapi cabaran dan masalah
yang bakal ditempuhi. Sejarah lalu seharusnya dirujuk dan dinilai pencapaiannya. Dengan jalan
demikian, pencapaian sekarang akan dapat diukur, dinilai atau dihadkan. Dengan cara meneroka
kembali segala peristiwa silam, kegagalan, kesilapan dan musibah lalu, maka ianya akan dapat
dielakkan atau sekurang-kurangnya dapat ditangguhkan.11 Walaupun banyak manfaatnya sejarah
itu kepada manusia, namun ada kalanya ia juga memberi keburukan kepada manusia itu sendiri.
Sejarah dikatakan boleh membangkitkan semula semangat individu yang pernah gagal dalam
kehidupan pada masa lalu. Tetapi tidak semua individu yang gagal dan serba kekurangan itu
akan dapat bangkit semula menebus kekecewaannya. Contohnya, sesetengah orang yang ingat
akan kegagalan masa lalu boleh menjadikan ia gila akibat gagal dalam bercinta kerana perasaan
kecewa yang dialaminya.
Malah, ada juga yang sanggup membunuh diri akibat kegagalan dalam perniagaan atau
kerana menanggung hutang yang banyak. Keadaan ini sangat mengecewakan apabila mengetahui
11 Abdul Rahman Abdullah,1996. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. h.48
13
adanya individu yang sedemikian. Walau bagaimanapun, sejarah itu hakikatnya mestilah dikaji
dan bukan untuk sesuatu motif atau dijadikan sebagai alasan tertentu. Masa lalu dikaji sebagai
masa lalu sahaja tanpa mengaitkan dengan masa kini dan tanpa mengaitkannya pula dengan
sesuatu tujuan moral ataupun fungsional. 12
Ungkapan “Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan” boleh dikatakan ungkapan yang berjalan
seiring dengan proses pembelajaran dan penghayatan kita terhadap sejarah yang kita sedia ada. Ia
juga boleh dipanggil sebagai “trademark” dalam kehidupan kita seharian jika bercakap
mengenai kesan sejarah, kepentingan sejarah dan fungsi sejarah kepada individu, masyarakat,
bangsa dan negara kita sendiri. Sejarah sememangnya tiada pada pengkhususan nya. Sejarah
adalah suatu cerita yang tiada penutupnya, tiada penghabisan dan tiada pengakhirannya. Tanpa
sejarah lampau, pengalaman lalu, kenangan yang sudah, kita tidak akan dapat merasai apa yang
kita rasakan sekarang, kita tidak akan hargai masa yang kita lalui, dan apa yang kita kecapi.
Sejarah adalah guru kepada kehidupan. Ia tidak dapat dilihat secara tersurat, tetapi isi tersiratnya
penuh dengan teladan dan pengalaman yang berharga.
3.0 KESIMPULAN
Setiap sejarah masa lalu itu memberi kesan kepada individu dan negara sama ada kesan
berbentuk positif mahupun negatif. Walaupun sejarah itu mempunyai banyak faedahnya kepada
12 Ibid.h.5214
manusia yang selalu berfikir untuk masa depan, tidak kurang jua kesan buruk sejarah kepada
manusia.
Walau bagaimanapun, sejarah memang memberikan banyak kesan yang berguna dan
pengajaran kepada manusia. Ini terpulanglah kepada manusia itu untuk berfikir secara rasional
sama ada mengambil sejarah untuk terus hidup maju dan menjaga sejarah agar tidak pupus
ataupun sebaliknya. Fungsi umum sejarah adalah sebagai sumber pengetahuan. Sejarah (sebagai
kisah) merupakan media untuk mengetahui masa lampau, iaitu mengetahui peristiwa-peristiwa
penting dengan berbagai pemasalahannya. Peristiwa-peristiwa yang menjadi objek sejarah sarat
dengan pengalaman, penting manusia yang penting artinya sebagai pelajaran. Atas dasar itulah
lahirnya motto atau slogan mengenai sejarah, seperti “Sejarah mengajar erti
kedewasaan” ,“Sejarah adalah obor kebenaran”, “Sejarah pedoman untuk membangun masa
depan”, “Belajarlah dari sejarah” dan banyak lagi ungkapan-ungkapan lain. Ilmu Sejarah
memiliki erti penting bagi penelitian dan pengembangan kebudayaan. Sifat sejarah yang paling
penting terletak di beberapa perkara :-
1. Karektoristik sejarah – Ilmu sejarah adalah ilmu tentang manusia, iaitu ilmu yang
mempelajari pengalaman dan sifat masnusia di masa lampau. Ilmu sejarah juga mengkaji hakikat
dan makna peristiwa.
2. Fungsi sejarah – baik fungsi umum mahupun fungsi khusus. Fungsi sejarah yang penting
ertinya bagi penelitian dan pengembangan kebudayaan terutama fungsi pendidikan, yang
mengrangkumi pendidikan moral, pendidikan kebijakan atau kebijaksanaan (kearifan),
pendidikan perubahan, pendidikan untuk masa depan, dan sebagai ilmu bantu. Sejarah sebagai
15
ilmu dapat membantu mempertajam pengkajian masalah sosial budaya. Oleh karena itu, slogan-
slogan yang mengandungi makna sejarah sebagai media pembelajaran, jangan hanya difahami
sebagai konsep atau teori, tetapi dilaksanakan sesuai dengan arus keadaan masa dan zaman nya.
Dalam merealisasikan ungkapan-ungkapan itu, ianya mesti berlandaskan oleh kesedaran akan
pentingnya kefahaman sejarah, pembelajaran sejarah untuk kita belajar tentang kehidupan dan
lumrah manusia, baik secara individu mahupun berkelompok didalam kegiatan tertentu.
BIBLIOGRAFI
Abdullah, A. R. (1986). Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.Carr, & Ismail, A. r. (2010). Apakah Sejarah. Malaysia Kini , 28-34.
Hamid, M. S. (Mei 2004). Sejarah dan Kita. Siswa , 14-15.
Ibrahim, M. Y. (1986). Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad, M. (Mac 2004). Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan. Siswa , 13-14.
Noor, A. M. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. kuala lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
16
Razid, M. A. (2010). Sejarah Bantu Kita Fahami Akar Umbi Tamadun Bangsa. Pusat
Sumber Teknologi Pendidikan , 5-10 .
Sutharalingam, R. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
17