Post on 14-Apr-2018
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 1/21
PEMARKAHAN
1 Tugasan A
2 Tugasan B
3 FORUM
JUMLAH
BML 3083
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
KUMPULAN : ___________________________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING : _____________________________
TARIKH SERAH : _____________________________
1
Tugasan B
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 2/21
KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 3 - 4
2.0 Analisis Komponen Makna
2.1 Kata Kerja ( bercakap )
2.1.1 Analisis
2.1.2 Makna Alternatif
5 – 7
2.2 Kata Adjektif ( marah )
2.2.1 Analisis2.2.2 Makna Alternatif
8 – 10
2.3 Kata Nama ( keluarga )
2.3.1 Analisis
2.3.2 Makna Alternatif
11 - 13
2.4 Kata Kerja ( membawa )
2.4.1 Analisis2.4.2 Makna Alternatif
14 – 16
2.5 Kata Adjektif ( Muram )
2.5.1 Analisis
2.5.2 Makna Alternatif
17 - 19
Rumusan 20
Rujukan 21
1.0 Pengenalan
2
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 3/21
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Teori Analisis Komponen cuba menerangkan
kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini disebut
struktur leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat hubungan makna bagi
sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna. Antara perkara yang harus
diperhatikan dalam teori ini ialah melihat sejumlah perkataan, melihat kemungkinan adanya
hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata lain, dan melihat ciri khusus bagi kata
yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan
kata yang lain.
Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan
adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains. Misalnya, ahli
sains menjelaskan maksud ‘air’ sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan
oksigen. Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata tersebut,
keperluan untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus dilakukan.
Analisis sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu
seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan
makna rujukan. Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat
membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping
memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Misalnya, perhatikan ayat
yang diujarkan ini: ‘Guru saya lelaki’. Orang itu dapat menggunakan perkataan ‘Lelaki’ bagi
merujuk kepada gurunya dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik yang terdapat
pada perkataan tersebut.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik merupakan kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata (1433 : 2007). Makna- makna yang
terkandung dalam setiap perkataan akan dianalisis dan didefinisikan melalui kompenan
makna perkataan
Selain itu, analisis komponen makna menunjukkan bahawa setiap kata atau unsur terdiri
daripada beberapa unsur yang lain serta bersama- sama membentuk makna kata atau unsur
3
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 4/21
lain. Setiap unsur perkataan dalam analisis menunjukkan suatu perkataan memiliki ciri- ciri
yang berbeza. Melalui satu kata dalam sesuatu medan semantik yang sama dapat dibezakan
daripada kata yang lain dalam medan yang sama.
Analisis komponen makna ini dapat diwakili teori semantik yang digunakan di peringkat
kata iaitu teori analisis komponen yang dikemukakan oleh Karz dan Fodor. Teori ini
menumpukan perhatian kepada aspek kata sahaja. Tujuan teori ini dihasilkan adalah untuk
membantu pada asalnya para pendakwah Kristian menterjemah Greek New Testament
dengan membuat kamus Greek yang baru. Tatacara pengumpulan perkataan bukan
berdasarkan urutan abjad bagi unit leksikal tetapi berdasarkan ruang lingkupnya (domain)
yang tersendiri.
Kajian ini melihat analisis komponen makna bagi perkataan-perkataan sinonim yang
terdiri daripada tiga jenis kata, iaitu kata kerja, kata nama dan kata adjektif. Objektif kajian
adalah bagi memberikan definisi alternatif kepada perkataan-perkataan sinonim tersebut.
