Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point .

70
Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point . DISEDIAKAN OLEH : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD KELAS 4.12/A

description

Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point . DISEDIAKAN OLEH : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD KELAS 4.12/A. Bahan 2D. Bahan 2D ( dua dimensi ) ialah : 1. Bahan - bahan visual , dihasilkan di atas satu permukaan yang rata . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh bergambar dalam bentuk power point .

Page 1: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Konsep 2D dan 3D dengan memberikan 10 contoh

bergambar dalam bentuk power point .

DISEDIAKAN OLEH :ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD

KELAS 4.12/A

Page 2: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Bahan 2D ( dua dimensi) ialah :1. Bahan-bahan visual , dihasilkan di atas

satu permukaan yang rata . 2. Mempunyai dimensi lebar dan dimensi

panjang.3. Boleh dihasilkan di atas permukaan kaca,

kain, kertas dan seumpamanya.

Page 3: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh bahan 2D1. Lukisan2. Gambar foto3. Kad imbasan4. Poster 5. Carta a) Carta jadual b) Carta urutan c) Carta organisasi d) Carta masa e) Carta klasfikasi

Page 4: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Bahan 3D ( 3 dimensi ) ialah :- 1. Bahan-bahan yang mempunyai dimensi

panjang, dimensi tinggi dan dimensi lebar. 2. Menyerupai bentuk sebenar sesuatu objek ( juga dikenali bentuk tiga dimensi sebenar ). 3. Penggunaan bahan-bahan tiga dimensi

dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan berbanding dengan penggunaan bahan-bahan 2D .

Page 5: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh Bahan 3D1. Topeng2. Akuarium3. Boneka 4. Model5. Mobail.6. Diorama7. Relia a) Relia asli b) Relia awet c) Spesimen

Page 6: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

1. Lukisan Lakaran idea yang disampaikan dalam bentuk komunikasi visual . Dilukis di atas

permukaan rata sama ada di atas kain , kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya .

Page 7: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Lukisan, boleh digunakan sebagai media pengajaran dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran . Lukisan boleh memberi gambaran keadaan atau konsep dengan tepat mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan .

Page 8: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Lukisan, mesti tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai .

Page 9: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh lukisan

Page 10: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

2. Gambar foto Dihasilkan melalui rakaman dengan kamera . Boleh dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna . Boleh menggambarkan peristiwa atau keadaan sebenar apa yang dirakamkan .

Page 11: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Gambar foto boleh menimbulkan kesan emosi , kerana gambar foto memperlihatkan keadaan yang sebenar . Melalui gambar foto, pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti pemandangan, benda, rupa bentuk manusia, buah-buahan, tumbuh- tumbuhan dan gambar abstrak .

Page 12: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Gambar foto, yang diambil menggunakan kamera digital boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz . Oleh sebab itu, penggunaan gambar foto

dalam pengajaran dan pembelajaran boleh disesuaikan dalam semua peringkat pengajaran iaitu dari set induksi hingga penutup .

Page 13: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh gambar foto

Page 14: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

3. Kad imbasan Boleh dibahagikan kepada dua iaitu, kad imbasan bergambar dan kad imbasan

tulisan . Kebiasaannya kad imbasan dihasilkan di

atas kepingan kadbod . Maklumat di atas kad imbasan mestilah jelas , ringkas dan tepat.

Page 15: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Kad imbasan, boleh digunakan semasa set induksi hingga bahagian penutup . Kad imbasan boleh dijadikan sebagai tugasan aktiviti di dalam bilik darjah .

Page 16: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Contoh kad imbasan

star

s

Page 17: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

4. Poster Merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual . Mengandungi satu atau lebih mesej-mesej tertentu .

Page 18: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Poster, Mengandungi mesej yang mudah dibaca, jelas , ringkas dan tepat . Penggunaan ilustrasi dan muka taip perlu seimbang sejajar dengan mesej yang hendak disampaikan .

Perlu mengandungi penegasan sama ada pada ilustrasi atau muka taip untuk menjadikan poster yang lebih berkesan.

