Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point .

Post on 24-Feb-2016

270 views 5 download

description

Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point . DISEDIAKAN OLEH : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD KELAS 4.12/A. Bahan 2D. Bahan 2D ( dua dimensi ) ialah : 1. Bahan - bahan visual , dihasilkan di atas satu permukaan yang rata . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point .

Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh

bergambar dalam bentuk power point .

DISEDIAKAN OLEH :ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD

KELAS 4.12/A

Bahan 2D

Bahan 2D ( dua dimensi) ialah :1. Bahan-bahan visual , dihasilkan di atas

satu permukaan yang rata . 2. Mempunyai dimensi lebar dan dimensi

panjang.3. Boleh dihasilkan di atas permukaan kaca,

kain, kertas dan seumpamanya.

Contoh bahan 2D1. Lukisan2. Gambar foto3. Kad imbasan4. Poster 5. Carta a) Carta jadual b) Carta urutan c) Carta organisasi d) Carta masa e) Carta klasfikasi

Bahan 3D

Bahan 3D ( 3 dimensi ) ialah :- 1. Bahan-bahan yang mempunyai dimensi

panjang, dimensi tinggi dan dimensi lebar. 2. Menyerupai bentuk sebenar sesuatu objek ( juga dikenali bentuk tiga dimensi sebenar ). 3. Penggunaan bahan-bahan tiga dimensi

dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan berbanding dengan penggunaan bahan-bahan 2D .

Contoh Bahan 3D1. Topeng2. Akuarium3. Boneka 4. Model5. Mobail.6. Diorama7. Relia a) Relia asli b) Relia awet c) Spesimen

Bahan 2D

1. Lukisan Lakaran idea yang disampaikan dalam bentuk komunikasi visual . Dilukis di atas

permukaan rata sama ada di atas kain , kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya .

Bahan 2D

Lukisan, boleh digunakan sebagai media pengajaran dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran . Lukisan boleh memberi gambaran keadaan atau konsep dengan tepat mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan .

Bahan 2D

Lukisan, mesti tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai .

Contoh lukisan

Bahan 2D

2. Gambar foto Dihasilkan melalui rakaman dengan kamera . Boleh dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna . Boleh menggambarkan peristiwa atau keadaan sebenar apa yang dirakamkan .

Bahan 2D

Gambar foto boleh menimbulkan kesan emosi , kerana gambar foto memperlihatkan keadaan yang sebenar . Melalui gambar foto, pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti pemandangan, benda, rupa bentuk manusia, buah-buahan, tumbuh- tumbuhan dan gambar abstrak .

Bahan 2D

Gambar foto, yang diambil menggunakan kamera digital boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz . Oleh sebab itu, penggunaan gambar foto

dalam pengajaran dan pembelajaran boleh disesuaikan dalam semua peringkat pengajaran iaitu dari set induksi hingga penutup .

Contoh gambar foto

Bahan 2D

3. Kad imbasan Boleh dibahagikan kepada dua iaitu, kad imbasan bergambar dan kad imbasan

tulisan . Kebiasaannya kad imbasan dihasilkan di

atas kepingan kadbod . Maklumat di atas kad imbasan mestilah jelas , ringkas dan tepat.

Bahan 2D

Kad imbasan, boleh digunakan semasa set induksi hingga bahagian penutup . Kad imbasan boleh dijadikan sebagai tugasan aktiviti di dalam bilik darjah .

Bahan 2D

Contoh kad imbasan

star

s

Bahan 2D

4. Poster Merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual . Mengandungi satu atau lebih mesej-mesej tertentu .

Bahan 2D

Poster, Mengandungi mesej yang mudah dibaca, jelas , ringkas dan tepat . Penggunaan ilustrasi dan muka taip perlu seimbang sejajar dengan mesej yang hendak disampaikan .

Perlu mengandungi penegasan sama ada pada ilustrasi atau muka taip untuk menjadikan poster yang lebih berkesan.

