Post on 05-Apr-2018
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
1/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISSEKOLAH DAN MASYARAKAT
KPS4043
DISEDIAKAN OLEHNURHAINI FALINI BINTI AHMAD
L20112008600
KUMPULAN XNAMA PENSYARAH: DR.HAJI AHMAD SOHAIMIBIN AHMAD LAZIM
PROGRAM GSTT/DPLI 2012UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
GURU SEBAGAI AGEN SOSIALIS
1
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
2/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
Pengenalan kepada Guru dan Sosialis
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga 1994, mentakrifkan guru sebagai orang
yang mengajar, pendidik, dan pengajar. Manakala maksud sosialis pada kamus yang sama,
halaman 1301, bermaksud orang yang menyokong sosialisme atau berkaitan dengan sosialisme.
Sosialis yang dirujuk dari perkataan asalnya sosial pula beerti segala yang berkaitan dengan
masyarakat, dan perihal masyarakat .Selain itu juga membawa pengertian kepada pergaulan dan
aktiviti masa lapang.
Menurut Charlotte Buehler, sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan
menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup, dan berfikir kelompoknya agar ia dapat berperanan
dan berfungsi dengan kelompoknya. Bagi Peter Berger pula sosialisasi adalah suatu
proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat tempat
tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya. (Sosiologi:Memahami dan Mengakaji
Masyarakat: 2009)
Dalam konteks guru sebagai agen sosialis , menjelaskan peranan guru bukan setakat mengajar atau
mendidik malah sebagai agen kepada masayarakat. Masyarakat yang dimaksudkan bukanlah
tertumpu kepada pelajarnya sahaja, malah skopnya lebih meluas kepada hubungan guru dengan
persekitarannya juga terutamanya dalam masyarakat.
Peranan Guru Sebagai Agen Sosialis
Memetik dari buku Guru Sebagai Mentor (2005), dalam pendidikan mentor berperanan sebagai
kawan, pembimbing, kaunselor dan juga guru. Selain sebagai mentor, terdapat lima peranan guru
sebagai agen sosialis. Yang pertama, sebagai penyebar ilmu. Peranan guru luas definisinya. Guru
bukan setakat mendidik atau mengajar dalam bilik darjah, malah guru juga boleh dianggap sebagai
insan yang paling dekat dengan murid di sekolah. Ini kerana masa seharian murid-murid banyak
dihabiskan di sekolah-sekolah bersama guru meraka. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi, apabila
guru juga dianggap sebagai agen pengubah keadaan masyarakat. Guru sebagai agen penyebar ilmu
atau mempunyai peranan besar dalam membentuk dan mengubah masyarakat melalui pendidikan.
2
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
3/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang lebih luas daripada orang yang diajarnya.
Oleh itu, guru juga dianggap sebagai penggerak yang mampu mengubah keadaan masyarakat.
Selain sebagai agen penyebar maklumat yang dapat mengubah kehidupan masyarakat, guru yang
bertindak sebagai agen sosialis juga berperanan menjadi role model kepada pelajarnya dan juga
kepada masyarakat sekeliling. Shiben Raina menjelaskan, dalam artikel penulisannya Role of a
Teacher in society , The role of a teacher in society is both significant and valuable.It has far-
reaching influence on the society he lives in and no other personality can have an influence more
profound than that of a teacher. Students are deeply affected by the teacher's love and affection,
his character, his competence, and his moral commitment. A popular teacher becomes a model for
his students. The students try to follow their teacher in his manners, costumes, etiquette, style of
conversation and his get up. He is their ideal. Raina menyatakan peranan guru dalam masyarakat
adalah penting dan berharga dan berpendapat pengaruh seorang guru itu sangat kuat terhadap
masyarakat dan tidak ada pengaruh yang lebih tinggi atau mendalam selain guru. Beliau juga
menjelaskan bahawa seseorang murid mudah terpengaruh dengan penampilan seseorang guru dari
segi perwatakan seorang guru, kecekapan dan komitmen seorang guru di samping menunjukkan
kasih sayangnya terhadap guru. Raina turut menjelaskan seorang guru yang popular akan menjadi
model kepada pelajarnya dan pelajar cenderung untuk mengikut adab, cara pemakaian, dan cara
perbualan guru yang mereka minati. Peranan guru sebagai agen sosialis yang cuba di sampaikan
oleh Raina jelas menunjukkan bahawa guru itu role-model yang berperanan dalam mempengaruhi
anak-anak muridnya, dan juga menunjukkan bahawa betapa akrab dan rapatnya guru itu dengan
muridnya. Ini dapat menarik minat seseorang murid untuk belajar dan mendekati sekolah kerana
mereka merasakan guru itu ibarat pujaan atau role-modelyang paling dekat dengan mereka.