Page 19: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Poster,Jika digunakan dengan betul, sangat berkesan di

dalam bilik darjah untuk menyampaikan mesej , maklumat bagi sesuatu peristiwa atau aktiviti yang akan diadakan .

Contohnya, poster pameran buku, kempen menabung di bank, kempen anti rokok, anti dadah dan seumpamanya .

Page 20: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

Poster, mengandungi mesej yang ringkas dan tersirat dapat memperkaya pengetahuan dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid .

Page 21: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh poster

Page 22: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

5. Carta Bahan 2D yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Terdapat pelbagai jenis carta yang boleh digunakan guru untuk menyampaikan maklumat . Contohnya: carta jadual , carta urutan, carta organisasi , carta masa, carta klasfikasi dan sebagainya .

Page 23: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

a) Carta jadual Menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku .

Page 24: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh carta jadual

Page 25: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

2) Carta urutan Juga dikenali sebagai carta alir. Menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan .

Carta urutan dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangan dan untuk mudah difahami setiap langkah-langkah satu persatu .

Page 26: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh carta urutan

Page 27: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

c) Carta organisasi Menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya . Carta organisasi menunjukkan hierarki sesuatu pentadbiran .

Page 28: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh carta organisasi

Page 29: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

d) Carta masa Menggambarkan hubungan masa dan peristiwa . Sangat berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlalu.

Page 30: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh carta masa

Page 31: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 2D

e) Carta klasfikasi Digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa , spesis dan

taksonomi haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya .

Page 32: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh carta klasfikasi

Page 33: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

BAHAN 3D

Page 34: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

1) Topeng Boleh diperbuat daripada kertas atau menggunakan “papier mach” .

Biasanya digunakan sebagai strategi main peranan atau lakonan .

Page 35: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh topeng

Page 36: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

2) Akuarium Tempat atau bekas di mana hidupan air seperti ikan dipelihara . Akuarium biasanya diisi dengan batu kecil , tumbuhan serta dihiasi dengan lukisan latar untuk menampakkan suasana pemandangan di dalam air .

Page 37: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh akuarium

Page 38: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

3) Boneka Amat sesuai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan strategi main peranan .

Strategi penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana murid terlibat secara langsung .

Page 39: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka, sesuai digunakan dalam mata pelajaran

bahasa , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , Pendidikan Agama Islam , Pendidikan Moral dan Kesihatan .

Page 40: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka, mudah diperbuat dan kos menghasilkannya

adalah murah serta menjimatkan . Boneka boleh dihasilkan dengan menggunakan kain, kertas , kayu , plastik, benang atau kulit telur .

Page 41: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka, menggunakannya memerlukan penyediaan skrip dan kebolehan memainkan watak supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan . Terdapat pelbagai jenis boneka :i) Boneka wayang kulitii) Boneka lidiiii) Boneka taliiv) Boneka sarung tangan

Page 42: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

i) Boneka wayang kulit Dilukis di atas kertas tebal . Kemudian diwarnakan . Bentuknya dipotong secara negatif . Lidi halus dilekatkan pada anggota badan tertentu yang akan digerakkan .

Page 43: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka wayang kulit, memerlukan skrin putih dan lampu suasana

gelap ketika mempersembahkan boneka ini . Tok Dalang yang akan menggerakkan boneka

wayang kulit yang akan duduk di belakang layar legap serta dibantu oleh satu cahaya lampu .

Apabila lampu dinyalakan oleh Tok Dalang, bayang-bayang boneka akan kelihatan di atas skrin putih .

Page 44: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka wayang kulit, penonton hanya nampak bayang-bayang boneka wayang kulit dan satu suluhan lampu di sebalik skrin putih . Terkenal dan popular di negeri Kelantan Darul Naim .

Page 45: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh wayang kulit

Page 46: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

ii) Boneka lidi Dihasilkan daripada bahan keras dan tebal . Lidi yang panjang dilekatkan pada naggota

badan boneka. Lidi juga dilekatkan pada anggota badan

yang akan digerakkan . Lidi ini akan digerakkan untuk menjadikan

boneka tersebut berfungsi .

