Post on 10-Apr-2018
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
1/26
BAB 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan
apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam
semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan
atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan
berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai
objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangansemula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep
penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti
digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian,
mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil
hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah
berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai
makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil
kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan
yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang
keputusan yang tepat.
OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian;
2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan
3. menjelaskan tujuan penilaian dijalankan.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
2/26
1.1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat
keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama adamudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam
konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif,
mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan
serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara
sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan
seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.
Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains
kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh
Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan
kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul
beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement),
penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran,
individu didedahkan kepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan
terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji
kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-
Matrices, Weschler dan A.C.E.R.
Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua
keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab
ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan murid
di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak
memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait
dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara
penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih model yang dirasai dapat
memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
3/26
mengadakan penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama
ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti
yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalammenyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam
pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu
matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.
Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan
pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan,
apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan
maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda
akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan
sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap
mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat
dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik
untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian
Apakah maksud pengujian?
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
4/26
penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi
ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi
ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar
seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti
yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan
bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan
perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan
yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian
atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu
ukuran yang disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu
berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi
murid yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat
mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak
mana kemahiran yang telah dipelajari.
Apakah yang dimaksudkan pengukuran?
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
5/26
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan
pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses
mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukurdengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah
menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat
tertentu.
Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada
prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat
dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60
peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli
berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya
mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya
penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses
mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses
pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan
pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi
yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor
atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran
ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak
dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal
seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti
penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor
90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang
mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala
seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami
sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
6/26
menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat
sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau
pembaris.
Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat
bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan
mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi
daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.
Penilaian ada suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara.
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi
sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan
penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives. Definisi ini
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan
pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif.
Apakah yang dimaksudkan penilaian?
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
7/26
Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang
sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai
fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan
mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajarandan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu
bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya
mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan
susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu
berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid
berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang
pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya
melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan
menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data
berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara
kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam
bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala
secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan
tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas
yang diberikan oleh guru dengan bersih.
Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek
pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang
diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat
seperti dalam rajah di bawah:
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
8/26
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam
membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran,pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai
sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks
pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorangmurid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah
dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
9/26
di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen
pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.2 ARAS UKURAN
Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk system pengukuran yang
berbeza. Misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur
pencapaian akademik pelajar adalah berbeza dengan pengukuran yang
digunakan untuk mengetahui tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga
membuat pengelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi tinggi,
sederhana atau rendah tidaklah setepat dengan pengukuran yang
menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan
kuantitatif pemboleh ubah ini melibatkan system dan proses pengukuran
yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis
pemboleh ubah asas dalam pengukuran iaitu: (i) Jenis kuantitatif dan (ii)
Jenis kategori. Kedua-dua jenis tersebut boleh diukur dengan
menggunakan empat jenis skala yang biasa digunakan, iaitu skala
nominal, ordinal, sela dan nisbah.
Latihan 1.1:
Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
Nyatakan perbezaan keempat-empat skala pengukuran.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
10/26
1.2.1 Skala Nominal
Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai
ketepatan yang paling rendah sebagai bentuk pengukuran. Skala inimengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan persamaan dan
seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan.
Misalnya, guru ingin mengelaskan kategori murid-murid mengikut
kumpulan etnik atau mengelompokkan murid mengikut kumpulan jantina.
Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada setiap pemboleh
ubah tersebut sebagai mewakili kumpulan berkenaan. Misalnya, etnik
Melayu diwakili nombor 1, Cina diwakili nombor 2, India nombor 3 dan
nombor 4 bagi etnik yang lain. Nombor I dalam sistem ini tidaklah
menunjukkan bilangan yang kecil jika dibandingkan dengan nombor 2,3
dan 4. kita boleh menukargantikan nombor berkenaan kepada kategori
yang lain. Misalnya, 4 untuk Melayu, 3 untuk Cina, 2 untuk India dan 1
untuk lain-lain etnik.
Nombor yang diberikan itu hanyalah mewakili atau melambangkan
sesuatu pemboleh ubah yang dinyatakan. Apabila nombor yang
digunakan untuk melambangkan orang atau objek dan nombor ini
sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan dalaman antara satu
sama lain dari segi nilai. Ini disebut sebagai skala nominal.