Peranan guru sebagai agen sosialis juga penting untuk menerapkan budaya masyarakat
yang dikehendaki supaya masyarakat dapat berfungsi dengan baik. Dalam konteks ini, guru tidak
semestinya mengajar untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran Tahunan semata-mata tetapi juga
harus mendidik murid-murid dengan menerapkan nilai-nilai budaya yang baik selari dengan
pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan cemerlang dari segi
jasmani, emosi , rohani dan intelektual. Seandainya seseorang guru hanya mampu mengajar
dengan matlamat untuk menghabiskan sukatan pelajaran, bagaimana pula dengan penerapan nilai-
nilai budaya yang tidak seiring dengan perkembangan ilmu? Kita tidak mahu hanya melahirkan
3
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
4/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
insan yang berilmu tetapi cetek dan rendah nilai budayanya. Oleh yang demikian guru seharusnya
memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya seperti menerapkan nilai-nilai murni dan
jati diri murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka dengan
masyarakat.
Di dalam dunia pendidikan, komunikasi amat penting untuk menghubungkan antara guru
dengan murid, guru dengan sekolah dan juga murid dengan sekolah. Seandainya guru dan murid
tidak mempunyai komunikasi yang jelas dan baik ia memberi impak yang negatif bagi guru
sebagai agen sosialis. Guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar segala
penyampaian mereka dalam meyampaikan maklumat tercapai di samping menjadikan komunikasi
sebagai satu alat untuk merapatkan jurang antara guru, murid, sekolah dan ibubapa. Menyentuh
dari aspek komunikasi, guru juga bertindak sebagai jambatan bagi ibu bapa untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Hubungan baik antara guru dengan ibu bapa juga penting untuk keberkesanan
pembelajaran anak-anak. Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan wujudnya Persatuan Ibu Bapa dan
Guru atau lebih sinonim dengan panggilan PIBG Sekolah. Di dalam bukuKerjaya Sebagai Guru,
Tuan Fadhlan Tuan Jaafar (2006), guru perlu sentiasa berhubung dengan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dalam mencari penyelesaian segala masalah yang timbul dengan pelajar di sekolah.
Menurut Tuan Fadlan dalam buku ini lagi, adakala guru mengetuai persatuan atau pun rukuntetangga di mana kepakaran dan kepimpinan mereka diperlukan oleh masyarakat setempat. Oleh
yang demikian, peranan guru sebagai agen sosialis dalam membentuk sebuah masyarakat yang
seimbang amat diperlukan kerana masyarakat setempat juga mengakui dan mengiktiraf kecekapan
dan kebolehan yang ada pada seseorang guru. Di dalam masa yang sama, ciri-ciri guru yang
berkualiti seperti inilah yang amat diperlukan oleh masyarakat. Antara cirri-ciri guru yang
berkualiti menurut beliau, ialah berbudi bahasa, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti ,
jujur dan amanah. Kesemua sifat-sifat guru ini mencerminkan guru sebagai satu agen sosialis yang
berkualiti dan berkesan.
Dalam perenggan sebelum ini, ada menyatakan guru adalah sebagai agen pembentukan
budaya. Pembentukan budaya sangat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang membantu
ke arah sekolah penyanyang, dan guru sebagai pelaksanalah yang akan menjadi pembentuk
4
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
5/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
masyarakat penyayang. Guru yang dibantu dan disokong oleh pentadbiran sekolah, perlulah
menerapkan unsur-unsur budaya penyayang dalam diri murid melalui kurikulum sekolah seperti
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral. Selain melalui kurikulum, aktiviti ko-
kurikulum seperti Kelab Pemimpin Rakan Sebaya juga boleh membantu guru untuk menjadi agen
penerapan unsur-unsur budya penyayang melalui aktiviti yang di jalankan di sekolah mahupun
yang melibatakan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini dapat melahirkan generasi
penyayang. Namun begitu, untuk menerapkan nilai-nilai peyayang, guru lah insan pertama yang
harus mempunyai sifat penyayang dalam diri bagi merealisasikan matlamat guru sebagai agen
pembentukan budaya penyayang.
Memetik pandangan Earl V. Pullias, (1997) di dalam bukunya Guru adalah segala-
galanya, mencirikan sifat guru yang perlu dimiliki bagi melaksanakan hasrat sistem pendidikan ke
arah mewujudkan sekolah peyayang, ciri pertamanya yang dinyatakan ialah guru sebagai
pembimbing. Guru adalah pembimbing pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
guru bertanggungjawab menentukan tujuan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelajar.
(Kepimpinan Pendidikan di Malaysia: 2005:62)
Guru boleh mengajar, tetapi belum tentu berjaya mendidik, manakala guru yang mengajar
moral belum tentu berjaya menerapkan nilai-nilai murni. Kenyataan ini telah dipersoalkan oleh
Abdul Rahman Aroff (1999) , Moral adalah satu nilai, tetapi adakah nilai itu satu moral? Inilahcabaran kepada guru yang peka dan mampu berfikir secara kolektif dan holistik, bahawa ia
merupakan titik tolak kepada guru tersenut untuk menjadi mentor dan pembimbing kepada pelajar.
Oleh itu, di samping menjadi agen pembetukan budaya penyayang, guru perlulah menjadi
pembimbing kepada murid agar murid dapat menjadikan guru tersebut sebagai role model terbaik .
Penerapan budaya peyayang penting terhadap perkembangan sahsiah pelajar bagi membentuk
generasi yang bukan sahaja penyayang, malah prihatin dan mempunyai nilai-nilai murni yang
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bermasyarakat.
