Multimedia interaktif

Post on 22-May-2015

1.275 views 0 download

Transcript of Multimedia interaktif

MULTIMEDIAINTERAKTIF

• Multimedia interaktif merupakan aplikasi multimedia yang

membenarkan pengguna unutk berinteraksi secara aktif.

Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan didengar

bagi menentukan hala tuju masing-masing semasa

berinteraksi.

• Interaktiviti merujuk kepada cara bagaimana pengguna

berinteraksi dengan aplikasi multimedia dan program.

• Melibatkan interaksi antara pengguna dan komputer dengan

menggunakan peranti input seperti papan kekunci,skrin

sentuh atau tetikus.

• Terdapat 2 jenis interaktiviti multimedia iaitu :

INTERAKTIVITI LINEARINTERAKTIVITI TAK

LINEAR

INTERAKTIVITI LINEAR

• Juga dikenali sebagai multimedia tidak interaktif.• Pengguna bersifat pasif kerana tidak mempunyai sebarang

kawalan atas perkembangan isi kandungan dalam aplikasi multimedia tersebut.

• Isi kandungan dalam multimedia interaktif linear biasanya dalam urutan.

INTERAKTIVITI TAK LINEAR

• Juga dikenali sebagai multimedia interaktif.• Pengguna boleh menhawal keseluruhan isi kandungan aplikasi multimedia

berdasarkan kesesuaian dan minat mereka dengan mengklik butang, hyperteks atau hypermedia.

• Hyperteks – digunakan untuk menyambung perkataan atau frasa ke skrin yang lain. Ia adalah teks yang mengandungi pautan kepada teks yang lain dengan menekan satu atau lebih perkataan y ang bergaris

• Hypermedia - digunakan untuk menghubungkan pelbagai unsur media seperti audio dan video. Hampir meneyerupai hiperteks, cuma ia bukan sekadar berasaskan teks sahaja tetapi termasuklah media lain sperti grafik,imej,audio dan video.

LINEAR TAK LINEAR

• Pengguna tidak mempunyai kawalan terhadap aplikasi

• Pengguna boleh mengawal persembahan aplikasi

• Multimedia linear biasanya akan bermula dari awal hingga akhir / ia akan mengulang semula maklumat

• Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana bahagian maklumat yang dikehendaki melalui butang navigasi – hyperteks/ hypermedia

• Contoh : - Iklan TV, klip video, filem dan animasi

• Contoh : - Perisian PBBK (courseware), laman web, permainan komputer

PERBEZAAN CIRI-CIRI MULTIMEDIA