Refleksi &Kajian Tindakan

Post on 20-Feb-2017

232 views 1 download

Transcript of Refleksi &Kajian Tindakan

SMK Parit Bunga KM 5 84000 Muar, Johor

NOOR ANISAH BINTI OMARD20111048135

Visi/Misi• VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

• MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Lokasi

Pencapaian Sekolah

• Kokurikulum-Johan Futsal Peringkat Daerah Ledang 2014-Johan Futsal Peringkat Daedah Johor 2014-Johan Bola Jaring Peringkat Daerah Ledang 2014-Johan Silat Tempur MSSD Ledang 2014-Naib Johan Bola Baling MSSD Ledang 2014

Makmal Komputer

Bilik Guru

Dewan Sekolah

Kajian Tindakan

Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui

Kaedah Ganjaran dan Hukuman

Refleksi yang Lalu

• Pelajar suka membuat kerja lain semasa aktiviti hands

on.

• Sesetengah pelajar tidak minat untuk ke kelas

disebabkan ICTL merupakan subjek elektif.

• Pelajar lambat datang ke makmal.

• Keadaan dalam makmal semasa PdP kurang terkawal.

Teori Pendidikan• Teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner (1958)

mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu

dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran

atau dendaan.

• Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif

meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku

dengan adanya rangsangan tertentu.

Objektif Kajian

• Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas

menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman.

• Menarik minat pelajar ke atas Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) dengan kaedah ganjaran

dan hukuman.

Kumpulan Sasaran• Seramai 33 orang pelajar (11 lelaki dan 22

perempuan) tingkatan 2 Bestari telah terlibat dalam kajian tindakan ini. Sebahagian besar pelajar dalam kelas ini mempunyai prestasi akademik yang sederhana dan hanya sebilangan kecil sahaja pandai dalam pelajaran.

Pelaksanaan KajianLANGKAH 1 : Set peraturan ringkas.

• Peraturan-peraturan tersebut saya paparkan pada pintu masuk makmal komputer.

• Peraturan-peraturan yang dikenakan adalah seperti berikut : 1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke makmal apabila mendapat kebenaran guru.2. Pelajar hanya dibenarkan membuka komputer setelah guru memberi arahan.3. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising sewaktu PdP dijalankan.

4. Pelajar boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan, tetapi dengan nada suara yang lembut. 5. Pelajar harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu PdP dilaksanakan. 6. Pelajar hendaklah mengemas dan menutup komputer seperti sedia kala setelah tamat PdP.

# Mana-mana pelajar yang gagal mengikuti peraturan-peraturan tersebut akan menyebabkan kesemua ahli kelas lewat menamatkan sesi persekolahan pada hari tersebut.

LANGKAH 2 : Pemilihan hasil kerja terbaik.• Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang

diberikan pada hari tersebut dalam masa yang ditetapkan.

• Hasil kerja pelajar yang terbaik akan diumumkan di akhir PdP pada hari berkenaan.

• Pelajar yang berjaya menyempurnakan tugasan tersebut akan diberikan penghargaan berupa kata-kata semangat dan pada hari-hari tertentu diberikan sedikit ganjaran.

Tinjauan Kaedah yang Digunakan

• Pemerhatian• Soal selidik

Pemerhatian• Pemerhatian dilakukan terutama semasa

kajian dilakukan di mana pelajar kelihatan sangat teruja dan seronok dengan aktiviti yang diberikan oleh guru.

• Pemerhatian selepas kajian pula dilihat pelajar semakin datang awal ke makmal dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa pembelajaran seterusnya.

Contoh Soalan Soal SelidikItem Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

1. Saya suka dengan kaedah ganjaran dan hukuman yang guru gunakan.

- 15 18

2. Ganjaran yang diberikan oleh guru dapat meningkatkan minat saya terhadap mata pelajaran ICTL.

- 13 20

3. Hukuman yang digunakan oleh guru dapat mendisiplinkan saya.

- 14 19

4. Saya berharap agar kaedah ganjaran dan hukuman ini diteruskan.

- 8 25

Item 1 Item 2 Item 3 Item 40

5

10

15

20

25

30

Tidak SetujuSetujuSangat Setuju

Hasil PerlaksanaanLANGKAH 1 : Set Peraturan Ringkas

• Pelajar menunjukkan perubahan tingkah laku daripada negatif kepada positif terutama sebelum, semasa dan selepas PdP.

• Pelajar kelihatan lebih memberikan fokus di dalam kelas.

Hasil PerlaksanaanLANGKAH 2 : Pemilihan hasil kerja terbaik.

• Pelajar kelihatan seronok dan gembira semasa proses PdP.

• Pelajar berlumba-lumba menyempurnakan tugasan hands on yang diberikan.

• Pelajar lebih kreatif dalam tugasan yang dihasilkan.

Rumusan

• Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan keberkesanan kawalan kelas dan juga meningkatkan minat murid-murid terhadap P&P saya.