Kesimpulan
Di dalam konteks Islam , seorang guru itu dipandang mulia darjatnya, malah hampir sama wajib
kita mentaati guru seperti kedua ibu bapa kita. Di dalam Islam, jika seseorang yang menyampaikan
sesuatu ilmu atau mendidik itu akan digelar sebagai Muallim, tetapi jika seseorang itu bukan
5
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
6/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
setakat mengajar, tetapi turut menerapkan dan mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak
didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari seseorang itu akan digelar
sebagai Murabbi. Seseorang Murabbi akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas Muallim banyak
berlegar di akal tetapi tugas Murabbi berlegar di hati. Perumpamaan yang boleh
diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan
sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti
seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga
berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.
Melihat dari sudut peranan Murabbi itu sendiri sebenarnya menunjukkan bahawa guru itu
sebenarnya adalah agen kepada masyarakat. Murabbi bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak
didiknya menjadi insan yang berguna, cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya. Guru yang
berperanan sebagai agen kepada sosialias hakikatnya tidak semestinya menjadi guru semata-mata
dan peranan guru bukanlah setakat terbatas di dalam bilik darjah, tetapi luas skop dan prospeknya.
Guru bisa menjadi kawan, sahabat, mahu pun ibu bapa kepada murid, dan guru juga bukan terbatas
fungsinya di sekolah semata, tetapi juga turut sama penting dalam masyarakat. Hal ini terbukti
dengan keterlibatan seseorang guru dengan aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah.
Kebolehan dan kepakaran yang ada pada guru sewajarnya menjadi pemudah cara dan agenperubahan kepada masyarakat bagi melahirkan dan membentuk insan yang cemerlang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Guru memainkan peranan sebagai agen sosialis dengan
membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat
dan negara yang semakin kompleks, meningkat, progresif dan berkembang. Di harapkan peranan
guru sebagai agen sosialis seperti penyebar ilmu kemasyarakatan, pembentuk nilai-nilai
masyarakat, pembentuk masyarakat penyayang, menjadi role modelkepada murid dan masyarakat
serta penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat dan penyumbang
kepada masyarakat dapat menjadikan seseorang guru itu lebih komted dalam melaksanakan tugas
dalam profesyen keguruan yang selaras dengan hasrat kementerian yang ingin melahirkan insan
yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelktual secara menyeluruh.
Akhir sekali guru haruslah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memotivasikan diri
dalam usaha melahirkan produk berkualiti yang merujuk kepada pelajar yang seimbang dari
6
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
7/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
pelbagai sudut. Guru sebagai agen sosialis haruslah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran agar
sentiasa berusaha untuk membuat pembaharuan dan berinnovasi tinggi sejajar dengan peranannya
yang bukan sahaja bertindak sebagai seorang guru yang mengajar di dalam bilik darjah tetapi
sebagai seorang pendidik yang mendidik anak muridnya untuk menjana kehidupan di masa
hadapan di samping menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang turut mempunyai fungsi
yang berbeza. Agen sosialis yang ingin diterapkan dalam jiwa seorang pendidik itu sebenarnya
adalah untuk menjelaskan dengan lebih lengkap lagi bahawa guru bukan setakat guru tetapi
merupakan seorang arkitek pembangunan negara bangsa, kerana tugas seorang guru bukanlah
sekadar mengajar, tetapi mendidik seseorang murid itu untuk menjadi sebahagian masyarakat yang
berfungsi.
Bibliografi
Amir Hasan Dawi, 2009. Sekolah dan Masyarakat. Penerbit Quantum Books.
Raja Ahmad Shalaby, Siti Zaleha Ibrahim dan Mohd.Zuber Zain, 2004 Tokoh-tokoh Guru
Nusantara. Penerbit universiti Pendidikan Sultan Idris.
7
7/31/2019 Guru Sebagai Agen Sosialis
8/8
Nurhaini Falini Ahmad L20112008600
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008. Falsafah Pendidikan Dan kurikulum. Penerbit
Quantum Books.
Janu Murdiyatmoko, 2007. Sosiologi : Memahami dan Mengakji Masyarakat. Penerbit Grafindo
Media Pratama.
Salhah Abdullah dan Ainon Mohd, 200. Guru Sebagai Mentor. Penerbit PTS Proffesional.
Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed dan Abd.Ghani Abdullah, 2007. Guru Sebagai
Pemimpin. Penerbit PTS Pendidikan.
Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006. Kerjaya Sebagai Guru. Penerbit PTS Proffesional
Publishing.
Yahaya Don, 2007.Kepimpinan Pendidikan Malaysia. Penerbit PTS Proffesional Publishing.
(Konsep Murabbi dalam Gerakan: www.mindamadani.my)
Shiben Raina , 2007.Role of a Teacher in Society . http://ezinearticles.com/?Role-of-a-
Teacher-in-Society&id=746217
www.uns.ac.id.data/sp6pdf
8
http://www.mindamadani.my/http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://www.uns.ac.id.data/sp6pdfhttp://www.mindamadani.my/http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217http://www.uns.ac.id.data/sp6pdf