Tiga ciri utama skala nominal, iaitu:
i. setiap data hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. Individu
yang berada dalam kelompok Melayu tidak boleh menjadi
individu dalam kelompok betnik yang lain.
ii. Kategori atau nombor yang mewakili setiap data tidak
mempunyai susunan pemeringkatan data tetapi dianggap
sebagai setara.
iii. Perubahan data asal kepada data nominal atau kategori bersifat
satu sama satu.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
11/26
1.2.2 Skala Ordinal
Pengukuran bersifat ordinal pula ialah data yang menunjukkan urutanatau pangkat. Data disusun sama ada daripada yang rendah kepada
yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor
atau kategori yang digunakan menggambarkan maklumat asal pemboleh
ubah yang menunjukkan susunan daripada kecil kepada yang besar atau
daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya,
nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan pangkatan atau kedudukan pelajar
dalam bilik darjah adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat
markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti norbor 2, 3, 4
dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada
nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Pada umumnya skala ordinal hanya
mampu membezakan kategori dan nilai susunan secara pemeringkatan.
Contoh lain skala ordinal seperti skala Likert.
Ciri-ciri utama skala ordinal seperti berikut:
i. kategori yang digunakan bagi mengelaskan data bersifat
saling eksklusif.
ii. Data yang digunakan menunjukkan pemeringkatan secara
logik.
iii. Data mempunyai pemberat. Setiap kategori mempunyai
pemberatan yang lebih berbanding kategori yang lain.
1.2.3 Skala Sela
skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai urutan atau
pangkat serta anggapan bahawa perbezaan antara sela wujud. Setiap
skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala ini berupaya
menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh
menunjukkan kesamaan dalam unit pengukuran yang digunakan. Contoh
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
12/26
pengukuran skala sela ialah pengukuran suhu. Misalnya perbezaan darjah
suhu antara 25C dengan 35C adalah sama dengan perbezaan darjah
suhu antara 15C hingga 25C. Kedua-dua perbezaan berkenaan
menunjukkan perbezaan 10.
Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin yang
sewenang-wenangnya. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri
nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pangkatan. Jarak numerik
yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-
ciri yang diukur.
Contoh lain, andai kata terdapat enam orang pelajar yang diukur
pencapaiannya pada skala sela, maka perbezaan pencapaian antara
pelajar A dengan C adalah sama dengan F dan D. walau bagaimanapun
kita tidak boleh menyatakan pencapaian F dua kali lebih baik daripada D.
hal ini disebabkan bukan kuantiti yang ditambah atau ditolak, tetapi
perkiraan adalah berdasarkan selak atau jarak tersebut.
Dalam skala sela, nilai kosong (O) atau sifar adalah merupakan suatu
nilai. Nilai O adalah suatu yang arbitrari dan tidak menggambarkan
bahawa ciri kuantiti sebagai kosong atau tidak ada nilai secara mutlak.
Misalnya, suhu OC mempunyai nilai permulaan sistem pengukuran suhu.
Suhu O C di sini masih membawa makna suhu masih boleh turun di
bawah takat tersebut dan bukan bermakna tidak ada darjah kepanasan.
Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:
i. kategori yang digunakan bagi mengelaskan data sela bersifat
saling eksklusif.
ii. Data yang digunakan menggambarkan susunan pemeringkatan
secara logik.
iii. Nilai atau skor yang digunakan mempunyai pemberat. Satu nilai
dikatakan lebih besar atau lebih kecil daripada lainnya.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
13/26
iv. Nilai dalam skala sela adalah arbitrari. Nilai O adalah satu bentuk
nilai dalam skala jenis ini.
v. Persamaan perbezaan digambarkan dalam nilai nombor yang
digunakan bagi menggambarkan perbezaan.
1.2.4 Skala Nisbah
Skala keempat ialah skala nisbah. Skala ini mempunyai semua sifat jenis
sela dan mempunyai mutlak nilai kosong. Dalam skala nisbah nilai kosong
tidak bersifat arbitrari. Misalnya perbezaan antara 30 hingga 60 adalah
sama dengan perbezaan 60 hingga 90. malah kita boleh mengatakan 90
adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Nombor dalam skala nisbah ini
menunjukkan jumlah atau ciri sebenar yang diukur. Contoh skala nisbah
seperti umur, ketinggian dan jarak.
Jadual di bawah menunjukkan sifat keempat-empat skala pengukuran
berkenaan.
Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar
dibuat garisan antara data jenis ordinal dan sela. Misalnya dalam ukuran
data yang menggunakan skala Likert, anggapan yang keterlaluan ialah
data ini tergolong dalam data jenis ordinal. Apabila hanya menganggap
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
14/26
skala ini terhad kepada berbentuk ordinal akan menyebabkan
pengehadan kepada analisis data yang dapat dibuat. Analisis data begini
tidak dapat menggunakan analisis varians bagi membandingkan nilai min
kumpulan.
