Post on 14-Apr-2017
Menurut Shulman, L.S. (1986)Guru yang profesional mestilah menguasai 7 jenis
pengetahuan: Pedagogi Kandungan mata pelajaran Konten-pedagogi Pelajar Konteks pendidikan di Malaysia Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia Kurikulum
Pembentukan PCK
• Kajian tentang tahap pengetahuan guru• Hasil kajian- 90%-95% menunjukkan
guru perlu menguasai sama ada pengetahuan mata pelajaran atau aras pengetahuan am
APA ITU PCK?
PCK dicadangkan oleh Shulman(1986) dan telah dikembangkan bersama rakan-rakannya yang lain sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran
Menurut Shulman, PCK ialah gabungan antara pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi
- Pengetahuan isi kandungan ialah pengetahuan mendalam tentang isi kandungan yang diajar- Harus diselaraskan dengan spesifikasi kurikulum dan juga sukatan pelajaran.
Pengetahuan pedagogi - pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi pendekatan,
kaedah atau teknik dan strategi dalam P&P
PCK
Menurut(Wiseman, et. al. 1999), terdapat satu lagi pengetahuan yang patut ada pada guru iaitu pengetahuan psikologi.
Pengetahuan psikologi merujuk kepada pengetahuan tentang pelajar. Ia berkaitan cara pelajar belajar iaitu gaya pembelajaran mereka, minat dan kebolehan, sikap dan kepercayaan serta masalah pembelajaran yang dihadapi
Menurut Grossman (1990) PCK terdiri daripada: - Pengetahuan terhadap pelajar dan pembelajaran,
- Pengetahuan kurikulum- pengetahuan strategi pengajaran.
KEPENTINGAN PCK PCK dapat membantu guru untuk memahami prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas. PCK dapat membantu guru dalam memilih kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap penerimaan para pelajar PCK membantu guru untuk melakukan penyediaan terutama dari segi
menyediakan bahan-bahan bantuan mengajar yang lebih menarik dan bermakna.
Guru akan sentiasa melibatkan pelajarnya secara lebih aktif dalam pelajaran. Guru akan berupaya untuk menggunakan set induksi yang menarik supaya
dapat memulakan pelajaran yang berjaya menarik minat para pelajarnya Guru akan dapat memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajarnya
Pengetahuan guru terhadap pelajar itu sendiri adalah penting untuk menilai sejauh mana minat dan kebolehan setiap pelajarnya.
Dengan mengetahui tahap minat pelajarnya, guru boleh melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan
menyeronokkan untuk meningkatkan motivasi pelajar
mereka.
Guru yang kurang pengetahuan dalam gaya-gaya pembelajaran akan melakukan kesilapan dimana guru tidak akan menggunakan kaedah pengajaran yang holistik dalam pengajaran beliau.
Sedangkan tugas seorang guru ialah untuk memudahkan pembelajaran pelajar dengan menyediakan suasana pembelajaran yang harmonis dan menarik.
Guru sering berhadapan dengan pelajarnya yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan pengetahuan dan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif,
KAJIAN 1
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN GURU MATEMATIK BAGI TAJUK PECAHAN : KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak
Sampel : 4 orang guru baru & 4 orang guru berpengalaman
Dapatan : PCK dalam kalangan guru-guru ini masih pada tahap yang rendah
Guru baru berkefahaman instumental (petua/kaedah)
Sebahagian guru berpengalaman berkefahaman praelasioanal (justifikasi)
Perkembangan pengalaman guru tidak selari dengan perkembangan kandungan (konten)
KAJIAN 2
PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Norasliza Hassan & Zaleha IsmailSampel : 21 orang bakal guru Matematik
UTM Skudai, JohorDapatan : Tahap penguasaan PCK guru
pelatih pada tahap sederhana
Guru pelatih gagal memahami faktor miskonsepsi pelajar dan kurang memahami kemahiran dalam mengemukakan soalan
Guru pelatih menggunakan kaedah ‘student-centered’
Pengetahuan konsep masih rendah kerana pengetahuan konten yang rendah
KAJIAN 3
KESEDIAAN GURU-GURU PERDAGANGAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DARI ASPEK PENGETAHUAN KAEDAH PENGAJARAN DAN SIKAP TERHADAP PENGAJARAN SUBJEK PENGAJIAN KEUSAHAWANAN
Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi126 guru perdagangan di WP pada 2006
DAPATAN KAJIAN
Tidak mempunyai kesediaan yang cukup terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan dari aspek penguasaan pedagogi kandungan dan sikap terhadap subjek tersebut.
Pengetahuan konten yang rendahKurang kefahaman mengaitkan topik-topik
tertentu dalam subjek ini.
KESIMPULAN
Guru-guru di Malaysia sememangnya telah memiliki PCK. Namun tahap pengetahuan berada pada kedudukan sederhana rendahProses perkembangan PCK seharusnya bermula di peringkat awal program latihan
perguruan : Universiti & IPGPerlunya program sokongan & pemantauan berterusan diberikan kepada guru-guru baru
daripada pihak yang berkaitan.
•Pengetahuan strategi pengajaran terdiri daripada 2 komponen iaitu pengetahuan strategi pengajaran sesuatu subjek dan pengetahuan tentang strategi pengajaran bagi sesuatu topik. •Pengetahuan strategi pengajaran mengikut PCK adalah penting untuk meningkatkan dan memastikan keberkesanan pengajaran Matematik.
• Bagi membantu pelajar untuk belajar, guru perlu tahu beberapa jenis pengetahuan tentang pembelajaran
• PCK digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan dan pedagogi
• PCK merupakan entiti yang berinteraksi di antara pedagogi dan pengetahuan kandungan.
RUJUKAN
Mel Silberman (2009). Pembelajaran Aktif: 101 Strategi untuk mengajar apa jua subjek. Kuala Lumpur: Attin Press.Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002). Kesediaan guru-guru perdagangan di Wilayah Persekutuan dari segi aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek Pengajian Keusahawanan. Jurnal Teknologi, 37(E): 1-16Norasliza Hassan & Zaleha Ismail (2008). Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.Kamaruddin Hj. Husin (1997). Psikologi bilik darjah: Asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & DistributorsShaharom Noordin & Faridah Sapiee (2010). Tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan kandungan dalam kalangan bakal guru Fizik. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MalaysiaSuppiah N., Ramlah J., Roslinda M., & Hazlizah H. (2008), Pembelajaran aktif: psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, & Abdul Razak Habib (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Matematik bagi tajuk Pecahan : kajian kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysian 34 : 131-153