Kssm geo ting 1 arah

Post on 15-Apr-2017

1.632 views 18 download

Transcript of Kssm geo ting 1 arah

Geografi Tingkatan 1ARAH

Standard pembelajaran

1.1.1 Mengenal pasti lapan arah mata angin

1.1.2 Menggunakan matahari sebagai panduan untuk menentukan arah mata angina

1.1.3 Menggunakan kompas untuk menentukan arah mata angin

Semasa berjalan ke sekolah Ali melihat matahari terbit.Tahukah kamu arah matahari terbit?

Bila petang Ali melihat matahari terbenam. Tahukah kamu arah matahari terbenam?

Arah ialah hala dari suatu tempat ke tempat yang lainTerdapat 4 arah mata angin yang utama dan 4 arah mata angin perantaraan.

Aktiviti 1: Arah mata angin dapat ditentukan dengan berpandukan matahari. Berdiri di kawasan lapang dengan mendepakan tangan anda. Tangan kanan anda mestilah menghala ke arah matahari terbit, iaitu timur dan tangan kiri menghala ke barat. Oleh itu, anda menghadap ke utara manakala belakang anda ialah selatan.

Sekarang tentukan arah beberapa objekDi hadapanDi belakangKiriDanKanan anda

a. Tentukan arah pokok dari orang-orang itu . b. lukis penunjuk arah Barat

Apakah alat yang digunakan untuk menentukan arah?Berikan 8 arah mata angin.

Apakah berlaku apabila jam besi didekatkan dengan kompas magnetik ?

Cuba anda pusingkan kompas. Anda akan mendapati bahawa jarum kompas sentiasa menuju ke arah utara walaupun dipusing ke arah lain.

Mengapakah jarum kompas sentiasa menuju ke arah utara?

CARA- CARA PENGGUNAAN KOMPAS: SILA IKUT ARAHAN INI

LAKUKAN AKTIVITI MENCARI HARTA KARUN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH ANDA

BINCANGKAN

Standard pembelajaran

1.1.4 Mengukur bearing sudutan pada peta dengan menggunakan jangka sudut

1. Selain menggunakan kompas, kita juga dapat menentukan arah sesuatu tempat dengan menggunakan bearing sudutan.2. Bearing sudutan di atas peta ditentukan dengan jangka sudut.

Alatan yang diperlukan

Aktiviti : tentukan sudut bearing dari Ipoh ke Kuala Lumpur

Tentukan sudut bearing A. Kampung Tamu dari JambatanB. Kampung Tani dari Kampung MuaraC. Kampung Pinggir dari Kampung Tani

Murid boleh:

Mengenal pasti lapan arah mata angin.

Menggunakan matahari sebagai panduan untuk menentukan arah mata angin.

Menggunakan kompas untuk menentukan arah mata angin.

Mengukur bearing sudutan pada peta dengan menggunakan jangka sudut

Sudahkah anda memiliki kemahiran berikut?