Pemikiran Kritis Dan Inovatif 2

Post on 29-May-2017

413 views 14 download

Transcript of Pemikiran Kritis Dan Inovatif 2

PEMIKIRAN KRITIS

DAN INOVATIF

“Mahu tidak mahu para penjawat

awam mesti berfikir di luar

lingkungan kotak. Saya tidak

mahu budaya automation menjadi

satu hakikat kehidupan dalam

sektor awam. Kita seharusnya

berfikiran kritis dan konstruktif

dalam menunaikan

tanggungjawab dan amanah

dengan mencari penyelesaian-

penyelesaian kreatif dan

inovatif di luar kelaziman”

YAB Perdana Menteri

Majlis MAPPA XI

9 Mac 2010

“Otak manusia mempunyai 10,000 juta sel.

Setiap sel pula berhubung 10,000 jirannya

dan memberikan anggaran kombinasi

angka 1…(800 kali bilangan 0)”

&

“Kita hanya menggunakan tidak sampai 10%

daripada kuasa otak”

TAHUKAH ANDA?

PAMIN

Tanpa mengangkat pensil/ pen anda atau melipatkan

kertas, lakarkan gambar ini dengan syarat setiap

pergerakan tidak boleh kembali ke arah yang sama

PEMIKIRAN KRITIS

Perkataan kritis berasal daripada

perkataan Inggeris iaitu critic

Critic pula berasal daripada

perkataan Greek iaitu kriths (kritikos)

yang bermaksud Judge

DEFINISI

“ …berfikir secara serius (mendalam) dan

seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”

- Dewey, 1933

“…pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental

seperti analisis, sintesis dan penilaian…”

- Bloom, 1956

“…. tidak dengan begitu sahaja menerima atau

mempersetujui sesuatu(menimbangkan baik buruk

nya terlebih dahulu).”…

- Kamus Dewan

DEFINISI KRITIS

FUNGSI MINDA

3 Fungsi Utama Minda :

1. Menganalisis/ Analyzing

2. Mensintesis/ Imagining

3. Menilai/ Valuing

ANALISIS

- Perkataan “analyse” berasal dari perkataan Greek bermaksud “to loosen” iaitu memisahkan benda atau perkara yang besar kepada kecilan.

- Pemikiran analitikal berkait rapat dengan pemikiran logikal atau pentaakulan secara “step by step”.

SINTESIS/ IMAGINASI

- Juga berasal dari perkataan Greek yang bermaksud meletakkan semua benda menjadi satu. Ianya merupakan proses yang berlawanan dengan analisis.

- Semua produk ataupun perkhidmatan merupakan contoh hasil dari proses sintesis.

- Berkaitrapat dengan imaginasi (sintesis dibuat dengan minda) Contoh: Gambaran mengenai rumah, kereta dan lain-lain.

PENILAIAN

- Proses menilai mengandungi perkara-perkara yang objektif dan subjektif. Kita semua dilahirkan dengan kebolehan menilai dan nilai kita bergantung kepada persekitaran, budaya dan agama.

- Menilai secara objektif seperti penilaian prestasi, menilai sikap manusia, mengkritik dan lain-lain.

- Menilai secara subjektif seperti Warna Rumput.

Berikut adalah petikan dari satu mesyuarat pengurusan

disebuah hospital swasta. Ketua Pengarahnya sedang

memberikan ulasan :

“ Terima kasih semua. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk

mengenalpasti langkah-langkah perlu untuk meningkatkan

kualiti dalam perkhidmatan kita di hospital ini. Sebagai

permulaan, saya telah buat keputusan untuk

memberhentikan semua pakar bedah dan doktor yang

berumur lebih 55 tahun. Saya dapat lima (5) surat aduan

mengatakan kurangnya komunikasi antara doktor disini dan

menyatakan doktor kita terlalu tua dan telah melebihi

zamannya. Selain memberhentikan doktor yang berumur 55

tahun ke atas, saya cadangkan supaya semua orang

mengambil skim berhenti sukarela pada umur 55 tahun. Ada

soalan? Ok kita ke agenda seterusnya.

MARI KITA CUBA ANALISIS

& KRITIK…..

Pemikiran Kritis Penting Apabila Kita

Cuba Melihat Argumen, Alasan dan

Kebenaran Dalam Hujah

Melalui Pemikiran Kritis, Kelemahan

Dapat Dikenalpasti, Diasingkan dan

Dibuang

Kelemahan Pemikiran Kritis Ialah Apabila

Kebenaran Dikaitkan Dengan Penilaian dan

Penghakiman Yang Hanya Berasaskan

Pengetahuan, Pengalaman dan Pengamatan

Individu Yang Terlibat Sahaja.