Kesimpulannya, setiap jenis skala mempunyai maklumat yang berbeza.
Skala nisbah memberikan sejumlah maklumat yang lebih banyak
daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikan maklumat yang
lebih daripada skala ordinal. Begitu juga dengan skala ordinal lebih
memberikan maklumat daripada skala nominal. Penyusunan data akan
mempengaruhi jenis analisis statistik yang bakal dijalankan. Perhubungan
atau hierarki keempat-empat skala ukuran dapat ditunjukkan dalam
rajah di bawah.
Latihan 1.2:
Nyatakan jenis ukuran untuk data-data berikut:
i) Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru.
ii) Gred pencapaian pelajar dalam peperiksaan seperti gred A, B, C, D
dan Gagal.
iii) Skor dalam satu ujian Sejarah 45, 50, 60, 75, 87.
iv) Respon terhadap soal selidik yang mempunyai tiga skala Ya, Tidak
dan Tidak Pasti.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
15/26
TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH
Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
sama pentingnya dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian
dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran.
Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan
memberi manfaat besar kepada guru pelajar serta ibu bapa malah
kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri apabila memberikan
maklumat yang tepat dan berkesan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian dan pengujian yang
dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru untuk membuat keputusan
berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat
yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian
dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada
beberapa tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian,
membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan bimbingan
kaunseling kepada pelajar.
Mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian penting kepada guru dalam bilik darjah
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
16/26
Diagnosis
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan
dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahappenguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh
dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi
pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat
mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah
tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana,
lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian
yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang
memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan
aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan
murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan kemajuan
pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang
berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar dalam
bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki
aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid
dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku. Maklumat
berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang
khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan
supaya kelemahan atau masalah yang dihadapi dapat diatasi. Tanpa
penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi
masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari
arus perdana persekolahan.
1.2.1 Pencapaian
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
17/26
Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang
setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yangtelah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu
tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi
persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan
Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang
memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah murid-
murid atau pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih
bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian sijil atau
anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian
yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar
mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana
atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang,
sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.
1.2.2 Pemilihan dan Penempatan
Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik
darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-
muridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah
menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek
yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan
mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu
mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar
dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
18/26
ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat
yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua muriddapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar
berasaskan tahap penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam
kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza, wajar
bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masing-
masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang
berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian
yang dijalankan adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar
mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya,
keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains
memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut
kecenderungan seseorang murid berkenaan.
1.2.3 Bimbingan dan kaunseling
Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan juga dapat digunakan bagi
keperluan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang berkaitan.
Setiap pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat
intrinsik. Yakni datang dari dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya,
mereka yang belajar disebabkan rasa ingin mengetahui tentang sesuatu
dengan mendalam akan memperolehi keputusan pencapaian yang baik,
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagainya.
Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang
bercorak ekstrinsik yang datang daripada pengaruh luar. Misalnya,
galakan dan dorongan ibu bapa, dorongan rakan sebaya, nasihat daripada
guru-guru dan lain-lain.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
19/26
Langkah mengadakan penilaian ini dapat meningkatkan motivasi untuk
murid belajar. Murid yang mendapat keputusan yang cemerlang akan
terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian dengan semangat yang
tinggi. Sebaliknya murid-murid yang lemah dapat mengenal pasti aspekkelemahannya dan membaiki kelemahan tersebut untuk penilaian pada
masa akan datang agar mencapai keputusan yang lebih baik. Malah guru
juga dapat membimbing dan menunjuk ajar kepada pelajar yang
bermasalah tentang cara menangani masalah murid-murid berkenaan.
1.3.5 Tujuan-tujuan lain
Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian dan pengujian juga
penting dalam menentukan kesediaan murid untuk mempelajari sesuatu
kemahiran. Ia dijalankan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian jenis ini dibuat oleh guru melalui
pemerhatian kesediaan fizikal murid seperti tangan, mata, jari-jemari dan
penumpuan pelajar terhadap guru. Melalui reaksi yang ditunjukkan, guru
dapat menelah kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau
sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat
penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi
pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran
yang dipelajari.
Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan oleh guru juga dapat
memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya.
Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh murid guru dapat menilai
sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya, rata-rata
pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas
menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan
pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar
pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka
terhadap sesuatu topik pengajaran. Seandainya mereka lemah dalam
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
20/26
sesuatu topik, maka mereka akan mengetahui dan memberikan tumpuan
kepada aspek yang kurang dikuasai oleh mereka.
Kepada ibu bapa, penilaian dan pengujian yang dijalankan dapatmemberikan maklum balas terhadap kemajuan dan pencapaian anak-
anak mereka dalam bilik darjah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan
sewajarnya seperti menghantar tuisyen atau memberikan tumpuan yang
lebih kepada anak-anak mereka demi meningkatkan pencapaian dan
membantu meningkatkan penguasaan anak sebaik yang boleh.
Penilaian yang dijalankan juga dapat memberikan maklumat yang jelas
kepada pihak penggubal dasar khususnya penggubal kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kurikulum yang dipelajari di
sekolah- sekolah di seluruh negara. Pihak kementerian mendapat maklum
balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran yang
telah digubal sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya.
Sekiranya maklum balas yang diperolehi tersebut menunjukkan masih
terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif yang
ditentukan, maka pengubahsuaian akan dilakukan. Kelangsungan
daripada ini pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran
berkenaan akan dapat dirangka dengan lebih baik dan mantap serta
sistematik.
Secara umumnya penilaian yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat
melalui tiga bentuk, iaitu : (i) Pemerhatian, (ii) Lisan dan (iii) Penulisan.
Ketiga-tiga bentuk penilaian ini bertujuan mengesan pelajar secara serta-
merta, mengesan kemajuan dan mengesan pencapaian. Secara mudah,
jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk penilaian berkenaan.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
21/26
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
22/26
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
23/26
Latihan 1.3:
1. Bagaimanakah penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah dapat
membantu dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah?
2. Nyatakan ciri-ciri:
a. Pengujian
b. Pengukuran
c. Penilaian
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
24/26
1.4 RUMUSAN
Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian,
pengukuran dan penilaian. Di samping itu juga, perbincangan turut
menyentuh aspek aras ukuran serta kepentingan penilaian dalam bilik
darjah. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru berperanan penting
dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid-murid dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaranyang hendak dinilai, merancang dan melaksanakan penilaian serta
merekod segala maklumat yang diperolehi dan mengadakan tindakan
susulan. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Ringkasan:
Pengujian: Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan
tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam
sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian
lisan mahupun bertulis.
Pengukuran: Satu prosedur dalam menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan di antara murid. Tujuan ialah membuatperbandingan pencapaian kedudukan di antara murid dalam
menguasai pembelajaran. Berbentuk ujian bertulis dengan skor
dan gred.
Penilaian: Satu proses membuat pertimbangan dalam menafsir hasil
pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang
pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan
kurikulum.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
25/26
Pentaksiran: Satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Skala nominal: Data yang bersifat kualitatif dan dikelaskan mengikut
kategori. Contoh jantina.Skala ordinal: Data yang menunjukkan urutan atau pangkat. Tidak dapat
menjelaskan perbezaan secara mutlak. Contoh skala Likert.
Skala sela: Data mempunyai urutan atau pangkat serta anggapan
bahawa perbezaan antara sela wujud. Contoh ujian I.Q.
Skala nisbah: Mempunyai semua sifat skala sela dan mempunyai mutlak
kosong. Contoh seperti ukuran ketinggian, umur, jarak.
Tujuan penilaian:
i) mengumpul maklumat pencapaian murid selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
ii) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu
pelajaran.
iii) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
sesuatu kemahiran yang dipelajari.
iv) Mendapatkan maklumat keberkesanan pengajaran guru.
v) Merekod keputusan penilaian untuk tujuan rujukan.
vi) Menilai keberkesanan kurikulum.
RUJUKAN TAMBAHAN
Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York:
Harper & Row.
Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement.
Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.
Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.
Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about
school tests. London: Allyn & Bacon.
8/8/2019 Bab 1 Pengukuran Pengujian Dan Penilaian
26/26
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Balik
Seterusnya
Hakcipta Mohd Isha Awang (UUM) dan Azizi Publicist 2005-2006
n
http://www.geocities.com/kheru2006/index.htmlhttp://www.geocities.com/kheru2006/ii.htmmailto:isha@uum.edu.myhttp://geocities.yahoo.com/gb/sign?member=kheru2006http://www.geocities.com/kheru2006/ii.htmmailto:isha@uum.edu.myhttp://geocities.yahoo.com/gb/sign?member=kheru2006http://www.geocities.com/kheru2006/index.html