2.0 Analisis Komponen Makna
4
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 5/21
2.1 Kata Kerja (Bercakap)
BIL ENTRI DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN
1. Bercakap 1. Berkata, berbicara, bertutur
2. Berbual, bersembang, berborak
2. Berkata Mengeluarkan apa yang terfikir dengan kata-kata,
mengeluarkan kata-kata, bertutur
3. Berbicara 1. Bercakap
2. Bermesyuarat
3. Mengemukakan pendapat (fikiran, dll.)
4. Bertutur Bercakap, berbicara, berkata
5. Berbual 1. Bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara) , berborak,
beromong-omong
2.1.1 Analisis
5
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 6/21
P e r b u a t a n d e n g a n
m e n g g u n a k a n m u l u t
K o m u n i k a s i s a t u h a l a
K o m u n i k a
s i d u a h a l a
S i t u a s i r a s m i
S i t u a s i t i d a k r a s m i
D a r j a h k e a k r a b a n t i n g g i
D a r j a h k e a k r a b a n
s e d e r h a n a
B e r s u n g g u
h - s u n g g u h
B e r s a h a j a
M e n g e m u k a k a n p e n d a p a t
M e l i b a t k a n f i k i r a n y a n g
t a j a m
S p o n t a n
Bercakap - + -
+ - - - + + + +
Berkata + - + - - - + - + + -
Berbicara + - + - - - + - + + -
Bertutur + - - + - - - + - - -
Berbual - + - + - + - + - - -
2.1.2 Makna Alternatif
Bercakap -Perbuatan dengan menggunakan mulut bersifat
6
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 7/21
komunikasi dua hala yang digunakan dalam situasi tidak
rasmi secara bersahaja dan spontan, melibatkan fikiran
yang tajam dengan tujuan mengemukakan pendapat.
Berkata -Perbuatan dengan menggunakan mulut bersifat
komunikasi satu hala yang digunakan dalam situasi rasmi
secara bersungguh-sungguh,melibatkan fikiran yang tajam
dengan tujuan mengemukakan pendapat.
Brbicara -Perbuatan dengan menggunakan mulut bersifat komunikasi
satu hala yang digunakan dalam situasi rasmi secara
bersungguh-sungguh,melibatkan fikiran yang tajam dengan
tujuan mengemukakan pendapat.
Bertutur -Perbuatan dengan menggunakan mulut bersifat komunikasi
satu hala yang digunakan dalam situasi tidak rasmi secara
bersahaja.
Berbual -Perbuatan dengan menggunakan mulut bersifat komunikasi
dua hala yang digunakan dalam situasi tidak rasmi
mempunyai darjah keakraban tinggi dan secara bersahaja.
2.2 Kata Adjektif (Marah)
7
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 8/21
BIL ENTRI DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN
1. Marah 1. Berasa panas hati kerana ditipu (dihina,dll) , perasaan panas hati,
berang, gusar, murka
2. Berang Marah (yang amat sangat) , kegusaran
3. Gusar Berang, marah
4. Murka 2. Marah, meradang
5. Radang Gerah, meriang, palak, marah sungguh, panas hati, geram
2.2.1 Analisis
8
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 9/21
E m o s i y a n g m
e n g g a n g g u
f i k i r a n
D a
r j a h t i n g g i
D a r j a h
s e d e r h a
n a
M
e n g a n c a m
d i r i s e s e o r a n g
N a d a s u a r a
t i n g g i
N a d a s u a r a
s e d e r h a n a
B a h a s a i s t a n a
S u k
a r d i k a w a l
T i d
a k K e r u a n
K
e g e r a m a n
Marah - + - - + - - - +
Berang + - + + - - + - +
Gusar - + - - + - - + -
Murka + - + - + + - - -
Radang + - + + - - + - -
2.2.2 Makna Alternatif
9
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 10/21
Marah - Emosi yang mengganggu fikiran darjah sederhana dengan
menggunakan nada suara sederhana yang dapat menimbulkan
kegeraman.
Berang - Emosi yang menggangu fikiran darjah tinggi dengan menggunakan
nada suara tinggi yang boleh mengancam diri seseorang ,sukar dikawal
dan menimbulkan kegeraman.
Gusar - Emosi yang menggangu fikiran darjah sederhana dengan
menggunakan nada suara sederhana disebabkan oleh perasaan tidak
keruan.
Murka - Emosi yang menggangu fikiran darjah tinggi dengan menggunakan
nada suara yang sederhana yang boleh mengancam diri seseorang dan
merupakan bahasa istana.
Radang - Emosi yang mengganggu fikiran darjah tinggi dengan menggunakan
nada suara yang tinggi yang boleh mengancam diri seseorang dan sukar
dikawal.