Kemahiran Kritikal Ada Masanya Hanya

Untuk Melihat Kelemahan-kelemahan Sahaja

Yang Akhirnya Boleh Memusnahkan Idea

Atau Cadangan

Apa itu berfikir?

Sikap ingin tahu

Pemikir yang hebat

Empat soalan penting dalam berfikir

Apa yang sedang berlaku

• Kaji situasi

Yang mana satu?

• Untuk membuat

keputusan

Apa yang mungkin berlaku?

• Untuk mengenal

potensi masalah

Kenapa ia berlaku?

• Untuk analisa masalah

• takut buat silap / apa

orang kata

• gopoh – sambar apa

saja idea

• menentang perubahan

• takut pada ketua

• tidak yakin pada orang

bawahan

• kepercayaan yang

‘rigid’

• taksub pada statistik

• biadab jikalau banyak

soal

• berfantasi dianggap

membazir masa

• teguh membatas diri

dengan norma yang

lazim

• hanya terima yang

praktikal, ekonomi,

tradisi – norma dan

pemikiran yang sedia

ada

Peta minda bentuk lakaran Peta minda bentuk urutan

Teknik Fishbone / Ishikawa Diagram Teknik 5W + 1H

ALAT BANTUAN BERFIKIR

Ciptaan baru

Ciptaan proses baru

Beri nafas baru

Ubah tanggapan orang lain

“Kebolehan mewujudkan sesuatu

yang baru iaitu daripada tiada

kepada ada”

Kamus Webster’s

“Melibatkan keupayaan minda untuk

memberi beberapa alternatif yang tidak

terkongkong daripada kebiasaan”

“Keupayaan seseorang untuk melihat

sesuatu daripada pelbagai sudut atau

perspektif yang lebih luas”

Berasal dari perkataan Latin iaitu

‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’

Dalam bahasa Inggeris ianya berbunyi

‘create’ atau ‘cipta’

Perkataan Kreatif…..

Dengan menggunakan sebatang pen atau pensil,

lukiskan satu bulatan yang sangat besar dalam kertas

yang berasingan seperti bulatan di atas.

Buat satu titik di atas kertas berkenaan.

Pemikiran kreatif menerbit sesuatu idea

manakala pemikiran kritis membuat

penilaian ke atas sesuatu idea

“KREATIVITI ADALAH MEMIKIRKAN IDEA-IDEA BARU

MANAKALA

INOVASI ADALAH MELAKSANAKAN IDEA-IDEA BARU“

Adakah Semua Orang Perlu

Menjadi PAKAR Untuk

Menjadi KREATIF ?

Cecair pemadam pertama, ‘Liquid Paper’, dicipta oleh

Bette Nesmith, seorang setiausaha

Pisau cukur pakai buang dicipta oleh King Camp Gillette, seorang jurujual

Pesawat terbang pertama dicipta oleh adik

beradik Wright, tukang membaiki basikal

Alat hampagas (vacuum cleaner) moden dicipta oleh Hubert

Booth, seorang pembina jambatan

Tayar pneumatic dicipta oleh John Boyd Dunlop, seorang doktor haiwan

Kamera Kodak dicipta oleh George Eastman, seorang kerani bank

Adakah kita perlu merasa

risau dan kecewa

apabila idea kita ditolak

mentah-mentah atau

mengalami kegagalan

dalam melaksanakan

sesuatu

IDEA?

Kaedah mengoreng ayam yang diperkenalkan

oleh Colonel Harland Sanders,

pengasas Kentucky Fried Chicken, telah

ditolak oleh lebih 1,000 restoran sebelumnya

Cadangan projek komputer peribadi (personal computer) oleh Pengasas Apple Computer Inc., Steve Jobs dan Steve Wozniak,

sebelumnya telah ditolak oleh Atari dan Hewlett-Packard

Walt Disney, pengasas Disneyland dan pencipta animasi Disney, sebelumnya telah dipecat oleh ketua pengarang

sebuah syarikat suratkhabar kerana dikatakan kurang mempunyai idea

Thomas Edison, semasa kecilnya sering dimarahi oleh gurunya kerana dikatakan terlalu bodoh

untuk mempelajari apa-apa pun

Albert Einstein tidak dapat bercakap sehingga

berumur 4 tahun dan tidak boleh membaca hingga

berumur 7 tahun. Gurunya menggambarkan beliau

sebagai lembab, tidak pandai bersosial dan kuat

berangan. Dia telah dibuang dan ditolak rayuan untuk

kembali ke Sekolah Politeknik Zurich

“KITA SEMUA

ADALAH KREATIF. APA YANG MEMBEZAKAN

KITA IALAH TAHAP DAN SKOP KREATIVITI KITA

TIDAK SEMUA ORANG BOLEH MENJADI KREATIF

DALAM SEMUA BIDANG KEHIDUPAN MANUSIA,

ALBERT EINSTEIN PUN TIDAK DAPAT MENJADI

DEMIKIAN. YANG HAMPIR SEIMBANG KREATIVITINYA

DARI ASPEK SAINS DAN SASTERA ADALAH

LEONARDO DA VINCI

(KEONG, 2007).”