Bahan 2D

Poster,Jika digunakan dengan betul, sangat berkesan di

dalam bilik darjah untuk menyampaikan mesej , maklumat bagi sesuatu peristiwa atau aktiviti yang akan diadakan .

Contohnya, poster pameran buku, kempen menabung di bank, kempen anti rokok, anti dadah dan seumpamanya .

Bahan 2D

Poster, mengandungi mesej yang ringkas dan tersirat dapat memperkaya pengetahuan dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid .

Contoh poster

Bahan 2D

5. Carta Bahan 2D yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Terdapat pelbagai jenis carta yang boleh digunakan guru untuk menyampaikan maklumat . Contohnya: carta jadual , carta urutan, carta organisasi , carta masa, carta klasfikasi dan sebagainya .

Bahan 2D

a) Carta jadual Menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku .

Contoh carta jadual

Bahan 2D

2) Carta urutan Juga dikenali sebagai carta alir. Menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan .

Carta urutan dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangan dan untuk mudah difahami setiap langkah-langkah satu persatu .

Contoh carta urutan

Bahan 2D

c) Carta organisasi Menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya . Carta organisasi menunjukkan hierarki sesuatu pentadbiran .

Contoh carta organisasi

Bahan 2D

d) Carta masa Menggambarkan hubungan masa dan peristiwa . Sangat berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlalu.

Contoh carta masa

Bahan 2D

e) Carta klasfikasi Digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa , spesis dan

taksonomi haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya .

Contoh carta klasfikasi

BAHAN 3D

Bahan 3D

1) Topeng Boleh diperbuat daripada kertas atau menggunakan “papier mach” .

Biasanya digunakan sebagai strategi main peranan atau lakonan .

Contoh topeng

Bahan 3D

2) Akuarium Tempat atau bekas di mana hidupan air seperti ikan dipelihara . Akuarium biasanya diisi dengan batu kecil , tumbuhan serta dihiasi dengan lukisan latar untuk menampakkan suasana pemandangan di dalam air .

Contoh akuarium

Bahan 3D

3) Boneka Amat sesuai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan strategi main peranan .

Strategi penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana murid terlibat secara langsung .

Bahan 3D

Boneka, sesuai digunakan dalam mata pelajaran

bahasa , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , Pendidikan Agama Islam , Pendidikan Moral dan Kesihatan .

Bahan 3D

Boneka, mudah diperbuat dan kos menghasilkannya

adalah murah serta menjimatkan . Boneka boleh dihasilkan dengan menggunakan kain, kertas , kayu , plastik, benang atau kulit telur .

Bahan 3D

Boneka, menggunakannya memerlukan penyediaan skrip dan kebolehan memainkan watak supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan . Terdapat pelbagai jenis boneka :i) Boneka wayang kulitii) Boneka lidiiii) Boneka taliiv) Boneka sarung tangan

Bahan 3D

i) Boneka wayang kulit Dilukis di atas kertas tebal . Kemudian diwarnakan . Bentuknya dipotong secara negatif . Lidi halus dilekatkan pada anggota badan tertentu yang akan digerakkan .

Bahan 3D

Boneka wayang kulit, memerlukan skrin putih dan lampu suasana

gelap ketika mempersembahkan boneka ini . Tok Dalang yang akan menggerakkan boneka

wayang kulit yang akan duduk di belakang layar legap serta dibantu oleh satu cahaya lampu .

Apabila lampu dinyalakan oleh Tok Dalang, bayang-bayang boneka akan kelihatan di atas skrin putih .

Bahan 3D

Boneka wayang kulit, penonton hanya nampak bayang-bayang boneka wayang kulit dan satu suluhan lampu di sebalik skrin putih . Terkenal dan popular di negeri Kelantan Darul Naim .

Contoh wayang kulit

Bahan 3D

ii) Boneka lidi Dihasilkan daripada bahan keras dan tebal . Lidi yang panjang dilekatkan pada naggota

badan boneka. Lidi juga dilekatkan pada anggota badan

yang akan digerakkan . Lidi ini akan digerakkan untuk menjadikan

boneka tersebut berfungsi .