2.3 Kata Nama (Keluarga)
10
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 11/21
BIL ENTRI DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN
1 Keluarga
1. Kaum kerabat, sanak saudara
2. Seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami
dan isteri atau beserta anak – anak), kelamin,famili
3. Saudara; saudara angkat, keluarga angkat
4. Kelas hidup - hidupan, famili
2 Kaum Kerabat /
Kerabat
Sanak saudara, saudara mara, keluarga
3Sanak Saudara /
Sanak
1.Orang-orang yang seketurunan(sekerabat), orang-orang
yang sekaum keluarga.
2. saudara sebelah ibu, kemanakan.
4 Saudara
2. Orang yang sama ayah dan ibunya, abang atau adik.
2. Orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak
3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan dll)
5 Kaum 3. Saudara, sanak saudara
11
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 12/21
2.3.1 Analisis
J e n i s h u b u n g a n
P e n g e l a s a n k
h u s u s
G o l o n g a n k
h u s u s
K u a n t i t i y a n g
r a m a i
K u a n t i t i y a n g
s e d e r h a n a
E r a t
P e r t a l i a n k e k e l u a r g a a n y a n
g j a u h
P e r t a l i a n k e k e l u a r g a a n y a n g
d e k a t
S a l a s i l a h k e l u a r g a y a n g p a n j a n g
Keluarga- - - + + - + -
Kaum kerabat / Kerabat- + + - - + - +
Sanak saudara / Sanak - - + - - + - +
Saudara- - + - + - + -
Kaum- + + - - + - +
12
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 13/21
2.3.2 Makna Alternatif
Keluarga - Jenis hubungan yang mempunyai kuantiti yang sederhana serta
erat disebabkan pertalian kekeluargaan yang dekat.
Kaum Kerabat - Jenis hubungan yang mempunyai bilangan ramai, juga
digunakan bagi melambangkan pengaruh diraja serta pertalian
kekeluargaan yang jauh disebabkan oleh salasilah keluarga
yang panjang.
Sanak Saudara - Jenis hubungan bagi golongan khusus yang mempunyai
bilangan yang ramai serta pertalian kekeluargaan yang jauh
disebabkan oleh salasilah keluarga yang panjang.
Saudara - Jenis hubungan yang mempunyai bilangan yang ramai tetapi erat
disebabkan pertalian kekeluargaan yang dekat.
Kaum - Jenis hubungan yang mempunyai golongan khusus, kuantiti yang
ramai serta pertalian kekeluargaan yang jauh disebabkan oleh
salasilah keluarga yang panjang.
13
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 14/21
2.4 Kata Kerja (Membawa)
BIL ENTRI DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN
1. Membawa Mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut,
memikul, mendukung, menjunjung
2. Mengangkut 1. Mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat)
2. Membawa dari satu tempat ke tempat yang lain (bukan kenderaan,
dll) , memuatkan dan membawa ke suatu tempat dengan
menggunakan alat pengangkutan
3. Memikul Membawa barang dengan galas di atas bahu, mengandar, menggalas
4. Menjunjung Membawa sesuatu di atas kepala
14
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 15/21
5. Mengandar Membawa barang dengan kandar, memikul, menggalas
2.4.1 Analisis
P e r b u a t a n y a n g m e n g g u n a k a
n
a n g g o t a b a d a n
P e n g g u n a a n t e n a g a t i n g g i
P e n g g u n a a n t e n a g a s e d e r h a n
a
M e n g g u n a k a n a l a t a
n
T a n p a a l a t a
n
M e n g g u n a k a n
p e n g a n g k u t a
n
M u a t a n b e r a t
M u a t a n r i n g a
n
M e m e r l u k a n k e t e l i t i a
n
K e m a h i r a
n
Membawa - + - + - - - - -
Mengangkut + - + - + + - - -
Memikul - - - + - - + - -
Menjunjung - - + - - - - + -
15
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 16/21
Mengandar - + + - - - - - -
2.4.2 Makna Alternatif
Membawa - Perbuatan yang menggunakan anggota badan dengan
penggunaan tenaga sederhana dan tanpa menggunakan alatan.
Mengangkut -Perbuatan yang menggunakan anggota badan dengan
penggunaan tenaga tinggi dan menggunakan pengangkutan
untuk muatan berat.
Memikul - Perbuatan yang menggunakan anggota badan tanpa
menggunakan alatan untuk muatan ringan.