LIMA (5) LANGKAH KE ARAH

KREATIVITI (KEONG, 2007)

ILMU : mendapatkan pelbagai jenis ilmu / pengetahuan dengan

menggunakan kesemua pancaindera yang ada.

BERFIKIR : Fikir secara mendalam

INKUBASI : Relaks dan lakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan

masalah atau isu yang sedang difikirkan atau dihadapi.

INSIGHT / EUREKA! / AHAA !!! : Saat yang sangat memberi

inspirasi/ jawapan awal diperolehi secara tiba-tiba.

PEMBANGUNAN : Membangunkan idea yang diperolehi supaya

dapat digunakan dan dapat diaplikasikan secara praktikal.

LANGKAH PERTAMA: ILMU / PENGETAHUAN

Kreativiti adalah berkaitan dengan membuat

hubungkait (Keong, 2007). Ilmu pengetahuan pula

adalah bahan yang amat penting untuk membantu

kita membuat hubungkait. Oleh yang demikian,

lebih banyak serta pelbagai jenis ilmu serta

pengetahuan yang kita perolehi, maka lebih banyak

peluang untuk kita membuat hubungkait.

LANGKAH KEDUA: BERFIKIR SECARA MENDALAM

Seperti yang kita sedia maklum, otak kita mempunyai

dua (2) hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Otak kiri (left) banyak menjalankan operasi kiritis serta

analitikal atau lebih dikenali sebagai pemikiran lojik.

Manakala otak sebelah kanan pula merupakan otak

yang menjalankan fungsi kreatif atau penjanaan idea.

Kita memerlukan kedua-duanya iaitu untuk menjana

idea (otak kanan) dan menjadikan idea itu praktikal

untuk digunakan (otak kiri).

LANGKAH KETIGA : INKUBASI / PRINCIPLE OF

DEPTH MIND (Adair, 2006)

Apabila anda telah berfikir sehingga kepala berdenyut,

tiada penyelesaian atau idea diperolehi, idea

kekeringan dan proses pemikiran memasuki fasa yang

tidak produktif, maka sampai masanya untuk berhenti

berfikir mengenai masalah atau isu berkenaan. Cuba

berehat atau membuat sesuatu aktiviti yang tiada kaitan

dengan permasalahan atau isu berkenaan dan biarkan

pemikiran di bawah sedar (subconscious)

mengambilalih masalah berkenaan. Proses ini dipanggil

inkubasi (incubation).

LANGKAH EMPAT : INSIGHT/ EUREKA! / AHAA..!

„Eureka‟ adalah dalam bahasa Greek dan maknanya

Saya Telah Menjumpainya! ( I found it!). Ianya terjadi

selepas proses inkubasi. Perkataan Eureka tercipta

bila Archimedes berlari keluar dari biliknya dalam

keadaan berbogel apabila mendapat idea bagaimana

untuk mengenalpasti samada emas di mahkota raja

adalah palsu ataupun asli. Ianya membawa

pengertian bahawa satu perasaan yang sangat

gembira apabila seseorang itu berjaya

menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang

sangat sukar ataupun berjaya mendapat penemuan

yang sangat penting.

LANGKAH LIMA : PEMBANGUNAN IDEA

Pembangunan idea adalah berkenaan dengan

menjadikan idea berkenaan supaya boleh digunakan,

berfungsi dan jika boleh menguntungkan.

Menguntungkan dalam perspektif sesebuah syarikat

adalah dari aspek kewangan namun dari aspek

perkhidmatan awam, pelanggan/rakyat amat berpuashati

dengan khidmat yang diberikan, dari aspek politik, undi

akan berpihak kepada mereka, dari aspek keluarga kasih

sayang akan meningkat dan lain-lain lagi.

Find the child within you

All children are capable of learning

(if they are mentally healthy)

There is no logical foundation for

excluding any child from the list of

potential geniuses

There is a child within all of us

Openness

Why Not?

