Post on 29-Nov-2015
description
Faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan
pembelajaran.
1) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru.
- guru tidak menggunakan bahan p&p yang kreatif dan bersesuaian dengan
murid pemulihan yang memerlukan bahan-bahan yang menarik. Teknik
pengajaran guru haruslah menggunakan teknik mengikut tahap
pembelajaran bagi seorang kanak-kanak yang perlu dipulihkan.
2) Tidak hadir kesekolah.
- murid tidak menghadirkan diri kesekolah juga adalah salah satu punca
mengakibatkannya mengalami masalah pembelajaran. Peranan guru adalah
mengambil berat atau mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh setiap
muridnya. Pelbagai sukatan atau topik pelajaran yang tertinggal akibat tidak
hadir kesekolah.
3) Cuai dalam menjalankan aktiviti.
- guru memainkan peranan penting dalam mengenalpasti potensi murid.
Segala aktiviti yang dilakukan oleh setiap murid haruslah dipantau. Segala
kesilapan murid perlu diperbetulkan. Kecuaian guru dalam menjalankan
tugas boleh mengakibatkan murid mengalami masalah pembelajaran
terutamanya murid yang lemah.
4) Leka dan lambat.
- guru yang leka dalam melaksanakan tugas atau mengambil mudah sesuatu
perkara juga mendatangkan akibat kepada murid-murid. Guru yang lambat
mengambil tindakan terutamanya dalam mengenalpasti murid-murid yang
perlu dipulihkan juga kesalahan yang datangnya dari guru itu sendiri.
5) Peribadi.
- murid yang mengalami masalah peribadi juga akan mengalami masalah
pembelajaran. Sebagai seorang guru perlulah mengenalpasti murid yang
bermasalah ini. Guru harus mengambil sebarang tindakan yang
bersesuaian. Selain itu, guru perlulah mengembalikan semangat mereka
untuk belajar.
6) Kurang kecerdasan-lambat berfikir dan bertindak,lekas lupa, sukar
memahami dan lemah pengamatan.
- peranan guru bagi bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjana minda
murid adalah penting. Murid-murid seperti ini harus diberi latihan
pengukuhan bagi menguatkan lagi ingatan dan meningkatkan tahap
pengamatan mereka.
7) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
- ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi mengatasi anak-anak
dari mengalami maslah pembelajaran. Makanan yang baik dan seimbang
harus diamalkan sejak dari kecil lagi. Kurangkan makanan yang
membahayakan atau makanan yang boleh memberikan kesan negative
kepada kesihatan.
8) Penerimaan baka yang cacat.
- faktor baka juga banyak mengakibatkan masalah pembelajaran. Ibu bapa
murid juga mengalami masalah yang sama. Sebagai guru, murid tidak boleh
dipersalahkan sebaliknya guru harus mengambil inisiatif bagi mengatasi
atau mengurangkan masalah ini.
9) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
- anak-anak harus diberi pendedahan awal kepada alam sekitar atau bergaul
dengan rakan sebaya mereka. Kurangnya pergaulan juga boleh
mengakibatkan masalah pembelajaran. Anak-anak kurang mendapat idea
atau kurang menggunakan akal mereka untuk berfikir akan sesuatu. Minda
mereka sama sekali tidak tercabar.
10)Salah diasuh dan diajar.
- ibu bapa tidak seharusnya terlampau memanjakan anak-anak mereka. Tidak
semua kemahuan mereka harus ditunaikan. Asuhan ibu bapa dirumah
adalah penting bagi anak-anak untuk berdikari atau menggunakan akal
fikiran mereka. Ibu bapa harus meluangkan sedikit masa untuk mengajar
anak-anak mereka. Tidak hanya disekolah sahaja. Pantauan dari ibu bapa
penting dalam mengetahui proses perkembangan anak-anak mereka.
11)Kesediaan untuk belajar lewat dan pengajaran diberi sebelum berlakunya
kesediaan.
- ibu bapa harus menyediakan anak-anak mereka untuk belajar. Pelbagai
inisiatif boleh diberikan kepada anak-anak agar mereka bersedia belajar.
Tetapi pengajaran juga tidak boleh diberi sebelum berlakunya kesediaan
dari diri anak-anak itu sendiri.