Menjunjung - Perbuatan yang menggunakan anggota badan dengan
menggunakan alatan dan memerlukan ketelitian.
Mengandar - Perbuatan yang menggunakan anggota badan dengan
penggunaan tenaga sederhana dan menggunakan alatan.
16
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 17/21
2.5 Kata Adjektif (Muram)
BIL ENTRI DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN
1. Muram Guram, kelam, suram, tidak berseri, tidak gembira, tidak bahagia,
tidak cerah, buram.
2. Buram Muram, suram, kabur, kabut (kaca), tidak jernih, tidak cerah, kelam
3. Kelam Tidak berapa terang, gelap, suram, tidak berapa terang, kurang
Nampak, tidak dapat melihat dengan terang, kabur.
4. Kabur Tidak dapat melihat dengan terang atau nyata, kurang terang, pudar,
kurang jernih, tidak terang atau jelas, tidak cerah, tidak atau kurang
jelas, tidak nyata, samar- samar, Pudar
5. Pudar Kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri- seri, tidak
berapa terang, kabur, pucat(warna), tidak berseri- seri, luyu, ruyup
(mata), suram.
17
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 18/21
2.5.1 Analisis
K e a d a a n
M a s i h d a p a t
d i l i h a t
T i d a k d a p a t d i
l i h a t
M e m e r l u k a n c a h a y a
E k s p r e s i w
a j a h
P e m e r h a t i a n y a n g
t e l i t i
T e m p a t c
e r a h
T e m p a t g
e l a p
M e m
b e r i
k e s a n b a h a y a K
e p u c
a t a n
Muram + - - + - + - - -
Buram + - - - + - + - -
kelam - + + - + - + + -
Kabur + - + - + - + + -
Pudar + - - - + - + - +
18
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 19/21
2.5.2 Makna Alternatif
Muram -Keadaan yang masih dapat dilihat dengan ekspresi wajah yang
ditunjukkan apabila berada di tempat cerah.
Buram -Keadaan yang masih dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang
teliti apabila berada di tempat yang gelap.
Kelam -Keadaan yang tidak dapat dilihat juga memerlukan cahaya bagi
pemerhatian yang teliti apabila berada di tempat yang gelap serta
memberi kesan bahaya.
Kabur -Keadaan yang masih dapat dilihat yang memerlukan cahaya bagi
pemerhatian yang teliti apabila berada di tempat gelap dan memberi kesan
bahaya.
Pudar -Keadaan masih yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang
teliti apabila berada di tempat gelap dan merujuk kepada kepucatan.
19
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 20/21
Rumusan
Kesimpulannya, terdapat hubungan yang rapat antara perkataan dan makna. Sesuatu
perkataan boleh membawa makna yang berlainan sekiranya digunakan dalam situasi yang
berbeza. Dalam bidang sematik, makna telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti
makna gaya, makna tekanan, makna tabu (taboo), makna logik dan sebagainya. Oleh sebab
sesuatu perkataan boleh mengandungi makna yang berbeza-beza apabila digunakan, maka
pembahagian makna kepada beberap jenis ini dikatakan adalah amat perlu dan wajar supaya kita
dapat memahami makna yang sebenar. Justeru, makna sesuatu perkataan harus dilihat dari
pelbagai sudut yang lain iaitu situasi dan logik. Secara ringkasnya, sesuatu ayat ataupun
ungkapan itu adalah tidak bermakna sekiranya ia didapati mengandungi unsur-unsur yang tidak
logik dan akhirnya ia juga akan menjadi kurang senang diterima bagi sesetengah pengguna
bahasa.
20
7/30/2019 BML 3083 TugasanB
http://slidepdf.com/reader/full/bml-3083-tugasanb 21/21
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baru . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul UPSI. BML 3083 Semantik & Pragmatik Bahasa Melayu
Ruth M. Kempson (1991). Teori Semantik (Zaiton Ab. Rahman, Terjemahan). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Chaer, 1990. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT Rineka Cipta.
http://manshuberry.blogspot.com/2011/10/logik-dan-makna.html
http://info-makalah.blogspot.com/2010/06/makalah-medan-makna-dan-komponen-makna.html
21