Say „Yes‟ to possibility and impossibility

How our mind work…

Diperkenalkan oleh Alex Osborn pada

tahun 1940an

Bertujuan untuk mendapatkan seberapa

banyak idea yang boleh dari sekumpulan

orang

Teknik lain dalam brainstorming dikenali

sebagai “Brain Writing”.

BRAINSTORMING

1. Pemerhatian Cuba lihat sekeliling dan cuba buat

hubungan antara benda-benda

berkenaan yang mungkin nampak ada

kaitan atau langsung tidak berkaitan.

MEMBUAT HUBUNG KAIT

Kaedah ini memerlukan anda cuba untuk

hubungkaitkan masalah anda dengan

perkataan yang diambil secara rawak.

Perkataan tersebut boleh diambil dengan

pelbagai cara dan pelbagai sumber seperti

kamus, majalah, surat khabar dan lain-lain

lagi

MEMBUAT HUBUNG KAIT

Cuba cabar peraturan atau birokrasi yang

sedia ada. Oleh sebab sesuatu keadaan

sebelum ini sudah baik, kita mungkin tak

perlu terus mengikutinya, kerana mungkin

ada cara lain yang lebih berkesan.

KELUAR DARI KEBIASAAN

KELUAR DARI KEBIASAAN

1 • memahami peraturan yang sedia ada

2

• Senaraikan karekteristik, aliran kerja serta lain-lain yang berkaitan dengan sesuatu produk, perkhidmatan ataupun sistem sedalam yang mungkin

3

• periksa setiap karekteristik berkenaan dan mencabar setiap karekteristik berkenaan dengan pendekatan yang berbeza atau reversal atau lain-lain bentuk pemikiran yang di luar dari kebiasaan karekteristik itu berjalan

“Creativity is

just connecting

things”

- Steve Jobs

“Pemikiran kreatif bukan satu bakat,ia

adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari”

- Edward de Bono

“Aset terpenting bagi sesebuah negara ialah kreativiti bangsanya” – Tun Dr. Mahathir

Mohamad

“Kita seharusnya

berfikiran kritis dan

konstruktif dalam

menunaikan

tanggungjawab dan

amanah dengan

mencari penyelesaian

yang kreatif dan inovatif

di luar kelaziman”

Dato’ Seri Najib bin Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia

Dahulu… …Kini

MASA DAN PERUBAHAN

…Kini Dahulu…

MASA DAN PERUBAHAN

Dahulu… …Kini

MASA DAN PERUBAHAN

NEGARA CHINA KINI SEDANG BERUBAH KE ARAH SEBUAH NEGARA BERASASKAN INOVASI

…BEGITU JUGA DENGAN INDIA

INOVASI ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan

produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada

melalui pengubahsuaian

atau penambahbaikan

( MODIFY )

KREATIVITI ialah kebolehan atau

keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk

baru melalui kemahiran imaginasi.

( CREATE )

INOVASI DAN KREATIVITI

KENAPA PERLU BERFIKIR SECARA KRITIS DAN INOVATIF?

Jimat kos

Jimat masa

Tingkatkan kualiti

Tingkatkan prestasi

Mudahkan kehidupan

RED CARPET

• Birokrasi

• Lambat

• Kurang peka

• Tidak peduli

• Tidak up-to-date

• Layanan baik

• Cepat

• Peka

• Kepuasan

• Memudahkan urusan

• Up-to-date

RED TAPES

CABARAN ORGANISASI

“BERFIKIR DI LUAR KOTAK”

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan

hasil cetusan idea-idea peningkatan kualiti dan produktiviti

boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baru

INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

INOVASI DALAM KEHIDUPAN HARIAN

INOVASI DALAM KEPERLUAN

SEHARIAN

Arahan:

Sambungkan kesemua

titik tanpa

mengangkat pen

tersebut

TEKNIK PENJANAAN IDEA KREATIF

INOVASI DAN

KREATIVITI

Sistem dan cara kerja baru

Penciptaan nilai (value

creation)

Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja

Mengeratkan perhubungan

Memupuk kerjasama

Meningkatkan daya saing

Meningkatkan sistem

penyampaian

FAEDAH KEPADA ORGANISASI

Kerjasama antara agensi melalui

penambahbaikan

Menjimatkan kos dan masa

operasi perkhidmatan

Meningkatkan kualiti dan produktiviti

perkhidmatan

Meningkatkan kepuasan

pelanggan dan stakeholders

Meningkatkan imej

perkhidmatan awam INOVASI DAN

KREATIVITI

FAEDAH KEPADA PERKHIDMATAN AWAM

SEKIAN, TERIMA KASIH