Page 47: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

iii) Boneka tali Dikenali juga “marionette” Diperbuat daripada bahan-bahan keras

seperti “papier mache”, “plaster of paris” (POP) atau kayu .

Page 48: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Boneka tali : Terdapat tali-tali halus disambungkan ke bahagian-bahagian sendi boneka seperti siku, lutut, tangan agar boleh digerakkan seperti manusia . Tali-tali di sendi ini akan ditarik-tarik untuk menggerakkan boneka supaya “hidup” .

Page 50: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

iv) Boneka Sarung Tangan Menggunakan sarung tangan yang

digubah menjadi badan dan anggota badan . Tiga jari iaitu jari telunjuk , ibu jari dan jari

tengah dimasukkan ke dalam sarung tangan .Jari digerakkan untuk menghidupkan boneka .Pergerakkan jari mestilah selari dengan apa yang

dituturkan oleh pencerita .

Page 51: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh boneka sarung tangan

Page 52: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

4) Model Dibina berasaskan bentuk asal dalam keadaan saiz yang lebih kecil atau lebih besar dengan bahan sebenar . Boleh dihasilkan daripada kertas, plastik,

kayu , polystyren atau tanah liat.

Page 53: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Kelebihan model adalah boleh menunjukkan objek-objek yang tersembunyi binaan model boleh ditanggalkan dan dipasang .

Model boleh dibesar dan dikecilkan saiznya mengikut skala dan kesesuaian penggunaannya.

Page 54: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh model

Model rumah kayu Model masjid

Page 55: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

5) Mobail Berasal daripada perkataan “mobile” yang bermaksud bergerak . Biasanya digantung tinggi . Mengandungi maklumat seperti keratan

gambar atau tulisan dengan menggunakan tali .

Page 56: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Mobail, guru perlu merancang penghasilan mobail dengan berkesan untuk memudahkan maklumat dibaca dan dilihat . Keratan yang digantung perlu mengandungi

maklumat pada kedua-dua belah muka .

Page 57: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Mobail akan bergerak perlahan-lahan dan menimbulkan tarikan kepada murid .

Kedudukan mobail perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain.

Page 58: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh mobail

Page 59: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

6) Diodrama

Berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud , “melihat melalui” . Satu persembahan 3D yang memaparkan

sesuatu peristiwa atau gambaran sebenar dalam sebuah kotak kecil yang berlatar belakang sebuah lukisan latar .

Page 60: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Diodrama, Lukisan yang menjadi latar mampu

menghidupkan suasana atau peristiwa yang hendak diceritakan .

Model-model yang terdapat dalam kotak akan disusun mengikut jalan cerita dan peristiwa .

Page 61: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Diodrama, susunan model yang berlatar lukisan latar dapat memberi gambaran yang sebenarnya .

dapat dilihat contohnya di muzium negara yang mempamerkan model-model situasi zaman silam serta aksi kehidupan masyarakat Melayu .

Page 62: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh diodrama

Page 63: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

7) Relia

Bahan-bahan yang maujud atau bahan sebenar. Murid boleh lihat, sentuh , pegang, merasa

dan mendengar sesuatu yang sebenar .

Page 64: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Bahan 3D

Relia, pengalaman sebenar yang dilalui murid seperti dapat memegang bahan relia sangat membantu memahami sesuatu bahan yang mungkin sukar difahami apabila membaca buku .

Page 65: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

ReliaRelia

asli

Relia

awet

Spesimen

Page 66: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Relia asli

Merujuk kepada bahan-bahan yang wujud dan hidup .

Boleh dilihat dengan mata kasar .

Page 67: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh relia asli

Bunga , serangga , binatang , kenderaan, pakaian .

Page 68: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Relia awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bekas tertentu berkaca

( untuk tontonan umum ) .

Page 69: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Contoh relia awet

Page 70: Konsep  2D  dan  3D  dengan memberikan  10  contoh bergambar dalam bentuk   power point .

Spesimen

Didapati dalam bentuk awet .Menjadi contoh hidupan yang mewakili

kumpulan hidupan tertentu .Mempunyai sifat-sifat am kumpulannya

tersendiri .Contoh spesimen : kumpulan nyamuk

Kumpulan rama-rama.