Bahan 3D

iii) Boneka tali Dikenali juga “marionette” Diperbuat daripada bahan-bahan keras

seperti “papier mache”, “plaster of paris” (POP) atau kayu .

Bahan 3D

Boneka tali : Terdapat tali-tali halus disambungkan ke bahagian-bahagian sendi boneka seperti siku, lutut, tangan agar boleh digerakkan seperti manusia . Tali-tali di sendi ini akan ditarik-tarik untuk menggerakkan boneka supaya “hidup” .

Bahan 3D

iv) Boneka Sarung Tangan Menggunakan sarung tangan yang

digubah menjadi badan dan anggota badan . Tiga jari iaitu jari telunjuk , ibu jari dan jari

tengah dimasukkan ke dalam sarung tangan .Jari digerakkan untuk menghidupkan boneka .Pergerakkan jari mestilah selari dengan apa yang

dituturkan oleh pencerita .

Contoh boneka sarung tangan

Bahan 3D

4) Model Dibina berasaskan bentuk asal dalam keadaan saiz yang lebih kecil atau lebih besar dengan bahan sebenar . Boleh dihasilkan daripada kertas, plastik,

kayu , polystyren atau tanah liat.

Bahan 3D

Kelebihan model adalah boleh menunjukkan objek-objek yang tersembunyi binaan model boleh ditanggalkan dan dipasang .

Model boleh dibesar dan dikecilkan saiznya mengikut skala dan kesesuaian penggunaannya.

Contoh model

Model rumah kayu Model masjid

Bahan 3D

5) Mobail Berasal daripada perkataan “mobile” yang bermaksud bergerak . Biasanya digantung tinggi . Mengandungi maklumat seperti keratan

gambar atau tulisan dengan menggunakan tali .

Bahan 3D

Mobail, guru perlu merancang penghasilan mobail dengan berkesan untuk memudahkan maklumat dibaca dan dilihat . Keratan yang digantung perlu mengandungi

maklumat pada kedua-dua belah muka .

Bahan 3D

Mobail akan bergerak perlahan-lahan dan menimbulkan tarikan kepada murid .

Kedudukan mobail perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain.

Contoh mobail

Bahan 3D

6) Diodrama

Berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud , “melihat melalui” . Satu persembahan 3D yang memaparkan

sesuatu peristiwa atau gambaran sebenar dalam sebuah kotak kecil yang berlatar belakang sebuah lukisan latar .

Bahan 3D

Diodrama, Lukisan yang menjadi latar mampu

menghidupkan suasana atau peristiwa yang hendak diceritakan .

Model-model yang terdapat dalam kotak akan disusun mengikut jalan cerita dan peristiwa .

Bahan 3D

Diodrama, susunan model yang berlatar lukisan latar dapat memberi gambaran yang sebenarnya .

dapat dilihat contohnya di muzium negara yang mempamerkan model-model situasi zaman silam serta aksi kehidupan masyarakat Melayu .

Contoh diodrama

Bahan 3D

7) Relia

Bahan-bahan yang maujud atau bahan sebenar. Murid boleh lihat, sentuh , pegang, merasa

dan mendengar sesuatu yang sebenar .

Bahan 3D

Relia, pengalaman sebenar yang dilalui murid seperti dapat memegang bahan relia sangat membantu memahami sesuatu bahan yang mungkin sukar difahami apabila membaca buku .

ReliaRelia

asli

Relia

awet

Spesimen

Relia asli

Merujuk kepada bahan-bahan yang wujud dan hidup .

Boleh dilihat dengan mata kasar .

Contoh relia asli

Bunga , serangga , binatang , kenderaan, pakaian .

Relia awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bekas tertentu berkaca

( untuk tontonan umum ) .

Contoh relia awet

Spesimen

Didapati dalam bentuk awet .Menjadi contoh hidupan yang mewakili

kumpulan hidupan tertentu .Mempunyai sifat-sifat am kumpulannya

tersendiri .Contoh spesimen : kumpulan nyamuk

Kumpulan rama-rama.